Bukan SP Inn tetapi SP Club. Mohon maaf kepada Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Ja'afar yang juga Pengerusi SP Inn.
Posting asal
Saya menerima sms berikut dari anak Kedah di perantauan yang kini berhari raya di kampung halamannya:
Saya tak salahkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Mungkin istilah yang tepat tidak digunakan. Walaupun dia pandai dan boleh tahu dengan mudah bahawa orang menggunakan istilah yang tidak tepat, tetapi kadang-kadang mungkin dia terkeliru. Barangkali pasal dia puasa masa tu.
Atau, mungkin juga Menteri Besar Kedah telah mengenakan cukai yang tinggi kepada bar, slot machines dan snooker tersebut. Maklumlah, dia nak discourage semua tu melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.
Kepada Pemuda PAS yang menggesa supaya konsert Beyonce dibatalkan, saya berharap mereka dapat bertindak proaktif dan belajar dari Azizan cara-cara nak discourage industri dosa melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.
Saya juga berharap Pemuda PAS jangan mengalah kepada tuduhan bahawa mereka adalah "religious hypocrites in PAS". Kadang-kadang ada orang yang hyper sensitive sehingga nak menggesa pun tak boleh. Seolah-olah "religious hypocrites in PAS" tidak ada hak demokratik nak menggesa supaya diharamkan. Baru menggesa ja, orang dah menggunakan istilah yang kasar.
Tetapi lebih penting dari semua itu, kita ada sistem nilai kita sebagai orang Islam. Saya pernah tulis tentang sistem nilai yang saya maksudkan itu dalam posting awal 2008 lalu bertajuk "Untukku agamaku". Kalau rajin, pi la baca.
D Kedah ada Kedah Club. D Kedah Club ada bar, slot machines & snooker. D SP Inn Golf Club pun ada. Kedua-duanya hak milik kerajaan Kedah. Kedah Club pula adalah sebelah Wisma Negeri. Katanya Chairman adalah MB. Hebat, inilah kut yg dkatakan PAS For All.
Saya tak salahkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Mungkin istilah yang tepat tidak digunakan. Walaupun dia pandai dan boleh tahu dengan mudah bahawa orang menggunakan istilah yang tidak tepat, tetapi kadang-kadang mungkin dia terkeliru. Barangkali pasal dia puasa masa tu.Atau, mungkin juga Menteri Besar Kedah telah mengenakan cukai yang tinggi kepada bar, slot machines dan snooker tersebut. Maklumlah, dia nak discourage semua tu melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.
Kepada Pemuda PAS yang menggesa supaya konsert Beyonce dibatalkan, saya berharap mereka dapat bertindak proaktif dan belajar dari Azizan cara-cara nak discourage industri dosa melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.
Saya juga berharap Pemuda PAS jangan mengalah kepada tuduhan bahawa mereka adalah "religious hypocrites in PAS". Kadang-kadang ada orang yang hyper sensitive sehingga nak menggesa pun tak boleh. Seolah-olah "religious hypocrites in PAS" tidak ada hak demokratik nak menggesa supaya diharamkan. Baru menggesa ja, orang dah menggunakan istilah yang kasar.
Tetapi lebih penting dari semua itu, kita ada sistem nilai kita sebagai orang Islam. Saya pernah tulis tentang sistem nilai yang saya maksudkan itu dalam posting awal 2008 lalu bertajuk "Untukku agamaku". Kalau rajin, pi la baca.










Cantik? Klik 






PAS KEDAH SAMA AJE DENGAN UMNO.TAKDAK BEZA.
Ada beza antara PAS ngan UMNO...banyak sangat...antaranya kalau rasuah...UMNO no wahid...juara dunia kalah Indonesia
salam:
Bab pembohong dan memutar lidah pula jatuh pada PAS no Wahid pula.
Salam;
Rasuah mungkin tak ada...tapi hadiah tukar istilah saja jatuh no wahid juga.
