Saja boh tajuk dalam bahasa Mat Salon. Cari ayat sesuai dalam Bahasa Melayu tak jumpak. Bagaimanapun, saya bersedia mengubah tajuk di atas agar lebih lunak jika mendapat bantahan keras.
Bukan apa saya boh tajuk di atas, ustaz-ustaz pernah kata, kalau kawan kita nak terjun parit busuk dan puaka, kita larang elok-elok. Dah banyak kali larang dia nak terjun jugak, kita tarik tangan dia dan jauhkan dari parit tu. Tapi, kalau dia terbiang jugak (juga disebut sebagai gatal atau menggelenyar dalam Kamus Bahasa Melayu DBP) nak terjun parit tu, terpaksa la kita penendang kaki dia sekali supaya dia tak larat dah angkat kaki nak terjun parit tu.
mStar Online hari melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan, beliau menyambut baik hasrat Umno untuk mengadakan rundingan dengan PAS demi kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung.
Respon-respon lain adalah:
Apa hal pula si Tontowi ni?? (Al-Bakistani 8/9/09)
Ahli-ahli PAS diminta bersedia ( 8/9/09)
PAS pula kenakan syarat berunding dengan Umno (Malaysiakini 8/9/09)
PM: Umno tidak akan gadai maruah (Utusan Malaysia 8/9/09)
Nik Aziz tolak sebarang rundingan dengan UMNO
Bukan apa saya boh tajuk di atas, ustaz-ustaz pernah kata, kalau kawan kita nak terjun parit busuk dan puaka, kita larang elok-elok. Dah banyak kali larang dia nak terjun jugak, kita tarik tangan dia dan jauhkan dari parit tu. Tapi, kalau dia terbiang jugak (juga disebut sebagai gatal atau menggelenyar dalam Kamus Bahasa Melayu DBP) nak terjun parit tu, terpaksa la kita penendang kaki dia sekali supaya dia tak larat dah angkat kaki nak terjun parit tu.
mStar Online hari melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan, beliau menyambut baik hasrat Umno untuk mengadakan rundingan dengan PAS demi kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung.
"Dalam Islam sememangnya kita dituntut untuk mengadakan perbincangan demi menyelesaikan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan.Parti politik tak ada kepentingan politik? Tak ada niat untuk meraih sokongan menghadapi pilihan raya? Orang Putih kata, dont talk crap.
"Tapi walaubagaimanapun kita berharap Umno ikhlas dengan hasrat mereka itu, jangan pula ada maksud yang tersembunyi untuk kepentingan politik... ataupun untuk raih sokongan menghadapi pilihan raya" (Baca selanjutnya dalam berita mStar Online hari ini bertajuk "Perpaduan Umat: Pemuda PAS cenderung; Naib Presiden minta Najib buktikan dulu")
Respon-respon lain adalah:
Sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya (kepada dasar Islam) supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat. (Baca selanjutnya dalam berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Nik Aziz: Terima kasihlah saya tidak minat")Berkaitan:
Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno (Baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily hari ini bertajuk "PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman")
Apa hal pula si Tontowi ni?? (Al-Bakistani 8/9/09)
Ahli-ahli PAS diminta bersedia ( 8/9/09)
PAS pula kenakan syarat berunding dengan Umno (Malaysiakini 8/9/09)
PM: Umno tidak akan gadai maruah (Utusan Malaysia 8/9/09)
Nik Aziz tolak sebarang rundingan dengan UMNO
Sinar Harian (8/9/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.
Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.
“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, adalah lebih baik tiada rundingan di antara kedua-dua parti.
“Berunding apa, kalau dia nak jaga Islam lebih baik dia buat seperti mana yang saya sebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar menampakkan kita ini ikhlas dengan Islam.
“Senang tak ada apa. Kelantan telah hidup lebih kurang 20 tahun dah di bawah dasar Islam. Dasar Islam salah satu yang kami buat ialah kami tukar pemikiran rakyat daripada jadi ‘Pak Turut Eropah’ kepada ‘Pak Turut Nabi Muhamad SAW’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Najib pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai yang mengatakan UMNO sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan umat Islam negara ini.
