Peduli apa siapa yang menang, sama ada Barisan Nasional yang menang atau Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebenarnya menang. Yang penting, PAS kalah di Bagan Pinang.
Saya tak dan lagi nak tulis apa-apa. Tetapi, saya setuju dengan pembedahan demi pembedahan yang dilakukan terhadap PAS (Sila lihat berita Malaysiakini "PAS VP tells why non-Malays ditched Pakatan" dan "PAS gagal, dekati pengundi waktu pilihan raya").
Walaupun begitu, saya berbeza pandangan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyatakan:
Dari awal lagi, saya dah katakan bahawa PAS kalah kepada strategi orang-orang Umno (sila lihat posting bertajuk "Tahniah Azeez! Hang menang, orang PAS kalah"). Mampoih pi la depa guna strategi serang markaz PAS ka, debik orang PAS ka, punggai orang PAS dengan batu ka (hatta sehingga keputusan telah diumumkan pun, beberapa kereta di tepi-tepi jalan dekat markaz pilihan raya PAS rosak akibat dibaling dengan batu - batu besaq pulak tu), tetapi mereka berjaya dengan strategi itu.
Depa dapat alihkan kerja orang PAS dengan strategi itu.
Awat? Hampa marah depa ganas? Kalau keganasan boleh menangkan mereka, apa lagi pilihan mereka? Yang kita, strategi apa? Jangan dok ralit nampak salah orang ja, mari kita bedah PAS dulu.
Takat ni dulu. Sehari dua ni ada saja hal. Komen-komen yang berlambak tu pun saya akan moderate kemudian. La tak dan nak buat. Ni nak kena keluaq pulak ni. Salam!
Saya tak dan lagi nak tulis apa-apa. Tetapi, saya setuju dengan pembedahan demi pembedahan yang dilakukan terhadap PAS (Sila lihat berita Malaysiakini "PAS VP tells why non-Malays ditched Pakatan" dan "PAS gagal, dekati pengundi waktu pilihan raya").
Walaupun begitu, saya berbeza pandangan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyatakan:
"To some extent a certain percentage might have been influenced by Prime Minister Najib Razak's '1Malaysia' concept".Saya tak fikir sampah sarap seperti '1Malaysia' itu diambil peduli oleh rakyat Malaysia atau para pengundi di Bagan Pinang. Yang menjadi masalah ialah apa persepsi terkini mereka terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR).
Dari awal lagi, saya dah katakan bahawa PAS kalah kepada strategi orang-orang Umno (sila lihat posting bertajuk "Tahniah Azeez! Hang menang, orang PAS kalah"). Mampoih pi la depa guna strategi serang markaz PAS ka, debik orang PAS ka, punggai orang PAS dengan batu ka (hatta sehingga keputusan telah diumumkan pun, beberapa kereta di tepi-tepi jalan dekat markaz pilihan raya PAS rosak akibat dibaling dengan batu - batu besaq pulak tu), tetapi mereka berjaya dengan strategi itu.
Depa dapat alihkan kerja orang PAS dengan strategi itu.
Awat? Hampa marah depa ganas? Kalau keganasan boleh menangkan mereka, apa lagi pilihan mereka? Yang kita, strategi apa? Jangan dok ralit nampak salah orang ja, mari kita bedah PAS dulu.
Takat ni dulu. Sehari dua ni ada saja hal. Komen-komen yang berlambak tu pun saya akan moderate kemudian. La tak dan nak buat. Ni nak kena keluaq pulak ni. Salam!










Cantik? Klik 






Mungkin isu, calon PAS (senyum lebih lah...), dan "kekuatan" Isa.
setuju
Tau dak pasai apa hangpa kalah??? Pasainya, hangpa kelolo....Orang pun dah mula naik meluat kat hangpa.. Hangpa ingat hangpa dah jadi favourite...Hangpa pun Melayu jugak..toksah duk perasan bangsa Iran ka..Palestine ka.. Melayu ni, kan perangai merak buih berlambak..Hangpa pun bila dah berkawan dgn PKR ni, perangai pun dah nak jadi iras-iras la..adik-abang macam Zizan Joker duk habaq tu..Last-last, PKR duk buat perangai hudoh, hangpa pun pakat terikut la.. Kena tetak dgn pedang samurai la..macam macam...Nak muhong orang pun berpada-pada la...
