Sedap!! Klik gambar di atas!

Hassan Ali mesti buktikan Teng berbohong

Dalam berita bertajuk "'Hasan Ali bohong'," Berita Harian hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan.

"Beliau (Hassan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.

"Beliau kini cuba berbohong untuk menutup penipuan pertamanya. Beliau sering tidak konsisten dalam semua kenyataannya," dakwa beliau ketika bercakap pada sidang media di Shah Alam semalam.

Saya tidak peduli kalau orang parti lain belasah kawan sendiri dan selepas itu enggan meminta maaf sekalipun. Saya tidak peduli kerana saya bukan penyokong parti berkenaan. Tetapi apabila pemimpin PAS yang saya sokong Fasal 5 perlembagaannya (dan fasal-fasal yang berkaitan seperti Fasal 3 dan 4) dituduh pembohong dengan cara yang begitu terbuka, saya harap Dr Hassan bertindak segera untuk menyatakan Tenglah yang sebenarnya berbohong.

Dr Hassan juga mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau tidak berbohong. Beliau juga mesti menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini semuanya benar dan tidak ada yang lain melainkan yang benar sahaja.

Dr Hassan bertanggungjawab membersihkan nama baiknya kerana jika tidak, ia bermakna PAS turut dipimpin oleh seorang pembohong.

Sampai begitu sekali melaratnya implikasi kenyataan Dr Hassan bahawa beberapa pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan pegawai kanan pentadbiran negeri di Selangor berpendapat mereka merasa terhina dengan cara Selcat menyoal mereka dan "ramai daripada mereka mengadu bahawa mereka disoal atas keputusan yang dibuat oleh bekas ahli politik dan dilayan seperti budak sekolah".

Malah, dalam berita Sinar Harian hari ini yang bertajuk "Chang Khim dakwa Hasan berbohong," Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu dipetik sebagai berkata:
"Orang yang mempunyai sifat sebegini mengingatkan saya kepada kata 'dengan rakan seperti itu, saya tidak memerlukan musuh'"
Semalam, ketika berbual dengan seorang pemimpin PAS Pusat mengenai isu tersebut, saya tanya beliau: "Hang setuju dak kalau aku kata, mustahil teramat mustahil Hassan Ali tak tau fasal collective responsibility?"

Dia diam sahaja.

"OK la. Dia mesti tau punya. Tapi pasai apa dia buat juga kenyataan lagu tu?"

"Hang jangan gatai nak perangkap aku!" kata pemimpin PAS itu. Kami pun sama-sama tergelak.

Tapi saya tak serik. Saya ajak lagi dia bercerita.

"Aku baca blog Rahman Talib. Dia kata, Hassan Ali bangkitkan isu Selcat kerana nak bela Melayu.

"Aku sekarang ni tengah dok kaji mana satu memperjuangkan kepentingan Melayu dan mana satu membakar sentimen Melayu. Memperjuangkan kepentingan Melayu bukan 'asabiyyah. Kalau cari jalan nak tutup atau nak sembunyikan kesalahan Melayu semata-mata kerana dia bangsa kita atau adik beradik kita atau gang kita, itu 'asabiyyah".

Alamak... Tak dan dia nak kata apa, handphone dia pulak dok berbunyi. Kacau sungguh. Habis dia jawab panggilan itu, dia pulak yang grill aku fasal Bagan Pinang. "Hang bila nak pergi Bagan Pinang?"

"Isa Samad tak panggil lagi".

Berkaitan:
Khalid: No changes to Selcat (Malaysiakini 29/9/09)
Selcat stays as is, says Khalid (Malaysian Insider 29/9/09)
Teng dakwa Hasan Ali berbohong (Malaysiakini 28/9/09)
Berita-berita lain mengenai Selcat (Malaysian Insider)
'Hasan Ali bohong'
Teng (kiri) menyambut ketibaan Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan semua Exco negeri, wakil rakyat Pakatan Rakyat serta pegawai daerah berhubung isu Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, malam tadi.

Pengerusi Selcat Selangor nafi label pegawai daerah tak cekap

Berita Harian (29/9/09): Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan.

Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP, berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian ketika pegawai daerah disoal mengenai prosedur kelulusan pengagihan peruntukan RM500,000 setahun bagi wakil rakyat dalam pendengaran awam, baru-baru ini.

"Beliau (Hasan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.

