
"Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.
"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.
"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan mStar Online hari ini dalam berita bertajuk "Hadi tidak akan lepaskan jawatan Presiden PAS".
Saya malas buat poll. Tolong nyatakan dalam ruangan komen sama ada anda setuju atau tidak setuju dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan "Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'"
Sebelum tu, sedikit mengenai persepsi. Sebagai contoh, orang rumah saya suruh beli racun serangga - maklumlah banyak anai-anai. Pi kedai, Mamat Acheh tauke kedai tu suruh saya tengok macam-macam racun serangga yang ada dalam kedainya. Ada cap kuda terbang, ada cap kepah dan ada juga cap tenok.
Saya pun ambil cap kuda terbang. Bila balik rumah, Tok Kar, orang kampung saya yang saya hormat kepadanya tanya kat saya, "apa bukti racun cap kuda terbang ini bagus?"
Terngangalah saya nak jawab. Saya beli pakai rasa-rasa. Persepsi la kot. Saya mana ada makmal nak buat kajian. Saya rasa racun serangga cap kuda terbang itu bagus. Saya rasa ja.
Politik juga, kata orang, ditentukan oleh senjata bernama persepsi. Senjata itu sangat berbahaya. Lebih berbahaya lagi kalau kita kelaskan senjata itu tidak ubah seperti meriam buluh yang kita main masa kecik-kecik dulu.
Saya dah dengar lama orang kata apa yang Abdul Aziz kata. Tetapi, saya tak laporkan dalam blog ini sebab saya masih TAK NAMPAK pengganti Abdul Hadi. Saya tak nampak - tak nampak tak bermakna tak ada. Tetapi sungguh, saya tak nampak.
Petang tadi, saya bersembang dengan seorang tutor di universiti. "Aku dah lama kata gitu (Abdul Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS')," katanya.
Anda boleh kata bakaq bohong. Maklumlah, bohong boleh meningkatkan hits blog ini.
Akhirnya, tolong tulis dalam ruangan komen - tidak setuju atau setuju bahawa Abdul Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS' (saya malas buat poll). Tulis dulu tak setuju atau setuju - lepas tu ulaslah sampai berapa ela nak ulas sekalipun.
Berkaitan:
PAS' Dream Team - 'Nik Aziz, Nizar, Dr Asri' (Malaysiakini 7/11/09 - Nizar, Asri jadi teraju? Lingkup PAS!! Lingkup!! Lingkup!!)
Nik Aziz terunggul, Hadi gagal (Malaysiakini 7/11/09)
...tapi Hadi tetap tidak berganjak (Malaysiakini 7/11/09)
Tiada tekanan gesa saya berundur - Hadi (Malaysian Insider 7/11/09)
Hadi likens Pas to a football team absorbing pressure (Malaysiakini 7/11/09)
Delegates question Nik Aziz's authority (Malaysiakini 7/11/09)
Hadi declares seminar a success for bright PAS future (Malaysian Insider 7/11/09)
PAS men slam unrepentant Abdul Aziz (Malaysian Insider 7/11/09)
Who holds the PAS strings? (Malaysian Insider 7/11/09)
Shah Alam MP says ulamas not above criticism (Malaysian Insider 7/11/09)
PAS, a fading moon? (Malaysian Mirror 7/11/09)
"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.
"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan mStar Online hari ini dalam berita bertajuk "Hadi tidak akan lepaskan jawatan Presiden PAS".
Saya malas buat poll. Tolong nyatakan dalam ruangan komen sama ada anda setuju atau tidak setuju dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan "Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'"
Sebelum tu, sedikit mengenai persepsi. Sebagai contoh, orang rumah saya suruh beli racun serangga - maklumlah banyak anai-anai. Pi kedai, Mamat Acheh tauke kedai tu suruh saya tengok macam-macam racun serangga yang ada dalam kedainya. Ada cap kuda terbang, ada cap kepah dan ada juga cap tenok.
Saya pun ambil cap kuda terbang. Bila balik rumah, Tok Kar, orang kampung saya yang saya hormat kepadanya tanya kat saya, "apa bukti racun cap kuda terbang ini bagus?"
Terngangalah saya nak jawab. Saya beli pakai rasa-rasa. Persepsi la kot. Saya mana ada makmal nak buat kajian. Saya rasa racun serangga cap kuda terbang itu bagus. Saya rasa ja.
Politik juga, kata orang, ditentukan oleh senjata bernama persepsi. Senjata itu sangat berbahaya. Lebih berbahaya lagi kalau kita kelaskan senjata itu tidak ubah seperti meriam buluh yang kita main masa kecik-kecik dulu.
Saya dah dengar lama orang kata apa yang Abdul Aziz kata. Tetapi, saya tak laporkan dalam blog ini sebab saya masih TAK NAMPAK pengganti Abdul Hadi. Saya tak nampak - tak nampak tak bermakna tak ada. Tetapi sungguh, saya tak nampak.
Petang tadi, saya bersembang dengan seorang tutor di universiti. "Aku dah lama kata gitu (Abdul Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS')," katanya.
Anda boleh kata bakaq bohong. Maklumlah, bohong boleh meningkatkan hits blog ini.
Akhirnya, tolong tulis dalam ruangan komen - tidak setuju atau setuju bahawa Abdul Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS' (saya malas buat poll). Tulis dulu tak setuju atau setuju - lepas tu ulaslah sampai berapa ela nak ulas sekalipun.
Berkaitan:
PAS' Dream Team - 'Nik Aziz, Nizar, Dr Asri' (Malaysiakini 7/11/09 - Nizar, Asri jadi teraju? Lingkup PAS!! Lingkup!! Lingkup!!)
Nik Aziz terunggul, Hadi gagal (Malaysiakini 7/11/09)
...tapi Hadi tetap tidak berganjak (Malaysiakini 7/11/09)
Tiada tekanan gesa saya berundur - Hadi (Malaysian Insider 7/11/09)
Hadi likens Pas to a football team absorbing pressure (Malaysiakini 7/11/09)
Delegates question Nik Aziz's authority (Malaysiakini 7/11/09)
Hadi declares seminar a success for bright PAS future (Malaysian Insider 7/11/09)
PAS men slam unrepentant Abdul Aziz (Malaysian Insider 7/11/09)
Who holds the PAS strings? (Malaysian Insider 7/11/09)
Shah Alam MP says ulamas not above criticism (Malaysian Insider 7/11/09)
PAS, a fading moon? (Malaysian Mirror 7/11/09)






Cantik? Klik 




SETUJU pak bakaq. Haji Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Apa punya lembik, Mustafa Ali control Haji Hadi puinyalah kuat...
alahai tn brahim jangan la bangga pasai wakil rakyat pas tak melompat, kalu tak lompat tu bagus la,tapi kalao jd macam tunggul kayu,dapat title yb tunggu dapat gaji bulan2 baik pi jadi tok pekong,untung2 ada orang pi hantar buah limau plastik.
tak setuju.. Hj Hadi takde lemahnya... masalhnya orang sekeliling dia!! Anwar sehebat diapun dia tak boleh buang orang dia betui dak.. dulu apa Ezam tak kata kat Azmin, apa Chandra tak kata kat Anwar, kata Anwar pilih kroni.. bawa Ts Khalid tak reti politik.cakap gagap.. last last sapa yang menang besar PRU12.. tak ke pkr,
tapi aku setuju benor.. kalau Buang Hassan ali, buang Mustafa ali.. buang Nasaruddin... bukan pasai depa salah, tapi pesepsi oraang..
setuju, pasai paklah ngan haji adi dua-dua kena bantai kat media oleh pemimpin berpengaruh parti masing2, iaitu nik aziz ngan mahathir. cuma, mahathir tegur alasan die kukuh, nik aziz tegur samar2 sket alasan
gorila
wooiii..Bakaq tolong pi cari Air Batu Campur..
