
Umno dan media-media miliknya berpesta sakan sejak semalam sehingga hari ini. Siapa dalang pesta Umno itu? Adakah orang itu ialah orang yang tak pernah saya percayai, tak pernah saya hormati dan tak pernah saya cuba dekati sejak dia mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS pada tahun 1998 atau 1999 lalu?
Berikut ialah antara pesta akhbar Umno:
Khir cabar Selcat bertindak terhadap Hassan, Iskandar (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas Selangor sokong Hassan Ali (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas pertahan Hasan



Berikut ialah antara pesta akhbar Umno:
Khir cabar Selcat bertindak terhadap Hassan, Iskandar (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas Selangor sokong Hassan Ali (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas pertahan Hasan
Berita Harian 28/9/09: Pas Selangor sentiasa menghormati dan akan terus mempertahankan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya parti itu serta Ahli Exco negeri.
Parti itu menegaskan jawatan Pesuruhjaya Pas dilantik Presiden parti, manakala pelantikan Exco dibuat oleh Ketua Eksekutif Selangor dan kerana itu perkara berkenaan tidak layak dipertikaikan mana-mana pihak.
Ini adalah antara enam ketetapan yang dicapai sebulat suara oleh 60 pemimpin Pas Selangor pada mesyuarat khasnya di sebuah hotel di sini, semalam.
Mesyuarat itu diadakan berikutan desakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk di kalangan wakil rakyat Pas sendiri supaya Hasan meninggalkan PR Selangor kerana mengkritik secara terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam, Khalid Samad, dilaporkan berkata, wakil rakyat Pas dan penyokong parti itu sepatutnya membuat penilaian terhadap tindakan Hasan yang dilihat sentiasa bertentangan dengan dasar kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago daripada DAP pula meminta Hasan meninggalkan PR jika tidak lagi mampu bekerjasama secara berkumpulan dengan wakil rakyat dalam pakatan itu.
Pada mesyuarat khas itu, Pas Selangor turut mengambil ketetapan memperakui pandangan Hasan berhubung cadangannya mengenai penambahbaikan dan prosedur pendengaran awam Selcat.
Ketetapan berkenaan dibacakan sendiri oleh Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga jam itu, yang turut dihadiri Khalid.
Ketetapan lain ialah:
# Menerima dan bersetuju dengan pandangan Pesuruhjaya Pas yang mana penubuhan Selcat penting bagi menjaga prinsip keamanahan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan negeri. Agensi seperti ini boleh berjalan dengan baik dan teratur jika cadangan Pesuruhjaya Pas diambil kira.
# Meminta kerajaan negeri segera mengambil langkah positif untuk mengkaji cadangan penambahbaikan perjalanan dan pelaksanaan Selcat bagi menjamin kewibawaan Selcat dan dihormati rakyat.
# Menegaskan akan terus berada bersama kerajaan PR dan perkara itu tidak harus dipertikaikan. Pas Selangor dengan ini bersetuju sebulat suara sehingga kini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bermaksud meninggalkan kerajaan PR Selangor, dan
# Pas Selangor ingin menyatakan pendiriannya bahawa hubungan kerajaan negeri dan pegawai mesti berada di peringkat terbaik bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan pembangunan negeri ini. Semangat hormat menghormati dan setia kawan antara kedua-dua pihak mesti dipertahankan.
Hasan berkata, isu yang timbul berikutan cadangannya supaya prosedur Selcat ditambah baik sudah dibincangkan di peringkat dewan harian dan mesyuarat Perhubungan Pas peringkat negeri semalam mengesahkan pendiriannya senada dengan isi hati pemimpin serta penyokong Pas.
Ditanya bagaimana isu itu boleh timbul, Dr Hasan berkata, ia mungkin disebabkan kesilapannya yang tidak dapat membezakan di antara dasar dan kaedah, tetapi yakin apa yang mahu dibangkitkannya bukan polisi, tetapi prosedur.
