Saya pernah berada dalam era-era perpecahan dalam PAS sebelum ini. Ada perpecahan besar dan banyak lagi yang kecil. Tetapi tidak ada yang mencetuskan ribut taufan sehebat perpecahan akibat kecenderungan beberapa pemimpin PAS untuk berkendak politik dengan Umno.
Mungkin tidak berlaku lagi bertepuk tampar dalam gelap dengan Umno. Mungkin. Tetapi saya teringat kata-kata seorang kawan teh tarik di Restoran Thaqwa. Pak Ya namanya. Dia kata, kalau dah jenis makan taik, dia akan tetap cari taik walaupun kita dah heret dia jauh dari taik.
Barangkali api makin merebak sakan dalam sekam. Itulah yang mungkin Tok Guru Mursyidul Am nak padam.
Dulu-dulu, bila orang PAS berlawan sesama sendiri, mereka tak rajin menjerit dalam media. Bukan tak ada, tapi tak macam la ni.
Antara cara mereka berlawan dulu ialah dengan berlawan buat program. Puak A buat program untuk nak promosikan agenda dan fikrah dia. Bila puak B tengok puak A buat program, depa pun buat jugak.
Parti nampak rancak. Apa yang berlaku di sebalik itu, kadang-kadang yang menghadiri program pun tak sedar. Halus kerja depa. Bukan macam satu program yang tiba-tiba ada menjelang muktamar dulu. Budak-budak pun boleh agak ada bangkai di sebalik tirai. Baunya terlampau busuk!
Cakap pi la terus terang. Nak mesyuarat agung luar biasa (EGM) ka, apa ka, tingkatkanlah program untuk merapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) - tu yang saya sebut fasal timing tu. Kepada khalayak PAS, saya yakin program sedemikian lebih laris berbanding dengan program tikam kawan sendiri seperti yang dibuat di Selangor - yang mengakibatkan pergolakan baru tercetus lagi sehingga melarat kepada cadangan mengadakan EGM.
Bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan untuk mengahadapi musuh Melayu dan bukan Melayu manakala satu pihak lagi dok sabotaj tak habis-habis sehingga orang-orang buta yang menjadi pengikutnya pun dah mula nampak pekung di dada jahatnya, barulah kita berkira lagu lain pulak.
Apa pun, saya tidak menentang perpecahan dengan kelab pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS. Tak dak apa saya nak bantah kata-kata Tok Guru:
Mungkin tidak berlaku lagi bertepuk tampar dalam gelap dengan Umno. Mungkin. Tetapi saya teringat kata-kata seorang kawan teh tarik di Restoran Thaqwa. Pak Ya namanya. Dia kata, kalau dah jenis makan taik, dia akan tetap cari taik walaupun kita dah heret dia jauh dari taik.
Barangkali api makin merebak sakan dalam sekam. Itulah yang mungkin Tok Guru Mursyidul Am nak padam.
Dulu-dulu, bila orang PAS berlawan sesama sendiri, mereka tak rajin menjerit dalam media. Bukan tak ada, tapi tak macam la ni.
Antara cara mereka berlawan dulu ialah dengan berlawan buat program. Puak A buat program untuk nak promosikan agenda dan fikrah dia. Bila puak B tengok puak A buat program, depa pun buat jugak.
Parti nampak rancak. Apa yang berlaku di sebalik itu, kadang-kadang yang menghadiri program pun tak sedar. Halus kerja depa. Bukan macam satu program yang tiba-tiba ada menjelang muktamar dulu. Budak-budak pun boleh agak ada bangkai di sebalik tirai. Baunya terlampau busuk!
Cakap pi la terus terang. Nak mesyuarat agung luar biasa (EGM) ka, apa ka, tingkatkanlah program untuk merapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) - tu yang saya sebut fasal timing tu. Kepada khalayak PAS, saya yakin program sedemikian lebih laris berbanding dengan program tikam kawan sendiri seperti yang dibuat di Selangor - yang mengakibatkan pergolakan baru tercetus lagi sehingga melarat kepada cadangan mengadakan EGM.
Bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan untuk mengahadapi musuh Melayu dan bukan Melayu manakala satu pihak lagi dok sabotaj tak habis-habis sehingga orang-orang buta yang menjadi pengikutnya pun dah mula nampak pekung di dada jahatnya, barulah kita berkira lagu lain pulak.
Apa pun, saya tidak menentang perpecahan dengan kelab pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS. Tak dak apa saya nak bantah kata-kata Tok Guru:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat" (baca selanjutnya di sini)










Cantik? Klik 






Mapoh lah parti pas selagi ada puok2 perpaduang....bila lah ahli2 pas nak reti politik macam tok guru nik aziz???
Sokong tok guru.
Sebelum lawan parti cap keris elok kita lawan dulu puak pedang jenis pendek ni(ala keris)..tengok siapa boleh menang!
Cakap dah, sindir dah, marah dah, maki pun dah, tapi mereka masih buat tak reti.. Betul-betul tadak maruah macam lembu kenyang. Tsk tsk..
bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan,satu pihak lagi dok sabotaj...kalau lagu tu sampai bila- bila pun tak selesai masaalah ,pak bakaq oi !!..so. kalau siapa-siapa rasa dah tak sesuai tinggal dalam rumah ni,angkatlah kaki dgn segera..kerana masih ada orang yg tinggal berteduh di rumah ni yg mahu melakukan tugas mereka..jadi janganlah ganggu.kepada 2-jiran pr yg tinggal di rumah bersebelahan,jadikan ini satu pengajaran,jangan diulang tayang lagi.lepas ni kuatkan pula kapal perang pr..perjalanan masih panjang,belum sampai lagi ke distinasi yg di tuju..kapal masih lagi belayar,jangan karam dipertengahan jalan.kepada penghuni -penghuni rumah pr ,kata harus di kota,jangan pandai pukul gendang perang, tapi dalam nya kosong.janji harus di tepati baru orang percaya....jangan meyesal di kemudian hari....buatlah keputusan dgn bijak ,ibarat tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus ..tepung tak selerak
perpaduan makan taik umno ngoooooookkk
1. Adakah haram dari segi agama, mencari titik perpaduan dgn UMNO sedangkan Hamas yang membenci habis2an smpi jihad dgn Yahudi pun sanggup memaafkan Yahudi Israel ni?
2. Mana dia perkara2 perbincangan yang boleh dijuruskan bahawa UMNO ni membenci Islam?
3. Abu Jahal mmg jahat...tapi anaknya siapa?
4. Abdullah bin Ubai mmg muafik....tapi anaknya siapa?
5. Menang PR dlm PRU13....terlaksana ke Hudud? Berubah ke perlembagaan negara menjadi perlembagaan Islam?
Jeritnya parti Islam dan bukan berdasarkan kaum seperti Melayu tapi bila berpolitik perangai sebijik macam Melayu tanpa ugama - lebih ramai Phd dari puak puak dalam UMNO. Nik aziz mendendangkan lagu Siti Nurhaliza dan PAS Selangor dah kata 'tak kebuloq EGM' dan pastinya PAS Terengganu akan sama pendirian.
Dalam banyak hal Bakaq, individu yang hang paling tak suka, tapi paling berperibadi dalam PAS sekarang, Cikgu Zizan akan jadi penentu - apa pendirian PAS Kedah ?
Akan ujudkah 3 penjuru di dalam PAS dan paling pasti, pak bakaq akan tubuhkan kumpulan soraknya sendiri..
Kalau betul2 nak berjuang Islam kita boleh nampak dari dluar pun cukup. Tgk presiden Iran ahmadinejad ader ker pakai tali leher? Tgk ToK guru Haji Hadi dan Nik Aziz semasa dalam dun mhupun parlimen ader dia pakai tali leher. Kalau nak pakai sgt jgnlah sampai style barat tu menjadi trend seolah malu untuk berpakaian serban dan kopiah.... Islam untuk dunia..... Akhirat????????