SETUJU 'Hj Hadi adalah Pak Lah Versi PAS'
setuju
tak setuju .nak banding ngan paklah ,panggil pun tak dengar .hahahaha
Malam tadi aku menyaksikan satu perlawanan akhir bola sepak piala malaya versi OG, antara pasukan TR dan HT di channel 900 astaga..kehebatan kedua2 pasukan nampak macam seimbang dan saling berbalas serangan...setelah tamat 99 minit perlawanan pasukan TR dinobatkan sebagai juara melalui sepakan penalti, 12-11 ..anehnya dalam perlawanan itu, tiada ulasan selari drp pengulas sukan terkenal tanahair hasbul awang...lagi aneh tak ada sorang pun penonton yg datang menyaksikan perlawanan akhir yg berprestij itu....
aku pun tunggu sampai ke dipenghujung siaran itu..aku terbaca "setinggi2 penghargaan buat doktor, jururawat dan pesakit2 drp hospital tanjung rambutan dan hospital tampoi"...
PAS lebih layak jadi pembangkang yang berkesan daripada menjadi pemerintah yg baik....ooppss, kecuali Kelantan yg di awah tok guru, kalau org lain x tau la...
TGHH jg punca PAS tewas di Tgganu dulu,atr isu solat jenazah ibu Pak Lah.Cara cakapnya menyedihakan.Jg sejak join PR,dia amat lewat respon atas apa2 isu yg timbul dan klu timbulpun makin menyusahkan.Elok sgt kalu dia lepaskan jwatan.Bukan tak sayang kat dia tp lebih sayang kat PAS.Kalau takpun,Mustapa Ali,hassan Ali n Nasha u rehatlah dulu spy aman seketika.MA merupakan punca besar PAS tewas di Tgganu,sombongnya bkn kepalang.HA pula suka buat isu yg buat PR sesak nafas n skrg tgh buat road show bela diri yang memang salah.Abu Bakar Chik lg satu,jgn bagi di debat dan UMNO,nanti org label org2 PAS pongoh mcm dia.
No .. Hj Hadi respon terhadap kritikan . Terbuka la jugak dari UMNO yang tertutup tapi masih tetap menang
SALAM TO ALL
Tok guru Hj HADI tak sesuai untuk menjadi Presiden PAS .BUT AS Timbalan Mursydul am / Majlis syura is IDEAL .
TGNA is iDEAL ..dia di hormati oleh semua lapisan masyarakat malaysia ...PAS FOR ALL
Sebab STOPA yg control TOK GURU Presiden!!! nasa and hassan jadi pak yek Stopa ...
SETUJU - Hj Hadi adalah Pak Lah versi PAS.
Mungkin Pak Lah baik sikit kerana tak memilih ramai pemimpin2 yg seNEGERI dgnnya walaupun bermenantukan org NEGERI. Leaders must be able to lead NOT otherwise (cakap org putih sikit!) Sy hormati Hj Hadi sebagai ulama tetapi sebagai pemimpin beliau gagal.
Reformasi secara menyeluruh perlu dibuat dalam PAS. Tak kiralah samada Presiden, Timb. Presiden, SU Agung, Naib Presiden, AJK Pusat, AJK Negeri atau AJK Kawasan yg perlu diganti. Yg pentingnya PAS mesti terus menjadi parti alternatif yg unggul di Malaysia. Kritikan dan pandangan dari luar adalah untuk memperbaiki PAS. Ahli2 PAS jangan melenting tak tentu pasal. Rasulullah SAW pun pernah gugurkan pemimpin dan gantikan dgn pemimpin lain. Pemimpin yg digugurkan terus berjuang - kerana apa? Kerana mereka ikhlas dgn ALLAH.
Bangkitlah ahli2 PAS. Buka sejarah Islam dulu. Jgn dibuai mimpi dek kemenangan yg sedikit. Jgn sampai Allah murka angkara lalainya kita. Pertahankan perjuangan BUKAN pertahankan pemimpin.
SETUJU....SETUJU....Letih aku bertempur dengan orang UMNO. Tahu-tahu BOS AND THE GANG berpelukan dengan UMNO...Hancur....Hancur.
Pak Bakaq,
Aku tak setuju. Aku pun tak setuju jgk kalu2 ada yg teringin lagi kt UG. nak Apa pasai Aziz Bari tiba-tiba menjadi rujukan? Siapa dia? Politikus genius? Absolute tidak. Law experts? Yes. Jadinya, kenapa pandangan dia perlu dijadikan rujukan. Ada baik Aziz Bari mengkritik Anwar Ibrahim. Lepaih sorang, sorang adun PKR cabut jadi bebas. Mana yang menghancurkan Pakatan Rakyat? PAS or PKR? Senyap ja Anwar sejak Badrul adun Pelabuhan Klang cabut. 16 September lagu mana pulak? We have the numbers...we have the numbers....we have the numbers...we have the numbers...
Hadi memang lembik.Dah tahu ramai tak suka masih nak jadi presiden.Nizar blh ganti dia
kalu buat poll pun dah tentu Hadi kalah.Jangan sampai jadi badi pada PRU 13 dah la.Nik Aziz betul sebab hati dia bersih tak tamak nak jadi menteri UMNO.Nasa Hassan ngan mustapa memang patut korban kalau betul2 sayang kat PAS.CHEY anak gerik.
tak setuju ...cakap memang senang je.
aku pun setuju prof dr.aziz barisan menjadi musyidul am pas.kerana pendapat diterima seluruh rakyat malaysia.bila beliau duduk di kerusi tu,fatwanya aje menakutkan pemimpin pakatan dan bn.
setahu aku dr aziz barisan ni versi anwar dlm golongan profesional.kepada pemimpin pas pro pkr,abiklah rujukan kitab2 karangan aziz barisan dalam pemilihan parti nanti.janganlah dilantik ulamak primitif mentadbir parti dan negara.dr aziz barisan ini menuduh pemimpin pas punca pakatan lemah.sepatutnya beliau mengeluarkan fatwa tentang anwar dan karpal juga.wakil rakyatnya terkenal lompat parti dan spesis umno.
cuma fatwa aziz barisan tertumpu pada adun tu aje.alah kutuk sikit2 aje.nak tutup kelemahan bosnya,anwar.
