Sedap!! Klik gambar di atas!

Pengundi India menyampah dengan BN - Samy Vellu

Update 11.30 malam

Samy Vellu akhirnya menewaskan Najib. Gesaan Najib dibakulsampahkan oleh para perwakilan MIC. Bernama hari ini melaporkan:
Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja". Baca sepenuhnya dalam berita Bernama bertajuk "Politik wang antara penyebab kekalahan saya - Subramaniam".
Posting asal

Bukan saya kata, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang kata:
"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN" (lihat Malaysiakini hari ini "'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'". Lihat pula cara Bernama membuat laporan dalam berita bertajuk "Saya tidak popular, kata Samy Vellu").
Agaknya, Samy Vellu terbakar dengan sindiran bossnya di dalam BN, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat berita Malaysiakini hari ini "Najib: Tiada guna popular di kalangan ahli sahaja...").

Sambil itu, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para perwakilan MIC yang memilih para pemimpin yang layak untuk parti mereka (lihat berita Bernama "Palani kekal jawatan Timbalan Presiden MIC").

Ketika orang Umno nak memilih pemimpin dulu, saya nak sangat Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi timbalan presiden parti itu, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi naib-naib presiden.

Malangnya, para perwakilan Umno menghampakan harapan saya. Mereka lebih cerdik memilih timbalan presiden mereka berbanding majoriti perwakilan muktamar PAS di Shah Alam 5 hingga 7 Jun lalu.

MIC tidak mengecewakan saya. Terima kasih (gambar di atas ihsan Malaysiakini).

Berkaitan:
BN mesti berhati-hati, kalau tak jaga akan kalah di pilihan raya yang ke-13 - Dr M (Video Malaysiakini)
Indian voters fed up with BN, not me (Malaysiakini 12/11/09)
Samy says Indians upset with BN, not with him (Malaysian Insider 12/11/09)
Samy Vellu, benci dan rindu politik Malaysia (Datuk A Kadir Jasin 13/9/09)
In MIC, Samy Vellu shows who’s the boss (Malaysian Insider 12/11/09)
Win back the Indians, Najib tells MIC (Malaysian Insider 12/11/09)
Najib: Win in party, but lose in polls gets BN nowhere (Malaysiakini 12/11/09)
Dr Mahathir: The Indians want you to go, Samy (Malaysian Mirror 12/11/09)
Peringatan Najib (Mingguan Malaysia 13/9/09)
Samy Vellu kecewa MIC dipersalahkan (Mingguan Malaysia 13/9/09)
Tolonglah sedar Samy... (Mingguan Malaysia 13/9/09)
Utusan akhbar perkauman (Hanief)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. biag pi la pak bakag, depa pilih sapa pun, org india dah muak kat depa.......

  2. Biarkan siluncai dengan labunya.

  3. Jaga jaga - Samy dah nak lompat.

    Seperti UMNO yang terus memilih paklah malah di saat akhir pun ada yang mahu menghalang persaraan paklah termasuk pembangkang seperti Hadi dan Anwar maka apa yang berlaku pada dan dalam MIC bukan sesuatu yang aneh.

    Kaum India terus berpecah kepada 10 dan selepas ini kepada 12 tetapi mereka akan salahkan kaum lain dan kerajaan bila ketinggalan. Hari ini mereka salahkan kerajaan BN dan besok jika Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan, mereka tetap kata tak adil.

    Bagi kaum India mereka saahaja yang betul dan kepada kerajaan yang ada atau kerajaan yang menanti - selamat melayan kaum ini.

  4. salam pak bakaq..gua salute kat sami ni dari dulu..pasal xde 1 orang pun yang berani tegur dia cakap bahasa melayu terbalik-terbalik..kalau press tanya dia jawab selambe je..gua tengok muka reporter tu mcm kelat je.. pasal balik nanti nak kene tenung dulu ape sebenarnya maksud jawapan yang dia kasi tu..falsafah pun bagus dia ni..gua xboleh lupa ayat yang dia cakap ni.. kalau tuhan mau kasi jatuh itu tanah kita xbleh buat apa..saya tak boleh jawab setiap kali itu tanah mau jatuh..to samy..BON VOYAGE..

  5. Samy oh samy mau duduk itu kerusi samapi mati ka. sudah kalah pu tarak sedak ka
    Biaq samy and MIC and BN lingkup pada PRU 13 nanti.

  6. Salam.

    Kita nampak mereka sentiasa bersatu tetapi percayalah mereka sebenarnya adalah berpecah belah.

    Kalau orang ini nak lompat janganlah diterima...bukan senang nak jaga hak yang jenis membelit ni!

  7. dia ni tak sekolah ka? BN tu termasuk dia juga la....

  8. pemerintahan UBN dah jadi sampah, rakyat kena sapu ganti dengan pakatan rakyat... rakyat bersatu bersama pakatan rakyat..

  9. BN sampah masyarakat....1 Malaysia dah tahu, tipu rakyat dulu, rasuah menjadi keutamaan..

  10. Salam Pak Bakaq,

    Bapak borek anak rintet. Najib cuba tegok samy, rumah tangganya bergelumang dengan taik. Pasai tu lah puak-puak samy protes! Banyak orang lupa manusia samy ini ada lah 'akitek'. Dia boleh corak MIC macam-macam dengan kuasa dan wang ringgitnya. Hari ini dia kutuk BN terang-terang. Nampaknya terpaksalah Najib gila talak balik dengan PAS kerana salah hari bulan jadi PM yang terpendek dalam sejarah! Qhalu'ainna..Nampak sangat samy dah naik minyak!

  11. Laa kluangman..he he..malam nie hang ada akai..lepas ni,hang bawak la kepala lembu pi depan rumah abang samy hang..hang pange dia keluaq,lepas tu hang pijak2 la kepala lembu tu depan dia..he he.kalau hang berani,pii laa..

  12. RM 300 MENGATASI MESEJ PERDANA MENTERI. DIA NAK PEGANG MIC SAMPAI MATI MACAM TGNA.

  13. SEBAB DIA LAH ORANG INDIA MASA INI DAH ADA 10 PARTI. DULU SATU PARTI INDIA SEKARANG SUDAH LEBIH. APA NAK JADI.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008