Ha..la ni pakat melengung la..Padan muka..Kalau menang, hangpa tambah takbur..Elok jugak hangpa kalah..Kalau dak, duk perasan macam tu lah.. Mengata kat orang dah serupa macam puak Khawarij dah pulak...Aku pun dah boring...
ahhhhh..beraklah PAS...dahla bacul! keje nk provokasi je! stakat panggil ramai2 org luar dtg bagna ponang baek x payah! PAS di negeri sembilan CHECKMATE!
-AKU SYG PENARIK BECA PAS-
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya pun dah mula sakit hati dengan sikap blogger blogger Pakatan Rakyat .
Tidak ada satu blogger Pakatan Rakyat pun sudi bertanya kepada Dr Hassan Ali ( Phd 1 juta )"Apa pendapat Dr Hasan Ali perihal UMNOBN boleh menang besar kat Bagan Pinang " atau tanya kat Dr Hasan Ali kenapa PAS boleh kalah teruk di Bagan Pinang. Wahai sekalian empuan blogger tolong lah respect banyak sijil Phd yang di perolehi oleh Dr Hasan Ali yang di bayar 1 juta ringgit Malaysia oleh kerajaan Malaysia yang lalu. hj jamaludin
saya setuju....jangan kita beremosi sangat...memang orang kawasan belah selatan ni payah sikit....insyaalah angin perubahan dah nampak...kuatkan semangat kita...cari jalan untuk kalahkan badan2 kerajaan yang menyalahgunakan kuasa mereka....terutama spr...pasukan terkuat b/n...
Betui pak pbakaq, PAS kena buat pembedahan dalaman, jgn asyik dok poin jari kat UBN semata.
Presiden PAS dlm senarai teratas. Kena kemudi parti betoi2. Jgn lagi dok seronok main pantai di Marang, segera pindah duduk KL, gear-up parti, jadi nakhoda yg mengemudi mcm arwah Ust Fadhil. Jgn dok pakai jubah tak beghenti, pelbagaikan baju seluar, serban kopiah. Persepsi org pantai Barat tak sama dgn org pantai Timur. Renggangkan sikit diri drp stail puak2 Terengganu. Intelektual dlm pelbagai bidang banyak di KL dan muda-muda belaka serta bervisi jauh pulak, manfaatkan mereka sebaik2nya.
Ust Hadi hendaklah dilihat banyak berdamping dgn DS Anwar. Rakyat terutama generasi muda Melayu nak tengok ini. Bila DSAI melontar, DSHA menyambut. (Coba bayangkan kalau Almarhum Ust Fadhil masih hidup dan berada di sebelah Anwar ketika ini, Allahuakbar!!!) Ini yg org muda nak tengok, satu politik tinggi yg baru!!! Barulah balance dgn keberadaan LKS di sisi DSAI. Kalau DSHA hanya sekejap timbul, kemudian menghilang dideruan bayu pantai Marang, alamatlah kes seperti di Bagan Pinang ini akan menjadi kes yg akan berulang di banyak tempat/DUN pada masa akan datang.
Ingatlah, keadaan/komposisi pengundi/rakyat seperti di Bagan Pinang itu terdapat di banyak tempat/DUN di pantai Barat ini!!! Jentera Umno/BN yg kemas dan bersiap-siaga juga terdapat di banyak tempat di pantai Barat ini. Bila berlaku PRU/PRK dan ada ongkos yg dialirkan ke poket2 mereka, pasti kerja akan berjalan. Di sisi satu lagi, pendokong PAS pula hanya ada dua-tiga kerat,itupun lebih banyak bersikeras dgn org awam drp bijak mendekati dan menyebarkan pandangan PAS dan Islam kpd org awam. (Sepertinya org2 kita di tahun2 80an dulu).
