Seorang kawan secara bergurau mengutuk pemuda-pemuda India yang datang dengan bas-bas dari Kedah. "Apa la, kasi sorang RM10 pun sampai berapa biji bas hampa datang!"
Lancang sungguh mulut kawan saya itu.
"RM10 sori la!" jawab salah seorang dari mereka yang memakai baju Kelab Penyokong Barisan Nasional itu.
"Habis, berapa you dapat?"
"Biasa la, bang. RM50. Kalau RM10, sapa nak mai," kata pemuda India itu yang fasih bercakap Melayu loghat utara.
Saya harap, RM50 itu betul-betul duit gaji mereka. Kalau RM50 tu termasuk duit nak beli makanan dan nak makan angin kat Port Dickson, memang tak patut.
Jangan sampai begitu sekali menghina pemuda-pemuda India itu. Depa pun orang jugak. Jangan hampa letak taraf depa dengan nilai RM50 ja.
Semua orang tau, tujuan mereka diangkut ialah untuk menampilkan impression kununnya Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan padu masyarakat India.
Tetapi, saya fikir rakyat lebih percaya kepada kata-kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang menegaskan bahawa orang-orang India meluat kepada BN (Gambar di atas copy and paste dengan terima kasih dari blog Haris Ibrahim).
Berkaitan:
Pilihanraya Kecil N 31 Bagan Pinang: Suasana hari Penamaan Calon …… (Waejo 4/10/09)

Cantik? Klik 

apala perabis duit dengan nok tunjuk-tunjuk kononnya BN masihukuh dan kuat.Terima sajala yang tak dak lagi masa rakyat nak diperkotak katik dengan bagi duit suruh sokong. Buatla macam PR depa yang mai tu bakannya dapat duit perabih duit poketlagi ada. Harya baru tau Penang mari.
bakaq, kalo hang rasa terror, hang jawab balik kepada semua benda yang aku paste kat bawah ni. Ni kata-kata pemimpin PAS, Nik Aziz. Aku harap hang balas.
1. Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.
2. Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.
3. Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.
4. Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.
5. Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.
6. Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.
7. Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?
8. Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.
9. PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa.
10. Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.
11. Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.
12. PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.
13. Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.
14. Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang.
15. Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.
16. Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan).
17. Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.
18. Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS.
19. Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.
20. DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam.
sebenarnya kalau faham apa maksud kata TGNA tak payah jawab, belajarlah agama dengan guru yang mursyid, baru tak disesatkan syaitan
Bahagian 1 (nak buboh semua dia tak nak terima. Pelik juga ruang komen blogspot ni)
Anon 2
Jadi satu kerja pulak aku nak layan hang. Buang masa aku ja. Kalau aku jawab pun, hang dok Umno situ la. No amount of truth can convince you.
Aku ni, orang tak suka, meluat dan tak nak sokong PAS (atau parti pembangkang lain), aku tak peduli. Tapi, jangan sokong Umno.
Tak pa la, untuk manfaat orang lain, aku jawab.
Sebelum aku jawab hang punya tak dak kerja tu, aku nak tanya hang ni sapa? Org Umno bukannya nak kena tangkap tulis apa pun. Aku yg pembangkang pun sanggup guna nama, apa hal hang nak berselindung di sebalik perkataan anonymous?
Makan rasuah pun tak kena tangkap, takkan tanya dlm blog ni boleh kena tangkap. Guna nama sendiri la.
Yang kedua, aku bukan terror dan aku tak pernah rasa aku terror.
Aku jawab tanpa 'asabiyyah, insya Allah. Antara pengetian 'asabiyyah ialah, kalau orang kita yang kata atau buat perkara tak betul, kita mesti pertahankan walaupun tak betul sebab dia orang kita. Mesti sokong walaupun tak betul sebab dia orang kita. Tu antara makna 'asabiyyah.
