Sedap!! Klik gambar di atas!

Mengenang pahlawan Melayu, Abdul Rahim Abu Bakar

Dalam posting bertajuk "Mentaliti orang PAS Pahang," saya tulis sikit mengenai pahlawan Melayu Pahang zaman kita yang juga bekas Menteri Besar negeri itu, Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.

Berikut ialah dua tulisan yang menarik hati saya yang saya pautkan untuk rujukan masa akan datang:
Integrity was former Pahang MB's middle name (NST 26/9/09, komen-komen di sini)
Dato Rahim Bakar dalam kenangan (Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 26/9/09, komen-komen di sini)

Dalam soal menentang kerakusan puak feudal, Abdul Rahim adalah orang kedua yang sangat saya hormati dan sanjungi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa hampa nak kata dan sangka, ikut suka hampa. Mereka tidak menentang institusi raja-raja Melayu. Yang mereka lawan ialah kerakusan nafsu puak ningrat itu.

Adakah PAS mempunyai pahlawan seperti Abdul Rahim? Memang diakui bahawa Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berani jugak buat degil kepada kehendak istana. Tu pun namanya digantikan dengan maki-hamun "babi tu" setiap kali nama beliau perlu disebut.

Tetapi, untuk menyatakan PAS mempunyai pahlawan seperti Abdul Rahim, itu adalah satu kenyataan karut. Setakat merungut di kedai kopi memang banyak.

Yang PAS ada ialah Menteri Besar yang sering dirungutkan sebagai "lebih menjaga kepentingan Sultan berbanding kepentingan rakyat kononnya kerana dia bijak sangat berpolitik" dan tokoh yang mencium tangan Sultan yang menyuruh dia berambus dari kerusi Menteri Besar tanpa mengikut peraturan dan undang-undang tubuh negeri.

Mereka ialah pelukis-pelukis lukisan absurd pada kanvas politik Malaysia!

Namun apa yang lebih menarik ialah apabila, dalam tulisannya yang bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang", Raja Petra Kamarudin mendakwa:
In the 1982 general election Najib contested a state seat and went back to Pahang as the new Menteri Besar so that he can fulfil his main function of granting the Sultan all the timber concessions that His Highness wanted plus, as his secondary job, run the state administration.
Benarkah dakwaan itu? Jika benar begitu kelaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah pada masa ini kerjanya sebagai Perdana Menteri hanya "secondary job" beliau sahaja?

Kalau benar begitu, apa pula "main function"nya sekarang? Saya tanya begitu kerana Mat Salon kata, "old habits die hard". Jangan la marah pulak, saya tanya ja...



Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh berada di sisi orang orang beriman.
    tiada lagi pemimpin umno yang bersikap saperti beliau .
    Al fatihah

  2. Takziah kepada keluarga Allahyarham, al-Fatihah buat Allahyarham.
    Saya tak tahu apa-apa pasal beliau, tiada komen la jawabnya.
    Encik Bakaq, hang pelekeh Nizar ke? It's ok..boleh hang detailkan?
    (memetik artikel ini yang sebut MB cium tangan sultan yang tidak ikut peraturan semata-mata kerana 2 anaknya, satu pelesit cam Karl Marx, satu lagi kebuloq projek dari BN)

  3. DRB lebih baik dari TDM, AAB atau NTR sebagai PM Malaysia

  4. kena sembang kedai kopi sebab yang perintah lama dah UMNO bukan PAS

  5. [E3] RPK Speaks His Mind - Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
    Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
    Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

    Untuk Video Yang Lepas
    [E1] RPK Speaks His Mind - Surat Sumpah Altantuya
    http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

    [E2] RPK Speaks His Mind - Menghina Islam? Tolonglah!
    http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

  6. Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh berada di sisi orang orang beriman.

    Tetapi, kenapa Johan Jaafar tidak ikut jejak langkah Allahyarham menjadi seorang berIntegriti, sebaliknya jahil dan berfikiran lembap hanya membantah idea idea bernas dari Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat)?

    Dah jadi Orang Kaya Baru ala UBN, dulu lain sekarang lain ye...

  7. SAMA - SAMA CARI DUIT LEBIH MA. SAMA - SAMA MAU FAHAM.

  8. Setiap waktu Zuhor & Asar, kelibat Allahyarham Dato' Rahim akan muncul di Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan utk berjemaah.Bila melihat saya, beliau tersenyum dan duduk di sisi saya.Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, beliau akan bersembang bersama saya utk kebaikan masjid.Kali terakhir berjumpa dengannya ialah waktu Asar sebelum beliau pergi buat selama2nya pada petang hampir Maghrib.Inilah dia insan tawaduk yg senantiasa melazimkan dirinya berjemaah di surau ataupun masjid.Subuh,Maghrib dan Isya',beliau berjemaah di surau berhampiran rumahnya.Tidak ada pemimpin UMNO yg pernah saya jumpa seperti beliau.Beliau tak pernah nak memperlekehkan ahli pilitik pembangkang ataupun pemimpin dari partinya sendiri.Al-Fatihah untuk seorang sahabat,penasihat,pemimpin yg akur dgn perintah agama.

  9. Kalau DRB lebih baik, dah lama jadi PM malaysia.

  10. ayaharham meninggal dunia ketika menunggu azan berbuka puasa. sebenarnya, susah nak dapat kematian macam nie. aku yakin, allahyarham orang baik...

  11. mahathir, paling banyak tahan rakyat ISA

  12. Tahniah Dr. M kerana dapat memulihkan ramai tahanan ISA. Ini adalah lebih baik dari mati katak macam Nordin Mat Top dan Ibrahim. Universiti Kemunting.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008