Sedap!! Klik gambar di atas!

Dr Hassan Ali mesti saman Raja Petra

Artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Me serve the rakyat? Nah!" menggambarkan Dr Hassan Mohamed Ali dengan imej yang begitu menjijikkan. Saya tidak tahu sama ada apa yang digambarkan itu benar atau tidak. Saya harap sangat tidak benar - walaupun saya terkenang-kenang posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang bertajuk "Impian saya" dan berita dalam Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad".

Raja Petra belum tentu tulis yang benar. Kalau dia memfitnahkan Dr Hassan, saya fikir Exco Kerajaan Selangor itu perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra. Soal anak raja Bugis itu menghilang tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tindakan undang-undang itu. Dia boleh diwakili oleh peguamnya.

Dr Hasssan perlu membersihkan namanya yang kelihatan begitu buruk kelakunya dengan paparan artikel tersebut yang entah betul, entah tidak. Beliau perlu membuktikan kepada dunia dan lebih penting dari itu, kepada pengundi-pengundinya di Gombak Setia bahawa beliau bukanlah jenis perangai jijik seperti itu. Jika ada di antara 14,391 orang yang mengundi beliau dalam pilihan raya umum lalu yang membaca artikel Raja Petra itu, saya amat berharap mereka tidak mempercayainya.

Lebih baik lagi, saya harap sangat tidak ada seorang pun di antara mereka yang membaca artikel tersebut.

Jika mereka baca dan percaya, Dr Hassan will be another political demon. And, no sane person will vote a political demon. Lainlah kalau depa tu semuanya kepala tak betul dan alumni hospital sakit jiwa.

Dengan harapan orang akan berpegang kepada sikap "dont kill the messenger," saya nak cerita apa yang orang Gombak Setia kata. Salah seorang dari mereka yang saya jumpa di gerai nasi lemak Leman di Greenwood kata, "Kita tetap nak PAS bertanding di Gombak Setia, tapi kita tak mau Hassan Ali. Kalau nak kena buat petition, kita buat petition".

Seorang lagi yang seperjalanan atas kereta tiba-tiba kata, "Aku sakit mata sangat tengok muka dia ni" ketika ternampak sign board besar yang terpampang wajah Dr Hassan.

Saya tidak jumpa semua orang di Gombak Setia. Saya juga tak berpeluang berbual dengan pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Gombak. Hanya sempat bertegur-sapa sahaja walaupun, dari body language mereka, ada di antara mereka yang tengok saya macam tengok musuh Islam.

Dengan mengulangi sekali lagi bahawa saya tak jumpa semua orang di Gombak Setia, tetapi dari beberapa puluh yang saya jumpa, saya tak jumpa lagi yang tidak mengecam Dr Hassan.

Kalau apa yang tulis mengenai orang-orang Gombak Setia itu dipandang sebagai maklumat, saya harap ia membantu. Tetapi, kalau nak pandang sebagai kata-kata jahat, saya tidak ada halangan.

Berkaitan:
Mahathir rubbishes Pakatan partnership (Malaysiakini 24/9/09)
PAS mahu siasatan Selcat tertutup (Malaysiakini 24/9/09)
S'gor PAS backs its boss amid 'quit Pakatan' calls (Malaysiakini 24/9/09)
DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit (Malaysiakini 24/9/09)
Dr M says Hassan Ali unwelcome in Umno (Malaysian Insider 24/9/09)
Selangor PAS backs Hassan Ali (Malaysian Insider 24/9/09)
Pemimpin PAS, DAP terkilan pendirian Hasan Ali mempertikai Selcat (mStar Online 24/9/09)
Isu Selcat: Hasan Ali syorkan rundingan 3 penjuru cari penyelesaian (mStar Online 24/9/09)
PAS Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang (Utusan Malaysia 25/9/09)
Pembangkang berhak desak Hassan keluar pakatan - Dr M (Utusan Malaysia 25/9/09)
Hasan Ali should not have publicly criticised Selcat, say fellow reps
The Star 24/9/09: Selangor executive councillor Datuk Dr Hasan Ali from PAS has come under fire from his colleagues over his criticism of the Selangor state assembly’s Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat).

Several PAS leaders said Dr Hasan, who is also the party’s Selangor commissioner and involved in the creation of Selcat a year ago, should have not publicly questioned the body and put the state’s interest last.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said the issue should not have been brought up in this manner and it was tantamount to attacking the principle of separation of powers.

“Selcat is connected to the legislative arm of the Government and there are elements of separation of powers between executive and legislative matters. It should have not been brought up,” he said.

Dr Hasan had hit out at Selcat, which is chaired by Selangor state assembly Speaker Teng Chang Khim, for “grilling” senior civil servants over allocations.

Mahfuz, who is Pokok Sena MP, said as a member of the administration, Dr Hasan should have an understanding about the principle.

“I believe if he really understands, such problems would not arise. I do not know if he understands this aspect or not.

