
Orang kata, jangan layan Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Tetapi, awat tak tau, saya syok melayan karenah si comel ini.
Masa minum pagi tadi, ketika bersembang dengan kawan-kawan, kami bercerita dengan penuh asyik tentang dakwaan Abdul Azeez bahawa beliau ditumbuk oleh sembilan orang penyokong PAS (sila lihat versi ceriteranya dalam video di bawah).
"Silap skrip tu. Sepatutnya, kalau betul ada concussion, tak boleh tangguh-tangguh doh. Rebah selalu," kata kawan saya yang berkerja sebagai doktor. Kalau sembilan orang tumbuk, katanya, besatr kemungkinan ada fracture. "Kene pakai selalu neck collar tu. Dok dang doh nok gi sane-sini. Jumpe press pung dok dang doh. Kene gi hospital selalu," lebih kurang begitulah dia kata. Maknyanya, kena pakai terus pembalut tengkuk tu.
"Aku bukan apa. Aku kesian kat dia. Yang polis pulak pi kata tak dak saksi," kata saya.
"Ape susahnya, (Abdul Azeez) suruh le polis polis jadi saksi. Tau le polis membuatnye," kata seorang lagi kawan saya, Yeop tauke bengkel.
Balik rumah barulah saya tau, polis rupa-rupanya sudah mengenal pasti individu yang menyerang dan memukul Abdul Azeez.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media (lihat berita di bawah).
Betul kata Yeop: "Tau le polis membuatnye".
Abdul Azeez pula mengajak Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersumpah dengan menjunjung al-Quran di masjid di Bagan Pinang untuk membuktikan dakwaan beliau berbohong dipukul penyokong PAS.
Junjung Quran ni ramai ulama yang kata tak ada dalam ajaran Islam. Tapi, kalau akulah yang diajak bersumpah, aku akan pergi ke Masjid Bagan Pinang dan bersumpah dengan kalimah qasam (WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi) untuk membuktikan bahawa Abdul Azeez berbohong ketika mendakwa dipukul penyokong PAS.
Saya takut teramat takut kepada azab Allah s.w.t. kalau saya bersumpah palsu atau bersumpah menuduh yang benar itu sebagai pembohongan. Tetapi, bila dicabar untuk membuktikan pembohongan dan kita pula yakin sepenuhnya ia satu pembohongan, saya pasti akan memohon izin kepada Allah Yang Maha Menyaksikan untuk bersumpah dengan kalimah qasam yang diajar oleh Islam bahawa dakwaan itu berunsur bohong.
This is not personal, Datuk Abdul Azeez. Tetapi hanya untuk membuktikan kebenaran (Gambar di atas ihsan Utusan Malaysia).
Berkaitan:
Azeez dimasukkan ke wad HKL (Utusan Malaysia 5/10/09)
PAS dakwa insiden satu pembohongan (Utusan Malaysia 5/10/09)
Abdul Azeez kini terlantar di HKL
Sinar Harian (5/10/09): Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kesal dengan budaya samseng yang dibawa oleh Pas dan rasa hormatnya selama ini kepada parti pembangkang itu telah pudar.
Abdul Azeez berkata, beliau telah mengharungi 11 pilihan raya kecil dan beliau tidak pernah mempunyai sejarah bergaduh dengan para penyokong Pas.
“Sejak kebelakangan ini sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling, saya cukup mendekati puak-puak Pas.
“Bukan saya nak ungkit tetapi dalam bulan puasa yang lalu saya bantu 2,000 keluarga dan 200 daripadanya terdiri daripada keluarga penyokong Pas.
“Inikah balasan penyokong Pas kepada saya sedangkan saya tidak pernah bergaduh malah akrab dengan pemimpin mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin, setelah kecederaan di bahagian leher yang dialaminya selepas ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu lalu semakin serius.
Beliau berkata, kesan daripada serangan itu, bahagian lehernya membengkak dan beliau turut berasa pening serta loya dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat.
Katanya, tekanan darahnya meningkat dan beliau harus menjalani pemeriksaan x-ray sekali lagi serta mempunyai beberapa prosedur lain yang harus dilalui.
Abdul Azeez berkata, laporan polis sudah dibuat dan beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil olehnya berhubung insiden itu.
Insiden Bagan Pinang jejas imej Islam: Nik Aziz
Sinar Harian (5/10/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejadian serangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mencemarkan imej Islam.