"Teman yang mengulas sama ada dari dalam Pas dan luar parti mungkin sebahagian mereka tidak mendapat maklumat tepat mengenai cadangan saya untuk memperbaiki Selcat supaya ia dipandang sebagai satu organ kerajaan yang bermartabat dan dihormati rakyat.
"Bagaimanapun, selepas berbincang tiga jam, apa yang dimaksudkan itu difahami. Apabila Yang Dipertua Kawasan faham, ia akan disalurkan ke cawangan bagi membolehkan ahli boleh faham. Apabila mereka faham, saya berasa ini bukan lagi masalah," katanya.
Sementara itu, Khalid ketika ditemui berkata, beliau secara peribadi tetap berpendapat cadangan Dr Hasan mengenai penambahbaikan Selcat tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka.
Ditanya sama ada tindakan disiplin terhadap Dr Hasan turut dibincangkan pada mesyuarat itu, beliau berkata, ia tidak disentuh kerana ia adalah perbincangan di peringkat Pas Pusat.
"Bagaimanapun, ia adalah satu mesyuarat yang 'lively'. Saya rasa secara am kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Ini boleh dilakukan dan perubahan pada Selcat akan dikemukakan pada Exco," katanya.














Cantik? Klik 






Nampaknya inilah side efect daripada pengaruh pemikiran UG.Apabila seseorang telah di hinggapi penyakit gila umno maka dia heret sekawan neru pas selangor jadi macam dia.Pak bakaq ,kita akan tengok hujung jatuhnya orang2 seperti ini. Lihat apa yang terjadi pada Nakaei orang cerdik ni. Hasan ali, nasarudin semua dahi sulah belaka:Badwi Pas
Bhai...
Lu pon tau sapa dalangnya... sama macam gua gak... gua pon tau.. cuma kita tengok selama mana dalang tue nak menari... lama-lama tersilap tari la jugak ....
Virus yang masuk dalam PAS mulai tahun 1997 dulu tue ramai yang boleh disangsikan istiqamah perjuangannya... Adakah kerana politik dan kuasa atau kerana mencari redha Allah S.W.T.
skit lagi Khalid berahim la plak yang akan bagi penyapu kepada kakitangan kerajaan Selangor..
Hahaha.. Sama ja mcm UMNO perangai pemimpin PR..
Berlagak telus la konon...
Salam.
Apa yg boleh saya komen mengenai issue "Sell-Cat" ini could be summarized as below.
a) Umno semakin sedar bahawa teguran (membina or otherwise) boleh memberi kebaikan buat mereka apabila PM said that "the era where the governmenet knows best has expired..." it means that Umno is now open for citicism...but Alasss...PR has shown to be more arrogant than Umno, baru dpt perintah few negeris, tapi sombong tak bertempat..langsung tak boleh kena tegur...after all teguran oleh YB Hassan Ali untuk improve "Sell-Cat", take things positively lah...tu pun susah ke? haprak punya PR...berlagak tak bertempat...
b) Those who call for the resignation of YB Hassan Ali should be punished instead because these people proves (support lah tuu..) that what Khir Toyo said earlier to be very2 true...that...Khalid Ibrahim's administration is arrogant and not open for criticism...in other words, Speaker Teng tu...indirecly agreed on Khir's statement...baru tak sampai 1 penggal jadi speaker, dah sombong melangit, just imagine kalau dia jadi speaker Parliament...shisshhh..
c) PR is the mother of hypocrites....previously they blasted SPRM for the manner in which they interrogated suspects & alike, but now they are practising the same method...on civil servants lak tu...PR never learnt on what happened in Perak where civil servants (especially SUK & konco2nya...) behaving strangely to protect the interest of UMNO and against PR...
d) The father of hypocrites is Jeff Ooi of Jelutong who asked YB Hassan Ali to be sacked..well well well...last time he commented negatively on JIM, many Malays & MUslims asked him to apologize & resign, which he never did, but now he asked somebody to be sacked...why not you show the way mr Jeff, you apologize & resign first, then I think Dr Hassan will do the same, if you are unable to practice what you preach, then shut your damn mouth...
