Peduli apa kemenangan tidak bermoral ka, rasuah menang ka, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebenarnya menang dan bukan Barisan Nasional (BN) menang ka.
Peduli apa Isa menang ka, Botak Chin menang ka, Bentong Kali menang ka, maskot rasuah menang ka, yang penting BN menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Lebih buruk lagi berita Bernama 12/10/09 bertajuk "Pengundi muda bantu kemenangan BN di Bagan Pinang kata Shabery". Itu berita paling buruk. Sebagai penglipur lara untuk menghiburkan hati, marilah kita sama-sama kita kata, "Apa yang berlaku di Bagan Pinang tu isolated case (kes terpencil)".
Selepas itu, marilah kita terus indahkan mimpi kita dengan hiburan sensasi bahawa majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia tetap menolak Umno dan BN.
Di Bagan Pinang, kalau PAS pentingkan kemenangan bermoral, kenapa tidak menang? Paling busuk pun, PAS menang undi rakyat biasa di luar undi pos. Kita dah boleh merasa lega walaupun BN dapat semua undi pos dan PAS tak dapat walau satu pun, asalkan kita menang undi di luar undi pos.
Kalau rasuah yang menang, kenapa usaha untuk menghidupkan gelombang rakyat memerangi rasuah kalah terterap? Kalah bergaya pun tak merasa. Kita lebam dek kalah tersembam.
Kalau rakyat memberikan kemenangan kepada Botak Chin atau Bentong Kali yang memakai lambang BN, kenapa rakyat menolak PAS?
PAS membawa Islam dan Islam pula adalah rahmat kepada seluruh alam. Kenapa yang membawa Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dikalahkan oleh orang-orang Islam? Tak kiralah walaupun mereka adalah bangsa Umno sekalipun. Bangsa Umno pun orang Islam juga.
Lebih dari semua itu, kenapa PAS seolah-olah orang dagang di Bagan Pinang? Seolah-olah kita berkempen kepada orang-orang Pulau Tonga yang tak tau apa ke bendanya PAS tu.
Ramai yang buat komen. Ada yang boleh pakai. Ada yang masuk bakul sampah pun tak layak, terutama dari yang perasan bagus sangat.
Sebab itulah saya tak nak komen. Nak komen apa, aku pun bukan reti apa pun. Saya nak tanya ja.
Mengapa kita sibuk tanya "betul ke? takkan pulak?!!" apabila dalam berita bertajuk "Umno picks 'local hero' Isa, PAS opts for state chief," Malaysiakini melaporkan:
Yang sebenarnya saya pun salah. Punya la bodo aku ni, aku tak sedar laporan itu sebenarnya wake-up call. Kalau aku sedar, boleh la bagi tau kawan-kawan. Saya mengaku saya bodo dan sebab itulah saya jadi blogger ja dan tak pernah menyimpan niat nak jadi pemimpin politik.
Saya makin terasa saya bodo apabila saya tengok video dalam laporan Malaysiakini bertajuk "'Rebel' in name of the moon". Video itu sepatutnya menjadi wake-up call sebab saya dah nampak dah sikit sangat orang yang datang dalam ceramah itu. Setakat yang terbaik yang saya boleh ingat, saya terasa video itu menghantar berita buruk. Tetapi saya tak kata apa-apa kat kawan-kawan sebab saya tetap membiarkan diri saya karam dalam lautan wishful thinking.
Ada lagi satu dua peristiwa termasuk di estet dan di taman perumahan yang dah terang-terang jadi wake-up call. Pada masa itu saya dah terasa tetapi dok berharap-harap jugak. Bodo!
Bukan harap nak menang pilihan raya tu. Yang tu, dah awal-awal saya kata kalah. Tetapi harap menang undi di luar undi pos.
Kalau semuanya negatif, tak dak benda langsung ka yang saya nampak positif dari pengalaman di Bagan Pinang?
Ada. Dalam pilihan raya itu, PAS keriau sakan bab integriti. PAS berperang sakan dengan rasuah. Semua perbuatan PAS itu hakikatnya meletakkan satu standard yang mesti dipakai di masa depan. Siapa yang kena pakai? PAS la.
With all their hues and cries, PAS leaders have set a high standard for their own party. Terasa sedap cakap Mat Salon pulak nak sebut benda tu. Hantam saja la Labu!
Lepas ni PAS jangan dok tebiang nak letakkan calon yang tidak berintegriti dan tidak dipandang bersih.
Bila saya sebut integriti, ia meliputi banyak perkara. Bukan sahaja bakal-bakal calon PAS mesti bersih dari rasuah, pecah amanah, kronisme malah hamlau-hamlau yang bodoh tetapi nak jugak jadi pemimpin, malas, tak jaga kawasan, gila Umno, mempertahankan rasuah dan macam-macam kelaku lagi yang menyebabkan mereka dilihat tidak berintegriti tak boleh lagi menjadi calon.
Kronisme? Jangan tanya la mana ayat Quran, mana hadith dan mana perbuatan Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi yang menunjukkan kronisme tu tak boleh.
