Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa Dr M bangkitkan isu babi ketika Isa bertanding?

Saya ucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudi membangkitkan apa yang PAS terlepas pandang. Semalam, dalam berita bertajuk "Malap jika pembangkang tadbir Malaysia," Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir berkata:
"Dia (PAS) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali".
Mula-mula saya baca berita tu, saya punya la tergelak. Bila pulak PAS suruh orang Islam atau orang Umno sekalipun pi bela babi? Saya dok tanya dalam hati, awat Dr Mahathir bercakap tak ketahwan?

Tetapi bila bersembang dengan kawan pagi tadi, baru saya yang tak nampak jauh ni tersedar. Orang tua tu memang jenis long range bila dia bercakap, kata kawan saya. Jenis "a plan within a plan within a plan within a plan" - entah berapa banyak plan dalam plan.

Kawan saya dok rasa, Dr Mahathir nak alih dari isu politik wang kepada isu babi. Saya harap para pemimpin PAS yang berkempen di Bagan Pinang boleh kaji kenapa, dalam artikelnya yang bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang," Raja Petra Kamarudin tulis seperti berikut:
States like Negeri Sembilan, which did not have too much timber land left, the ‘concessions’ would be in the form of pig farm licences. Why do you think they call that state Negeri Sembilan Darul Khinzir?
RPK juga mendakwa:
Rahim Bakar was not the first Menteri Besar to fall because he refused to bow to the Sultan’s demand for timber concessions. Ghazali Jawi of Perak and Nik Hassan of Terengganu too were forced out when they refused to give their Sultans what they wanted.

Isa Samad, in a way, suffered the same fate, but he refused to grant the Negeri Sembilan ruler what His Highness wanted not based on principles but because Isa wanted it all for himself (hmm…let’s hope we meet him in this coming by-election in Bagan Pinang).
Cuba baca posting Hussein Abdul Hamid bertajuk "Bagan Pinang - One Tan Sri. Two Datuks" (versi BM di sini).

Barangkali Dr Mahathir membangkitkan isu babi kerana dia nak suruh kita tanya Isa siapa Datuk Khoo Chai Kah dari Brem Holding? Apa kaitannya dengan penukaran status tanah untuk penternak babi kepada tanah industri?

Siapa Datuk Dr Yeow Chai Thiam (gambar di sebelah)? Apa kaitannya Centralised Pig Farming Area (CPFA)? Siapa yang mendapat manfaat dari pembangunan infrastruktur projek seluas 5,000 ekar itu?

Harap para pemimpin PAS yang berkempen di Bagan Pinang tak terlepas pandang seperti terlepas pandangnya mereka bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Melayu.

Kecuali Haji Mahfuz Omar, saya tak jumpa ulasan pemimpin PAS yang menyambut kutukan Muhyiddin kepada Anwar itu sebagai usaha Muhyiddin membuka jalan kepada pembangkang untuk menunjukkan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya.

Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengorbankan begitu banyak kepentingan Melayu (baca: Umno - bila Umno sebut Melayu, tu solekan luar ja dan pembohong hidup-hidup!) melalui dasar liberalisasinya termasuk mengkudungkan Foreign Investments Committee (FIC)?

Dalam kenyataannya semalam, Dr Mahathir juga kata:
Dulu PAS kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.
Seingat saya, selepas 13 Mei 1969, bila Allahyarham Tun Abdul Razak hantar helikopter ke Kota Bharu untuk membawa Allahyarhan Tan Sri Asri Muda ke Kuala Lumpur untuk berunding (selepas meninjau dari udara kesan-kesan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur), PAS telah menyertai kerajaan campuran dan selepas itu menganggotai Barisan Nasional (BN) sebelum dihalau keluar macam anjin kepala buruk pada tahun 1978 (masa tu Dr Mahathir kata, PAS lebih bahaya dari komunis dan antara kesalahan PAS ialah melaksanakan hak demokrasinya membuka ranting-ranting parti itu di tanah-tanah rancangan Felda dan di juga di Sri Gading, kawasan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Hussein Onn).

Bila PAS menganggotai BN pada masa itu, dah memang ada dah dalam BN parti-parti seperti MCA dan MIC. Tu tak kira lagi parti Gerakan yang turut menganggotai BN hasil usaha Tun Abdul Razak menyatukan parti-parti politik selepas peristiwa 13 Mei itu.

Kenapa pada masa itu para pemimpin Umno tak tanya PAS pada masa itu: "Hai, tak kafir ka berkerjasama dengan MCA dan MIC di dalam BN?"

Apa pun, pada pendapat peribadi saya, PAS sepatutnya fokus kepada isu integriti, calon bebas politik wang dan rasuah.

Dr Mahathir pernah berkata, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka.

Beliau berharap berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati".

Bekas Perdana Menteri juga mengecam pengundi-pengundi yang sanggup menggadai maruah mereka kerana wang RM200, mesin jahit dan jalan tar tanpa memikirkan soal maruah sebagai pengundi dan masa depan rakyat.

Beliau menasihatkan para pengundi supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihan raya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka.

