Sedap!! Klik gambar di atas!

Induction dan deduction cara mudah

Dalam menentukan hukum sesuatu perkara, dengan disiplin ilmu yang ada padanya, ulama yang cerdik biasanya membuat induction dan deduction berdasarkan nas dan pelbagai kaedah fiqh serta ilmu bantu yang lain sehinggalah ia boleh membuat keputusan bahawa sesuatu perkara itu boleh atau tidak boleh dilakukan.

Itu ulama. Saya taraf talabah pun tidak. Kalau dalam susunan "'aliman au muta'alliman au mustami'an au muhibban" tu, saya jatuh nombor empat - saya suka orang yang mengajar, belajar atau mendengar orang belajar. Takat tu ja.

Tetapi, saya pun teringin jugak nak buat induction dan deduction. Induction dan deduction cara bodo saya la. Bukan tentang hukum agama. Tetapi tentang politik dan gelagat ahli politik.

Kalau orang Umno suka sangat kepada seseorang pemimpin PAS kerana sikap politiknya, saya tak rajin nak dekat dengan pemimpin seperti itu. Tetapi, kalau orang Umno benci sangat atau sekurang-kurangnya tak suka kepada seseorang pemimpin PAS kerana pendirian politiknya, saya dok rasa pemimpin macam tu jenis boleh buat kawan.

Tu kira kaedah induction dan deduction cara mudah la. Kaedah itu mengambilkira bahawa pemimpin-pemimpin PAS dah terpecah dua - satu golongan benci Umno manakala satu golongan lagi penagih dan pencinta Umno.

Dalam blog ini sengaja saya siarkan berlambak-lambak maki hamun Umno terhadap Tok Guru Mursyidul Am. Tu tak kira lagi tuduhan bahawa dia belasah rasuah la, melantak balak la. Saya berharap sangat-sangat ada mana-mana pihak yang boleh membuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah bahawa Tok Guru belasah rasuah dan melantak balak.

Tu satu perkara. Lagu mana pulak nak buat induction dan deduction antara Umno dan DAP?

Pertama sekali kita kena ingat, ketika Umno bunuh orang PAS di Memali dan di Lubok Merbau dulu, adakah pada masa itu PAS berkawan dengan DAP? Soalan tu kena ingat sentiasa dan tak boleh lupa dalam membuat induction dan deduction tersebut.

Perkara tu penting sebab orang Umno la ni dok ratib siang malam bahawa depa tak suka kat PAS sebab PAS berkawan dengan DAP.

Beberapa pemimpin PAS pula turut dirasuk atau sengaja menghisteriakan diri mereka dengan perkara yang sama - sehingga di dalam mesyuarat dan di rumah orang kenduri pun dok meratib-ratib bahawa DAP ada agenda dia, agen Singapura dan sebagainya (Umno agen siapa dia tak kira).

Dari segi nak buat induction dan deduction antara Umno dan DAP, saya rasa kena berdasarkan sesuatu isu.

Ambik contoh, kalau DAP berperang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penindasan Umno dan Barisan Nasional (BN), tu kena sokong DAP. Mampoih pi la Umno nak kata apa pun.

Tapi kalau DAP memerangi usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang-orang Islam misalnya (yang turut diperangi oleh Umno dan BN), bab tu kita kena berlawan dengan DAP. Mampoih pi la kalau hilang sokongan pun.

Maknanya, kena pakai sentiasa prinsip induction dan deduction apabila berurusan dengan DAP.

Bagaimana pula keinginan ahli politik beragama Islam yang nampak beria-ia sungguh nak mengawal penjualan arak? Bab tu kita kena buat induction dan deduction terhadap pola kelaku ahli politik berkenaan.

Kita kena pantas mengenalpasti adakah dia buat itu semua kerana benar-benar nak mengawal penjualan arak atau dia sebenarnya sang oportunis yang menunggangi isu dan sentimen orang ramai demi memenuhi nafsu tidak terkawalnya yang gian sangat nak jadi Menteri Besar.

Kita kena bertanya dan berbincang sana-sini untuk menganalisis gelagatnya. Kalau peniaga pandai menganalisis gelagat pengguna, pengguna juga kena pandai menganalisis gelagat peniaga.

Ahli politik bagaikan peniaga. Bahan dagangannya kepada kita ialah dasar, prinsip, kejujuran serta gelagat politiknya. Gelagat politik boleh juga diukur menggunakan sejarah kejujuran atau ketidakjujurannya.

Ilmu induction dan deduction cara mudah yang perlu ada pada pengguna barang dagangan ahli-ahli politik seperti yang saya sebutkan itu tak diajar di sekolah. Di universiti tak tau la, sebab saya tak pernah mengaji di universiti - sekolah menengah pun tercicir.

