Siapa rasa mesyuarat khas malam ini hanyalah "just another meeting"? Maksudnya pakat-pakat datang mesyuarat kerana semua orang teruja nak datang, lepas tu pakat-pakat balik untuk menunggu jemputan mesyuarat seterusnya. Habuk pun tarak.
Selalunya begitulah. Takat la ni, setengah duit pun aku tak percaya.
Dari beberapa blog yang saya baca, saya nak tanya adakah perkara yang akan berlaku adalah seperti berikut:
1. Adakah akan berlaku witch-hunting dan shoot the messenger? Tok Guru Mursyidul Am dapat maklumat dari siapa? Dulu ada disebut dalam mesyuarat perkataan "fitnah penarik beca". Nasib baik Tun Abdullah Ahmad Badawi bodoh (atau diprogramkan supaya tak bodoh oleh penasihat-penasihatnya termasuk dalam Task Force 2010 untuk perangkap PAS). Dia mengaku.
Oleh kerana ia bukan urusan orang jahil, saya yang jahil tungkil ni nak tanya ja, adakah Tok Guru Mursyidul Am akan diinterrogate sehingga beliau mendedahkan semua sumber maklumatnya? Lepas tu shoot the messenger. Vilify his sources. And, launch the sacred witch-hunting
2. Adakah akan jadi majlis taklimat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali? Majlis taklimat di mana beliau akan belasah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan membangkitkan bahawa Mamat tu langsung tak peduli hal-hal mengenai Islam seperti taklimatnya kepada Pemuda PAS yang saya dengar sendiri kehebohannya. Kalau dengar taklimat Hassan itu, memang tak guna seduit pun Menteri Besar Selangor itu. Bukan kerja aku nak bela dia. Pandai-pandailah Khalid bela diri dia sendiri. Kalau saya pun dengar cerita itu, takkan Khalid tak dengar.
3. Adakah akan jadi majlis "ana hanya laksanakan keputusan mesyuarat" seperti yang ditulis dalam blog Al Banjari di pautan ini? Malas dah aku nak ulas lagi bab bertemu dalam gelap dengan pengkhianat Melayu dan pelacur bangsa ni. Cukuplah saya petik apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "Mengapa Tok Guru Nik Abdul Aziz marah?"
Live dari Jalan Raja Laut : Gambar- gambar terkini di Pejabat Agung PAS, KL (Ali 28/10/09 - boleh juga diikuti di sini)
Mesyuarat khas Pas harus ulangi tiada kerjasama dengan UMNO
Selalunya begitulah. Takat la ni, setengah duit pun aku tak percaya.
Dari beberapa blog yang saya baca, saya nak tanya adakah perkara yang akan berlaku adalah seperti berikut:
1. Adakah akan berlaku witch-hunting dan shoot the messenger? Tok Guru Mursyidul Am dapat maklumat dari siapa? Dulu ada disebut dalam mesyuarat perkataan "fitnah penarik beca". Nasib baik Tun Abdullah Ahmad Badawi bodoh (atau diprogramkan supaya tak bodoh oleh penasihat-penasihatnya termasuk dalam Task Force 2010 untuk perangkap PAS). Dia mengaku.
Oleh kerana ia bukan urusan orang jahil, saya yang jahil tungkil ni nak tanya ja, adakah Tok Guru Mursyidul Am akan diinterrogate sehingga beliau mendedahkan semua sumber maklumatnya? Lepas tu shoot the messenger. Vilify his sources. And, launch the sacred witch-hunting
2. Adakah akan jadi majlis taklimat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali? Majlis taklimat di mana beliau akan belasah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan membangkitkan bahawa Mamat tu langsung tak peduli hal-hal mengenai Islam seperti taklimatnya kepada Pemuda PAS yang saya dengar sendiri kehebohannya. Kalau dengar taklimat Hassan itu, memang tak guna seduit pun Menteri Besar Selangor itu. Bukan kerja aku nak bela dia. Pandai-pandailah Khalid bela diri dia sendiri. Kalau saya pun dengar cerita itu, takkan Khalid tak dengar.
3. Adakah akan jadi majlis "ana hanya laksanakan keputusan mesyuarat" seperti yang ditulis dalam blog Al Banjari di pautan ini? Malas dah aku nak ulas lagi bab bertemu dalam gelap dengan pengkhianat Melayu dan pelacur bangsa ni. Cukuplah saya petik apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "Mengapa Tok Guru Nik Abdul Aziz marah?"