Bekas Presiden Umno juga mengingatkan para pengundi supaya tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.

Akhirnya, kepada Muhyiddin yang seronok sangat dengan isu Kelantan mundur, nak tanya sikit kat dia. Baru ni, Tan Sri ada pergi Kuala Krai. Ca Tan Sri kira berapa banyak banglo Melayu sekitar Kuala Krai berbanding banglo Melayu di sekitar Pagoh atau Pekan.

Lepas tu baru boleh bincang negeri mana yang maju dan negeri mana yang mundur.

Tan Sri, Pulau Pinang di bawah Gerakan dulu memang maju. Tetapi orang Melayu Pulau Pinang awat pakat-pakat lari sampai ke Mahang atas pada Kulim nu?!

Bacaan menarik:
The intriguing story of the throne behind the power which removed Isa Samad

A state bankrupted by its own royal family
The "development" of Mr ISA (Cruzeiro 5/10/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. siapa dia Ellias Zakaria bekas Pengarah Pusat Islam USM yang Agong nak lantik jadi YDP MAIPP.....nak tahu????...klik sini http://marul77.blogspot.com/2009/10/isu-maipp-ramai-tak-tahu-bahawa.html

  2. Ai, macam dah terdesak je artikel ni Pak Bakar. Mula-mula start dengan Dr M cakap hal babi, last-last keluar cerita Pulau Pinang dan Kelantan yang maju dan mundur.

    Yang mustahak sekarang ialah Kelantan dan Penang dah ada bawah Pakatan Rakyat. Tolonglah gunakan sepenuh masa yang ada ni improve apa UMNO/BN buat salah bukannya duk sibuk2 lagi komplen pasal negeri orang lain. Kelantan tu pun dah 19 tahun perintah, takkan dah perintah 100 tahun pun nak salahkan orang lain lagi?

    Ops balik pada topik. Penternakan babi tu antara tukang lulus dan Allah sajalah yang tahu. Kalau dah rasa nak sokong tukang lulus tu, sokong ajelah.

    Setakat ni, dua-dua parti memang dah ada tukang lulus. Tak nampak pulak ada beza sangat cumanya sorg yg sain tu, dia ada hujah Al-Quran la masa dia nak sign.

    Begitulah 'jauh' bezanya PAS dengan UMNO.

    Malaymind

  3. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

  4. Kelantan dan Pulau Pinang memang dibawah PR tetapi atas kepada kedua-dua negeri itu ada Persekutuan Malaysia, masalahnya Persekutuan Malaysia yang diterajui Umno yang banyak mengutip cukai daripada kedua-negeri itu tetapi dikembalikan kepada mereka dengan cara tidak berhemah, Umno telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan padahal dinegeri-negeri tersebut sudah ada pentadbir yang sah, dalam pada itu Ketua Umno yang diberi kuasa untuk mengawal perjalanan projek-projek untuk negeri-negeri itu, jika terlibat dengan Umno faham-faham sajalah, daripada projek-projek yang dibuat banyak yang masuk poket daripada sampai kepada rakyat ... Begitulah 'jauh' bezanya PAS dengan UMNO kata Malaymind, hehehe.

  5. Ahli PAS tak ada yang makan babi tapi ahli umno ada yang makan babi...ha.ha.ha..

  6. Babi - Virus JE = Negeri Sembilan.

    oh ya!.. seperti diduga, TV1 - TV999 (jika ada) semuanya dah memulakan propaganda biasa yakni :

    BN = baik macam malaikat
    Pembangkang = semua adalah jahat macam setan.

    aku suke tv hari siar2 camnih sebab ape..

    Sebab anak aku yang sekolah rendah tak diajar politik pun boleh kata :
    "Abah, apasal tv nih cakap orang tuh semua jahat, dia saja baik?, tak logik la abah"

    Lu fikir la sendiri!

  7. ahli pas pula yang babi

  8. APA YANG KAU MEREPEK NI SETAN!!!!!!!!!!! (DIALOG DARI FILM P. RAMLEE)

  9. Benarlah BN ada Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk setiap negeri yang mereka kalah. Alasannya tak payahlah aku cakap kat sini, orang cerdik dah tentunya tahu.

    Pasal ada yang kata BN macam malaikat pastu PR macam setan tu, bawak-bawakla mengucap. Kalau dah mengucap tu, mulalah berfikir sikit.

    Siapalah yang memulakan permusuhan, sejak dari mula? Jawapannya PAS.

    PAS adalah pecahan UMNO yang telah kutuk UMNO tidak Islam. Tak cukup dengan itu, PAS telah panggil UMNO kafir dan tak menarik pun fatwa ini sejak dari dulu sampaikan berpecah belah umat Islam.

    Setahu aku, yang mulakan perbalahan dah tentulah bukan malaikat.

    Dah tu, takkanlah yang ajak berdamai(kerajaan perpaduan) pulak dipanggilnya setan?

    Takkanle perkara basic macam ni pun nak kena ajar. Budak-budak yang tgk TV tak faham sejarah macam tu bolehla korang kelentong.

    Malaymind

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008