Puak-puak ERDOGAN lebih menguasai ruang internet berbanding puak sederhana dalam PAS. Sederhana itu bukan bermakna menyokong UMNO. Aku yakin puak sederhana lebih banyak berdoa dan mohon pertolongan dari ALLAH. Insyallah Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik kepada PAS. Tak mustahil juga jika ALLAH turunkan tsunami politik kepada PAS oleh kerana kesombongan puak-puak tertentu dalam PAS.
Pegawai tinggi - 'tuan'
keluar universiti
penuh dengan tiori yang muluk muluk
nak buat itu - nak buat ini
tapi
dalam kepala - berapa gaji aku boleh dapat
aku nak beli itu - nak beli ini
dan macam macam lagi lah - dok set dalam kepala
tapi semua tu sekadar untuk memenuhi perut dan bawah perut jee
Depa mana tahu susahnya orang susah
depa bukan rasa
puak ni masuk kerja terus jadi tuan
masa belajar mewah - dapat kerja pun mewah
Tu lah rupa mentaliti - bila terus jadi tuan - terutama dalam parti
jadi pa nak dihairankan, kalu depa dok cakap ikut tiori yang muluk muluk
pastu kira berapa untung kalu berniaga 'kerusi'
sebab depa bukan mula dari bawah - dapat 'kerusi' pun cara mudah
Jual air lio jee
Jadi harga 'kerusi' begitu murah pada depa
tengok lah yang diselangor tu 'dua kerusi' sekali pegang
jual satu 'ada satu lagi'
lain lah
si lamat ulu baling ... jadi tukang tampal poster
pak ngah ludin ulu yam - tukang masak parti
terok bergaduh - sekadar untuk bagi menang 'satu kerusi'
mereka
mana tahu mentadbir atau main silap mata
depa kerja ikhlas.
yang penting parti yang depa sokong menang
Bang bakaq, hang akan tengok puak2 jenis makan taik akan kutuk sehabishabisan TGNA. Cuba tengok kelaku 2 Nasarudin.Hampa tak pernah rasa macam mana tuan guru rasa semasa di hina n d tendang oleh umno suatu masa dulu.Aku tak sangup lagi bersama dengan jenis makan taik... Najib tu adalah sejahat2 munafik yang hampa dok gila nak affair:BADWI PAS
dulu pas tak ada kuasa dan belum nampak duit,sekarang dah berkuasa dan dah nampak konsesi balak dan wang perutukan!
kalau dah melayu tu melayu jugalah perangai,tak kira lah ps atau umno atau pkr.
dengki,fitnah,cantas mencantas,tamak....itu lah melayu
salam pak bakaq..siapa yang nak undang2 islam ditegakkan di malaysia angkat tangan..kalau taknak undang2 islam ditegakkan kat malaysia..angkat UMNO!!
kalau berpecah untuk sesuatu yang lebih baik gua sokong..
kawan aku kasi tahu geng Ali Brothers dalam PAS sangat taksub dan terperangkap dengan isu "ketuanan melayu" yang dimainkan oleh Geng Toyol UBN semasa perjumpaan dalam gelap tahun lepas.
macam2 ayat dah dibaca oleh TGNA, tapi geng Ali Brothers dan Geng Toyol ni masih bertenggek atas kepala Presiden PAS. Harap Dr Harun Din dapat kasi ayat yang lebih kuat kapada TGNA untuk halau geng Ali Brothers dan Geng Toyol tu.
jangan dilayan sangat orang tua tu.dah nyanyuk...
kepada yg sokong gila set2 perpaduan pikir betul2...compare dr segi stail pemerintahan dan strategi politik, sape lebih hebat tgna ke hasan ali?