Ulama-ulama tahu fasal uruf. Perbuatan yang menyalahi uruf boleh mendatangkan fitnah. Islam tak bagi kita melakukan perkara-perkara yang mendatangkan fitnah seperti melantik anak menantu sendiri memegang jawatan besar dalam kerajaan yang kita ketuai.
Jangan cerita la soal layak tak layak. Orang cerita tentang perkara yang mendatangkan fitnah.
Apa lagi fasal Bagan Pinang, bakaq? Tak dak dah. Nak kata apa lagi? Adoiii! Rasa macam kalah 7-1 di Semenanjung ni! (Komen-komen yang belum dimoderate, saya kan buat kemudian. Mohon maaf).
Berkaitan:
Bagan Pinang – Isa menang pertempuran, siapa yang bakal menang peperangan? (Dr Dzulkefly Ahmad 13/10/09 - komen di sini)
BN ambil langkah terbalik: Nik Aziz
Peduli apa Isa menang ka, Botak Chin menang ka, Bentong Kali menang ka, maskot rasuah menang ka, yang penting BN menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Lebih buruk lagi berita Bernama 12/10/09 bertajuk "Pengundi muda bantu kemenangan BN di Bagan Pinang kata Shabery". Itu berita paling buruk. Sebagai penglipur lara untuk menghiburkan hati, marilah kita sama-sama kita kata, "Apa yang berlaku di Bagan Pinang tu isolated case (kes terpencil)".
Selepas itu, marilah kita terus indahkan mimpi kita dengan hiburan sensasi bahawa majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia tetap menolak Umno dan BN.
Di Bagan Pinang, kalau PAS pentingkan kemenangan bermoral, kenapa tidak menang? Paling busuk pun, PAS menang undi rakyat biasa di luar undi pos. Kita dah boleh merasa lega walaupun BN dapat semua undi pos dan PAS tak dapat walau satu pun, asalkan kita menang undi di luar undi pos.
Kalau rasuah yang menang, kenapa usaha untuk menghidupkan gelombang rakyat memerangi rasuah kalah terterap? Kalah bergaya pun tak merasa. Kita lebam dek kalah tersembam.
Kalau rakyat memberikan kemenangan kepada Botak Chin atau Bentong Kali yang memakai lambang BN, kenapa rakyat menolak PAS?
PAS membawa Islam dan Islam pula adalah rahmat kepada seluruh alam. Kenapa yang membawa Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dikalahkan oleh orang-orang Islam? Tak kiralah walaupun mereka adalah bangsa Umno sekalipun. Bangsa Umno pun orang Islam juga.
Lebih dari semua itu, kenapa PAS seolah-olah orang dagang di Bagan Pinang? Seolah-olah kita berkempen kepada orang-orang Pulau Tonga yang tak tau apa ke bendanya PAS tu.
Ramai yang buat komen. Ada yang boleh pakai. Ada yang masuk bakul sampah pun tak layak, terutama dari yang perasan bagus sangat.
Sebab itulah saya tak nak komen. Nak komen apa, aku pun bukan reti apa pun. Saya nak tanya ja.
Mengapa kita sibuk tanya "betul ke? takkan pulak?!!" apabila dalam berita bertajuk "Umno picks 'local hero' Isa, PAS opts for state chief," Malaysiakini melaporkan:
The announcement was made at the DAP service centre, attended by about 500 people, a far cry from the thousands which attended the announcement of Isa's candidacy hours earlier.Mengapa para pemimpin PAS percaya penafian pekerja-pekerja mereka terhadap laporan di atas? Bukankah seorang pemimpin DAP dah kata, "this is not by-election crowd"? Mengapa laporan Malaysiakini itu tidak menjadi wake-up call?
Yang sebenarnya saya pun salah. Punya la bodo aku ni, aku tak sedar laporan itu sebenarnya wake-up call. Kalau aku sedar, boleh la bagi tau kawan-kawan. Saya mengaku saya bodo dan sebab itulah saya jadi blogger ja dan tak pernah menyimpan niat nak jadi pemimpin politik.
Saya makin terasa saya bodo apabila saya tengok video dalam laporan Malaysiakini bertajuk "'Rebel' in name of the moon". Video itu sepatutnya menjadi wake-up call sebab saya dah nampak dah sikit sangat orang yang datang dalam ceramah itu. Setakat yang terbaik yang saya boleh ingat, saya terasa video itu menghantar berita buruk. Tetapi saya tak kata apa-apa kat kawan-kawan sebab saya tetap membiarkan diri saya karam dalam lautan wishful thinking.
Ada lagi satu dua peristiwa termasuk di estet dan di taman perumahan yang dah terang-terang jadi wake-up call. Pada masa itu saya dah terasa tetapi dok berharap-harap jugak. Bodo!
Bukan harap nak menang pilihan raya tu. Yang tu, dah awal-awal saya kata kalah. Tetapi harap menang undi di luar undi pos.
Kalau semuanya negatif, tak dak benda langsung ka yang saya nampak positif dari pengalaman di Bagan Pinang?