Tak setuju sama sekali.
TGHH dan Pak Lah jauh panggang dari api.
Belajarlah sejarah PAS, siapa antara tenaga yang membangkitkan perjuangan PAS era 70 - 80an?
dulu kata Lim Kit Siang 'ubat tamat tempoh' lani kena kat btg hidung sendiri.apa guna jadi Presiden Boneka..Puak UG takkan msk Umno..Puak UG perlu letak jawatan atau dipecat..
Presiden apo kalau menikus macam tu, PAS tak usah nak berlagak la kalau takdo orang mudo macam den nih sokong jangan harap la nak poie jauh.
Bakaq,
Aku juga setuju. Ade blog komen, pemimpin dan ahli PAS ni satu macam je - kritik orang, mak ooi,kow abih. Macam-macam pesen depa kritik. Tiba time orang kritik depa, mak oooi, macam nak bermusuh dengan orang yang kritik dia.
PAS ni aku sokong sejak umoq 16 tahun lagi. La ni dah masok 50. Kalau macam ni la kualiti pemimpin utama PAS hari ni dan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO dan BN - sah aku anak beranak pangkah parti lain. Aku kempen kawan-kawan dan sanak saudara aku pangkah la selain dari PAS.
Dalam Pakatan Rakyat depa kena deal dengan 2 parti je, satu darinya parti cina. Yang aku tak faham, yang depa dok meroyan nak bekerjasama dengan UMNO tu depa tak kena deal dengan parti-parti bukan melayu yang menganggotai BN ke?
Depa ni jenis superman la kot. Tak standard, tak hebat deal dengan 2 parti je dalam pakatan. Agaknya depa rasa depa paling licik dan bijak kerana dapat deal dengan 13 lagi parti bukan melayu yang menjadi koponen BN yang tentunya mempunyai 13 agenda kaum masing-masing.
Aku bagaimanapun akan tetap bersama TGNA.
setuju,pak bakaq.dr aziz barisan ganti nik aziz.
Tak sama sebab Hj HADI ada team di belakang nya yang mempunyai aspirasi yg sama tetapi Pak Lah hanya ada KJ. Puak yg tak suka Hj Hadi menggunakan ALASAN UG utk ketuk Hj Hadi habis2an. Puak yg tak suka Hj Hadi control majoriti media dan blogger. Strategi mereka berjaya tapi sekiranya Hj HADI benar2 ikhlas pertahankan ISLAM insyallah ALLAH akan tolong Hj HADI.
SETUJU.
Setuju. Memang benar Hadi adalah Pak Lah versi PAS.
Setuju sangat Hadi macam Pak Lah versi Pas. Perlu usulkan undi x percaya pada Hadi dalam EGM. Seminar x jadi apa, nak minta maaf pun x ada, geng kerajaang perpaduang masih besar kepala. PRU 13 Pas akan kalah teruk. Tengkoh ler nanti.
Memang PAS muktahir ini berada di dalam "denial state". Semua masalah dalaman di sapu bawah karpet. Segala masalah dalaman dikaitkan dengan sabotaj dari UMNO.
Rakyat bukan menyokong membabi buta. Rakyat boleh menilai. Jika setiap masalah dikaitkan dengan tangan2 ghaib UMNO, apakah ini boleh mempengaruhi rakyat? Makin ramai orang Melayu bertanya mengapa PAS asyik menyalahkan UMNO bila timbul masalah dalam parti mereka. Berbanding UMNO kini, mereka melihat ke dalam parti mereka sendiri apabila timbul masalah dan mengakuinya dan sedang memperbetulkan sedaya upaya mereka TANPA menyalahkan orang luar.
Keenganan PAS yang seolah olah alergik kepada UMNO (yang memainkan lagu perpaduan) juga dilihat oleh orang Melayu yg tidak berparti sebagai angkuh dan sombong. PM Najib pula sebaliknya dilihat bijak memainkan peranan dan kelihatan positif kepada perpaduan ummah.
Hakikatnya majoriti orang Melayu tidak berparti mahukan perpaduan sesama Islam, hanya sebahagian ahli PAS yang terlalu emosional dan singkat fikiran sahaja yang alergik kepada Unity Goverment ini. Persoalannya adakah sebahagian ahli PAS ini akan memenangkan PAS dalam pilihanraya nanti?
PAS sedang di persimpangan. Samada terus relevent atau berkubur dari hati orang Melayu.
Satu peringatan: Jangan sesekali ulangi yang PAS bukan pejuang MELAYU tapi pejuang ISLAM sahaja, kerana itu hanya akan melukakan hati orang Melayu yang rata-ratanya Islam....!
Dengarlah luahan hati orang-orang yang ikhlas, bukalah pintu hati dan buatlah keputusan dengan berani kerana Allah bukan kerana puak-puak dalam PAS.
Ikhlas dari saya,
Antiketaksuban.
pak bakaq,janganlah nak perbodohkan pewakilan pas mengangkatkan pemimpin parti mereka.kalau bakaq tak setuju,sebutlah nama yg layak memegang jawatan presiden pas samada husam atau khalid samad.kau ni bakaq, dalam hal ini pun nak main kroni jugak.
saya setuju haji hadi pak lah versi pas.
saya mula kurang minat haji hadi setelah mendengar ulasan beliau kepada ucapan dr. mahathir dalam majlis ceramah tentang palestin bersama fadzil noor di DBP satu masa dahulu. hj hadi kata, lbh kurang, ucapan fadzil noor bersifat islam, ucapan dr mahathir tdk bersifat islam. ini bukan hujah kenapa hj. hadi itu paklah.. sekadar memori.
tak setuju....pak lah tuh sekular... mana boleh sama dengan ulama yang diakui seluruh dunia.....
tak setuju..
SETUJU pak bakaq..
TAPI LAGI SETUJU SANGAT SANGAT...kalau + NASA + MUSTAFA + HASSAN
..Nasa + Mustafa
Tak stuju.. Haji Hadi bukan Macam Pak Lah.. Tp macm Tun Razak.. Low grade sgt if samakan macam Pak Lah ja...hehehe
Jika TGNA ialah Pak Lah versi PAS,maka Prof. Aziz Bari pula Profesor Harvard versi Malaysia ke?
Seperkara lagi hasil kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah boleh dipercayai ke? Maklumlah cuma ada 2000 responden (ikut lapuran Malaysia kini). Cukupke data mewakili seluruh negara?
Jangan lupa IPTA Malaysia tiada satu pun tersenarai dalam Top100 dalam dunia!
aku setuju sangat dengan Prof. Aziz Bari ni......sebab dalam badan PAS tu yang berani tegur hanya TGNA saja........tapi lain-lain pemimpin tak berani mungkin kecut kot atau banyak kaki bodek....pasai orang dalam PAS tak dak beza sangat dengan gerombolan tu sebab spesis mereka hampir sama....kalau tak tau main politik baik undur saja....tak kiralah dia tu sapa sebab sifat manusia tu kadang-kadang nampak lemah kalau ada orang keliling dia pun selalu dok bagi nasihat busuk....pendek kata sekarang ni PAS tak ada idea besar untuk menerajui kepimpinan utama nanti....memang LESU seperti kata Prof. Dr.AZIZ BARI
Setuju...mustafa, harun, ABU Bakar Chik ni dok control presiden ...Hj Hadi lemah dan lemah. Dulu dok keluar negeri aje kerjanya...sekarang ni baru nampak lain sikit...
