Membaca dua tulisan oleh dua orang yang tidak saya kenali yang diletakkan di bawah tajuk "PAS should be told that the Islamic State is a fallacy and does not exist" oleh Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, saya tertanya-tanya, adakah Allah s.w.t. buat kerja bodoh?
Di dalam al-Quran, Allah menetapkan pelbagai hukum atau undang-undang. Kalau dipegang dua tulisan tersebut, ia membawa makna bahawa Allah berfirman mengenai perkara yang sia-sia. Sebabnya, kutu bangang macam aku pun tahu bahawa hukum dan undang-undang memerlukan wilayah untuk menjamin perlaksanaannya.
Tetapi oleh kerana kedua-dua artikel itu tidak mengiktiraf perlunya wilayah untuk mendaulatkan hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah itu, ia membawa makna bahawa segala hukum yang ditetapkan oleh Allah itu hanya saja suka-suka Dia nak tetapkan ja.
Allah saja-saja seronok ja menceritakan tentang pelbagai undang-undang dan peraturan hidup. Nak laksanakan tak boleh kerana, menurut kedua-dua artikel itu, Islam tidak menetapkan perlunya wilayah yang mempunyai wewenang (authority) dan kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum itu.
Ia macam bakaq a.k.a. ~penarik beca saja suka-suka menggubal pelbagai undang-undang tetapi semua itu hanya untuk seronok-seronok ja sebab bakaq bukan presiden atau perdana menteri yang mempunyai wilayah yang mempunyai wewenang dan kuasa untuk melaksanakan pelbagai undang-undang yang digubalnya. Maknanya, bakaq buat kerja bodoh la.
Bakaq bodoh sungguh membuang masa menggubal semua undang-undang itu sebab dia tidak menetapkan perlunya kewujudan satu wilayah yang mempunyai kuasa dan wewenang untuk melaksanakan undang-undang yang direkanya. Dia buat kerja sia-sia.
Daripada buat kerja bodoh dan sia-sia tu, lagi baik dia pi sepak kertas! Kurang-kurang pun berpeluh jugak untuk menyehatkan badannya yang gemok (kenapa DBP suruh tulis gemuk?!)
Allah Yang Maha Berkuasa pandai mencipta syurga dan neraka untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang-Nya. Siapa yang mematuhi perintah dan undang-undang-Nya diberi ganjaran syurga. Yang keras kepala mendurhaka serta enggan melaksanakan perintah-Nya serta tidak meninggalkan apa yang dilarang-Nya, disiksa dengan azab neraka. Keindahan di syurga serta betapa azabnya siksaan neraka tidak pandai kita bayangkan. Begitu sekali hebatnya kepandaian Allah yang Maha Pandai.
Tetapi Allah Yang Maha Pandai itu tidak pandai pula mencipta peraturan dan undang-undang yang boleh serta mampu dilaksanakan oleh hamba-hamba-Nya.
Nak laksana lagu mana peraturan dan undang-undang tersebut sebab kedua-dua artikel yang Raja Petra siarkan itu menyatakan tidak ada ayat al-Quran yang menetapkan perlunya wilayah yang mempunyai wibawa dan kuasa untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang yang Allah tetapkan itu?
Berdasarkan kedua-dua artikel itu, ulama-ulama yang menyatakan perlunya wilayah atau negara yang mempunyai wewenang dan kuasa untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan Allah itu sebenarnya tidak ada sandaran atau dalil dalam ajaran Allah. They plucked from thin air!
Berdasarkan kedua-dua artikel itu, ia membawa makna ulama-ulama Islam sebenarnya pakai hentam ja sebelum membuat induction atau deduction tentang sesuatu perkara. Depa main tibai ja tanpa tanpa kaedah, tanpa disiplin ilmu.
Berdasarkan ajaran dalam kedua-dua artikel itu juga, aku yang bodo ni tertanya-tanya adakah adil wujudnya syurga dan neraka sedangkan peraturan dan undang-undang Allah tidak boleh dilaksanakan sebab Allah tidak menetapkan perlunya kewujudan wilayah yang mempunyai wibawa dan kuasa untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang itu?
Pasai apa pula nak hukum dengan hukuman neraka jika tidak melaksanakan suruhan-Nya yang terkandung dalam peraturan dan undang-undang itu sedangkan kedua-dua artikel itu memberitahu bahawa Islam tidak memerlukan wilayah yang mempunyai wewenang dan kuasa untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang tersebut?
