Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan jadi jahil murakkab

Saya hisap rokok. Tapi tak nak sama sekali cuba menyatakan apa yang saya buat tu bagus. Na'uzu biLlahi min zalik. Jauh lagi nak membicarakan soal hukum merokok.

Saya suka dengar muzik. Tapi, saya tak berani cakap mengenai hukum dengar muzik dan main muzik. Saya hanya pegang kepada fatwa AyatuLlah Sayyid Ali Kamenei yang menyatakan bahawa muzik yang lazim kepada majlis-majlis yang mungkar dan lagho (melalaikan) adalah haram.

Saya pernah bertengkar dengan pemuda dari kumpulan Tabligh. Mula-mula saya diam kerana menghormati haknya untuk berdakwah. Tiba-tiba dia cakap fasal hukum dan saya tahu apa yang dia cakap tu tak betul. Mula-mula saya tegur dengan baik, walaupun saya bukan jenis baik. Dia nak berdebat pulak. Aku pun naik angin lalu berkata, "hang berdakwah aku suka. Tapi hang jangan la nak merapu bercakap fasal hukum yang hang tak tau!"

Pemuda itu, yang juga seorang pegawai di sebuah syarikat swasta, mungkin merasa kewibawaannya dicabar oleh seorang kutu jahil. Bertegang leher la pulak. Lagi la aku naik angin!

Saya memang mengelak untuk bercakap fasal hukum yang samar-samar. Saya jahil (tapi bukan jahil murakkab iaitu jahil tapi tak tau diri tu jahil). Dan, saya amat meluat kalau tin 90 peratus kosong berlagak nak cakap fasal hukum.

Sebab itulah saya lebih suka cakap fasal hak demokratik. Saya tak peduli orang nak mempertahankan hak demokratik mereka nak buat apa pun. Saya harap mereka juga tak angin satu badan terhadap hak demokratik saya untuk membenci apa yang saya benci.

Saya hormati hak demokratik mereka. Kalaulah saya yakin hak demokratik yang mereka pertahankan itu tidak selari dengan ajaran Allah s.w.t., saya hanya nak menggunakan hak demokratik saya untuk menyatakan, "hang pi belah jauh-jauhlah. Jangan dok dekat aku!"

Apa-apa pun, saya berbangga dan meraikan dialog antara Pemuda PAS dengan peminat muzik seperti yang dilaporkan oleh Shanon Shah dalam tulisannya yang bertajuk "Berdialog dengan PAS" (The Nut Graph 14/9/09).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam lailatul qadar

  2. Pak bakaq tak pernah nyanyi lagu P.Ramlee ke? Kan lagu tuh pernah berkumandang kat kelab malam. Kot-kot bercanggah dengan Fatwa Khomaniee....tapi tak kan tergelincir akidah pulak sebab nyanyi lagu P.Ramlee

  3. Tu la dia org Melayu....sama jer sifat dia. Org UMNO ke atau org PAS. Hahahahahaha......satu sejengkal tapi berlagak pandai...satu lagi bodoh sombong.

  4. HISAB ROKOK TU KAN DAH JELAS HARAM MACAM HISAB RACUN. MEMUDARATKAN.

  5. If it intoxicates it haram ma.

  6. pegang fatwa ali komeni..sah la hang ni SYIAH...SYIAH memang menyesatkan..bertaubatlah

  7. Pak bakaq khomenei tu Syiah...fatwa ulama Ahli Sunnah kan ada?

  8. http://sangkluang.blogspot.com/

  9. belajar dari tok guru

  10. Sebutan at-tantawi lebih kurang sama aje dekat-dekat bunyinya dengan alTantuya

  11. hang tak nikah mutaah ke Bakaq?

  12. salam pak..

    saya hormat pendirian pak.nabi berpesan 4 golongan yang menegakkan kebenaran dunia;
    1) org yg berilmu mengamalkan ilmunya
    2) org yg BODOH terus belajar
    3) org yg kaya tidak bakhil membantu
    4) org yg faqir tidak menjual akhiratnya.

    salam..

  13. Pak Bakaq,aku rasa dah 25 hari posa pun depa tak dapat mesej hang. Syiah ka, rokok ka atau jahil murakkab?

  14. Tolong jangan hina budak tabligh ni, kerana mereka budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

  15. budak budak tabligh ni bagus diorang suka ajak orang gi sembahyang jemaah kat masjid..
    tak penah lak aku tengok budak tabligh ajak aku gi tengok bola,konsert ker..

  16. beribu-beribu pelajar malaysia duk menetap di Tanta,Mesir. Tak de sorang pun yang perasan lagi gong nak sandarkan nama masing-masing jadi Tantawi kecuali orang yang perasan kononnya dirinya alim.

  17. masalah kat malaysia ini ialah.... ustaz bersepah, ulama berlambak2, tok2 guru ramai.... tapi kerajaan tak pernah pun nak mintak pendapat atau fatwa mereka masa buat sesuatu perkara. Kerajaan pakai langgar ajeeeee..... halal haram kerajaan tolak tepi.

    puncanya ialah org2 kat atas sana kurang pengetahuan ugama, kalo ada pengetahuan ugama pun boleh senget kepala bila nampak duit/kuasa!!

    camno ??!!!

  18. Biarlah mereka gunakan nama tantawi, kan dah cakap mereka cari makan guna agama.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008