Ketika diminta mengulas peruntukan sebanyak RM8.9 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terima kasih di atas peruntukan itu.
“Terima kasih kepada pihak kerajaan pusat yang telah menolong Kelantan di dalam pelbagai bidang kerana itu adalah kewajipan kerajaan pusat," katanya.
Perdana Menteri kelmarin dilaporkan meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manik Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai, 14 Julai lalu.










Cantik? Klik 






tak menarik langsung kisah pemuda PAS ni tuan bakaq... sebabnya.. dah diketahui UMNO mana ada Ikhlasnya..(sejarah).... betul Islam mengajar untuk berdakwah.. dengan berhikmah dan bijaksana... bukan dengan berkhidmat dan dipijaksana...ini satu bentuk yang kurang baik... kita dah setuju agar dengan mereka ini cerai Mati.... janganlah ... hentikan lah.. jemudah... lamadah.. serikdah...dah dah lah tuuu....
memang tak sebulu ngan sekoq ni,dia ni anak tantawi ke anak tantuya?yang atas pagar baru nak beralih arah kebulan akan terus menoleh kegerembolan.penat lelah orang yang tak ada kedudokan dalam bulan untok menyemarakan sokongan luloh dek perangai sekoq dua dalam bulan ni.dari saat ni sukarelawan macam kami tanpa kepentingan pangkat serta imbuhan hanya berbekalan demi maruah,prinsip dan keadilan saja mengangkat dua belah tangan hi! hi! bye! bye!bulan !.to be with known enemy is better than with a friend like these goons in bulan.teramat disgusting,apa dengan so called keilmuanya mereka boleh bersikap lepas pandang dengan golongan yang macam kami?melihat mendengar dan memangkah[mengundi]perjuangan apa kebendanya sekejap begitu sekejap begini.perlu ingat suara kami[rakyat] suara keramat.
Masih lagi nak sangka baik terhadap UMNO???
Kah kah kah...
Ape punye turrr
PAK BAKAQ..nampak gayanya ada orang yg masih tak faham-faham lagi,itu hari dah kena seligi masih tak cukup lagi ka...nak kena lagi..??,seronok ka buat lagu tu,...masih lagi tak serik-serik, degil betoi budak ni...cakap cara baik tak faham...cakap cara kasaq pun tak faham, nak cakap cara apa lagi pak bakaq oi...nak kena sepak keluaq kot baru nak faham....hemmmm (dah kena ubat guna-guna kot...?? ) hentah lah pak bakaq saya tak tahu nak cakap apa lagi.
Nak jadi pemimpin tapi bodoh. Dah la tu. Diam je kalau ada orang provoke. Kalau tak letak jawatan. Bagi yang hardcore jadi pemimpin.
Bakaq,
Jawapan TGNA adalah yang paling jelas mengenai pelawaan UMNO kali ini. Sebenarnya NTR mempelawa PAS untuk berbincang untuk sama-sama pikul beban ekoran kes demo kepala lembu dan kes maki hamun dan carut mencarut dalam majlis dialog kat dewan bankuet MBSA sabtu lepas.
Disinilah kita akan tengok sapa pempim PAS yang cerdik dan siapa yang bodoh. Yang bodoh aku dah nampak seorang dah. Kepadanya aku syorkan dia masuk pemuda UMNO dan KJ boleh lantik dia jadi EXCO Biro Ugama Pemuda UMNO Malaysia.
Jangan jadi bodoh. Tak ada beban, cari beban nak tolong pikul.
bat8
betul... betul...
apa punya tuurrrrr la brader tuh!!!!!!