kelantan berapa lama bertahan?terengganu berapa lama kekal?selangor bru dpt dh hingar bingar!sape yg timbulkan isu setiap kali ade pilinharaya kecil?
pengaruh nilai akhlak dan sensitiviti peribadi di kalangan non muslim, sape lebih menyerlah?kalau nk kate tgna pro cina anti melayu..tgk kt kelantan ade ke org melayu didiskriminasikan?org kt selangor yg sibuk nk bantu melayu tu..ape yg dia buat..kuasa ekonomi slangor ditgn siape?kt klntn lihat pasar khadujah saje dh cukup utk memperlihatkan keprihatinan tgna terhadap melayu!
Kalau nak berpecah, pecahlah. Aku sokong kenyataan TGNA. PAS sekarang dah hilang arah tujuan. Sebelum berkuasa dahulu, semua kerja dilakukan kerana Allah, sekarang semacam dah gila kuasa. Kukuhkanlah perpaduan dan kekuatan didalam jemaah dan kerjasama di dalam PR. Tujuan kita sama untuk menjatuhkan BN. Kalau macam ni keadaannya, next election, jangan kata nak perintah Malysia, silap-silap 5 negeri tumbang.
Semakin terserlahnya perselisihan menunjukkan pas semakin dekat dengan kuasa, kuasa yang menjadikan orang semakin agresif untuk mendapatnya sehingga muncullah puak-puak yang berbeza aliran. Puak pro PKR meniupkan bisikan jahat kepada puak yang dikatakan pro umno. Jahat sungguh puak yang melabel pemimpin PAS sebagai pro umno semata-mata kerana cuba berbaik-baik dengan UMNO, bukannya depa nak masuk UMNO. PAS sebagai parti yang ke 2 besar tidak seharusnya mengikut telunjuk PKR atau DAP. Bersama pakatan tak semestinya kita tidak mempunyai pendirian sendiri. Buatlah EGM kot-kot puak pro PKR dapat mengambil alih kepinpinan PAS sekarang. Selamat mencuba.
Tak adil TGNA serahkan perwakilan pilih samada kekal atau pecat TGHA. Sepatutnya beliau juga serahkan diri untuk dinilai ahli samada dikekal atau dipecat sebagai MursyidulAm.
Demi keadilan, biar diadakan EGM. Pilih samada TGNA atau TGHA. Macam cerita MCA. Pecat Presiden atau pecat Mursyidul atau pecat2 dua2 sekali. Siapa yang nak test penerimaan ahliboleh tawar diri. Samada Pecat atau kekal Nasya sebagai Timbalan Presiden . Pecat atau kekal Husam dalam JK Pusat. Siapa yang kalah kena terima keputusan ahli.
Begitulah keadilan namanya.
pas pada landasan yang betul jika pemimpin pro UMNO disingkirkan...
singkirkan golongan UG dalam Pas
PAS tidak berpecah cuma pimpinan pro UMNO perlu disingkirkan
untuk menang PRU13 pas perlu menyingkirkan pimpinan pro UG
dengan mengeluarkan puak kerajaan perpaduan dalam pas, insyaallah akan menjadikan pas lebih kuat lagi
Tabik spring kat hang.
Jangan dok cakap Hamas maafkan Israel, mana ada. Anon no 5.Cuba tengok kat Selangor sapa dapat projek banyak bawah Hasan Ali. Sudah tentu Umno. Tak dak satu projek orang Pas dapat. Kalau minta projek nanti tak ada Mardho Tillah pula.
Kita berjuang bukan nak projek sheikh nuuu Islam sheikh, Islam, senyap -senyap projek dapat kat Umno. Sudah tentu yang dapat orang yang bawa Hasan ali jumpa Khir Toyo masa lepas pru-12 untuk jadi MB
Baca balik komen korang kat atas, termasuk artikel asal.
Tak ada yang tulis macam orang yang beriman.
Mengaku ajalah PAS tak beza dengan UMNO dalam keimanan masing-masing. Walaupun ada title Tok Guru sekali pun.