e) PAS through Hassan Ali is very consistent in its ideologies and principles...In Islam, we should never downgrade or undermine the credibility of others, civil servants or otherwise...so much so that we hated the way SPRM conducted their investigation, we must also condemn the manner sell-cat members were interrogating civil servants...you want respect, then you must respect others..isn't that simple?
f) Actually nothing much the DO's and pejabat tanah officers could do because of the ambit of their job duty, if the UMNO YBs were wrong, then why must we attack the civil servants? Remember, they are also voters, think wisely lah...
Pemimpin PR dah ikut jejak pemimpin BN yang sombong dan tidak boleh ditegur.Mereka mahukan orang PR menjadi pak angguk dan 'yes-man' sebab apa yang mereka buat semuanya lurus dan betul,kononnya.
yer...
stuju ngan pendapat Nahar Maarop..
Ingt dulu Khir Toyo berlagak mcm TOYOL bagi penyapu kepada kakitangannya..
Sekarang nie kerajaan penyapu dah jatuh disebabkan keegoan..
Rakyat dan kakitangan kerajaan negeri akan menilai semua ini.
Kini tiba masa nya PR nk berlagk dengan kerajaan baru sahaj setahun jagung.
Bersedialah utk jatuh..
Tambahan lagi ramai bloggers PR dh jadi "wartawan utusan"
huhuhu...TAHNIAH
Kami yang menurut perintah nak jawab apa kalau duit untuk satu tahun dibelanja dalam 2 bulan. Kami bukan hang jebat, lagi pun kami ada disini sebab kami semua baruah UMNO.
Ada faham ke wahai orang-orang melayu yang bermentaliti dunia ketiga macam Dr Hassan?
Malaysia Boleh (baca Bodoh)!
"Parti itu menegaskan jawatan Pesuruhjaya Pas dilantik Presiden parti.."
Diharap Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat akan bertindak dengan sebaik dan seadilnya.
Demi kebenaran dan keadilan.
Salam perjuangan..
As
Saya rasa adalah lebih baik samada ingin masuk UMNOBN atau kekal dengan Pakatan Rakyat ini kerana yang menjadi masalah adalah kalangan rakyat marhain yang terpinga-pinga dengan gelagat pimpinan kita yang senantiasa berhujah dengan fakta yang membingunkan. Allahhu akhbar 7 kali terima kasih
as
Pada pandangan saya adalah lebih baik pimpinan janganlah bermain wayang kalaulah merasakan masuk UMNOBN adalah lebih baik maka istihar sahajalah tidaklah menjadi rakyat terbeban dengan tekanan perasaan. Kalau sebelum kita selalu menuding jari kehala PKR keraana kalangan YB mereka masuk UMNOBN adalah perkara tidak mungkin dari kalangan pimpinan utama PAS.
Kalau kita teliti sejarah kemana perginya Ust. Hj. Nakahaie Hj. Ahmad - Bekas Naib Presiden, Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad - Bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Ust. Omar Khalid - bekas pimpinan Utama PAS, Dato' Asri Muda - Bekas Yang Di Pertua PAS dan ada lagi.
Sepatutnya diambang PAS & PKR & DAP yang mewujudkan Pakatan Rakyat sudah sampai masa kita bersatu usaha & libat gandakan kerja dalam merangka strategi bagi menguasai Kerajaan Malaysia yang saya meraskan sudah sampai masanya kita Tukat sahaja pemerentahan di Malaysia ini.
ALLAH HU AKHBAR/REFORMASI/MAKAI SAKTI - TERIMA KASIH
Bakaq, apa yang Nahar dok merapu ni.Tau kah di tu isu yang di bangkitkan. Govt servant atau kakitangan kerajaan adalah PUBLIC SERVANT. Istilah 'public servant' bukan lain dan bukan adalah hamba rakyat, means to say, dio orang ini ada peraturan yang mesti di patuhi.Peraturan itu adalah bagi menentukan bahawa mereka ni tidak salah guna kuasa atau menyeleweng. Masalah dengan mereka ini kalau UMNO semua boleh buat tapay ikut peraturan.