"Beliau kini cuba berbohong untuk menutup penipuan pertamanya. Beliau sering tidak konsisten dalam semua kenyataannya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hasan sebelum ini dilaporkan berkata beliau mencadangkan supaya Selcat ditambah baik apabila mendengar isteri Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Husin, kini malu untuk keluar rumah selepas suaminya dikatakan tidak cekap dan tidak layak untuk memegang jawatan itu.

Teng bagaimanapun mempersoalkan kejujuran Hasan untuk memperkemaskan Selcat kerana Pesuruhjaya Pas itu tidak menghubunginya selepas menerima aduan mengenai pegawai daerah yang didakwa dibuli jawatankuasa itu.

Katanya, Hasan tidak sepatutnya bercakap mengenai memperbaiki prosedur Selcat kerana penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan peraturan.

"Ia tidak ada kena mengena dengan prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak wajar, mereka patut bercakap mengenai kod etika dan bukan prosedur," katanya yang tidak bersetuju dengan cadangan Hasan supaya Selcat melakukan pendengaran secara tertutup untuk melindungi integriti pegawai awam.

Katanya, integriti adalah mengenai kejujuran dan bagaimana hendak melindungi kejujuran dalam pendengaran tertutup.

Beliau berkata, Hasan perlu berhenti bermain politik dalam usahanya mencari sokongan di kalangan penjawat awam, sedangkan Pesuruhjaya Pas itu sendiri didakwa pernah mencadangkan pertukaran beberapa pegawai daerah dan Yang Dipertua.

"Saya sendiri pernah melihat senarai cadangan pertukaran. Tiba-tiba beliau bertukar menjadi pelindung kepada penjawat awam. Saya memberi peluang kepadanya untuk bertaubat. Bertaubatlah," katanya.

Teng berkata, beliau bimbang tindak-tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya sangat percaya jika mereka terus dengan perbuatan ini, Pakatan Rakyat di Selangor bukan dikalahkan Barisan Nasional (BN), tetapi oleh Pas pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Teng bahawa Pakatan Rakyat mungkin kalah disebabkan Pas, berkata ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Selangor.

"Apa yang ada kena mengena dengan pentadbiran negeri ini ialah perkara berkaitan Selcat," katanya.

Mengenai mesyuarat tertutup berhubung isu Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam tadi, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak merombak prosedur sekali gus mengekalkan keanggotaan Selcat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan hampir dua jam membabitkan semua Exco negeri, termasuk Datuk Dr Hasan Mohamed Ali; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim; Pegawai Daerah; Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT); wakil rakyat dan ahli parlimen.

"Selcat juga akan tetap diadakan secara terbuka seperti sebelum ini dan pegawai kerajaan boleh dipanggil memberi keterangan jika perlu," katanya sambil menambah sebarang perubahan terhadap Selcat perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan, jika perlu.

Hasan yang juga ditemui selepas mesyuarat itu bersetuju dengan keputusan yang dicapai pada mesyuarat malam tadi.

Mengenai saranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, supaya tindakan diambil terhadap Hasan, Abdul Khalid berkata:

"Ini semua tukang sorak saja, tukang sorak ini kita kurangkan. Bagi saya ia adalah satu sorakan dan bukan satu cadangan yang boleh kita ambil kira."
Teng lashes out at Hasan
The Star (29/9/09): Selangor state assembly Speaker Teng Chang Khim has fired a stinging salvo at Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali, accusing him of nit-picking over issues and attempting to discredit the state’s Pakatan Rakyat leadership.

Teng, who has been under criticism by virtue of him being the assembly’s Select Commit-tee for Competency, Accountability and Transparency chairman, also accused Dr Hasan of telling “blatant lies”.

According to Teng, Dr Hasan’s conduct in recent months had indicated he had been making things difficult for Khalid.

He said Dr Hasan first opposed the appointment of Low Siew Moi as general manager of the Selangor State Development Corporation (PKNS).

He then issued a statement calling on Khalid to explain the allegation that he had used state money to buy cows for his Bandar Tun Razak parliamentary constituency in Kuala Lumpur, and maintain his private vehicle, followed by calls over the sale of beer in Selangor.

“The Selcat criticism is the latest attack.”

Teng said Dr Hasan’s attacks on Selcat were riddled with blatant lies.