Maknanya, kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz cakap, aku mesti sokong walaupun tak betul. Itu 'asabiyyah. Sori la, 'asabiyyah tak main.
Bercakap fasal 'asabiyyah, nak tanya sikit, kenapa gila-gila sembunyikan fakta sebenar kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu? Sebab geng sendiri yang buat? Kenapa gila-gila sokong orang yang rasuah? Sebab geng sendiri?
Ni aku jawab:
1. Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.
Itu syarat DAP. Fasal 5 Perlembagaan PAS masih sama iaitu:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
2. Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.
Bukan saja DAP, hang pun boleh baca Perlembagaan PAS. Sila layari http://perlembagaan-pas.blogspot.com/
3. Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.
Saya tak setuju kenyataan di atas. Tak kiralah kalau Tok Guru Nik Aziz sendiri yang cakap maca tu sekalipun. Tetapi, takkan sampai saya tak nak sokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS kerana kenyataan di atas. Saya sendiri pun dah tulis banyak kali menentang kenyataan di atas.
Satu lagi, kalau PAS kotor sangat kerana kenyataan itu, takkan saya nak sokong dan terjun ke dalam yang lebih kotor pulak. Na'uzubiLlah!
Bagaimanapun, Umno boleh gunakan kenyataan terlampau itu untuk kepentingannya. Saya harap setiap pemimpin dan propagandis Umno menghafal kenyataan terlampau itu untuk digunakan bagi kepentingannya.
4. Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.
Dia nak gambarkan, kalau siapa pun nak tolong Islam, dia terima. Tetapi, kepada saya, dia gunakan analogi yang salah. Syaitan tak akan tolong Islam.
Satu lagi kenyataan terlampau yang Umno boleh gunakan untuk kepentingannya. Saya harap setiap pemimpin dan propagandis Umno menghafal kenyataan terlampau itu untuk digunakan bagi kepentingannya. Dipersilakan.
Bahagian 2
5. Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.
Kalau orang Islam berkongsi perintah dengan orang kafir dan redha kepada unsur-unsur maksiat atau kekufuran dalam pemerintahan berkenaan, saya yakin haram.
Sebagai contoh, redha kepada sistem kewangan berasaskan riba, tentulah haram. Tak kira la parti apa pun.
Yang lain hang kena tanya ulama. Bab hukum saya tak berapa reti.
6. Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.
Dah jawab di atas. Aku tak percaya kenyataan di atas, tak kiralah kalau Tok Guru Nik Aziz yang kata sekalipun.
7. Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?
Bab hukum, aku tak reti. Tetapi seingat aku, sejak dari sekolah menengah lagi tok-tok guru yang mengajar di masjid kata, AJK masjid boleh ambil duit interest bank yang orang bagi kat masjid untuk buat atau repair tandas masjid umpamanya. Perkara itu berlaku di kampung aku sejak aku sekolah menengah lagi. Ramai orang bagi duit interest yang depa dapat dari bank kat masjid dan AJK masjid gunakan untuk benda-benda macam yang aku sebutkan itu. Masa tu, ramai orang kampung aku tak nak duit interest tu. Duit bunga, depa kata.
Masa aku dengar tok-tok guru mengajar di masjid masa tu, aku tak tanya pulak depa parti PAS ka, Umno ka...
8. Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.
Apa masalahnya? Dah agama depa kata boleh, belasah je ler.. Sebagai orang Islam, haram kita melantak air kencing syaitan tu.
Bahagian 3
9. PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa.
Aku tak setuju dan menolak keras kenyataan di atas, tak kiralah kalau betul Tok Guru Nik Aziz cakap begitu sekalipun.
10. Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.
Dengan syarat ulama itu mesti mempunyai pengetahuan yang luas. Atau setidak-tidaknya dia mempunyai pakar-pakar untuk merujuk dalam soal ekonomi dsb. Selepas pakar-pakar bagi tau apa ke bendanya sesuatu perkara itu, siapa nak putuskan boleh atau tak boleh kalau bukan ulama? Hang nak putuskan?
11. Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.
Aku pun sokong. Kalau dalam pemerintahan Islam di bawah Nabi Muhammad s.'a.w.w. pun orang bukan Islam boleh tinggal di situ, apa sebab orang bukan Islam tak boleh menjadi ahli parti Islam? Kenapa nak bunuh hak demokratik dia nak menyokong parti apa pun? Kalau dia nak sokong parti komunis pun kita tak boleh sekat hak demokratik dia (jika PKM tidak diharamkan), apa hal pulak nak larang dia sokong parti Islam? Baguslah. Daripada dia sokong parti perasuah (istilah Tun Dr Mahathir Mohamad), baik dia sokong parti Islam.
12. PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.
Antara lain, orang Umno cerita kat aku, kerana kenyataan di ataslah, Dr Mahathir cepat-cepat jumpa Agong untuk bubarkan Dewan dalam tahun 1999. Akhirnya, PAS dapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya itu.
Tok Guru ada jelaskan kenyataan tersebut. Aku tak ingat.
Bagaimanapun, aku tak setuju kenyataan boros di atas. Ia tak cerdik dari segi politik (nanti sat, aku tak kata aku cerdik!)
Bahagian 4
13. Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.
Aku tak kafirkan orang yang beraqidah politik suku agama suku (politik tak ada kena-mengena dengan agama). Tetapi, aku mohon perlindungan Allah dari bersembahyang di belakang imam yang kata politik tak ada kena-mengena dengan Islam. Na'uzubiLlah!
14. Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang.
Apa yang penting. Tolong quote semua.
15. Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.
Betul.
16. Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan).
Boleh jadi bahasa kinayah (kiasan atau konotatif). Malangnya, aku sendiri pun tak fahama apa dia kata. Tak boleh jawab. Tetapi aku rasa, Umno perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa kenyataan itu berdosa atau bertentangan dengan 'aqidah.
Yang aku boleh kata, kalau kita buat sesuatu yang diredhai Allah, ia bermakna ada persamaan antara apa yang kita buat dan kecenderungan para malaikat yang memang tak buat dosa. Bila ada persamaan, bubuh pi la kerjasama ka, apa ka..
17. Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.
Masih kaji lagi agaknya tu. Tetapi pada pendapat aku, PAS tak payah buat kenyataanlah benda-benda yang tak diputuskan sebagai berdosa, seperti wanita berkerja. Buang bateri ja... Lawan Umno lagi baik.
18. Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS.
Aku aminkan: Amin ya Allah!!!
Buatakan mata tu bahasa kinayah (kiasan atau konotatif). Yang tu pun hang tak tau?!
19. Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.
Boleh bagi tau apa yang tak betul dengan kenyataan di atas?
20. DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam.
Apa nak heran kalau DAP hina Islam? Tak pelik langsung. Kalau DAP hina Islam, kita jawab balik la. Takkan tak dak kemampuan nak jawab. Setiap penghinaan memberi peluang untuk kita menjelaskan Islam. Kalau dia keras kepala kepada jugak nak hina Islam tak tentu pasal, tu kita kena kira kot lain la pulak.
Tetapi bagaimana kalau DAP tanya, apa pasal kita olang tak boleh hina Islam? Lu orang Umno pun selalu hina Islam!
Aku tolong jawab ananymous kat atas. tak semua 1-20 sebab lebih kurang sama je soalan dia. apa yang nik aziz ckp tu kebanyakan kiasan je tapi tak taulah kalau dah ramai yg tak faham. Maklumlah ramai lepasan PPSMI skrg ni. Senang cite, PAS nak ajak gi masjid termasuk orang2 islam ngan bukan islam dalam satu kete, sapa nak pegi, masuk lah sekali. Tak semesti yg pegi orang bukan islam tu automatik masuk islam cuma dia tak bantah je dan nakkan kpd kebaikan islam itu sendiri.
