Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila KJ nak cincang nyawa Umno

Apabila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu mencincang satu-satunya taruhan parti wahdatul-rishwah untuk terus berkuasa, mengkhianati Melayu, meminggirkan Islam dan menggasak harta kekayaan negara (kalau tak gasak, mana nak cari duit main politik wang), mengamuklah orang-orang Umno (lihat ucapan KJ di sini).

Hari ini, satu-satu penyambung nyawa kekuasaan Umno ialah perbuatan mengapi-apikan sentimen bahawa orang-orang Melayu sedang dicabar dan diperangi. Babi mahu memerangi Umno, DAP mahu memerangi Umno, kuil Hindu mahu memerangi Umno, semuanya mahu memerangi Umno.

Malah, ada yang mendakwa Umno sangat memerlukan satu lagi rusuhan perkauman untuk terus berkuasa. Harap-harap tak betul.

Saya yakin, A Voice cakap betul apabila beliau menyifatkan Khairy bahalol.

"Tatkala Hak Melayu, status Islam dipersoalkan, institusi Melayu dihina, bahasa Melayu disamakan dengan bahasa asing dan institusi-institusi kerajaan diserang dan diperlekehkan, jangan pula ada bahalol kata Melayu kena buang siege mentality," katanya.

Beliau juga berkata:
Khairy has lost his soul as a Malay and does not deserve the Ketua Pemuda Umno post.
Malah, beliau mengingatkan:
If Pemuda agree with Khairy, we can kiss Umno goodbye to the next layer of empty souls as leaders that are selfish and self serving!
Setahu saya, A Voice payah nak marah kat orang. Pi la minum teh tarik dengan dia, kalau tak percaya. Bila dia dah marah, aku rasa lagi baik aku pi main jauh-jauh.

Dalam berita bertajuk "Khairy defends his call for Malays to end siege mentality", Malaysian Insider semalam melaporkan:
Most Malay-language newspapers, particularly those aligned with Umno, failed to highlight his call for the Malays to end their siege mentality, in reporting his speech at the opening of Umno's Youth assembly.
Bukan setakat blogger Umno dan akhbar Umno yang angin satu badan dengan Khairy, malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan tak setuju. Lihat berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Dr M dismisses Khairy’s call to end 'siege mentality'".

Akhirnya Khairy kelihatan mengalah walaupun buat kenyataan face-saving seperti yang kita boleh baca dalam berita Malaysian Insider semalam tu.

Lalu menyalaklah dia dengan cerita bilik perang pulak (Lihat berita Malaysiakini semalam "Pemuda Umno tubuh 'bilik perang' pilihan raya" dan berita Bernama semalam "'Bilik perang' Pemuda Umno atur strategi menangi hati rakyat").

Alahai, kalaulah Umno tahu betapa hebatnya kepimpinan PAS hari ini dan pelapisnya pula lebih terer lagi... Ah, takkan aku nak bagi tau pulak! Rahsia jemaah, Syeikh... (Selamat menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu).

Berkaitan:
Perkara 153 jadikan Umno tidak relevan (Harakahdaily 15/10/09)

Bacaan menarik:
Awas menantu melintas (Muqabalah 15/10/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. KJ hanya mencerminkan sebahagian dari sebahagian serpihan demi serpihan masalah dalaman UMNO yang dapat dilihat dari luar. Kerana KJ acuannya Paklah atau sebaliknya..ia adalah kudis atau virus atau H1N1 yang terkawal...lebih berbahaya kalau dia duduk di seberang dengan Nuor atau Pembangkang tetapi jangan lupa KJ akan jadi sesuci manusia jika dia menyertai PAS - jangan pula tak percaya !!!

    PAS yang bermartarbat tinggi, A1, adalah tempat persucian dosa seseorang, PAS seperti sungai tigris tempat orang hindu mensucikan diri !!!?

  2. abang bakaq,

    mintak maaf sebab apa yang saya nak tulis lari dari tajuk posting ni. saya nak tanya pendapat abang pasal 2 keping gambar penyokong pas yang dikatakan telah diserang oleh orang2 umno. sebab pada saya gambar tu macam dibuat2.

  3. hanya sampah bersuara....

  4. kepada kluangman yang saya hormati..
    'KEPALA BAPAK KAU'
    sekian erima kasih...

  5. keluang man,

    Bukan sungai tigris,sungai gangga dan yamuna

  6. Undi Pas bermakna undi Dap...Undi Dap bermakna undi Komunis.

    Undi Pas bermakna undi Pkr...Undi Pkr bermakna undi Yahudi..

    undi Pas akan jadi Yahudi Komunis!!!!

    tinggalkan pas kita selamatkan Melayu dan Islam....