Kira-kira sebulan atau dua bulan sebelum Malaysiakini 3/12/07 menyiarkan berita bertajuk "PAS-Umno bincang isu Melayu-Islam," seorang menteri (kini tidak lagi menjadi menteri) dan seorang timbalan menteri (selepas itu menjadi menteri sekejap dan kini Ahli Parlimen biasa) mendedahkan secara bisik-bisik tentang pertemuan-pertemuan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin Umno.Berkaitan:
Apa yang menarik, versi pertama berita Malaysiakini itu kemudiannya dipinda menjadi versi yang ada kini. Tak berapa lama selepas itu, saya tanya wartawan Malaysiakini yang terlibat iaitu Muda Mohd Noor, "awat hampa pinda berita tu?" Saya tak ingat jawapan dia tetapi yang saya ingat ialah beliau menceritakan tentang hubungannya dengan Nasharudin yang tidak lagi baik seperti sebelumnya selepas berita itu disiarkan.
Laporan Malaysiakini itu kemudiannya diulas oleh Allahyarham Rustam A Sani dalam posting blognya yang bertajuk "Perundingan belakang tabir PAS-Umno?" (sudah tak ada link berkaitan tetapi masih boleh dibaca di sini).
Dengan kemampuan Barisan Alternatif (kini dikenali Pakatan Rakyat) memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya 8/3/08 itu, saya fikir tak ada siapa lagi di dalam PAS yang teringin nak berselingkuh politik dengan Umno. Rupa-rupanya tidak.
Dalam mesyuarat pada petang 9/3/08 di pejabat Perhubungan PAS Kelantan, dengan begitu beraninya Haji Mustapha Ali bagai mengarahkan Nasharudin bertemu dengan Umno, Haji Husam Musa bertemu dengan PKR dan Haji Mohamad Sabu bertemu dengan DAP untuk mengadakan perundingan (Saya hairan mengapa tidak ada siapa pun yang mempersoalkan arahan itu. Saya juga tertanya-tanya adakah orang-orang seperti Husam dan Mat Sabu lembab sangat otak mereka nak membaca kilas politik Cik Gu Pa ketika itu?)
Selepas itu, pada petang 11/3/08, berlakulah pertemuan yang kemudiannya diceritakan oleh Haji Khalid Samad dalam posting Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Banyak peristiwa yang berlaku sebelum mereka pergi yang tak dapat saya ceritakan di sini.
Bagi saya, tindakan menyuruh Husam bertemu PKR dan Mat Sabu bertemu DAP hanyalah camouflage untuk mewajarkan pertemuan petang 11/3/08 itu. Kepada saya, pemimpin politik peringkat tertinggi tak main jumpa gitu-gitu ja. Tak boleh kata "Pak Lah, kami nak jumpak hang!" dan terus boleh jumpa.
Mesti diatur terlebih dahulu pertemuan itu. Kalau sudah boleh atur-atur dan pertemuan pula diadakan secara sulit dan di tempat eksklusif, saya mengandaikan hubungan sudah lama dibuat. Saya mengandaikan, sudah lama sebelum pilihan raya 8/3/08 beberapa pemimpin PAS berselingkuh politik dengan Umno.
Bisik-bisik bekas dua menteri di atas memang benar. Malah, saya bertambah yakin apabila kebetulan bertemu dengan seorang Menteri Besar Umno di restoran satay Kajang.
Live dari Jalan Raja Laut : Gambar- gambar terkini di Pejabat Agung PAS, KL (Ali 28/10/09 - boleh juga diikuti di sini)
Mesyuarat khas Pas harus ulangi tiada kerjasama dengan UMNO
Oleh: TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Sinar Harian (28/10/09): Desakan-desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah dipersetujui pemimpin-pemimpin yang dikecamnya untuk mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menimbangkan sama ada parti itu mengadakan EGM atau sebaliknya. Pada saya nampaknya persoalan EGM atau tidak, tidak timbul lagi. Mesyuarat khas ini hanya perlu mengulangi Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO, parti musuhnya, dalam apa situasi pun. Kalau saya baca Nik Aziz betul-betul, padanya keputusan Muktamar di Ipoh, diulangi di Shah Alam, tidak mencukupi. Dia mahu keputusan ketiga untuk memastikan Pas tidak bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua keadaan. Sebabnya, barangkali pada pendapatnya, walaupun sudah ada dua keputusan yang muktamad, masih ada lagi permainan politik di kalangan setengah-setengah pemimpin Pas yang mahu menjalinkan hubungan ke arah penubuhan Kerajaan Perpaduan atas sebab-sebab dan kepentingan mereka sendiri. Dan, usaha ini mendapat sambutan pula daripada setengah-setengah pemimpin UMNO yang juga seperti pemimpin yang dituduh oleh Nik Aziz mempunyai agenda politik mereka tersendiri.