Setuju 200%....
Salam Pak Bakaq...aku setuju amat ..kita perlukan presiden PAS yang kalau tak 100% mcm Fadzil Noor..at least ada 80% pun jadilah..(nasib baik TGNA meletup..kalau tak masih nak cover lagi..)
mr Presiden..we need the wake up call now..aku nie golongan muda (30)...lately nie dah mula rasa fed up..kalau tak kerana memperjuangkan Hukum Allah..dah lama kami blah..
Farid..johor bahru..
Saya 200% setuju dgn Prof dan Pak Bakaq kata... TGHH tu Lembabbbb beb!!!!! Msa cakap aje nampak garang n tegas, Tapi dlm tindakan outtttttt!!!! sebijik PAK LAH!!!
Tp biasa la kan trade mark org PAS, Nampak lemah orang aje, lemah pemimpin sendiri tak nampak.... kononnya TGHH tu berhati-hati lah, PIIRAHHHH.....
YA BETUL itu persepsi saya lah.
tipy jb
SETUJU sangat-sangat.
1. Pesuruhjaya PAS Selangor bertindak mengikut selera sendiri? Apa komen Presiden PAS.
2. Apa jua masalah yang berbangkit diantara PAS dengan rakan PR, sepatah haram kita dengar komen Tuan Presiden.
3. Contohi lah DAP, bila timbul isu hari ini, esoknya LGE terus komen/jawab. Dia buat "kerja rumah".
Jadi pesanan saya kpd Tuan Presiden jadilah pemimpin yang dinamik dan responsif.
Pak Bakaq,
Hadi Awang bukan sekadar Pak Lah versi PAS malah lebih teruk dari itu.Seburuk-buruk Pak Lah dia tak jadi "burung kakak tua" kepada mana-mana pemimpin.Hadi Awang bercakap menggunakan mulutnya tapi pakai otak Mustafa Ali.Cuba lihat video sidang akhbar diIbu Pejabat PAS selepas mesyuarat khas tempuh hari,untuk bukti.Kalau pencacai-pencacai Geng UG nak bukti - nah sila tonton dengan teliti video tersebut.
Satelah meneliti video itu,timbul persoalan: Adakah pemimpin ini yang akan jadi Perdana Menteri jika PAS atau Pakatan Rakyat berjaya masuk kePutrajaya? Bak kata orang Perak: Hancooor Yeop!
setuju
jibam
Mungkin tak teruk sampai macam PakLah kut...
"Saya rasa racun serangga cap kuda terbang itu bagus."
Rasa apa Pak Bakar? Rasa pahit ka rasa masin ka rasa apa? Hahaha
Setuju Pak Bakaq
setuju 100%.
Pimpinannya tiada direction, tiada visi & misi. semuanya lintang-pukang. patut baca buku pasal Leaders utk tengok apakah MAKNA pemimpin itu
SETUJU.
"SETUJU!!!!!! sgt."
kita persoal bukan ilmu agamanya tetapi reputasi beliau sebagai sorg pemimpin dan beberapa org lagi pemimpin yg kebanyakannya drpd Terengganu. pasal selangor tuh, kerap kali Hassan Ali menyebut soal perpaduan melayu dan hak melayu. selama nih, kita dk bagitau UMNO, dk bagi penerangan kt depa sebab mengapa kita tolak UMNO adalah sebab kita tolak politik perkauman. yg kita nk naikkan dan martabatkan adalah Islam. tahu tak Hassan Ali bahawa ramai cina muslim, india muslim, dan mana2 muslim lagi yg bukan berbangsa melayu, bahawa mereka semua nih telah tersinggung dengan kenyataan beliau. kenapa perlu perjuangkan melayu? melayu pun ramai yg telah murtad dan kurang didikan agama. Sedarlah, kalau betul ingin menyelamatkan melayu pun, hanya melalui ISLAM sajalah sebagai cara penyelesaiannya. Igt. PAS bukan memperjuangkan agenda MELAYU, tetapi PAS memperjuangkan ISLAM!!!!!
pergi mampos dengan agenda melayu ko tu wahai pemimpin walaupun ak jugak seorang Melayu.
Saya setuju. Hadi the sleeping sama dengan Dolah Badawi. Dia patut ditukarkan. Ramai pimpinan yang layak menggantikan beliau. Jangan hanya lihat yg berserban saja yg layak gantikan Haji Hadi.
Aku setuju. Era TGHA yang hebat dan lantang lawan Umno pada tahun 80-an dan 90-an dah tak ada. Sekarang pun TGHA lawan Umno lagi tapi dah kendur dan mandom. Bila ini berlaku orang disekelilingnya naik tocang untuk atur strategi baru yang menimbulkan fitnah sesama ahli dan penyokong Pas.
Siapa bakal pengganti TGHA? Suluh punya suluh tak nampak lagi. Yang nampak pemimpin disekeliling TGHA semakin mewah hidupnya. rumah RM 700,000 , renovation dekat sejuta. Bila kita bercakap ada bukti, ada bukti tu yang terpacul keluar daripada mulut mereka.Pi la tengok sendiri.Meniaga apa? Projek apa? Ini semua kita kena ambil tahu. Kalau daripada punca 'link buisness' dengan Umno, pemimpin Umno ini maknanya melemahkan pemimpin untuk bersuara kecam Umno yang buat banyak penyelewengan dalam mengurus tdbir negara.
Ahli dibawah yang tak tau apa dok usung bendera , tampal poster samapi ke subuh musim pru, yang diatas pula dok seronok buat buisness dengan Umno. Percaya ke? Tak percaya pun tak mengapa.
Tak setuju.
Haji Hadi jadi mcm tu sbb ada TGNA... takkan dia nak bantah cakap2 "merapu" TGNA terang2 kot. Jadi dia amik pendekatan senyap dan observe.
patut TGNA itu dilupuskan.. baru betul
lantik SUA expired - tak ada idea
Tepat sekali ..flip flop
tak de la teruk sampai macam tu sangat...mmg lani dia slow tapi nak bandingkan ngan pak lah .....lembab tapi tak makan duit rakyat, sangat jujur dan setia dan istiqamah dlm perjuangan. aku rasa yg kena tendang ni sepatutnya hasan ali, dia ni umno dalam pas, setakat nasa n mustafa ali ni hanya persepsi org je...umno dah perangkap depa, tapi nak buat camna semua media adalah media umno.
rasanya tahun depan kita lantik nizarlah jadi presiden, camna? setuju dak? timbalan kita lantik 2orang, mat sabu ngan husam musa. bila lagi para perwakilan nak angkat org baru. saya tengok nizar ni mmg seorang yg berkarisma dan sangat berani menghadapi segala rintangan.
