Sedap!! Klik gambar di atas!

Generasi muda Bagan Pinang mesti pertahankan maruah

Di Bagan Pinang, sebahagian besar pengundinya terdiri dari anak-anak Bagan Pinang di perantauan. Kebanyakannya tinggal di Lembah Kelang di mana tercetusnya kebangkitan rakyat menentang kekuasaan Umno yang disebut sebagai parti perasuah. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi kepada soal integriti dan harga diri.
Saya tidak percaya mereka sanggup gadaikan maruah dengan memilih orang yang pernah dihukum kerana politik wang. Politik wang adalah rasuah. Pemimpin yang mengamalkan politik wang bukan pemimpin yang bersih.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad kata lagi, undilah pemimpin yang bersih.
Semalam juga, dalam ceramahnya di Bagan Pinang, Haji Mahfuz Omar mengibaratkan pemilihan wakil rakyat seperti memilih menantu. "Adakah nak pilih pencuri dan penyamun jadi menantu? Adakah nak pilih yang pernah dihukum kerana bersalah jadi menantu?" tanya beliau.
Genarasi muda Bagan Pinang, pertahankanlah maruah anda dan janganlah pilih pemimpin yang tidak bersih! (Komen-komen saya tak dapat nak update lagi. Di Bagan Pinang ni, line internet yang saya pakai ntah apa-apa. Siput lagi laju!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Jangan mengatakan orang rasuah, yang terang - terang Murdasatul PAS makan duit rasuah balak tu boleh pulak.

  2. salam pak bakaq..undi la isa samad..pasal dia dah berjanji nak berubah.. nak jadi lebih baik dari dulu..dulu dia makan 5%..lepas ni mungkin lebih sikit..

  3. salam...saya kecewa dgn pas...cakap parti islam....tp dari segi pengisisan kosong dari islam.....rayu saya jgn sokong pas....(anak muda)

  4. Komen aku dalam budak kena pukul ngan parang tu tak lepas kaa ??? hahaha dasar PAS munafik kaki fitnah , sama macam kau penarik munafik kaki fitnah . Dah takde bukti dan dah kantoi fitnah kau nak lari yee wahai PAS ...

    Generasi muda bagan pinang dah tau fitnah PAS yg munafik tak payah kau nak kelentong lagi !!! Orang PAS ni dah takde maruah agama dah jual nanti tak lama lagi akan jual keluarga mereka pada DAP pulak !!!

    ehhhh haritu Nik Ajis sudah tukar Politik Wang jadi sedekah untuk menghalalkan kaki rasuah PAS mengambil rasuah masa pemilihan aritu , malah sekor pemimpin PAS pun sudah tukar Politik Wang dengan nama hadiah . Dasar pemutar belit agama korang ni !!!

  5. mesti pertahankan maruah...!! Pastikan Bagan Pinang ni milik PAS..TAKBIR!!

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

  6. Foto yang pertama sungguh mencurigakan kerana :-

    1. 2 kesan hirisan di baju tidak memberikan sebarang kesan luka kepada badan si 'mangsa'.

    2. Penulis tidak percaya dengan tompok-tompok darah di kedua-dua kesan koyak tersebut kerana tompok-tompok darah itu tidak memenuhi kedua-dua kesan koyak itu.

    3. Logikkah tompok darah tanpa luka di badan si mangsa?

    Sebagai seorang doktor, penulis membuat kesimpulan bahawa 2 kesan koyak dan 2 tompok darah di belakang si 'mangsa' itu tidak bersangkut paut atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.

    Jika merujuk kepada foto kedua, kita akan lihat 2 set luka dan pengaliran darah ke bawah muka kerana graviti.

    1. Set luka yang pertama ialah kening kiri si 'mangsa' dan satu lagi ialah di frontal head beliau.

    2. Yang menghairankan penulis ialah si 'mangsa' ini turut mempunyai 2 set darah yang berlainan warna darah!

    3. Darah yang mengalir daripada kening kiri beliau berwarna merah gelap.

    4. Manakala darah yang mengalir daripada frontal head beliau berwarna merah terang.

    5. Tidak ada di dalam dunia ini seorang manusia mempunyai 2 set warna darah yang berlainan kecuali jika darah tersebut dari salur arteri atau pun salur vein!

    6. Tetapi jika merujuk kepada foto tersebut, luka di frontal head tersebut tidak mungkin hanya melukakan salur arteri sahaja.

    7. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pancaran cahaya dek flash kamera yang menyebabkan warna darah tersebut berlainan tetapi jika kita perhatikan dengan teliti, perbezaan warna darah bukan kerana cahaya flash kamera tetapi bergantung kepada set-set luka tersebut iaitu sama ada dari kening atau frontal head.

    Penulis menyimpulkan bahawa foto no. 2 juga amat mencurigakan dan mungkin mempunyai unsur-unsur pembohongan.

    Mungkin si 'mangsa' itu telah mendapatkan rawatan tetapi seperti kes seperti 'mangsa tetak' akan melibatkan kes polis, maka si 'mangsa' sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

    Kita tentu ingat kes liwat Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi tetapi dirujuk ke Hospital kerajaan kerana kes tersebut akan melibatkan kes polis.

    Tetapi yang menambah kecurigaan penulis ialah si 'mangsa' tersebut tidak membuat laporan polis tetapi mensensasikan luka-luka beliau kepada media pro-PAS.

    Penulis mensyorkan kepada si 'mangsa' supaya berani menampilkan diri agar 'luka-luka' beliau diteliti dan diberikan rawatan.

    Apa pun, di sini penulis menawarkan diri untuk merawat luka-luka si 'mangsa' ! Lagi pun penulis sedang berada di Bagan Pinang sekarang sehingga 11 hb ini.

    Dan jika si 'mangsa' berbohong dan cuba mencederakan diri sendiri agar tampak real, jangan takut kerana kita akan tahu usia luka tersebut!

  7. Esok pengundi Bagan Pinang akan menentukan sama ada mereka mahukan calun yang tercemar atau calun yang bersih. Selain dari fakta parti,fakta calun wajar diambil kira olih pengundi.Takkanlah nak pilih calun yang berkepalakan khinzir sebagai mana yang terdapat dalam legenda orang Cina.Fikirlah masak-masak.Kalau dah ambil kain pelekat,atau beras seguni-dua atau pun wang tunai RM200- RM300 tak mengapa itu rezeki namanya tapi jangan pangkah calun yang terang-terang dah tercemar.Pengundi Bagan Pinang mesti ikut langkah pengundi-pengundi pada PRK yang lalu seperti diKuala Trengganu,Manik Urai,Bukit Gantang dan Pematang Pasir.Selamat mengundi.

  8. generasi muda tolak UBN

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008