Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin selalu disebut oleh orang-orang Umno sebagai pakar dokumen palsu, pakar SD (akuan bersumpah) yang tak laku, macam-macam la depa kata. Antaranya boleh dilihat dalam komen-komen di bawah posting semalam bertajuk "Hampa ingat senang-senang Najib nak letak jawatan!"
Tu sebab yang saya heran sangat, awat Peguam Negara nampak menggelabah semacam? Hey Gani, tak payah terlompat-lompat. Dokumen palsu tu, bah!
Tu sebab yang saya heran sangat, awat Peguam Negara nampak menggelabah semacam? Hey Gani, tak payah terlompat-lompat. Dokumen palsu tu, bah!
Dokumen sulit di laman web
Berita Harian (18/9/09): Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam mengarahkan pihak berkuasa berkaitan menyiasat segera tindakan sebuah laman web menyiarkan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Beliau berkata, siasatan diperlukan termasuk mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), untuk menentukan sama ada dokumen yang didedahkan dalam laman web berkenaan adalah Kertas Kabinet sebenar atau sebaliknya.
“Saya akan arahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat perkara ini.
“Jika ia bukan Kertas Kabinet yang sah maknanya ia hanya mewujudkan kegemparan awam tetapi jika ia daripada Kertas Kabinet yang betul, maka siasatan perlu dilakukan mengikut OSA,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, perkara itu adalah serius kerana membabitkan pendedahan dokumen rahsia kerajaan selain isu PKFZ itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
“Isu PKFZ masih dalam siasatan dalam semua aspek dan kerajaan tidak melindungi apa-apa dan tindakan mendedahkan dokumen rahsia kerajaan adalah salah di sisi undang-undang.
“Isu PKFZ dan isu mendedahkan dokumen rahsia adalah duaperkara yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata, pendedahan itu seolah-olah mahu menunjukkan kerajaan tidak melakukan apa-apa terhadap isu PKFZ sedangkan siasatan mengenainya sedang dilaksanakan.
Abdul Gani mengulas pendedahan dokumen yang didakwa Kertas Kabinet berhubung PKFZ dalam laman web Malaysia Today.
Dokumen 18 muka surat dengan rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1 itu didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ bertarikh 22 Jun 2007 dan menggunakan nama penulis Raja Petra Kamarudin.
Ia direkodkan dimuatnaik ke laman web kelmarin.











Cantik? Klik 






gani petai ni nak berpolitik tetapi jiwanya bukan orang politik, tulah dia dah ngelabah bila keluar dokumen rahsia kementerian kewangan dilaman malaysia-today. sepatutnya dia buat nohei aje, kena bagi kementerian kewangan yang jawab. awak tu jurucakap menteri ke?
pkfz adalah hak siapa?pkfz ni milik siapa?pkfz ni bertuankan siapa?pkfz ni pakai duit siapa?pkfz ni atas tanah siapa?pkfz ni atas tanah kawasan siapa?apa itu rahsia?nak rahsia dari siapa?rahsia tu siapa punya?rahsia tu dibuat untok siapa?mengapa wajib ada rahsia?rahsia tu rahsia apa?nak selidik rahsia kat siapa?kat siapa ada rahsia?masih ada rahsiakah?masih ada banyak lagikah berrahsia rahsia?ini rahsia ada simpan dalam itu petike?ada peti mesti ada itu kunci,siapa ada itu kunci?ini rahsia soalan bocorke?siapa kasi ini soalan rahsia bocor?ini macam rahsia,itu bocor ada atas darike? atau bawah mari?