Tak perlulah Pemuda PAS nak anjur boikot memboikot pada benda yang jauh dari tangan mereka. Dalam PAS sendiri, banyak toleransi dan kelonggaran telah dibuat dan dibogelkan atas nama setiakawan Nik Aziz dengan DAP - itu yang patut ditegurkan atas dasar gagah berani Pemuda PAS.
Kalau puak UMNO atau kapir atau Melayu Islam dalam PKR nak jenguk konsert Beyonce, memadailah taklik tafsiran Nik Aziz, malah orang PAS sendiri pun elok ambil tau dan pi tengok setakat mana tak bolehnya konsert tu.
mana ada bukti kalau ada mesti ditunjukkan dengan jelas seperti gambar atau lesen yang memberikan kebenaran. Jangan suka fitnah mb kedah.
teramat setuju dgn nombor 2 tu. pada aku, umNO juara rasuah nombor wahid dalam dunia.
Penarik Beca,
Apa terjadi dengan lanun2 yang meletakkan kepala lembu di SUK Selangor? Apa pulak dengan puak2 Islam yang berbuat kecoh di town hall Section 23? Mana Hassan Ali? Mana Nasurin Tantawi? Jawab lah? Khalid Samadada buat kritikan. Engkau?
Ada pun. Patutkah rang2 sebegini kenna diheret untuk disebat umum. Jangan jadi hipokrit lah.
Kalau beriman, jangan pergi! Perhaps, you should read the bible instead. Flee from temptation. You don't wanna gamble. Don't go....Simple.....
Again, so how with those muslims who has done despicable thing? Fighting corruption & Transparency more important. Don't be a Hypocrite!
looes74
aku pun setuju gak ngan pak malau.
Salam untuk semua,
Nak pesan sikit, kalau berita tu tak sahih tak payah la masukkan dalam blok. bila kota terima berita pastikan siasat siapa yang bawa berita tu.
Pak Bakaq,
Nak tanya sikit Kedah Kelab tuu sapa yang punya?
Setahu saya, sebagai ahli (member) Kedah Club.... tidak ada apa-apa yg nak dibesar-besarkan di sana. Memang ada Bar, tetapi saya tak pernah melihat muslim minum arak di sana. Tapi di Pinang, i selalu tengok muslim minum arak di restoran tepi jalan je... tak kecoh pun... ah.. di bukit bintang, apa kurangnye.. Sebenarnya, benda nie wujud di mana-mana, kalau kuat iman, jgnlah terjebak or terlanjur...
Kedah Club itu kepunyaan Ahlinya , ia tidak kena mengena dengan kerajaan negeri atau pusat.
Kedah club itu bukannya kedai arak, disco, dangdut or pusat bohsia. Ia hanyala sebuah Sports club, yg mempunyai padang golf, GYM, Sauna, Tenis Swimmingpool , dan sebagainya. Kelab sukan ni tertutup hanya kepada ahli-ahlinya.
Kalau nak hapuskan arak di Malaysia, suruhlah kerajaan melarang terus penjualan, pembuatan dan import - ekspot arak!! Kalau Beyonce tue haram, cam mana ngan artis Melayu Malaysia?? Halal dan Soleh ker???
Hangpa nie memang merapu la
Wahai bangau, tak payah tanya Pak Bakar. Sebab Pak Pak Bakar pun jawab berbelit2. Hasil banyak, apa lagi lah.
Kita cakap la ni bukan fasal hasil. Yang kita nak bagi tahu bahawa, 'BILA PAS PERINTAH KEDAH, KITA AKAN MANSUHKAN TEMPAT2 JUDI YANG ADA DI KEDAH'. Itu perjuangan PAS dalam kempen PRU12 dulu.
Bila dah perintah Kedah, Pas sengap, tak ada tindakan. Kedah Kelab tu Kerajaan Negeri punya. Saya rasa sampai PAS tersungkoq pun PAS tak akan batal lesen JUDI yang ada di Kedah Kelab. Padahal Ustaz Azizan sebagai MB adalah Presiden Kelab Kedah Diraja.