Yang satu lagi nak bawak kete pegi kelab dangdut atau kelab malam, walaupun kereta dia baru, bersih, driver dia orang islam tapi sebab niat dan tujuannya tak betul, tak payahlah cite banyak. Kita nak kutuk atau marah pun takpe orang tu tapi janganlah marah kat org yg tak nak pegi ke tempat yang merosakkan macam tu.
Kalau tak nak kepada kebaikan islam, jangan nak halang orang lain yang nak. Memanglah peluang nak buat 100% di negara ni susah sikit sebab tentangan daripada org kafir yang dengki semenjak dulu dan juga puak2 munafik yang dibuat secara berselindung.
Ketahuilah, salah satu tanda-tanda hampir kiamat ialah apabila sesuatu fatwa dikeluarkan oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan dan kelayakan dari segi agama. Insaflah sementara belum terlambat.
Salam .. aku pun ... ketawa kah...kah...kah... style tt. bila anonymos tu bertanyakan soalan rasanya semuanya dari petikan ucapan TGNA di utusan meloya .... kalau tak pun .. mmg jenis suka nak cari pasal .. nak org lain tak faham macam dia tak faham ... lantak ngko la anonymos ... kita nie umat Islam ja .. tapi lebih banyak mempersoalkan tentang Islam ...punya nampak tak mau kat Islam tu ... Allah tak suruh pun .. yang Allah suruh pi mengaji , mendalami ilmu untuk mengenali Allah ... ini tak .. asyik soal itu ini ... cube tgk komen di blog che det ... asyik nak mempersoalkan ,.. pdhal masih jahil .. pi la mengaji .. sekolah agama ada, sekolah pondok banyak ... kuliah agama tak bagi ada, ceramah agama kena permit ... sekat pengajian agama .. tetibaada insan soal ttg agama main hentam ikut suka .. ini makhluk pun ada...
syaitan terdiri dari jin dan manusia yang menyesatkan..
Satira Nasional,
aku quote hang. "Ketahuilah, salah satu tanda-tanda hampir kiamat ialah apabila sesuatu fatwa dikeluarkan oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan dan kelayakan dari segi agama. Insaflah sementara belum terlambat."
Masalahnya, org PAS ni nak dgr ckp Nik Aziz je. Ulama lain punya pendapat semua korang taknak dengar. Bila apa yg ulama ckp sebelahkan korang, ulama tu berani. Bila tak sebelahkan korang, ko panggil dia anjing kerajaan.
Nik Aziz sorang je ke yg tahu pasal hukum hakam ni?
Habis tu mcmmana? Tgk dlm blog Pak Bakar ni pun dah nampak contoh yg aku sebutkan tadi.
Razak K
Bakar,
Aku dah baca post hang yg ni. http://penarikbeca.blogspot.com/2009/09/saman-ja-pak-janggut-tu-zul.html Mcm2 komen org bagi kt dia. Ckp dia tunguila, la SB la.
Dia come out dgn yg ni pulak baru2 ni. http://zul4kulim.blogspot.com/2009/10/perang-terhadap-islam.html. Apa pendapat Pak Bakar. Aku tgk, tadak satu pun komen dari org besar2 PAS pasal ni. Tolong la bela perjuangan Islam. Jgn la diam je. UMNO mmg la tak boleh harap.
Pak Bakar setuju ke dgn SIS ni. Jgn la diam je buat tak nampak?
Razak K
Aku tak nampak la, Razak K. Nasib baik hang nampak.
Kalau dah nampak, awat tak lawan? Memetik balik kata-kata hang: Jgn la diam je.
Kepada saya, lagi baik berdebat Umno dari berdebat dengan SIS. SIS hanya salah satu dari anak2 kelahiran Umno. Kalau ular, kita katuk ular besar dulu dengan buluh. Yg kecik2 tu kita kira kemudian.
