Sedap!! Klik gambar di atas!

Muktamar khas dan Bagan Pinang

Jika Muktamar Khas (EGM) diadakan, saya takut Umno akan menikmati kemenangan yang jauh lebih manis dan lazat berbanding kemenangannya di Bagan Pinang. Saya bagaikan melihat betapa lebarnya senyuman anggota-anggota kelab pencinta Umno di dalam PAS selepas EGM itu.

Selepas EGM itu, saya juga bagaikan melihat PAS akhirnya akan dikuasai oleh orang-orang Umno yang membawa kad keahlian PAS.

Saya mungkin terlalu pesimis. Oleh kerana saya sangat pesimis, saya hanya boleh menaruh harapan kepada Allah s.w.t. dan mereka yang optimis. Saya akan tetap menyokong.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Tok Guru Mursyidul Am menegaskan:
"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti" (Baca selanjutnya di sini).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Seperti dikatakan, Nik Aziz terlalu awal mengorek lubang kuburnya sendiri. Samada ada EGM atau tidak ada, hakikatnya PAS akan lebih relevan untuk berada di luar Pakatan, PAS akan menjadi kawan dan lawan kepada UMNO dengan lebih wibawa dan dihormati, malah PAS akan lebih dihargai oleh PKR dan DAP, tidak menjadi kuda tunggangan seperti sekarang ini. Sudah sampai masanya PAS berdiri sendiri seperti sebelum ini dengan meletakkan perjuangan Islam tanpa terkongkong dengan setiakawan membuta tuli bersama Pakatan.

    Cara NIK Aziz di Kelantan kini kelihatan mundur dan jauh ke belakang dari cara Ustaz Azizan mentadbdir Kedah, berbaik dengan UMNO tetapi secara diam terus berpengaruh di kalangan rakyat, berbaik dengan kerajaan pusat untuk pembangunan berterusan dan secara diam menampakkan kebijaksanaan berpolitik.

  2. Salam Pak Bakaq, target UBN adalah mengembalikan status quo landskap politik iaitu ada BN yang dikuasai UMNO dengan "Ketuanan Melayu UMNO", ada parti bukan Melayu DAP yang sedikit kuat dan sebuah parti Melayu yang agak kuat sebagai catur. Dah 50 tahun merdeka takkan tak reti-reti mainan skima politik ala-yahudi. Puak-puak UG adalah salah satu instrumen untuk mengembalikan landskap tersebut. Mungkin puak-puak UG ni dah tak ada stamina atau sebenarnya tidak istiqamah dalam perjuangan dan mempunyai kepentingan-kepentingan peribadi tertentu. Sepanjang pengamatan saya melihat sejarah PAS, tembok halangan persepsi negatif non-muslim terhadap PAS (lebih-lebih lagi Islam) dapat dipecahkan dalam PRU 12 lalu tapi malangnya tindak-tanduk segelintir pemimpin PAS telah mengembalikan persepsi negatif tersebut. Pak Bakaq pasti setuju yang pengundi non-Muslim amat sensitif mengenai politik. Masih ingat tak bila mana pengundi India memberi undi kepada DAP di Perak dalam PRK suatu ketika dulu hanya kerana siri rancangan Tamil dikeluarkan oleh Mat Rahmat menteri penerangan dari prime time. Apakah memang dah ada persefahaman puak-puak UG dengan UMNO adalah mengembalikan landskap politik tersebut....untuk senang cari makan?????

  3. pak bakaq,kenapa pemimpin pkr dan dap berbaik dengan umno dan mca tidak dihentam sama.setahu saya isu UG telah lama dimatikan.kenapa nik aziz tiba-tiba memanaskan isu tadi.semua ahli pas pelik kejadian ini berlaku.seolah-olah nik aziz sudah nyanyuk dan dipergunakan oleh ahli pas pencinta pkr.saya malas nak bagitau nama2 yang yang berpresidenkan anwar ibrahim.rakyat malaysia dah tahu.
    cara nik aziz mengeluarkan tuturkata dan kadang2 mengaibkan seseorang tidak mencerminkan beliau seorang ulamak.saya menghormatinya hanya segi ilmunya tetapi tidak cara beliau berpolitik.TGHAA dianggap berlainan mazhab.
    EGM hanya memecahkan belah parti dan tidak menguntungkan pas.cuma yang untung orang2yang kalah bertanding dlm muktamar baru2 ni dan tidak dilantik sebagai
    pesuruhjaya negeri.mereka ini mengharapkan dilantik secara kuku besi oleh ini aziz.
    EGM sepatutnya juga diadakan keatas pencinta pkr.samada ahli pas bersetuju atau tidak.presdien dan ahli jawatankuasa telah diberi mandat oleh perakilan.adakah perlu diadakan EGM terhadap mereka.kenapa tidak diadakan EGM terhadap musyidul am dan penasihat sesat yang berada disekeliling beliau.barulah adil.