Beliau berkata, kejadian itu bukan politik dan ia dilakukan oleh mereka yang tidak berpandangan jauh.
“Saya nasihatkan supaya mereka berbaik semula, lebih-lebih lagi kalau bertumbuk sesama Melayu, makin lagi mencemarkan imej Islam dan orang Melayu. Saya harap mereka yang melakukannya dapat meminta maaf.
“Kalau boleh jangan lanjutkan (teruskan) bukan sahaja masa mengundi, tetapi sampai bila-bila. Itu bukan kita berpolitik dan ia bukan cara Islam pun,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Pantai di Pantai Irama, kelmarin.
“Sebagai pemimpin Pas saya minta mereka berdamai. Minta maaf dan jangan teruskan lagi. Kita kena guna akal fikiran sebab akal fikiran ini tak menentu. Kita hala tujukan (pemikiran) ke arah Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden yang berlaku ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diserang sekumpulan lelaki ketika berjalan ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kedua-dua pemimpin itu berjalan bersama beberapa ahli UMNO lain apabila kenderaan yang membawa mereka tidak boleh melalui Jalan Pantai berikutan kesesakan lalu lintas.
Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ismail Sabri terpaksa mengharungi ribuan penyokong parti lawan yang kemudian mengejek dan mencerca.
Ramai kalangan penyokong lawan melambaikan duit RM1 di hadapan Abdul Azeez dan Ismail Sabri sambil melaungkan perkataan ‘rasuah’.
Ismail Sabri berkata, beliau sempat dilindungi pegawai pengiringnya, namun baju Ketua Penerangan UMNO Bera, Mohd Jidi Yaakob turut terkoyak kerana asakan penyokong lawan.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, ketika melalui kawasan mereka yang berpakaian Pas, beliau diserang penyokong parti lawan dan berikutan itu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui panggilan telefon sahaja.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, cuma mendapat panggilan telefon, dapat makluman melalui telefon dan diberitahu berlaku ‘gocoh’ (bertumbuk). Ini tidak politik. Ini orang panggil peribadi yang tidak politik,” katanya.
Insiden pukul: Pas dakwa Azeez bohong
Sinar Harian (5/10/09): Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salahuddin Ayub menegaskan dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azeez Rahim yang lebam dipukul Pemuda Pas sebagai satu pembohongan.
Menurutnya, pada hari Penamaan Calon kelmarin, Azeez telah berjumpa dengan beliau dan menunjukkan kesan lebam terbabit tetapi apa yang dilihat tiada langsung kesan lebam malah bajunya turut masih kemas dan bersih.
“Saya pelik bagaimana dakwaan yang dibuat Azeez yang mengatakan beliau dipukul oleh sembilan orang pemuda Pas tetapi datang kepada saya dengan senyuman dan baju yang masih kemas.
“Oleh itu, saya berpendapat beliau telah berbohong kepada media dan rakyat Bagan Pinang di mana beliau telah mencari satu publisiti murahan,” katanya pada sidang media di Markas Tarbiah Pas di sini, semalam.
Ditanya sama ada Pas akan membuat laporan polis bahawa Azeez telah berbohong, Salahuddin menjawab Pas tidak akan melayan kerenah sebegitu dan biarlah rakyat yang membuat pertimbangan sewajarnya.
“Biarlah dia, memang perkara sebegini biasanya berlaku pada pilihan raya kecil seperti ini,” katanya.
Selain itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menjelaskan Pas akan membuat pendedahan secara harian mengenai salah laku dan janji-janji yang telah dibuat oleh calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Saya akan bongkar lebih banyak pendedahan esok (hari ini) dan hari-hari yang akan datang tentang ‘projek-projek terbengkalai’ dan salah laku beliau.
“Perkara ini yang paling dibimbangkan dan ditakuti oleh BN kerana mereka tidak mahu rakyat tahu mengenainya,” katanya.
Dicabar junjung kitab al-Quran
Berita Harian (5/10/09): Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mencabar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersumpah dengan menjunjung al-Quran di masjid di Bagan Pinang untuk membuktikan dakwaan beliau berbohong dipukul penyokong Pas.
Beliau tidak menyangka Salahuddin akan menafikan kejadian itu, kerana dia menunjukkan kesan muka dan lehernya yang bengkak kepada Salahuddin sejurus selepas kejadian itu.