2. Bakaq, hang tyolong bagitau kat Nahar ni,SELCAT ni hanya tanya soal dan mereka perlu jawab je ler. Kalau mereka buat sesuatu secara PAKSA cakap jer lah. Ini bil tanya / soal jawab, buat loyar buruk kenapa ? Kenapa nak loyar burok. Jawab secara terus terang, ' Ya, saya terpaksa meluluskan semua peruntukkan dalam sekelip mata kerana kuncu BN sudah pegang leher aku dan ancam ambil tindakan kalau saya tidak luluskan. Tindakan, antara lain, tukar jabatan, tukar Sarawak ke Sabah ke Timbaktu ke. Turun pangkat ker, buang kerja. Cakap je ler yang benar. Tapi kalau tanpa paksaan awak gi lulus peruntukan tanpa mengambil kira peraturan, bukan kah itu salah sendiri. Kena jawab ler soalan SELCAT.Lagi pun SELCAT tidak menahan DO, DO sampai 3 pagi dalam bangunan dengan di gari kedua-dua belah tangan.
best friends yang haram .. bukan yang halal.
UBN pemecah belah masyarakat, rakyat bersatu dibawah pakatan rakyat.
"Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran.
UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa."
- Allahyarham Dato Fadzil Noor
Pak Bakaq,
Kalau fikir cara positif apa salahnya mengkritik secara terbuka untuk kebaikan. Bukan macam UMNO, macam perfect saja bunyinya. Sekurang-kurangnya tak ada yang jadi 'merak buih' bila bagi pangkat dan jawatan. Sama-sama 'monitor' hang aku jangan buat atau 'syok sendiri' bila dapat jawatan dan kuasa! Barulah susah nak buat silap.
Kalau fikir nagatif, angan-angan Hassan Ali nak jadi MB tak kesampaian. Itu sebab dia buat hal kononnya kritik membina atau mencari ketelusan atau penambahbaikan. Sebenarnya mungkin juga dia tali barut UMNO.
Apa pun nawaitu Hassan cuma Allah yang tahu. Kita cuma boleh buat andaian saja.
pak bakaq..hang yang buat umno berpesta sakan.hang selalu dok jolok dan jadi barua mp dan adun pas aliran liberal.dah tahu cendana pula.sepatutnya hang sokong selcat dijadikan badan profesional.ahli terdiri dari orang cerdik pandai dalam bidang undang2.bukan dari ahli politik.hang takkan tahu.ahli politik nak jadi hakim,mana bolehlah..cakap politik ni banyak kosong..lebih2 lagi khalid samad tu..entah apa2 dia melalut tak tentu pasal dalam hal ni.isu kepala lembu itupun takleh selesai.selagi ada adun dan mp pas aliral liberal,pas selangor tak kuat.bila hasan ali bagi idea,mp shah alam dok bantai sesama sendiri.bukannya nak menyokong.tolong nasihat kat dia..kurangkan menulis blog lebihkan kerja.
pak bakar.
Nampak gayanye selangor terkena kenan lembu tak. tak habis-habis pasal lembu.ada je....
Kenapa Hassan Ali beria-ria mahu Selcat dibuat secara tertutup? Kalau tertutup, dia ingat SPRM boleh buat tindakan ke? Apa yang sebenarnya cuba dilindungi oleh Hassan Ali?
Ahli PAS memang bukan boleh ditegur.. tegur sket dah melenting.. nie baru test sepenggal... tapi dah macam-macam hal.. fed-up rakyat jika terus berterusan..!!
Si Toyol sepatutnya hadiahkan Hassan Ali sebatang PENYAPU !
Aku tak berapa suka dgn cara Dr Hassan Ali buat teguran secara terbuka dan mengkritik kerajaannya sendiri. Seeloknya buatlah secara tertutup.
