Sedap!! Klik gambar di atas!

Pengaruh Hassan Ali ke atas Presiden PAS

Orang tanya saya, adakah PAS akan ambil tindakan ke atas Dr Hassan Mohamed Ali kerana bercakap tak sehaluan dengan kerajaan Selangor yang beliau turut menjadi pemimpinnya? Saya jawab, dia boleh dianggap sentiasa yakin bahawa Presiden dan beberapa pemimpin tertinggi PAS yang lain akan tetap bersama-samanya (jangan tak baca berita mStar Online bertajuk "Pemuda PAS khuatir isu Selcat bawa kejatuhan Pakatan Rakyat" - saya dah cakap dah, bila berhujjah, pemimpin PAS mestilah cerdik dan dilihat cerdik). "Nak gerenti dia mesti tak kena tindakan macam mendahului Allah Ta'ala pulak. Tetapi, aku yakin sangat dia tak akan kena tindakan," saya kata.

Nak tau betapa hebat pengaruh Dr Hassan? Selepas muktamar tahunan PAS 2007, walaupun begitu ramai orang PAS Selangor yang tak nak Dr Hassan menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu, Presiden tetap melantik beliau ke jawatan itu. Tetapi, jangan tuduh Tok Guru Presiden bertindak sendiri pulak. Dia buat keputusan itu berdasarkan mandat mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah barangkali depa pening kepala fasal perlantikan tersebut.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, surat persetujuan dari PAS supaya menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dilewat-lewatkan sakan penghantarannya kerana pengaruh siapa antaranya?

Pengaruh Dr Hassan kuat sangat ke atas Presiden PAS, bib! Dia sentiasa dilihat sebagai President's man (Gambar di atas ialah berita Malaysiakini semalam bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support").

Di bawah ialah berita berkaitan dalam Berita Minggu hari ini:
Pas tak cadang kenakan tindakan ke atas Hasan Ali

SHAH ALAM: Pas tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berikutan kritikan terbuka beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pertemuan antara Hasan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, tidak menyentuh soal tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Perkara ini (tindakan disiplin terhadap Hasan) tidak pernah dibincangkan pada pertemuan dengan pucuk pimpinan parti," katanya yang enggan mendedahkan bila pertemuan itu diadakan.

Roslan bagaimanapun berkata, terpulang kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan berikutan kritikan terbuka Hasan itu, termasuk membuat rombakan terhadap Selcat.

"Pas Pusat tidak berbincang untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Hasan. Kita tunggu pengumuman Menteri Besar (Abdul Khalid) nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, Hasan sudah mengemukakan laporan terperinci kepada pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung kontroversi berkenaan, antara lain menerangkan bahawa ia adalah pandangan dan teguran bagi memperbaiki pentadbiran negeri.

"Walaupun mewakili Pas Selangor, ia hanyalah kritikan biasa... tidak ada yang serius, termasuklah untuk (Pas) keluar dari Pakatan Rakyat," katanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu sebelum ini membuat kritikan terbuka terhadap cara Selcat menyoal pegawai daerah pada sesi pendengaran awam, baru-baru ini sehingga timbul desakan supaya beliau keluar dari Pakatan Rakyat dan dipecat sebagai Exco kerajaan negeri serta dari jawatannya dalam parti.

Beberapa wakil rakyat termasuk dari Pas mempersoalkan tindakan Hasan itu dan mendesak beliau keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak sependapat atau tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.
Berkaitan:
Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali? (mStar Online 26/9/09)
Selcat: Mesyuarat khas PAS petang ini mahu lulus mandat sokong Hasan Ali (mStar Online 27/9/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam. tah apa2 tah hasan ali ni. org nak pilihanraya , ada ja isu dia mau timbul kan. Org bukan tak benarkan dia bg pandangan, cuma kaedah yg hasan ali buat tak betul. Apa kejadahnya condem secara terbuka mcm tu.. ada msyt exco ko nak melalak puas2 pn org tak kisah.