Justeru, bedah siasat dalaman itulah jawapan kpd kekalahan besar Bagan Pinang ini.
Apa yang saya nampak dari kaca mata saya sebagai anggota tentera. Pas telah menggunakan isu undi pos terlalu berlebihan dan mengatakan undi pos merupakan satu penipuan. Untuk pengetahuan anggota2 tentera juga mempunyai perasaan dan integriti mereka sendiri. Dengan tuduhan Pas bahawa undi Pos boleh dimanipulasi oleh BN telah mengguris hati kami sebagai anggota tentera. Jadi inilah akibat yang perlu ditanggung dengan kekalahan yang besar. renungkan
Tahniah Isa. Tahniah BN. Takziah PAS dan PR.
Terimalah kenyataan. Tak payahlah nak meracau dan meratap.
agaknya inilah balasan Tuhan.
pas kalah disebabkan persepsi pas dah calar. bermula hukum hudud hingga ke soal-soal pentadbiran kerajaan negeri. apa yang rakyat nampak, pas bukan berada di depan atau sebaris dengan dap dan pkr tapi berada di belakang. pas gagal menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang amat diperlukan dalam pakatan rakyat. pas kalah juga disebabkan pemilihan calon. calon yang sesuai dan anak tempatan. tak payahlah ulas bn guna itu, guna ini. pas harus bedah dan cermin diri sendiri kenapa ditolak oleh orang melayu sendiri.
BIASALAH, MACAM PEPERANGAN. SATU PIHAK PAKAI SENAPANG PATAH DAN BANTUAN PUN TAK TAK ADA MANAKALA SATU PIHAK DENGAN SEGALA BALA SENJATA MERIAM, JET, KERETA KEBAL APA-APA PUN ADA. JADI KESUKARAN NAK MENANG MEMANG ADA.
Takkan ada apa2 tindakan la bang bakaq. GEng Terengganu tetap akan kuasai segala tindakan dan pemikiran presiden.
PAS akan terus hilang undi dan sokongan kaum CIna sebab PAS sudah semakin menjadi UMNO.
HAsan Ali kata dia lawan SELCAT sebab nak petahan Melayu
bagus la kalu pas nak mula sedar..
aku pun dh nak menyampah dah dengan pas ni..
ade je isu yang x sepatutnye ada dikeluarkan..
dah nak mati ka pas ni...
Selagi orang2 alim yg duduk dalam pas msih keliru dgn Islam, selagi tu lah islam akan kalah. Bila agaknya orang PAs ni nak sedar? ISLAM IS NOT MELAYU, MELAYU IS NOT ISLAM.( UMNO=ISLAM KE??? JANGAN BUAT LAWAK LAH!!) MELAYU TIADA DALAM KAMUS ISLAM DAN MELAYU ITU BUKAN SEBAHAGIAN DARI AJARAN ISLAM! APA YANG KORANG MASIH SIBUK2 DGN CERITA BANGSA MELAYU NI??? TINGGALKAN BANGSA MELAYU DAN SEBALIKNYA PERJUANGKAN KEMANUSIAAN TANPA MENGIRA BANGSA! JIKA USAHA KITA BENAR DAN IKHLAS, INSYAALLAH HIDAYAH AKAN ALLAH BERIKAN KEPADA SAUDARA2 KITA YG BELUM ISLAM LAGI. HIDAYAH ITU URUSAN ALLAH! PERANGAI ORANG PAS NI MASIH MACAM PERANGAI UMNO, SIBUK DGN MELAYU...( UMNO MEMANG LE DIA ASYIK DGN MELAYU SEBAB DIA PARTI MELAYU! YANG PAS DOK SIBUK2 PASAL MELAYU TU APA PASAL? PAS NI BUKAN KE PARTAI ISLAM SEMENANJUNG!) ISLAM TU DIDAHULUKAN, BANGSA TU KEMUDIAN KIRA!!!! KALAU ORANG MELAYU SENDIRI REJECT ISLAM, ITU URUSAN ALLAH! KITA DAKWAH PADA YG NAK TERIMA!
