Sedap!! Klik gambar di atas!

Saman ja Pak Janggut tu, Zul!

Berikutan posting Zulkifli Nordin yang bertajuk "Al-Baqarah: Alahai sang lembu," Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk "Zulkifli bidas 'Pak Janggut'".

Dalam postingnya itu, Mamat tu kata:
Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.
Tu dia aih! Sampai lagu tu sekali Pak Janggut tu putaq!

Kalau minum arak boleh disebat dengan enam sebatan kerana beratnya kesalahan tersebut, memutarbelitkan ayat Al Quran tentulah lebih besar lagi kesalahannya. Saya cadangkan mana-mana warga Selangor membuat laporan polis sebagai jalan untuk mendakwa si Pak Janggut itu di Mahkamah Syari'ah negeri itu. Saya dok di Wilayah Persekutuan.

Ada orang beritahu saya, Zulkifli juga seorang peguam syar'ie. Bolehlah khidmat beliau diambil untuk mendakwa Pak Janggut yang memutarbelitkan ayat Al Quran itu.

Bercakap fasal Zulkifli, ada orang tanya saya, kenapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tak tarik dia menyertai parti itu? Saya kata, "Bangang sangat la Umno kalau dia tarik Zul tu. Biar dia jadi rebel dalam Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih menguntungkan Umno".

Ditanya pula kepada saya, mengapa PKR tak ambil tindakan ke atas beliau berikutan beberapa karenahnya sebelum ini. Nak kena jawab lagi. Saya pun kata, "Bangang sangat la PKR kalau dia buat gitu. Apa ke bodohnya tak fasal-fasal nak jadikan dia hero!"

Yang saya tertanya-tanya, adakah PKR tak tahu, ketika Zulkifli berada dalam PAS dahulu, beliau ditolak dari menjadi calon PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura PAS sebelum pilihan raya umum 2004?

Kalau PKR tahu dan depa ambik juga Zulkifli jadi calon, saya hanya nak kata: Padan muka hampa!!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak janggut? aku pun ada janggut..

  2. Ingatkan kes pasal lembu sahaja; rupanya ada juga kisah sikerbau ni?

  3. Ana pun mulanya rasa menyesal pangkah dia dulu. Xpalah. Ada hikmahnya tu. Baru-baru ni naik banner dia di Msjd Bdr Baru. Selamat Berpuasa. Tapi xde lambang PKR pun. Apsal? Dulu hang bertanding tiket bebas ka? Alhamdulillah dia x jd calon n ahli pas dah.Kita x perlu ahli n calon cam dia. X beradap dalam menegur.
    Blog dia pun xde dah komen. Dia delete kot komen yg kritik/kutuk dia.

  4. Pak janggut ni kan ada kepentingan. Mereka ni sebuk cari lubang sana sini sebab duit royalti sangkut. Lepas tu guna ayat Quran sekerat sekerat. Apa nak jadi.

  5. btl la bro,aku byk jgk dgr citer psl mamat zul nie,org2 di kawasan dia pn byk yg berpuas hati dgn khidmat yg dia bg kpd pnduduk setempat,tp aku x pasti la ape yg citer len pasal dia nie,leh bgtau ke bro?sbb dlu aku respek jgk kt mamat nie,lps dia buat pendedahan kes2 murtad dlu,tp tau prangai dia camtue lak,dia nie mcm ckp x srupa bikin je..

  6. YB Zul, Melayu pekat kamu ni…nationalist melayu 'ASS -O-BIYAH'.... lepas tu sibuk nak jadi hero Islam. No wonder le bila kau pegi rumah Pak Sheik kat Segambut...ramai daripada kami (PKR) menyampah tengok muka kau….dan malas (tak kuasa kami) nak bersalam dengan kau pun. …duduk le kau seorang2 kat penjuru ruang tamu DSAI.