    Yang saya hairan ramai pula pembela tindakan nya.. roslan sms mmg backing c hasan ali. la ni ketua pemuda pun sama.. ada ka di kaitkan nya pasal isu penyapu .... punca utama org tolak BN pasal rasuah, bukan soal penyapu. ( ketua pemuda PAS semacam x senang duduk kalo 'geng' dia kena tibai- so walau kwn tu buat salah pn mau jg d cover )

    1 punya pasal , rosak imej parti islam..pasal tu org tak hairan ada sumber mengatakan Sultan Selangor pun tak suka Hasan ali...Abih tu kalo da kwn dalam pakatan pn mau di kianati, mana sanggup sultan nak bg perkenan dia jd MB.

    ps- sila tanya doktor... kalo ada barah atau kanser , apa seharusnya yg perlu dibuat...

  2. dah rujuk kat cikgu pa?
    dah tanya cikgu pa?
    cikgu pa kata apa?
    dah dapat pandangan cikgu pa?
    cikgu pa...
    cikgu pa...
    cikgu pa...
    (man behind the scene)
    (mungkin inilah yang aboo ben adam maksudkan)

  3. Dalam kes hassan ali, saya percaya majoriti ahli PAS sokong tindakan hasan ali, khususnya orang melayu. hanya segelintir sahaja seperti khalid samad & dr dzulkifli ahmad yg tak menyokong.

    tindakan dr hassan ali taklah seberat mana, tindakan DAP kedah lebih teruk, ugut nak keluar PR Kedah.

    Dr Hassan ali mungkin silap, tetapi sebagai ahli PAS kami menyokong hassan ali.

  4. Bhai...

    Hahahaha... gua dah saspek dah... benda nie sure akan jadi punya... hahahaha... yang kena tindakan nanti sure para blogger yang amik tindakan "amar maaruf nahi mungkar" ...

  5. Disebabkan tindakannya yang membelakangi PR Aku benci Hassan Ali dan orang-orang yg sewaktu dengannya.

    Ingatlah aku tak kan memangkah lagi orang-orang PAS ni..

  6. Anon 7.42

    Jgnlah jadi pencacai Khalid Samad. Bila jadi makmum, jadilah makmum yang baik. Lihatlah perkara ini dengan akal yang waras..bukan akal letak di kepala lutut..hassan ali memikirkan natijah kepada agama dan bangsa..penghinaan adalah secara halus kepada penganut agama Islam..bacalah sejarah singapura moden..

  7. Katanya pejuang Islam tak kira bangsa!
    Bila timbul isu ... cerita tentang melayu pula?
    Yang mana satu betul ni?
    Islam ke?
    atau
    Melayu ke?
    Selekeh betul lah pendirian macam ini.

    Kalau nak Islam buat cara Islam dan jangan cakap cara melayu.
    Nak siasat .. siasat cara Islam.. kalau mereka tak tahu ..sila bagi tau mereka adap soalsiasat atau temubual ikut adap Islam.

    Ini tidak .. melalak tak tentu pasal .. apa hal tak ikut sunnah nabi ke? Jangan cakap saja pandai tapi tak boleh buat, suruh orang buat itu, buat ini, bersdih itu, bersih ini... tapi diri sendiri bagai kan ayam jantan yang kokok berderai derai tapi ekor penuh taik.

    Sayangi PR, sayangi rakyat yang mendokongi nya, pemimpin boleh datang dan pergi tapi rakyat tetap di situ.

  8. sikit2 tanya Hj Hadi, sikit2 tanya tapa ali, sikit2 tanya nasa tantawi. Nasa TP mana? langsung tak bebunyi! Orang2 PAS nih (bukan semua) berpandukan Nabi Muhamad s.a.w ke atau berpandukan Hj Hadi? Patutnya kita sebagai orang Islam mesti mengkaji sendiri Al-Quran, kalau tak paham baru tanya ustaz2, kalau tak puas hati teruskan bertanya sampai paham dan puashati! Akai sendiri letak mana woiii! Dalam kubur kena jawab sendiri woii!

