Sedap!! Klik gambar di atas!

Blogger-blogger Umno tu tak salah la!

Ramai yang marah, menghentam dan mengutuk blogger-blogger Umno yang hadir ke pertemuan di rumah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (biasanya saya tidak mahu menggunakan gelaran yang diberikan puak bangsawan kepada para pemimpin PAS - sebab saya tak suka begitu. Tetapi selepas ini, saya akan menggunakannya apabila menyebut nama beberapa pemimpin PAS). Watak utama dalam pertemuan itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan sendiri.

Saya tak fikir blogger-blogger tersebut yang salah. Dah orang jemput nak bagi cerita baik punya, depa datang la.

Kalau aku sekalipun, katakan tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin panggil ke rumah dia nak cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat Melayu, berlari aku pergi. Kalau selipar aku putuih masa tu, kaki ayam pun aku pi.

Itu natural. Dan tentulah amat natural juga kalau blogger-blogger Umno itu memenuhi jemputan pertemuan tersebut.

Kerja aku ialah nak pelingkup Umno. Kalau ada orang Umno panggil aku nak bagi bahan mentah untuk nak pelingkup Umno, bodoh sunnguh la aku ni kalau aku tak sambut panggilan itu. Begitu juga dengan blogger-blogger Umno itu, kerja depa ialah nak pelingkup Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan kesedapan kuasa Umno - guna pi gelembong perpaduan Melayu ka, perpaduan Islam ka, apa ka; dah gelembong, gelembong pi la apa pun.

Dah kerja depa nak pelingkup PR, bodoh terlampau la depa tu kalau depa tak sambar peluang yang dihidang kepada mereka.

Blogger-blogger Umno yang memenuhi jemputan pertemuan di rumah Hassan itu tak salah. Malah, depa cerdik.

Apa, hampa ingat Nasharudin dan Hassan bodoh dan tidak cerdik? Jangan dok bodo la. Depa pun cerdik oi! They were serving their purpose, macam mana nak kata depa bodoh?!! (Gambar di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf banyak-banyak juga dengan rasa terima kasih dari blog Al Banjari - sila klik untuk besarkan).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pok bakaq,, Awat kawan hang, ustaz deris tulis macamtu??? dok salah orang sokmo.. dia tak tau ka atau Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali dan Sahibul Samahah Ustaz Nasaruddin Md Isa tak jemput dia sama dengang bloger bloger dalang perjumpaang kerajaang perpaduang ??? betoi ke ni Dr. B Ganu...??? ustaz deris tu kawang mung jugak dak err..????

  2. Bersangka baiklah sehingga kita menilai apa yang terpacul dari mulut seseorang itu atau apa perbuatan yang dia lakukan.

    Tidak ada bloggers yang cuba melingkupkan sesiapa, mereka hanya mengutarakan sesuatu dari pandangan pandangan dan fikiran mereka, idea yang dilontarkan samada membela satu pihak atau satu pihak lain atas pemahaman yang dia sokong itu 'betul'.

    Jika dikatakan Nik Aziz bangang bukan bererti nak melingkup PAS dan jika dikatakan Najib itu takut bini bukan bererti nak melingkup UMNO dan kalau kata Anwar itu aljuburi, itu bukan nak melingkup PKR..semuanya memberi pandangan bahawa individu dalam satu satu parti itu 'tidak betul' dan wajar dibaiki atau terus disingkir.

    Adalah salah untuk menghapuskan atau menjahanamkan sesuatu parti hanya sekadar ada segelintir pemimpin di dalamnya yang 'salah' hatta di dalam DAP dan Hindraf sekalipun ada pemimpin yang 'suci dalam debu'.

    Bloggers tidak ada parti, mereka bebas, walaupun tubuh badan menjadi ahli sesebuah parti tetapi fikiran mereka bebas.

  3. Bhai...

    Diorang tak berani nak jemput lu, gua atau AdukaTaruna dalam pertemuan tue... hahahaha... sebab takut kena sembur dengan soalan cepumas... hahahaha ... tarak berani punya ...

