Ketika bersembang di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar semalam, seorang pengundi berbangsa India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia memberitahu saya dan dua ahli PAS yang bersembang dengan saya bahawa beliau tidak ada masalah untuk mengundi PAS.
"But not Hassan Ali. That fellow 'main wayang'," kata beliau yang sangat membenci Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Restoran Thaqwa ialah tempat kutu ini selalu melepak. Di situlah saya mendapat banyak maklumat (maklumat kedai kopi pun maklumat juga).
Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya dapat. If anybody wants to shoot the messenger, please feel free to do that.
Di restoran itulah juga beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dok cari-cari mana satu bakaq a.k.a. ~penarik beca sebelum menjejaki saya hingga ke rumah dan kemudiannya menangkap saya (mangkok sungguh, macam mana aku tak sedaq hampa dok follow aku. Cekap hampa. Memang la, polis).
La ni saya dok tertanya-tanya, katakanlah (sekali lagi, katakanlah) Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat seperti orang-orang Jepun menolak Liberal Democratic Party (LDP) dan Pakatan
Rakyat (PR) memerintah, adakah aku tak akan kena tangkap? Ah, kalau saya dikafirkan oleh beberapa orang kerana mengkritik PAS (dan saya percaya, saya tidak akan dikafirkan jika tidak berbuat demikian), tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku (gambar saya dalam gelap ada di sebelah jika polis di bawah kerajaan PR nak tangkap saya nanti manakala gambar Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar pula ada di bawah - tapi sign board dia pi tulis cawangan Sri Gombak pula).
Saya juga tak nampak apa perbezaan antara pemerintahan Umno dan pemerintahan pembangkang kini jika berulang apa yang berlaku di Kedah sekarang. Yang bertukar hanya orang, yang lain tak ada apa yang nak dibanggakan. Sama macam Umno atau mungkin lebih teruk lagi sebab Umno tak bersyarah atas nama Islam.
Kerajaan yang dipimpin oleh PAS tetapi tidak melakukan perubahan yang sepatutnya, berdalih tak habis-habis dengan hujah-hujah dari diri yang perasan terlebih kononnya orang tak boleh dan tak berani pangkah cakap dia serta tak puas-puas membodoh-bodohkan ahli-ahli PAS kononnya "depa tu kenuri ja reti" - kerajaan seperti itu tak ubah seperti orang Umno yang memperkenalkan diri dengan kad keahlian PAS.
Mengenai perubahan, seorang kawan memberitahu saya, jika PAS pakai dok harap kat Datuk Seri Anwar Ibrahim ja dan tidak menuntut dilakukan perubahan habis-habisan serta melaksanakan institutional rules kepada badan-badan seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga badan-badan yang menjaga kepentingan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tak ada beza Umno perintah ka, sapa perintah ka.
Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri atau menteri serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika badan-badan seperti kehakiman, SPR dan SPRM terus merengkok di bawah cengkaman Perdana Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri, siapa pun jadi Perdana Menteri, beliau dijangka akan membikin celaka seperti sekarang.
Berkaitan:
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat (Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)
Malaysia rated 47th least corrupt, Penang praised (Malaysian Insider 24/9/09)

"But not Hassan Ali. That fellow 'main wayang'," kata beliau yang sangat membenci Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Restoran Thaqwa ialah tempat kutu ini selalu melepak. Di situlah saya mendapat banyak maklumat (maklumat kedai kopi pun maklumat juga).
Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya dapat. If anybody wants to shoot the messenger, please feel free to do that.
Di restoran itulah juga beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dok cari-cari mana satu bakaq a.k.a. ~penarik beca sebelum menjejaki saya hingga ke rumah dan kemudiannya menangkap saya (mangkok sungguh, macam mana aku tak sedaq hampa dok follow aku. Cekap hampa. Memang la, polis).