  7. bagi aku UMNO bangsatlah tempat penyucian orang rasuah. cth terbaik ISA rasuah.
    najib telah menyucikan ISA dengan berkata rasuah ISA adalah lain. isk ishk

  8. Anon 10.30 (komen no 2), dah dari beberapa post sebelum ni saya dah tanye banyak kali ngan bakaq, at least sikit komen berkaitan gambar2 yang meragukan tuh, tapi, die tak nak komen, die ade sekali cakap yang ape saya tulis tu betul belaka, tapi still no komen. Saya pon hairan, biasa pak bakaq suka komen2 ni, yang hal azeez kena tumbuk ngan sape2 ntah (meragukan jugak), banyak die komen, 3 post kalau tak silap. Lupekan je la anon 10.30, pak bakaq taknak layan la tuh. Lagi pon dah dua orng pemimpin tertinggi PAS dah komen, Salehuddin Ayub ngan Nasarudin Tantawi, takkan hang tak percaya lagi ngan apa pak bakaq kata, haha.

    Berkata benar walaupon pahit......

    gorila

  9. KJ ni sama lebih kurang menantu Nik Ajis.

  10. Hai Any 10.30..

    Awak jangan dok tudoh oghang PAS penipu, pembohong dan segala yang burokkkk...puaakk PAS maksum laaa. Hanya UMNO totok saja yang ganasss, suka pukoi oghang.

  11. Menang pun dapat undi satu pertiga sahaja lepas tu dah disahkan rasuah, nak kata apa lagi. Hapuskan semua SIL yang menyalahi guna kuasa.

  12. http://mt.m2day.org/2008/content/view/27901/84/

  13. Pak Bakar,

    Nak kata UMNO hidup HANYA dengan mengapi-apikan semangat perkauman, itu tidaklah benar. Semua orang tahu BN boleh jadi lebih kuat HANYA dengan mempromosikan politik semua kaum, bukannya politik satu kaum semata-mata.

    Meh nak bagitau, Melayu hanya 55% je dari Malaysia ni, Pak Bakar. Tu pun dah termasuk penyokong tegar PAS macam Pak Bakar dah tu.

    Pendekata, UMNO takkan jadi kuat pun kalau asyik duk berebut dengan PAS dalam isu Melayu / Islam ni. Paling tinggi pun dapatla 30% (55% dari 55%). Cina kat malaysia pun dah 36% dah Pak Bakar wei.

    Jadi, parti mana sebenarnya yang hidup dengan mengapi-apikan perkauman?

    Jawapannya ialah Pakatan Rakyat sebab mereka kerja memang asing-asing. PAS kerja cari undi orang Melayu, DAP kerja cari undi cina dan PKR cari undi india la kot?

    Berlainan dengan MCA, DAP dapatkan undi dari orang cina dengan mengatakan BN anti-Cina. Mereka api-apikan orang Cina di Perak mengatakan BN mahu rampas kerajaan Cina dan mereka api-apikan penyokong PAS supaya lawan sultan dan mufti mereka sendiri (Dan PAS termakan pulak idea ni!)

    Hasilnya? Pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap berebut2 untuk perjuangkan HANYA kaum masing-masing untuk dapatkan undi lepas tu masing-masing cuba dominasi Pakatan Rakyat.

    Eleh, nanti korang tanya BN pula bagaimana?

    Pernahkah anda tahu Kayveas mewakili kaum cina di P60 Taiping dan Kong Cho Ha mewakili melayu di P74 Lumut? BN dah lama dah buang diskriminasi kaum ni apabila mereka BERANI letak calon bukan ikut majoriti kaum kawasan tersebut.

    Jadi, kalau parti sendiri pun tak pernah pilih calon diluar dari kepompong perkauman, tak yah citer lebihlah pasal 'sambung hayat kerana isu perkauman'.

    Nak tipu orang tak sekolah bolehle, Pak Bakar.

    p/s: Aku memang tak sokong KJ lagi setakat ni jadi aku tade nak komen pasal dia.

    www.malaymind.blogspot.com

  14. Azmin terlalu istimewa kepada Anwar kerana........ Ini yang puak PAS tu puja-puja.

  15. Kalau duit haram semua jatuh keriba apa hang nak buat boleh belaka. Tapi malu la taada maruah.

  16. Kalau dari muda - muda ini dah makan duit haram bila dah dewasa nanti akan tersungkur secara semula jadi.

  17. gorila,
    takpa. saya pun ada pendapat saya sendiri. dan selalunya pemikiran bakaq ada rasional. tu yang saya curious dengan apa yang dia rasa.

    benda yang betul, kena cakap betul.
    benda yang salah kena cakap salah.

    -kona

  18. Mengapa graduan Oxford ni taada langsung ciri ciri kempimpinan yang baik. Ucapan pun tiada mutu. Agaknya masuk oxford pun guna kuota kerajaan(duta). Tapi bahagian yang pandai ialah mengaut, itu lah yang diajar di oxford. Biasanya graduan dari oxford ni tak berjaya dalam hidup.

  19. HE IS ALREADY IGNORED. HE KNOWS HE IS IRRELEVANT. HE IS ON THE PATH TO THE INEVITABLE DEMISE. SIL.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008