    Kalu ader video la.. best tengok body language diorang masa bagi penerangan atau jawab soalan... hahaha

  4. pak bakaq, apa yang pak bakaq kata pasai blogger umno tu betoi, yang tak betoinya puak kita tuh. aku konsisten, takkan bagi baiah dah pada nasa, hassan dan geng ug!!

    aukauk88.

  5. PROMOSI MUSLIM TOUR
    “Maghi Pakat Gi Jale”
    Tel: 609-747 9999

    TIANJIN-BEIJING
    6DAYS 5NIGHT
    HARGA DARI RM340

  6. saya rasa pengunjung disini pun bukan bodoh untuk menilai blogger yang mana satu sebenarnya talibarut umno walaupun cakap berdekah-dekah sokong pas.

  7. jom kita sama sama hapuskan anai anai dalam Pas

  8. “hanya penulisan yg diboldkan dengan warna kuning ada disebutkan pada pertemuan itu oleh Ustaz nasha dan Dato' Hassan, yang lain adalah TIDAK BENAR. Dan sangat dipertikaikan !! Saya pun tidak tahu dari mana sumber yg beliau perolehi, tapi rasanya pembaca boleh membuat tekaan tepat. wallahuaklam. Pesan saya buat saudara gomo, beramanahlah ketika menulis !

    Kandungan penuh dan rumusan dari ABO akan kita terbitkan seawal hari khamis ini. Kita lihat dahulu apa yg mereka tuliskan menerusi blog-blog mereka, jika benar mereka berbohong dan memutar belit fakta, rakaman audio kita junjung untuk dijadikan bukti kejahatan mereka ketika menulis.”

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

    Belumpun pagi khamis lagi, sudah keluar artikel di bawah:

    Wednesday, October 28, 2009
    Pendedahan 1 - mohon penjelasan AJK Pusat !
    Oleh : albanjari/MRK albanjari

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pendedahan-1-mohon-penjelasan-ajk-pusat.html

    Saya agak terkilan kerana ia jelas bertentangan dengan “Kandungan penuh dan rumusan dari ABO akan kita terbitkan seawal hari khamis ini”. Harap saya salah pemahaman.

    “RALAT : Berdasarkan kepada posting asal di sini, terdapat kecuaian yang tidak disengajakan terhadap nama blogger yang hadir. Dimaklumkan bahwa saudara MSO dan Azizi Abdullah tidak hadir ke majlis yg dianjurkan. Perkara ini dimaklumkan terus melalui email daripada saudara MSO pada petang tadi. Maka dengan ini, saya dengan penuh tanggungjawab memohon maaf diatas kecuaian yang tidak disengajakan.”

    http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pendedahan-1-mohon-penjelasan-ajk-pusat.html

    "Damage has been done." Mungkin ada benarnya apa kata nik abduh….

  9. "Jom kita hapuskan anai-anai dalam PAS..." itu salah satu ulasan di atas. Persoalan saya; lepas tu kosonglah keahlian PAS!

  10. nak melepaskan diri dari tersepit macam-macam cara boleh guna....

  11. Apa kelas Timbalan Presiden Parti & Pesuruhjaya Negeri bertemu blogger..??

  12. cara kau tulis tu nampak cam hasan ali dan ustaz nasha bodoh bebenar..kalau depa nak buat taik takkan buat samapai orang dapat hidu..kalau hampa betul2 terer pi la check taik yg.aljuboq dok buat...dia ni lah yang sbnarnya yg akan menghancoq leboqkan PAS.kalau kau nak tau Sin..ramai penyokong asal PAS dah tinggalkan PAS slepas episod aljuboq/PAS ni.