Ia sama seperti membuat peraturan supaya setiap anak kita mesti menghafal A,B, C sampai Z. Jika ada anak kita yang berumur 10 bulan tidak menghafal huruf-huruf itu, kita bantai dia cukup-cukup. Mampoih pi kat dialah sama ada dia reti atau tak reti, sama ada dia mampu atau tak mampu nak hafal huruf-huruf itu.
Kalau orang kata kita buat undang-undang dan peraturan bodoh, itu depa punya pasai.
Adakah Allah juga akan hukum kita jika kita tidak melaksanakan peraturan-Nya, umpamanya undang-undang-Nya mengenai riba, sedangkan kita tidak ada wilayah atau negara yang mampu serta mempunyai wewenang dan kuasa untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang itu?
Adakah Allah saja-saja buat peraturan mengenai riba sedangkan Dia Maha Tahu kita tak dapat melaksanakannya kerana tidak ada wilayah atau negara yang mampu serta mempunyai wewenang dan kuasa untuk menguatkuasakannya?
Selepas itu, walaupun Allah tau kita tak boleh buat, adakah Dia hukum jugak kita kerana tidak melaksanakan undang-undang dan peraturan itu seperti bapak bangang dan gila yang menghukum anak yang berumur 10 bulan yang tidak menghafal huruf-huruf seperti yang dikehendakinya?
Patutkah Allah menghukum kita kerana terlibat dengan riba sedangkan, berdasarkan ajaran kedua-dua artikel itu, Allah tak suruh pun kita memperjuang dan mewujudkan wilayah yang mempunyai wibawa dan kuasa untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang-Nya mengenai riba?
Adakah Allah buat undang-undang dan peraturan yang hanya laku dalam utopia dan selepas itu menghukum kita jika kita tak melaksanakannya? Adakah kedua-dua artikel itu macam nak kata Allah buat kerja bodoh?
Malas dah nak tanya banyak-banyak. Saya dah tulis dah mengenai perkara yang sama dalam posting 6/11/2007 bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."

Cantik? Klik 

Allah SAW pencipta manusia tahu kelebihan dan kekurangan hambaNYA. Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan sudah tentu memerlukan sebuah negara untuk melaksanakan hukum Allah.
Tak taulah bagi orang yg tak nak kepada hukum Islam tetapi jika alasan negara ini tidak boleh laksanakan hukum Islam disebabkan masyarakat majmuk, nampak sangat kita terpengaruh dgn dakyah orang2 kafir.
Satu lagi anutan yg dipegang terutama orang2 UMNO ialah agama dan politik tak boleh campur.
RPK sdr dinasihatkan menumpukan penulisan dalam hal hal yang sdr mahir dan faham untuk memberikan faedah kepada perjuangan RAKYAT amatlah malang apabila sdr menulis bab agama yang sdr TIDAK mahir dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam akhirnya meyebabkan orang menjadi keliru dan sesat dengan pegangan yan tidak betul
Satira.. mula2 tu aku kagum... hujah bagus tapi alih2 sama jugak mcm sampah... UMNO jugak yang disalahkan.. senang betul ekk.. ape benda tak betul semua salah UMNO.. hehehe.. kelakar.. betul2 kelakar...ops.. aku lupa... PR tak kira dari parti mana semuanya maksum.. dijamin ke syurga... patut la hamPAS buat main2 hukum hudud... baru kena sergah dah kecut... kalau sembang langit pun runtuh...
akai ada kaa...
Apa sebenarnya yang di namakan Negara Islam ini?
Adakah sebuah negara yang undang-undang nya mengikut aliran Mazhab Syafi'e di kira sebagai Negara Islam? Atau pun mengikut Mazhab Hanafi? Ataupun mengikut Wahabi? Atau pun yang mengikut Syiah?
Mohon siapa yang lebih arif untuk jelas kan.
Saya biasa mendengar syarahan dari ulama-ulama wahabi tentang wajib nya kita mendirikan sistem kekhilafan atau negara Islam sedunia. Itu memang cita-cita mereka. Jadi bagaimana dengan Republik Islam Iran? Adakah mereka juga akan dipaksakan tunduk mengikut Khalifah Islam dari kalangan Wahabi atau Sunni?
Dan dalam konsep negara Islam sedunia itu, jika Khalifah nya adalah dari kalangan Wahabi, adakah akan dibenarkan Iran untuk menjalankan undang-undang mengikut aliran Syiah seperti sekarang? Padahal umumnya mengetahui bahawa Wahabi ini paling lantang mencerca dan memaki Syiah sebagai sesat lagi menyesatkan.
Belum lagi di kira untuk soalan, bagaimana kita nak pilih Khalifah. Melalui demokrasi? Kalau macam itu, orang Sunni akan dapat jadi khalifah setiap kali. Atau melalui satu Majlis Syura yang terdiri dari Ulama-ulama? Kalau melalui demokrasi, bolehkah yang bukan Islam mengundi sekali?