La ni saya dok tertanya-tanya, katakanlah (sekali lagi, katakanlah) Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat seperti orang-orang Jepun menolak Liberal Democratic Party (LDP) dan Pakatan
Rakyat (PR) memerintah, adakah aku tak akan kena tangkap? Ah, kalau saya dikafirkan oleh beberapa orang kerana mengkritik PAS (dan saya percaya, saya tidak akan dikafirkan jika tidak berbuat demikian), tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku (gambar saya dalam gelap ada di sebelah jika polis di bawah kerajaan PR nak tangkap saya nanti manakala gambar Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar pula ada di bawah - tapi sign board dia pi tulis cawangan Sri Gombak pula).Saya juga tak nampak apa perbezaan antara pemerintahan Umno dan pemerintahan pembangkang kini jika berulang apa yang berlaku di Kedah sekarang. Yang bertukar hanya orang, yang lain tak ada apa yang nak dibanggakan. Sama macam Umno atau mungkin lebih teruk lagi sebab Umno tak bersyarah atas nama Islam.
Kerajaan yang dipimpin oleh PAS tetapi tidak melakukan perubahan yang sepatutnya, berdalih tak habis-habis dengan hujah-hujah dari diri yang perasan terlebih kononnya orang tak boleh dan tak berani pangkah cakap dia serta tak puas-puas membodoh-bodohkan ahli-ahli PAS kononnya "depa tu kenuri ja reti" - kerajaan seperti itu tak ubah seperti orang Umno yang memperkenalkan diri dengan kad keahlian PAS.
Mengenai perubahan, seorang kawan memberitahu saya, jika PAS pakai dok harap kat Datuk Seri Anwar Ibrahim ja dan tidak menuntut dilakukan perubahan habis-habisan serta melaksanakan institutional rules kepada badan-badan seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga badan-badan yang menjaga kepentingan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tak ada beza Umno perintah ka, sapa perintah ka.
Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri atau menteri serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika badan-badan seperti kehakiman, SPR dan SPRM terus merengkok di bawah cengkaman Perdana Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri, siapa pun jadi Perdana Menteri, beliau dijangka akan membikin celaka seperti sekarang.
Berkaitan:
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat (Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)
Malaysia rated 47th least corrupt, Penang praised (Malaysian Insider 24/9/09)










Cantik? Klik 






pak bakaq; Aku pun eran ada gak mnatang jaguh2 pas dia buleh buat dek ja sai perjuangan kita.Arap Anwar ja dok kriyau.Azizan lagi haru.deris penerangan tak ktahuan hala.Hasan Ali sangat loqlaq.Lepas tu dok mengaku orang kita pun layak nak jadi PM.Pemilihan muktamar sekali lagi perwakilan2 tolong matang kit masa pilih pimpinan.Inilah bahana dan kerja honaq yang puak trengaanu buat kat PAS.Badwi PAS.
antara masalah pas sejak dulu adalah memiliki ahli yang bersemangat tinggi (yang rela hayun parang kalau itu diarahkan atasan) tapi maklumat sangat kurang. sekali sergah - ghuyup!
kalau tulis dalam blog secara berlapis - harap tak sampai la mesej tu.... alahai!
bab hasan ali - ya, dia banyak menyumbang kepada pas. masa baru2 masuk, ramai orang ikut masuk sebab dia masuk. la ni, menumbang kepada pas pulak. yup, akan ramai meludah kepada pas lepas ni.
Dey Zambry, kopi satu!
PAS macam hilang arah tuju perjuangan politik apabila berpeluk sakan dengan Pakatan Pembangkang, PAS dilihat tidak menerajui sebaliknya dipacu, dan yang paling malang, PAS ditunggangi oleh kawan kawan mereka dari Pakatan yang bukanlah tokoh sangat, berilmu sangat malah ada yang merapu dan samseng sahaja.
Seolah PAS tidak ada tokoh pemimpin untuk smenerajui Pakatan Pembangkang. Jika ini berterusan apalah bezanya PAS sebelum dan selepas bersama Pakatan. Mereka hanya garang dengan UMNO.
salam aidul Fitri untuk Pak Bakaq dan pengunjung blog Penarikbeca.
sekadar berkongsi pengalaman untuk renungan bersama;
pada hari raya ke-3 yg lalu aku sempat bersembang dgn kawan lama org kuat UBN Johor Baru semasa berhariraya kat sana.