“He accused me of saying that Klang district officer Bakhtiar Hussin was ineffective and unfit for his position. I did not say such a thing,” he said.

He said Dr Hasan had initially said retired judges should be appointed as Selcat members. Later, he denied saying so.

“He also said Selcat must be made up of reputable and credible people. Is he saying that the current panel is not reputable and credible enough?” Teng asked.

Teng added that Dr Hasan had not called him even once after criticising Selcat to discuss the issue.

He said Dr Hasan was the first person to call him to discuss the setting up of a coalition government immediately after the general election last year.

“He could call me then but can’t do it now.”

Teng said Dr Hasan did not have sound arguments to support his criticisms.

“He called for Selcat inquiries to be conducted behind closed doors to protect the integrity of the officers being questioned.

“However, integrity needs to be tested and not protected,” said Teng.

When contacted, Selangor senior exco member Teresa Kok declined comment but said a meeting between the state PAS and DAP was being planned to iron out differences.
PAS may take disciplinary action against Shah Alam MP
The Star (29/9/09): The tables could have turned on PAS’ outspoken Shah Alam MP Khalid Samad.

The central committee member, who has been calling for action against Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali over his criticism of the state assembly’s Select Committee for Competency, Accoun- tability and Transparency (Selcat), could now face the party’s disciplinary action himself.

Party sources said the Selangor PAS management committee had decided last Saturday to refer Khalid to the party’s disciplinary committee for making statements which “did not reflect the party’s stand and grassroots sentiments.”

It is learnt that the committee would soon write to secretary-general Datuk Mustafa Ali calling for action against Khalid.

Selangor PAS liaison committee secretary Khairuddin Othman, when contacted, declined to confirm the matter. “But wait and see,” he said.

Khalid had called on Dr Hasan to resign over his recent outbursts against Selcat and over several other issues that was not consistent with Pakatan Rakyat’s stand.

Khairuddin said the potentially damaging statements were being scrutinised. He said the Selangor PAS Youth wing would stand firm behind Dr Hasan who had merely made a constructive criticism to improve Selcat procedures.

Khairuddin also confirmed that Dr Hasan had the firm support of the Selangor PAS liaison committee.

Last night, Khalid told mStar that he stands by the fact that he did no wrong and is ready to face the PAS central disciplinary committee.

Khalid said he did not know if there are any efforts by Selangor PAS to refer him to the disciplinary committee.
Be open to questioning, civil servants urged
The Star (29/9/09): Civil servants should be open to being questioned over public funds, such as the inquiry by the state government’s Select Committee on Competency, Account-ability and Transparency (Selcat).

Several heads of non-governmental organisations (NGO) have also called for more public accounting of civil servants when it comes to the way taxpayers’ funds are handled and to investigate alleged wrongdoings.

Transparency International Malaysia president Datuk Paul Low said having third-party committee members independent of the state executive council was also a good idea.

“It is all right for Selcat to hold their questioning publicly but it should not be a witch-hunt,” he told The Star yesterday.

“Doing it publicly is meant to find out the truth and instill accountability.”

Selangor PAS commissioner and executive councillor Datuk Dr Hasan Ali recently called for Selcat to be revamped, saying its investigative techniques degraded the dignity of those being questioned.

Subsequently, Dr Hasan came under fire from his Pakatan Rakyat colleagues in the state, and has been told by the Mentri Besar, the Selangor palace and his own party members to explain his comments.

Cuepacs president Omar Osman said Selcat had to remember to adhere to the state government’s General Orders, which provide for how the state should react to suspected wrongdoings among civil servants.

“Yes, Selcat has the authority to investigate misuse of public funds and wrongdoings among civil servants.

“But it must also abide by the General Orders in a way that does not tarnish the image of the civil service,” he added.

Face-saving was a trivial issue compared to upholding accountability and the duty of a public servant, said Fomca secretary-general Muhd Sha’ani Abdullah.

“If the public servant fails in his duties to advise his political masters, it’s more detrimental to the state government than not getting respect,” he said.

Muhd Sha’ani said similar to a court hearing, public servants should not expect special treatment when Selcat questioned them.

Suhakam vice-chairman Tan Sri Simon Sipaun said he did not see what rationale or reasoning there was for the senior civil servants to complain to Dr Hasan that they were being questioned “harshly”.