Mahfuz said any party being investigated would never be happy with the investigation procedures.

“Those who are being questioned want first-class treatment,” he said, adding that Dr Hasan as a member of the executive should advise any senior government officer involved in investigations to take action against Selcat if they are not happy.

He cited the case of Puchong MP Gobind Singh who brought his suspension from Parliament to the court to be settled.

Shah Alam MP Khalid Samad, who is a PAS central committee member, said Dr Hasan should have played the role as a member of a Selangor “state team”.

“He should have reflected a team spirit even though he wasn’t happy with the decision that was made and not make a personal statement.

“He should have not made such a statement,” he said.

In GEORGE TOWN, DAP secretary-general Lim Guan Eng said it was unusual for Dr Hasan to suggest a revamp when he had approved the legislation to set up Selcat at the Selangor Legislative Assembly.

“If this law was not right, then why did he approve it? He should be fully aware of the extent of his power and nature of his duties. It appears that he doesn’t understand the situation,” Lim said yesterday.

He also said it was more appropriate for Dr Hasan, to bring up the matter internally rather than making it public.
Hasan sticks to his guns on committee
The Star (24/9/09): Selangor executive councillor from PAS Datuk Dr Hasan Ali is firm on his criticism against the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) and is adamant that the body should revise its procedures and investigation methods.

“Recent investigations which involved senior state government officers clearly showed that Selcat needs to revamp its procedures and techniques.

“Investigations which involved degrading methods that affect the dignity of the people being questioned and elements of pressure did not reflect the philosophy of Selcat,” he said in a statement yesterday.

As a result of such tactics, he said many senior civil servants had lost their sense of self-worth and their morale was low.

Instead, he said Selcat’s investigations should focus on the expenditure of allocations made by the Barisan Nasional assemblymen and not just merely calling the state district officers to testify.

“The state assemblymen concerned should be hauled up to testify and this way, Selcat would have a balanced view of things,” he said.

Nevertheless, Dr Hasan stressed that he fully supported the objective and the philosophy of Selcat and he had no intention of jeopardising the state’s administration.

He clarified that he did not suggest that the members of Selcat be revamped and that they be elected from the ranks of former judges, those who hold public office and influential individuals, as reported.

“On the contrary, I suggested that its members to be picked from credible Selangor state assemblymen that possess the expertise and knowledge on par with members of a Royal Commission,” he said.

Dr Hasan suggested that an immediate meeting be arranged between the Mentri Besar, the exco members and Selcat to discuss the issue.

“The administration of the state will not be functional without the harmonious environment among the MB, the exco and Selcat,” he said.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau dah byk yg protes,pihak PAS PUSAT takkan main dengar aje..siasat la,ambil tindakan. Klau dah ramai yg protes dah tentu ada kebenarannya. Bg kata 2..lebih penting PRU akan dtg jgn calonkan dia lg. Apa pun siasatan amat penting utk mengesahkannya..tp klau betul jgnlah plak didiamkan aje tanpa tindakan. Ahli PAS perlu bersabar..yg benar tetap benar.

  2. Bab raja Petra ni...abaikan saja mat ni....Islam dan hukum Islam pun dia boleh dok main-main....jadi tak heran dia boleh reka macam -macam cerita untuk fitnah Dr. Hassan....ingat bila datang berita terutama dari puak-puak yang macam Raja Petra ni check betui-betui dan perhalusi betul betul...jangan mudah percaya!

  3. Dr Hassan Mohamed Ali: Sediakah PAS mengambil pendirian yang tepat dan tegas ?
    Dr Hassan Mohamed Ali: Di mana PRU akan datang..? Sg Burung? Gombak Setia? Bla..bla..?

    Orang PAS terutama di Selangor JANGAN jadi dungu dan bebal.
    Berfikiran bebas dan terbuka..berpandukan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

    Selamat Hari Raya

  4. HASSAN ALI Patut di GUGURKAN ... Suruh Dia Masuk UMNO/MIC Lebih elok

  5. RPK tu bukan kita tau jantina jenis apa, buat apa pi layan dia, menyemakkan ruang siber saja. Yang kau pun Bakaq satu hal, dalam banyak2 perkara penting dalam dunia ni, hang pi kutip cerita RPK yang tak berte..r tu.Kecualilah hang pun dari dulu tak suka kat Hasan Ali, pasai dulu2 punya crita masa Hasan Ali baru masuk PAS,lawan Naib Presiden, kalah Mat Sabu dibuatnya. Lupakan la crita2 lama2, bukan ada faedah ingat pun.Lagi pun masa tu orang PAS otak dok di harakah, bukan dok di kepala!!pasai tu Hasan Ali yang beringus dalam PAS pun boleh menang.La ni pun otak dok di harakah lagi....macam orang umno yang otak dok di utusan....

