Sedap!! Klik gambar di atas!

Makanan asasi parti pijak kepala lembu ke Bagan Pinang

Terlebih dahulu dengan setulus hati, Al-Fatihah kepada Allahyarham Azman Mohd Noor yang meninggal dunia hari ini. Mudah-mudahan Allah Yang Maha Penyayang menerima beliau dengan keampunan dan kasih sayang-Nya.

Akan berlakulah pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berikutan pemergian beliau.

Oleh kerana PAS mendapat sehingga 4,097 undi di Bagan Pinang dalam pilihan raya umum 8/3/08 lalu, besar kemungkinan Pemuda Umno akan mengkaji kemungkinan wujudnya pengundi hantu yang diangkut oleh PAS ke kawasan itu.

Di pihak parti pijak kepala lembu pula, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menjangka mereka akan mengangkut habis-habisan makanan asasi mereka, iaitu perkauman, ke situ bagi memastikan semua 66 peratus pengundi Melayu di situ memberikan sokongan kepada Umno (parti pijak kepala lembu istilah saya, Salahuddin tak kata gitu).

Akan bertempik sakan para pemimpin Umno dengan kata-kata "Jangan lepaskan Negeri Sembilan kepada Cina" dan "DAP akan kuasai Negeri Sembilan jika Umno kalah di Bagan Pinang".

Orang-orang Melayu di situ akan diberi amaran supaya "jangan menyesal nanti jika tanah pusaka nenek moyang kita terlepas kepada DAP"!

Apa lagi bangsa Umno nak cakap kalau bukan itu semua?

Akan terbakar lagi api perkauman.

Gambar di atas copy and paste dari Loyar Burok.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bhai....

    SPR tak akan benarkan PRK di Bagan Pinang. Gua konpiden SPR akan umumkan bahawa isteri/anak sulung ADUN Bagan Pinang tersebut sebagai Pemangku ADUN sehingga PRU13 ... SPR kan pandai buat benda-benda pelik...

    Ala.. dalam citer Hindustan tue.. kalu yang mati tue Inspektor Shahab, sure bini atau anak sulung dier akan jadi Inspektor Shahab jugak... hahahaha....

  2. Aisey Pak Bakaq. SPRM pun belum bersidang Pak Bakaq dah bentang the obvious? Bangsa PKM ni mana ada lagi modal untuk survival dah Pak Bakaq? Pusing2 Ketuanan meLAYU... Aleh2 kuasa asing mengancam...Piiirrrahh....

    Bangsa PKM (Baca: Pertubuhan keBANGSATan meLAYU aka $$NO)ni dah nak sampai tempoh expiry...Mudah2an cepat2 la hancur... Kita amanahkan jaga Islam, dia 24-7 memalukan Islam...

    Bukan Dok Gigi 24 Juta

  3. aku cukup meluat dengan pemimpin umno yang mengatakan mereka adalah pejuang bangsa melayu.. istilah perjuangan pun tak paham..pejuang bermaksud akan ada risikonya.. macam perjuangan Mat Kilau.. risikonya kena tangkap dan diburu oleh british.. dalam umno mana ada perjuangan..mana ada risiko kena tangkap.. mana ada orang umno kena lucut jawatan kalau pi pwtc.. walaupun ponteng kerja.. dapat cuti tanpa rekod lagi.. mana ada demontrasi umno kena siram asid.. pijak kepala lembu pun tak kena tangkap.. mana ada risiko kalau kita orang umno.. kalau ada pun perjuangan dalam umno hanyalah untuk kumpul harta banyak2... mana ada ketua bahagian umno yang tinggal rumah teres.. JKKK umno pun boleh pakai kereta mewah.. mana ada perjuangan dalam umno.. mana ada risiko dalam umno...

  4. Kalau depa cakap lagu tu... Kalah lagi la jawabnya...

  5. Jangan la orang kampung den dokek Bagan Pinang memandai mandai nak pijak kepalo lombu sudah la, takut nanti lopeh PRK kok kono bonam dalam lumpur laut dopen ghumah tu jang.

  6. uncle bakaq. saya baca mstar. Datuk Abu Hassan sarif kata, tak payah diadakan pilihanraya. Pilihanraya menyusahkan rakyat. Bagaimana?

  7. Pilihanraya ni macam berniaga la, sapa pandai promosi produk dia dari segi kebaikan, kualiti dan produk yang menarik, orang pun suka. Tapi jangan la takut nak berniaga dan bersaing dengan peniaga lain. Minta pihak berkuasa tarik lesen X bagi semua orang berniaga. Dan jangan pula kita buat promosi , orang x suka pun kita nak marah,So setiap pilihanraya, jalankan dengan baik. satu je pesan...jangan nak bagi laku barang kita. Kita bagi duit kat pembeli, pastu suruh diaorang beli produk kita...punah masa depan.