Selamat aidul fitri semua...kluangman x tersenarai sbb dia akan sentiasa kata palsu tu...PAS ada adakan sj.. x kan raya punya..alamak dah melalut pulak aku ni..opp pasai kes dokumen terbaru ni..akan tetap seperti biasa..kalau dokumen tu ori..orang yang bawak keluaq tetap salah..dan kalau palsu orang yang yang bawak keluaq pun akan mesti salah x payah Gani buat pendakwaan pun orang dah tau dah..yang sedap dan akan terlepas juak juak yang betui betui terlibat dalam PENYELEWENGAN PKFZ...biasa lah tu, cua atoq mai demo pasai korupsi dan pecah amanah ni.. kita ajak rakyat prihatin minta kebawah duli campoq tangan dan kita ramai ramai semayang hajat minta perut depa buncit selagimana depa tak dedah keburukan sebenaq....
Najib dah mula arah polis menyiasat dibwh OSA...macamni ler BN..goverment korupsi ditudung pembela rakyat di buru....Knape ye kluangman???? keliru lah sy , ingat nak cuba undi BN tp rasa berdosa kpd rakyat yg tertindas.. Tp kluangman mana ada hati perut dan perasaan yer..Kluang katakan asyik mencuri rambutan orang jer..bukan minta tp MENCURI sama dng specis2 UMNO.....
Mr Burn.. boring juga dok tengok politik orang2 politik ,Jom kita tengok politik raja raja pulak biar pelayar pelayar semua buat komen..Sila layari mStar Online, KERABAT N.S TUNTUT RM50 Juta dari Istana JOHOR..jom ramai ramai...
ghani patail pun peguam negara palsu juga, bukan peguam negara rakyat malaysia tapi peguam negara BN
maklumat SPRM tak palsu ka??? dalam kes teoh, PKFZ, Perwaja, Khir toyo
selamat hariraya maaf zahir batin,bakaq danjuga kepada semua tetamu blog,termasuk kluangman..macam depa ni,najib,gani patail,musa hasan,sprm, nak beraya pun tak sempurna,sebab dok sebok ligan jebon tak dapat lagi..jebon ligan jebon..
Rambut palsu , alat sulit palsu , kapal layar palsu ...ish korang nie sila jangan fitnah BN ...kami bukan palsu ....dokumen tu hanya fotokopi palsu kah kah kah
Just a slight advice, the correction expression should be:
"Dokumen tu palsu bah!"
Since the 'bah' is emphasising the 'palsu' and not the 'itu'.
Or alternatively, "Dokumen palsu bah tu!"
BN memang camtu, asyik tuduh orang lain aje palsu, lupa sendiri buat semua palsu...kangaroo court boleh diarah menindas pembangkang aje; SPRM anjing BN, bunuh orang lepas tu buat orang tu macam bunuh diri, Polis pulak jadi Raja di Malaysia, korupsi UMNO/BN semua buat tak tau; menghalalkan korupsi sebagai commission, macam2 lagi...berdosa besar kalau undi BN.
dear Oster,
the BAH factor added by Pak Bakar is to add the weight on the words it self or expression by Sabahan, just like Boleh Bah kalau kau..
Selagi Barisan Najis (BN) memerintah negara, selagi itulah korupsi, jenayah politik,fitnah,penderaan kpd rakyat terus berlaku.Barisan Najis (BN) ataupun Barisan Neraka (BN)diwujudkan utk menyiksa rakyat dan utk menambahkan dosa-dosa kepada ahli-ahlinya yang jahil agama.Pooorah....Najib kata UMNO Parti Islam, nak tanya sikit, tang mana Islamnya tu....Pakai tudung sekerat, dok fitnah Anwar tu cara Islam ka? ISA tu undang2 Islam ka?Selagi aku bernyawa, aku haramkan tanganku ini untuk mengundi Barisan Neraka (BN)selama-lamanya.Perjanjian ini dibuat bersama-sama 97 orang adik beradik, ipar duai, mertua-mertua,anak-anak,menantu dan cucu-cucu kami.
Betul...betul...betul....
kenapa Gani Ipin menggelabah maaa. simpan gelabah tu......
selain gigi palsu, betulkan, banyak lagi benda2 lain yg palsu....
tapi mengapa mudah menggelabah....ada some things wrong some where ???