Saya rasa saya boleh meneka keputusan mesyuarat khas hari ini akan memperkukuhkan lagi keputusan Muktamar (to reiterate) yakni membuat keputusan sekali lagi tidak bekerjasama.
Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa partinya hanya mahu bekerjasama dengan Pas yang bersatu padu, bukan Pas yang berpecah. Jelas Najib telah menaikkan palang politik (political bar). Sebelum itu tatkala UMNO ghairah untuk bekerjasama dengan Pas terutama di Perak dan Selangor selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 tidak ada pula syarat demikian.
Nampaknya Nik Aziz terlampau kecil hati dan marah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Tok Guru Haji Hadi Awang, Timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk cikgu Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Datuk Dr Hassan Ali kerana mereka inilah yang dianggapnya sebagai golongan pemimpin Pas yang pro UMNO. Dan, kepada Tok Guru kerjasama dengan UMNO amat dikutuk (anathema).
Kerajaan Campuran
Eloklah saya beri sedikit sejarah tentang Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Campuran. Lazimnya, sama ada Kerajaan Perpaduan (national unity government) atau Kerajaan Campuran (coalition government) terbentuk hanya masa peperangan seperti yang berlaku antara Konservetif Parti dan Parti Buruh British semasa peperangan dunia ke-2 melawan Nazi Jerman. Dan Kerajaan Campuran pula zaman Tun Razak, selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dibentuk antara UMNO, Pas, Gerakan dan SUPP dan juga PPP. Kini kita tidak menghadapi peperangan atau pun krisis nasional. Apa perlunya diadakan Kerajaan Campuran atau apa lagi Kerajaan Perpaduan kecuali bagi menguntungkan agenda politik orang-orang tertentu sahaja?
Kemarahan Nik Aziz ini berpunca daripada pengalaman pahit Pas semasa menjadi parti komponen BN antara awal 70-an hingga Pas ditendang oleh UMNO pada tahun 1977 kemuncak dengan pilihan raya pada 1978, di mana Pas hilang negeri Kelantan tatkala saya merengkok dalam tahanan ISA selepas kembalinya Tun Razak, pelopor kepada kerjasama Pas dengan UMNO, kembali ke rahmatullah pada 1976. Saya yakin andainya Tun Razak tidak meninggal dunia, kerana saya terlibat secara langsung dengan penubuhan Kerajaan Campuran seluruh Malaysia, Pas tidak akan terkeluar daripada BN. Ini hanya berlaku zaman penggantinya, iaitu Datuk Hussein bin Onn. Tun Razak terlalu cintakan kepada perpaduan ummah dan bangsa. Saya amat mengetahui hati perut dan wawasan siasahnya.
Agenda peribadi
Maaf, bukan UMNO yang bersalah menendang Pas lantaran itu janganlah prasangka dengan UMNO. Apa yang berlaku zaman Hussein Onn ialah bagi memperkukuhkan ‘agenda peribadi’ pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO yang mahu Pas keluar daripada Kerajaan Campuran. Kerana pada masa itu pada pendapat pihak-pihak tertentu UMNO telah kembali kukuh. Antara sebabnya pada saya agak remeh yang memulakan kemarahan orang-orang tertentu dalam UMNO kepada Pas ialah penubuhan beberapa cawangan Pas di beberapa Rancangan FELDA terutamanya di Johor. Pada suatu hari, Insya-Allah, saya akan menerangkan secara terperinci butir-butir mereka dan isu sebenarnya yang menyebabkan Pas dan UMNO berpisah pada akhir 70-an.