Ada. Dalam pilihan raya itu, PAS keriau sakan bab integriti. PAS berperang sakan dengan rasuah. Semua perbuatan PAS itu hakikatnya meletakkan satu standard yang mesti dipakai di masa depan. Siapa yang kena pakai? PAS la.
With all their hues and cries, PAS leaders have set a high standard for their own party. Terasa sedap cakap Mat Salon pulak nak sebut benda tu. Hantam saja la Labu!
Lepas ni PAS jangan dok tebiang nak letakkan calon yang tidak berintegriti dan tidak dipandang bersih.
Bila saya sebut integriti, ia meliputi banyak perkara. Bukan sahaja bakal-bakal calon PAS mesti bersih dari rasuah, pecah amanah, kronisme malah hamlau-hamlau yang bodoh tetapi nak jugak jadi pemimpin, malas, tak jaga kawasan, gila Umno, mempertahankan rasuah dan macam-macam kelaku lagi yang menyebabkan mereka dilihat tidak berintegriti tak boleh lagi menjadi calon.
Kronisme? Jangan tanya la mana ayat Quran, mana hadith dan mana perbuatan Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang dikasihi yang menunjukkan kronisme tu tak boleh.
Ulama-ulama tahu fasal uruf. Perbuatan yang menyalahi uruf boleh mendatangkan fitnah. Islam tak bagi kita melakukan perkara-perkara yang mendatangkan fitnah seperti melantik anak menantu sendiri memegang jawatan besar dalam kerajaan yang kita ketuai.
Jangan cerita la soal layak tak layak. Orang cerita tentang perkara yang mendatangkan fitnah.
Apa lagi fasal Bagan Pinang, bakaq? Tak dak dah. Nak kata apa lagi? Adoiii! Rasa macam kalah 7-1 di Semenanjung ni! (Komen-komen yang belum dimoderate, saya kan buat kemudian. Mohon maaf).
Berkaitan:
Bagan Pinang – Isa menang pertempuran, siapa yang bakal menang peperangan? (Dr Dzulkefly Ahmad 13/10/09 - komen di sini)
BN ambil langkah terbalik: Nik Aziz
Sinar Harian (13/10/09): Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik.Nizar sifatkan 'kemenangan rasuah' di Bagan Pinang
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, walaupun calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berjaya menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar namun kemenangannya itu akan membebankan BN dan UMNO.
Beliau berkata, tindakan UMNO memilih Mohd Isa amat memalukan jika dibandingkan langkah yang diambil kaum Cina di dalam MCA yang menolak dua pemimpin utamanya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sabtu lepas .
“Langkah yang diambil UMNO terbalik dan cukup memalukan. Cina yang tidak beragama Islam tolak Presiden dan Timbalan Presiden kerana terlibat dengan yang seorang tu kerana skandal duit dan hak seorang lagi tu skandal perempuan.
“Tetapi yang ini pula memang UMNO sendiri mengaku dia terlibat dengan skandal tetapi dia pilih. Pilih pula dengan majoriti banyak. Jadi di mana duduk moral, malu pada orang Cina yang tidak beragama Islam. Saya nak ulang sekali lagi malu kepada orang Cina yang tidak beragama Islam,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu turut memuji cara MCA menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi kerana masyarakat Cina menolak dua pemimpin parti itu yang terlibat dengan skandal.
“Saya puji cara MCA berpolitik. Cara mereka menyelesaikan masalah. Mereka buat EGM dan tidak menggunakan kekerasan sebagaimana di Bagan Pinang.
“Pemikiran politik orang Melayu khasnya UMNO masih ke belakang. Memang betul seperti saya agak selama ini bahawa Cina lebih jauh pandai berpolitik berbanding orang Melayu,” katanya.
Mengulas mengenai kekurangan majoriti yang diperoleh di Bagan Pinang, beliau berkata, soal calon Pas tidak timbul kerana pengundi akan memilih parti yang membawa dasar Islam dan bukannya calon itu sendiri sahaja.
“Kita dalam Pas, kita pilih parti. Parti itu parti Islam. Lepas itu baru kita pilih calon. Sesuai atau tidak calon berkenaan dengan parti yang diwakili itu tidak timbul kerana dasar parti itu adalah Islam,” katanya.
Beliau bagaimanapun akur dengan kekalahan itu kerana pengundi sudah membuat pilihan dengan memilih BN.
“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” katanya.
Beliau turut melahirkan dukacita pergaduhan yang berlaku antara penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya itu, kerana ia tidak mencerminkan ketamadunan Melayu dan amat memalukan.
“Itu adalah unsur yang tidak patut berlaku pada zaman moden sekarang ini. Malu kita dibuatnya. Demokrasi pun tidak Islam pun tidak. Mana boleh budak-budak itu buat kerja kalau tidak ada pemimpin,” katanya.