    Cuba hang tengok sikit puak2 PAS yang dok syok dengan Lim Guan Yew ( adik Lee Kuan Yew) di Penang terutama sekali member baik hang Mat Sabu.Aku bukan lah asabiyah,cuma aku takut lagi 20 tahun masa kita semua dah tak dak, anak2 kita di Penang jadi macam melayu singapura. Mat Sabu takpa la mungkin masa tu anak dia dilantik jadi Ahli Lembaga Pengarah PBA ganti tempat dia......elaun tu boleh la jugak lepas duit minyak..

    Bagi aku PAS, UMNO,PKR semua dah tak relevant, yang penting Islam dan bangsa aku. Maaf Zahir Batin Bakaq (aku member lama hang dalam PAS dulu, tapi aku bukan macam puak2 PAS yang tengok hang macam musuh Islam tu....pasai tu tiap kali masuk siber, aku tak lupa singgah kat rumah hang.Depa tu aku rasa tengok hang depa rasa macam nak terajang, tengok Lim Guan YEW depa nanti terepa pakat nak peluk) kesian....orang PAS yang lupa harga diri dan perjuangan. Depa lupa peribahasa melayu (aku bukan asabiyah) "MULUT DI SUAP PISANG, PUNGGONG DIKAIT DURI" - Puak Lim Guan Yew, memang pandai dalam strategi ini.Sekali Lagi Maaf Zahir Batin Bakaq

  6. Masalah PAS Selangor mungkin sudah tahap runcing. Kenapa Dr. Hassan tidak sebulu dengan Shaari Sungip dan Khalid Samad padahal sama-sama parti. Apakah dia mahu mencari political mileage sahaja dalam isu2 di Selangor? Masalah ibu tunggal, anak terbiar, kemiskinan, dadah ramai orang2 Melayu, keganasan dan rompakan, itu Dr.Hassan ada nampak turun padang tolong selesaikan? Kenapa tidak nak didik anak khairiah dia jadi manusia elok sikit macam program remaja syarikat dia tu? Nak kena bayar ke?
    Wakil rakyat patut bekerja untuk rakyat yang diwakilinya tetapi berapa kerapkah kita lihat mereka di kawasan masing masing? Baik UMNO, baik PAS, sama je.

  7. YB.Dato' Dr Mohd.Hassan Ali,Saya hormat YB.Dato kerana bagitu lantang dengan issiue yang melibat masalah national.Bagi saya,nak jaga meruah parti (PR) juga.kalau nak kritik sila kritik semasa meeting dalam parti.BN sentiasa tunggu kesalahan PR.PRU13 tak lama lagi.Dato' nak jaga kerusi sendiri jua.kalau tidak,,jatuh nanti.terlambat sudah.Itu nasihat saya sebagai permahati.Saya bukan ahli politik.im a civil servant.

  8. hasan ali patut ganti khalid gagap jadi MB, bukan digugurkan.

  9. semenjak bila pr berperangai seperti umno/bn ni??takkan ahli/penyokong/pemimpin dalam pr tak boleh kemukakan cadangan/nasihat/pandangan/berbeda pendapat dalam sesuatu isu..ini dah jadi macam umno/bn yang telah ditolak oleh rakyat dalam pru lepas kerana ruang demokrasi dalam umno/bn telah lenyap sama sekali..ini yang rakyat benci..amalan politik kediktatoran..seolah2 apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan dan kerajaan betul..tak ada ruang untuk bersuara..jika bersuara dan tak sehaluan terus diambil tindakan seperti mana yang dicadangkan oleh yb saari sungib untuk rujuk yb hasan ali ke jk hak dan kebebasan dewan..ini melampau..nasihat ikhlas saya kepada pr agar jangan mudah melenting dan kepanasan apabila ditegur..cuba bersikap terbuka dan jangan terlalu mengongkong..jgn wujudkan suasana tegang..apabila wujud sesuatu pertembungan dalam pr, musyawarahlah dengan baik..jangan duk berperang dalam media..nampak jelek..seolah2 rakyat tgk pr dan bn tak de beza..lantas rakyat fikir lebih baik undi bn kerana bn sudah ada kerajaan..jgn buang masa lg undi pr..kan pr juga yg rugi..ingat misi kita untuk takluk putrajaya pd pru13 nanti..tunjuk imej baik sket la..malu, malu, malu aku jadi penyokong pr..orang umno yg nk masuk pr terus tukar fikiran tgk keadaan macam ni..tak ada kebebasan bersuara dalam pr..setiap pandangan atau cadangan yang keluar melalui media jangan dibalas/dijawab melalui media juga..celaru nanti..bawa dalam mesyuarat majlis presiden pr..bincang sesama kita jer..kan baru nampak harmoni..dah jadi pemimpin pun tak tau nak fikir lagi ker???ada yg dh jadi mb, exco, mp tapi bab macam ni pun tak tau nk fikir..buat penat jer kami penyokong pr berkempen setiap kali prk..kalau perangai pun sama macam umno/bn tak ada guna nya duk kempen lg..lebih baik kempen sokong umno/bn..fikir2 lah wahai pemimpin2 pr yang bijaksana sekalian..jangan buat rakyat jadi gelisah dek kerana perangai kalian yang tak ubah seperti umno/bn yang gilakan kuasa dan diktator...