  9. Tak berbaloi PAS nak kena tindakan pada Hassan Ali sekadar dia memberi pandangan terbuka yang tidak sehaluan dengan pemimpin lain dalam Pakatan Pembangkang.

    Untung sebesar mana agaknya yang PAS akan dapat jika tindakan disiplin di ambil ke atas Hassan Ali. Sekadar nak puaskan hati segelintir yang busuk hati mungkin berbaloi baloi kot !!!!

    Hassan Ali sekadar lambang kecil mencerminkan masih ada segelintir PAS yang tidak jadi kuda tunggangan dan tukang hangguk pada Lims dan Anwar.

  10. Ramai juga yang masuk Pas "demi" jawatan...kawasan balak dan pangkat dan nama, sebab itulah mereka ini berperangai begitu...

    Mereka berkata semua yang buruk2 pasal "Umno/BN" tetapi mereka pun sebenarnya pun tidak sebaik mana...

    Hanya tahu "menghukum" orang "Umno/BN", hadis2 dan ayat2 Al-Quran yang diucapkan semunya hanya layak ditujukan kepada orang "Umno/BN"... diri sendiri semuanya baik2 belaka taraf maksum...

    Ayat2 Al-Quran "dijual murah" ditafsirkan mengikut nafsu serakah...

    Wassallam...

  11. Presiden Pas mengambil keputusan berdasarkan kepada keputusan MAJLIS SYURA , jadi sebarang keputusan samada tepat atau tidak maka sama-samalah bertanggungjawab .Mengapakah di Selangor Pesuruhjaya nya membuat kenyataan yang pedas hanya dengankeputusan beberapa orang kanannya sahaja dan beliau sendiri , mengapa tidak diputuskan di peringkat mesyuarat (syura) negeri?

    Kejadian ini mengaibkan dari sudut uslub politik di dalam PAS , ini seolah-olah sesekor anak kambing yang terkeluar dari kumpulannya...lambat laun akan dibaham oleh serigala ganas.

    Cukuplah membuat pandangan yang menampakkan kedangkalan berpolitik , orang Islam perlu CERDIK.

  12. "Pas tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berikutan kritikan terbuka beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) negeri itu. Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata [...]

    - siapa yang bercakap? roslan sms
    - siapa yang lantik roslan? hasan ali

  13. salahkah exco kerajaan negeri memberi teguran ke atas organisasi yg baru jer ditubuhkan? Ape maksum sangat ker selkat ni? Dr Hasan ade hak menegur seperti mana kita ada hak menegur beliau.. jgn jadi mcm bn yg mane sebarang teguran tak boleh dibuat, nanti dibuang parti...

  14. Salah ke Hassan Ali bersuara atas pandangannya sendiri? Tindakan beliau adalah betul dan orang ramai mengkagumi beliau sebagai pemimpin yang berani bersuara hal yang benar, walaupun tidak selari dengan majlis syura PAS. Kita sepatutnya dah serik dengan sikap pemimpin Melayu UMNO yang majoriti pandai angguk saja, dan janganlah budaya angguk ini diserapkan juga dalam PAS. Jangan hanya takut hilang kedudukan dan kontrak kita membisu ikut telunjuk.....

  15. Pakatan dan lebih-lebih lagi PAS, kalau nak pilih calon dan pemimpin tengok2 dulu dia tu ada tak masalah dan sejarah peribadi yang kronik seperti skandal pompuan, hutang piutang dan lain2 yang sewaktu dengannya. Kena acah dan picit sikit terpeleotlah dia. Tup-tup nanti suaranya lebih UBN dari UBN. Cukup harga, kena gaya masoklah dia kesana. Rasanya Pak Bakaq boleh faham kot...... Species cam ni bukan duri dalam daging je lagi.. tapi belacan dalam cencalok basi, walau busuk, tarak kira... ada can semua selok. Cita-cita besarlah katakan........

