Sedap!! Klik gambar di atas!

Bagan Pinang, undi pos, parti perasuah dan meluat

Bagi saya pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah medan untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengasak undi pos to the wall. Ada kira-kira 4,604 pengundi pos di sana.

Bagan Pinang juga, bagi saya, ada medan penerusan perjuangan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih) selepas perhimpunan besar-besaran 10 November 2007 lalu. Antara tuntutan Bersih ialah seperti yang dinyatakan dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu "pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara".

Semua orang dah jangka, Umno akan meletakkan calon favouritenya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau adalah calon terbaik parti yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya juga melihat Mohd Isa adalah calon terbaik Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika Malaysia di bawah pemerintahan BN terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Pemilihan Mohd Isa sebagai calon parti pijak kepala lembu juga adalah yang terbaik ketika Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa pengundi-pengundi India meluat kepada BN.

Teringat pula rungutan Samy Vellu terhadap akhbar parti pijak kepala lembu, Utusan Malaysia:
"I give you an example, the cow-head incident, we all condemned the demonstration thinking that it will bring about racial misunderstanding and brew trouble in the country

"But that news, they don't carry. They carry news in support of the cow-head demonstration, they are determined to do something that is (detrimental) to others rather than what is true".
Pemilihan Mohd Isa juga menimbulkan tanda tanya adakah Dr Mahathir akan berkempen di Bagan Pinang seperti yang beliau lakukan di Bukit Gantang?

Pemilihan Mohd Isa, ketika Omar Ong dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas, turut menimbulkan tanda tanya adakah nasib Dr Mahathir di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana pandangannya dibakulsampahkan, akan berulang di zaman pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Who "denied US the premiership for five years"? (Perkataaan "us" atau kami dihuruf besarkan).

Apa-apa pun, Bagan Pinang adalah medan perjuangan untuk menghapuskan penyelewengan undi pos. Berita-berita angin yang sampai kepada saya mendakwa, PAS ada beberapa cerita menarik tentang undi pos. Kita tunggulah sahaja. Itu yang saya difahamkan.

Yang saya tak faham ialah mengapa PAS mempertaruhkan orang sepenting Pesuruhjayanya di Negeri Sembilan sebagai calon. Saya tak ada masalah dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Dia orang berilmu, baik dan rajin. Tetapi saya rasa beliau terlalu kanan untuk medan kecil di Bagan Pinang.

Bagaimanapun saya yakin, perkiraan ahli-ahli politik di dalam PAS tentulah tidak sesempit pandangan pemerhati politik seperti saya.

Apa-apa pun, mari kita berjuang menentang undi pos, parti perasuah dan BN yang orang meluat, bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kepada Allah Yang Maha Besar kita berserah.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam bang bakar.. setuju.kita kerja,kerja dan teruskan bekerja, selebihnya berserah pada Allah. takbir!!!

  2. Tolak cerita UMNO parti rasuah. Tolak cerita PAS banyak ular dalam semak.

    Pilihanraya kecil banyak bergantung kepada latarbelakang 'calon' dan akan dinilai samada dapat memberi kepuasan hati kepada pengundi atau tidak. Soal peribadi kena disentuh kerana pengundi memerlukan sentuhan peribadi wakil rakyat mereka untuk kesejahteraan.

    Sedikit masa lagi, satu demi satu 'rahsia' mula tercungkil yang akan dikaitkan dengan 'keburukan' mereka. Ini sudah jadi mainan dan realiti politik pilihanraya kecil di Malaysia.

    Sudah tentu Isa Samad jadi calon favourate kerana ramai yang akan 'kenyang' - sudah lama puak pecacai dan kuli atas bawah yang biasa disuap Isa tidak menjamah hadiah Isa sejak tidak menjadi MB dan Naib Presiden.

    Nampak sangat kali ini, golongan akar umbi UMNO Bagan Pinang sendiri yang gemar diberi rasuah kerana itulah calon pilihan mereka.

  3. Bhai...

    Gua setuju apa yang lu tuliskan kat sini.. memang padat dan tepat... Apa-apa pun gerak kerja dah lama dah gua buat .. cuma sekarang nih kena dimantapkan lagie... hehehe

  4. kepada pengundi pos bagan pinang, khusus kalangan anggota tentera - "TENTERA BERSAMA RAKYAT" - perkasakan. jangan biarkan ia tinggal hanya slogan tetapi anggota tentera perlu bijak dan dilihat "BERSAMA RAKYAT".

    sebagai wira negara, nilai anda bukan rm200 yang disampaikan kepada sdra2 sebagai duit raya. jangan rendahkan martabat sdra2. jangan ketepikan rakyat, jangan perkecilkan rakyat. realisasikan "TENTERA BERSAMA RAKYAT".