Awatla ketua pemuda hampa tu kemaruk sangat..Dulu aku kata pejatuh buang dia tuu...dia gheti ka politik ni..atau dia ni orang pahang sebelah johor tu yang dok pikiaq pasai melayu islam, islam melayu... biq aku kata ass,, AWAT HANG MANGKUK SANGAT.. orang politik x dak agenda politik lagu mana. hang x dak agenda politik kot.. kalau macam tu letak jawatan lah...
btul tu pak bakaq!
mane ada parti xde niat kepentingan dalam politik!!!!
parti islam pun ada kepentinagn cuma berbeza dengan parti sekular
parti islam mstilah tujuanye tiada lain untuk mermartabatkan islam dan
syariatnya dimuka bumi ini berbeza dengan sekular
bleh jadi untuk kepentingan diri,keluarga,kroni n lain....
http://sangkluang.blogspot.com/
Aku rasa dia tu nak jadi her mcm mahmood abas kot. Bila israel ajak runding & berdamai sentiasa setuju. Tapi sampai skrg tak damai2. Bodoh betul... masuk UMNO je lah...
nasaruddin tantawi,
ustaz apa tak leh baca between the lines ni? takkan bab agama pung tak faham, dah lah selekeh bab politik. kan piem dah kata jangan sentuh akidah parti umno? maknanya orang umno pakai dua akidah kalau dia islam, satu akidah islam, satu akidah umno yang piem dok pertahan tuh!
buka minda nasaruddin, jangan nyusahkan orang. kalau rasa tak mampu, tak faham, pi belajar dulu, sementara ni letak jawatan tuh, menyampah!
hang patut ajak orang umno fikir, di bulan baik ni, supaya perbetulkan akidah mereka. mana boleh pakai dua, takkan yang semudah itu pun hang takleh beza. hang lulusan agama. patut terror la bab agama ni. politik taksah cite, memang hang kaput!
you better sut up, coz when you talk, you utter nonsense, damaging to pas. hang gi buat amal banyak2 di akhir 10 ramadhan lagi baik dari dok buka mulut sambut 'ajakan' palsu umno. bila umno tak dak agenda politik? yang aku nampak, hang yang takdak. ketua pemuda habihkan bogheh, hang!
hussin abdaziz
aik tak kan tak tau umno mana pernah ikhlas
Tak payah nak ruinding2 lah..Perangai ni mcm setan, berselindung disebalik Melayu dan perkauman. Jgn lupa apa yg dah di buay oleh UMNO sebelum ni. Perangai jijik, jenis menatang mcm ni jgn dok biat kawan. Kita berbeza dr segi politik dgn UMno tetapi kadang2 UMno lupa akan istilah politik. Mereka lebih gemar kepada assabiyyah Melayu dan tiupkan sentimen perkauman. Yang rugi sapa? Melayu. Melayu dirugikan dgn dasar2 UMNo selepas pilihanraya 1999, sekarang Cina dgn Hindu pulak dihina selepas pilihanraya 2008. Ni lah perangai jijik UMno!.
Saya masih ingat ucapan Tn.Hj. Mohd Sabu dalam parlimen selepas pilihanraya 1999, dia kata,
"Hari ini mereka (rakyat)Pas, esok boleh jadi mereka UMNo, hari ini mereka UMNo, boleh jadi esok atau lusa mereka PAs atau Adil. Tetapi kita tgk, setiap kali pertarungan antara PAS-UMno, orang Melayu di rugikan. Kita (PAS) nak pada perpaduan, nak bersatu padu tetapi atas nama perpaduan orng Melayu dirugikan. Atas nama perpaduan kita tutup Sek.Agama rakyat, atas nama perpaduan kita sekat royalti minyak di negeri Melayu, atas nama perpaduan kita tutup MRSM di negeri Melayu, bela Melayu apa mcm ni? Ni haprak! "
Itu antara ucapan Abg Mat dlm parlimen, apa komen YB2 UMNO?? Apa khabar org2 UMNo??
ni ustad ka tepung kastad?...arap serban melengkar macam tahik lembu cepat sungguh respon..kalau ingin sangat pi masuk umno lah senang cerita.ubah dari dalam kalau rasa nak sangat. khak tuih...
Pak Bakaq...