Kat akhirat nanti akan ditanya apa sumbangan kamu untuk islam - korang akan jawab berpecah berpecah. Nabi pun kata umatku, umatku. Sendiri fikir.
Ahli2 PAS.. janganlah melenting.. Mari berfikir dengan Hikmah..
Kita tunggu keputusan Syura Ulama'..
Lihatlah PAS sebagai sebuah Jemaah Islam.. Bukan sebagai Parti politik semata..
PAS.. tak macam DAP... tak macam UMNO.. tak macam MIC.. apatah lagi MCA
selagi ada husam,khalid samad,zulkifli dan hanipa maidin dalam pas,parti akan menjadi lemah.inilah orang2 mastermind dalam mencorakkan pas liberal dan juga orang kanan anwar.bertanding mewakili pas kerana yakin pada logo berkenaan boleh membawa kemenangan.aku sangat bersetuju EGM diadakan untuk memilih presiden sehinggalah ajk pusat.tidak adil hanya 2 atau 3 kerat aje dikenakan.sepatutnya puak pro pkr hendaklah dipilih semula oleh pewakilan sepeti 10MP budak hitam.musyidul am juga perlu diadakan pemilihan semula oleh pewakilan.pas bukan parti nik aziz aje.semua ahli pas berhak memilih.semua pewakilan kecuali 1 bahagian sahaja menyokong presiden.ini tidak patut berlaku.kerusi musyidul am patut dipilih oleh pewakilan.ini kita boleh lihat pewakilan bersetujukah dengan nik aziz tu..aku pun heran dengan orangtua ni,adakah nyanyuk atau penasihat sesat yang jahat telah memberi maklumat salah?aku masih tercari cari jawapannya.aku terasa malu untuk memanggilnya tokguru.kebelakagan ini kenyataan mengaibkan selalu dikeluarkan.tokguru yang aku kenali tak sama seperti dulu lagi.CADANGAN AKU JUGA PATUT DIADAKAN UNTUK MEMILIH MUSYIDUL AM.
Selagi Hasan Ali mendapat pembelaan drp Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung, aku percaya puak2 perpadung tajaan fraksi umno masih lagi galak dalam pas....elok sangat lah 3 orang tu berambus daripada pas.
Pemuda pas AU5
Kepimpinan atasan PAS perlu lebih agresif bersuara menyanggah orang-orang yang menyerang peribadi dan kepimpinan mereka. Takkan nak biar sahaja orang dok serang dan tindas. Anda semua yang memimpin halatuju parti bukannya orang lain. Pimpinan baru saja dipilih dalam muktamar lepas, nak suruh buat pemilihan lagi? Ini menunjukkan TG Nik Aziz menganggap perwakilan yang memilih tempoh hari terdiri daripada orang yang bangang dan tak pandai dalam membuat pilihan.
isu kpp "ditimbulkan" hanya untuk survival pihak tertentu. penyakit hidup dengan isu yang diamalkan umno/bn kini menjalar ke dalam pas.
justeru ada yang melihat sangat penting dan mencadangkan supaya muktamar khas membincang isu kpp. kepimpinan tak perlu diusik.
perhatikan kenyataan setiausaha agong berkaitan isu kpp selepas pengumuman kpp akan dijadikan salah satu dari sayap pas. "PAS admits Makkal Sakthi helped BN’s big win." - http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40892-pas-admits-makkal-sakthi-helped-bns-big-win
amacam? jangan sekadar baca. perhalusi kebarangkalian maksud yang boleh mempengaruhi persepsi umum. moving forward? stalling? reversing? u-turn?