tak perlu pembedahan, buang Hadi, Nasa, tantawi dan hasan ali dah cukup, menguatkan pas kembali
Hasan Ali dan teamnya bertanggungjawab dengan kekalahan PAS.
pemimpin angan-angan mat jenin macam hadi dan nasa, pak pandir macam hasan ali dan nasrudin hasan wajar disingkirkan dari PAS.
Politik adadalah persepsi. how people perceive you. Nampaknya Pas dan pakatan rakyat sedang di perhatikan dan ini membentuk persepsi. Umno tak payah hampa gaduh .Umno = Rasuah.Persepsi itu buat masa sekarang kekal.Umno karat d N9 Johor Pahang macam puak yang ligan nabi Musa dalam laut yang terbelah.Walau ditunjuk depan mata mukjizat nabi MUsa depa tetap tak kan percaya.Biar depa mampos bersama Umno.Kita yang kena berkerja secara ikhlas >ingatan ini untuk Azizan Razak, Khalid Ibrahim ,Lim Guan Eng . Lain lain YB harap peduli .Jangan persepsi bertukar jadi YBabi : Badwi Pas
bersetuju PAS kena bedah. pro & kon mmg wujud.
muhasabah diri sendiri dengan rendah hati dan kena rujuk kepada Allah.
BN "mungkin nampak menang"...tapi saya tak rasa begitu langsung sebab tiap2 suatu perkara yg terjadi pasti ada hikmahnya.
jatuh bangun tu memang adat. redha dgn "kekalahan" PAS di Bagan Pinang tapi tetap saya tak redha dengan pemimpin2 yang tidak bertunjangkan Islam.
memang semua org melihat ke arah Islam. bukan di malaysia shj malah golongan2 luar malaysia juga sedang mengamati perkembangan Islam di sini.
musuh2 Islam di luar dan di dalam tetap dengan perancangan mereka. mereka sedang bertindak dengan begitu halus dengan mempengaruhi org2 tertentu. mereka lakukan dengan berhati2 sekali.
kita tetap leka kerana mereka ada di kalangan kita sendiri.
Semoga Allah melindungi Islam dan Dia tetap dengan janji-Nya.
Pak Bakaq,
Amboi,, gaya cakap VP PAS ni mcm sombong sgt. Kenapa dok peleceh lawan tak habis2, sampah2 dihalaman sendiri yg asyik dok sapu bawah karpet tu camne? Denial Syndrome will kill PAS overtime. Masalahnya banyak sgt majoriti tu. kalau tolak undi pos pun PAS masih kalah byk.. Apalah nak jadi.. Satu lagi jgn dok peleceh rakyat. Kenapa bila hangpa menang, keluar KETUANAN RAKYATlah, bla bla bla. Bila kalah, tiba-tiba rakyat jadi BODOH. Inilah orang politik. bercakap guna kepala lutut. Semua sama aje, baik PAS mahupun UMNO.
PAS sepatutya BOIKOT pr Bgn Pinang kerana ketidak telusan undi Pos..apabila etika,moral,prinsip diketepikan adakah PAS merestui & masuk tanding di dun Bgn Pinang..
Pembedahan PAS? Nak dikatakan bedah rasanya kurang tepat juga kerana tiada 'major' barah atau anggota badan yang sakit terok tetapi apa yang perlu ialah PAS kena 'pause' seketika. Dari satu sudut iaitu sudut gerakan, banyak persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri PAS baik di peringkat tertinggi mahu pun di peringkat cawangan. Bagaimana gerak kerja PAS Negeri Sembilan? Sudahkah hati-hati manusia ditawan dan di hidupkan dengan Al Quran dan Sunnah? Berapa banyak surau-surau yang 'hidup'...Masjid tak mau ceritalah kerana bawah bidang kuasa kerajaan.. dan tengok pada jadual kuliayah..nampak malap lagi..
