Sedap!! Klik gambar di atas!

MIC tak rela dipijak-pijak Umno

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu MIC segera mengambil tindakan ke atas perwakilan parti itu yang mengeluarkan kenyataan supaya 'kalungan selipar' diletakkan pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Akhbar itu juga melaporkan tembakan demi tembakan kemarahan para pemimpin Umno terhadap perwakilan tersebut.

Pada hari yang sama, The Malay Mail pula melaporkan bahawa Ketua Pemuda MIC, T Mohan membalas tembakan dengan menuntut Umno mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Melihat perkembangan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan Mohan yang menuntut Umno mengambil tindakan ke atas Dr Mahathir itu sebenarnya ditujukan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan lupa bagaimana Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pulas-pulas telinga Najib: "Perdana Menteri cakap (ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu), bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" (lihat juga bagaimana Samy Vellu terus dipelengkung oleh Dr Mahathir dalam posting blongnya yang bertajuk "Makan suap").

Sebelum Mohan berani bersuara, lorong jeritannya telah dirintis dengan begitu cantik oleh anak lelaki Samy Vellu sendiri, Vell Paari yang terang-terang mendebik campur tangan Najib.

"Para perwakilan (perhimpunan MIC) juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," kata Vell Paari.

Nampak seperti MIC mengalah apabila menggantung keahlian tambi yang nak kalung selipar itu, M Sukumaran. Tetapi hakikatnya, MIC sedang melawan big brothernya, Umno.

Aiyo yo... berapa lama kita punya kapla mau kasi itu Umno pijak!

Berkaitan:
Sampai bila Samy... (Utusan Malaysia 30/8/09)
Samy: Umno cannot decide who helms MIC (Malaysiakini 9/9/09)
Samy hits out at Dr M, Utusan (Malaysiakini 11/9/09)
Samy’s MIC on collision course with BN (Malaysian Insider 13/5/09)
Vel Paari’s wife turns heads at MIC assembly (Malaysian Insider 13/5/09)
Pemuda: MIC biadap kecam Dr Mahathir (Malaysiakini 14/9/09)
Perwakilan MIC kurang ajar (Utusan Malaysia 15/5/09)
Samy Vellu’s Malay dilemma (Malaysian Insider 15/5/09)
Samy Vellu runs damage control over Mahathir insult (Malaysian Insider 14/5/09)
Malay groups hit out at MIC over Dr M's 'slipper garland' (Malaysiakini 15/9/09)
Samy Vellu suspends delegate over ‘slippers for Dr M’ (Malaysian Insider 15/5/09)
Slipper garland for Dr M: MIC delegate suspended (Malaysiakini 15/9/09)
Dr M on winning party polls, losing people's faith (Malaysiakini 16/9/09)
Apologise to my dad, Mukhriz tells MIC (Malaysiakini 16/9/09)
Isu ‘kalungan selipar’ bukti MIC belum berubah (Berita Harian 16/9/09)
Two police reports over ‘slipper’ issue (Malaysian Insider 16/9/09)
Sorry Dr M, says 'slipper garland' MIC man (Malaysiakini 16/9/09)
Man behind slippers row says he gets carried away (Malaysian Insider 16/9/09)


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. samy dont spoil your good name hand over the mic to other,Not to your son ok.
    Take a rest enjoy your old age with grandchildren... See how other led the MIC ..
    MIC is not yours.You are not MIC

  2. bab nih aku tak sokong mic

    bodo betul la mamat tuh
    nak salahkan mahathir mana boleh?
    buat apa sami velu jadi menteri selama nih???
    nak jilat jub** pm aje ke????

    ayoooooooooo
    wake up la indian !!!

  3. lama dah dipijak umno takkan baru nak sedar tamby....memang tak sedar diri...

  4. Dah lama MIC dipijak UMNO tak sedar lagi ka??? masa chedet jadi PM tak kena pijak ka???

  5. Dalam drama antara Che Det dengan Samy Veloo ni,Che Det ada buat beberapa komen dalam "SUN" menyatakan: Pemimpin-pemimpin parti yang sudah "over-stay" tidak mendapat sokongan padu dari ahli parti dan ditolak pula olih pengundi dalam pilihan raya,wajar mengundurkan diri.Tambah Che Det: Walau pun menang jawatan dalam parti kerana sokongan kelompok kecil tapi tidak disenangi pengundi,pemimpin-pemimpin itu sudah dikira tak berguna lagi.
    Komen Che Det ni mengingatkan kita kepada beberapa pemimpin PAS yang sudah betul-betul "over-stay" dan sudah pun tak laku lagi dinegeri mereka sekarag "berkubu" diPAS Pusat.Logiknya kalau dinegeri mereka pun mereka tak mampu berbuat sesuatu(dah 2 pilihanraya dah)apa yang mereka bolih buat diperingkat Pusat? "Tunggul-tunggul lapuk" ni akan menjadi beban dan batu penghalang kepada usha-usha memantapkan PAS menjelang 2013.Politikus Era Enampuluhan ni sudah tamat tarikh kegunaannya dan sudah dikira "lupus".
    Dalam pada ahli-ahli PAS mentertawakan MIC dan UMNO,ada baiknya meninjau juga akan sampah-sarap yang bertimbun didapur sendiri.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008