“What is harsh to one person is not to another person. It is all very subjective. Civil servants should know their duties and responsibilities as good and responsible servants of the public,” he said.

Meanwhile, Gerakan Youth expressed shock that DAP secretary-general Lim Guan Eng had not commented on whether disciplinary action should be taken against Dr Hasan.

Youth chief Lim Si Pin said Lim’s silence was like “sweeping their fallout under the carpet”.

“Rightfully, Guan Eng should come out to defend his party colleague Teng (Chang Khim),” he said in a statement yesterday.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq Hasan Ali nak main zero sum game macam nasarudin mat isa ka?Susah lah orang pas ni ,kalau kita tegur pemimpin depa kata tak walak.Nampaknya kalau tak bendung penyakit hujah walak ni pas dah jadi real undemoratic.Dah dekat dekat nak sama dengan geng General Tan Syew di burma.Tolong lah Tok guru Presiden .Selamatkan pas selangor ,Trengganu , Kedah, Perlis,dan Sbgaiya.Badwi Pas

  2. Penarik Beca,
    Nak Hassan Ali sue Teng? Susah oooi.....Sudah tonton Selcat prosiding.....Ada arkib punya......Teng ni peguam....Dan saya berani kata Teng lebih jujur & professional daripada setengah pemimpin2 yang kononnya Islam
    Parti yang berterasan sosialis yang menjaga kepentingan rakyat tak kira agama, bangsa & kulit lebih kuat prinsipnya.

  3. kenapa kena minta tolong tok guru presiden..sebab lah nie cakap dia
    orang PAS tak pandang. semua dok ikut cakap tok guru satu lagi nu di kelate.
    Banyak yang bengkeng pun geng calun pilihannya yang tewas dulu.

  4. Hasan Ali, Mustapha Ali, Hj.Hadi,Harun Taib, Abu bakar Chik, Nasharuddin Mat Isa dan Nasaruddin Tantawi bercita-cita dan sanggup jadi beruk UMNO!!

  5. teng kasi peluang hasan ali bertaubat..bertaubatlah katanya. hahahaa apa kata hang bakaq

  6. BN sedang gelak besar..DAKWAAN, ANDAIAN, KONKLUSI Teng dan Hasan Ali seterusnya mereka mebuat DAKWAAN, ANDAIAN, KONKLUSI balas datang dari mana agaknya??

    Bagus..bagus kata BN kpd wartawan2 dan golongan pengadu dombanya termasuk blog2 yang mengaku puak PR tapi perangai mengalah BN. Yang blog2 puak PR ni yang aku dok geleng kepala...bila isu libat keburukan pihak sendiri tu dia...berpuluh posting sehari dok maki org sendiri..kalo BN buat salah...ada sampai 4-5 posting dok maki BN??...huh...2-3 posting pun belum tentu.

    Hidup Hasan Ali (Dan PAS Selangor of which Hasan Ali menjadi jurucakapnya)

  7. Cakap-cakap belakang beranilah bila berdepan bisu seribu bahasa.

  8. berbohong sudah boleh diterima dalam pas, sejak peristiwa "pertemuan dalam gelap" oleh beberapa orang pemimpin pas dgn umno. pembohongan boleh dibuktikan oleh rentetan berikut:

    1. beberapa kerat pemipin pas bertemu dgn paklah
    2. apabila pertemuan 'diketahui' umum, pas menafikannya
    3. bagi menguatkan bahawa tidak pernah berlaku pertemuan dgn umno, ketua penerangan pas, mahfuz omar, membuat penafian formal dalam harakah.
    4. paklah mendedahkan, sudah 3 kali bertemu.
    5. mahfuz terkejut beruk, membuat permohonan maaf secara formal dalam harakah.

    tak boleh establish BOHONG lagi?

    6. pemimpin yang terlibat dlm pertemuan segera membuat pendedahan bahawa pertemuan dipersetujui oleh majlis syura.
    7. mursyidul am tak pun tahu.
    8. ajk pas pusat pun tak tahu.
    sejak bila perkara yang melibatkan parti tidak dibincang terlebih dahulu oleh ajk pas pusat tetapi terus dibincang oleh majlis syura? kena ke caranya? tak kena?

    tak BOHONG ke ni? bak kata pepatah, sekali berbohong akan terus berbohong untuk mempertahankan pembohongan pertama.