  10. aku sokong hassan ali di gugurkan dari pencalonan. Buat kacau je konon nya dia bijak. Sepatutnya dia ni tegur secara halus bukan memberi keuntungan kpd toyol.
    Berambus kau Hassan Ali..... banyak orang Pas yang lagi baik daripada kamu lagi, yang bukan ada cita2 nak jd MB ..... Pee Belah

  11. Salam Tuan..

    Minta Izin copy artikel dari blog Tuan ini.. Hamba nak paste dalam blog Hamba..

  12. Guys, please use your brains. It's not RPK alone who condemns Hassan Ali, in fact, his colleagues condemned him as well. Even his colleagues from within PAS has to help him save his face by saying "oh I'm sure he didn't mean that way".

    This clearly shows something is wrong with him. C'mon. Don't be so naive. Think about it. If one person hates you, then chances are, that person might be wrong/jealous of you etc etc. But if the whole kampung hates you, then something must be seriously wrong about you. Makes sense doesn't it?

    It doesn't matter what is "right" and what is "wrong" but when the whole kampung is against you then I guess you should leave. That's why we have the jury system in criminal courts. It doesn't matter whether the jury is right or wrong, but when the majority of the jury THINKS you're wrong, then YOU ARE WRONG. You get what I mean?

    That's what the public thinks. Now, for what I think, I think Hassan Ali might still have some goodness in him. I appreciate his idea of having a better and transparent Selcat but he should not criticize of it publicly. I can bet my head that he knows this will impact negatively on the PR-led Selangor. His public criticism will be used by UMNO against PR. Then why did he do that?

    I'm not saying he cannot have his ideas be heard, but please, discuss it with your colleagues first. And I think having some retired judges is a good idea, but not a whole full panel of them. Maybe a couple of these people to make sure the Selcat hearing is being conducted in a true and fair manner.

    So, guys, don't protect Hassan Ali just because you believe in him. Take a second to think what is actually the "right" thing to do based on our rakyat's standard as a whole, not just based on his/your beliefs.

  13. hassan ali dah jadi konco amno ke?padan le ramai yang marah kat dia ni..tapi dari khalid adik shahrir lebeh baik hassan ali...

  14. Hasan Ali sekarang ini ibarat 'duri dalam daging PR...kalau katakan musuh dalam selimut semua sudah tahu Hasan dah pasang dua kaki..betul tak'. Jadi, kenapa pucuk pimpinan PAS diam diam je...pecatlah! jangan sayangkan 1 Hasan Ali yang 'mnafik' malah lebih 100 Hasan Ali yang lebih baik dalam DUN Gombak setia.

    Bla je ke BN dan berpeluk dengan Najib....Hasan sudah dirasuk wang agaknya!

  15. PAS patut gugurkan Adun PAS yg tidak menyokong HASSAN. Mereka tu bukan PAS asli mereka adalah PAS Tiruan. Barang tiru patut di bakar tunggu abu. Hidup Hassan !

  16. Hassan Ali tu Duri dalam Daging!!

  17. sedih sekali bila ADUN PAS yang masih setia dengan perjuangan Islam PAS yang lama di hentam oleh orang islam dan juga orang kafir.

    orang kafir itu saya fahamlah tetapi kenapa dari orang islam?

  18. CUKUP SAMPAI DI SINI HASAN ALI ! SAYA PANGGGIL DR BILA ORG ITU MASIH DALAM DUNIA AKADEMIK. MCM DI DUNIA BARAT... ORG YANG BYK CONTRIBUTION DALAM INTERNATIONAL JOURNAL AKAN DIHORMATI DG PANGGILAN DR.

    TAPI DI MALAYSIA INI SEBALIKNYA. PEMANDU VAN PUN BOLEH DPT DRS INDONESIA BILA PEGANG JAWATAN POLITIK BAHAGIAN. ORG BUSINESS RAMAI LETAK MBA PADAHAL SEKOLAH PUN SETAKAT PMR , SPM , STP DAN DIP. BOMOH PUN LETAK GELARAN PROF. TAK CUKUP DG PROF LETAK LAGI DR. SEMUA KELENTONG LEBIH. MEREKA KATA ORG BN YG TUNJUK CONTOH DULU.

    SAYA BUKAN BENCI DG ORG YANG BELI PHD DARI INTERNET INI. SEPATUTNYA MEREKA INI DIWAJIBKAN AMBIL SEKALI LAGI PHD DENGAN BERDAFTAR UNIVESITI YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN . BARULAH RAMAI YANG MENGHILANGKAN DIRI.ORG YANG MENIPU DG GELARAN PRO,DR 7 MBA INI SEPATUTNYA DIANGGAP PENJENAYAH.