Sinar Harian (13/10/09): Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Bagan Pinang kelmarin sebagai 'kemenangan rasuah'.Kemenangan peribadi Mohd Isa, bukan kemenangan BN: DAP
Beliau berkata, soal kekalahan calon Pas tidak menjadi masalah kerana adat pertandingan, tetapi moral kemenangan itu memperlihatkan pengundi tidak mengambil kisah mengenai latar belakang wakil rakyat walaupun pernah terlibat dengan politik wang.
“Pada mereka soal rasuah dianggap remeh dan tidak mendatangkan sebarang masalah. Saya sedih dengan keadaan ini kerana majoriti pengundi di sini adalah Melayu Islam yang seolah-olah mengiktiraf pemimpin dari kalangan rasuah padahal terang-terangan dalam al-Quran telah menyatakan dengan jelas berkaitan isu rasuah,” katanya, semalam.
Nizar berkata, beliau merasakan masyarakat di DUN Bagan Pinang belum lagi melihat isu rasuah sebagai satu permasalahan besar sebaliknya menganggap ia sebagai isu kecil sehingga lebih mengutamakan populariti calon BN.
Katanya, soal kualiti pemimpin hanya berpaksikan kepada orang lama yang banyak berjasa, bukan kualiti berlandaskan agama.
“Sebab itulah, Mohd Isa menjadi pilihan majoriti masyarakat di DUN berkenaan walaupun rekodnya buruk sebelum ini. Pengundi masih tidak dapat membezakan pemimpin berkualiti yang berlandaskan agama dengan pemimpin berkualiti berdasarkan pengalaman,” katanya.
Dalam perkembangan politik di Perak terutama desas-desus mengatakan sidang DUN akan diadakan pada 28 Oktober ini, Nizar berkata, beliau tidak akan hadir jika notis arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk R Ganesan.
“Ini kerana kami dari pakatan pembangkang tidak pernah mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker, tetapi jika V Sivakumar yang keluarkan arahan, kami akan hadir kerana ia adalah Speaker sah," katanya.
Sinar Harian (13/10/09): Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi, bukannya kemenangan Barisal Nasional (BN), kata Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Loke Siew Fook.Saya hanya mahu berkhidmat: Isa
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak berkata, pengundi di kawasan itu masih terhutang budi terhadap jasa dan kepimpinan Mohd Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
Katanya, walaupun Mohd Isa pernah dikaitkan dengan politik wang namun masih tidak mampu mengubah pendirian pengundi di kawasan tersebut terhadap bekas Naib Presiden UMNO itu.
“Kemenangan Mohd Isa bukan disebabkan BN, tetapi kemenangan peribadi. Kita yakin pengundi masih terhutang budi dengan segala jasa dan kepimpinan serta sikapnya yang mendekati masyarakat. Kita akur jika itu pilihan rakyat," katanya.
Menurutnya, walaupun kecewa dengan kekalahan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang lebih rendah namun Pakatan Rakyat (PR) melihatnya sebagai satu pengajaran.
Beliau berkata, kemenangan Mohd Isa juga pasti akan memberikan kesan 'dinamik politik' kepada BN di negeri itu kerana beliau seorang yang berpengalaman dan berpengaruh.
“Selaku bekas Menteri Besar dan anggota Kabinet sudah tentu beliau akan memberikan kesan politik dalam kerajaan negeri dari masa ke semasa.
“Bila perubahan itu akan berlaku, sama ada ia bakal berlaku dalam masa terdekat atau sebaliknya saya tak dapat nak pastikan dan katakan, namun kita tunggu dan nantikanlah,” katanya.
Ketika ditanya kemungkinan akan berlaku perubahan dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Siew Fook enggan membuat spekulasi sebaliknya hanya menunggu sebarang perubahan.
“Terlalu awal untuk mengatakannya dan membuat sebarang spekulasi, namun saya ucapkan tahniah kepada Mohd Isa atas kemenangannya dan jalankanlah tanggungjawab yang diberikan rakyat,” katanya.
Pengundi muda bantu kemenangan BN di Bagan Pinang kata ShaberySinar Harian (13/10/09): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau mahu terfikir untuk pergi lebih jauh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri kerana mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat yang telah memilihnya.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu turut menafikan desas-desus mengatakan beliau bakal diserapkan sebagai Exco Kerajaan Negeri dengan mengambil kira pengalamannya pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
“Setakat ini saya tak terfikir bab itu (jadi Exco). Setakat ini, saya tak fikirkan sebab saya mahu tumpukan kemenangan, dan selepas menang saya mahu berkhidmat untuk rakyat Bagan Pinang dan Telok Kemang, selain mengukuhkan parti. Itu saja matlamat saya,” katanya.
Mohd Isa juga kurang bersetuju sekiranya ada pihak yang menganggap kemenangannya di Bagan Pinang kelmarin sebagai titik permulaan kembalinya beliau ke dalam arena politik selepas dikenakan tindakan kerana terlibat kesalahan politik wang.
“Saya memang aktif dalam politik sebab saya Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang. Lepas habis hukuman, saya dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian dan ini bermakna saya masih dalam arena politik. Bagaimanapun, untuk aktif dalam politik aliran perdana, ia bergantung kepada keadaan. Saya pun tak ramalkan masa depan saya sebab saya tak buat ramalan,” katanya, semalam.