Wallahua'lam
kluangman said: Tak perlulah Pemuda PAS nak anjur boikot memboikot pada benda yang jauh dari tangan mereka. Dalam PAS sendiri, banyak toleransi dan kelonggaran telah dibuat dan dibogelkan atas nama setiakawan Nik Aziz dengan DAP - itu yang patut ditegurkan atas dasar gagah berani Pemuda PAS.
Kalau puak UMNO atau kapir atau Melayu Islam dalam PKR nak jenguk konsert Beyonce, memadailah taklik tafsiran Nik Aziz, malah orang PAS sendiri pun elok ambil tau dan pi tengok setakat mana tak bolehnya konsert tu.
perkataan yg menunjukkan kejahilan diri.....
baek dok senyap lar
Hang ni Bakaq oi..sat gi marah pulak puak Muawiyah kat sana tu..
Hypocrites tu..dalam kamus maknanya lebih kurang munafik le..
Mmm..banyak tu kat dalam Kedah ni..
bang bangau; club tu mb kedah jadi chairman. Sultan untoucble jadi penaung.manager dia amirudin embi bekas ketua polis n.sembilan penagih tegar arak. asistent manager lutfi Ahmad Ghazi bekas tentera penagih tegar gak.lagi teruk pemuja satanic vursus. nasarudin tantawi ahmad yahya tolong tengak kes ni dulu. mb kedah ni aku pun sangat boring bodoh sombong. Badwi PAS
aku dok masuk keluaq SP INN tu berkali-kali, tak pernah pulak aku nampak bar di situ. jangan-jangan puak syiah dok start fitnah MB kedah pulak dah!
Salam....
Aku ghasa la bakaq, hang kena mandi dulu, bagi sejuk kepala hang. supaya hang buleh pekiaq dan buat gheja cagha bersiasah. jangan buat gheja sia-sia.
Aku nak nasihat hang la ni, hang kena siasat dulu apa ka betoi apa yang hang pamer di sini. Supaya oghang tak kata hang jadi bughong kaka tua. dok tughot apa oghang kata saja. jangan dok sandag pada "katanya" atau "depa kata". Kalau benda tak betoi, kita jangan jadi ejen penyebag pitnah bakaq nooo. Hang kena siasat dulu sunber hang tu betoi ka atau depa ni saja nak pekena hang. Baghu la gheja-gheja hang ada keredibiliti. Kalau dak, oghang kata hang jadi keghagedik.
Siasat dulu nooo bakaq,,,,
PAK JUST TO INFORM YOU THE SLOT MACHINE LICENCE IS A FEDERAL LICENCE UNDER MIN. OF FINANCE N NOT STATE WHICH MEANS PREVIOUS BN GOVT KOWTIM BUKAN PAS.THE BAR LICENCE IS UNDER THE DO WHICH IS UNDER STATE CONTROL.
"tetapi kadang-kadang mungkin dia terkeliru. Barangkali pasal dia puasa masa tu." fikir balik kenyataan ni. KAlau nak tulis biaq ada fakta. Perkara ibadah dan tutntutan agama. Kalau dah sebab puasa dia tak boleh jadi MB mungkin Encik Bakaq buleh kot. Maafla. Saya tak bengang Encik Bakaq nak kata apa pun kat MB Kedah tu. Tapi saying that fasting causing a bad consequence for a healthy person is very cruel to Islam. What the non-muslim will think? Ingat senang ker nak keja bawah non muslim. memang tu hanya satu kenyataan simple dan pendek. Tapi kalau ianya dangkal dan membawa kesan buruk. Amplifisinya akan berterusan pada masa depan. Ibarat ayunan satu bola golf, walaupun kiata terkurang 1 darjah tapi semakin jauh bola tu pergi maka makin jauh dan silap arahnya.
SEBENARNYA BUKAN SP INN CLUB GOLF TAPI SP GOLF CLUB, DUA NAMA YANG BERBEZA TU. KENA PERIKSA BETUI-BETUI SEBELUM NAK TULIS SESUATU BENDA.