  19. Salam Aidilfitri...saya harap bahwa kita tidak perlu trus melulu menuduh seseorang dgn hanya membaca artikel raja petra..siasat terlebih dahulu..menuduh org gila kuasa apabila org itu nampak xsefahaman dgn kita cukup memalukan..itu bukan gila kuasa itu nak memperbetulkan kuasa...kita trus berdoa semoga bumi Selangor jauh daripada fitnah dan khianat para pemimpin..Amin...smoga trus dimakbulkan Allah...

  20. BAWA BERTENANG DAN SABAR JANGAN MUDAH TERPEDAYA TIPU DAYA UMNO/BN MEMANG PAKAR PEMBELIT DAN MANIPULASI ISU TAPI AWAS PARA PEMIMPIN PR JANGAN SUKA BAWA ISU. HENTIKAN PENUDING JARI KELAK TERBAKAR SUSAH NAK DIPADAM TAKUT TERLUKA TANGAN

  21. Hal Pak Hasan ni elok sngat diadakan mesyuarat peringkat tertinggi PAS dan Pakatan. Tak rugi dia takde dlm PR terutama PAS. Tetapi diharap apa2 tindakan perlu dinilai dgn sebaik2nya dan seelok2nya Pak Hasan mesti/wajib beri penjelasan kewajaran statement beliau yg menghentam puak2 sendiri, yg menampakkan kecenderongannya kepada menyokong UMNO/BN. Beri ujian kepadanya dengan menyuruhnya membuat komen2 yg berapi terhadap umno/bn plak..kita akan tgk apa reaksinya nanti.

  22. salam pak bakaq,
    saya sebagai anak jati gombak dan pengundi N17 Gombak Setia kadang2 keliru dgn hal/isu hassan ali ni...saya bukan ahli mana2 parti...tapi penyokong mana2 jua gerakan yang memperkasakan rakyat...apa yang saya boleh kata tuduhan2 kpd hassan ali ini satu politiking dalaman...yang byk mempersoalkan hassan ali ni adalah ahli pas dan pkr sendiri...kami hamba rakyat ok je...kalau dilihat dari janji manifesto tiada yang dimungkiri...program2 yang diatur pun bagus...walaupun kadang-kala saya tidak setuju dgn pendapat hassan ali ni tapi jika dilihat dari prestasi sebagai adun saya cukup puas hati...yang saya pelik nya ahli PAS ni,dgn hassan ali punya la bising...tu Ibrahim Ali Katak dah jadi duri dalam daging apasal korang diam je?? saya harap orang PAS dan PR ni berhentilah berpolitiking dan rebut kuasa...bekerja dan berkhidmatlah utk kami hamba rakyat..kerna itulah janji kamu masa pilihanraya tahun lepas...

  23. Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Harap pihak PAS pusat siasat secara terperinci tentang tuduhan ni. Jangan disorok kesilapan yang kita sendiri buat. Kelak akan menjadi duri dalam daging.

    Saya sayangkan PAS serta PR. Oleh itu, bertindaklah... Jangan nanti disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Saya banyak mendengar cerita-cerita negatif tentang hamba Allah ni kerana dia adalah seorang yang opportunis. Dia kan businessman. Tentu mentaliti beliau banyak menuju ke arah business.

    Apa-apa pun siasat dulu. Jangan dianggap semua tuduhan sebagai fitnah. Kalau UMNO yang menuduh, ada kemungkinan itu merupakan fitnah kerana mereka selalunya menuduh tanpa asas. Tetapi jika tuduhan tu datangnya dari kalangan kawan-kawan atau dari puak-puak sendiri, maka PAS perlu menyiasat.

    Belum tentu betul atau salah... tetapi siasat. Jangan disorok jika benar. Jika disorok, maka PAS dan UMNO sama saja. Tak perlu ada PAS di Malaysia ni. Cukup dengan UMNO saja.

    Teguran ikhlas.

  24. selepas baca article tersebut, tidak ada apa yang menjijikkan ..hanya cerita lama berdasarkan andaian politik ..apa la baka' ni, cari lah cerita yang lebih sensasi jika nak memburukkan hasan ali yg merupakan pemimpin no.1 jemaah pas selangor tu.

  25. salam pak bakaq,
    nak tergelak juga..depa jadi alumni hospital sakit jiwakah ?

  26. Hasan Ali bukan seorang Pemain dalam Pasukan (not a team player) so, sebelum dia menjejaskan Adun PAS , yang baki sedang bertelus lumus berkhidmat untuk Rakyat,,perlulah H. Ali mengundur diri atau dilucut dari Adun Selangor.