  16. Kpd Anon 7:42 am, adakah anda pasti tindakan MELALAK dalam mesyuarat Exco tidak pernah dilakukan oleh Dr. Hasan Ali??? Dan jika dia MELALAK..adakah anda pasti LALAKANNYA mendapat perhatian mesyuarat??? Sila bagi pencerahan supaya saya pasti apa yang saya nak marah seterusnya mengelakkan diri melakukan satu dosa besar yang dinamakan FITNAH.

  17. sdr Anon#6, 9:33am,

    dalam berjamaah tak kira imam atau makmun, semuanya mesti ikut peraturan.

    kalau imam asyik tersasul makmum kena lah tegur. sang imam tak payah lah nak toleh belakang dulu nak tengok dulu sapa yang menegur (kholid ke, saarisungib ke,roslan ke..,) kalau teguran tu betul ikut je laa.

    kalau dok main toleh belakang dulu nak pilih2 sapa yg boleh tegur, sapa yg tak boleh tegur kesalahan imam, batal dan rosak laa jamaah tuuuu.

  18. anon 16, kalau hassan ali dah melalak dlm mesy exco dan lalakannya tidak dilayan, sudah tentu mula2 sekali dia akan sebut itu. tapi lidahnya kelu, kenapa? sebab dia bawa agenda dia sendiri. kalau dah gila jawatan tu, orang kata pun tak diengar dah, hatta sultan tak suka pun!

    anon 6 kata,

    "Jgnlah jadi pencacai Khalid Samad. Bila jadi makmum, jadilah makmum yang baik." kah, kah , kah, kah, ko faham ke apa yang ko kata ni? tanya ustaz ko, macam mana jadi makmum yang baik, ikut imam saje ke atau ada kaedah2nya. pi blajaq lagi, yang basic pun ko kandas!

  19. selagi ada trojan besar sekok ni kat selangor, selagi tu la hara-biru..

    Aiseh berpuloh-puloh tahun berpolitik masih tak cerdik lagi.

  20. hasan ali giler nak jd MB selangor tu jer, utk hasan ali and the gang, next pru aku tak kan undi puak2 hangpa, hang pa patut isi borang umno join anak toyor tuh

  21. Hasan Ali ini ada kelulusan 'doktorat' DR. tapi dari cara pemikiran nya, pengurusan EXCO nya, kepimpinan nya serta cara teamwork nya tak seperti seorang yang bijak berkelayakn DR. adakah kelulusan DR itu di beli atau di keluarkan dari Universiti Tempatan (yang berkebanyakan Degree Mills berkualiti 'kertas tandas')... Memalu kan Bangsa Melayu di khalayak pemimpin bukan-Melayu di Selangor dan Malaysia aje, nampak nya.

    Ini hanya akan menghakis kepercayaan undi bukan-Melayu kepada PAS di masa jangka panjang, semesti nya. Hassan Ali mungkin berpendapat bukan-Melayu berfikiran benggap tetapi merekalah yang banyak membantu PAS memenangi GE12 lalu, serta menyumbang cukai terbesar untuk menyuap periuk nasi pekerja kerajaan yang 99%nya Melayu, termasuk Hassan Ali sekali. Eloklah jika Hassan Ali dapat mencermin diri sendiri, sebelum menghadapkan fikiran benggapnya ke dinding tembok!

  22. Betul lah... Berita dah keluar kat TV3, Ust Nasa bagi tahu tiada tindakan yg akan diambil pada Dato Hassan Ali.

  23. kalau hasan ali buat teguran mesti ada mp shah alam melalut.sepatutnya khalid samad dikenakan disiplin kerana selalu membuat kenyataan terbuka menghina pemimpin pas lain.dia nilah yang memecahkan parti pas selangor dan berangan nak jadi pesuruhjaya pas selangor dan berangan nak jadi mb,jika pas menang besar pru13 nanti.teruskan berjuang hasan ali...kami rakyat selangor menyokong YB.pak bakaq...tolong nasihat khalid samad tu..lebihkan kerja,kurangkan mulut besarnya tu..rakyat shah alam dah tahu YB ni..takboleh pakai...cakap memang berapi..habuk tarak.tong kosong.