Mohd Isa mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam pilihan raya itu.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dingin, sebaliknya menyifatkan khabar angin itu sengaja dimainkan pembangkang terutama ketika kempen pilihan raya kecil di Bagan Pinang.
“Saya tak ada masalah dengan beliau (Mohamad), cuma dekat pilihan raya, tentulah ada pihak yang mainkan isu. Ini bukan satu isu baru tetapi disebabkan ada pilihan raya kecil dan kebetulan saya bertanding, itu yang ada mainkan isu tersebut terutama pembangkang untuk melihat perpecahan dalam UMNO,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kekecohan semasa hari pengundian kelmarin, Mohd Isa percaya, tindakan tersebut dilakukan penyokong pembangkang yang mengamalkan taktik kotor untuk mendapatkan sokongan simpati rakyat.
Bernama (12/10/09): Sokongan memberangsangkan daripada pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan semalam adalah satu petanda baik bahawa golongan ini yakin kepada pucuk pimpinan dan kerajaan yang memerintah ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kemenangan BN adalah hasil daripada 50 peratus sokongan belia iaitu mereka yang berusia bawah 40 tahun.
"Sokongan daripada pengundi muda kepada BN telahpun kita nampak bukan sahaja di Bagan Pinang, malah juga di beberapa pilihan raya kecil lain seperti di Manik Urai dan Permatang Pasir," katanya kepada pemberita di Kampung Ana Rais selepas merasmikan Karnival Rakan Muda Wawasan Desa di sini.
Ahmad Shabery berkata sokongan kumpulan itu menunjukkan BN kini dalam proses pemulihan semula dengan bertambahnya keyakinan rakyat kepada pelbagai dasar ke arah menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.
Pada pilihan raya itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada Pas dengan majoriti 5,435 undi.
Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kemerosotan undi pembangkang pada pilihan raya kecil itu membuktikan rakyat menyedari kerapuhan pakatan pembangkang.
Musa berkata konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan budaya turun padang pemimpin Umno pada pilihan raya itu juga disenangi dan diterima rakyat. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan petugas Umno dan BN Sabah yang bertungkus lumus membantu berkempen demi memastikan kejayaan cemerlang di Bagan Pinang," katanya. Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan Pas membangkitkan isu undi pos serta asyik menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menampakkan parti itu sudah hilang hala tujuan disebabkan ingin menang dalam pilihan raya kecil itu.
Katanya BN tidak pernah mempertikaikan sistem undi pos walaupun undi itu tidak berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil sebelum ini.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas berkata keputusan itu menunjukkan populariti pembangkang semakin merosot manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Datuk Mustapa Mohamed pula berkata keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN di bawah kepimpinan Najib tetap teguh.
"Saya juga percaya jika seluruh jentera BN khususnya Umno bekerja dengan lebih kuat dan tidak terikut-ikut dengan rentak parti lawan, maka kita akan terus mendapat sokongan rakyat," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan PAS membangkitkan isu undi pos serta asyik menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menampakkan parti itu sudah hilang hala tujuan disebabkan ingin menang dalam pilihan raya kecil itu.
Katanya BN tidak pernah mempertikaikan sistem undi pos walaupun undi itu tidak berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil sebelum ini.
"Saya tak melihat perbezaan antara apa yang berlaku di sini dengan apa yang berlaku di pilihan raya kecil yang lain, yang mana mereka menang. Jadi kita melihat bahawa apabila mereka kalah, macam-macamlah kepincangan, tapi kalau mereka menang, dia tak ada langsung dia bersungut, tiada apa-apa aduan ataupun laporan dibuat kepada SPR," katanya .
Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majoriti besar itu menunjukkan rakyat menyokong BN dan menerima gagasan 1Malaysia.
"Ini adalah satu gelombang baru yang dapat membawa pembangunan dan manfaat kepada rakyat. Kejayaan ini juga memberi keyakinan kepada kerajaan untuk terus membuat transformasi untuk kepentingan rakyat, katanya.
Menteri Besar Negeri Sembuilan Datuk Seri Mohamad Hasan juga berkata pembangkang tidak harus menjadi undi pos sebagai isu kekalahannya.
"Sekarang nak salahkan orang lain, Suruhanjaya Pilihan Raya salah, polis salah, dulu sebelum pilihan raya umum 2008, SPR tak betul, SPR rasuah, tapi bila dah menang lima enam negeri, SPR yang sama, orang yang sama, pegawai yang sama, sistem yang sama, mereka tidak pula salahkan SPR," katanya.