  4. nik aziz menghentam TGHA kerana royalti minyaklahhh..makin cepat TGHA dijatuhkan makin cepat kerajaan baru ditubuh melalui cara lompat parti oleh pihak bn.anwar merasakn pakatan makin sukar untuk memenangi pru13 nanti.

  5. ha ha ha ini semua keje husam kerana dia masih sangsi dah la tak dak jawatan tertinggi. Stakat salahudin jadi postman je le.

  6. Saya bersetuju dengan pandangan kluang man di atas. Lebih selesa berada di luar pakatan dan kalah daripada menang tetapi tidak bebas untuk bercakap dan melaksanakan islam. Bagaimana PAS sebuah parti yang besar tapi dikongkong oleh parti yang lebih kecil. Sepatutnya memimpin bukannya dicucuk hidung.

  7. kenapa ada lagi yang minat sangat dengan umno nih.. selagi umno tak tukar perlembagaan selagi iu la aku tak sokong

  8. Seorang yang berpengalaman sejak dari tahun 70-an
    Beliau antara penggerak utama ketika jemaah PAS diperlacurkan oleh UMNO.. ditendang keluar dari BN.. ya.. gerakan terancang UMNO utk melupuskan pengaruh PAS di Kelantan..

    Apakah ada sisa perjuangan dibumi ini jika kita kehilangan golongan2 hampas yang berpura2 dan hidup dalam mencari keuntungan semata-mata.. PAS perlu ditapis.. dan tapisan itu adalah penerangan/gerak kerja latihan/gerak kerja lapangan/justifikasi ilmu & pengalaman... Mana mungkin ahli jemaah PAS memahami tegak duduk nilai dakwah perjuangan jika sejarah lampau tidak diambil iktibar.. berapa kerat ahli yang tahu status watak2 yang ada di sekeliling kita...? nampak baik, mulut baik tapi hati cam serigala..

    for finishes.. aku fikir.. Kita jemaah pejuang Islam dikenali dengan akhlak dan gerakkerja kita... Jika kita wakil rakyat PAS tetapi berkelakuan seperti wakil rakyat UMNO atau yang lainnya.. tiada gunanya kita disisi Allah SWT...

  9. to anon 3 atau 7.59m

    saya cadangkan saudara rajin sikit membaca dan buat kajian.sekiranya sdr bukan cybertrooper dumbno dan merupakan ahli PAS, saya cuma boleh berdoa agar PAS terus hidup tapi sebagai NGO sahaja kerana mempunyai ahli yg agak rendah permikrana politiknya.