Salam,
SANGAT SETUJU!!!
Kalau TGHH tak mampu bebas daripada cengkaman geng trg, resign sahaja. Pemimpin seharusnya memimpin bukan dipimpin(oleh geng trg).
setuju.. tapi dah ada ke najib versi pas
pemimpin gerakan islam mengandaikan perjuangannya macam perlawanan bola sepak, isy. dan ramai pulak yang bersetuju dengannya.
bukankah lebih baik diandaikan perjuangan ini macam pertempuran di medan perang. dalam perlawanan bola ada jihad ke? dalam medan perang, kapten yang gagal akan diganti serta merta, atau dihadapkan ke mahkamah tentera jika melakukan kesilapan yang boleh memudaratkan objektif perjuangan... apatah lagi bertukar2 pandangan dengan pihak seteru!
di medan pertempuran, jika ada kapten macam ni, mahu disembur dengan m16 dari belakang oleh orang2 sendiri.
fikirkanlah...
macam lawan bola sepak beb, perjuangan kita...
PAK BAKAQ
SALAMUALAIKUM. SEBAHAGIAN BESAR AHLI PAS DAN BUKAN-ISLAM MUNGKIN BENAR SETUJU TGH HADI SAMA MACAM PAK LAH, TAPI TAK SOLVE MASALAH DALAMAN DAN FUTURE PAS.
SIAPA DALAM PAS YANG BERANI CAKAP "YOU'RE FIRED!!!" PADA TGH HADI NIH???? SORANG PUN TARAK; SO CAKAP TAK SERUPA BIKIN... TAK EFEKTIF DOK CAKAP AJE, FIRE TGH HADI DAN PILIH TGNA ATAU HAJI NIZAR GANTI TGH HADI. KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DI JAGA PUN KANTOI, INI NAK JAGA SATU MALAYSIA. RENUNG LE...
Apa hang dok merapu ni Pak Bakaq....apa tujuan hang buat poll ni...nak tambah dosa ka? dan sama-sama hang nak tambah dosa para tukang komentar artikel hang ni yang dok bercakap benda yang depa sendiri tak jelas.
Pak Lah tu sah-sah perjuangan nasionalis sekular....Tok Guru letak Allah SWT dan Nabi SAW tujuan utama perjuangan...ni pun dah jauh berbeza macam langit dan bumi.
Pasai apa nak tukaq Presiden?...PAS bertindak secara syura...kalau PAS gagal pasai apa Presiden saja yang nak di salah, SUA disalahkan, Timbalan disalahkan, PJ Selangor disalahkan.......
Satu lagi....semalam Pengerusi Kelab Penyokong India dalam ucapan kat Seminar di Taman Melewar....mengaku undi kaum India di Bagan Pinang beralih kat BN kerana wang dan ugutan....maka terbukti bukan pasai PJ Selangor or PAS Selangor...sapa-sapa yang dok tuduhan melulu ha apa lagi pi mintak maaf kat PJ Selangor.
Pak Bakaq....tok sah la dok teruskan kerja bangang hang ni...PAS insyallah parti yang dapat keberkatan Allah SWT pasai letak Allah SWT dan Nabi SAW tujuan dan dasar perjuangan...kalau ada pimpinan yang seleweng insyallah depa akan terkeluaq dengan sendirinya...tak payahla hang dan para tukang komentar dok buat kerja bodoh ni...merapu dan menfitnah tak tentu hala....apa raa.
Setuju.....
Kalau join UMNO pun belum tentu TGHH dilantik jd menteri belia dan sukan pun....
Hassan Ali sentiasa menyebut soal perpaduan melayu dan hak melayu, ta ubah seperti UMNO berckap soal ketuanan Melayu. UMNO di tolak oleh semua sebab kita ( rakyat Malaysia ) tolak politik perkauman dan telah pun terbukti UMNO bukan memperjuangkan hak Melayu seperti kita ini tetapi Melayu elit yang menjadi kroni mereka. Melayu seperti kita ini hantar anak ke Universiti guna duit PTPTN tapi mereka hantar anak ke luar negara LAGI dengan BIASISWA.Elit MCA,GERAKAN,MIC dan tokoh-tokoh parti BN daripada SABAH dan SARAWAK di bela bukan Melayu/Bumiputra. Kita terima kasih kepada ANWAR yang telah menyedarkan kita tentang fakta ini. Taukey MCA di beri bukti dan Gunung tapi Cina miskin nak dapat sejengkal tanah untuk tanam kacang panjang/sayur-sayuran bagi membiayai makanan rakyat Malaysia macam kita semua ini di tolak.Akhirnya impot sayur-sayuran dan bunuh rakyat Malaysia dengan kos yang tinggi. Kita setuju, sepatutnya kita naikkan martabatkan Islam dan bukan nya bangsa. Wei. Hassan Ali tahu kah kamu bahawa ramai cina muslim, india muslim, dan mana2 muslim lagi yg bukan berbangsa melayu, bahawa mereka semua ini telah tersinggung dengan kenyataan kamu. kenapa perlu perjuangkan melayu? melayu pun ramai yg telah murtad dan kurang didikan agama. Sedarlah, kalau betul ingin menyelamatkan melayu pun, hanya melalui ISLAM sajalah sebagai cara penyelesaiannya. Ingat wahai Hasan Ali dan Mustafa Ali dan dan lain-lain tokoh yang telah termakan racun UMNO bahawa PAS bukan memperjuangkan agenda MELAYU, tetapi PAS memperjuangkan ISLAM!!!!! dah.
Siapa kata PAS tiada calun untuk mengganti TGHadi. Kalau nak tahu ramai tokoh seperti NIZAR boleh membawa PAS ke puncak yang lebih tinggi. Jadi pa Bakaq, kawan tidak setuju dengan hang yang kata ta nampak, cuba tengok gak ke arah Hj.Nizar. Dia seorang yang pemimpin yang progressif sentiasa pro aktif macam LGE.
tak setuju
TAK SETUJU...Gue berpendapat TGHH adalah seorg yg berjiwa besar...walaupun d kritik..
dia tetap panggil penkritik..
Penktitik tu memang benar cuma pengulas sukan..jadi dia bolioh ulas and kritik..aje..
Kalau orang macam Husam atau Salahuddin atau Tuan Ibrahim jadi pembantu TGHH, dia boleh jadi lebih baik. Dengan pembantu sekarang ni... lingkup.
SETUJU
APA YANG AKU TAKUT DEPA DA AMIK DUIT ADVANCE SEBAB NAK JOIN UMNO....AKU RASA PERSEPSI AKU MACAM BETUL. MACAM BETUL JA. AKU TAK TUDUH. PERSEPSI AKU KUAT TERHADAP ITU. TAK TAU LA HAMPA.
RAJU
SETUJU
PATUTLA NAK BERKHALWAT DALAM GELAP DENGAN UMNO. SEBAB LEMBAB NAK MAMPOS. SAMA MCM VERSI PAK LAH. DIA RASA TU LA JE CARA NAK DAPAT KUASA. HE HE APA2 PUN AKU TETAP UNDI PAS BIARPUN TERSEMBAM LEMBAM TERTUNGGING HANGIT.