Berapa peratuskah pengundi Melayu yang sepatutnya dan sewajibnya memilih pemimpin yang berintegriti serta bertaqwa yang merupakan asas dalam pemilihan pemimpin mengundi calon PAS? Kenapa mereka tak mengundi calon PAS? Ini mencerminkan hati-hati mereka belum di ketuk dan nafsu mengatasi iman. Berduyun-duyun malah mengalahkan bilangan jumlah pengundi ahli dan petugas dari PAS, Keadilan & DAP turun membantu tetapi 'ground work' sebenar yang memakan masa yang panjang yang perlu di lakukan sebelum ini kelihatan seperti tidak wujud. Melihat keperibadian sesetengah petugas yang tidak mencerminkan keperibadian PAS juga agak mengusarkan...
Tak mahulah panjang lebar cerita tentang itu cukuplah sekadar mencetus minda...
Manakala kalau difokus dari sudut lain pula, elok juga kalah di Bagan Pinang ni yang mana pesisiran pantainya adalah merupakan 'hot spot' sebenar Port Dickson. Mungkin Allah swt memakbulkan doa PJ Negeri Sembilan dan juga calon yang mungkin berdoa agar menjauhkan diri benda fasya' dan mungkar serta sebarang fitnah dunia. Perkara mungkar yang paling nyata sekali ialah pendedahan aurat yang memanjang dari pantai Bt 4 hinggalah batu 8.'Mat & Minah Salleh' dengan bikininya, Cina sopan sikit, Melayu pun sama juga dengan rambut terburai pakai T-shirt seluar pendek ketat....Itu yang nyata...yang tak nyatanya dan keberangkalian berlaku penzinaan dan seumpamanya serta 'private' party di bilik-bilik hotel...seperti yang pernah terjadi pada seorang pemimpin negara yang di tangkap khalwat tapi di 'cover' oleh orang tertentu..Kalau arak jangan kiralah..setiap hotel (kecuali hotel Malaysia kot)
Kalau menang, maka beban yang di tanggung oleh ADUN PAS nanti sangat merumitkan..nak buat polisi, Pakatan Rakyat bukan majoriti dan memerintah..yang boleh hanya menyuarakan yang mana tak mungkin di terima kerana pandangan di kira kolot dan tidak International...ekonomi pelancongan akan merudum dan sebagainya... Ini akan melahirkan tomahan dan fitnah yang bebannya kepada wakil rakyat PAS dan PAS itu sendiri..suara-suara sumbang seperti "Eh, wakil rakyat DUN ni dari PAS kan?" ,"Ngapa?".."Tak de ler..botol-botol arak bersepah-sepah ni...kata bawa Islam.."
Jadi Allah swt masih sayangkan hambanya dan insyaAllah ada kebaikan disebalik kekalahan itu...wallah huaklam..
Kekalahan PAS/PR d BP dan kurang sokongan pengundi trutama sokongan bukan melayu antara punca nya : kenyataan pimpinan PR menjadi BAHAN SERANGAN MEDIA ARUS PERDANA PRO BN , trutama d Selangor , sering BERTELAGAH , masing2 ada egenda diri sendiri, Parti atau tujuan tertentu , masing2 nak jadi HERO dan POPULAR??????Bawa2 lah berbincang hal dlm kelambu ne senyap2 penuh kerahsiaan .HASAN ALI kan PAKAR MOTIVASI tak kan tak reti kot . Sama2 exco!!! kata PAKATAN RAAYAT tak blh kah BERPAKAT ??????? kami raayat berpandangan BELUM BERKUASA , BELUM ADA HARTA RAMPASAN pun dah x sefahaman . Masalah neeeee ! mana2 parti pun ada!!, PAS d saran pemimpin2 yg tua2 tu D GANTI/ D BERSARAKAN atau Telebih cerdik pun tapi buat2 bodoh pun TOLNGGGGG LAH FAHAM !!!!