Di mana nak belajar? Saya hanya boleh bagi satu jawapan ja - pendedahan atau exposure. Banyak-banyaklah berkawan dengan semua golongan.

Bila kita dah ada deria itu, baru dua tiga patah perkataan dia bercakap dengan kita pun, kita dah tau Mamat tu jenis boleh pakai atau tak boleh pakai. Jangan lupa, bukan kita sahaja yang ada deria tu, orang lain pun ada jugak. Malah, mungkin derianya lebih tajam dan lebih hyper lagi.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak bakaQ
    Mudah saja ingat pesanan al Marhom Ustaz Fadzil Nor "Apabila Musuh Menyukai Kita maka ada sesuatu yang tidak Kena pada diri kita "Apabila kita melakukan sesuatu kebenaran maka musuh kita akan menyerang kita" aku ingat pesanan ni sampai mati..Sebab itu lah baru baru ni UMNO ada buat Majlis jamuan Hari Raya di tempat Bandar Country Home Rawang .Diantara ucapan mereka ialah "Hasan Ali adalah peminpin kita si-Fu saya adalah Tan Seri Hang bukan Nik Aziz" (Petikan dari ucapan pemimpin UMNO yang bertaraf YB dalam majlis tersebut fikir fikirkan lah.Umno sedang mencadang merata tempat kepada ahli Umno untuk memberi sokongan pada Hassan Ali.

  2. PAK BAKAQ,
    SALAMUALAIKUM. YEA TAK YEA, KAT MEMALI NUN ORANG UMNO YANG BUNUH ORANG KAMPONG MELAYU YANG SOKONG PAS KAN. ITU TIME MUSA HITAM JADI DPM, MAHATHIR JADI PM BETOL TAK! BUNUH ORANG NIH, GORANTEE MASOK NEREKA DULU PUNYEA. TAPI APA BENGGAP SANGAT ORANG PEMIMPIN PAS MASIH NAK CARI TUNGGAO DENGAN ORANG UMNO DALAM GELAP GELAP. NAK JADI MALAIKAT MAUT KOT? PEMIMPIN PAS NIH DAH BANYAK JADI 'MELAYU MUDAH LUPA' BUAT MAHATHIR KETAWA SAKAN BILA TERPIKIR PAS DENGAN LABU-LABU NYA. PEMIMPIN YANG SETAN DEKAT TAK NAMPAK, TOK GURU NIK AZIZ NUN JAUH KAT KELANTAN DIA NAMPAK. ITU BALA DARI ALLAH SWT UNTUK PAS TUH; RENUNGI LAH...

  3. Bhai...

    memang betul... kita kena ader dua benda tue... kita kena berfikiran terbuka... buat analisa sendiri ... perhatikan keadaan... yang jangan terikut dengan rentak...

    ingat selalu benda nih... hehehehe ... "Pelandok selalu lupakan jerat, tapi jerat takkan lupakan pelandok" ... hahahaha... puak "berudu" dalam PAS tue lama-lama akan jadi katak gak... hehehe

  4. Bakaq, naik kereta kalau asyik main reverse gear (dok ungkit, nostalgia zaman pak kaduk pak pandir) zaman jalan selorong atau dua lorong dah jadi 8 lorong sekarang..bila nak sampai.
    Boleh beringat, kalau agak agak bimbang, tekan minyak bagi laju sikit, tapi jangan dok brake, dok lepas, dok asyik nak reverse gear...lama lama lingkup (PAS) kereta tu.
    Minta maaf ya bakaq, dalam bab maki hamun, walau berapa lori pun puak UMNO dok maki siang malam (24jam) ianya takkan sama betapa hebat dan jaguhnya sejak dulu lagi pemimpin PAS dok maki UMNO, malah mengkafirkannya sekali gus dan sekarang ni terus jatuh hukum, puak UMNO tak leh masuk syurga.

    Bakaq, kemungkinan besar EGM tak jadi, kemungkinan juga Nik Aziz tak datang mesyuarat khas dan banyak lagi kemungkinan dan satu lagi Bakaq, hang tolos ulas, Dr M suruh Nik berundur...

  5. Terima kasih bang!

  6. Aku Naik saksi tiada Tuhan yang lain di sembah melainkan ALLAH yang Esa, yang Satu.
    Dan Nabi MUHAMMAD S.A.W. itu Rasul dan Pesuruh Allah subhanawata`ala.

    Adakah DAP sanggup mengucap dan bersaksi kata sedemikian..??

    Kalau orang PAS dan UMNO Melayu itu, sudah pasti..!!

    Berbeza Pendapat itu lumrah lah dalam Islam sejak berzaman dah..!!!