Salam pak bakar memanglah puak-puak yang dok keliling mb kedah akan pertahankan habis-habisan walaupun sebenarnya perkara yang diperkatakan betul. Sebenarnya isu judi di Kedah lebih dahsyat, khususnya judi nombor ekor haram yang berleluasa di pekan-pekan kecil, keseluruhannya berjumlah lebih 9,600 kedai yang menjadi pusat judi tersebut. Minta orang-orang kuat MB Kedah turun padang bukan dok ikut pungkoq MB sahaja. Sehingga sekarang tiada sebarang langkah pencegahan dilakukan oleh pejabat MB yang selama ini berjuang menegakkan amar makruf nahi mungkar. Adalah MB Kedah boleh terlepas daripada menanggung dosa kerana sekarang PAS sudah ada kuasa mencegah. Ini tidak termasuk kedai arak di Langkawi yang amat mencatatkan pemerintahan Kedah di bawah MB sekarang. Jumlah kedai arak lebih daripada 200 buah. Golongan muda mudi Melayu Langkawi menjadi penagih. Pohon SUP MB Kedah dan kaki ampu MB Kedah turun periksa sendiri. Jangan dok asyik bela tanpa asas, bila orang dedahkan untuk kebaikan maka akan dituduh tali barut UMNO, Syiah sesat dsb. Tak kan ahli sunnah boleh benarkan judi dan arak dalam pemerintahan mereka atau memerintah menggunakan dalil usul feqh walaupun dalil qur'an sunnah jelas. Tolong jelaskan, adakah boleh kita menggunakan qaedah usul feqh melebihi dalil jelas, nampaknya MB Kedah memerintah menggunakan usul feqh untuk menghalalkan tindakan beliau yang tidak berbuat apa-apa tindakan mencegah mungkar.
terlalu banyak perkara yang perlu dicuci oleh peninggalan 50 tahun UMNO, sukar untuk diselesaikan dalam masa yang setahun lebih pemerintahan kerajaan pakatan....tapi banyak perkara yang telah berubah..
genting kat kedah juga agaknya?????
Marilah bersama-sama kita panjatkan kesyukuran..
kepada YANG MAHA ESA
setinggi-tinggi kesyukuran..
yang lahir dari hati..
atas limpahan kurniaanNYA..
atas limpahan rahmatNYA..
atas limpahan kasih sayangNYA..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH…
duhai sahabatku..
usahlah bermusuhan sesama kita…
eratkanlah ukhuwah kita..
mantapkanlah perpaduan kita..
moga kita menjadi
muslim yang kuat.
Nak jadi muslim yg kuat macammana kalau pimpinan buat keras kepala lebih dari samseng Kg Dusun lagi.
kat IPOH pun banyak slot machine, bookie number, kuda. Mereka di lindungi okeh orang Musa Hassang. salah kan si musang ni, jangan salah kan MB KEDAH..
Hakikatnya, MB Kedah adalah seorang yang amat kuat dengan perangai angkuh, bebal dan stubborn asshole. Janganlah menyanggah atau memberi pandangan dgn apa yg telah ditetapkannya, alamat kena sergahlah jawapnya. Dia sanggup utk memenangi hati lawan daripada menghargai nasihat ikhlas kawan perjuangan. Maka lahirlah pembodek-pembodek yg diberi jawatan, tunduk membisu menurut takut jawatan hilang, elaun pun terbang.
susah nak hapuskan arak selagi BN kuasai kerajaan pusat, tewaskan BN PRU13...
betul!!!setakat kuasai negeri banyak perkara yang ingin dilaksanakan mendapat halangan kerajaan pusat, perlu kuasai pusat PRU13.
Cangkui
Saya tak tergamak nak siarkan komen yang terlalu bersifat peribadi tentang Ustaz Azizan. Saya hanya mahu membicarakan prestasi kerja dia sebagai MB atau pemimpin PAS. Soal peribadi, saya tak nak, Bro!