Belum lagi di kira negara yang penduduknya majoriti bukan Islam. Bukan kah kalau kita percaya bahawa kalau undang-undang Syariah ini sesuai untuk semua tempat dan semua orang, maka wajib kah kita tuntut negara Belanda contohnya untuk amalkan Syariah jugak?
Kalau kita kata tak wajib pergi demand negara Belanda laksanakan Syariah, tak ka sama saja kita kata Syariah ini cuma sesuai untuk sesetengah tempat saja? Bukan kita kata percaya Syariah wajib pada bumi Allah tadi? Dan kalau kita demand negara ini laksanakan Syariah, kalau negara tu cuma gelak kat kita, bagi tau kita jangan masuk campur tangan hal diaorang? Kita nak buat macamana? Kena pergi perang ker sampai dia kalah dan laksanakan syariah?
Saya percaya Allah mempunyai sebab kenapa dia takdirkan ada yang jadi Islam, ada yang tak. Banyak sangat benda kita tak tahu. Bila Nabi Adam alaihisalam hendak diciptakan, Malaikat pergi tanya kenapa nak cipta species yang akan melakukan dosa, maksiat dan pembunuhan.
Malaikat awal-awal tahu manusia akan buat apa, belum cipta Malaikat pun dah boleh teka manusia perangai macamana. Tapi Allah kata "aku tahu apa yang kamu tak tahu". Ah, malaikat boleh tau future, boleh tau manusia akan buat apa sebelum manusia di cipta lagi. Tapi rupa nya masih banyak Malaikat tak tau.
Jadi siapa di sini nak angkat tangan bagi tau apa sebenarnya perancangan dan kehendak Allah? Kadang-kadang saya pun pandai takut tengok orang-orang agama ini.
Sambungan dari posting panjang saya tadi:
Siapa yang arif tolong jelaskan. Betul ka wajib kita dirikan Negara Islam yang laksanakan Syariah? Bagaimana dengan di negara yang penduduknya majoriti bukan Islam, adakah kewajipan untuk menuntut terdirinya negara Islam itu gugur? Kalau gugur kewajipan itu, maknanya Syariah Allah cuma laku di sesetengah kawasan saja lah dan ikut sesetengah keadaan saja.
Ataupun artikel Raja Petra yang betul? Yakni tidak disebut pun kewajipan dirikan Negara Islam di mana-mana pun. Memang ada disebut tentang hukum hakam, halal dan haram tetapi bukan pada peringkat wilayah? Adakah untuk dipraktikkan secara individu seperti sekularisma ajar?
Memang riba haram dan siapa yang makan riba akan berdosa. Tapi wajib atau tidak negara mengenakan hukuman ke atas pemakan riba? Ataupun hukum ini satu guideline untuk orang Islam, dan kalau tak ikut akan dibalas di akhirat tapi bukannya di dunia.
Yang mana satu ni? Siapa yang arif cuba jelaskan.
hang cakap pasai UMNO ja Satira, yang kat Kedah nun taknak cakap plak? Bile menang terus cakap taknak buat hudud, pa cita?
Kita (org Islam) sepatutnya berbangga dgn limpah kurnia Nya diberi hidayah atau (lahir beranak sebagai islam) tp mengapa kita (depa) yg berkuasa takut (nak jaga hati org bkn islam kunun) nak laksana hukum2 Allah yg memang kebanyakan kepimpinan tahu hukum2 islam? Di negara kita, kuasa POLITIK adalah hak org melayu/islam..gunakanlah kuasa yg Allah beri tu..memang kuasa EKONOMI depa (cina) kuasai tp depa boleh ka nk lawan dgn kuasa politik pemerintahan? Kuatkuasakan peraturan dari segi perniagaan dan lain2,jgn bagi depa je nak monopoli. Sebenarnya...bukan tk boleh buat tp semua (depa tu) nk kedarah RASUAHHHHHHHHHHHHHHH
Aku pun tak baca lagi artikel raja petra tapi berdasarkan yang di fahami dari yang pak bakar simpulkan ingin aku menasihat kan raja petra and his followers tulis lah apa yang anda tahu jangan merapu benda benda yang hampa kutip tepi jalan.Badwi Pas
Kenapa buat saolan bodoh macam tu...
Atau Kenapa tanya saolan bodoh macam tu..
Kota Bharu-02/10/09:- Warga emas rogol anak kandung OKU sehingga hamil. Bapa haruan dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun serta 20 sebatan- Metro. Inilah kesan kerana terlalu banyak ceramah.