  27. Selamat hari raya maaf zahir batin pak bakaq..

    - jaliey

  28. ni la jadinya bila calon dipilih dari bidan terjun

    hasan ali dan beberapa lagi - masuk pas - kemudian terus lompat jadi ajk pusat
    lepas tu jadi calon - payung terjun
    mana dia tau susah senang orang susah

    dia motivator - hidup atas duit
    begitu juga ramai ahli pas yang payung terjun - sama je
    hanya orang susah yang tau kesusahan orang susah.
    itupun ramai yang lupa diri bila dah senang.

    jadi hangpa nak harap orang kaya dan payung terjun - faham masalah dibawah.....pi raah

    baik depa panjat gunung hingga kepuncak - pastu boh bendera depa - dabik dada.
    penyokong bawah .... mampoi pi lahhhhh ....
    kalu depa jatuh dan tak dak sape tolong .... marah kat penyokong bawah ... tak bagi kerja sama
    dalam pkr pun aku tengok dah mula ramai yang jenih payung terjun ni ...
    akhirnya semua pemimpin jenih ini .... payung terjun ... pastu calon bidan terjun ...
    penyokong juga yang 'lenjun' .... 'menangisi kematian' sebuah harapan ....yang hanya tinggal sebagai harapan.......!!!!!!

  29. pasal hassan ali, bila-bila pun aku salahkan pas. mudah sangat percaya kat orang. bagi jadi ahli biasalah dulu. yang pegi letak jadi Persurujaya tu buat apa? Kalau letak bakaq hak jadi persuruhjaya pas selangor pun jauh lebih baik dari hassan ali. kurang-kurang kita tahu bakaq hak bukan jenis lompat-lompat.

  30. Bila RPK buat cerita pasal Altantuya semua orang PR pakat percaya tetapi bila RPK buat
    cerita pasal Dr Hassan Ali ramai yang tak percaya?

  31. Anon 5,
    dah berapa PULUH tahun Lim Guan Eng mentadbir Penang??
    Jika melayu di Penang layu sebelum ini, salah siapa ?

    GombakRock,
    Ibrahim Ali tu bertanding atas logo PAS. Bukan ahli PAS pun.
    Takpe, belajar dari kesilapan !

    Patut la orang kampung selalu dok kata,
    "Orang/ahli politik ni sama sahaja. Pentingkan kuasa dan harta utk diri sendiri."
    Dulu aku tak berapa nak terima, tapi sekarang..maklum la depa lebih dulu mkn garam.

    Kita pakat2 pilih la, nak sokong ahli politik atau nak sokong aktivis politik !!
    Pilihan di tangan anda.
    Selamat Hari Raya..

  32. Cubalah bermaruah sikit...sejak bile rpk kene saman die bayar saman die..hehe. Lokasi pun hangpa taktau kat mane...jadi dr hasan ali nak saman sape...antu...?
    Aku rasa ape yg terjadi, penyokong2 pr dah jadi mcm penyokong bn...sebarang kritikan / perbedaan pendapat akan dianggap sebagai pengkhianatan kepada agenda pr...chitt...
    Bagi aku, pas senyap psl MP pas yg lain paham ape yg dr hasan katakan, ade lah beberapa kalangan MP/adun yg tak paham bende yg dr hasan cakap...jadi sebab tu lantang bersuara..

    tres

  33. Asalamualaikum. Apabila membaca komen-komen di sini, saya berasa sangat sedih. Mengapa tiada perasaan persaudaraan sesama Islam ? Sedangkan persaudaraan dalam Islam itu wajib. Jika kita berpecah, berdosa kita semuanya. Tahap minima persaudaraan itu ialah berbaik sangka sesama Islam. Adakah ini berlaku pada komen-komen yang diberi ? Kalau kita berburuksangka sesasma Islam, mengapa pula kita begitu percaya kepada yang KAFIR tu ?Logiknya kita mesti berburuk sangka dengan orang -orang KAFIR tersebut. Mengapa itu tidak berlaku ? Ini berlaku kerana kita tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Apa untungnya kita berbalah dalam hal ini ? Yang pasti untung orang KAFIR CINA jugak. Jangan jadi seperti Pak Kaduk, Ayam sabungnya menang, kampung tergadai. Sedarlah umat Islamku.

  34. haha! nak tergelak pun ade ni.. hari tu bukan main korang2 semua di atas ada yang menyokong kenyataan petra a.k.a petrus celake ni.. skg lain pula ceritanya. lawak2..

  35. hassan ali, hassan ali
    apa dah nak jadi nih.
    tak baik jadi angkuh bongkak di tanah milik ALLAH nih.
    alam kubur itu benar.
    pimpin anak anak kariah baik baik sampai jadi model kebanggaan umat umat islam melayu di selangor, masa kan arak arak boleh berjalan sendiri jika akhlak anak anak melayu macam persetan.

    hassan ali kena humble macam obama, selalu lah baca cnn.com atau astro 511

  36. Jom buat petition kepada PAS Pusat, mintak ganti Hassan Ali ni dengan orang lain sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor! duri dalam daging la Hassan Ali nih.