TOK PENGULU
Saudara,
Dulu TGHA komen LKS dah expire! Seorang Ulama punye komen gitu? Tidak prihatinnya! Sekarang dia pula orang kata sudah 'expire'.Kembali kepada TGHA semula! Apa visi, reaksi, response dalam hal-hal semasa tiada komen dari TGHA. TGHA kita lihat sebagai Presiden tidak 'mesra rakyat' (not people friendly at all). Imejnya tidak menggambarkan hasrat dan mood rakyat. Tidak lagi sesuai, peranannya dah expire bersama teamnya dari Trengganu. Kalau negerinya tidak boleh jaga kemenangan setelah diberi peluang, jangan mimpi dan teringin nak jaga negara. Lucu, team yang kalah boleh diamanahkan menjaga kawasan yang lebih luas dan penting. Apakah jemaah terpaku dengan kata-kata? Kurang waras dan hikmah jemaah kita. Amat sedih kalau masih di tahap ini dengan sindrom 'bior le, biaq pi, bagi peluang,tak ape' Amat merugikan ummah dan jemaah. Dok sibok tentang pimpinan aje. Berapa banyak tenaga dan sumber terbuang ke arah ini. Pikir dan buat kerja le tentang perkara tingkatkan jemaah dan ummah dengan ilmu dan amal.
Hadi Awang memang lembik sebagai pemimpin politik. Jadi pensyarah ugama dia memang bagus. Tapi pemimpin politik dia lemah.
Hadi Awang tak serupa dengan Pak Lah. Pak Lah bila dah bising satu negara kata dia lembap, dia boleh lagi buat-buat bodoh. Hadi Awang pula, bila jadi macam tu, tidak pula buat bodoh, malah menafikan keadaan pula, siap kata tidak akan melepaskan jawatan, baru masuk first half! Bongok betul la....
Tapi satu persamaan Hadi Awang dgn Pak Lah ialah....... dua-dua pun kemut kuasa!
- kuntau
Bukan penonton biasa yg komen ; tapi pengurus pasukan sendiri yang komen!Tapi kapten pasukan pekak badak nak kata apa? Komen saya seterusnya di sini
Setuju 500%. TGHH sangat lembab dalam menangini setiap masalah yang ditimbulkan oleh pimpinan bawahannya, samada masalah dalaman yang beleh memecah belahkan parti mahupun Pakatan Rakyat.
Memang PAS muktahir ini berada di dalam "denial state". Semua masalah dalaman di sapu bawah karpet. Segala masalah dalaman dikaitkan dengan sabotaj dari UMNO.
Rakyat bukan menyokong membabi buta. Rakyat boleh menilai. Jika setiap masalah dikaitkan dengan tangan2 ghaib UMNO, apakah ini boleh mempengaruhi rakyat? Makin ramai orang Melayu bertanya mengapa PAS asyik menyalahkan UMNO bila timbul masalah dalam parti mereka. Berbanding UMNO kini, mereka melihat ke dalam parti mereka sendiri apabila timbul masalah dan mengakuinya dan sedang memperbetulkan sedaya upaya mereka TANPA menyalahkan orang luar.
Keenganan PAS yang seolah olah alergik kepada UMNO (yang memainkan lagu perpaduan) juga dilihat oleh orang Melayu yg tidak berparti sebagai angkuh dan sombong. PM Najib pula sebaliknya dilihat bijak memainkan peranan dan kelihatan positif kepada perpaduan ummah.
Hakikatnya majoriti orang Melayu tidak berparti mahukan perpaduan sesama Islam, hanya sebahagian ahli PAS yang terlalu emosional dan singkat fikiran sahaja yang alergik kepada Unity Goverment ini. Persoalannya adakah sebahagian ahli PAS ini akan memenangkan PAS dalam pilihanraya nanti?
PAS sedang di persimpangan. Samada terus relevent atau berkubur dari hati orang Melayu.
Satu peringatan: Jangan sesekali ulangi yang PAS bukan pejuang MELAYU tapi pejuang ISLAM sahaja, kerana itu hanya akan melukakan hati orang Melayu yang rata-ratanya Islam....!
Dengarlah luahan hati orang-orang yang ikhlas, bukalah pintu hati dan buatlah keputusan dengan berani kerana Allah bukan kerana puak-puak dalam PAS.
Ikhlas dari saya,
Antiketaksuban.
Tak setuju TGHA tu Pak Lah PAS..
Sebab walaupun kedua-dua tu slow dan lembik TGHA lebih istimewa - kerana beliau boleh diumpamakan sebagai PUPPET (BONEKA) PRESIDEN.
Presiden telah dicocok oleh mereka-mereka Pro-UG @UMNO-Trojan disekeliling, termasuk yang dilantik oleh beliau sendiri.
Masaalah/kelemahan yang ketara inilah yang merugikan perjuangan PAS masakini, juga Pakatan dan negara. Sudah tiada masa dan jalan lain.. Nasa, Mus dan Hassan mesti dikorbankan segera sekurang-kurangnya sebelum terlambat dan keadaan lebih rumit dan parah.
Jika tidak, jangan bersedih satu hari nanti TGHA sendiri wajib dikorbankan - jadi macam Pak Lah!
tak setuju pak bakaq....
berhati-hati memijak duri di malam hari berbeza dengan lembap tidak tau membuat keputusan kerana islam menggunakan kaedah dakwah untuk mengajak manusia ke jalan yang diredhai...
apa-apa pun ia satu pengajaran yang baik,kalau presiden pun macam tu takan anak tido lagi kut...syaitan bisu sentiasa mengintai untuk mengulit mimpi indah kita.
wallahua'lam...teruskan pak bakaq
setuju
2 2 lembab.. kui kui kui..
aku ni org muda yang makin menyampah gila ngan PAS..
Porahh la PAS.. Kalau korang tak berubah, baik aku tak keluaq mengundi PRU 13..
Undi PAS pun buat apo.. lembab mengalahkan UMNO..
"Mampuih" la hangpa org PAS oiii... (ni bukan lah doa ye.. org kedah kata "mampuih" ni satu keluhan yg parah habess..)
aku 80% setuju, TGHH tak lah seteruk Pak Lah. Pak Lah tu visi & misi dia tido je (mgkin baru lepas kawin dgn Jeanne kot). TGHH ni masih separa jaga, asik letih je, mgkin terpaksa layan byk perkara kot esp. kena layan 2 bini.
apa yg lebih tertinjol adalah, capabilities TGHH ni beyond penyokong & pendokong PAS. Dia dilihat terlalu slow berbanding pendokong PAS yg jauh terkedepan (cth AT, Prof Aziz, etc cukup laju kedepan). Mgkin tahun 80 & 90an, TGHH adalah juara tapi bukan utk masa sekrg dan masa depan (andaian berpandukan analisa terkini).