kata beliau, masaalah orang melayu sekarang ialah sikap taksub kapada parti politik,
khususnya ahli dan penyokong PAS dan PKR...sikap taksub tu membuatkan minda mereka sempit dan mudah di perbodohkan oleh DAP khususnya diPerak, Selangor, P.Pinang dan Kedah. sikap taksub tersebut telah membuatkan ahli dan penyokong PAS dan PKR langsung tak bersyukur pada UBN....cuma yg dia tak sebut sikap taksub ahli dan penyokong UBN sejak lebih 50tahun menyebabkan rakyat penyokong PAS dizalimi dan didiskriminasikan...beliau juga tak sebut rakyat Kelantan dan Terengganu di zalimi dan didiskriminasikan ketahap yang tak masuk akal apabila wang royalti minyak dirampas dan dinafikan untuk rakyat kedua2 negeri tersebut yang 95% adalah melayu dan islam.
kesian, selepas sebulan berpuasa kawan aku tu masih buta hati dan taksub dengan UBN dan menuduh ahli dan penyokong PAS dan PKR yang bersikap taksub.
Kalau bagi hang bakaq tadbir kedah, lagi punah.
Pak Bakaq,
Tolong tapis-tapis sikit jangan pakai lepas saja. Tak kenai kawan atau lawan. Nii dah jadi dalca.
Bhai Bakaq,
Hassan Ali nih nama dier ader dalam list "mole" gua...
dey!!kopi abih la maca....
teh telungkup ada laaaaa....
Ramai dikalangan PAS orang-orang yang berkebolehan menjadi pemimpin tapi tidak suka menonjol diri, golongan ini wajar diketengahkan menggantikan pimpinan yang ada sekarang.
Pak Bakaq, cakap senang Pak Bakaq...nak buat susah....tak pa la pelan-pelan, baru setahun lebih...kurang-kurang pun apa yang aku nampak (pasai aku pun terlibat) kebajikan rakyat lebih terjaga, sekolah2 agama makin terbela, ustaz-ustazah yang mengajaq pun banyak yang terbela, rasuah tak dak (orang UMNO pun mengaku), ciri-ciri pimpinan Islam Ustaz Azizan ada la nampak sikit2....banyak yang puji (yang kutuk pun ada...macam Pak Bakaq kita)...jadi tak adil la kalau ada yang kata dok sama macam UMNO lagi.....masalah besaq pimpinan PAS kat Kedah la ni ialah nak perbetui kakitangan Kerajaan negeri yang masih dok berkiblatkan UMNO ni....depa ni banyak dok "sabotaj" bagi menampakkan PAS tak mampu nak buat kerja....doakan moga -moga Ust Azizan dan para pimpinan PAS Kedah mampu mengharungi perkara-perkara ni.
Tok sah la dok hentam teruk sangat ...teguq tu biaq ada adabnya....aku heran pasai apa perlu kita pakai perkataan -perkataan tak baguih...teguq tu teguq la....pimpinan PAS bukannya maasum depa pun manusia.
Bab Dr. Hassan ni....Hang pa semua tak nampak ka kat Selangor DAP dan segelintir PKR cuba nak jadi jaguh dan nak halang cita-cita PAS kearah Islam (walaupun agak pelan)...cuba hang pa masuk web-web or blog pro DAP...kiri kanan depa balun Dr. Hassan Ali dan PAS pasai isu ni...jadi digunakan isu-isu arak dan terbaru SELCAT....yang sedih Muslim melayu dan penyokong PAS pun tibai sama tanpa menghalusi isu ni dalam -dalam....main ikut saja...konon pasai "keutuhan" Pakatan...piirah....jangan kita jadi "kuda" DAP dan PKR sudah konon untuk keutuhan Pakatan Rakyat....Islam mesti memimpin perubahan, bukan puak sekular dalam DAP dan PKR!!!!!
Dr. Hassan tak tentang SELCAT, itu jelas...apa yang ditegurnya ialah kaedah SELCAT jalankan siasatan yang bukan nak cari penyelesaian tapi lebih kepada nak menghina dan menjatuhkan maruah...inikah cara Islam yang kita ahli PAS dok laungkan? ataupun benar seperti UMNO dok kata PAS dok terikut cara DAP?...dan ajaibnya SELCAT ni tak ada kuasa apa-apa terutama keatas kakitangan Kerajaan...jadi apa tujuannya, aku sokong SELCAT 100% untuk telanjangkan pemimpin UMNO...tetapi tengoklah caranya.
Akhirnya Dr. Hassan jadi mangsa....digambarkan seolah-olah apa saja tak selari dengan pimpinan DAP dan PKR maka orang tu pro UMNO or "barua" UMNO.