    Masaalah utama dengan orang Melayu ini ia lah "dia orang yang lemah (LAYU)”...sebab mereka ini bukan bangsa yang utama kan budaya iqrak (mana bisa pandai kalau malas membaca)….Jadi cara mudah (stereotype) mereka lari daripada tanggung jawab ialah dengan menyalahkan kaum lain (termasuk juga haiwan, benda, barang etc) ...... Cina, India, Inggeris hata 'LEMBU' sekalipun. (bangsa defensive, pengecut, takut di kritik dan ignorance)...Jalan keluar atau lari dari masalah (escapism) untuk bangsa Melayu selain menyalahkan orang lain,..ia lah dengan 'AMOK'...mcm 13 May 1969 dulu le.

    YB Zul, ini zaman internet...bangsa Melayu (bangsa defensive, pengecut, takut di kritik dan ignorance) tak boleh nak tipu lagi...satu dunia tahu hero melayu yang di hebah2 kan 'Hang Tuah" adalah sebenar nya berbangsa Cina...tak ada setitik darah melayu pun di dalam tubuh nya. Tak malu melayu...dijadikan bahan sejarah dan di hafal kan pulak oleh anak2 keturunan melayu di dalam ujian mata pelajaran sejarah turun temurun...sebenarnya adalah 'MYTH'..DONGENG.

    YB Zul, kalau bangsa itu ingin menjadi hebat, mereka sendiri sebenar nya yang kena berubah…STOP SALAH KAN yang lain2 tu le……kalau tidak, jangan harapkan le. Allah sendiri pun sudah pesan kan kepada kita..”SO CALL MUSLIM”.

    YB ZUL...YOU NI SAMA SPICES DENGAN YB HASSAN ALI.

    cc: penarik beca

  7. pak bakaq,

    saya meluat betul la kerenah sorang yb nie...

    masih saya tak lupa, bila masa DSAI nak ambik kerusi dia, lepastu dia boleh pakai 'nama orang lain' untuk bidas DSAI dalam blog dia... awat takut ka nak bidas sendiri..?

    dia nie cerita jer lebih... pak bakaq tau tak citer dia masa kat jerman dulu?

  8. YB Zul, macam mana pula pandangan anda tentang pendapat kedua YB Pak Janggut ni...memutarbelit ayat Al Quran dan Hadis juga ke.

    Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain.

    Khalid Samad
    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22443&Itemid=1

    cc: penarik beca

  9. Bhai...

    Gua tak sanggup nak dedahkan sapa musang berbulu ayam yang dibela oleh UMNO/BN dalam Pakatan Rakyat .. cukup la dengan sikit demi sikit tembelang musang berbulu ayam tue dapat dihidu oleh khalayak...

    Gua ader satu senarai yang cukup muat kertas A4 nama-nama musang berbulu ayam yang dibela oleh UMNO/BN yang la nie duduk dalam Pakatan Rakyat... Nama-nama nie dah terbit lama dulu.. sejak 1999 lagie.....

  10. 1999, yb zul tak bertanding..waktu tu dia pengerusi tetap pas bandar tun razak..memandangkan populariti dia sbg lawyer anwar waktu tu, agak pelik kenapa pas tak letak dia sbg calon di titiwangsa, sebaliknya memilih hj. mohamad yg bukan public figure (walaupun aktivis & timb. pesuruhjaya pas wilayah waktu tu)..sudahnya yb zul stakat berkempen ke hulu ke hilir membawak pesan anwar dari penjara

    2004, pun pas tak letak utk bertanding & mengekalkan 'muka kalah' di titiwangsa..sebaliknya pkr kutip dia sbg calon last minit di kuala langat (nampak sgt main bubuh je)..calon pkr kat kuala langat 1999 (saari sungib) 'dicampak' ke paya besar

    2008 pun sama..pkr kutip dia jd calon last minit di kulim..tau2 menang, kena keluar pas & masuk pkr

  11. alaaa zul ni anti-climax le..