    9. mereka yang terlibat dalam pertemuan turun padang manjaja pasal wala', pulak dahhhhhh...

    dalam dok celaru terbit pula kerajaan perpaduan, kononya cadangan, belum dibincang lagi dgn kawan2 dlam pr. ni mungkin strategi untuk alih tumpuan dari isu pertemuan dalam gelap, mungkin juga penerusan kepada pertemuan dalam gelap. sebab dalam dok celaru, perbincangan masih lagi diteruskan.

    jeng, jeng, jeng, muktamar menjelang tiba.

    strategi "mempertahankan" 'kepimpinan ulama' mula dicanang. presiden dan timbalan presiden mesti ulama. seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' diaturkan dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'. sehingga muktamar pemuda dipenuhi dengan gambar2 "memperkukuhkan kepimpinan ulama' dipercayai digunakan semasa jubli perak kepimpinan ulama. kepimpinan ulama ni lahir pada tahun 1982. jubli perak (25 tahun) di adakan pada tahun 2009, selepas 'kepimpinan ulama' berusia 27 tahun. pelik tetapi benar. untuk apa? cara lain nak 'tipu' perwakilan' hanyalah dengan memperkudakan 'kepimpinan ulama tercabar'!

    tahun 2005, semasa nasharuddin bertanding timbalan presiden, dia 'mewakili' golongan profesyenal. 4 tahun kemudian, 2009, dia mempertahankan jawatan timbalan presiden atas tiket ulama. orang lama seperti ustaz azizan dan harun taib semua bersetuju memberi laluan kepda beliau. beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bertemu dalam gelap dengan umno. makna kata, golongan "ulama" berdiri teguh di belakang pertemuan dalam gelap.

    semu ini adalah rentetan dari pertemuan dalam gelap, sehingga majoriti, jika tidak semua ahli serta perwakilan tak nampak akan 'pembohongan' yang dilakukan. 'pembohongan' bukan lagi isu, ia sudah dapat diterima. astahgfirullah!

    justeru, pas kini berhadapan dengan bermacam2 onak dan duri. bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. tg nik aziz menjadi mangsa media serta kepimpinan umno, manakala mereka yang 'keumnoan' mendapat pembelaan dari mereka. kata nik amar, ulama bukan pengecut, tetapi mereka berhati2, benarkah?

    pembohongan oh pembohongan. ulama oh ulama. semoga semua ini adalah cara Allah mendedahkan siapakah yang benar2 pejuang agamanya, insya' Allah!

  9. SPEAKER DEWAN DAH GILA KUASA. NAK JADI MAHARAJA CINA. SATU DUNIA TIADA BIKIN INI MACAM.

  10. Parti Pakatan Kelentong Rakyat dan Parti Asuhan Shayathin semakin tertipu.......

  11. kes bini dah selesai ka

  12. Teringat saya ketika Lim Guan Eng mengingatkan Hj Hadi bahawa berbohong itu berdosa hukumnya.

    Ingat lagi peristiwa apabila Hj Hadi kata dah bincang dengan semua parti PR tentang UG?

    Sekarang Teng pula mintak Hasan Ali bertaubat kerana berbohong.

    Malu la macam ni.

  13. Kelantan bawah tok guru dah perentah 20 tahun. Tau resipinye? Sbb tak buat SELCAT!!!!

  14. Hasan Ali atau Teng yang bohong tak penting, yang penting media arus perdana UBN malaysia kerjanya bohong dulu, kini dan selamanya.

  15. biasalah, laki bini pun ada perselisihan pendapat, tapi beranak pinak juga....

  16. media arus perdana UBN memang kerjanya menipu, perkara rasuah di selindung, sedikit perselisehan pendapat di perbesar-besarkan.

  17. Bukan tak tau orang cari makan jadi tukang motivator selalunya cakap saja lebih..

    Berkokok buat bising sana sini ibarat tong kosong tapi diri sendiri Tuhan dan mak dia saja yang tau..

    Teringat aku kat Ibrahim katak dan mat Ezam. Dua kali lima jugak.. Chet!

  18. hasan atau teng bohong tak penting, tapi rakyat dah tahu, memang wang rakyat disalah guna semasa pemerintahan UBN..

  19. arus perdana UBN, sejak bila jadi jujur ni???? siar sama penyalahgunaan kewangan kerajaan seperti kemana perginya royalti minyak terengganu?????