  8. ya.. jangan undi PR sebab Umno pembela melayu...(gila.. UMNO lagi pandai jual tanah kat singapork)

  9. sempena PRK Bagan Pinang ni, beberapa peraturan baru akan digubal oleh pihak JKKK/UBN
    pinang sebatang untuk dilaksanakan.senarai awal nya adalah seperti berikut;

    1.kepala lembu tak boleh disebut dalam ceramah.
    2.gambar/poster, tulisan berkaitan kepala lembu juga x boleh disebut.
    3.kes rasuah PKFZ tak boleh disentuh, kerana ianya kes mahkamah.
    4.isu wang sogokan RM10juta x boleh disebut.
    5.isu wang sogokan pembelian kapal selam x boleh disebut.
    6.isu rasuah politik wang dalam UBN x boleh disebut.
    7.isu pembelian rumah RM24juta x boleh disebut.
    8.isu perempuan puaka x boleh disentuh.
    9.isu kematian Teo Beng Hock x boleh disentuh.
    10.gambar menteri nak mengamok dgn keris kontot x boleh disebarkan.
    11.isu rampasan kuasa di Perak x boleh disentuh, kes mahkamah.
    12.taik lembu akan digunakan untuk menanda jari pengundi selepas mengundi.

    selamat berkempen dan selamat mengundi, hidup pendikar Mustar!!!, hidup 1Matsial!!!

  10. Berdekad Penang diperintah Gerakan, bukan cina ke? Mana telor org UMNOngok Penang? oooo dlm kepala lembuuuuu..patut laa

  11. salam pak bakaq, bos SPR skang ni mungkin tengah tulis skrip mcmane nak mengelakkan PRK bagan pinang..kalau berjaya kontrak dia PM akan sambung lagi setahun dua mcm KPN..
    alasan yang keluar nanti tak kesah la logik ke tak..rakyat malaysia mesti boleh terima punye..lepas tu disokong pulak menteri2 yang kite pilih dengan jawapan ''keputusan yang dibuat oleh SPR adalah keputusan yang tepat dan mendahulukan rakyat'' pastu kite pun diam.. sampai la isu baru pulak keluar..

  12. Tak apa lah!!!..hari2..ngundi pun tak apa!!!.PKR &PAS punya orang kerja lain tak ade ka??..hari2 mau politik!!!...bila orang kata bodoh ,dan beri kepala lembu ,tau marah!!!..memang patut beri pun...sebab enkorang semua {ahli PAKATAN]..dah dilembukan oleh orang China dan India!!!.. diorang dah tak perlu bising lagi dah...sebab ada tukang cakap bagi pihak depa!!!...timbul saja isu..meluru lembu2 ni..nak bela dan support habis...sanggup kutuk saudara sendiri...Wah untung betul jadi China dan India di Malaysia ni!!!..apa lah nak jadi ...semua nak cakap soal keadilan dan kebenaran..walhal kaum yang engkorang bela tu...lagi kuat semangat perkauman dan terlalu busuk hati...KIASU...sedarlah saudara2ku....berpijaklah dialam nyata..depa2, kita2...air dan minyak takkan boleh bercampur!!!!..ala kadar cukuplah!!!tak kemana pun..yang penting kita kukuhkan ukhuwah sesama Islam.....

  13. kapal selam KD al...... akan timbul di Bagan Pinang......

  14. kalau BN tak masuk bertanding pilihanraya kecil dan PRU13 baru aman dan tak menyusahkan rakyat....

  15. SPR aka Suruhanjaya Putarbelit Rakyat

  16. Tahniah kepada wira - wira Melayu yang telah berdemonstrasi kepala lembu tempoh hari. Tindakan anda semua telah berjaya membuat Khalid gagap membatalkan kuil seksyen 23. Kena maki hamun baru dia nak sedar. Parti Kelentong Rakyat, Parti Ajaran Syaitan dan Pakatan Rasuah satu sen pun tak guna. Lembu yang kena cucuk hidungnya. Khalid gereja/kuil mintak dia belajar pondok balik.

  17. Salam pak bakaq.
    Saya harap PR dapat mengelakkan dari seabarang isu yang boleh dimanipulasikan oleh pihak BN di pilihanraya kecil Bagan pinang nanti. peluang untuk menang ada kerana trend pengundi bukan melayu berpihak kepada PR. PR kena jaga pengundi melayu yang seramai 66% itu.

  18. Bakar, kalu tak pakai perkauman yg keji sgt tu, hang rasa anak hang layak ke masuk ke UPSI based on merit? Anak2 org2 PAS ni semua boleh masuk IPTA ke based on merit? Cemerlang sgt ke keputusan?

    Husen

  19. Hang ni dak tidur ke belum, Husen?

    Baru balik dari mana engko?

    Aku pun tak tau kenapa anak aku terlepas ke situ. Dia mintak, dia dapat. Kalau dia tak layak, aku rasa elok kerajaan ambil tindakan buang dia. Buat apa bagi tempat kpd yg tak layak.