  12. Brother Becha,

    Susah sangat ke nak faham iaitu perihal Seksyen 23 itu berkenaan hak penduduk yang termaktub dalam undang-undang. Nobisha pun ada tulis, isu ini masalah management kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor dah buat silap. Kerajaan Selangor bukan maksum. Dah ketepikan hak penduduk, janganlah pertikai ikut lain pulak. Benda simple nak sabitkan hal agama-kaum-politik ni kenapa? Hang pi selongkar blog pinkturtle2.wordpress cari apa yang dibincang dalam tu.

    Susah bila dah sampai tahap taksub politik, serba-serbi nak nampak, nak kait politik. Orang mainkan kita depan-belakang pun masih dok angguk-angguk lagi kata iya-iya. Pandang la pula daripada perspektif lain. Politik tolak tepi dalam hal ni. Islam tak pernah membelakangi hak sah penduduk. Hang cuba baca hak-hak penduduk melawan cadangan kerajaan (local council) di luar Malaysia, contoh US dan Australia. Benda yang paling utama sekali hang dah langgar, hang nak paksa, lagi hang nak kata depa penduduk Seksyen 23 salah? Apa la hang. Islam ke gitu? Kalau orang tak nak bagi sikit share area dia, Islam takde pegi paksa suruh bagi. Islam bukan pemaksa, Islam minta dengan lembut, kalau tak nak bagi cari la site lain. Sekarang site baru dah jumpa so kes ni sila shut up lah, hang dok cakap macam melalut la Becha.

  13. Salam bakaq.. Hang boleh bgtau dak sapa pak janggut tu ??? LEMAN ke MAT ZAIN ke RAZALI ke atau HJ UZAIR.. mana pitau kot kot depa, kalau depa putaq macam tu boleh kita ramai pi ambik fatwa dari depa..tp kalau Zul kencing tu yg keluar buat ulasan mcm selalulah.. saya sampaikan salam DSAI.....bra..braa... TAK KENAI kE OIII???????

  14. "Bangang sangat la Umno kalau dia tarik Zul tu. Biar dia jadi rebel dalam Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih menguntungkan Umno".

    "Bangang sangat la PKR kalau dia buat gitu. Apa ke bodohnya tak fasal-fasal nak jadikan dia hero!"

    Pelik, pasal kuil ada orang SANGGUP membangangkan(menulis orang bodoh)kepada ahli keluarga, sanak saudara, saudara sesama Islam. KENAPA YA ?????????????????????????

  15. Lebih sama kes berahim ali cuma dai bukan katak tapi beruK?

  16. YB Zul patut cadangkan di Parlimen supaya UNDANG2 BUILDING BYLAW DIPINDA untuk memberi perhatian khusus pada pembinaan rumah2 ibadat. Supaya tiada rumah ibadat 'haram' dibina.

    Saya sarankan YB Zul dengar balik nyanyian YB ZUL, lagu UMNO MODIFIED .Kalau dah lupa tgklah VCD lama2.

  17. Masih ramai yang dijajah rupanya pemikiran bangsa MeLAYU ini...terutamanya garden...cakap Islam berdegar2...tapi masih mengatakan politik x dak kaitan dengan Islam..weiii Dalam Islam semua tu ada la mana boleh diasing2..itu sekular namanya..mcm Turki nun..Agama Lain, Kehidupan Lain...kat Malaysia ni pong..ape kurenngya kan???

  18. kuil tuh bukannya dibina baru la Zul .. poyo ah ko nih..
    Kuil itu adalah PEMINDAHAN dari yang lama (yang berusia 150 tahun).
    bukan pertambahan la Zul poyo.

    kalau surau 150 tahun korang robohkan tanpa ganti, dah naik parang atas leher dah...

    tak timbul soal pertambahan kuil nih (yang sebenarnya dah bertambah banyak sejak dari zaman BN lagi).

  19. wa lengar khabar dia ni manyak masalah. lu tanya sama Loktor syed azman. kalu lu ingat ah.. lulu sokong parti tok gulu, lepas tu parti latok sli anwar. sekalang mau siapa lagi?.... hei. kawan, lia punya motor mau jual ka? boleh finance lagi ka?

