Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau orang kata MB Kedah angkuh, saya percaya

Ketika melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan Pemuda PAS supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam, Bernama melaporkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berkata: "Bila pula Dewan Pemuda PAS ada kuasa ke atas kerajaan negeri" (lihat berita mStar Online hari ini bertajuk "Kedah sudah ada undang-undang penjualan arak - MB").

Saya harap Azizan disalah petik oleh Bernama.

Kalau betul dia kata gitu, saya yakin dia tak kata gitu kerana kebodohannya. Saya pernah berkerja dengan Azizan (dan dia banyak berjasa kepada saya) dan saya tau sangat, Azizan tidak bodoh.

Saya tak percaya kalau orang kata Azizan bodoh. Tetapi kalau orang kata dia angkuh, itu saya percaya.

Orang yang tidak angkuh tahu, kalau setakat nak mengemukakan cadangan, tak perlu ada kuasa ke atas kerajaan negeri.

Ada orang kata, "kalau setakat mamak tu (Mohamed Hanipa Maidin), dia tak layak tegoq aku". Saya dok fikir, kalau Hanipa pun tak layak, apa lagi Pemuda PAS yang kanyaq.

Sebelum itu, Bernama memetik Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata: "Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya...Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai" (lihat berita mStar Online 12/9/09 "Pemuda PAS sedia kertas cadangan kawal jual arak di negeri pakatan pembangkang").

Memanglah kita benci air kencing syaitan itu dan menjauhinya seperti menjauhi api neraka, tetapi saya tak fikir pengharaman secara total boleh dibuat dalam negara berbilang kaum dan agama.

Saya fikir, lebih baik cadangkan supaya dihadkan penjualannya kepada yang bukan Islam sahaja. Yang beragama Islam pula tidak dibenarkan membeli air kencing syaitan itu.

Bila PAS diberi peluang memerintah pindalah undang-undang sehingga lebih dekat kepada kehendak Islam. Kalau setakat nak kata "apa yang Umno buat dulu elok dah, kita cuma nak pebetui ja," tak payahlah PAS memerintah.

Biaq Umno ja la yang memerintah. Buat penat ja berlawan dan bertanding dalam pilihan raya, bila dah menang, tak dak apa beza dengan Umno.

Berkaitan:
Panduan jual arak bukan retorik politik (Malaysiakini 14/9/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PAS,kah UMNO kah PAKATAN kah, awat hampa ni tadaq boleh pikiaq lain daripada BEER atau arak ka. Selama ni lah orang Islam kat Kedah tunggang langgang ka. Hampa tiada pun orang Islam yang muslimin ta jadi kaki mabok atau judi kalau tidak masa orang putih perintah dulu ramai lah orang Melayu/Islam jadi pemabuk dan jual ayak mabok.
    Jadi jadi lah wahai kawan2 PAS,tumpu perhatian kepada ekonomi negeri. Bagaimana nak beri pekerjaan pada graduan baru. Bagaimana nak beri pekerjaan pada ribuan orang yang hilang pekerjaan. Patut itu lah yang jadi keutamaan dan bukan cari publisiti murahan orang Melayu/Islam dengan war-warkan isu mabok.Dewan pemuda PAS hampa ni patut kaji macam mana nak hadapi PRU 2012/13. Jangan jadi alat UMNO. Dah jemu daa asyik dengar beer, beer dan beer. Itu saja yang hampa tahu ka. Bagaimana dengan pengilang. Melayu yang jadi Pengarah bagaiamana?? Bagaimana Mukhriz dan syarikat beer nya.Kerajaan pusat PTPTN dok hentam riba atas nama 'servis tiap bulan daripada pelajar-pelajar. Itu hampa tak hentam. Bakaq, apa ni Bakaq, tolong lah hentaq PTPTN pula. Malas lah dengaq beer. Ta perlu risau la. Melayu/Islam pandai jaga diri. Hampa jangan nak jadi jaguh untuk kita. T.kaseh

  2. ulamak pas lebih nayak dalil dari Mid Man rupanya. rasa tak rugi kalau pas kalah di kedah...

  3. Mungkin Ustaz Azizan angkuh dan ada juga yg kata dia panas baran. Apapun setakat ini beliau sedang cuba sedaya upaya menjadi MB Kedah dgn sokongan yg ada. Terdapat perkara2 yg tidak dapat dilaksanakan dgn kehendak kita berikutan beberapa faktor. Rundingan dan perbincangan secara tertutup lebih baik dari membuat kenyataan terbuka, terutamanya di dalam akhbar arus perdana.