Janghan bagi peluang kt penjilat dan barua BN modal. Tapi tak taulah kalau apa yg beliau buat ni demi kebaikan PR cuma caranya yang tak berapa molek.
Depa dah hantar lembu lagi kat khalid takebeer, kali ini berlori - lori, tak kan tak faham lagi, bodoh macam lembu.
Buat apa selcat nak kacau kakitangan kerajaan, panggil lah orang depa sendiri, yang curi duit rakyat dengan mengeluarkan bil tapi kerja taadak.
Salam,
Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..
"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
Melayu...oh melayu (Nahar Maarop) kenapa le kau orang ni lembab betul pemikiran hampa. Yang jelas2 tak betul pun dia orang nak support (terutama nya orang PAS sendiri).Dah le tu perasan dia orang ni hampir kepada Allah.Ini lah akibat nya akal di beri..tapi cara bertindak seperti macam kayu, batu dan pelepah kelapa atau pisang......akal tak rak....jiwa pun tak rak, yang ada roh (naywa) dan nafsu dunia....macam yang Allah ckp..Ha_w_n
Kalau belanja RM500k dalam 2 hari pun kalau ada resit atau bukti lain ok juga. Tapi ada Y.B tu belanja RM500k buat bil palsu kerja tak buat, yang itu memang nak kena terjun tingkap. Bila kena tangkap pura - pura sakit kaki lah dan lain-lain. Selepas itu dapat hamsen pulak.
Masaalah Hassan Ali ni tak perlu dipolimikkan panjang-panjang.Isunya kecil sangat.Hassan Ali adalah Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Soalnya mengapa dia "menghentam" kerajaannya sendiri cara terbuka.Itu saja. Tak bolihkah dia "berdailog" dan berunding dengan Tan Sri Khalid sacara tertutup demi kepentingan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Tak perlulah nak buat "serangan" terbuka seolah-olah Pembangkang(UMNO).MB Selangor bukan tak bolih dikritik tetapi kenalah ada caranya.Cara yang dilakukan olih Hassan Ali nampaknya Khir Toyo dah tak ada kerja lagi sebagai pembangkang.Kalau penjilat-penjilat Hassan Ali tak faham ni - tak payahlah masuk politik.Ini adalah adat berjemaah bukan ikut nafsu-nafsi.
Kelakuan Hassan Ali ni bukan pula yang pertama malah sudah dua kali dia ditegur agar tidak kerap "menikam MB Selangor dari belakang".Sebenarnya ini bukan soal PAS Selangor tetapi soal peribadi Hassan Ali yang bernafas dalam lumpur kerana tak dapat jadi MB Selangor.Itu saja.
Masalahnya bukan tidak boleh menegur. Caranya tidak betul. Maklumat dalaman yang saya dapat ialah pada 16hb Sept ,Exco2 telah bincang tentang perjalanan SELCAT (berikutan aduan salah seorang DO kepada SS yang sememangnya mengikut prosedur). Dalam mesyuarat tersebut kebanyakan EXCO bersetuju pendekatan soal siast SELCAT perlu diperbaiki. Pada 17hb Sept pula, MB bersama EXCO telah berjumpa dengan para DO dan YDP PBT untuk mendapat maklumbalas. MB juga telah menetapkan satu tarikh untuk EXCO dan DO berjumpa dengan anggota SELCAT(kesemua anggota SELCAT bukan EXCO) untuk membuat perbincangan dari hati ke hati. MB pula mengingatkan supaya para EXCO supaya tidak membuat sebarang kenyataan akhbar. Tup! Tup! Hassan Ali membuat kenyataan pada 20hb Sept membedal SELCAT. Sebelum dia membawanya ke media, tiada siapa pun membicarakan pendekatan soal siasat SELCAT. Sesiapa yang mengikuti soal siasat SELCAT di You tube tahu yang caranya sama seperti mana Datin Khairiah di "grill" semasa siasatan BALKIS dahulu.
