
Dalam berita bertajuk "PKFZ: Pasukan khas ditubuh," Utusan Malaysia hari ini melaporkan:
Ong selalu dilaporkan sebagai seorang berusaha keras untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin politik yang bersih dan telus. Beliau juga dikatakan mahu membudayakan ketelusan di dalam Barisan Nasional (BN) apabila menginisiatifkan pendedahan-pendedahan hasil siasatan skandal PKFZ.
Orang kata, menampilkan imej yang telus adalah amat penting untuk menyambung nafas MCA yang dikatakan berada di ambang kehancuran dan kepupusan.
Namun, ketika menempuh onak dan denai ke arah itu, Ong terpaksa pula berhadapan dengan tauke pemaju PKFZ, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya.
Jika benar dakwaan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu, alahai... seronoknya bila kotak buah dan kotak kertas A4 berisi duit! Mula-mula RM5 juta, selepas itu RM1 juta dan yang terakhir RM4 juta. Wow!!
Nemesisnya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula mengambil kesempatan dari isu itu apabila menekan-nekan Ong supaya mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya.
"Beliau (Ong) sendiri tidak memberikan penjelasan mengenai imejnya sendiri yang tercemar," kata Chua.
Apa yang menarik ialah apabila dalam berita bertajuk "High-powered taskforce to save PKFZ project," The Star Online semalam melaporkan:
Meskipun begitu, Ong tidak kelihatan mahu kewibawaannya diluku-luku dan dimain-mainkan seperti bapak kucing dok main-main bangkai tikus.
Dalam posting blognya semalam yang bertajuk "Police report against Tiong," Presiden MCA itu bagaikan menjerit-jeritkan harga dirinya apabila berkata:
Adakah ketelusan menjadi satu dosa kepada parti-parti politik di negara ini?
Saya teringat posting bertajuk "Ong Tee Keat vs Tiong King Sing..." di dalam blog Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker. Saya juga teringat berita Malaysian Insider bertajuk "Umno aims to oust Tee Keat, says Jui Meng".
Berkaitan:
Najib announces ‘high-powered’ task force for PKFZ (Malaysian Insider 9/9/09)
Ong: Let history judge me (Malaysiakini 9/9/09)
Did Cabinet throw out Skrine's report on PKFZ? (Jeff Ooi)
Kabinet hari ini menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Bolehkah kita katakan kabinet merampas kerja Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat? Belum tuduh ni, baru tanya.
Ong selalu dilaporkan sebagai seorang berusaha keras untuk menampilkan dirinya sebagai pemimpin politik yang bersih dan telus. Beliau juga dikatakan mahu membudayakan ketelusan di dalam Barisan Nasional (BN) apabila menginisiatifkan pendedahan-pendedahan hasil siasatan skandal PKFZ.
Orang kata, menampilkan imej yang telus adalah amat penting untuk menyambung nafas MCA yang dikatakan berada di ambang kehancuran dan kepupusan.
Namun, ketika menempuh onak dan denai ke arah itu, Ong terpaksa pula berhadapan dengan tauke pemaju PKFZ, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa memberikan RM10 juta kepadanya.Jika benar dakwaan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu, alahai... seronoknya bila kotak buah dan kotak kertas A4 berisi duit! Mula-mula RM5 juta, selepas itu RM1 juta dan yang terakhir RM4 juta. Wow!!
Nemesisnya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula mengambil kesempatan dari isu itu apabila menekan-nekan Ong supaya mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya.
"Beliau (Ong) sendiri tidak memberikan penjelasan mengenai imejnya sendiri yang tercemar," kata Chua.
"Beliau menggunakan jet peribadi lima kali. Di bawah Perintah Am kerajaan, anda tidak dibenarkan menggunakannya. Pegawai yang lebih rendah mungkin digantung.
"Beliau juga tidak mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya untuk dinilai oleh umum bagi menghapuskan sebarang keraguan.
"Beliau berusaha menonjolkan imej yang bersih dan telus, oleh itu mengapa tidak dedahkan akaun-akaun bank itu? Kenapa takut?" Malaysian Insider memetik Chua berkata.
Semalam, menambahkan lagi bincut dan benjol di kepalanya, Ong dibubuh penampaq pulak dengan penubuhan pasukan petugas khas itu.Apa yang menarik ialah apabila dalam berita bertajuk "High-powered taskforce to save PKFZ project," The Star Online semalam melaporkan:
Asked if the Cabinet was “minimising” Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat’s role, Najib said that was not the purpose behind the setting up of the taskforce.Memang, dengan latihan dan pengalaman secukupnya sebagai ahli politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bijak meningkah kata dan soalan. Tak payahlah nak ulas silat dan sihir kata-katanya itu.
“Why should I? We are in the same government. Don’t try to split (us). We all stand together. He (Ong) will not be in the taskforce but his ministry’s representatives are,” he said.
The Prime Minister also denied the move to set up a taskforce meant that the Government was taking the issue from under the Transport Ministry, adding its officials would be part of the taskforce.