Cantik? Klik 






Kita jangan ingat PAS tu tak Rasuah. Kalau kita tengok rasuah balak dikelantan ia paling keji yang dilakukan oleh saorang pemimpin ditaktor sealam lebih 20 tahun. Orang ini juga kunun nak menegakkan Islam. Insaf lah.
dari awal lagi PAS sudah diberikan petanda agar berundur daripada Bagan Pinang tetapi degil, kepala batu.. yakin sangat dapat memenangi hati pengundi di kawasan itu dan gerak kerja telah dilaksanakan sebelum hari penamaan calon lagi pun. kerana mereka merasakan sudah banyak kali mereka menang dipilihanraya yang lalu lantas membuatkan mereka rasa tamak dan ingin menang lagi dengan mencalonkan AYAM Tambatan mereka yang tidak berprestij itu dan akhirnya mendapat kekalahan yang paling teruk dalam Election kali ini. Kira padan muka PAS.
satu je jawapan mudah mengapa pas kalah: pengundi cemuih/loya/melugai/bosan tengok kebanyakan orang/ahli/pemimpin pas. terimalah kenyataan ini.
Abang.. ambo nak cakap satu jer...
Ambo setuju ngan TGNA.. PAS membawa wadah perjuangan Islam. Kalo Islam tu sendiri kita (saya benar2 maksudkan kita semua, yg membaca msg ini & yg tidak) tidak kenal macam mana kita boleh berkata kita benar2 berjuang, dan tidak semestinya kemenangan sebelum ini adalah disebabkan PERJUANGAN KITA DIRESTUI ALLAH SWT..
KEKALAHAN adalah BIASA bagi PAS.. kenapa kalah kali ini terlalu dirunsingkan sangat? Berapa tempoh masa/keringat/usaha & darah dakwah yg telah dikorbankan di Kelantan untuk menjadikan Kelantan kekal menjadi kubu yg seadanya utk PAS??
Hayatilah perjuangan Tokoh2 Lilitan Merah dikepala.. hayati cerita DONGENG orang2 lama, berlari2 mengejar pelangi petang bersama si bangsat2 Pemuda Tahan Lasak.. dan sejarah telah berulang lagi.. sesungguhnya.. negeri2 yang sudah mampu kita robohkan dinding asap yg mengaburi mata khalayak, kita sudah tidak perlu risau..
Benar, kita sangat bermasalah di N9, Melaka dan Johor. apakah kita mahu mencapai manis kemenangan tampa merasa pahitnya perjuangan?? Untuk warga2 PAS N9, Melaka & Johor.. pulanglah melihat jiran2 anda, kampung anda, mukim anda, daerah anda, jajahan anda!!! usahlah mengejar negeri kalau kota kubu kecil pon tidak bisa kita bina..
Biarlah KALAH DI BAGAN PINANG.. yang tua akan mati, yang muda jua.. mati tidak mengenal usia.. Cintailah kematian, kekanglah diri dari dunia.. ambil saja setakat yang seadanya.. Adakah anda mahu menang di BAGAN PINANG dan kalah di N9..? apakah sudah cukup usaha kita? Tanya saja askar2 kita yang sudah sekian lama berada di N9.. apa hasil yg sudah mereka kedapatan...?
APA YG KECOH SANGAT NI?? ADAKAH KITA TIDAK BIASA KALAH SEBELUM INI?? DAN ADAKAH KERANA KEKALAHAN ITU MENUNJUKKAN KITA TIDAK DITERIMA RAKYAT ATAU USAHA KITA MASIH TIDAK KEMANA KERANA PENGORBANAN KITA MASIH TIDAK MAMPU MENGGERAKKAN MALAIKAT YG MENJAGA PINTU REZEKI???
ISTIGHFAR LAH....
Nawi Kutan Tengah
Er. Relax a bit. Take a step back.
Maybe the calon is not appealing and N9 machinery is not there, etc.
Besides pointing out the rasuah element, what is PAS actually offering the rakyat?
Maybe the rakyat has rejected what PAS offered. Or PAS couldn't really tell what it was offering cos of issues in Selangor, etc.
Throughout the campaign, I couldn't see any positive message.
Maybe to the UMNO supporters, they feel their version of Islam is sufficient.
Sdr Bakaq, Strategi PAS menghentam Isa Samad sebenarnya memakan diri kerana pengundi Bagan Pinang tahu yang Isa Samad telah menerima hukumannya dan mereka juga pernah dengar cerita seorang pelacur yang bertaubat telah diterima sebagai ahli syurga! Bukankah Islam itu satu agama perpaduan dan saling memaafi?
menyentuh bab moral ni,apakah PAS,PKR dan DAP mempunyai pemimpin yang bermoral?Menabur fitnah,menghasut,menimbulkan kebimbangan dan keresahan rakyat itu bermoral?Menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka;seolaholah mengambil kerja ALLAH itu bermoral?Sudahlah.Kata dulang paku serpih.Kata orang awak yang lebih.Sedarlah wahai penyokong PAS!Pemimpin PAS merosakkan akidah ummah!Fahaman muktazilah dan khawarij telah menjalar berakar didalam PAS.Kembalilah kepangkal jalan.Jika sesat dihujung jalan.Bertaubatlah.Janganlah berterusan menyesatkan ummah!