Thanks to Hassan Ali, sekarang ni isu sudah beralih dari pendedahan salah urus tadbir wang rakyat dan penyelewengan ADUN2 BN dahulu kepada kononnya pegawai kerajaan di "buli". Yang orang-orang PAS pula wala' tak kena tempat. Memang Hassan Ali ni pandai mengalih pandangan pimpinan-pimpinan PAS kawasan.
Penyelesaiannya mudah sahaja. Kalau nak kritik/tegur eksekutif (MB dan EXCO) secara terbuka, jadi back bencher aje. YB Azmin pun kritik juga tapi dalam persidangan DUN. PAS boleh ganti sahaja kerusi EXCO tu dengan ADUN PAS yang lain. Tak Semestinya Pesuruh Jaya PAS Selangor. Tegur lah hari-hari pun tak pe.Buat kenyataan media setiap jam pun tak pe. Ini dalam mesyuarat EXCO diam seribu bahasa, mesyuarat pun selalu keluar awal dan sering tak pergi mesyuarat pula tu (Boleh ke pejabat MB paparkan catatan kehadiran Hassan Ali ni dalam mesyuarat EXCO). Tak payah letak jawatan sebagai PJ atau keluar PR. Baru lah anak jantan namanya. Pepatah orang putih kata pak bakaq oi, YOU CAN'T HAVE THE CAKE AND EAT IT TOO. Secara mudahnya kita tak boleh ada orang dalam EXCO yang asyik dok tikam belakang, yang mengambil kesempatan nak naikkan diri sendiri kononya dialah yang berani menegur. Ada etikalah sikit.
Kita pun tak tau apa dalam kepala otak Hassan Ali ni. Macam nak mengulang idea UG yang terbantut sedikit masa dulu. Yang TP Pas pula dah siap buat kenyataan tidak akan ambil tindakan disiplin ke atas Hassan Ali. Perkara itu belum bawa lagi ke PAS Pusat. Yang buat keputusan bukan AJK Pusat, tapi ada jawatankuasa disiplin... Tapi aku pun tak ingat PAS nak ambil tindakan disiplin, seingat aku PAS tak pernah ambil tindakan disiplin keatas siapa-siapa pun atas sebab ceret beret mulut. Ramai pimpinan tertinggi PAS banyak menyusahkan ahli diperingkat bawahan yang bekerja siang malam nak dapatkan sokongan/ Tapi bila mereka buat kenyataan yang kontroversi (ingat tak Ustaz Hadi biasa kata LKS ubat luput tarikh semasa PRU 11 dulu, Tok Guru Nik Aziz pun apa kurangnya....berpeluh orang PAS nak pertahankan pemimpin mereka. Tak apalah mereka ni pimpinan tertinggilah katakan)
Tan Sri Khalid, tak ada sesiapa yang akan menyalahkan Tan Sri sekiranya Hassan Ali ni jadi ADUN biasa aje. Ahli PAS pun rasanya akan rasa lebih tenang.
sang kelembai
Masalahnya bukan tidak boleh menegur. Caranya tidak betul. Maklumat dalaman yang saya dapat ialah pada 16hb Sept ,Exco2 telah bincang tentang perjalanan SELCAT (berikutan aduan salah seorang DO kepada SS yang sememangnya mengikut prosedur). Dalam mesyuarat tersebut kebanyakan EXCO bersetuju pendekatan soal siast SELCAT perlu diperbaiki. Pada 17hb Sept pula, MB bersama EXCO telah berjumpa dengan para DO dan YDP PBT untuk mendapat maklumbalas. MB juga telah menetapkan satu tarikh untuk EXCO dan DO berjumpa dengan anggota SELCAT(kesemua anggota SELCAT bukan EXCO) untuk membuat perbincangan dari hati ke hati. MB pula mengingatkan supaya para EXCO supaya tidak membuat sebarang kenyataan akhbar. Tup! Tup! Hassan Ali membuat kenyataan pada 20hb Sept membedal SELCAT. Sebelum dia membawanya ke media, tiada siapa pun membicarakan pendekatan soal siasat SELCAT. Sesiapa yang mengikuti soal siasat SELCAT di You tube tahu yang caranya sama seperti mana Datin Khairiah di "grill" semasa siasatan BALKIS dahulu.