    Persoalannya bukan budak2 dapat masuk atau tidak. Persoalannya dah lebih 52 tahun merdeka, berapa ja IPT yg ada dlm negara ni? Hang pun tau, org Melayu maju kerana pelajaran. Patut ada lebih banyak IPT supaya lebih ramai merasa masuk IPT - yg ada kualiti la. Yg kelulusannya internationally recognised. Bukan melahirkan jaguh kampung.

    Apa pun, anak kedua aku masuk IPTS. Senang. Org tak tanya based on merit ke, apa ke. Ada duit mengaji, tak de duit berenti.

  20. hai Huseein.
    Apa kau ingat anak orang pas tak leh masuh U ke?. Apa,ko ingat U kat malasyia ni BN punya ke? Ko ingat anak orang pas iq rendah ke?

  21. Bakar,

    Prinsip kena disertakan dengan perbuatan. Ckp atas angin je tak guna. Pusing2 balik, salahkan kerajaan.

    Cuba ko check dgn Salahudin Ayub dan pemimpin PAS yg lain, bila depa beli rumah, depa amik tak diskaun 7% untuk bumiputera tu? Ataupun depa bayar rumah harga non bumiputera?

    Bukankah 7& diskaun tu perkauman? Perkauman tu sgt keji.

    Siarkan la komen ni. Takda apa yg nak disamankan pun. :)

    Husen

  22. Salahuddin beli rumah dari tangan orang. Rumah yang dah berpuluh tahun orang dah duduk. Tak ada diskaun 7 peratus. Org lain aku tak tau. Nanti la aku tlg check utk kau, Sen.

    Bukankah 7& diskaun tu perkauman?

    Suruh kerajaan potong je diskaun 7 peratus tu. tanya aku, apa aku boleh buat. Aku bukan kerajaan..

  23. Kerajaan UMNO kan perkauman kata hang. So, memang depa akan kekalkan diskaun 7% yg perkauman tu. Ko suruh la Salahuddin Ayub naikkan isu ni kt Parlimen. Dia kan benci sgt benda2 perkauman ni. Jgn diam je. Pi la ckp kat dia kt Restoran Taqwa tu.

    Ingat ye, pesan dia naikkan isu ni kt Parlimen nanti. Ckp kt dia, org Islam kt Malaysia

    1)taknak any diskaun utk beli rumah or whatever.
    2)nak meritokrasi utk kemasukan ke universiti

    supaya tadak lagi dasar perkauman.

    p/s
    "Suruh kerajaan potong je diskaun 7 peratus tu. tanya aku, apa aku boleh buat. Aku bukan kerajaan.." At least, taruk la banner "KAMI TAKNAK DISKAUN SBB ITU PERKAUMAN" mcm banner "KAMI TAKNAK NAJIB' tu.

    Husen

  24. Apa ka bangang punya Hu.... Yang lain tu tak boleh sebut. terlalu mulia nama tu untuk dia.

  25. tak usah ex, org UMNPigs. Le nei diploma bersepah tiada kerja

  26. Anon 24, 25, bagi lah hujah yg bernas sikit. panggil la saya pig ke, bangang ke, itu berakhlak sgt ke? Apa beza tuan dgn org seksyen 23 yg jerit mb Babi tu?

    Bukan saya nak merendahkan org pas, cuma jgnlah hipokrit.
    Kalau kita masih lagi nak diskaun bumiputera utk beli rumah,
    kuota utk universiti, tak payahlah terpekik terlolong pasal perkauman.

    Kalu pas boleh buat demo pasal ISA, apa salahnya buat demo utk hapuskan privilege org bumiputera yg mmg jelas perkauman?

    Husen

  27. Dekat Johor potong 15% pun taada Melayu yang larat nak beli.

  28. Baca komen2 di atas nampak galak sungguh Husen pursue bab kuota tu. Boleh jadi dia rasa itu strong point dia yang org tak boleh lawan, jadi dia pun naik galak semacamlah.

    Apa yang nak susahnya, Umno sedang memerintah. Buat macam bantuan baja di kampung aku. Wakil rakyat Umno atau JKKK vetting dulu. Kalau Umno dapat, kalau Pas tak dapat. Kalau dalam bantuan baja, jalan tar masuk ke rumah yang org Pas kampung aku tak dapat serta terpaksa pakai jalan lecak kalau hujan dan banyak lagi kemudahan lain yang boleh disekat oleh Umno kepada org Pas, apa nak bising2 bab kuota?

    Buatlah peraturan supaya semua keistimewaan hanya utk Umno shj. Kan Umno yg berkuasa?

  29. Anon 28,

    Anda tak menjawab issue yg dikemukakan la. Kita cerita pasal PERKAUMAN. Kalau point saya salah, tolong betulkan. Jgnlah nak divert.

    Memang UMNO memerintah, mmg UMNO korup tapi bukan semua MP kt Parlimen org UMNO. MP Pas kan ramai kt Parlimen. Apsal nak melalak pasal perkauman kt jalanan, dlm blog tapi dlm Parlimen senyap.

    Bak kata Ridhuan Tee, 'Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati. "
    Politically untung la kan. Itu pasal la senyap je.

    Sorry.

    Husen lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008