Pak Bakaq
PAS dah jadi sombong angkuh dan bangga perasan ingat masuk Syurga 'straight tanpa hisab'... sampai pandang rendah pada umat Islam lain di Bagan Pinang. janganlah di pandang bukan-Islam sebagai kafir 100% kerana apabila ALLAH beri hidayah pada bukan-Islam, maka mereka ini akan jadi Muslimin Muslimat malah ada ramai yang lebih tekun dari kebanyakan ahli PAS.
PAS tidak boleh anggap bukan-Islam dan bukan -PAS itu semuanya Benggap. Malah, tangan yang banyak memberi kebanyakkannya adalah dari bukan-Islam dan bukan PAS!
" Kalau rasuah yang menang, kenapa usaha untuk menghidupkan gelombang rakyat memerangi rasuah kalah terterap? Kalah bergaya pun tak merasa. Kita lebam dek kalah tersembam."
saya amat tertarik dengan ayat ini. saya nak ulangi banyak kali. pimpinan pas n9 jangan buat tuli. jgn hanya pandai menunding jari tengok dalam diri.
lagi satu jangan hangat2 tahik ayam, kalut masa pilihanraya pastu tido sampai pilihanraya pulak. jgn buat niaya dkt penyokong2 pas yg dtg dr jauh buat kerja.
saya pernah hadir dalam mesyuarat , bila tanya sebab apa x buat .. jawapannya sebab org lain yg penyebab punca masalah. sebab org lain yg dia jadi begitu.
percaya la .. apa yg kita bincangkan ini pun akan pergi bila tahik ayam ni dah sejuk. xkn berlaku apa2 perubahan. post mortem berkajang kajang hanya menghabiskan dakwat dan kertas sahaja.
Salam, dah kalh terima ajelah kekalahan..salah strategi..yang duk hentam ISA samad sampai londeh tu pasal apa..yang anak kayat ke kayan tu apasal mau ajak debat bila dah kalah...ambil iktibarlah..jangan dok cakap besar..ingat macam-macam org pas and pimpinan pas kata..kalau umno kalah x ni..umno bolih hapus dari bumi msie..
TU, cakap besarlah tu...asik nyanyi citer aku menang loteri 7 x and BN menang sekali itu pun d pendalaman..menang sikit udah besar and hilang semua cita-cita mau membela golongan marhain..gue semuanye tak hairan klo akan dtg PAS and PR akan hilang semua negeri and kalah besar ...kadang-kadang gue setuju pendapat dato ibrahim ali..supaya TGNA step down..dari dulu dah 20tahun pas masih d takok lama and lani sebuk dgn mau pangkat datuk and beli mersides aje..sebiji macam UMNO..so apa beza..
salam, sambung lagi..yang dok hentam isa samad tu pasal apa..masakan dia selama 20 tahun jadi MB and ketika dia d hukum..dia tak buat apa-aapa sumbangan d kg halaman dia sendiri..tentu seburuk mana dia..tentu dia ada banyak sumbangan d kg halaman dia..
cuba lihat...sejak pm 1 msie ni ambil alih jadi PM dia sudah meng arahkan semua wakil rakyat and umno turun ambil tau hal rakyat setiap minggu..
maka tu..PR kenalah kerja lebih kuat lagi..ha haa haa PAS kalah dlm strategi
cian dia
hasan ali dan ISA memainkan peranan penting dalam kemenangan BN
kekalahan Pas bukan kerana Pas lemah tetapi kumpulan pro UMNO yang berada dalam Pas.
TAKAN ORANG NAK PILIH TOWKAY GAHARU YANG MENGHALALKAN FITNAH, MAKI HAMUN. MEREKA INI MAKSUM TETAPI AHLI-AHLI JADI MACAM KIPARAT.
YB Din dan Ustaz Din kena lah kerja kuat lagi terutama utk memperkasakan semula pemuda2 pas pondan yang lari bertempiaran dalam markas sendiri..he he he
menghentam adalah perkara yang paling mudah.................
Salam, hangpa dlm pas tak ada kerja lain asik sebuk dgn hentam pimpinan tu..pro umno, pimpinan ni pro PR...asik hemtam semua org aje..yang lain semua salah..dia aje yang betull...baik jadi macam...gue...duduk atas bendul..aje..tak p mana..tapi PRK yg lalu pun gue tak ngudi,,,,yeee yeeeee tapi PAS menang...dah kalah....semua salah..org ni salah..org tu salah..cian dia...anyway..next PRK..apa mau susah..semua pimpinan PAS and PR kan udah ada title DATUK and mersides...jadi..yang muda-muda sure joint umno lah..
gue tengah cari borang umnolah..mau isi borang aje..eeee.eeeeesebab sebal dgn PAS ni...bukan dgn PAS..tapi setengah PIMPINAN PAS..sapa yeee ala gue pun tak taulah...sebab gue kan sebal..aje..Tapi gue ingat klo kalah tu biasalah..utk PAS..ni..yang masalahnye menang...maka tu semua hilang panduaan...
Hentam sajalah:
"Menabur fitnah,menghasut,menimbulkan kebimbangan dan keresahan rakyat itu bermoral?Menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka;seolaholah mengambil kerja ALLAH itu bermoral?"