  20. salam pak bakaq..xramai yang paham betul pasal isu kuil ni sebenaunya..kite dapat gambaran yang x berapa jelas..siapa sebenaunya yang ambik tanggungjawab menerangkan kat rakyat malaysia ni kalau ade isu yang membabitkan pentadbiran sesebuah negeri..bende macam ni kan dah banyak kali jadi dah..PR nak tunggu tv3 ke yang nak terang kan isu2 ni kat rakyat malaysia..bile dah jadi mcm ni PR gak yang rugi..

  21. PAK JANGGUT yg mana 1 pulak ni,pak janggut ada banyak dan bermacam-macam..kambing pun ada janggut, cuma lembu dan kerbau aja takda,kalau cakap tu biar terang...senang org nak paham.....tak silap aku dia pun ada janggut juga kan..?? mungkin aku silap pandang kot !!

  22. zaman la ni Melayu pun dah semangat sama naik dgn Hindu dah no...sayang ke kuil sampai sanggup kutuk mengutuk seagama sesama sendiri...phening....phening....

  23. aku pelik sangat kenapa melayu dalam PAS dok sangat kondem orang lain.
    Hangpa semua bagi aku BODOH sebab lah nie CINA dan INDIA dok bertepuk tangan
    sebab berlaga sesama sendiri. Jangan sebab undi nak gadai apa yang tinggal.
    Cukup lah BN gadai benda yang berbentuk fizikal. Lah nie hangpa dok gadai
    yang berbentuk spritual pulak.

  24. Mangkok Y ni tak reti disiplin. Dia ingat asal ada isu, terus tembak. Hang nk jatuhkan UMNO kena la ada strategi syeikh oii. Baik hang hentam Israel dari sini, takdak sapa akan marah. Ala, mangkaq betui

  25. pisangmalaysia,

    tolong quote balik mana aku cakap politik lain agama lain? sila quote from ayat aku kat atas tu. tak ada kan? orang yang suka putar belit ayat orang kalau time zaman imam bukhari dulu dia tak boleh jadi pewaris hadis. sebab tak dijamin ketepatan ayat daripada sumber asal. aku tak ada pun sebut politik dan agama itu suku. yang hang nak faham ikut lain tu kenapa? aku cakap simple saja, straight to the point. tak perlu hang tu ada PhD dalam rocket science untuk faham apa aku tulis. memang betul pun kerajaan sepatutnya berbincang dan tanya kalau penduduk tidak setuju, tapi kerajaan selangor tak buat ikut procedure yang sepatutnya. islam bukan ke suruh ikut procedure, yang 1 di dahulukan yang 2 dikemudiankan? dalam islam itu dipanggil tertib. ikut susunan.

    kalau dah tak faham apa aku cakap lain kali tanya. aku tak sebut agama dan politik itu lain. tapi keadaan politik di malaysia ini bukan lagi menurut acuan yang agama hendak. tikam belakang, fitnah sana sini, yang lebih sedih adalah menyampaikan berita yang tidak tepat, macam hang telah buat terhadap aku. tak rasa bersalah ke? islam bela tak ikut fahaman politik. kalau benda tu hak yang jelas, dia akan bela mengikut keadilan. aku tak harap hang faham, hang takde capacity untuk faham.

  26. YB ZUL TU SEBENARNYA SB BN SEJAK DULU...DIA YANG NAK JADI LAWYER ANWAR DULU. BANYAK MAKLUMAT2 DALAMAN PARTI DAPAT KAT SB. SEKARANG DIA DAH TAK SENANG DUDUK DLM PAKATAN SEBAB ORANG DAH TAU...TENGOKLAH SATU HARI NANTI DIA AKAN ISYTIHAR MASUK BN. TUNGGU OFFER BAIK DARI NAJIB SAJA...

  27. Garden, i think you missed this....go and check at pinkturtle.
    By: Monkey Code on September 9, 2009
    at 2:20 pm

    Garden, It’s not about management ……obviously it’s about narrow minded racist politics champion by Malay Umno…
    -----------------------------------------------------------
    YB Zul please baca pendapat pertama YB Pak Janggut(Khalid Samad)....jangan asyik suka sondol macam babi hutan sja. Zul you contoh melayu pengecut...saya hantar punya le banyak comment2 kat blog you, haram satu pun tak keluar...ingat kan lawyer pandai berhujah...pooorah..penakut rupa nya.You ni melayu opportunist dan kuat dengki.