    Kita berharap yg terbaik. Wallahualam.

  4. YANG PENTING KERAJAAN PAS DI LIHAT SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN YANG BERKEBAJIKAN. YANG SENTIASA MEMENTINGKAN HAK DAN INSPIRASI RAKYAT.
    ORANG ISLAM YANG KAKI BOTOL... BAK KATA NABIL.... LU TANGGUNG LA SENDIRI !
    APABILA KERAJAAN PR MEMERINTAH MALAYSIA NANTI INSYALLAH , MUDAH MUDAHAN... BARU SENANG BUAT KERJA.

  5. Brader kena ingat Menteri Besar Kedah tu kelulusan syariah dan mengajar dan membentang kertaskerja serta penyelidikan mengenai perkara itu semasa menjadi pensyarah di UKM dahulu. Aku rasa dia tahu apa yang dia cakap.

    Yazid

  6. rata rata bolehlah dikatakan pemikiran ditakuk lama masih tebal dihati rakyat yang mengatakan ingin perubahan,apakah masih merestui style kehidupan penjajah?membelakangkan agama,membudayakan budaya rakyat 1malaysia kebudayaan kuning sehingga hilang identiti kesantunan budaya 1malaysia.lihatlah bagaimana melantak arak dikalaangan yang terjebak melakukanya tanpa segan silu dengan agama yang dianuti.terbukti kalangan atasan tentera,pdrm,dan tidak ketinggalan keluarga raja serta anak pemimpin menjadi ahli dan pemegamg saham arak dan judi.adakah perbuatan mengagongkan budaya barat[yang tidak berfaedah] dan menghalalkan yang haram itu,suatu tamaddun bagi rakyat 1malaysia dan pada agama mereka sendiri?perkara riba dan ptptn telah lama menjadi kelohan pelajar serta ibubapa,ingin bertanya siapa yang memberi mandat kepada bn/umno menerajui 1malaysia?tepok dada dan jangan persalahkan orang yang bangun untok membuat perubahan.orang bukan islam mahu perubahan ,orang islam bagaimana?.

  7. kalau kita semua penah baca kisah seorang bapa,anaknya dan seekor keldai mungkin kita akan faham bahawa bukan senang nak memenuhi kehendak semua orang...setiap orang ada pendapatnya sendiri samaada ianya betul atau pun salah...

    hamba percaya apa yang dilakukan oleh MB kedah ada alasan yang kukuh kerana hamba juga percaya bahawa MB kedah melakukan sesuatu berdasarkan ilmu yang beliau ada...cuma kadang-kala sebagai manusia kita mungkin tak terlepas dari kesilapan..dan hamba percaya MB kedah bukanlah seorang yang tak boleh ditegur atau dikritik...

    apa-apa pon aku sangat bangga dengan perkembangan yang berlaku di negeri kedah..walaupun masih baru aku merasakan apa yang berlaku boleh dibanggakan..semoga pakatan rakyat mampu mempertahankan kemenangan ini...

  8. Hangpa dapat berita ni dari media umnGoK ka dari harakah??

  9. Anon 1 tak pernah sampai ka Langkawi kot.... punya ramai anak melayu jadi kaki tonggang...

    ~org KL dok Langkawi

  10. aPA NAK SEKAT-SEKAT NI. orang mimun beer pun sokong pakatan rakyat jugak.

  11. memang angkuh sampai berani bubar DUN, tak la penakut macam tamby MB perak tu....

  12. Allah istihar PERANG keatas RIBA SEBANYAK 3 KALI di dalam Al'Quran. TAPI TIDAK KEPADA FITNAH MAKSIAT DAN DOSA2 BESAR YANG LAIN...KENAPA YA, SAMPAI KAN "ISTIHAR PERANG". Tapi kebanyak kan kita termasuk ulama, pendakwah, ahli politik mcm YB Zul dan lain2....senyap sepi, bahkan mengeluarkan alasan 'darurat' pula.

    Orang Islam/Melayu yang kaki arak, kaki ekor, kaki Gro, kaki clubbing..memamg ada, tapi tak le begitu ramai. Tapi yang pasti kaki RIBA dan kaki RASUAH adalah no 1 dan no 2 penyakit utama ummat Islam/Melayu di Malaysia..hampir2 kesemua nya (majoriti) terlibat...termasuk ahli PAS sekali pun.