Sebenarnya dalam sebuah negara homogeneous yakni negara seragam atau sejenis seperti Jepun, jarang berlaku Kerajaan Campuran. Lazimnya keadaan ini berlaku di sebuah negara yang majmuk seperti kita, sebab itulah BN dianggotai 14 parti perkauman dan Pakatan Rakyat tiga parti – satu parti Islam, satu DAP pemimpin dan keanggotaannya majoriti Cina dan PKR pemimpin dan keanggotaannya majoriti Melayu. Kerajaan Campuran atau coalition government juga dikenal dalam istilah politik sebagai khemah besar (big tent), united front (barisan bersatu), dan umbrella (payung). Kita boleh mengecam Kerajaan Campuran sebagai strange bed fellows (bersekedudukan antara dua, tiga atau ramai yang aneh, tidak lazim) atau unholy alliance – perikatan orang yang tidak kudus atau suci.
Tak mungkin bersatu
Saya suka mengulangi madah Tun Razak waktu kita menubuhkan Kerajaan Campuran awal 70-an. “Kita telah bersetuju membentuk Kerajaan Campuran kerana parti-parti yang bersahabat dengan kita itu menerima dasar-dasar kita khasnya Dasar Ekonomi Baru. Atas dasar itulah kita mengadakan Kerajaan Campuran supaya mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dari pelbagai kaum untuk kestabilan politik dan negara.” DAP sungguhpun dijemput telah menolak kerana tidak bersetuju dengan dasar itu. Tambah Tun Razak, “DAP tidak dapat diterima oleh UNMO kerana ia adalah sebuah parti cauvinis Cina yang menjalankan dasar perkauman.” Saya ingat sangat madah Tun Razak ini kerana saya yang menulis ucapan yang dilafazkannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Jun 1972.
Berasaskan sejarah tertentu iaitu peristiwa penubuhan cawangan Pas di kawasan Felda dan keadaan semasa, saya agak bersetuju dengan Nik Aziz. Apa perlunya diadakan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pas? Lagipun tak mungkin ini berlaku dengan Pas masih lagi dalam Pakatan kecuali Pas mahu keluar dari Pakatan Rakyat. Saya kira itu bukanlah maksudnya seperti yang telah diputuskan secara muktamad dalam Muktamar di Ipoh dan Shah Alam. Dan, barangkali akan disahihkan lagi hari ini.
Masa depan Pas lebih baik dalam Pakatan Rakyat dan UMNO pula dalam Barisan Nasional. Bak kata Dr Mahathir, tidak boleh mereka bersama kerana mereka incompatible atau mereka yang tidak secocok. Dan, Dr Mahathir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sewaktu Pas diterajang dari BN. Dia amat mengetahui ketidaksecocokannya Pas dan UMNO.










Cantik? Klik 






salam..saya rasa pak bakaq cukup lah memperlagakan pimpinan PAS..dari hari tu smpai la ni..pak bakaq xhabis2 dngn dok lagakan pemikiran ahli dgn tulisan pak bakaq..sama ja ngan albakistani..gi ni la..kalu dah depa pimpinan atasan pakat salah semua, pastu asyik dok komen,kutuk,kritik kat blog ja, saya rasa pak bakaq ja la jadi Presiden PAS, Timbalan plak ganti ngan Al-Bakistani..SU bagi kat Khalid Samad..Mursyidul Am tukaq kat Hussam..Saya yakin dgn kebikjasaan berpolitik set2 pak bakaq, PAS akan menang besaq pas ni!amacam ada berani pak bakaq jadi Presiden?
Salam, gue makin pening dgn pendedah ahng ni bakaq..pening pening..gue mau tunggu aje and lihat aje apa jadi lepas mesyuarat Khas ni..
Bakaq, nampak sangat pemimpin PAS dan PAS diperbodohkan oleh UMNO dan cerita itu dibesar besar besarkan. Bagaimana pula cerita pemimpin PAS dan PAS diperbodohkan, ditunggang, diboneka oleh PKR dan DAP, kenapa ditutup, diselindung dan dikecil kecil kecilkan..
Kebodohan PAS kepada kedua dua pihak perlu diseimbangkan dari segi cerita dan watak watak yang terlibat.
Siapa watak2 yang dipergunakan UMNO dan siapa watak2 yang jadi abdi dan budak suruhan DAP/PKR ?