  37. Mengapa asyik nak salahkan Dr.Hassan .Beliau menyatakan apa yang difikirkannya benar.Sebagai seorang bekas bekas DO beliau merasakan tindakan Pengerusi Selcat mengherdek Pegawai-pegawai kerajaan saperti kanak kanak dan menjatuhkan maruah mereka amatlah tidak betul. Pegawai pegawai kerajaaan ( DO yang disoal ) hanyalah menjalankan tugas mereka yang menerima arahan dari political master ( BN )mereka masa itu. Perbuatan Pengerusi selcat itu sudah sangat keterlaluan seolah-olah mahu membalas dendam. Saya juga jadi menyampah mendengarkan cemuhan-cemuhan tersebut .Apakah salah bagi Dr.Hassan menyuarakan pendapatnya ? Cuma barangkali teguran tersebut sepatutnya dibuat secara dalaman . Tetapi munkin juga Dr.Hassan telah menyuarakannya melalui dalaman tetapi tiada diendahkan dan beliau tiada pilihan lain menyuarakannya pula kepada umum .

    Alif Amin.

  38. teruskan hasan ali.jangan layan klon pas dan klon umno(pkr).mereka ni nak kuasa aje,perangai dah jadi umno.tegakkan islam,keluarlah pakatan.ramai adun pas selangor klon pkr dan dap.jangan tunduk desakan mereka ni.jangan layan mp klon melayu(mahfuz)dan mp shah alam banyak bercakap dari kerja.mereka ni akan mencari hadis yang sesuai untuk kepentingan politik dia.

  39. Kpd Mohd Annuar...

    Berkerjasama dengan orang kafir pada saya lebih mulia dari berkerjasama dengan orang munafik. Orang kafir kita dah tau hati budinya dan kita boleh tarbiyah dengan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

    Tetapi... orang munafik adalah sangat bahaya kerana di luar nampak baik tetapi dalam hati ada agenda tersembunyi.

    Bukan ke PAS FOR ALL... termasuk untuk orang munafik?

  40. jangan layanlah bakaq ni.takkan tahu lagi..bakaq ni digunakan oleh adun pas berkiblat pkr dan dap.aku pun peliklah..bila adun2 pkr lompat parti.parti pkr dan mp pas kritik sangat halus.bila hasan ali kritik untuk membetulkan kerajaan selangor...bukan main lagi dihentamnya..udahlah dilayan sangat pkr tu..mereka ni..tiada perjuangan.INGAT PKR,INGATLAH UMNO.UNDI PKR,SAMA UNDI UMNOBN.cuma rebranding aje...melayu islam harus satu parti saja,PAS.

  41. hampa ni bila org kritik PR, hampa hentam dan kata macam2. ada juga yg fitnah kata dia dah nak masuk UMNO. contohnya dlm hal selcat, hasan kritik benda betul demi menjamin ketelusan dan kecekapan selcat. lgpun ADUN dlm selcat bukannya tahu pasal pengurusan pegawai kerajaan, HINGGAKAN TINDAKAN SIASATAN MRK DIANGGAP SIASATAN ALA YAHUDI DAN MENJATUHKAN AIB PEGAWAI KERAJAAN. mrk tu ahli politik, buat kerja politik sudahlah. cadangan hasan agar DIBUAT PERUBAHAN & ajk selcat dianggotai "BERSAMA" oleh pihak pakar spt hakim, pengamal undang2, bekas pegawai kerajaan dsbgnya krn mereka ini berautogriti drpd ahli politik yg banyak meNIPULASIkan pelbgai prkara. aku tengok hampa ni lg jahat dan bangang dari umno.

  42. rpk tulis macam kapiaq sebab kapiaq dok sokong dia......juara kapiaq, kapiaq suka org islam(?) macam mamat ni dok bantai tapi mamat ni banyak ada kebenaran dia sebab islam di amal songsang(?)

  43. Pak bakaq,

    Ghamai jugak balaci-balaci amno masuk kali ni dok simbah petrol dalam isu hassan ali ni.

    bagi aku, sudah sampai masanya pucuk pimpinan PAS terutamanya Presiden PAS bersuara mengenai isu hassan ali ni. Kalau Mustapha ali yang buat kenyataan rasanya tak cukup kerana ramai beranggapan bahawa beliau adalah tunggak utama kem pro UMNO dalam PAS.

    Presiden PAS perlu buat kemyataan dalam hal ini dan perlu mengambil tindakan tegas terhadap hassan ali. Firasat aku, hassan ali bukanlah bodoh untuk bertindak melembar spaner kedalam jentera Pakatan Rakyat kerana semata-mata nak jadi Menteri Besar Selangor. Aku juga yakin hassan ali bodoh sehingga tidak faham bahawa jika beliau dilantik menjadi MB dengan sokongan UMNO, beliau hanyalah akan menjadi MB boneka. Aku yakin perjuangan hassan ali lebih besar matlamatnya dari semata-mata hendak menjadi menteri besar selangor.

    Hari ini malaysian insider ada membawa berita yang PAS Selangor menyokong tindakan hassan ali. Sebelum ini pemimpin PAS seperti mahfuz dan khalid juga membuat kenyataan yang mengkritik hassan ali. Jadi wajarlah Presiden PAS sendiri yang bersuara.