  20. kes rasuah UMNO lebih teruk dari ni!!!!!

  21. umno ketandusan idea hinggakan perbezaan pandangan lebih besar dari isu rasuah kerajaan UMNO, tak kah begitu SPRM, pilih Isa Samad....

  22. hassan ali sengap tak jawab....makna nya betul apa kata Teng.
    hassan ali jangan jadi munafik !

  23. kenapa najib tidak dipandang bersih, kerana memilih ISA calon tak bersih, orang kotor mesti kawan orang kotor, orang bersih mesti tak mau kawan orang kotor nanti kena kotor sama!!!

  24. besok mesti media arus perdana bohong akan menyiarkan Isa Samad calon terbaik,amanah dan bebas rasuah tapi UMNO dan mahathir yang jatuhkan hukum bersalah

  25. PaK Bakaq,

    Sejak aku ditipu oleh Hassan Ali kerana gagal hadir majlis berbuka puasa anjuran pemuda pas wangsa maju beberapa tahun dulu, sampai sekarang aku menyampah tengok muka dia...tapi kenapa presiden sayang sangat kat dia? ada phd tapi pemikiran macam budak tadika kemas jer?

  26. pak bakaq...betulkah orangramai kata hang ni setiusaha sulit dan blogger upahan kahlid samad.harap nafikan.untuk menutup mulut diaorang terus mengata kat hang.

  27. http://muntazarmahdi.blogspot.com/

    "mencari ketenangan"

  28. PAS KAN GILA SEKS.

  29. anon 26,

    hang nak attack khalid samad ke pak bakaq? cuba hang pikiaq betoi2, muktama54 di ipoh telah membuat keputusan untuk "memperkasakan pakatan rakyat". ia diulang lagi pada muktamar 55 di shah alam - memperkasakan pakatan rakyat.

    oleh kerana itu pas perlulah, bukan sahaja mengulangi dengan keputusan tersebut tetapi "dilihat" berusaha ke arah itu dalam kesemua tindakannya. apa yang dilaku oleh pemimpin pas selangor boleh "dilihat" sebagai tindakan membelakangi keputusan yang telah termaktub. sebagai anggota exco kerajaan, sudah tentu ada caranya untuk bertindak. menegur pemimpin, dalam islam, dituntut. malangnya ada orang pas sendiri melompat apabila pemimpin pas selangor ditegur kerana tindakannya mencemari "meperkasakan pakatan rakyat." amat malang lagi apabila sanggup menuduh bahawa penegur2 ini membela kemungkaran. tidak ada seorang muslim pun menafikan arak itu haram, lalu bagaimana tuduhan 'membela kemungkaran' boleh berlaku? apakah penuduh2 ini sahaja islamik manakala penegur kepada tindakan pemimpin sebagai tidak islamik?

    kalid samad, bagi saya, menegur kerana "mempertahankan pakatan rakyat" selari dengan keputusan yang telah diambil oleh pas, salahkah? pihak2 dalam pas yang tidak selesa dengan teguran khalid samad telah menunjukkan kedangkalan dalam memahami tindakan politik yang pas telah persetujui. bagi saya, mereka2 ini bukan melenting terhadap khalid samad kerana menegur kepimpinan tetapi hanyalah menyuarakan ketidakpuasan hati kerana terkantoinya muzakarah/kerajaan perpaduan yang menjadi pegangan segelintir pemimpin pas khususnya yang bertemu dalam gelap dengan umno yang masih berkuasa dalam parti. ia bukanlah terhad kepada teguran khalid samad. ia lebih dari itu. ia merupakan suara2 sumbang yang sedang mempertahankan "kemelayuan" yang mendorong pertemuan dalam gelap. itu pada zahirnya. dalam perkiraan politik ia lebih dari itu. jawatan/fulus/penyelesiaan masalah peribadi dipercayai menjadi pendorong utama sehingga sanggup mengenepikan keputusan sendiri. perjuangan sudah dikesampingkan.

    berhentilah menjadi tali barut pejuang2 perpaduan, walaupun di kalangan kamu ada doktor2 dan cendiakawan. janganlah cemari perjuangan "memperkasakan pakatan rakyat" dengan tindakan2 yang merugikan pas. tumpukanlah usaha kamu kepada memenangi pru 13 dengan selesa bukan menabur paku di merata2 jalan. paku2 yang ditabur ini menjadi halangan2 kepada pas untuk maju kehadapan. jangan hina keilmuan yang dianugerah Allah dengan tindakan2 yang merugikan pas.