    Mana ada orang Melayu beli kereta tunai, beli rumah tunai, peralatan rumah tunai, masuk university tunai, hatta belanja makan dah pakaian pun dah guna credit card, belanja kahwin pun sama..berhutang...sampai dah beranak 3 pun belum habis jelas hutang nya lagi dan takut2 pegi umrah pun pakai skim hutang.

    SO, KENAPA KITA TAK SIBUK RISAU PASAL "RIBA".....DAH LE TU..KITA PULA CUBA NAK TIPU KAN ALLAH DENGAN MENGHALAL KAN RIBA..DENGAN MENGUNAKAN PRODUK RIBA BERJENAMA "BANK ISLAM"

    PAS...TOLONG SIBUK KAN YANG NI DULU LE...RIBA RIBA RIBA...DARIPADA...BEER BEER BEER

  13. Dah 52 tahun orang melayu jadi tonggang langgang kerana UMNO menjadi pengkhianat melayu...bukan setakat arak saja...

  14. bakaq

    yang bodohnya timbalan pemuda PAS

    buat cadangan tak kena cara, kalau orang cakap pemuda bodoh nanti marah pulak,

    dah betul dah apa yang azizan cakap tu, takde cadangan apa2 dalam mesyuarat jangan bukak mulut nak kasi musuh serang PAS pulak, hang tengok la 2,3 hari nanti macam mana TheStar serang PAS

    malay mail pun dah start serang

    hang baca ni
    http://mt.m2day.org/2008/content/view/26849/84/

    takkan hang nak PAS kena pukul lagi menjelang PRK batang pinang

    aku hempuk pemuda pas ni baru tahu

    bongok nak mampus, takde strategi, IQ lembab

    jibam

  15. to monkey code...
    anda kena beza antara riba , rasuah dan keuntungan.Riba selalunya berlaku pada pinjaman.bukan pada dengan pembiayaan.
    Rasuah tak payah nak ulas la, sbb semua orang dah tau.
    Keuntungan yang diperolehi oleh bank yang anda label islam pulak anda langsamkan semua dengan riba - itu salah.
    Riba yang nampak skrg ni ialah pinjaman konvesional .tak kira apa bank pun.yang org dok kata bank islam sama macam konvesional tu kena ngaji dulu jgn buat tuduhan sebarangan nanti membodohkan diri sendiri pulak.
    Secara umumnya bank islam mmg punye produk islamik cuma tahap operasinya baru tahap islam tak sampai tahap taqwa lagi.Muslim =yes. Muttaqin =not.

  16. apa punya timbalan ketua pemuda Pas, hang pi ngaji dulu la.Nak main politik tapi duk bagi peluang orang pukul.

  17. Kenapa loan Yahudi tidak membebankan pembayaran baliknya. Tapi loan islamic lebih membebankan pembayaran baliknya? Ingat sedara, kalau setakat bubuh nama islamic tak semestinya pelaksanaannya betul.

    Hong Leong pun boleh kalau setakat nak letak nama Hong Leong Islamic Banking.

    Islam tidak membebankan umatnya.

    *** apa-apa pun aku pilih loan Yahudi.

  18. to anom..sebut mcmnana loan yahudi boleh tak bebankan?
    loan ape ni rumah ke? atau lain2?
    kalau rumah pakej islamik yg dulu (bai bi thaman ajil) mmg ada masalah sbb depa guna bai bi thaman ajil yg skrg tgh dok merayu agar mahkamah batalkan kptsn bhw akaq tersebut tidak sah digunakan.
    tp kalau bab pembiayaan peribadi vs personal loan konvesional mmg tak munasabah kate islamik membebankan.
    bro ... loan yahudi pusing ikut mana pun mesti ada belitnya.klu loan rumah tgu la blr dia naik nanti...pengsan woo.
    pakej islamik pulak yg masalahnye panel syariah lulus lain cara pelaksanaan lulus lain.hong leong dgn hong leong islamik bank tu lain sbb yg islamik ada panel syariah yg diberi authoriti oleh suruhanjaya sekuriti malaysia. So jgn pkl rata la ...kaji la dulu .ttg islamik ke tidak ? sama la mcm org islam skrg nama je islam...mengamalkan islam sepenuhnya atau tidak...tu wa ckp ..tak muttaqin lg! akhiran.. nak jadi yahudi ke muslim?

  19. Dalam tarbiyah pas tok naqib selalu tekankan..ahli2 dan pendukung pas mesti berbeza dgn ahli2 umno baik dr segi kelakuan maupun aklak...

    Tapi dalam memerintah negeri di kedah, saya nak tekankan yg pas pas dah terkangkang!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008