awat hang kalut semacam jaa
Salam..senang je masalah PAS sekarang adalah RIAK dan TAKBUR terutamanya VP yg perasan hebat tu.. buang sifat tu
Aku setuju pandangan hang org kampung ku.. Pak Bakaq
Masa berlaku insiden tetak org PAS tu sorang dari PGS talipon aku habag. Aku pun kata kat dia... Ini depa punya perang saraf dan depa berjaya.. yg dia ni dok lawan cakap aku ini bukan saraf lagi depa buat betui2..
Moral of the story... PAS punya PGS pun tak gheti nak pikiaq bahawa keganasan yg mereka buat secara betul2 tu lah perang saraf yg menjadi.. kalau kita do pikiaq cara lama nak perang saraf acah2... kirim salam... org Matang Darat..
Ulama PAS dah terperangkap dengan wang. Amal dah tak jaga. Maki hamun, fitnah dan menipun dah menjadi amalan. Perkara haram dihalalkan untuk kepentingan peribadi.
Pas gagal sebab dah lari dari perjuangan asal menegakkan syair Islam... bagaimana nak menegakkan syiar Islam yang bersekonkol dgn kafir laknak DAP.. terima hakikat Pas memang tidak boleh bersatu dgn DAP.. ibarat air dgn minyak..
Pas sepatutnya jgan mengunakan pendekatan memburukkan org lain.. mencari dialog2 lama berkenaan pemimpin UMNO kemudian dedah ketika menjelang pilihanraya... lihat posting terkahir saudara Roslan SMS... beginikah cara seorang muslim berpolitik.. mencari titik kesalahan org lain dan dedahkan aib mereka... kalau pun perangai azez memang begitu semua sudah maklum tidak perlu kita menjadi penyumbang pahala percuma kepada mereka...
Pas kalah sebab ramai orang dah tahu pemimpinnya kuat makan rasuah. Berlakun cantik je.
Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi dugaan yang penuh bermakna buat kita (Pakatan Rakyat). Marilah kita bersama-sama bermuhasab dan mencari keredaanNya. Setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah pasti ada cerita disebaliknya.Hanya kita manusia yang perlu mencarinya.Adakah itu hakiki?
Ai bila dah kalah baru nak bermuhasab diri. Ini Islam apa ni. Patutlah sekarang dipanggil Pakatan Rasuah.
bedah tetap kena bedah. setiap masa kena bedah.
seorang perwakilan UMNO dah mengaku mereka nyaris terbungkam pada pru lepas. mereka mengaku dan aku dengar.
mereka kata nak berubah. berubah kepada apa tak pasti. yg pasti kalau aku nak berubah maknanya aku kena berubah kepada yg baik atau yg terbaik.
Islam adalah yg terbaik dan kepada Islam lah mereka kena pergi. aku cuma tertanya2 apa yg mereka fikirkan lagi sedangkan Allah itu Maha Besar dan Maha Mulia. payah sangat ke nak bertunjangkan Islam? Payah sangat ke nak tunduk kepada Allah?
apa lagi yg UMNO tercari2 makna perubahan? rakyat adalah rakyat, cuma salah satu bahan dalam hidup. Allah yg kita kena cari jadi ikutlah apa yg diperintahkan.
UMNO, junjunglah Islam dan perjuangkanlah Islam.
kalau kita perjuangkan sesuatu bangsa kita akan ditikam jugak satu hari nanti. tetapi Maha Suci Allah daripada sebarang kezaliman ke atas hamba2Nya yg menegakkan agamaNya. Allah tetap dengan janjiNya.
UMNO, boleh ke kuat dan teguh tanpa Islam?
Segala pemasalahan dalam Umno ini adalah angkara Lelah/KJ . Kepimpinan yang lemah dan lembab serta suka mengaut. Bila mereka sudah tiada kuasa Umno akan sendirinya berubah.