Apasal Ust Ahmad Awang tak nak dedahkan nama pemimpin kanan pas yang arahkan beliau berunding dgn umno? Eee geramnya aku....
Asalammualaikum,
Jelas disini siapa yang menyeru kepada perpaduan akan dihina dan dikeji...Oleh sebab mejadi kesalahan(mengikut tafsiran segelintir ahli diblog ini) dalam agama islam untuk meyeru perpaduan Melayu maka marilah bersatu demi agama islam..Maka akan dijwab oleh mereka...UMNO nak ke terima Permerintahan Islam? Tapi sekarang DAP & PKR terima ke pemerintahan ISlam? Pemimpin UMNO pernah ke kata "Langkah mayat dulu jika nak tubuh pemerintahan islam"...tapi Pemimpin DAP pernah kata tak "Langkah mayat dulu jika nak tubuh pemerintahan islam".......Maka akan jawab oleh mereka lagi...DAP kafir tak faham maka kita akan cuba beri perfahaman kepada mereka...Jadi..tak bolehkah PAS berkawan dengan UMNO dan cuba ber perfahaman islam kepada UMNO....Maka akan dijawab lagi UMNO dah Islam maka tak perlu beri nasihat......DAP tak pa kita sabar dan terus beri nasihat......Dulu kita marah umno tak tutup rumah judi dan kedai arak...sekarang kita dah ada kuasa sikit...apa kita dah buat...Ada Exco yang nak hapuskan arak dan judi pun DAP & PKR dah hentam PAS....
Maka UMNO busuk,rasuah.babi..dan macam-macam lagi,....islam ajar kita beri gelaran kepada orang lain ke? kalau betul UMNO macam itu...bukankah tnaggungjawab kita berdakwah kepada mereka..bukan memusuhi mereka?
Jika Nabi Muhammad bersifat seperti segelintir ahli PAS maka Islam tak akan berkembang....Kafir Jahiliah dulu lagi teruk dari UMNO...tapi Nabi Muhammad tidak pernah jemu berdakwah bahkan berkawan dan bersahabat dengan mereka....Tapi kita berlagak lebih dari Nabi Muhammad..mengelarkan orang lain, mennyemarakkan kebencian,perpecahan...dan rela bersekongkol dengan DAP laknatuallah semata-mata kerana cita-cita politik... Biar UMNO buat salah, tapi kita perlu membetulkannya berdakwah secara berhemah..bukannya menjauhi.
Tepuk dada tanya selera...semua orang pergi ke Masjid, tapi ada yang betul kerana Allah, ada yang kerana mengikut orang, ada yang kerana nak curi kasut, ada kerana nak pikat hati pak mertua....tapi tujuanya sama ke Masjid tapi niat lain-lain...Oleh itu fikirlah dengan hati ikhlas..adakah kita berjuang dalam PAS demi kerana Allah untuk menegakkan syiar islam dengan cara politik yang dituntut oleh islam....Atau kita berjuang salam PAS demi nak berkuasa walau dengan apa cara pun...hukum Allah kita sesuikan mengikut keperluang politik kita???
Firman Allah "Demi masa sesungguhnya Manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beramal salih dan nasihat menasihati atas perkara yang benar"
fedup dah aku dgn PAS ni.
senang cerita, cakap jelah samada PAS nak bersama UMNO or PR or nak keluar jadi independent.
kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti
aku cukup meluat dan menyampah bila cybertroopers macam jojo kalau berhujah.
Pemimpin UG menyerang rakan bersama media UBN, tapi mengabaikan UMNO, TGNA mempertahankan PAS...
syiah dok cucuk jarum. cucuk bakaq...cucuk... jangan tak cucuk. bukankah tu typical syiah nak pecah-belahkan umat islam?
Pak Bakaq,
Semasa ana mengetuk Notebook ni,agaknya Mesyuarat Khas telah pun berjalan diTingkat 5 Ibu Pejabat PAS.Menarik juga mengetahui pencacai-pencacai upahan masih berkeliaran untuk membela pihak yang mengupah.Dunia,dunia,dunia.