RPK cerdik dalam membaca masyarakat, berpaksikan akal. Tapi menterjemahkan Islam tidak boleh dgn akal. Sbb itu dia cerdik dlm bab lain, tapi bodo dalam memahami Islam.
Ada ahli UMNO yg cerdik, masuk UMNO bawa lari kekayaan negara. Bawa anak bini pi disneyland, buah rumah besar2. Yg bodo....sokong membabi buta, apa pun tak dapat.
Dr M pun dok melalut sekali lagi dlm menterjemahkan Islam. Dia kata itu takdak ini takdak dalam quran. Yg jelas ada pun dia tak buat.
OK lah tu apa nak dipertikai si RPK yang tak diketahui jantina dan lari malam ikut kapal selam tu.....Kan kah tulisan dia selalu menjadi rujukan dan bahan hujah pemimpin,ahli2 PAS, PKR, DAP dan lain2 penyokong pembangkang juga Bakaq Haq dan kawan2 blogger yang sewaktu dengannya. OK lah sokonglah RPK tu....jangan pertikai apa2, nanti susah pulak bila nak guna tulisan dia sebagai hujah hampa semua dimasa depan. Sokonglah! Sokonglah lagi....
kepada anony umno2 tu jangan la kalut. nanti pakatan boleh kuasa and stability hampa tibai la smau maunya kalau depa tak bikin apa yang depa cakap.la ni yang pegang kuasa dah dekat setengah abad ialah umno.maka segala tahi2 ni umno punya pasai.kecelaruan hampa dan rpk dan pas pun umno punya pasai.legasi umno sangat kuat mencengkam suluruh urat nadi malaysia.semuga umno mampos cepat2
Katakan
Tidak! kepada UMNO
Tidak! kepada PAS
Tidak! kepada PKR
Melayu hari ini mesti kembali bersatu
sebagaimana telah bersatunya orang-orang Melayu dahulu di atas landasan perjuangan PEKEMBAR ketika menentang Malayan Union.
Ingat !!!
Bersatu kita teguh
Berpecah belah
Melayu pasti hancur! Sila Layari laman Web www.warispekembar.blogspot.com
salam.
Haruan makan anak bukan masalah ceramah, masalahnya tolak dan tak nak dengar hukum Allah
Berani kamu hentam RPK?
Kamu semuanya bodoh dan tidak pandai menggunakan akal.
Mana boleh RPK tidak betul!
Ishh.. RPK tu pun ulamak juga. Kalau tak, takkan la Pak Bakar selalu refer artikel Malaysia Today, especially pasal Altantuya.
Kalau org munafik tu, memang la kita kena check dulu apa yg dia tulis sebelum siarkan.
Tapi, kalau si RPK ni, 100% betul kot? Apa yg saya tahu, byk tulisan mencerca Islam dlm Malaysia Today tu, cybertrooper UMNO yg tulis. Aikss.. UMNo lagi.
Tak tahulah saya. Tak paham ckp org putih. Nasib baiklah, Pak Bakar boleh translatekan.
Husen
kalau tak pandai agama pergilah belajar berguru..
ramai yang bercakap dan belajar agama islam dengan akal dan pembacaan semata-mata tanpa guru yang mursyid seperti SIS
Kota Bharu-03/10/09 - Budak 13 tahun gantung diri sendiri.
Biasalah Pak Bakar.
Dia percaya je RPK tu, walau member tu orang panggil masuk court present case, mane pernah dia nak. Katanya, takut kena seksa la, court tipula bla bla bla. Dia tak tahu, Anwar yang berlambak bukti liwat tu pun boleh lepas hanya dengan sebab silap tarikh dalam pertuduhan.
Allah dah berfirman supaya check dulu berita-berita yang dibawa, terutama oleh orang yang dikhuatiri munafik bla bla bla, tapi orang macam Pak Bakar ni mana nak dengar firman Allah. Dia cuma sokong firman PAS dalam fasal 5 tu je.
Dari dulu sampailah sekarang, duk jaja cerita Altantunya dengan sebab nak burukkan Najib. Dahla tak tahu hujung pangkal, bukti tak ada pastu member pun dah sumpah wallahi kata tak kenal, nak juga sebar fitnah ni.
Kalau kau tanya aku, ni bukan kerja orang yang ikut Firman Allah ni. Kena ingat Pak Bakar, firman PAS tak boleh dibawa ke syurga. Firman Allah, boleh.
Kalau nak kutuk UMNO, silakan (dengan adanya bukti) sebab UMNO ni parti politik aja. Tapi, jangan korbankan Islam dengan sebab nak menyokong PAS.
www.malaymind.blogspot.com