Awat yang ketegaq betuii ketua pemuda pas ni...dah banyak kali u"moron"o duk pasang perangkap dahh...awat yang mangkuk hayun duk masuk lagi..uishhh...TGHNA awai2 dah responed...this is bloody 'lapuk' issue...yang hang duk tak parallel dgn TGNA tu nak wat lawak bodoh lagu bahalol mana.....hang pikiaq la sket...Najib pi manik urai bagi allocation 8.6 juta then masa berucap dia pasang perangkap...ini sume agenda politic syeikh!!!!....lagi satu hang kena ingat 1Malaysia dah tercemar dek kerana demo berotak lembu di Shah Alam nunnn....tambah lagi nak GE kat Bagan Pinang nanti ni...atas sebab itu Najib ni duk pasang perangkap ni lagi....yang hang tak boleh baca tu apa pasai...kalau hang rasa nak BYPASS sume ranking dalam pas ni...its better u get the hell out from PAS la....there is a lot of competence and reliable people in PAS for ur post tau tak....hang kena ingat tu....
Tak guna satu sen pun kalau kitab-kitab hanya dipikul dalam kepala (ibarat keldai dalam AlQuran) tapi tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk perbuatan/tindak-tanduk yang mencerminkan kebijaksanaan..
Lebih teruk lagi kalau bergelar pemimpin dan berimejkan ulamak. Rosak habis kesatuan dan punah-rabak keyakinan..
Betul kata orang lebih senang menghafal dari berfikir..
Aku setuju dengan statement UMNO parti politik dan setiap benda yang dibuat ada kepentingan politik. Begitu juga PAS pun adalah parti politik maka setiap benda yang dibuat ambik ikut acuan politik bukan islam. Islam cuma jadi alat saje buat PAS..
Gadai le ape kau nak gadai
salam pak bakar..,dah ramai yang bantah cadangan ni..sebelum ni ust.nasa..
ni ustaz nasruddin pulak yang nampak ade jalan rundingan nak memartabatkan sistem islam.. tapi yang kita tau kalau betul2 umno nak memartabatkan islam dia pun boleh buat sendiri pasal diaorang yang buat dasar kat malaysia ni..jadi xkan xboleh nak pikir ape tujuan umno beria-ia sangat nak ajak bincang skang ni..mase umno tangah menang banyak kerusi ade x pm mase tu sanggup malukan muka nak ajak pembangkang berbincang..
PAS sedia runding dengan Umno isu kepentingan rakyat
PAS tidak akan mengadakan sebarang rundingan termasuk kerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan pada masa depan tetapi sedia berunding sekiranya ia berkaitan isu kepentingan rakyat, kata setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali.
"Dalam konteks politik dan membentuk kerajaan, PAS sudah ada polisi untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan sudah menguasai beberapa buah negeri, (maka) kerjasama politik dengan Umno tidak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di ibunegara hari ini.
Mustafa berkata, PAS sedia mengadakan rundingan dengan Umno sekiranya ia berkaitan dengan isu kepentingan rakyat dan melibatkan kerajaan negeri dan pusat seperti perbincangan Majlis Tanah Negara berkenaan pembangunan sesebuah negeri di bawah pemerintahan PAS.
"Rundingan itu boleh diadakan juga jika ada kepentingan masyarakat umum dan negara, PAS boleh dengan sesiapa untuk bincang soal negara ini seperti isu Palestin, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tapi dari sudut kerjasama PAS dan Umno dalam politik, tidak," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekalipun.
Mengenai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Mustafa berkata jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini bagi membincangkan persiapan parti itu mengenai calonnya.
"Calon adalah dari Negeri Sembilan bukan dari luar negeri itu, kita ada ramai calon," katanya.
Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan hari pengundian pada hujung minggu bagi menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi.
Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Nor daripada BN Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.
Azman, 54, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail, dengan majoriti 2,333 undi (Malaysiakini 9-9-2009)
Salam untuk semua.
baca dan faham apa yang ustaz Nasruddin tantawi kata. ada otak pikirle. Jangan main hentamje. Dia sedia bekerjasama dengan umno dengan syarat tiada kepentingan politik.bekerjasama untuk kepentingan rakyat bukan bekerjasama dalam politik. TGNA pun ada cakap macam tu. Untuk bekerjasama dalam politik kirim salamjelah. Tapi demi rakyat takpa seperti ppsmi dll. .Lain kali sebelum kutuk orang dalam bulan posa ni fikir dulu.