  10. Salam
    Saya dari keluarga PAS dan hardcore PAS sejak sebelum merdeka. PAs ebuah pati ISLAM yg kuat yg penuh kasih sayang antara ahli2 dan pemimpin mereka tetapi PAS boleh bergoncang apabila ada org luar yg mula masuk dalam PAS.Org2 luar ini termasuk IRC, JIM dan terbaru ialah pencinta2 DSAI .Saya lihat puak2 bergerlar proessional ini ramai yg berpresidenkan DSAI dari TGHA dan mereka ni cuba mencorakkan PAS supaya lebih liberal untuk memuskan rakan bukan ISLAM dalam PR. Mereka telah mereka ciptakan ug serta labelkan President, Timbalan President dan mereka2 yg difikirkan "resistant" bagi cita2 mereka sebagai puak Pro UMNO walhal itu cuma rekaan semata. Mereka juga bijak menggunakan IT dan media supaya panyokong PAS benci kepada kononnya puak Pro UMNO rekaan ini. Tapi ALLAH telah mengizinkan golongan Ulama ramai menang dan puak puak "virus" ini tidak dilantik. Mereka tak puas hati dan tidak menerima kekalahan. Apakah tidak redha dengan qada dan qadar ALLAH. Mereka menggunakan Mursyidul Am secara halus untuk memenuhi cita2 DSAI.
    Selama ii PAS kuat tanpa bergabung dengan mana2 pati lain. PaS harus sendirian supaya dengan bebasnya dapat memaperkata dan melaksanakan perintah ALLAH SWT tanpa takut kepada rakan2 politik sekular yg di benci ALLAH.
    Cara TG N Aziz adalah tidak relevan kerana menggunakan media UMNO untuk memasalahkan PAS . Semoga ALLAH memakmurkan PAS ,meredakan perbalahan dan meletakkan PAS semula didasar perjuangan ISLAM selama ini bukanya tamak nak menang pilihanraya dengan cepat serta menjadikan lebih liberal bercorakkan peta minda anWAR ibrahim.
    Salam

  11. entahlah pak bakaq oiiii....tapi rasa2 biorlah pimpinan kat atas mantap skit, lani dok nampak jadi macam pak lah la pulok....ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

  12. Pak Bakaq,

    Ini bukan soal Bagan Pinang atau menang-kalah tapi soal maruah dan dasar perjuangan.TGNA merupakan tokoh dan ulamak yang telah tahu,mengalami dan kenal UMNO.Sudah tentu TGNA tidak mahu melihat PAS berpecah apatah lagi ditahap sekarang.TETAPI, apabila TGNA berkata " Kalau nak pecah,pecahlah" BERMAKNA TGNA begitu sayangkan PAS dan apa yang dicadangkan adaklah untuk membersihkan PAS.TGNA rela berpecah dari bersatu dibawah telunjuk dan bendera UMNO.
    Isu Geng UG ni telah menjadi bisul dalam PAS- sekejap ada sekejap hilang dan ada pula balik.Buktinya lihat apa yang berlaku diIbuPejabat PAS - semua jawatan penting disapu olih Geng UG.Kalau Presiden "peka dan arif" mengapa keadaan ini dibiarkan.Tindak-tanduk Hassan Ali diSelangor menambah kekechohan - Presiden tak buat apa-apa.Keadaan seperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah PAS.
    Sebagai ahli PAS yang amat sayangkan PAS - memohon kepada semua ahli - buka fikiran,banyak melayar internet,buat pertimbangan sendiri berasaskan ilmu dan informasi yang ada,jangan wala membabi buta kerana Allah telah beri kita akal untuk berfikir - kemudian baru tahu nanti yang mana intan dan yang mana kaca,yang mana ulamak yang mana penyangak.

  13. pak bakaq,

    bagi saya seburuk buruk pemimpin PAS depa tetap orang melayu Islam

    sejahat-jahat pemimpin UMNO pun depa tetap orang melayu Islam

    sebaik-baik pemimpin MCA,DAP,GERAKAN,PKR,MIC...depa tetap memusuhi umat Islam.kalau tak terang-terang pun secara berselindung

    saya anak kedah.saya tak peduli pon,UMNO jadi kerajaan ka..PAS jadi kerajaan negeri kedah ka.yang penting kedua-duanya parti melayu dan Islam

    tapi bukan semua pemimpin PAS dan UMNO ada otak nak pikiaq semua ni.masing-masing pakat dok gila jawatan dan kuasa

  14. nik aziz merasa dirinya melebihi segala2nya.TGHA tidak dapat mengembangkan ideanya kerana nik aziz akan masuk campur dalam pertabdiran politik.itu sebab TGHA lebih banyak berdiam diri.proksi anwar sebenarnya mendominasikan pas.puak2 ini telah menjalankan promosi berlebihan tentang nik aziz.mereka berjaya dalam hal ini.apabila nik aziz dijadikan pemimpin agung,senang mereka menggunakan nik aziz untuk mencapai matlamat mereka mempengaruhi rakyat malaysia.PKR sebuah parti yang lemah tidak mempunyai matlamat politik.mereka berjaya mempengaruhi ahli2 pas mengundi wakil rakyatnya dalam piliharaya.kebanyakan semua ahli pkr ahli umno juga dibranding sahaja.kepada ahli pas,janganlah terpengaruh dengan dengan politik pkr ini.berjuanglah kejalan Allah sebenarnya.
    sekiranyanya pas keluar pakatan,pkr akan berkubur.ahli2 tidak mempunyai semangat juang yang tinggi.pkr mengharapkan gerak kerja pas untuk memenangi sesuatu piliharaya.

