Bila bercakap mengenai raja, antara yang paling merimaskan ialah bila bercakap dengan orang Pahang - tak kira PAS atau Umno. Bila nak menyebut raja mereka, mereka akan gunakan perkataan Tuanku. Hadoii... sakitnya telinga Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Baru-baru ini ketika menelefon seorang sahabat yang baik sangat dengan saya kerana hendak mengesahkan cerita yang dah lama saya dengar mengenai pahlawan Melayu zaman kini, Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar yang baru sahaja meninggal dunia, bila nak sebut tentang rajanya, kawan saya orang kuat PAS Pahang itu menyebut perkataan Tuanku. Hadoii!!
Mengenai pahlawan Melayu yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang itu, sila baca tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang". Itulah cerita yang saya dengar mengenai Abdul Rahim sejak dari dahulu. Kalau tak dapat pergi ke link asalnya, sila baca di sini).
Kalau dulu-dulu, saya akan sanggah terus bila orang PAS Pahang gunakan perkataan itu di hadapan saya bila nak menyebut nama Sultan mereka. La ni, saya malas dah. Bila meluat dah sampai tahap langit gelap, lantak pi kat hampalah!
Bukan orang PAS Pahang saja, orang PAS Kelantan pun sama. Saya teringat ketika berkerja di Harakah dulu, kadang-kadang bila diminta tolong tengok-tengok stringer's copy dari Kelantan, malah reporter's copy sekalipun, saya tengok depa tulis Tuanku Al-Sultan Kelantan. Ikutkan hati, saya rasa nak cucuh copy itu dengan api rokok. "Awat la teruk sangat hampa ni!" saya merungut dalam hati.
Saya tertanya-tanya, adakah mereka tidak tahu tentang seorang raja yang menyebut perkataan "babi tu" apabila nak menyebut nama Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saya tak suruh orang menghina raja. Tetapi saya benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!
Saya tulis posting ini setelah membaca berita Malaysian Insider bertajuk "Titah menyokong kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan" (saya memohon maaf sangat-sangat kepada Zukri Aksah. Meskipun saya tak berniat langsung nak menyakitkan hati Saudara, saya tetap memohon maaf kepada Saudara).
Baru-baru ini ketika menelefon seorang sahabat yang baik sangat dengan saya kerana hendak mengesahkan cerita yang dah lama saya dengar mengenai pahlawan Melayu zaman kini, Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar yang baru sahaja meninggal dunia, bila nak sebut tentang rajanya, kawan saya orang kuat PAS Pahang itu menyebut perkataan Tuanku. Hadoii!!Mengenai pahlawan Melayu yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang itu, sila baca tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang". Itulah cerita yang saya dengar mengenai Abdul Rahim sejak dari dahulu. Kalau tak dapat pergi ke link asalnya, sila baca di sini).
Kalau dulu-dulu, saya akan sanggah terus bila orang PAS Pahang gunakan perkataan itu di hadapan saya bila nak menyebut nama Sultan mereka. La ni, saya malas dah. Bila meluat dah sampai tahap langit gelap, lantak pi kat hampalah!
Bukan orang PAS Pahang saja, orang PAS Kelantan pun sama. Saya teringat ketika berkerja di Harakah dulu, kadang-kadang bila diminta tolong tengok-tengok stringer's copy dari Kelantan, malah reporter's copy sekalipun, saya tengok depa tulis Tuanku Al-Sultan Kelantan. Ikutkan hati, saya rasa nak cucuh copy itu dengan api rokok. "Awat la teruk sangat hampa ni!" saya merungut dalam hati.
Saya tertanya-tanya, adakah mereka tidak tahu tentang seorang raja yang menyebut perkataan "babi tu" apabila nak menyebut nama Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saya tak suruh orang menghina raja. Tetapi saya benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!
Saya tulis posting ini setelah membaca berita Malaysian Insider bertajuk "Titah menyokong kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan" (saya memohon maaf sangat-sangat kepada Zukri Aksah. Meskipun saya tak berniat langsung nak menyakitkan hati Saudara, saya tetap memohon maaf kepada Saudara).










Cantik? Klik 






Bhai...
Raja Adil Raja Disembah???
Raja Zalim Raja Disanggah.
bukan orang Pahang je...'one m'sia' otak dah nak mereng!!!
malang nya MB Nik Aziz pun tak berani bantah Permaisuri Kelantan bila rampas tanah rakyat.jangan marah DO atau pegawai kerajaan 100% aje,MB pun ada kuasa!lihat conton Rahim ini.
biarlah tiada raja kt negara kita ni, bila dah tsk der raje barulah senang cina ngam india naik tocang.... macam tu ke korang nak...? tak la kat perlis cina duk hasut pas(melayu) tentang raja... diaorang(cina) senyum je dari jauh...
Untuk makluman anon No. 3, TGNA tidak membenarkan mereka mengambil tapak sekolah agama di dalam bandar Kota Bharu untuk dimajukan oleh kroni mereka, sejak dari itu mereka tidak lagi ngam dengan TGNA ... kira berani jugak la tu, berani tidak semestinya menghunus keris, hehehe.
Anon at at 12:20 PM
Saya tak dapat siarkan komen Tuan. Kalu aku siar jugak, sah-sah aku akan kena dakwa di bawah Akta Hasutan.
"Saya tertanya-tanya, adakah mereka tidak tahu tentang seorang raja yang menyebut perkataan "babi tu" apabila nak menyebut nama Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat."
Adakah raja yand dimaksudkan tu sultan kelantan?
berani orang alim tak macam orang jahil....buat teguran penuh sabar dn berhemah, tapi kadangkala dengan puak UMNO tu kena kasar juga.
Kengkadang kat pahang bila aku tegur pasal lori balak merosakan jalan orang pahang habaq kat aku "awok jangan tegur, balak tuanku tuh!". Tu le pasal Sultan Pahang bertitah (getik aku pakai ayat ni) supaya sokong BN. Ahli Parlimen BN Jerantut pulak adik Sultan. Cantek la tu. Jambatan Kuala Tembeling bila nak buat? Nak tunggu balak Ulu Tembeling tumbuh semula ke?
Mana tak Raja dan MB kan sama sama cari makan.
salam pak bakar,
tolonglar jangan borong semua.
hardcore pakatan........aku duk tunggu juga jambatan kuala tembeling tuh. adun tahan dulu ada berjanji nak buat sebelum pru 12. tak guna punya wan mizan. aku mintak hang turunkan baner hari raya yang dia gantung kat simpang mesjid jerantut tu. nanti aku halo orang tua aku suruh turunkan baner yang digantung kat mesjid kuala tembeling. aku menyampah adun yang penipu.
tok pengulu
Dalam PAS memang ramai (termasuk Zukri) yg jadi penjilat tangga istana..untung2 dapat Dato, Datok Seri, Datok Paduka dan yg sewaktu dengan nya..
Tokden
kawan panggey sultan ikut nama je... tak pun... sultan je lah... takdak duk tuanku tuanku segala... kat kampung aku pun cam tu je...
kalau pun taim sebut tuanku tu... itu masa bersinis... kehkehkeh...