    Must read…..

    Sesi ‘dialog’ yang memalukan.
    Khalid Samad

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22416&Itemid=1

    …..Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

    Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

  28. Zul tu SB. Dia hampir tak pernah buat kerja undang2. Kerja dia dari dulu ceramah saja. Kalau hang tengok profil kat blog dia, pergh..menumpang nama bina profil untuk kes besaq saja. Hang pernah baca penghujahan dia di mahkamah? Kah kah kah

  29. Bab-bab tuduh SB ni dah jemu dah saya. Saya sendiri dah lebih 25 tahun dah sesetengah org PAS kata saya SB. Padahal, tengah duit pun tak pernah dapat gaji atau sagu hati sebagai informer dari PDRM.

    Kalau SB, bodoh punya SB aku ni. Kalau informer, bodoh punya informer aku ni!

  30. monkey code,

    brother...we all know politicians in malaysia now they only want to be one thing, champions. whether they are champions for the right cause or not, only God can definitely tell. you and me, we see only the surface of things, and to some who are so obsessed with politics they see only the so called coated "good" side of these politicians. i say the government of selangor should have consulted the people of seksyen 23 first before they close the deal with the kuil. not the other way around, you see "tertib" taking step 1-2-3, not 2-3-then 1. capish?

    brother, i'm totally sick of the politics now. you say what you want. the rights of the people of seksyen 23 should have been heard first, not ding-dong first. u get it? i don't expect you to understand, you have no capacity to look at it from a perspective where rights concern, and where it concerns none of politics-race-nor religion.

  31. alahi si zul nin tak habis2 bikin ribut dalam PR, selalu cakap putar2 dan belit2, toko2 dan tambah2, lebih sudu dari kuah..banyak cerita rekaan daripada kenyataan

  32. Zul Noordin,

    Kalau pun rupa parasmu tidak seperti LEMBU, tapi jgn lah berfikiran seperti LEMBU, buta hati dan mata terhadap situasi dan fakta sebenar.

  33. Apa-apa pun, mulai sekarang aku akan jadik pengunjung setia laman Pak Bakaq. Aku nak tahu semua tentang perihal aktivis PAS yang lain. aku nak tau semua. pertimbangan tu aku buleh buat sendiri demi untuk memanthopkan lagi perjuangan PAS. Aku takmo jadik prejudis. Pak Bakaq jangan ler cakap Pak Bakaq bodoh, kecik ati aku dengar -- sama-sama la kita belajar.

  34. Monkey Code,

    I read the article you provided. These points attract me the most.

    "Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada."

    So now my question to you.

    1) The issue in Seksyen 19 was that the distance between the kuil and the house was like what 20M? So how much difference do you think a 20M and 50M? The law doesn't really define how far is far. It is still debatable. Honestly it does not make much difference. Distance here is subjective, some might say 200 meters is such a close distance. So who was the smart one responsible in crafting out this rule in the provided law that the Selangor govt "intended" to apply on the Seksyen 23 people in the first place? This rule is lopsided. It gives all advantages to the government to do as they wish and the distance is subjective depending on how they interpret it. Is this the sort of rule Islam promotes? Advantage to only one side? And the other side is left with no choice? Not a fair and just rule I would deem. Is this the rule left behind from the legacy of BN which the Selangor govt was trying to reuse on the people of Seksyen 23?

    2) I refer to point number 3 in that article. What is the actual content of that letter signed by the kuil authorities and the Selangor govt? Was there stated anywhere in that letter which says SPECIFICALLY that the kuil will be moved to Seksyen 23? If there is, then the Selangor govt, had already overstepped a few rules which they should have done acoordingly (back to my tertib 1-2-3 point), which is consulting the residents of Seksyen 23 first before getting into any kind of commitment.