    dok tengok dari jauh

  13. Dalam blog albanjari ada menyatakan yg Hasan ali dan nasa beri kenyataan bahawa isu rundingan dgn UMNO telah dibincang oleh semua pimpinan PAS dan isu kerajaan Perpaduan juga ide dari semua pimpinan PAS! Saya nak minta penjelasan dari SEMUA PIMPINAN PAS, bila dan kat mana ada dalam kempen serta manifesto pilihanraya PAS ada menyatakan yg PAS mungkin berbincang dan berunding dgn UMNO jika PAS menang banyak kerusi DUN dan parlimen? Bila dan siapa yg telah turun ke peringakt rakyat meminta keizinan rakyat utk memulakan berbincangan, rundingan ( memberikan syarat2 utk PAS bekerjasama dgn UMNO)? Majoriti rakyat yg mengundi PAS tidak ada yg mahu PAS berunding dgn UMNO! Kami pun tak tahu apa2 tentang syarat2 yg PAS bagi pada UMNO (yg sekiranya UMNO setuju membolehkan PAS bekerjasama dgn UMNO)? Siapa yg membuat syarat2 ni? Siapa yg telah diberi mandat utk melaksanakan perbincangan ni? Jangan ikut perangai UMNO yg suka2 tanpa pengetahuan rakyat ( demi kepentingan parti dan individu) melakukan pecah amanah rakyat! Rakyat bukan undi PAS utk membolehkan PAS berunding dgn UMNO! Rakyat mengundi dgn maksud PAS menjadi ganti UMNO bukan berkahwin dgn UMNO! Rakyat mengundi PAS supaya PAS boleh mengalahkan UMNO bukan sama2 berpegang tangan dgn UMNO! Masih bingung kenapa rakyat melenting dgn isu kerajaan perpaduan??? Sebab rakyat tak mahu walau sekecil kuman pun PAS ada dok senyum2 dgn UMNO apatah lagi duduk berunding dan bagi syarat2 utk bekerjasama... Siapa yang bagi kenbenaran ni?..Rakyat yg mana bagi izin??? Rakyat mana yg dah undi sokong PAS berunding dgn UMNO? Kalau macamni gayanya..nampak sangat pimpinan PAS tidak ikhlas dalam kempen dan manifesto pilihanraya lepas.. Kalau awal2 dalam PRU12 dah bagitau yg PAS bila banyak kerusi terus nak runding dgn UMNO ( kalau syarat2 tu UMNO setuju boleh terus 'ON' UG) memang sah rakyat langsung tak undi PAS! Tak ikhlas langsung, tak amanah dan langsung tak jujur! Rakyat suruh tumbuk UMNO, PAS pulak pegang2 tangan pastu cium2 pulak...Rakyat mana yg tak marah... kALAU Ulama pun tak boleh pakai janji dia... rakyat nak pegang janji siapa lagi???? Tolong jawab pimpinan PAS semua yg BERSETUJU berunding dgn UMNO! Tolong jelaskan kenapa rakyat TIDAK diberi amaran awal dari PAS bahawa PAS MUNGKIN/TERBUKA/BERSEDIA/BOLEH KAUTIM UTK BERUNDING DGN UMNO SEWAKTU KEMPEN PILIHANRAYA YG LEPAS? TOLONG JAWAB SEBAB KALAU JAWAPAN TAK MEMUASKAN, RAKYAT TAK AKAN MENGUNDI LAGI PIHAK YG KHIANAT AMANAH RAKYAT!