Kalaupun TGHH boleh berubah, tp mcm mana org di sekeliling dia, Mustapa, ABC, Hasan Ali, dan 2 3 kerat pemimpin lagi. Belum tentu mereka boleh ikut berubah sama. Sedangkan rakyat dah juak dgn UBN, tp memandangkan PAS tak boleh memandu PR, mereka lebih rela pangkah UBN.
Sepatutnya PAS mesti lebih ke depan dari PKR & DAP kerana kita bekerja sbg seorg muslim, kita ada doa, kita ada ALLAH yg akan membantu sekiranya jalan yg kita pilih adalah betul & tepat. Semoga jalan utk memerdekakan rakyat dari belenggu UBN pd PRU-13 tercapai, insyaAllah.
salam, man tiger.com
Aku setuju TGHH kebelakangan ini lemah dalam tindakan memperkasakan pakatan rakyat TETAPI aku tk salahkan 100% TGHH kerana yang sebenarnya menyebabkan perkara ini adalah BARUA BARUA UMNO yang terlior dgan kesedapan dunia yang mengelilingi dan merosakkan peranan TGHH, terus terang aku katakan aku MENYAMPAH dengan peranan yang dimainkan olih Mustapa Ali, Nasarudin, HASSAAAN ALI and the geng satu lagi ketua pemuda ni Hassan Tantawi jangan lah asyik nak jadi PENGAMPU puak puak UG perbaiki lah imej dan KETERAPILAN DIRI untuk menarik anak muda kepada Pakatan Rakyat imej sdr tidak disenangi olih golongan muda
komen anak sedara tuan guru presiden,
celakalah kalian yang merobek baju perang panglima perang, biarpun dia seorang tua, namun dia tetap seorang panglima, demi Allah, musuhmu sedang bergelak ketawa dihadapan, sedang kamu tidak melihat bajmu sendiri dipenuhi darah saudaramu akibat tangan2mu,
celakalah dan binasalah kepada mereka yang mengapi-apikan permusuhan...
demi Allah, jika Dia mengkehendaki jemaah ini berjalan diatas kaca-kaca dalam onak duri, maka itu lebih mulia berbanding memiliki seorang lelaki yang boleh merosakkan ukhuwah jamaah...
Anwar,HA,NA,semuanya lebih kurang sama je,orang keliling jugak ada bagi nasihat.
Tapi setuju,HAbukan politik sepenunhya,dia ulamak tak banyak belit(ada tu mmg ada).NA memang licik dan memang boleh bermain politik...cakappun laju je,pastu puas lah org lain kaver.Anwar...sah la 100% pemain politik(tak reti nakcakap jenis apa-lebih kurang ce det)
Aziz Bari/Hasan Hasbullah,..hmm..rasanya Pak Bakaq punya analisa jauh lebih cerdik dari dua org tu,tgk komen Dr Hasan tu dalam ikon ke,pilih kasih ke,astro awani.tokoh lain tak terima pun pdgn dia,dia je rasa dirinya cam bagus dan anggap semua dia betulje.
Perakman
Setuju. Kalau TGHH sayakan jamaah, dia kena korbankan paling tidak Hassan Ali dan geng Tranung yang dilantik termasuk Cikgu Pha dan ABC . Lebih bagus kalau buat peimilihan semula.
Buruk-buruk Hj Hadi dia bukan Syiah...
Syiah suka melagakan ASWJ.
Pak Bakaq setuju ker kalau Dr Asri masuk PAS. Harap2 Mat Sabu jangan lari.
so berapa PERATUS YG SETUJU?
ini baru poll bodo2..mcm mana kajiann Prof abu hassan tu?
senndiri mau ingat la..
pada hj hadi & penyokongnnya :
- kenapa x betinndak tegas pada salah laku yg jelas oleh hassan ali? bukti?
smpai ditegur oleh Mursyidul Am baru nak buat?
- pennghina2 TGNA dlm meting - apa tindakan ko? biarkan shj?
berubah sebelum terlewat.
TGNA, - beribu2 org biasa dibwh ini sdg bersabar dgn tindakan seterusmu utk menyelamatkann PAS & PR.
Tak setuju. Abdullah bukan bandingan TG Hj Hadi. Jauh panggang dari api. Tapi ada kemungkinan TG Hj Hadi utk melakukan flip-flop dlm kepimpinannya mcm Paklah. Hanya masa akan menentukan. Kalau Hj. Hadi perlu disingkirkan, singkirkan dulu puak Syiah dari barisan PAS. Syiah tu lebih bahaya daripada primitif. Hahahahaha
Buruk 2 syiah pun tak nak joint umno ...Dulu kan siapa yg ajar kita umno tuu kafiir !! cuba renung 2 kan lah
Ahli sunnah yg benci UMNO dan Puak UG dlm PAS
Pak Bakar;
Saya masih ingat kuliah Pagi Jumaat Ustaz Hadi di Masjid Rusila sekitar tahun 80'an bahawa antara punca kejatuhan Islam apabila pemimpinnya dikelilingi oleh penasihat2 yang berkepentingan.
Saya kira apa yang disebut oleh Ustaz Hadi lebih 20 tahun yang lalu sedang menimpa beliau.
Muhasabahlah apabila kepimpinan kita mula dipersoal secara terbuka. Tak perlu kiaskan pemain bola dan pengulas sukan.
~Ibrahim Mohd Raja
Mantan YDP PAS Kaw Batu, WPKL.
Saya di belakang TGNA. Tukar je TGHH & Ust Nasa. Kalau tidak penat je org bawah dok lelah buat kerja, org ataih dok peruntuh potensi parti ...
Che Man
Betul tu komen no 86 saudara Ibrahim.
Hakikatnya jika seorang pemimpin sudah tidak dapat membebaskan dirinya dari beban politik yg dipikulnya, sewajarnya beliau meletakkan jawatan.
Ikhlas lah pada perjuangan parti. Amanah lah pada kehendak ahli-ahli PAS dan juga penyokong-penyokong PR dan terutama sekali kepada sekelian rakyat Malaysia yg melihat kepada PAS sebagai sebahagian dari penyelamat negara dari cengkaman BN/UMNO.
Yang nampak sekarang hanyalah seorang insan yg dilihat lemah dan tidak berdaya memikul tanggungjawab yg diberi, tetapi masih berkeras hendak bergantung kepada kuasanya.
Sama seperti Pak Lah dahulu.