    So my dear friend Monkey, I am still standing by my claim that the Selangor govt had in fact neglected the rights of Seksyen 23 people to some extent. Back to you now.

  35. Garden, ni semua pasal mismanagement by the old Selangor Govt, ulang balik pasal mismanagement by the old Selangor Govet, same species as u. sekarang kerajaan pr yang berusaha untuk selesaikan. Lagi satu jangan dok sebuk pasal penduduk seksyen 23 bagaimana dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk seksyen 19 akibat kebodohan kerajaan umno/bn dulu..
    Betullah orang kata umno/bn memang dari dulu kini dan selamanya menyusahkan orang..

  36. ni.ni.. nak habaq bg kat hampa semua...Zul nikan orang kami kata kayu tungui,menyusahkan orang bila berjalan ( tersepak la tu..) dia nikan ..kan ..kan macam enjin bot ekoq panjang ( kuala perlis - satun,) bunyi berdesing bukan main laju tak kemana pun..tapi terkenai..Hampa pikiaq ambiklah maksud aku ni..aku tokwan tua katakan...alahai

  37. PKR sama maksud dgn "pakat Kutuk Rakan"...sekarang nasib tak baik menyebelahi YB Zul.
    Dalam bulan puasa yng mulia ni pun "pakat" mengutuk beliau, janji bila saja ada isu yng menggugat part Anwar Ibrahim ni...YB Zul jadi mangsa..Pak bakaq ka..Anonymous ka..apa tu sapa lagi?..semuanya yang ahli pekat PKR ni..memang pakar PHD (sifat semula jadi kat malaysia). Rata rata commenter kat web ni semua melayu islam *(ada tak india islam ke..cina islam ke ?). Setuju dgn Bakarole..melayu la ni dah macam orng hindu, sayang sangat kat kuil..termasuk Pak janggut (khalid samad kot). Saya rasa hardcore PKR semua sayang kat kuil lama tu...dan rasa sayang sangatlah nak bawa ke section 23 kot kot boleh "menghindukan ahli ahli melayu PKR section tu".Bila mai PRU 13 nanti confirm 100% undi PKR. kan PKR champion Hindraf, macam DSAI jugak.
    panas ..panas....panasssss !!!

  38. encik garden, kalau ikut pasal hak penduduk melayu s23 ttg kuil mengapa tak timbul masalah kuil2 lain di perumahan majoriti melayu lain? permasalahan ini bermula dari management umno bn selama 52tahun.nak harap pr yg baru memerintah setahun? Dr mahathir nak majukan m'sia yg kaya sumber alam pun ambil masa 22tahun.Di sg besar, depan pasar lama, kaw khir toyo tersergam indah kuil hindu di kawasan majoriti org islam melayu.kenapa takde org melayu umno protes?hakikatnya umno by hook or by crook ingin merampas selangor dgn cara haramjadah.akidah org-org umno ialah matlamat menghalalkan cara.duit bagi mrk tuhan.jgnlah merendahkan kebijaksanaan rakyat yg semakin berkembang.ini bukannya zaman 60an mainkan sentimen perkauman utk kekalkan kuasa yg di hujung tanduk.cukuplah dgn melayu umno yg bodoh dulu, kini dan selamanya.

    umno tak keruan la ni.

  39. encik garden, kalau ikut pasal hak penduduk melayu s23 ttg kuil mengapa tak timbul masalah kuil2 lain di perumahan majoriti melayu lain? permasalahan ini bermula dari management umno bn selama 52tahun.nak harap pr yg baru memerintah setahun? Dr mahathir nak majukan m'sia yg kaya sumber alam pun ambil masa 22tahun.Di sg besar, depan pasar lama, kaw khir toyo tersergam indah kuil hindu di kawasan majoriti org islam melayu.kenapa takde org melayu umno protes?hakikatnya umno by hook or by crook ingin merampas selangor dgn cara haramjadah.akidah org-org umno ialah matlamat menghalalkan cara.duit bagi mrk tuhan.jgnlah merendahkan kebijaksanaan rakyat yg semakin berkembang.ini bukannya zaman 60an mainkan sentimen perkauman utk kekalkan kuasa yg di hujung tanduk.cukuplah dgn melayu umno yg bodoh dulu, kini dan selamanya.