    Petikan kata2 Karpal Singh dan memang di perakui oleh DAP, "Langkah mayat dia(Karpal Singh) dulu...,jika hendak menjadikan M'sia negara Islam...!!{lebih kurang macam tu lah dia pernah lazaf}

    Ada kah Melayu UMNO pernah ucap perkataan sedemikian atau seumpamanya..??

    Kita boleh berbeza pendapat malah digalakan demi mencari yang terbaik dari yang memang dah baik..!!!

    PAS dan UMNO sama2 mengucap kalimah syahadah..!! Tak boleh kah ini menjadi titik pertemuan..!!

    Bertemu bukan nya, bererti bersatu..!!

    Sekadar bertemu ...berbincang saja ..!!! Buang lah sebarang perasangka negatih..ambil yang molek2 saja tak boleh kah???

    Dalam Islam sendiri ada Syiah, ada Sunni( Sunnah AlJemaah) dan berperang seperti di negara luar negara disana..!!!

    Melayu Islam jangan jadi macam itu..sehingga boleh di perkotak katikan oleh Puak2 Zionis. Yang memang pun suka tengok Umat Islam tidak bersatu..!!

    Bukan kah "The Seeing Eye's.." lambang mata satu itu dari golongan "Illuminati"..NWO..Masonic dan sebagai nya????

    Berhati2 lah dalam menegakan Syiar dan Dauliah Islam..!!

    Jadi kan Kalimah Syahadah sebagai titik pertemuan...!!

    Wasalam.

  7. Biarlah kalau PAS nak keluar dari Pakatan pun, tapi jgnlah join UMNO pulak. Sebab kalau orang Melayu sayang Bangsa dan Agama, UMNO yang kena join PAS ni. Tapi nampaknya, ada pemimpin PAS yang terhegih2 dgn UMNO. Bukan apa, nanti UMNO kata mereka lebih Islam sebab tu org PAS terhegih pada UMNO (walaupun UMNO lah yang menolak hukum Islam selama ni).

  8. aku selalu perasan bila rajin dok belek bolg sang penarik beca pak bakaq ni ,
    terutama cerita pas ,
    dalam ruangan komen pembacva pak bakaq , depa banyak kutuk/hantam pak bakaq ,
    aku plak harus mengakui apa yang pak bakaq tulis lebih banyak best
    dan disokong daripada tidak (busuk-busuk pun 85%-15%)
    dan cara pailang pak bakaq
    atau mulut lepas atau capoi spt kata & cara mat saman kati
    memang best untuk di baca yang bunyinya kasar
    tapi maknanya dalam yang selepas baca akan bermain di kepala
    dan entertainment -lagi best dari tengok film blue haha
    dan induction dan deduction ni best ...
    yang aku pun nak apply dalam otak aku terhadap isu politik ni ...
    pak bakaq ni bukan taraf muhibban tapi boleh sampai taraf faqih usuli haha
    RPK , Penarik Beca , MSK the way they think and write - extra-excellent ...

  9. Teori deduction ini memang mudah.Dalam Bahasa Melayunya: "deduction" bermakna buang atau keluarkan.TGNA telah pun menyeru agar teori deduction ini dilaksanakan dan orang-orangnya pun dah disebutkan.TGNA membuat cadangan ini berdasarkan pengalaman berhadapan dengan UMNO sejak zaman Dato Asri lagi dan pengalaman memerintah Kelantan hampir 20 tahun.Geng UG(Trengganu) ni sekadar dapat memerintah Trengganu satu penggal saja - dah dua pilihanraya,masih kecundang dan gagal sehingga terpaksa lari keluar dari Trengganu.Mengapa Allah membantu kemenangan TGNA dan mengapa Allah tak membantu Geng Trengganu ni - adalah merupakan satu kajian yang sesuai dibukukan untuk jenerasi PAS yang akan datang.
    Ahli-ahli PAS seluruh negara wajar mendapatkan maklumat dan informasi yang cukup dan lengkap sebelum membuat sebarang keputusan.Begitu juga 60 pemimpin PAS yang akan bermesyuarat malam esok - ingatlah masa depan PAS terletak ditangan anda semunya.
    Ana bukan ustaz dan bukan ulamak,cuma dapat memberi gambaran semasa Julius Ceasar,Pemerintah Empire Rome,ditikam mati oleh rakan-rakannya.Brutus,salah seorang dari teman baik Ceasar berkata: "Kami bukan tak sayangkan Ceasar,tapi kami lebih sayangkan Empire Rome". Wallahualam.