    Kenyataan dari Presiden PAS amat penting bukan sahaja untuk memberi gambaran tentang pendirian PAS dalam isu ini tetapi bagi menjelaskan dasar parti PAS dalam isu ini, seterusnya pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat.

    Sikap berdiam diri Presiden PAS membawa pelbagai tafsiran tentang tindakan hassan ali ini. Apatah lagi ramai yang beranggapan bahawa beliau ( Presiden PAS ) menyokong kumpulan pro UMNO dalam PAS. Jika beliau tidak membuat kenyataan dan mengambil tindakan yang keras terhadap hassan ali, gambaran umum adalah seolah-olah tindakan hassan ali mutakhir ini membaling spaner kejentera pakatan adalah agenda dari kem pro UMNO dalam PAS yang mana beliau sendiri dikaitkan. Hassan ali seolah-olah mendapat restu dari pucuk pimpinan tertinggi.

    bat9

  44. Mohd Annuar & lain-lain yang asyik sebut KAFIR!
    Kalau teruksnya jadi kafir kenapa pulak masalah yang banyak dikalangan umat Islam?? Sebelum menyalahkan 'Kafir' tengok diri sendiri di kaca cermin. Kalau tak pernak silap sekali pun, ok Hang boleh balingkan batu ke arah Kafir

  45. dalam UMNO nak tegur pemimpin tak boleh lansung, bila tegur dikatakan pembangkang, oleh itu pemimpin salah dikira betul..

  46. Dato hassan Ali cuma lantang mempertahankan hukum syarak dan halal haram dalam Islam. Anonymous yang memberi komen terlebih kurang ajar harus ingat. Tidak ada kompromi bab halal dan haram. Orang islam di malaysia terlalu tolerant hingga lupa bila bab haram tu akan tetap haram tidak boleh digalakkan dan di bolehkan. Dato hassan memebuat keputusan dan tindakan yang wajar dan baik untuk komuniti dan rakyat islam. PAs patut sokong tindakan Dato kerana selama ini PAS lantang menyuarakan hukum kakam Islam. Jangan lah PAS lupa perjuangan Ugama kita kerana hendak mengambil hati DAP dan PKR

  47. presiden pas bukannya taknak bersuara..bila buka mulut aje...mursuyidul am akan membuat statement media memyebelahi pakatan nanti.sepatutnya dia yang bersuara.teruskan berjuang hasan ali.bolayan pkr dan klon pas..khalid samad.kepada mp shah alam,takpayah sibuk2 dalam isu selcat.hal kuil pun hang tak mampu handle,ini pula isu kerajaan negeri.patutlah orang shah alam kata,hang ni memang cakap kosong.cuma pandai komplen aje tau..MP shah alam sebijik dengan sharir samad.merapu dan terus merapu..

  48. lagi-lagi hasan ali. Aku dah meluat,bosan dan muak dengan gelagat hasan ni

  49. takde salahnya kepimpinan dr hasan ali ni...beliau sebagai exco berhak berkata ape yg sepatutnye jika berlaku kesilapan dlm cara soal-siasat selkat...ape kalo selKAT tu diketuai oleh dap, maka secara automatik badan tersebut 'maksum' dan tak boleh ditegur...ini dah mcm BN nampaknye..

    MP shah alam, jaga je lah kawasan anda...dr hasan bercakap sebagai pesuruhjaya pas negeri dan exco negeri...engko plak saper?

  50. anon 47,

    celah mana khalid samad tak mampu handle isu kuil?

    skang ni dah setel ke belum? cakap bior gune otak le kawan..

  51. KALAU AKU SEORANG YB ATAU EXCO MUNGKIN AKU BUAT PERKARA YANG SAMA SPT DR. HASSAN ALI.

  52. Asalamualikum kepada sdrku yang beragama islam, kembalilah kita kepada cara dan panduan nabi s.a.w dan khulafah islam yang mentadbir negara dengan baik. Setiap pertelingkahan pendapat di suarakan di tempat yang betul dan tidak sampai menjatuhkan atau memalukan pihak yang lain.Jika teguaran Hassan ali itu betul semua pihak perlu bertenang dan jangan mengeluarkan tanggapan yang tidak senonoh? Kita bagi peluang kepada kesemua pihak menyuarakan pendapat dan pandgangan yang terbaik.JIka semua pihaka bersetujuh barulah tindakan yang baik diambil untuk memperaiki kelemahan Selcat.Tidak ada orang yang sempurna di dunia ini.Nabi S.A.W yang sempurnah pun beristigafar lebih 70 kali kepada Allah yang MAHA BESAR.Kita macam mana?

  53. giler ramai cybertrooper simbah minyak!! ada pakai gaya kasar, ada pakai gaya lembut. Depa ni, macam tak ingat yang mati itu benar.

    macam makin kuat pulak hujah Dato Hassan Ali dapat backing daripada UMNO

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008