  15. salam.

    nampaknya ramai anjing2 umno melalak kt sini....
    mudah nk kenal mereka ni...
    1.puji pas,tp nk pas keluar dari PR
    2.hentam TGNA
    3.lebihkn melayu dari ISLAM..

    dll

  16. SALAM,
    Ana sokong bebenor sahabat kite tu,(apabila ada org luar yg mula masuk dalam PAS.Org2 luar ini termasuk IRC, JIM dan terbaru ialah pencinta2 DSAI .Saya lihat puak2 bergerlar proessional ini ramai yg berpresidenkan DSAI dari TGHA dan mereka ni cuba mencorakkan PAS..........Di sebabkan puok2 yg berhajat nk jadi menteri kot....sanggup mereka ni mecgoncangkan kepimpinan PAS,utk mencapai CITA2 mereka......MOGA PAS TERUS MANTAP..DLM MELAYARI BAHTERA INI,,,,PEMIMPIN BOLEH DTG & PERGI..TP ISLAM TETAP DI JULANG....

  17. Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

    Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menetukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

    Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

    Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

  18. Amboi...

    Melantun2 si kluangman biru karat tu.. Lebih sudu dari kuah lar pulak.. Taik2 mcm nie lar kita kena cuci abis2 tu... Yang bau2 kentut pun kita kena cuci sekali.. Dah lar, kluangman hang simpan lar idea2 bernas hang tu.. Trima kasih banyak2 lar.. Hang pi buang lar dulu karat2 kat badan hang tu. Mesti hang bidas kami nie jenis tak boleh ditegur lar, itular, inilar.. Trima kasih lar atas hujah hang. Terus terang aku cakap, susah nak sembang ngan orang kurang cerdik nie.. Terpulanglar hang nak kata apa pun. Maaf lar tegur direct.. Cakap lapik2 pun bukan nak faham. Tapi aku tau hang still tak faham. Belajar lar hormat orang kalau nak dihormati.. Rentikan lar kerja2 kurang cerdik tu.. Semoga hang faham..

    -malas nak cakap-

  19. Perjuangan Tok Guru dah tersasar, tak kan sanggup menjadi Anjing DAP dan Al Jubori sebab nak mengekalkan duit atas angin balak.

  20. anon 11:52:00,

    siapakah yang mewujudkan “kumpulan erdogan” dalam pas? siapa yang tidak faham konsep ‘kepimpinan ulama’? siapa yang menjaja dan memperjuangkan presiden dan timbalan mesti ulama? sudah tentu “kumpulan” yang satu lagi. lalu, siapa yang memfaraidkan pas kepada dua “kumpulan’? “kumpulan erdogan”? atau “kumpulan" yang satu lagi.

    kerana cemas akan hilang kedudukan, “musuh” dicipta dan dijaja “kepimpinan ulama tercabar”. lalu yang di bawah bertanya, dicabar oleh siapa? siapa lagi, “musuh”lah! “musuh” yang mana? “musuh” ulamalah ngok!. bertanya lagi, yang mana? “kumpulan erdogan”!

    pemimpin ditegur kerana sayangkan pas. bukan kerana benci. benci kepada cara2 tindakan yang dilakukan. jauh dari mencerminkan pas benar2 ikhlas dengan keputusan muktamar "memperkasakan pakatan rakyat". dengan slogan "pas for all". tindakan2 yang berupaya menimbulkan keraguan dan menghakis kepercayaan pengundi.

    jika pas "kerajaan yang ditunggu", ia mestilah dengan kekuatan pas sendiri bukan kerana perpecahan dalam umno seperti yang berlaku di terengganu. pas tidak perlu menahan lukahnya "pas kerajaan yang ditunggu" di pergentingan "perpecahan umno”. anggaplah itu satu 'hadiah' dari Allah swt untuk memantapkan lagi pas. gunakanlah dia dengan sebaik mungkin dengan penuh bijaksana bukan dengan penuh rasa syok sendiri.