  10. Anon 8

    Aku siar ja komen hang, walaupun selepas ini jenuh la aku kena bantai. Aku siar hanya kerana nak bersifat demokratik terhadap semua pandangan. Sebab itulah komen yang mendoakan supaya keluarga aku berpecah belah pun aku siar - walaupun aku sangat takut kemungkinan itu.

    Pandangan2 yg kutuk org lain seperti Tok Guru Nik Aziz aku siarkan - pun kerana nak bersifat demokratik juga. Boleh jadi bodo. Boleh jadi berdosa. Sebab aku menyiarkan kata cerca org. Aku pun rungsing sebenarnya.

  11. Selalu saja diwarwarkan supaya Pas bergabung dgn UMNO dlm UG utk menegakkan syiar dan daulah islam. Demi menunjukkan keikhlasan terhadap islam, apa kata UMNO yg keluar dan masuk dlm Pas. Di dlm UG yg akan dibentuk itu nnt haruslah dipadamkan nama melayu (sepertimana yg ada pd nama UMNO skrg) demi menunjukkan bahwa Islam itu tidak rasis. Ingat, Islam bkn utk melayu shj. Utk menegakkan syiar dan daulah islam, kita hendaklah mengembangkan islam ini. Bukan hanya utk anak cucu kita yg mmg dah dilahirkan islam. Ketuanan melayu yg selama ini dipelopori UMNO juga kenalah dilucutkan juga. Ingat tak semasa Rasulullah menegakkan kerajaan Islam pertama di Madinah. Baginda telah memperkenalkan undang2 Islam iaitu Piagam Madinah. Pernah dgr ketuanan Arab atau hak2 istimewa org Arab?

    Ok. Katakanlah UG ni terbentuk? Ada bbrp persoalan yg nak ditanya:
    Mcm mana nnt kedudukan pemimpin2 UMNO dlm UG yg terdiri drpd mereka yg rasuah (Jgn marah. Pemimpin anda sendiri mengatakan rasuah begitu parah dlm UMNO). Adakah mereka akan menganggotai kepimpinan UG? Yg mana rasuah, raba bontot pelayan, rasis, bunuh, C4, entot entot, rembat duit rakyat dll, adakah mereka ini akan dihukum? Ini bukanlah hendak mengungkit cerita zaman pak kadok ataupun zaman pak pandir. Ini penting utk perception org ramai terutamanya non muslim sbbnya UG ini tadi dah dibentuk atas nama Islam. Apa perception mereka kalu pakatan UG yg dibentuk atas nama Islam tadi ni terdiri dr geng2 rasuah dsbgnya. So, Islam yg macammana nnt yg UG nak praktikkan? Kalu islam plastik macam UMNO bawak skrg ni baik tak payah.

    Mmg benar Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu kalu nak buat undang2 Islam. Nak buat mcm mana. Dia kapir. Buta islam. Hati dia gelap. Allah belum bagi dia cahaya utk nampak kebaikan islam. BELUM BAGI! Kalu Allah nak bagi boleh tak? Tiba2 je satu hari nnt dia dpt terima! Mustahil? Tak. Ingat tak sejarah Islam kerajaan Islam di Baghdad (Abbassiyah tak silap) yg telah di musnahkan oleh tentera kapir Monggol? Bukankah Allah telah menggantikan kerajaan tersebut dgn kerajaan islam yg baru di mana arg Monggol tadi memeluk islam. Tak mustahil. Mustahil hanya utk org yg ingat bahawa Islam tu hanya utk org Melayu.

    So, apa nak buat dgn org2 yg mcm Karpal ni? Tak lain tak bukan adalah dgn dakwah melalui perbuatan. Mustahil? Tak. Dlm akhbar Harakah keluaran bila tah, dlm sebulan atau 2 bln lepas (maaf.. maid aku dah simpan letak mana tah), ada dikeluarkan satu artikel dimana beberapa org cina telah memeluk Islam setelah didampingi oleh petugas2 dan ahli2 pas (di Johor tak silap saya) selama bbrp tahun. Mengikut apa yg ditulis dakwah mereka senang saja. Beri pertolongan bila org cina tu susah, sembang2 ilmiah dan mcm2 lagi perbuatan2 yg nampak light tapi begitu memberi kesan. Bukannya ambik tindakan drastik spt - "Wooiiit, berhenti minum arak, makan babi, nnt Alah marah!". (Kalau perlu digantikan pemimpin Pas pusat, saya cadangkan mereka dr pas bahagian ini dipertimbangkan utk pegang jawatan).

    So, nak UG ke tak. Bagi saya tak payahlah. UG ni retorik semata mata. Kenapa nak berUG baru dpt tegakkan Islam? Dah la UMNO. Soalan dah bocor. Dah 50 thn lebih dah dia bocor. Kalu btul nak Islam mari masuk Pas.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008