  24. Penyokong taksub PAS akan mengiyakan sahaja apa-apa juga tindakan Hassan Ali. Aku pun pelik apa ke jadahnya Hassan Ali ni, tak habis-habis buat kecoh. Apa dah giler glamer ke? Dalam mesyuarat exco dah bincang, tak puas hati kena la ikut adap bermesyuarat. Takkan sikit-sikit tak puas hati nak tunjuk handal kat luar. Kalau dah tak suka pegi la join UMNO tak pun jadi ADUN Bebas. Serik aku nak sokong PAS kalau perangai pemimpin macam ni.

  25. sebab dr Hassan Ali minta agar diperkemaskan cara siasatan kepada kakitangan kerajaan negeri, yg kebetulan majoriti orang orang melayu, itu yg DAP menyampah dengan Dr hasan Ali..

    Kadang kadang pelik perangai barua DAP sebab apabila penyamun penyangak perompak ditekan semasa siasatan, mereka tak bersetuju..barua sial punya segelintir pemimpin, penyokong DAp yg tak abis abis tak matang lagi dalam berpolitik, masih dengan kefahaman sempit..barua betul.

  26. Baguslah Dr. Hassan kerana berani bersuara, janganlah yang macam satu lagi tu sanggup mengunakan Quran untuk kepentingan diri.

  27. aku.keluarga dan ramai kawan2 pas aku dan meluat dgn geng hassan ali ni tapi dah tak tau nak buat apa,lemah semangat nak berjuang utk pas selangor,alangkah baik nya jika ada PJ selangor ni macam nizar yg kamu semua kagumi.

    kami ahli pas yg bukan ada jawatan di jkkk,ahli majlis, bukan ajk masjid atau glc di negesti pakatan rakyat harus buat apa di selangor ni.

    kamaruddin mohd

  28. demokrasi la sikit....

  29. aku hok dok duduk SA pun meluat giler kat khalid samad sbb mai ceramah kat aku kata lain, tulis dlm blog lain citenya

  30. hassan ali tu pejuang islam kah?
    Betul ke dia tu pejuang islam?
    Apakah sebab dia jadi macam tu?
    Adakah Umno sudah beli dia?
    Siapakah dia sebenarnya?
    Kenapa Presideng PAS tak ambil tindakkan keatas dia?
    Adakah dia orang kesayangan Presideng?

  31. aku sebagai pengundi DUN Gombak Setia, di bawah Dr Hasan Ali, aku tak nampak ciri ciri Dr Hasan Ali ni pro ke UMNO, melihat beliau memberi tazkirah, khutbah jumaat, dia pukul rata.adakala aku sendiri tak sanggup nak dengar apa yg Dr hasan ali ceramahkan sebab bila dia bercakap, dia jenis tak takut jawatan terlepas.

    dan adakala aku terfikir bagaimana orang yg berusia macam dia gagah mengolahkan masa, iyelah, bayangkanlah, adakala program qiamulail mula jam 3pagi, aku terfikir berapa jamlah Dr Hasan ni peruntukkan untuk tidur, habis qiamulail, dia imamkan solat subuh debgan bacaan yang teratur, bagi lagi tazkirah selepas solat suboh, lepas tu bersama rakyat dengan program program lain..aku sendiri lepas tu tak sanggup menahan mata lepas solat suboh.
    andaikata beliau mempunyai cita cita naj jd MB, secara poltiknya sesiapa yang menang kerusi DUN adalah juga calun MB.mungkin beliau ada 1,2 kelemahan, yg penting beliau tak merompak duit rakyat.

  32. But PAS does not declare war on corruption. PAS declares war on beer and sexy women. PAS does not understand that corruption and poverty is the real enemy. Poverty enslaves us. Corruption makes us even poorer.

    GREAT VISION RPK
    http://mt.m2day.org/2008/content/view/27328/84/

  33. PAS has declare war on coruption before. Since they have joined the Pakatan Rasuah it is impossible for them to be just a bystander. Politics is all about getting rich by manipulating and confusing the people.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008