    sdra tidak akan mampu membersihkan pencemaran yang sedang berlaku di dalam atm. hanya dengan bersama rakyat, dapat kita sama2 melakukan pembersihan. atm sekarang sudah dipenuhi jenaral2 korprat yang tidak langsung memandang kepada sdra2. sdra2 sudah tentu sedia maklum. justeru bersamalah dengan rakyat. kembalikan profesionalism sdra2 dengan menghukum jeneral2 korprat yang wujud. sdra2 boleh dapat matlamat terpeinci dengan mengunjungi blog 'mind no evil' yang slogannya "crusade against coruption" milik brig jen dato mohd arshad raji. kenapa agaknya beliau memilih slogan "crusade against corruption"?

    ramai dari kalangan pesara2 tentera kini telah memilih untuk bersama dengan rakyat. fikir2kanlah. undilah dengan bijak. "satu undi, satu musuh". jangan sia2kan undi sdra2. rakyat amat menghargai pengorbanan sdra2, ia tidak ada nilai, apatah lagi rm200!!!!

  5. Najib became joker / slapstick comedian @ Forbes Conference...


    "KUALA LUMPUR, Sept 30 —Prime Minister Datuk Seri Najib Razak went on a humour offensive last night as he sought to win over potential investors from around the world who had gathered for the annual Forbes CEO Conference here.

    .... he was no slouch either when it came to comedy delivery as he bantered with Forbes magazine CEO and editor-in-chief Steve Forbes in an open dialogue.

    ...... "We speak English but we also understand American," replied Najib to much laughter and clapping.

    ..... Encouraged, Najib further warmed the crowd by cracking a joke.

    "Three Malaysians were sitting down having a fireside chat like we are doing now. And one them was complaining about his wife not being able to have children," Najib started.

    "The first Malaysian said: Your wife is inconceivable." Soft laughter from the audience.

    "The second Malaysian said: You're wrong. You should say that his wife is impregnable." More chuckles.

    "Then the third man said: Both of you are wrong. Actually, my wife is unbearable!" The audience roars.

    "No reference to my wife," Najib added after the laughter died down.

    ... Najib did misjudge his audience towards the end of the night however when a political joke was met with a puzzled silence.

    Asked by one conference delegate what Najib was going to do to support an upcoming conference on the environment, he replied:

    "One of the first acts I did was create a Ministry of Green Technology. I've said before that technologically we must be green. Politically we must remain blue."

    .....

    Source ... http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/38952-najib-shows-his-funny-side-to-forbes

  6. salam pak bakaq..gua ingat PR kene review 1 movie tamil kat bagan pinang nanti..kamal hassan hero dia..INDIAN tajuk dia.. lu orang boleh tengok ape akan jadi kalau perasuah jadi pemimpin negara..lebih teruk dari ape yang kite dapat bayangkan...

  7. My gut feeling is saying that BN will make some distruption to the Internet services until the polling day of Bagan Pinang..

  8. tentera bukan lembu, kalau undi terbuka, insyaallah tak undi UMNO/BN

  9. biasalah,tanya bekas tentera kebanyakan tak pernah undi, sebab UMNO tolong pangkah

  10. UMNO nak menang juga dengan tipu, SPR tambah pengundi POS

  11. Semalam depa bawak 30 lori lembu taada pula tindakan diambil. Tahniah Khalid takebeer.

  12. HANGPA NI PENGIKUT MARIAPPAN KA ATAU MAHAMARIAMAN. TAKEBEER.

  13. kalu ikut perkiraan UMNO akan kalah di Bagan pinang, tapi by hook or crook UMNO mesti mau menang supaya dia olang punya moral tidak jatuh, that's why calon rasuah pun umno sanggup letak sebabnya kalu tak letak nanti kena boikot. sekalang budaya mengugut sudah wujud dlm umno, ini petanda baik kehancuran umno pd pr13.

  14. Pi tanyalah orang yang dudu kat jalan kedai banyak lalat tu. Baru betui.

  15. BN sekarang dah low moral sebab diorang dah kalah byk baru satu menang...
    lepas bagan penang ntah mane plak...
    kalu BN letak calon rasuah aku memang benci...
    "people right always right"

  16. UBN berpakat dengan SPR tipu undi POS

  17. Bachok 30 Sept.- Pertemuan sepasang kekasih di sebuah gerai makan berakhir dengan tragedi apabila gadis itu maut dihempap sebatang pokok ru ketika ribut melanda negeri ini. Alfatihah.

  18. Salam tuan,
    Kalau si katik tu menang, dia bukan WAKIL RAKYAT tapi WAKIL POS!!!

  19. pembongkaran penyelewengan undi pos oleh Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat..http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

  20. TEMPAT TU KAN BANYAK UNDI POS UNIT AMAL PAS. BALUN JE.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008