“Selepas kejadian (serangan) itu, saya tunjukkan kesan lebam dan meminta pemimpin Pas menasihatkan penyokongnya supaya tidak bertindak di luar batasan.
“Saya dengan Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) cabar dia jangan cakap bohong. Sebelum saya jumpa pemimpin kanan Umno (selepas kejadian itu) saya dan Ismail Sabri jumpa dia dulu, tunjuk muka saya yang bengkak dan minta tolong dia nasihat penyokongnya, dia kata ye... ye,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Polis kesan individu pukul Azeez
Berita Harian (5/10/09): Polis sudah mengenal pasti individu yang menyerang dan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang menjejaki individu terbabit dan akan mengambil tindakan setimpal supaya perbuatan lebih ganas tidak berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu.
"Polis sudah mendapat gambar selain rakaman yang dibuat berhubung insiden itu dan saya gembira kerana orang ramai termasuk media bekerjasama menyerahkan rakaman itu.
"Media pastinya sedia tampil membantu kerana sebelum ini, kejadian seperti itu pernah berlaku kepada media dan juga anggota polis. Ketika pilihan raya kecil di Permatang Pasir, media turut memberi kerjasama menyerahkan rakaman insiden seorang pemimpin pembangkang (N Gobalakrishnan) mengasari anggota polis, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Umno Bahagian Sembrong, di Dewan Felda Ulu Penggeli, di sini, lewat petang semalam.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, tindakan ganas itu tidak sewajarnya berlaku terhadap Abdul Azeez dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia bercanggah dengan prinsip parti yang memperjuangkan agama.
Katanya, walaupun belum membuat sebarang tangkapan, polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang cuba mencetuskan kekecohan pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Saya menekankan kepada polis, supaya perkara seperti ini jangan dibenarkan menular dan tindakan harus diambil secepat mungkin supaya mereka yang tidak berdosa teraniaya dan kita tidak mahu ia berterusan.
"Polis akan memperketatkan lagi penguatkuasaan supaya orang ramai dapat keluar menunaikan hak mereka dengan tenteram," katanya.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menambah jumlah anggota untuk mengawal keadaan di Bagan Pinang dan jika anggota kontinjen Negeri Sembilan tidak mencukupi, pihaknya akan memanggil anggota dari kontinjen lain untuk membantu.
Masa minum pagi tadi, ketika bersembang dengan kawan-kawan, kami bercerita dengan penuh asyik tentang dakwaan Abdul Azeez bahawa beliau ditumbuk oleh sembilan orang penyokong PAS (sila lihat versi ceriteranya dalam video di bawah).
"Silap skrip tu. Sepatutnya, kalau betul ada concussion, tak boleh tangguh-tangguh doh. Rebah selalu," kata kawan saya yang berkerja sebagai doktor. Kalau sembilan orang tumbuk, katanya, besatr kemungkinan ada fracture. "Kene pakai selalu neck collar tu. Dok dang doh nok gi sane-sini. Jumpe press pung dok dang doh. Kene gi hospital selalu," lebih kurang begitulah dia kata. Maknyanya, kena pakai terus pembalut tengkuk tu.
"Aku bukan apa. Aku kesian kat dia. Yang polis pulak pi kata tak dak saksi," kata saya.
"Ape susahnya, (Abdul Azeez) suruh le polis polis jadi saksi. Tau le polis membuatnye," kata seorang lagi kawan saya, Yeop tauke bengkel.
Balik rumah barulah saya tau, polis rupa-rupanya sudah mengenal pasti individu yang menyerang dan memukul Abdul Azeez.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media (lihat berita di bawah).
Betul kata Yeop: "Tau le polis membuatnye".
Abdul Azeez pula mengajak Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersumpah dengan menjunjung al-Quran di masjid di Bagan Pinang untuk membuktikan dakwaan beliau berbohong dipukul penyokong PAS.
Junjung Quran ni ramai ulama yang kata tak ada dalam ajaran Islam. Tapi, kalau akulah yang diajak bersumpah, aku akan pergi ke Masjid Bagan Pinang dan bersumpah dengan kalimah qasam (WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi) untuk membuktikan bahawa Abdul Azeez berbohong ketika mendakwa dipukul penyokong PAS.