Merujuk perlembagaan, orang Melayu ialah orang melayu yang WAJIB beragama Islam. Seseorang itu BUKANLAH dipanggil melayu sekiranya dia TIDAK beragama Islam. Inilah SATU-SATUNYA PERJUANGAN KAUM DI DUNIA YANG ADA ISLAM SEBAGAI SYARAT (Rujuk sendiri perlembagaan Malaysia la sedara, takkan 52 tahun Malaysia merdeka pun tak tahu?)
Jelasnya, perjuangan Islam versi UMNO ini tidak menghalang Islam cuma ia lebih spesifik untuk orang Islam yang Melayu. Ini kerana, setiap kaum lain di Malaysia juga punya parti kaum mereka sendiri. Ini adalah peninggalan penjajah yang bukan mudah nak diubah.
Hatta PAS di Selangor pun masih gagal nak menutup kilang arak yang dibuat kerana itu 'peninggalan BN'. Kalaulah 'peninggalan BN' itu pun dah rasa susah, takkanlah 'peninggalan penjajah' itu lebih mudah?
Kesimpulannya, kalau tak mahu rundingan dengan UMNO, tak apalah. Tapi, jangan kata tak mahu runding sebab dasar kebangsaan yang SEBENARNYA untuk kebaikan orang Islam juga.
Seperkara lagi, rundingan bukan bererti mengalah. Mereka yang berbincang tidak semestinya wajib bersetuju.
Mengalah ialah apabila sanggup untuk tidak meletakkan misi menubuh negara Islam apabila berunding dengan mereka yang tidak mahu Islam.
Mengalah ialah apabila sanggup ketepikan Hudud kerana takut orang bukan Islam marah tetapi sanggup pula pertahankan Hudud sebagai modal nak berperang dengan saudara seIslam.
Mengalah ialah apabila sanggup tidak mahu berunding dengan saudara seIslam kerana dasar bangsa mereka, tetapi sanggup pula berunding dengan bukan Islam WALAUPUN dasar mereka MENOLAK ISLAM.
p/s Tentang perpaduan UMNO-PAS di Kelantan yang tak jadi dulu, silalah rujuk sejarah dan mereka yang terlibat dengannya. Waktu itu, bukan perbezaan dasar yang telah memecahkan perpaduan, tetapi lebih kepada perpecahan pemimpin PAS dan pemimpin UMNO.
Pada waktu itu, UMNO kata PAS hanya pentingkan kroni sendiri dalam skop pentadbiran mereka dan PAS pun kata yang sama. Ia berlaku kerana kebodohan pemimpin waktu itu baik di pihak UMNO atau PAS.
Buat kajian sendiri mengenai kerjasama BN-PAS ini sebelum komen membuta tuli.
meow...ni royalti..
meow meow...ni makan royalti ni...
meow...
Sinar 9/9/09 MB kedah sedia bubar DUN, beranikah tantawi ni bubar JK pemuda buat pemilihan lain..... nak masuk UMNO masuk sajalah...
tak nak kerjasama dengan UMNO sebab UMNO mempertahankan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. nasib baik DAP ngan PKR sokong dasar Islam kan Bakaq, sbb tu PAS boleh kerjasama.
P/s: teringat kate2 karpal sigh, over my dead body..
Nampak sangat dalam PAS 'demokrasi' celaru terus menular, Nik aziz pun ulang isi yang lama, basi dan akhirnya mual dan loya tekak oleh pengikut sendiri. Tak ada langsung idea segar macam ikan tok bali..
Elok UMNO istihar perang dengan PAS habis habisan.
inilah sejarah dalam pas dapat ketua pemuda mangkok hayun
Nasruddin nih sandarkan dirinya (Tantawi) kepada Tanta (nama sebuah lokasi di Mesir tempat pelajar Malaysia khususnya puak PMRAM duk sedap tidur di sana dan tak masuk kuliyyah). Kalau setakat pelajar Malaysia lepasan al-Azhar tuh aku tak heran langsung...memang kelotok nyior....hampas pun tarak!!!