  40. kepada semua yb zul merupakan lawyer yang aktif menentang dan menbantu mereka yang teraniaya dalam kes murtad. baik kes aisyah bukhari dan hartina. tapi atas dasar politik hangpa semua kutuk bila dia keluar statement yang tak sebulu dengan parti pasd dan pkr. kebanyakkan lawyer lawan dia banyak dalam pkr dan dap. contohnya orang melayu mcm malik imtiaz dalam kes lina joy jadi peguam wakil kerajaan selangor kes teoh.
    so jangan tipu kata pindah kuil tu ikut pandang islam kalau masih sekongkol dengan depa.hangpa semua jumud dan tak boleh pikir.

  41. INI YANG MENJADI MASAALAH KEPADA PAK JANGGUT NI BANYAK YANG MATA DUITAN, TENGOKLAH BUKIT LODGING DI KELANTAN, PAK JANGGUT YANG SATU LAGI TU KERJAKAN HUTAN TU SAMPAI DAH TINGGAL PADANG PASIAQ JE. MENTANG - MENTANG LAH TAPAK KUIL 19 TU NAK BUAT KONDO MEWAH OLEH TAUKE CINA, SAMPAI HILANG PERCATURAN.

  42. KENAPA KITA NAK KUTUK YB. ZUL BELIAU MENGANJURKAN KAN PERKARA YANG HAK. YANG BATIL ITU TETAP SALAH WALAU PUN IA MUSANG BERJANGGUT.

  43. ALASAN PAK JANGGUT ITU LEBIH KEPADA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI BUKANNYA ORANG RAMAI. TAK BOLEH DITERIMA AKAL. MACAM BURUNG TIONG.

  44. 1. Saya hairan dgn sikap segelintir jemaah kita. Kenapa meletak politik mengatasi segalanya. Isu kuil di seksyen 19, kenapa nak disalahkan kerajaan lama, semua org tau bn tak buat kerja, tapi apa pulak yg kita boleh buat. Itu paling utama. Menyalahkan org lain bukan menyelesaikan masalah. Mulai sekarang kita kena pamirkan hasil kerja kita, betapa indahnya islam yg kita perjuangkan. Rakyat pangkah kita kerana kita berjaya meakinkan mereka, tapi kita pulak seolah lupa dan mulai takbur, kerja tak buat asyik salahkan orang lain. Janganlah mengiakan tuduhan puak bn dengan mencemarkan kesucian islam.
    2. Kenapa perlu takut pada keritikan, tak kiralah dari siapa. Sebagai pejuang dalam mempertahankan islam kita kena berani berhadapan dgn pandangan yang berbeza, tambahan pula dari kalangan rakan2 kita. Tidakkah pandangan mereka sebenarnya ikhlas terutama dari saudara seagama mcm YB Zul. Apakah kita hanya bole terima pandangan jika datangnya dari Ronnie Liu, tidak dari YB Zul. Nampaknya kemenangan yang Allah s.w.t beri kepada kita telah kita lupa dan mula membuat kita riak. sy khuatir, jika PR13 kelak, Allah menarik balik kemenangan yg pernah diberi kepada kita masa PRU12.
    3. Kepada yg selalu menghentam sesama jemaah, sy ingin memberi pandangan peribadi. Cukup2lah berbalah, carilah jalan terbaik. Kita membawa imej islam, maka peliharalah adap dan tertib sepertimana yang dituntut oleh agama. Jika dulu kita asyik menghentam ubn, maka hari ini penyakit yang sama mula membadai kita. Lebih memalukan lagi bila kita membawa imej agama.
    4. Semenjak kebelakangan ini semakin banyak ujian Allah keatas PR, sy melihat ini sebagai salah satu tanda PR akan berpecah. Didalam Pakatan, walau berlainan parti, tetapi atas semangat persaudaran islam sy lihat kita lebih rela menghentam sesama kita, kita tidak berani menghentam rakan pakatan dari parti DAP serta PKR yg berlainan agama. Kenapa perlu ada double standard dlm hal ini. Yang hak tetap hak, kenapa bila melibatkan yg bathil dan diperjuangkan oleh DAP kita menjadi kelu serta takut. Ini sedikit sebanyak mengiakan tuduhan ubn, bahawa pemimpin kita yg islam seolah-olah menjadi pak turut.
    5. Dlm isu kuil, kenapa perlu sangat YB Khalid Samad beria-ia menjadi jurucakap kuil. Mana perginya YB Rodziah yg memang menjadi tugas beliau menerangkan isu ini. Beliau merupakan exco kerajaan negeri serta adun kawasan. Sy percaya, sedikit sebanyak bila isu ini dijadikan modal politik oleh ubn, PAS akan menanggung akibatnya. Jgnlah kerana undi utk rakan parti pr maka peluang kita dikawasan majoriti melayu islam terhaki, sy amat kecewa perkara ini berlaku.