Thanks to Hassan Ali, sekarang ni isu sudah beralih dari pendedahan salah urus tadbir wang rakyat dan penyelewengan ADUN2 BN dahulu kepada kononnya pegawai kerajaan di "buli". Yang orang-orang PAS pula wala' tak kena tempat. Memang Hassan Ali ni pandai mengalih pandangan pimpinan-pimpinan PAS kawasan.
Penyelesaiannya mudah sahaja. Kalau nak kritik/tegur eksekutif (MB dan EXCO) secara terbuka, jadi back bencher aje. YB Azmin pun kritik juga tapi dalam persidangan DUN. PAS boleh ganti sahaja kerusi EXCO tu dengan ADUN PAS yang lain. Tak Semestinya Pesuruh Jaya PAS Selangor. Tegur lah hari-hari pun tak pe.Buat kenyataan media setiap jam pun tak pe. Ini dalam mesyuarat EXCO diam seribu bahasa, mesyuarat pun selalu keluar awal dan sering tak pergi mesyuarat pula tu (Boleh ke pejabat MB paparkan catatan kehadiran Hassan Ali ni dalam mesyuarat EXCO). Tak payah letak jawatan sebagai PJ atau keluar PR. Baru lah anak jantan namanya. Pepatah orang putih kata pak bakaq oi, YOU CAN'T HAVE THE CAKE AND EAT IT TOO. Secara mudahnya kita tak boleh ada orang dalam EXCO yang asyik dok tikam belakang, yang mengambil kesempatan nak naikkan diri sendiri kononya dialah yang berani menegur. Ada etikalah sikit.
Kita pun tak tau apa dalam kepala otak Hassan Ali ni. Macam nak mengulang idea UG yang terbantut sedikit masa dulu. Yang TP Pas pula dah siap buat kenyataan tidak akan ambil tindakan disiplin ke atas Hassan Ali. Perkara itu belum bawa lagi ke PAS Pusat. Yang buat keputusan bukan AJK Pusat, tapi ada jawatankuasa disiplin... Tapi aku pun tak ingat PAS nak ambil tindakan disiplin, seingat aku PAS tak pernah ambil tindakan disiplin keatas siapa-siapa pun atas sebab ceret beret mulut. Ramai pimpinan tertinggi PAS banyak menyusahkan ahli diperingkat bawahan yang bekerja siang malam nak dapatkan sokongan/ Tapi bila mereka buat kenyataan yang kontroversi (ingat tak Ustaz Hadi biasa kata LKS ubat luput tarikh semasa PRU 11 dulu, Tok Guru Nik Aziz pun apa kurangnya....berpeluh orang PAS nak pertahankan pemimpin mereka. Tak apalah mereka ni pimpinan tertinggilah katakan)
Tan Sri Khalid, tak ada sesiapa yang akan menyalahkan Tan Sri sekiranya Hassan Ali ni jadi ADUN biasa aje. Ahli PAS pun rasanya akan rasa lebih tenang.
sang kelembai
Apa punya malang PAS selangor dapat PJ macam Hassan Ali...elok lah jika dia masuk umno cepat2..senak otak aku setiap kali baca kenyataan dia dalam akhbar..Satu lagi si ketua pemuda pas pun sama fikrah dgn dia, elok lah masuk umno sekali..Kalau ada lagi pemimpin pas yg mau buat perbicaraan secara tertutup elok lah masuk umno beramai2...jangan sebut lagi kita mau badan bebas macam hisbah, tapi kita mau lihat pas rebah!
SPEAKER DEWAN DAH GILA KUASA. NAK JADI MAHARAJA CINA. DIALAH HAKIM, DIALAH PENDAKWA DAN DIALAH JURI. PAS DAN PKR MASIH TIDUR.
PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah...”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau? ... nak tau lebih lanjut? http://makkalsakhti.blogspot.com