    terengganu adalah satu pengajaran. pas tidak mampu mengambilalih kerajaan negeri pada dua pru selepas berjaya menang besar pada 1999. pas tewas pada 2004 dan pada 2008, walaupun pakatan rakyat berjaya menawan 4 negeri dan mempertahankan 1. terengganu pas leaders failed to recapture terengganu for whatever the reasons. for reasons only known to them. only known to the voters.

    mereka yang sama kini bersesak2 di jalan raja laut. apakah ia tidak akan sedikitpun menjejaskan pas di mata umum? lebih2 lagi dengan rentetan2 peristiwa yang berlaku sejak "pertemuan dalam gelap"? the congregation of the same failed political players are now taking place in pas hq. "cara" pas terengganu sudah menjadi "cara" pas pusat.

  21. salam sejahtera semua yang bijak pandai di sini.saya cuma ingin bertanya,apa itu UG?benarkah agenda UG wujud?apa benar ada kumpulan-kumpulan tertentu yang saling bermusuh dalam PAS?malang sekali semua ahli PAS jika semua ini benar.tetapi,CELAKAlah semua ahli PAS andai ini hanyalah perangkap UMNO dan semua terpedaya olehnya!

  22. SALAM TO ALL

    PM satu Malaysia kata dalam Sinar semalam maksud nya labih kurang " Perbalahan dalam PAs berlaku kerana WUJUD NYA 2 golongan ,satu yang ingin bekerjasam dengan UMNO dan ! satu golongan lagi TOKSER "
    Wahai saudara ku yg buta mata hati,makna ..Perbincangan demi perbincangan masih lagi berjalan (dulu nya dalam gelap )..habuan perniagaan berterusan sampai sempat kami berjumpa di timur tengah(ada yg menjadi orang tengah buat perniagaan minyak dll ) ....

    PAS diTerengganu adalah satu pengajaran untuk kita semua yg cerdik. PAS di TRG tidak mampu mengambilalih kerajaan negeri pada DUA PRU selepas berjaya menang besar pada 1999. KALOH pada 2004 dan pada 2008, walaupun pakatan rakyat berjaya menawan 4 negeri ...Kelantan dah hampir 20 tahun masih lagi bertahan.. OOI demo buta ko ??? Negeri KELANTAN yg di terajui oleh Pemimpin yg dikatakan tak relevan , ilmu dok tinggi ,tak mencerminkan Ulamak yg baik dan nyanyuk DLL..
    TAPI DI terengganu kenapa PAS tak boleh mengambil alih Kerajaan trengganu walaupun DISANA ada ULAMA tersohor ,ada setiausaha agung yg cerdik pandai ,ada naib ketua pemuda yg pandai ...LUUU FIKIR lah sendiri ..

    Ada Pemimpin yg bangan 2 dalam PAS kata ada "orang ketiga" yg suruh TGNA kata macam tuuu ,YA ALLAH ya Tuhan ku kenapa mereka ni bangan sangat ?? OOI bangan, tiap 2 pemimpin ada setiausaha politik masing 2 yg memberikan Nasihat tentang sesuatu perkara Lepas tuu terpulang lah kepada kebijaksanaan Pemimpin tuu nak memberikan kata putus ...OOI bodoh sangat ke TGNA tuu sehingga buat keputusan atau cadangan yg tergesa-gesa tanpa usul periksa ? Kalau bangan kenapa 20 tahun boleh bertahan ....HEEEE bodoh nya , baboon nya mana 2 pemimpin PAS yg giler nak joint umno tuu...pinjam kata 2 penarik beca jap ..

    FAKTA : TGNA TAK NYANYUK DAN masih Relevan lagi,Yg Nyanyuk nya segelintir pemimpin 2 PAS nak giler nak bekerjasama dgn UMNO kononnya untuk kesejahteraan Melayu dan Ummah .... Dah lah tuu, orang-orang yg PRO UMNO dalam PAS tuu ,kalau gatal punggung nak joint umno tuu go ahead tapi YOU ALL must leave PAS OR otherwise kita akan tubuh Parti baru..

    Wassalam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008