Nak ngutuk orang jangan lah sampai kutuk tempat menuntut ilmu orang.. bumi Mesir, bumi para nabi, jangan kutuk sebarangan syeikh. Bukan semua yang duk kat sana tido.. Hang banding dulu ilmu hang...
Yang dipetingkan royali minyak, perintah negeri tapi tak pandai cari hasil. Takut hasil bumi dan diselewengkan untuk kepentingan peribadi.
amno nak runding dgn pas? kalau ada org pas setuju memang ngok hehehehe. pada teman kerajaan federal layan dulu kerajaan kelantan dgn adil dan bermaruah. tak payah le ckp benda merapu ni. kapasiti sebagai kerajaan federal pun tak boleh berlaku adil apalagi atas kapasiti sbg parti.
malaymind,
hahahaha lawak la hang quote perlembagaan malaysia tu. mcm hang sorang ja tau. jadi lina joy sekarang ni bangsa apa? kalau satu hari nanti 50% melayu di malaysia tak mengamalkan cara hidup islam adakah takrifan melayu tu turut berubah?
kalau samyvelu melayu memeluk islam jadi melayu ke si samy tadi hahahaha. hang jgn le taksub sangat nak kaitkan melayu dgn islam tu. org putih yg gubal perlembagaan malaysia tu ada niat tersirat berbuat begitu.
Salam Bakaq.
Apa-apa perpaduan ka,kerjasama ka........belajar dari sejarah.
Dasar Umno/BN apa ?
Ambil hak rakyat untuk kroni,anak bini..........
Sedangkan mantan TPM diberi penerajang apa hal pulak ahli PAS dan orang lain......?
Depan mata bakaq.......tanggal serban untuk kepentingan anak dalam hal pelajaran.....
ni yang ramai dalam kalangan PAS.
Jadi apa isu ?
Kepentingan diri !.........ni yang sebenar beria-ia nakkan perpaduan.
Apa susah-susah berjuang menegakkan AD-DIN......
Ahli PAS yang ramai boleh kutip RM1 atau RM5........wajibkan !
Lepas tu serah pada sapa-sapa yang nakkan perpaduan tetapi silakan menjauhkan diri dari politik kepentingan diri,sila undur diri dengan wang yang telah ahli PAS kutip..
Satu almari kitab depa boleh kupas kalau bab nikah kahwin,darah haid/nifas,talak cerai.....puasa,sembahyang,zakat,haji.........baik PAS atau Umno........
Bila kita tanya apa sunnah Nabi.......seekorpun tak menjawab.......bisu......
depa jawab sembahyang sunat........
Bila tanya tentang syirik.......depa bagi garis merah.........adakah lagu tu ?
Puak-puak ni berterabur dalam PAS dan Umno........cakap la lagu mana pun !
Ramlee.
ROYALTI MINYAK, ROYALTI MINYAK, ROYALTI MINYAK, ORANG PAS NAK HIDUP SENANG JUGA DIDUNIA. TAPI YANG SEDIH AGAMA ISLAM JADI MANGSA.
Pak Bakaq...cuma aku nak tanya macam mana cerita Ustad Ketua Pemuda Pas ni nak berhujah dan berwacana dengan Pemuda UMNO. Senyap je tak berbunyi!!!!Itulah ...Pemuda Pas ni..pilih pemimpim separuh masak jadi Ketua..nilah jadinye. Selamat Hari Raya..Maaf zahir batin dari DON 4672
Tak payah nak riak dengan berjuanglah. Kenapa suka cara publisiti murah dengan menyandarkan nama anda kepada Tanta (Tantawi)? adakah kerana anda rasa diri anda perlu kelihatan hebat biar pun tidak berilmu mana.Kalau setakat ahli PMRAM di al-Azhar Mesir tuh, semua orang dah tahu. Penguasaan ilmu tuh tidak ke mana...berjubah berserban aje yang menonjol. Tanta ialah tempat yang paling nyaman bagi pelajar malaysia tidur dan tak masuk kuliyyah. Lagipun sistem al-Azhar tak wajibkan pun sistem daftar kehadiran pelajar. Asasl dapat masuk periksa saja. Malah ada ustaz-ustaz lepasan al-Azhar yang beli sijil B.A