Bagaimanapun, saya memang tak setuju SIS diharamkan. Kalau kita tak bersetuju dengan pemikiran depa, kita berdebat. Hujah lawan hujah.
Saya tak bersetuju dengan Umno. Tetapi, saya tak akan menuntut supaya Umno diharamkan. Hujah lawan hujah la. Jangan la hujah lawan ISA.
Lagi pun, saya malas nak bagi publisiti free kpd anak-anak bapak ular yg saya nak katuk tu dalam blog ini. Kalau Umno tu tak upaya la - terpaksa sebut beribu-ribu kali dalam blog ini sebab dia dah terlampau terkenal sangat dengan gelaran "parti perasuah" (meminjam istilah Tun Dr Mahathir Mohamad).
Aku petik balik kata2 hang. "Bagaimanapun, saya memang tak setuju SIS diharamkan. Kalau kita tak bersetuju dengan pemikiran depa, kita berdebat. Hujah lawan hujah."
Mana hujah hang? Mana hujah pemimpin PAS? Apsal tak kafirkan terus depa mcm TGNA selalu buat kt UMNO. Mana Hasan Tantawi? Takkan nak demo bila Beyonce and Black Eye Peas nak datang Malaysia je.
Razak K
Aku cerita, kalau tak setuju, tak perlulah diharamkan. Cukuplah berhujah sahaja.
Itu subjek cerita ayat diatas. Yang hang pi terjah sana sini apa hal?
Hang faham ka Bahasa Melayu?
Aku tanya, mana hujah pemimpin PAS. Jgn nak tukar topik. Aku faham Bahasa Melayu.
Razak K
UNDI LAH PAS MAKA KAMU AKAN DITEMPATKAN KE
SYURGA AYAH PIN
DIBAWAH NAUNGAN NIK AZIZ...
UNDI LAH PKR DAN BERSEDIALAH UNTUK
DILIWAT
DENGAN SUCI HATI...
UNDI LAH DAP BAGI MEMBANGUN BERSAMA
BABI TONYOK....
BERSAMA LAH KAMU DALAM PAKATAN PEMBANGKANG YANG AKAN BERSAMA-SAMA MENJUAL TANAH MALAYSIA INI KE ISRAEL....
DUDUK LAH KAMU BERSAMA PARA PEMIMPIN
PAKATAN PEMBANGKANG INI JIKA INGIN
KAYA RAYA HASIL DARI WANG
RASUAH, PERJUDIAN,
KONGSI GELAP DAN
PELACURAN....
HAPUSKANLAH
PERSAUDARAAN
SESAMA ISLAM
KERANA ITULAH YANG
TUAN GURU NIK AJIS
KEHENDAKAN
LAKUKANLAH
PEMBERONTAKAN
KE ATAS
KERAJAAN ISLAM
MALAYSIA INI KERANA ITULAH YANG
DIKEHENDAKAN OLEH
ANWAR AL-JUBURI
HAPUSKANLAH
SISTEM BERAJA
DAN
GUGURKANLAH
AGAMA ISLAM
SERTA BAHASA MELAYU
DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KERANA INILAH YANG DIMAHUKAN
KEPIMPINAN
DAP
UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
DAFTARLAH BERAMAI-RAMAI
KE DALAM PARTI DAP DEMI
MEMPERJUANGAN IDEOLOGI
MENGHAPUSKAN UMAT ISLAM
DAN
BANGSA MELAYU
PARA KAFIR PULA DAFTARLAH
SEBAGAI AHLI KE DALAM
PARTI PAS BAGI MEMBOLEHKAN
ANDA DI GELAR
TUAN GURU SERTA MEMBOLEHKAN
ANDA MEMPERMAIN-MAINKAN
NAMA ALLAH
DAN
SURAH AL-QURAN
UMAT ISLAM, BANGSA MELAYU, INDIA, CINA
DAN KAFIR BERAMAI-RAMAILAH MENDAFTAR
SEBAGAI AHLI PKR DEMI MEMPEROLEHI
WANG YANG LUMAYAN DARI
DANA ISRAEL
DAN
LIWAT LAH
SESIAPA SAHAJA DEMI
ANWAR AL-JUBURI
NAMUM PADA AKU BIAR APA SEKALIPUN
AKU TETAP SAYANGKAN
AGAMA ISLAM,
BANGSA MELAYU
DAN
TANAH MELAYU
INI.