Saya takut teramat takut kepada azab Allah s.w.t. kalau saya bersumpah palsu atau bersumpah menuduh yang benar itu sebagai pembohongan. Tetapi, bila dicabar untuk membuktikan pembohongan dan kita pula yakin sepenuhnya ia satu pembohongan, saya pasti akan memohon izin kepada Allah Yang Maha Menyaksikan untuk bersumpah dengan kalimah qasam yang diajar oleh Islam bahawa dakwaan itu berunsur bohong.
This is not personal, Datuk Abdul Azeez. Tetapi hanya untuk membuktikan kebenaran (Gambar di atas ihsan Utusan Malaysia).
Berkaitan:
Azeez dimasukkan ke wad HKL (Utusan Malaysia 5/10/09)
PAS dakwa insiden satu pembohongan (Utusan Malaysia 5/10/09)
Abdul Azeez kini terlantar di HKL
Sinar Harian (5/10/09): Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kesal dengan budaya samseng yang dibawa oleh Pas dan rasa hormatnya selama ini kepada parti pembangkang itu telah pudar.Abdul Azeez berkata, beliau telah mengharungi 11 pilihan raya kecil dan beliau tidak pernah mempunyai sejarah bergaduh dengan para penyokong Pas.
“Sejak kebelakangan ini sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling, saya cukup mendekati puak-puak Pas.
“Bukan saya nak ungkit tetapi dalam bulan puasa yang lalu saya bantu 2,000 keluarga dan 200 daripadanya terdiri daripada keluarga penyokong Pas.
“Inikah balasan penyokong Pas kepada saya sedangkan saya tidak pernah bergaduh malah akrab dengan pemimpin mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin, setelah kecederaan di bahagian leher yang dialaminya selepas ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu lalu semakin serius.
Beliau berkata, kesan daripada serangan itu, bahagian lehernya membengkak dan beliau turut berasa pening serta loya dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat.
Katanya, tekanan darahnya meningkat dan beliau harus menjalani pemeriksaan x-ray sekali lagi serta mempunyai beberapa prosedur lain yang harus dilalui.
Abdul Azeez berkata, laporan polis sudah dibuat dan beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil olehnya berhubung insiden itu.
Insiden Bagan Pinang jejas imej Islam: Nik Aziz
Sinar Harian (5/10/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejadian serangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mencemarkan imej Islam.
Beliau berkata, kejadian itu bukan politik dan ia dilakukan oleh mereka yang tidak berpandangan jauh.
“Saya nasihatkan supaya mereka berbaik semula, lebih-lebih lagi kalau bertumbuk sesama Melayu, makin lagi mencemarkan imej Islam dan orang Melayu. Saya harap mereka yang melakukannya dapat meminta maaf.
“Kalau boleh jangan lanjutkan (teruskan) bukan sahaja masa mengundi, tetapi sampai bila-bila. Itu bukan kita berpolitik dan ia bukan cara Islam pun,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Pantai di Pantai Irama, kelmarin.
“Sebagai pemimpin Pas saya minta mereka berdamai. Minta maaf dan jangan teruskan lagi. Kita kena guna akal fikiran sebab akal fikiran ini tak menentu. Kita hala tujukan (pemikiran) ke arah Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden yang berlaku ke atas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diserang sekumpulan lelaki ketika berjalan ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kedua-dua pemimpin itu berjalan bersama beberapa ahli UMNO lain apabila kenderaan yang membawa mereka tidak boleh melalui Jalan Pantai berikutan kesesakan lalu lintas.
Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ismail Sabri terpaksa mengharungi ribuan penyokong parti lawan yang kemudian mengejek dan mencerca.
Ramai kalangan penyokong lawan melambaikan duit RM1 di hadapan Abdul Azeez dan Ismail Sabri sambil melaungkan perkataan ‘rasuah’.
Ismail Sabri berkata, beliau sempat dilindungi pegawai pengiringnya, namun baju Ketua Penerangan UMNO Bera, Mohd Jidi Yaakob turut terkoyak kerana asakan penyokong lawan.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, ketika melalui kawasan mereka yang berpakaian Pas, beliau diserang penyokong parti lawan dan berikutan itu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui panggilan telefon sahaja.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, cuma mendapat panggilan telefon, dapat makluman melalui telefon dan diberitahu berlaku ‘gocoh’ (bertumbuk). Ini tidak politik. Ini orang panggil peribadi yang tidak politik,” katanya.