Tolong ingat Dr. Hassan mempertahankan Muslim melayu yang menjadi pegawai kerajaan dari dihina bukan beliau melindungi depa dari kerja-kerja rasuah dulu...dia cuma mintak kaedah siasatan dikaji BUKANNYA mansuhkan SELCAT.
Yang herannya ....Dr. Hassan cuma teguq dalam media tetapi YB Teng "speaker yang pernah kena penampaq" ni bila melalak cerca Dr. Hassan kat media dan pertikaikan "kesetiaan" Dr. Hassan tak dak sapa pulak dok tibai.
Pikir-pikirkan lah wahai sahabat2 semua.......
Muktamar al-baghdad. (moral pemenrintah ngan ulamanya ada jalinan yg elok) nampak x kerjasamanya..... Kalau nak kata ilusi??? hmmmm....
Hassan Ali ni punya Ego yang tinggi dan pernah dalam satu ceramah diTaman Melewar dulu dia kata orang ada PHD ni ilmunya sudah sampai keatap.Tak heiranlah disudut hati kecilnya Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor - dikira tak setaraf dengan dia.Itulah sebabnya hasrat dan keinginan nak jadi MB Selangor tu sentiasa membara didadanya.Sebagai seorang pemimpin Islam Hassan Ali ni lupa bahawa Saidina Abu Bakar,Omar,Othman dan Ali tak ada pun PHD begitu juga Omar Abd.Aziz dan juga Imam yang empat.
Kalau nak tegur pun soal SELCAT tak bolihke jumpa Tan Sri Khalid cara senyap-senyap tak payahlah nak buat sidang akhbar - bukankah kita sama-sama dalam Pakatan Rakyat.Hassan Ali punya agenda yang tersendiri - tak payah sembunyikan,semua orang Selangor tau.
Ini pendapat dgn ilmu yg cetek dalam politik dan memerhati dari jauh..
Hakikat sebenarnya ialah kita org melayu mudah ditipu atau tertipu, apatah lagi dengan mainan politik. Rakyat mudah ditipu oleh media kawalan BN tapi alhamdulillah dengan pendidikan dan teknologi sekarang ramai dah yang celik mata.
Rakyat ditipu tu taklah teruk sgt sbb diaorang nie bukan orang politik mungkin, cuma pengundi saja. Yg lebih menyedihkan ialah ahli politik yg TERTIPU (atau sebenarnya mereka mempunyai kepentingan peribadi tak tau la..).
Mintak maaf cakap, ramai pemimpin PAS tak pandai berpolitik, kalau tak masakan 50 tahun lebih dibuang begitu saja. Dan minta maaf cakap lagi, kalau tak kerana arus yg dibawa PKR, tak mungkin PAS mendapat sokongan sebegini. Dan momentum Anwar tidak patut dinafikan oleh PAS
Pandai berpolitik bukannya bermakna pandai MENIPU tapi kena ingat THERE IS A GAME WE NEED TO PLAY. PAS selalunya lose a game.
Adalah diterima dan diminta supaya kita ni BAIK apatah lagi dari PAS yg memperjuangkan ISLAM, tapi janganlah sampai dilihat BODOH oleh rakyat atau mengelirukan rakyat yg mudah ditipu oleh media BN.
TGNA is smart bila dia boleh baca dan "nampak" kebangkitan yg dibawa oleh Anwar sbb tu nampak dia menyokong kuat Pakatan Rakyat. Tapi ada dua tiga org pemimpin PAS dok rasa kemenangan atau peningkatan sokongan pada mereka tu disebabkan oleh mereka.
Mungkin itu betul2 sokongan pada mereka tapi jangan la pula sampai nampak "menafikan" faktor luar dan merasakan diri tu hebat.
Jangan PAS (terutamanya Hasan ali) jadi seperti melepaskan ANJING tersepit bila "cuba membela" A POSSIBLE corrupted gov servant.
Jangan PAS tertipu dengan slogan "membela melayu" dari UMNO.
Don't be a stupid politician.
Jangan ada golongan kecil pemimpin PAS jadi bodoh sombang..
To PR's politician;
~ People may have vote you, but they actually vote for changes. Don't think that you are great enough to get our vote if you don't dare (to see and) make the changes.~