Meskipun begitu, Ong tidak kelihatan mahu kewibawaannya diluku-luku dan dimain-mainkan seperti bapak kucing dok main-main bangkai tikus.
Dalam posting blognya semalam yang bertajuk "Police report against Tiong," Presiden MCA itu bagaikan menjerit-jeritkan harga dirinya apabila berkata:
I also reiterate my commitment towards transparency and accountability and will not waver in my pledge to get to the bottom of the Port Klang Free Zone issue.Semalam juga, di kedai makan orang bertanya-tanya, nyiru yang menutup bangkai mana yang nak di selak dan didedah-dedahkan oleh Ong? Apa pula yang nak disorokkan oleh kabinet?
Adakah ketelusan menjadi satu dosa kepada parti-parti politik di negara ini?
Saya teringat posting bertajuk "Ong Tee Keat vs Tiong King Sing..." di dalam blog Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker. Saya juga teringat berita Malaysian Insider bertajuk "Umno aims to oust Tee Keat, says Jui Meng".
Berkaitan:
Najib announces ‘high-powered’ task force for PKFZ (Malaysian Insider 9/9/09)
Ong: Let history judge me (Malaysiakini 9/9/09)
Did Cabinet throw out Skrine's report on PKFZ? (Jeff Ooi)










Cantik? Klik 






Berita-berita macam gini kalau pandai diolah memberi good mileage kepada PR..
Kita minta para bloggers PR lebih istiqamah mendedahkan segala kepincangan dalam kerajaan.. Pihak kerajaan pula sangat berpengalaman menangani segala isu.. Isu-isu ini seterusnya akan menentukan keputusan PRU13 nanti..
Keep up the good work
sebelum sain...Saya yang menurut perentah.
last para..semuanya OK.
sampul surat yang tak perlu setem.
1MALAYSIA!
Bakaq,
Aku nak melencong skit dari topik diatas. Aku terbaca dalam blog rocky Bru yang dilinkkan kepada blog wong chun wai. Wong kata dari 12 yang didakwa kes demo kepala lembu, pecahan mengikut parti adalah seperti berikut:
UMNO - 7 ekor PAS - 4 Ekor PKR - 1 ekor.
Minta bakaq semak betul ke tidak ada ahli PAS dan PKR yang didakwa semalam atau saja gimik Wong chun wai je. Apatah lagi khir toyol pekena tan sri khalid sakan dalam utusan meloya pasai demo tu.
bat8
Tak tersa ke kita banayak sangat mengomen, terlebih sudu dari kuah..
Asyik semua orang je tak betul..
sandiwara akan bersambung, tunggu......projek tipu 1malaysia berterusan.
songlap juta juta bilion soal siasat 2 jam jer? ade kecederaan tak..
kluangman bangang..klu hang tak suka toksah dok terhegeh2 nak masuk dlm blog ni. Tuan rumah pun tak jemput org mcm hang. Hang elok masuk blog pro umno ja yg penuh dgn fakta2 ilusi dan khayalan mcm dok tengah stim ganja.
Bakaq,
Pasai PKFZ ni dah tau ending dia. Sekor dua mungkin kena, tak teruk sgt pun tindakan. Yg pasti penyamun2 dari UMNO akan lepas.
takpe le bagus juga kalau ong kalah dlm permainan ini. teman berharap sangat chua dilantik sbg presiden mca hahahahaha. lepas tu teman memohon agar chua dilantik menjadi menteri oleh si najib. hahahahaha kalau najib dah buat semua tu mesti mahathi sakit perut menahan senak hahahahah
dan org2 mca mesti bangga bermenterikan chua. heeheehee glamour you
perut pemimpin UMNO makin buncit....
Zaman 50an dan 60an dulu, orang tua-tua selalu marah atau pekena kita jangan makan itu, jangan makan ini nanti jadi macam ni..... sehinggalah kita jadi orang ber'jenis' sekarang. Zaman la kutu-kutu BN dan pemimpin-pemimpinnya pulak kata ikut zaman orang tua-tua dulu. Xleh cakap itu xleh cakap ini...takut jadi macam itu dan ini.Sebab? Kekayaan negara lepa saja nak kaut.Orang lain xleh tumpang! Semua 'transparency' sudah jadi 'wayang kulit'.
Alahai UMNO!
Salam pak bakar.
Saya pun nak melencong juga. lari daripada tajuk. tapi tak ada tempat nak luahkan.
Suami bikmama mengumumkan bantuan raya kepada kakitangan kumpulan sokongan.Kumpulan sokongan terdiri daripada kumpulan sokongan 1 dan 2. KS1 gred 29 hingga 38 dan rata-ratanya gaji melebihi RM2000 hingga RM3500. Kumpulan ini layak. kump.pengurusan dan profesional bermula gred 41 hingga 54. Tak layak. Utk pengetahuan pak bakar ada kakitngan gred 41 yang 2-3 tahun baru kerja gajinya tak lebih dari RM2000. Tapi tak layak. dimanakah keadilan. kalau bantuan raya diberikan kepada kakitangan awam yang bergaji RM 1500 ke bawah. Saya sokong 200%. Ni tidak, guru besar yang gaji dah RM3000 ke atas pun layak. mana adil.Kerajaan BN dah menganak tirikan kumpulan profesional. Apa komen pak bakar.