  14. Kebal.

  15. PAS NAK MESYUARAT TP KEPUTUSAN TAK ADE...

  16. Hamba,
    Ana pun dah tanya ramai kawan-kawan yang duduk dalam AJK PAS Pusat(AJK lama,sebelum Mustafa Ali jadi S/U Agong) - kesemua mereka menjawab,tak ada perbincangan yang khusus,panjang dan tak ada pula ada sebarang keputusan.Kalau betul ada,sebagai mana yang diterangkan olih Nasaruddin/Hassan Ali kepada blogger-blogger dirumah Hassan Ali,takkan pada mulanya,Mahfuz Omar(waktu itu Ketua Penerangan),buat kenyataan "menafikan" adanya rundingan dan persetujuan dari AJK PAS Pusat
    Percayalah Geng UG ni memang pembohong besar - tak sudah-sudah nak berbohong.Bertemu(dalam gelap) pun,pada awalnya mereka nafikan sehingga Pak Lah buat statement dah jumpa 3 kali.Itu yang sah jumpa Pak Lah(3 kali) yang jumpa dengan pihak-pihak UMNO yang lain diluar negeri dan dihotel-hotel besar diIbu Kota,belum diceritakan lagi.Kalau Geng UG ni tak sukakan UMNO(sperti ahli-ahli PAS yang lain) apa pasal berdamping dengan blogger-blogger UMNO ? Blogger-blogger UMNO ni memang tak salah.Ana setuju dengan Pak Bakaq - yang salah pihak yang panggil mereka ni.Siapa kata Geng UG ini cerdik? Memang mereka cerdik - untuk berbohong.Tapi mereka hilang kecerdikan bila menggunakan Roslan SMS memanggil Blogger-blogger dari UMNO kerana keadaan desperate dan amat terancam.Orang yang dalam keadaan ketakutan dan kecelaruan - boleh hilang pertimbangan.Mereka berbuat begini untuk dapatkan bantuan dan pertolongan dalam tempuh 24 jam.Manusia jenis ini dan dalam keadaan begini,bukan sahajam blogger-blogger UMNO - iblis dan syaitan pun mereka sanggup panggil.

  17. Setiausaha Agung PKR Datuk Salehudin letak jawatan hari ini. Christina Liew dari majlis tertinggi, Dr. Jefrey Kitingan dari naib presiden. Zaid cuti enam bulan. Inilah semua kerana tak tahan lagi dengan kerenah madu Wan Azizah iaitu Azmin Ali.

  18. tuan2, saya dah konpius dgn perjalanan perjuangan parti. tapi saya tetap bersama PAS kerana PAS perjuang ISLAM tanpa mengenal bangsa. Harap2 tuan2 ikhlas dlm perjuangan kerna tuan2 akan dihisab jua!!! YA ALLAH BERIKAN PETUNJUK JALAN YANG LURUS, BUKAN JALAN YANG DIMURKAI OLEH MU

  19. anon 12:58,

    "cara kau tulis tu nampak cam hasan ali dan ustaz nasha bodoh bebenar..kalau depa nak buat taik takkan buat samapai orang dapat hidu.."

    tima kasih kerana ko confirm mereka bodoh "..kalau depa nak buat taik takkan buat samapai orang dapat hidu.."! bukan setakat hidu lagi beb, orang nampak depa dok berak!

  20. Betul ka Hassan Ali kebal?

  21. apalak tak salah. sokong umno salah beso dah

  22. Hutang banyak ya sheikh, elaun exco tak cukup wei. umno juga harapan ku.....

  23. huh..parasit semua.join politik sbb keuntungan dunia.cis

  24. kenapa blogger pkr tak dijemput?sebabnya blogger pkr tak boleh pakai.macam pemimpin2 mereka.satu lagi alasanya blogger pkr tu sama dengan umno.aku rase blogger umno lagi bagus ada prinsip berbanding blogger pkr.mereka ni spesis sama.keluar umno, masuk pkr.blogger pro pkr dikatakan penulisan bertaraf budak tadika.hanya tahu hentam,rumos,copy and paste sesama sendiri dan aku pun malu nak sebut.cubalah hang baca blog penarik beca,perisik rakyat dan perak blogger network.cuba tengok isinya apa diorang tulis.mereka ini bukan pejuang dasar parti pas.cuba sekadar sokong nik aziz aje untuk agenda politik anwar.dahhhh laa blogger2 Parti Kedai Runcit, sangat dengan nama korang.kah,kah,kah,kah.aku tak boleh tahan tengok kau tulis..kah,kah.. kelakar ade,bodoh sombong tak boleh diajar pun ada.blogger2 ini tulis sendiri.komen pun sendiri.ataupun group mereka.konon2 ramai yg sokong tulisannya.dah lah...menipu orangramai...jangan perbodohkan orang melayu.....kah,kah,kah.

  25. musuh dalam selimut pas hendaklah disingkirkan, lebih bahaya dari UMNO

  26. talian hayat!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008