"pertemuan dalam gelap" hanya melibatkan dua tiga kerat pemimpin sahaja. sudah tentu, keputusan presiden. tidak ada kena mengena dengan "dipersetujui oleh majlis syura ulama" sebagaimana yang dinaskan oleh nasha apabila pihak yang ditemui mendedahkan sudah 3 kali bertemu. walaupun pada mulanya dinafikan.
penafian dan nas yang digunakan dengan jelas menunjukkan mereka yang terlibat telah melakukan DUA pembohongan. kaedah feqah manakah yang digunapakai bagi menghalalkan pembohongan yang dilakukan? perwakilan pas ke muktamar ke 55 tidak sedikitpun rasa bersalah mengiyakan pembohongan2 itu. pandangan mereka telah digelapkan dengan "kepimpinan ulama tercabar"!
saya minta mana2 pemimpin pas untuk menafikan bahawa tidak berlaku pembohongan2 di atas.
justeru, amatlah perlu sekali muktamar khas luar biasa pas diadakan segera. mereka yang berbohong dan bersekongkol dengan pembohong tidak layak untuk mempimpin pas. period.
keputusan untuk mengadakan muktamar khas kini terserah kepada ahli2 pas/cawangan/kawasan. ajk pas pusat mungkin tidak akan mampu untuk mengumpul jumlah yang diperlukan bagi pengusulan. almaklum sahajalah.
ia bukan di bawah bidangkuasa majlis syura ulama untuk menentukan sepertimana dinaskan oleh nasha (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm). cukuplah sekali dia tipu kalian. yang bersetuju dengan nasha tu, aku tak tahu nak panggil apa.
selepas dua tok guru berpeluk2 di kota bharu, diistiharkan terkuburnya isu "pertemuan dalam gelap". tanyalah diri kalian masing2, tak perlu nak tanya pada orang lain, bilakah "kerajaan perpaduan" dilontarkan? sebelum atau selepas dua tok guru berpeluk2?
cukuplah.
Asalamualaikum wrt,
Pertamanya, kedua-dua Tok Guru tak salah, TGHA tak salah,TGNA pn tak salah, sebab ini bukan soal salah atau betul. Ini soal politik. Percaturan politik. Pada pandangan saya, TGNA tepat dalam percaturan politiknya, untuk apa bergabung dengan UMNO, tidak adsa perbincangan patut dilakukan dengan UMNO. UMNO atau BN dah korup..tunggu masa untuk dijatuhkan.
Isu utama sekarang ialah soal bagaimana PR perlu dikuatkan. Apa stategi untuk menjatuhkan BN. Rakyat sudah mulai percaya bahawa UMNO dan BN sudah lemah dan tak berwibawa. Tiba-tiba ada puak dalam PAS mahukan perbincangan dengan UMNO. Tak masuk akal.
MAsa di Terengganu, tangan-tangan yang sama jugak pengaruhi TGHA, di pusat dia jugak dengan dibantu oleh mereka yang sealiran dengannya. TGHA saya rasa sesuai pegang Dewan Ulamak dan TNA pegang Presiden PAS.
Dua-dua hebat namun di lapangan yang berlainan. Percaturan TGNA sungguh tepat. Walaupun saya lebih mengenali TGHA namun saya merasakan TGNA lebih bijak dalam berpolitik. TGHA terlalu lurus dan tak sampai hati mahu menegur "sahabat-sahabat" nya dari Terengganu dan yang lain. TGHA wajar pegang dewan ulamak yang mempunyai kuasa lebih jelas dan besar tapi berlainan kuasa dengan kuasa Presiden.
Kita tengok, kalau TGHA pegang dewan ulamak, adakah sahabat-sahabat baiknya sekarang akan bersama beliau atau masing-masing akan mencari dahan lain untuk berpaut atau terus menjadi duri dalam daging dalam PAS.
sama-samalah kita fikirkan...