- Putera Malaysia
Memang kita hormat kepada ulamak tetapi kena faham bukan seseorang ulamak itu automatik boleh jadi pemimpin, kerana segan beliau seorang ulamak kita tak nak tegur atau orang lain tak boleh tegur??? Saya memang x setuju dgn sesetengah ahli PAS yg begitu marah kerana di tegur pemimpin mereka, jgn kita lupa saidina Omar sewaktu menjadi Khalifah pernah di tegur dengan pedang di tengah orang ramai d dlm masjid.Ahli Pas kena fikir lah nak selamat parti atau nak selamat pemimpin...??? Tahniah n tabik kepada Nik Aziz begitu sensitif dan peka pada persekitaran yg berlaku dan cepat bertindak, kita x nak pemimpin yg lena dan rasa dirinya besar bila di dodoi dan di kipas oleh org sekelilingnya dan lupa bahawa kemenangan dan kekuatan yg ada pada PAS adalah kerana masaalah dalaman yg di hadapi oleh pihak lawan bukan kekuatannya sendiri...cth kes DSAI dan reformasi jalanan yg di adakan,berduyun-duyun org melayu masuk dan sokong PAS so PAS hanya berharap pada permasaalahan dan kelemahan pihak lawan kerana ianya x ada kekuatan sendiri, sedar kan lah diri tu..Bangun lah Presiden jgn berangan hendak jadi PM kalau x ada kelayakan dan ketokohan memimpin, tunjukkan bahawa PAS mempunyai strategi dan kehebatan berpolitik dan tidak bergantung pada kelemahan parti lawan je..dan jgn cemburu ke atas kelebihan dan kebolehan rakan seperjuangan, beri laluan dgn hati terbuka dan sokongan jika rakan seperjuangan itu lebih layak...ni kerana sendiri rasa dan di kipas oleh org sekeliling, jadi rabun mata dan dah x tau nak menilai yg mana satu kaca dan yg mana permata...masaalah pada manusia yg bernama lelaki adalah 3 TA, 1.waniTA 2. harTA 3. tahTA (pangkat darjat)
Anom 86
setuju tak kalau suruh egm di adakan dan Bawa usul untuk buang Nasa ...dan suruh Presiden buang stopa / PJ selangor HA ..ABC pun ....Lepas tuu suruh Presiden kita mengundurkan diri / letak jawatan jadi Ahli syura/tim mursyidul am jer / Ketua Ulamak..
jer ...
Anak jati Trengganu dan anak murid presiden diawal 80 an .
Nak suruh buang juga SU Pemuda dan Wakil Nagori tu. Apa haprak sangat. Hiraki dalam Pas pun tak tahu. Ada hati nak bercakap dalam seminar. Mursyidul Am dengan Presiden pun tak tahu yang mana lebih tinggi.
Biasanya pemimpin lembik ini selalu terjebak dengan rasuah.
setuju. buang semua yang nama dah rosak dan merosakkan nama parti. rasanya dah sampai masa untuk naikkn tuan ibrahim tuan man jadi presiden
lebih kurang sama dengan la haji hadi dgn paklah.
cumanya paklah lagi bagus sbb tau kelemahan diri,berundur walaupun BN menang PRU12.
tapi haji hadi dah kalah byk kali,tapi tak berundur lagi.
kalau kita nak ikut cara nabi,wadah perjuangannya lain,dengan pedang,pantang berundur,lari dari perang berdosa.tapi wadah perjuangan kita dari segi UNDI.ianya termasuk melayu dan bukan melayu.kalau prestasi merosot,sila undur,tukar orang.
STOPA KONTROL HADI.....KENAPA BOLEH JADI MACAM ITU.
SETUJU, TGHH perlu beri laluan kpd golongan muda yg lebih bertenaga utk kerjasama dgn PR. jalan menuju ke kerajaan persekutuan tggl setapak dua je lagi...tlg jgn hancorkan harapan rakyat nk tukar kerajaan haprak ni!
Pemimpin yg hebat perlu di uji.Sejarah menunjukkan pemimpin hebat dunia telah di uji dgn hebat..walaupun seseorang tu born to be a leader, tapi untuk jadi pemimpin yg hebat dia akan diuji. ada juga pemimpin yg menjadi pemimpin kerana nasib baik dan dia berada di track yg betul maka dapat sokongan ahli dia jadi pemimpin.Ini pemimpin yg penuh dgn keselesaan. Kita boleh lihat perbezaan tindakan pemimpin2 yg telah di uji hebat dgn pemimpin yg jadi pemimpin kerana brnasib baik.Tindakan2 mereka berbeza, keberanian bertindak berbeza, dalam membuat keputusan berbeza.Pemimpin yg telah membuat pengorbanan ni berani dalam membuat tindakan dan keputusan yg drastik,kerana dia telah dilanyak sebegitu rupa, sebagaimana kita nak dapatkan emas yg tulin, emas yg ditemui itu perlu di proses sebegitu rupa dgn api dan sebagainya untuk membuang segala campuran2 yg x perlu untuk hasilkan emas yg tulin...tanya lah DSAI, TGNA dll pemimpin..ada bezanya dalam corak kepemimpinan mereka, dgn pemimpin2 lain..daya tahan mereka dah teruji.
anom 94
Yg ini kena tanya PAS trengganu sendiri ,,,tanya Peguam mutalib yg telah lama menyepi diri !!!
anom 91
marah nampak ! nak marah ke sapa tuu ???
Yazid Gombak
Aku tak berapa setuju.
Sebab...
1) Aku rasa TGHA lagi teruk dari Pak Lah.
2) Pak Lah setidak-tidaknya dah merasa jadi PM
3) TGHA cuma akan jadi pembangkang seumur hidup.
4) Ilmu Agama TGHA memang bagus tapi ilmu politik HAMPEH.
5) Aku rasa dia ni memang LEMBAB SELEMBAB-LEMBABNYA.
Setakat ni belum ada pemimpin yang boleh kita bandingkan walaupun dengan Pak Lah yang lembab tu.
Awat kuat sangat pengaruh PAS Terengganu??
Negeri sendiri pun tak terjaga, nak memandai
cover PAS plak?
Bukan semua orang boleh jadi pemimpin,
Kalau jadi pemimpin setakat dengar kata
orang kanan baik tak payah.
Seorang pemimpin kena BERPENDIRIAN, TEGAS DAN BERANI,
tapi ciri-ciri ini tak nampak pada TGHA.
-MADIR-
Komen mengenai perlantikan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tidak saya siarkan sebab saya tak tau perlantikan dia kerana kronisme atau kerana apa.
Pendapat penribadi saya, saya harap sangat dia letak jawatan sebagai CEO PMBK.
Saya tak tuduh dia buat salah, tetapi kalau sayang parti, berenti lah! Jangan hang punya fasal, parti pulak jenuh nak berjawab yang tu yang ni.
Jangan dok bagi ruang kepada Umno kata apa yang depa teringin sangat nak kata.
dari segi zzz . . . mmg cam pak lah ...
mmg hadi pemain professional mcm pak lah pun pro
tapi masalahnya zzzzzzz...
tak kan tak faham faham lagi
get a new one - yang cergas workaholic
tapi mesti smart and know how ang do the right thing ...
tak kira husam ke salahudin ke nizar ke khalid samad ke mat sabu ke
tak pun nik aziz je ...........
Tak setuju
Kebanyakan blogger dan media seperti harakahdaily dan bercetak tidak banyak menyokong TGHH. Sebab itulah TGHH tidak nampak strong. Semua menghala kepada TGNA, Husam dll pemimpin Pakatan Rakyat. Mungkin sebab TGHH tidak betul-betul bersama mereka. Saya rasa Alasan nya adalah berhati-hati demi Kesucian Perjuangan Islam.