    apakah saya juga tergulung dari kalangan non-islamik? itu hak kamu, saya berserah kepada Allah. saya pendokong perjuangan tg nik aziz. saya ingat kata2 keramat almarhum fadzil noor.

    hentikanlah segala kekarutan. sama2lah kita perkasakan pakatan rakyat. janganlah sia2kan apa yang telah kita capai. bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mahukan pengundi memilih dengan bijak. kecamukan yang timbul dari tindakan2 yang mencemari "memperkasakan pakatan rakyat" tidak akan membantu pengundi untuk membuat pilihan yang bijak. mereka adalah sasaran kita. kebencian mereka kepada umno/bn belum tentu boleh memaksa mereka memilih pas. sebagai pemilih yang bijak, mereka sudah tentu memerhatikan tindakan kita. sebarang tindakan yang dibenci mereka akan mengundang kecelakaan kepada pas dalam pru13 nanti. sehingga tarikh keramat itu, macam2 boleh 'berlaku'. jangan ketepikan kemungkinan pertandingan tiga penjuru yang merugikan. pas perlu bersama dalam pakatan rakyat dan perlu dilihat "memperkasakan pakatan rakyat.

    wallahu'alam.

  30. anon 26,

    sepertimana yang sebut di atas, berbohong sudah menjadi pegangan segelintir pemimpin pas. pembohongan sudah dapat diterima oleh ahli2 pas. perkembangan2 yang berlaku selepas pru12 adalah akibat dari penerimaan pembohongan oleh perwakilan yang dikaburi pandangan mereka oleh "kepimpinan ulama tercabar"!

  31. integriti adalah mengenai kejujuran dan bagaimana hendak melindungi kejujuran dalam pendengaran tertutup.
    Hasan Ali pakai songkok pun macam orang tidak ada ilmu,setahu saya cara pemakaian songkok jangan tutup dahi, tengok semua orang umno pakai songkok macam hasan ali...Hj.Hadi tolong bagi cara atau adab pakai songkok ikut islam sebenar.

  32. BIASALAH TU, PELAKON AKSI BOGEL PUN DIJADIKAN IKON OLEH PEMIMPIN PAS. INI KUASA PUNYA HAL. KALAU IKUT SEKAT INI HALAL.

  33. kepada husin,hang dah jadi blogger upahan bakaq atau SU sulit khalid samad ke?orang macam KS tu ko nak hormat,takpayahlah...baik suruh dia kerja kat seksyen 23 tu.jangan dok asyik tulis blog kerjannya.nak jumpe rakyat malas dan takut...piii lahhh

  34. semua orangtahu bakaq ni,mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin2 pas liberal.mereka menggunakan bakaq untuk menulis menjatuhkan pemimpin yang tidak sealiran dengannya.bakaq pernah posting tentang sahabatnya dalam posting yang lepas..mereka ini amat membenci presiden sehingga ketua pemuda pas.serangan secara halus dan menggunakan muryidul am untuk memalukan pemimpin mereka sendiri.golongan ini ingin khalid samad menjadi pesuruhjaya pas selangor.husam ingin dilantik timbalan presiden.tapi Allah mengetahui niat dan rancangan mereka.akhirnya gagal.golongan ini terus menggunakan penulis blog penarikbeca untuk menghentam ketua mereka.insaflah .....aku akan terus berjuang untuk menyahkan pemimpin liberal ini bertapak dalam pas.pastikan mereka kalah dalam pru13 nanti.

  35. pas sama sekali tak serupa dgn umno...susah senang ada panduan yang kukuh sekali.

  36. aku pun malas nak cakap banyak2... hampa pi tengok sendiri dalam website nih. www.makkalsakhti.blogspot.com

  37. PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
    Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah...”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?