BILA? DI MANA? APA YG DIKATA? cuba spesifik sikit, saya nak tahu jugak. MUS.
nak menang camna, tempat ni mmg dah karat ngan dacing, macam permatang pauh le, diasak begitu dahsyat dengan media tv1, tv2, tv3, astro , media cetak , rasuah wang dsbg tapi anwar menang jugak.
tambahle kat bagan pinang ni, dahle tempat dia, lagi ditambah media, asak duit rasuah, dll. tengok bab cite azeez mamak dah le. mati2 ahli umno ingat dia kena pukul dengan penyokong pas siap masuk spital lagi, sedangkan hakikatnya dia duk jalan elok pun dalam youtube, puak2 kg ni bukan tengok internet, kalu tengok pun depa kira apa, dah biasa ngan rasuah wang, biasalah pimpinan depa ambik duit, kalu pimpinan depa tak makan duit , takkan duit jatuh dari langit kot n depa pun boleh makan skali.
puak umno ni depa tak kira halal haram, betoila kat tok guru nik aziz, buat malu ngan orang cina je.
pada penulis kat atas tu, tak payahle dok emotional sangat, biasale kita ni kalah, selama ni pun duk kalah, baru2 nie je kita menang skit, cuma yang penting niat kita fisabilillah.
satu lagi kita kena faham, pegangan agama dim'sia lebih alimla kita kata diutara dan dipantai timur, kalu dah lajak ke selatan tu mmg depa ni kureng skit, so takat rasuah ni apa depa nak heran.aslkan depa bleh makan skali.
woi bakaq, dasat gak ko punya blog, puak2 upahan umno banyak dok bersantai kat sini, bukan apa, blog depa sapa pun tak mau tengok.. apapu tahniah la kat hang
Ape khabar Timbalan Presiden PAS?? ape khabar kampung halaman anda??
harapan apa yang boleh anda julangkan jika kampung halaman sendiri tidak dipedulikan.
Korang ( baik penyokong PAS or UMNO ) tak yah nak kecoh merai atau meratapi.. takde saper yg kalah dan menang ( dlm konteks parti ).. Isa Samad yang menang.. ya Isa Samad.. sepertimana DSAI di permatang pauh..
So.. masing2 menilik diri lah.. tgk ape yg boleh dibuat menuju masa depan..
Nawi Kutan Tengah
Pas kan 'King Maker'! Buat le ikut suka hati.
Aku ada sikit komen... UMNO, PAS atau lain2 parti tu.. macam RUMAH je. Yang kau orang dok ajak penyamun masuk rumah tu apasal? Dah tentulah dia ajak member2 dia mai sekali.. penyamun jugak. ya tak? Nanti rumah tu penuh dengan penyamun apamacam? Sekarang ni kita yang dok terasa kita ceredik ni, janganlah dok layan penyamun tu masuk rumah yang kita banggakan tu. Masjid sekalipun kalau dah jadi tempat penyamun berlonggok, buruk rupanya. Begitu jugak kalau rumah tu rumah bekas penjenayah, tetapi dipenuhi orang baik2 jadi eloklah rumah tu. Tak gitu? TAk kiralah kau orang nak sokong apa...yang penting pastikan orang yang kita sokong orang yang beriman, beramanah dan tahu tanggungjawabnya kepada Tuhan Yang Esa. Barulah Negara aman, Masyarakat budiman. Apa2 je lah...... Iga09
PAS LEPAS INI BOLEHLAH JUAL TIKET UNTUK MASUK NERAKA.
sebenarnya Pakatan Rakyat di situ tak buat kerja.Selepas pru 12,pas di situ tak buat apa-apa pun,mungkin kalah ari tu.PKR yang menang kat parlimen situ.YB pkr pun tak buat kerja juga.Tak turun menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kalau tak menggerakkan parti pun.Ramai pengundi yg tak kenal ahli parlimennya,terutama di estet2.Ni la bukti tak buat kerja.
Apa nak di kecoh...kalau PAS menang tak timbul isu pulak...kalau kalah macam kes keluar...macam budak-2 ler PAS..terima sahajalah..buat post mortem..kaji kelemahan diri..jangan asyik salah diri sendiri...Dimana perjuangan Islam...dengan DAP terketar lutut..sesama islam Nampak macam jaguh ( Macam Baguih )sekarang pemimpin PAS sudah leka dengan jawatan dan pangkat...dulu tak ada mudah ler mengata orang..Allah tu maha Adil...kun fa ya kun..diberi nikmat tapi kufrur pulak...takut...kalau benar terus kan perjuangan..rakyat semua sudah celik sekarang nie...
Orang Bagan Pinang ni penin sebenarnya. Depa keliru samada PAS tu DAP ke atau DAP itu PAS. Lepas tu banyak yang pakai ketayap ni macam samseng dan orang hilang akal. Kadang-kadang kita tengok orang ni macam kurang ajar.
DI KELANTAN PENIPU BESAR ADALAH ORANG PAS,NIK AZIZ NI PADAN KENA TIPU KE POK JAT JEH..