Kenyataan Tok guru (Nik Aziz) ada kebenarannya. Semua ahli Pas sepatutnya
berpendirin dan memperjuangkan cita-cita parti Pas yang sebulat suara
menyatakan tidak lagi menyentuh issue kerajaan perpaduan untuk berkerja
sama dengan Umno. Jika ada ahli Pas mahu pon pemimpinnya masih tidak mematohi
persetujuan yang telah dicapai didalam muktamar bererti mereka telah melanggar
disiplin parti. Sudah tentulah ahli yang melanggar disiplin boleh diambil
tindakan,lebih lebih lagi jika bersongkol dengan parti lawan boleh diambil
tindakan pecat keahlian.Saya sokong pendirian Tok Guru.
ahli PAS ni wala sgt dkt pemimpin depa pasai apa? takdak akai sendiri ka nak pikir? pemimpin hgpa, zuhud, alim, warak mcm mana pown tapi kalau bengong, hancur musnah la perjuangan parti hgpa, hancur musnah kemenangan di depan mata. awat org lain takdak yang lagi warak drpd hat dok ada lani ka?
kalau PAS tersungkur, bukan tersungkur sbb fraksi UMNO atau fraksi Erdogan, tapi sbb ahli2 PAS yg mengundi takdak akai nak pikir sendiri. mcm lembu kena cucuk hidung. pecaya semua benda yg pemimpin lepa kata. takdak beza dgn org UMNO.
drabdulwahid
Nampaknya tujuan utama PAS sekarang sudah jadi utk menang PRU 13, bukan lagi utk mendapat keredaan Allah..
adalah lebih baik puak umngok UG terus masuk umno daripada menjadi anai anai dalam PAS
sahabat sahabat sekalian, cuba tengok balik post-post di atas. Jelas ada yang jadi batu api. satu pihak dia control, lagi satu pihak, dia kata DAP/PKR control. sengaja dan terancang untuk pecah belahkan PAS. Mintak semua bertenang dan jangan melatah.
jangan dilayan sangat orang tua tu.dah nyanyuk...
kalau daah tua nyanyuk tak apa tapi masih muda dah gila macamana ????
PAS berpecah? elok lah. mana2 puak ERDOGAN yang sudah dikalahkan ketika muktamar tu bleh masuk PKR. Puak2 yang pro UMNO tu bleh masuk UMNO. tinggalkan ulama` dan mereka yang hanya mencari redha Allah.. bukannya mencari redha Anwar Ibrahim ataupun Najib Razak. TGNA adalah manusia biasa. Ada pandangannya yang mungkin silap. bukannya dia seorang yang merasa perit ditendang dari perikatan dulu, ramai lagi yang terasa.. tapi mereka tak bising pon dalam mass media. Perkara macam ni, buat apa nak bising2. kata nak kukuhkan perpaduan, tapi dengan bising2 macam nih, apa yang dapat? kukuh pon tak kukuh, lagi hancor lebur adalah. TGHA dan TGNA kedua2nya adalah tokoh agama. perlu lebih komunikasi antara kedua2nya. aku rasa, kurangnya komunikasi, dan terlalu bergantung harap kepada info yang diterima dari penasihat (ERDOGAN dan PRO UMNO) adalah PENYEBAB UTAMA terjadinya mende yang haru biru macam nih.. kalaulah Allah tidak mengizinkan PAS memerintah MALAYSIA dengan cara berkomplot dengan mereka yang tidak mencari REDHA ALLAH (SAMADA PKR atau UMNO), TAK MEMERINTAH MALAYSIA PON TAKPERRR......!! biarlah PAS berjuang dengan dirinya sendiri untuk mencari redha ALLAH dan meyakinkan rakyat yang ISLAM adalah UNTUK SEMUA dan SEPANJANG ZAMAN. Wallahualam.
Kepada segelintir ANON2, jelas sgt anda ini dari cybertroopers UMNGONG... kalau ader telur, jgn dok pakai nama ANON.....
apa kata semua penyokong PAS dan pemimpinnya kita sembahyang hajat ramai-ramai di mana-mana stadium minta doa agar dibinasakan perancangan jahat beserta pimimpin PAS munafik yang ingin membinasakan pergerakan Islam.
Orang tua ini dah terjebak dengan duit balak dah tak boleh undur lagi.