Ana nak komen satu saja,dari lapuran yang dibuat oleh Al Banjari mengenai penerangan Nasaruddin Mat Isa/Hassan Ali kepada blogger-blogger UMNO,ada menceritakann Nasaruddin Mat Isa dipanggil oleh Abdullah Badawi,semasa itu PM,dibangunan Parlimen.Kalaulah kedua manusia ini tidak rapat(maksudnya tak selalu bertemu dulu) takkan Pak Lah boleh senang-senang panggil Nasaruddin Mat Isa begitu saja,kerana PM tu Presiden UMNO dan Nasa Tim.Presiden PAS.Kedua:Mengapa Nasa pergi bertemu Pak Lah seorang diri,tanpa membawa teman sebagai saksi.Atau adakah apa yang hendak dibincangkan tu untuk telinga Nasa saja.Dalam kebijakan membuat skrip drama rupa-rupanya belum begitu mahir dengan plot-plot.
politik stopa licik. macam politik mahathir. dia guna hussein onn untuk hapuskan mereka yg berpontensi mencabarnya. di antara yang dibacanya sbg pecabarnya adalah bekas setpol tun razak, ap kok lanas. mahathir, selepas menduduki kerusi piem, kemudian membebaskannya dan menghantar beliau ke un. tidak sukar bagi mahathir melembutkan ap kok lanas kerana isterinya orang kedah, sama dgn mahathir. sebelum dari itu, seorang lagi pencabar, dipancung dgn hukuman mahkamah kerana kes rasuah mengaturkan joe bugner-mohamad ali fight.
sori beb, hanya khayalan aku je...
pak bakaq,nanti ada pemimpin pas barua pkr akan bocor minit mesyuarat khas kat hang nanti untuk disiarkan...sepatutnya pemimpin pas ini sepatutnya dibuang negeri.mereka takdak tempat dlm pas.
Dah agak dah..tak payah meeting ler..penat2 tgna dtg dr jauh..ikan di laut sudah ku tahu jantan betinanya...
Kepada Anonymous 7,
Jangan berfikiran junub....nak baca dan nak berfikir perkara yang bersesuaian dengan citarasa dan fahaman kita....Kalau sesiapa yang menulis menyeru perpaduan dan menghentam DAP dan PKR di kira orang UMNO....Jangan merendahkan pemikiran kami ahli PAS yang lain yang menyokong perjuangan ASAL PAS...Adakah kalau hendak dipanggil seorang ahli PAS maka saya kena menolak perpaduan, kalau ahli PAS kena maki UMNO, kalau ahli PAS kena sokong DAP Laknatuallah dan PKR Munafik.....ada sifat tersebut baru dipanggil ahhi PAS sejati??????
Jadi saya ini yang tidak memaki UMNO, yang menyokong perpaduan atas nama Islam, yang menentang DAP laknatuallah dan PKR munafik adalah bukan ahli setia PAS? Adakah dalam perlembagaan PAS menyatakan bahawa perkara diatas merupakan ciri-ciri utama seorang ahli PAS?Untuk jadi ahli PAS saya perlu memaki orang,mencela UMNO,cium buntut DAP dan PKR munafik???? Jiran saya orang UMNO dan atas landasan persaudaraan islam, hidup kami harmoni, saling kunjung mengunjungi,hormat menghormati, ada masa sembahyang saya jadi imam dan ada masa dia jadi imam....hal agama dan persuadaraan kami tidak bermusuh...tapi hal politik beliau adalah musuh ketat saya...tapi kami meletakkan persaudaraan islam mengatasi permusuhan politik...Alhamdulliah hidup aman!
Jadi janganlah memalukan dan merendahkan mertabat penyokong perjuangan PAS yang tulin,hanya kerana kami tidak memaki & mencela UMNO, kerana menyokong perpaduan sesama Islam dan menentang hubungan haram dengan DAP & PKR maka kami bukan ahli PAS....
Mana dia ciri-ciri mulia keislaman ahli PAS......adakah dengan cara memaki dan mencela orang islam yang lain maka kita akan dapat menarik minat lebih ramai penyokong UMNO menyertai PAS?Adakah begitu ajaran islam? Atau ini adalah budaya yang dibawa oleh PKR dan DAP yang meresap kedalam PAS?
Anon 4:
Aku bagi clue kat hang...
Org tu seorang tokoh akedemik dan perubatan alternatif......
Tak caya hang pi tanya kat Ust Ahmad Awang sendiri...
Dr. Harun Din