  38. PENYELEWENGAN DANA RAKYAT YANG DIBUAT OLEH YB. PAKATAN RASUAH SEKARANG TAK PULA DISIASAT. KENA SOKAT KE.

  39. anon 34 berhujah,

    "tapi Allah mengetahui niat dan rancangan mereka.akhirnya gagal.golongan ini terus menggunakan penulis blog penarikbeca untuk menghentam ketua mereka.insaflah .....aku akan terus berjuang untuk menyahkan pemimpin liberal ini bertapak dalam pas.pastikan mereka kalah dalam pru13 nanti."

    dari perkembangan yang berlaku, Allah "mengetahui niat dan rancangan" kedua2 pihak. kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak teratur. kemenangan belum tentu kebenaran. belum tentu kemenangan. ia mungkin cara Allah untuk menyedarkan perwakilan2 pas yang telah "dikaburi" pemikiran lantaran diasak bertubi2 dengan "kepimpinan ulama tercabar"!

    pada pemerhatian saya, bukan sahaja penarik beca dilihat bersikap seperti andaian sdra, banyak lagi. mustahil sdra tidak pernah menjenguk di blog seperti saynotomunafiqeen, tajdidpembaharuan, sebagai contoh. sdra dilihat sengaja memilih pak bakaq menjadi serangan sdra. sudah tentu ada sebabnya. itu hak sdra.

    bagaimana pula dengan blog yang dinamakan khusus "blogantihusam"? apakah sdra salah seorang dari pengendali blog tersebut? kebarangkaliannya besar kerana sdra masih menghentam husam dan akan pastikan beliau kecundang dalam pru13 nanti! jika benar, maka sdra adalah salah seorang dari penggerak yang menjaja "kepimpinan ulama tercabar"! sdra adalah penggerak "mempertahankan" pembohongan yang berlaku. sdra adalah penyokong kuat "pertemuan dalam gelap dengan umno"!

    begitulah cara Allah swt menelanjangi pemuka2 cenderung kepada perpaduan dengan umno. lupa akan kata2 keramat ustaz fadzil noor - "umno tidak akan mencari pas semasa senang"!

    di manakah sdra apabila tg nik aziz di hentam oleh media2 serta pemimpin umno kerana menolak perpaduan? sedarkah sdra bahawa tg nik aziz menjadi mangsa serangan kerana telatah segelintir pemimpin yang sdra pertahankan? sdra dengan jelas menunjukkan kebencian kepada tg nik aziz apabila "akan terus berjuang untuk menyahkan pemimpin liberal ini bertapak dalam pas.pastikan mereka kalah dalam pru13 nanti." khalid dan husam adalah di antara pemimpin pas yang seiring tg nik aziz, baik dalam ucapan atau tindakan mereka. menyerang khalid dan husam, samalah dengan menyerang tg nik aziz.

    hebat perjuangan sdra. kebenaran pasti akan menundukkan kebatilan. gunakanlah ilmu yang Allah pinjamkan untuk melihat kebenaran dan memperjuangkannya. saya mengajak sdra supaya menghentikan tindakan kurang cerdik sdra dan bersama "mempertahankan pakatan rakyat". bukankah itu yang telah diputuskan oleh pas? bertindak sebaliknya hanya mendedahkan bahawa sdra telah menolak keputusan jemaah.

    begitulah cara Allah swt hendak membuka minda para perwakilan muktamar 55 yang telah dikaburi pemikiran dengan "kepimpinan ulama tercabar" melalui perekembangan2 selepas muktamar tersebut bahawa golongan yang mencemari 'kepimpinan ulama' adalah dari kalangan ulama sendiri.

    sdra juga menyentuh bahawa "golongan ini ingin khalid samad menjadi pesuruhjaya pas selangor.husam ingin dilantik timbalan presiden." sedarkah sdra bahawa sudah berlaku "penguasaan" pas pusat oleh kalangan dari veteran pas? oleh kalangan yang "bertemu dalam gelap" dan yang menyokong "pertemuan dalam gelap" dengan umno? dengan aktivis "pertemuan" dilantik sebagai setiausaha agung? abu bakar chik pula sebagai pengarah pgs pusat? halim abdul rahman sebagai pengarah pilihanraya pas pusat?

    saya tidak nafi sumbangan abc dan halim kepada pas. tetapi mampukah mereka menjana pemerkasaan pas menjelang pru13? bukan tujuan saya hendak memperkecilkan keboleh dan pengalaman mereka. bagi saya pas patut beri peluang kepada yang lebih muda dan berilmu/berpengalaman dalam bidang2 yang berkaitan yang mereka telah dipertanggungjawabkan. pas moving forward, eh?

    "perkasakan pakatan rakyat"!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008