Insiden pukul: Pas dakwa Azeez bohong
Sinar Harian (5/10/09): Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salahuddin Ayub menegaskan dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Azeez Rahim yang lebam dipukul Pemuda Pas sebagai satu pembohongan.Menurutnya, pada hari Penamaan Calon kelmarin, Azeez telah berjumpa dengan beliau dan menunjukkan kesan lebam terbabit tetapi apa yang dilihat tiada langsung kesan lebam malah bajunya turut masih kemas dan bersih.
“Saya pelik bagaimana dakwaan yang dibuat Azeez yang mengatakan beliau dipukul oleh sembilan orang pemuda Pas tetapi datang kepada saya dengan senyuman dan baju yang masih kemas.
“Oleh itu, saya berpendapat beliau telah berbohong kepada media dan rakyat Bagan Pinang di mana beliau telah mencari satu publisiti murahan,” katanya pada sidang media di Markas Tarbiah Pas di sini, semalam.
Ditanya sama ada Pas akan membuat laporan polis bahawa Azeez telah berbohong, Salahuddin menjawab Pas tidak akan melayan kerenah sebegitu dan biarlah rakyat yang membuat pertimbangan sewajarnya.
“Biarlah dia, memang perkara sebegini biasanya berlaku pada pilihan raya kecil seperti ini,” katanya.
Selain itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menjelaskan Pas akan membuat pendedahan secara harian mengenai salah laku dan janji-janji yang telah dibuat oleh calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad ketika beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Saya akan bongkar lebih banyak pendedahan esok (hari ini) dan hari-hari yang akan datang tentang ‘projek-projek terbengkalai’ dan salah laku beliau.
“Perkara ini yang paling dibimbangkan dan ditakuti oleh BN kerana mereka tidak mahu rakyat tahu mengenainya,” katanya.
Dicabar junjung kitab al-Quran
Berita Harian (5/10/09): Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mencabar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bersumpah dengan menjunjung al-Quran di masjid di Bagan Pinang untuk membuktikan dakwaan beliau berbohong dipukul penyokong Pas.
Beliau tidak menyangka Salahuddin akan menafikan kejadian itu, kerana dia menunjukkan kesan muka dan lehernya yang bengkak kepada Salahuddin sejurus selepas kejadian itu.
“Selepas kejadian (serangan) itu, saya tunjukkan kesan lebam dan meminta pemimpin Pas menasihatkan penyokongnya supaya tidak bertindak di luar batasan.
“Saya dengan Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) cabar dia jangan cakap bohong. Sebelum saya jumpa pemimpin kanan Umno (selepas kejadian itu) saya dan Ismail Sabri jumpa dia dulu, tunjuk muka saya yang bengkak dan minta tolong dia nasihat penyokongnya, dia kata ye... ye,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Polis kesan individu pukul Azeez
Berita Harian (5/10/09): Polis sudah mengenal pasti individu yang menyerang dan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang menjejaki individu terbabit dan akan mengambil tindakan setimpal supaya perbuatan lebih ganas tidak berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil itu.
"Polis sudah mendapat gambar selain rakaman yang dibuat berhubung insiden itu dan saya gembira kerana orang ramai termasuk media bekerjasama menyerahkan rakaman itu.
"Media pastinya sedia tampil membantu kerana sebelum ini, kejadian seperti itu pernah berlaku kepada media dan juga anggota polis. Ketika pilihan raya kecil di Permatang Pasir, media turut memberi kerjasama menyerahkan rakaman insiden seorang pemimpin pembangkang (N Gobalakrishnan) mengasari anggota polis, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Umno Bahagian Sembrong, di Dewan Felda Ulu Penggeli, di sini, lewat petang semalam.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, tindakan ganas itu tidak sewajarnya berlaku terhadap Abdul Azeez dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia bercanggah dengan prinsip parti yang memperjuangkan agama.
Katanya, walaupun belum membuat sebarang tangkapan, polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang cuba mencetuskan kekecohan pada pilihan raya kecil itu nanti.
"Saya menekankan kepada polis, supaya perkara seperti ini jangan dibenarkan menular dan tindakan harus diambil secepat mungkin supaya mereka yang tidak berdosa teraniaya dan kita tidak mahu ia berterusan.