BIAR BERMANDI DARAH SEKALIPUN
AKAN KU TENTANG MEREKA YANG
CUBA MENGHANCURKAN MALAYSIA INI.
KERAJAAN BARISAN NASIONAL
ADALAH KERAJAAN ISLAM
MAKA WAJIB BAGI KITA SELURUH
UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU
MEMPERTAHANKAN NYA.
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ANWAR MENGALAMI KEJUTAN http://gomo-no1.blogspot.com/2009/10/gempar-anwar-terkejut-sakan.html
Sah hang tak faham Bahasa Melayu. Hang tak faham subjek ayat tersebut.
Ayat tersebut cerita kalau tak setuju, berhujah la.
Ayat tersebut bukan nak berhujah.
Kalau hang tebiang nak sangat hujah PAS, ada berlambak dalam Harakah. Hang pi kat Harakah Daily, hang boleh search sendiri. Berlambak ada. Bukan kerja aku nak search utk nak puaskan kehendak hang.
semua kaum dimalaysia telah bersatu dibawah pakatan rakyat merasa terhina kerana masih diajak bersatu oleh BN. bersatu menolak BN.
TGNA kalau saudara2 hayati pemikiranya adalah darpda kaum muda yang berbeza pendapat daripada kaum tua di pondok2. Kalau kita tidak mendalami pemikiran beliau dengan guru-guru yang mursid maka kita akan rasa kenyataan itu terpesong. oleh itu berkaitan dengan hukum dan hakam kalau kita tidak faham jangan cuba ulas.
ismaili
Besa la tu Bakaq. Pati Demokrat, pati Buruh, pati komunis, pati ayam brand, pati santan semua buat lagu tu. Bawak mai org juh juh. Pakat dok pi sorak sana sini.
Kalah besorak dok pi betumbuk.
La ni semua pakat dok ketagih kempen pilihan raya. Pegi kempen PR dah macam pegi tenguk bola. Sokong pati pun macam sokong MU. Ada hat lebih ketegaq lagi macam sokong Hulk Hogan lawan resling.
Chor la pakat dok rumah. Sapu laman rumah ka. Bagi makan ayam ka.
Pak Bakaq,
Jangan layan orang Gila.
KELANTAN SEDIA NAIK ELAUN ADUN - TGNA.
Kepala hotak hang Anonymous..
JGN LAYAN ORG XDOK JIWO.... XDOK PERASAAN ISLAM... ISLAM KULIT JAH TU... G LA BACA TAFSIRAN, HADIS DAN MANA2 TOK GURU ISLAM, BELAJAR AGAMA ISLAM MENDALAM SEBELUM JD BUTA MATA HATI....
Mana-Mana wakil rakyat atau pimpinan PAS Negeri Kelantan yang berada dalam kem Husam/Nik Ajis, mereka tergolong dalam golongan kaya projek/balak. Yang lain harap elaun bulanan dan kutipan ceramah sahaja.
syok tgk komen ni.. banyak 'tulisan warna hijau'... tahniah sbb pak bakaq rajin jawab...
Pasir Puteh-04/10/09 : Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan segera RM1.4 juta bagi meringankan kesengsaraan penduduk di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh yang mengelami kerosakan rumah selepas dilanda ribut kemarin.-UM