Anoy 12
Ko nie macam cikgu jer..kalau gred 29 - 38 tu kenaikan tahunan tak sampai 50 hinggit.. Kalau 41-54 kenaikan tahunan dekat seratus hinggit (agak2 jelar) mungkin lebih.. Gred yang bawah nie mengajar lagi bagus ko tau tak.. Tapi takde lar dioerang bising pasal ko ngajar kureng tapi ko gaji lebih. Sebab dieorang pandang ke depan.. Kita semua seprofesion.. Tu tak masuk lagi pasal ppsmi.. Sapa ngajar dapat 10% gaji lebih.. Takde lar dieorang nie nak bising.. Dan macam2 lagi perkara remeh nie, kalau die orang nak bising..
Anoy 12
Kalau dieorang dapat setakat rm500 (tupun 2 kali bayar) takkan lar ko nak bising2.. Mungkin itu rezeki dieorang. Janganlar disekat2 rezeki orang. Kalu ko nak ko mintak lar, jangan lar nak dibanding2... Maaf lar kalu terlazer skit..
Salam to all..
Lari topik siket...
Apa lah nak kecoh2 pasal duit bonus hari raya..dah rezeki dia orang, tu pun nak dengki. tu la perangai melayu tak kira la Umno ka..Pas ka..PKR ka..PHD tak sudah2. aku yg keje swasta tak dapat 1 sen pun bonus, takde nak kepoh2 macam mulut busuk org yg tak tahu bersyukur tu. kepada mana2 puak pembangkang yg dok ngata duit kerjaan BN tu haram, duit judi genting la, duit magnum la tapi bila dpt bonus sapu jugak,klu berani mana duit bonus yg kerajaan bagi derma semua kat masjid..ada berani ka?? bila x dpt mula la kutuk sana kutuk sini..manusia jenis pe plak tu..Selamat Hari Raya..
***Belitong**
Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)
salam pak bakaq..SKANDAL PKFZ ni xlama lagi diam la..nanti jadi la mcm skandal perwaja steel..membazir kos nak bawak kes ke court je..last2 ape jadi? skandal billion2 ni susah nak kira..sampai orang yang kene tuduh mati pun x habis kira lagi..
HAI NO 13.KAU TAU TAK, KANAIKAN GAJI TAHUNAN GRED 32 HINGGA GRED 38 LEBIH TINGGI DARI PADA GRED 41. gRED 32 NAIK rm98. mANAKALA GRED 41 T1-T15 NAIK RM 94. YANG AKU MERUNGUT SEBAB DEPA TU GAJI DAH CECAH RM3000 KE ATAS TERUTAMA GURU BESAR GRED 38. SATU LAGI, KAU MAMANG TAK TAU FAKTA. PPSMI GURU 29-38 10% MANAKALA GRED 41 5 % JE. KAMI TAK BISINGPUN. KALAU BERGAJI RM1500 KE BAWAH , TAK KISAH SEBAB MEREKA PERLU DIBERI BANTUAN.
PKFZ dapat juta-juta, kakitangan kerajaan kumpulan sokongan dapat juta-juta rupiah, inilah konsep 1 malaysia, rakyat diperbodohkan dulu, pemimpin diutamakan...
Aku pantang betul bila ada geng2 Gred kumpulan profesional yg mempertikaikan pemberian duit yg ciput tu.
ko sedar x semasa elaun perumahan kump. profesional naik elaun perumahan kumpulan sokongan x naik? apa ingat kitorang dapat sewa rumah free apa?
elaun tuntutan perjalanan perbatuan kitorang rendah walaupun kilometer sama, ingat kitorang dapat beli minyak kereta lebih murah dari yg gred profesional beli.
dah la kenaikan gaji tahunan begitu rendah..nak beli lampin bayi pun x lepas.( nampak nya undi kakitangan awam akan kekal utk PR pilihanraya nanti)
Gred PTD M41 utk naik pangkat ke Gred M44 hanya dua tahun je.
dari Gred PTD M44 ke M48 pun hanya dua tahun je. (dalam masa 4 tahun dari gaji basic termasuk elaun dekat2 RM 3 ribu mencecah RM 5 ribu lebih...adil ke tuh. (yang ni fakta x caya ko check ler di kementerian2)bukan rejeki yg aku persoalkan tapi ko tengok je beza gaji tu berbanding kakitangan sokongan yg baru naik x sampai RM 200 ringgit je dalam masa 4 tahun tuh.(ini kerja2 geng PTD yg terlibat dengan dasar)
nak menuju negara maju kunun, gaji pekerja kat malaysia nih x mencapai pun gaji yg sepatutnya..ceh porah la..
bodo la kau ptd pny skim mana sama dgn skim yg lain2