"Polis akan memperketatkan lagi penguatkuasaan supaya orang ramai dapat keluar menunaikan hak mereka dengan tenteram," katanya.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menambah jumlah anggota untuk mengawal keadaan di Bagan Pinang dan jika anggota kontinjen Negeri Sembilan tidak mencukupi, pihaknya akan memanggil anggota dari kontinjen lain untuk membantu.










Cantik? Klik 






Tolong la jangan layan isu buatan budak naik petai d baling tu(meminjam kata2 ustaz azizan).Isu kotoq umno and Isa kdarah duit haram tak kan nak tengelam dengan isu bodo ni.Ini lah umno tak kan berubah untuk memperbodohkan rakyat jelata dengan isu2 bagi menutup pembohongan penipuan salahguna kuasa dan segala yang jahat2. Tunjukan kepada kami sorang ja pemimpin umno yang baik sikit...sila kan: Badwi Pas
sila layari.....http://baganutama.blogspot.com/2009/10/memang-benar-ketua-putera-umno-dipukul.html
podah! sampai sekrang pun anwar tak bersumpah lagi? sampai kena sumpah jadi sumpah-sumpah. lol
Kalau saya Zulkefly, saya tarik diri dari lawan Isa Samad!
btui 2 din
ni kalo x sumpah bleh masuk neraka jahanam ni
hahahahahaha
pakai neck collar kalau kita suspect ada neck fracture...tp dah buat x-ray..fracture pun takder,wat aper pakai lagi...saja2 nak mintak belas kasihan la tu..rakyat malaysia bukannya bodo...
"Bang, bang, bang abang tau tak rasuah tu haram????," kenapa orng tanya hang tang tu hang tak jawab.
Kesian, hang tak ada bodigad nak peluk hang.. beruntung dato ismail dari pati sahberi rasuah ada bodigad.... Kata hang lagi "hei budaya ni memang tak bagus lah, cara ni tak kena lah.. tak betui" Tapi cara hang membuat lakonan ni pun tak baguih jugak, tak kena laahh...."saya pasti sembilan orang pukui saya", nasib baik hang ni jenis kebal no. Kugan kena pukul terus mati, hang 9 org pukul, masih boleh melawak lagi... mungkin depa pukui cara taichi kot?
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Memang betul Azeez bukannya di tumbuk penyokong Pas , tapi empunya bloger tolong periksa betul gambar2 kat blog ustaz idris ahmad , cara penyokong Pas tuip himbus angin ( santau angin tu ) yang keluar dari mulut dan chalitan minyak dagu di calit oleh penyokong Pas seperti gambar yang tuan tonjolkan . Cara Penyokong Pas mainan batin lain dari pada yang lain . Saya rasa Azeez kena santau dan minyak dagu kot .Penyokong Pas dah mula main permainan batin . Suruh Tuan Guru Nik Aziz sholat hajat untuk confirm kes santau ni. Hj jamaludin
salam pak bakaq..kalau xdapat simpati gak lagi memang la rakyat malaysia ni tak prihatin langsung..esok lu orang tengok dia bungkus semua badan dia pastu panggil reporter interview pulak....gua kesian betul tengok dia ni..bukan pasal kene tumbuk..
tapi pasal lakonan yang teruk..sepatutnya hari yang kene tumbuk tu terus la masuk hospital..
auta keling
Port Dickson-Nst-05/10/2009 :- Gerakan President Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yesterday related his scary moments near the Bagan Pinang by-elections nomnation centre on Saturday when opposition members turned unruly.
Betullah..patutnya tang tu jugak dia rebah ke bumi dan diusung ke spital! Tengok Kugan, sorang jer polis pukul terus goal!
Ni siap berjalan lagi pergi mengadu ke Salahuddin Ayub, pas tu senyum simpul ke balai polis buat repot! Esoknya masuk spital!
Aku rasa malam ni admit ke ICU plak...cepat baca yaasin.....aku rasa dia dah nak gol nih!
berita TV malam tu elok saja,lepas tidur jatuh bantal kot???
orang bohong kalau sumpah pun sumpah bohong juga!!!
boleh caya ke?gambar pun nampak seorang penyokong PAS aja tapi dia abak sampai 9 orang yg belasah dia.masih boleh kira berapa orang yg belasah dia,berapa kali di belasah???hairanlah.......mungkin nampak roh mendiang teoh beng hock kot pasai gambar dari kamera pun tak nampak 9 penyokong PAS......