Sedap!! Klik gambar di atas!

Bila tempua Selangor bersarang rendah

Rabu lalu, dalam berita bertajuk "Isu rasuah masih belum diberikan keutamaan, kata TI-M," Bernama melaporkan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support," Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) seperti cuba mengambil alih peranan SPRM semata-mata untuk kepentingan politik kerajaan negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga berpendapat penyiasatan Selcat yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai "sedangkan belum pasti mereka bersalah".

Saya bersetuju dengan Noh. Kalau benar SPRM mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih, Selcat janganlah mengambil alih peranan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, saya tak setuju dengan kebimbangan Noh kononnya penyiasatan yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai. Kalau tak bersalah, nak malu apa?

Saya kalau tak bersalah, nak siarkan siasatan ke atas saya ke seluruh dunia melalui CNN, BBC, Al Jazeera pun saya tak peduli. Siar pi la sampai ke langit pun.

Kenapa nak jalankan siasatan secara tertutup macam kes Miss X dirogol yang tak mahu identitinya diketahui umum atau macam kes Haslinda Merican? Kes-kes seperti itu melibatkan maruah. Jalang pun, kalau dia dah bertaubat, tak boleh dijatuhkan maruahnya dan tak boleh diaibkan dia dengan kegatalan zaman silamnya.

Tapi kalau tak bersalah, bapak kepada segala Selcat nak siasat pun, siasatlah!

Awat? Cina DAP malukan bangsa Umno? Laa, kalau betul Cina DAP tu nak malukan bangsa Umno, bukankah bangsa Umno itu hulubalang-hulubalang yang hebat? Kalau betul Cina DAP dalam Selcat nak malukan bangsa Umno, tak dak tulang belakang ka nak jerkah balik?

"Woi Apek! Lu kalau mau siasat, lu jangan bikin gua macam gua yang hantam itu duit! Gua bikin gua punya kerja ikut arahan atas punya orang. Gua tarak hantam itu duit. Lu boleh panggil siapa pun siasat, gua tak takut punya.

"Woi Apek! Lu ingat baik-baik, lu jangan kurang ajar!"

Adakah pegawai yang jerkah balik penyiasat Selcat itu boleh dibuang kerja semata-mata kerana dia berani mempertahankan nama baiknya jika dia tak bersalah? Apa nak takut? Insya Allah, takkan jatuh bangunan!

Apa nak takut, wahai para pegawai yang bersih, jujur dan tidak bersalah? Yang kita takut ialah bila tempua bersarang rendah. Contohnya, bila orang yang membawa kad keahlian PAS beria-ia membela bangsa Umno yang dilihat tidak tidak bersih, tidak jujur dan bersalah (Gambar di atas copy and paste dengan ucapan terima kasih dari blog Hannah Yeoh)

Berkaitan:
PAS wants Hasan Ali to explain Selangor controversies (Quotation: "I've spoken to most of the other central committee members and we are of the view he [Dr Hassan Mohamed Ali] has gone too far" - Malaysian Insider 26/9/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakaq,jangan nak sindir hasan ali lahh.sepatutnya hang tulis secara ilmiah.bukannya mengikut rentak mp shah alam tu.pakatan selangor jangan jadi macam umno.membuli kakitangan kerajaan negeri.gunakan selcat secara profesional.aku pun dah boring layan politik selangor ni.yang pelik kebanyakan pemimpin pas selangor ni mengikut rentak pkr dan dap.pas selangor teruskan tegak islam.aku takut tak dapat pahala bila pangkah pas sekiranya maksiat terus berlaku.pengundi pas kedah tak dapat pahala kerana gagal menyekat arak dan judi.itu janji pas dulu.kalau tak caya cuba tengok youtube.janji pas sekiranya menang..dlm pru12.

  2. Photo credit: Hannah Yeoh :-)

  3. pak bakaq,jangan jadi penulis upahan MP tu....hentikanlah...

  4. Memanglah!!!... berani kerana benar,takut kerana salah!!!!..tapi masalahnya..mencari kesalahan orang lain adalah perkara paling mudah..bukan nak racist pulak!!..cuba China atau India yang kena siasat,..habis satu negara bangsa dia support!!!kecoh....termasuk balaci2 yang tak ngaku Melayu...takut dituuduh racist!!..lebih2 lagi Pak janggut yang sokong kuil dan yang pakai baju petak2 merah...la ni PAS asyik kena tibai aje!!!..pihak pimpinannya bodoh semacam....mabok kuasa ke??..macam dah hilang arah!!..ini semua nak dpt undi punya pasal...matlamat asal PAS...hancusss....

  5. aku sokong mp shah alam ganti hasan ali.kerana banyak fatwa baru dan akan kita dengar darinya.pas selangor tidak bernasib baik kerana ramai adun dan mp bertuankan parti lain dan mengadaikan prisip islam dan dasar parti.satu lagi banyak merapu dan melalak sesama sendiri dari kerja..

  6. yang rasuah tetap rasuah, rak kira siapa, bangsa dan agama tetap bersalah, kerajaan pakatan bukannya kerajaan UBN yang ada kasta dalam siasatan...

  7. Bhai...

    Sedikit demi sedikit akan terbongkar satu demi satu nama "mole" dalam PAS dan Pakatan Rakyat.... tunggu dan lihat jer la...

  8. sila baca artikel ini >http://mtdchenderoh.blogspot.com/2009/09/bloggers-pas-jangan-jadi-sayap-baru.html

  9. Bhai...

    Sedikit demi sedikit akan terbongkar satu demi satu nama "mole" dalam PAS dan Pakatan Rakyat.... tunggu dan lihat jer la...

  10. dunia dunia. sorang sorang orang UBN jatuh ke lantai meninggal dunia.... mereka orang UBN ni kaya raya hasil dari tipu duit rakyat, siang malam. yang masih berdiri tu, elok lah bertaubat dan gadai harta masing masing dan pulangkan kepada rakyat. kalau tidak, susah nak jawab dalam alam barzakh nanti ooi... bukan si musang dan si petai boleh turun ikut sama dalam tanah buat cover up nanti ooi... yang si hassan ali ini pun satu, dah berumur lanjut janganlah di gila harta kuasa di dunia sangat. mungkin esok sudah tiada, apa nak buat...????? kan elok sedekah semua pendapatan EXCO buat duit umrah pada rakyat tak mampu di selangor baik, atau mana mana umat Islam yang berumur dan layak. apa nak jadi dah nih!

  11. Safina,

    Terima kasih kerana pautan yang diberikan.

    Saya bukan blogger PAS. Saya hanya menyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS dan fasal-fasal yang berkaitan dengannya seperti Fasal 3 dan Fasal 4.

  12. isunya bukanlah siapa (atau bagaimana) kakitangan kerajaan yang dimalukan, tapi siapa yang cuba diselindung kakitangan kerajaan itu ketika penyelewengan peruntukan duit rakyat dilahap umno/bn.

  13. Jangan sokong orang yang munafik.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008