  45. Pak Janggut ???? Mat Zain tu kaa?? Dia pun ada janggut juga.... :)

  46. Apa-apa pun, saya tetap menganggap YB Zul lebih kuat fahaman dan semangat Islamnya berbanding majoriti pemimpin PAS dan PKR, dan sudah tentu lebih baik dari hangpa yang dok bantai orang tak tentu pasai. Zul ada pendirian, dia tidak kira parti mana, kalau salah, tetap akan di kritik. Memanglah dia bukan pilihan Anwar, kerana si Anwar ni tak ada nilai Islam pun. Kome semua yang terlalu taksub dgn parti, sampai tak nampak kesalahan pemimpin. Cubalah celik mata sikit, tengok betul-betul, jangan mata asyik dok pejam, pas tu dengak orang cakap, terus angguk.

  47. hahahah kuil 150 tahun??..setahu aku kuil yg paling tertua kt m'sia ni pun berusia kurang dari 100 tahun (kt kelly castle, perak)..pegi la cari fakta dulu seblum main hentam jek..hahahahaha...

  48. Saya cukup setuju dengan pemerhatian dua rakan commenter Anon Sunday, September 13, 2009 3:29:00 AM MYT dan Anon Sunday, September 13, 2009 10:56:00 AM MYT.

    Apa yang saya perhatikan adalah, PR semakin hari semakin mengikut dalam jejak langkah legasi BN. Jika pandangan yang diberikan pun ditembak jatuh oleh mereka, apakah beza sangat PR dengan BN? Kalau peraturan2 yang dibuat dan digunapakai oleh BN dulu pun mahu dikekalkan walaupun nampak benar berat sebalah, maka apa beza sangat PR dengan BN? Saya bukan membela MP Zul. Kalau dia buat salah, maka itu saya tak mahu defend dan sokong. Walaupun dia itu PAS ke PKR ke.

    Nampak benar kita ini sudah jatuh ke tahap taksub kepada pemimpin politik, dan kita sudah hilang pertimbangan yang mana hak dan yang mana tidak, lalu membiarkan pemimpin politik membuat ikut suka mereka tanpa mengira peraturan yang terdapat dalam undang-undang. Biarpun perbuatan itu jelas mengenepikan hak, tapi secara zahirnya nampak macam betul perbuatan mereka.

    Anda perlu ingat, anda perlu matang menilai, bukan menurut secara buta-tuli. Dan hak anda untuk menegur jika anda dapati ada yang tidak dilakukan dengan betul oleh kerajaan. Tidak kira siapa kerajaan itu (PR atau BN). Dan kepada mereka yang bila sudah menjadi kerajaan, maka kamu tidak boleh mengenepikan hak sesiapapun yang dilindungi undang-undang, walaupun mereka itu tidak punyai fahaman politik yang sama dengan kamu. Islam membela keadilan dengan tidak membezakan agama atau kaum lagikan pula perbezaan politik.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008