Sedap!! Klik gambar di atas!

Api dalam sekam membakar BN

Walaupun MIC hari ini membuat keputusan menggantung keahlian seorang perwakilannya ke mesyuarat agung parti itu Ahad lalu yang mencadangkan kalungan selipar diletakkan di potret Tun Dr Mahathir Mohamad (lihat berita Malaysiakini hari ini "MIC gantung perwakilan isu selipar"), tetapi api dalam sekam terus menyala di dalam Barisan Nasional (BN).

Semalam, seolah-olah membela tindakan tambi selipar itu, anak lelaki Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Malah, Vell Paari juga membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berkata:
"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan Najib (ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu) yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan" (lihat berita Malaysiakini semalam "Vell Paari: Delegates were frustrated with outside snipes").
Api dalam sekam bukan sahaja menyala-nyala di dalam MIC. Dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ong a 'closed-door Umno-bashing hero'," Timbalan Presiden MCA yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendedahkan:
"He (MCA President, Datuk Seri Ong Tee Keat) has been indulging in closed-door Umno bashing. I have openly challenged him not to do this. Be brave to say: 'I, Ong Tee Keat, is the only MCA president brave enough to defy the prime minister and deputy prime minister'.

"But he never took up my challenge and that is why he hates me for that... Don't be a hero to your own members behind closed doors. It doesn't serve any purpose. Whether he likes it or not, he is part of the coalition partner in BN"
Walaupun Ong angguk-angguk di hadapan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Umno, tetapi di belakang gerombolan itu, dia geleng-geleng dan menggetap gigi.

Satu lagi perkara: Kepada tahanan-tahanan ISA yang dibebaskan hari ini, jangan ucapkan terima kasih. Terus tanya depa, kenapa tahan kami tanpa bicara. Tiada tolak ansur terhadaop penahanan tanpa bicara!

Berkaitan:
Please, Samy Vellu needs TLC (Datuk A Kadir Jasin 15/9/09)
Samy Vellu perlu letak jawatan atau berisiko disingkirkan MIC (The "thirteen million plus Ringgit" guy 16/9/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Bang Bakaq..

    Inilah berkatnya luahan TOk Guru Nik Aziz "Pergi Jahanan laa UMNO", nampaknya baru berapa bulan kesannya dah ada... kita ingat cakap Tok Guru yang ikhlas ni Insyaallah Tuhan maqbulkan.. tunggu ajalah.. Itu pasal setiap aku punya posting aku dengan ayat Pergi Jahanam UMNO.. moga-moga bila ada pembaca yang membaca setiap kali mungkin terselit yang berkat bacaannya,,, maka cepatlah jahanam UMNO.. INSYAALLAH...Mampos UMNO.

  2. dalam UMNO lagi banyak, tak percaya tunggu UBN tumbang dalam PRU13, banyak yang mengaku dah lama tak sokong UMNO...

  3. Tahniah, golongan sokong membawa rebah dalam UBN..

  4. Pak Bakaq,Bila Najib introduce KPI diperingkat kementerian dan agensi kerajaan dengar khabar Jab. Perpaduan Negara diantara salah satu Jab.yg garu kepala.Mcm mana nak ukur isu Perpaduan.Subjektif sgt.Kesian kat KP dan pegawai depa.Mujur le Allah mentakdirkan isu perarakan "kepala lembu" dan "kalung selipar".Adalah juga isu yg boleh dikaji .Tentang isu KPI,dengar khabar Kak Ijat tukar pegawai kanan nya "24 hour"gara gara laman web disebuah Jab. tak "up to date.''Najib is all out utk menang hati rakyat menjelang PRU akan dtg.PR dah bersiap sedia ker?

  5. kedah tua; ubn tok sah kelupoq lagu mana lah.expired date dah sampai. pakatan kena pacak betui2. PAS tok sah dok was was lagi

  6. Sama je dalam Pakatan Rasuah pun 2 X 5 matlamat menghalalkan cara nak buncitkan perut sendiri. S.semuanya berlumba - lumba curi duit rakyat. Ada yang guna agama, ayat Quran sekerat-sekerat, bangsa, kelentong rakyat untuk kesenangan hidup didunia.

  7. UMNO dok tunjuk pada parti komponen sedang dilanda krisis dalaman. Walhal, krisis dalaman UMNO lebih parah. Nakhoda dengan kroni2 saja yg masih dok melalut. Penumpang dah lama cabut pasai ayaq dah masuk dek, juak2 bawahan dok tunggu masa nk terjun. Kalau Allah dah nak UMNO tu terkubur, akan terkubur juga walau depa cuba pekin mcmanapun. Allah dah nak UMNO dikapankan, sebab dah terlalu banyak perlanggaran perintah dan peraturan yang dilanggar.

    Pada pejuang2 Islam, kuatkan iman di dada. Jadilah seperti tentera Muhammad Al-Fateh yg diisyaratkan oleh Rasulullah, `mereka itu punyai raja yg baik (beriman), tentera yg baik dan rakyat yang baik'. Hanya dengan persiapan ini, kemenangan akan lebih segera datang.

  8. apabila rakyat bersatu dalam pakatan rakyat, kira rakyat negara ini bersatu...

  9. Asslammualaikum,

    Hari ini 16sept....ulangtahun orang gila kuasa jadi PM....semua tahu...antara sifat munafik adalah bila bercakap bohong,bila berjanji mungkari....tak kan si Anwar ada sifar Munafik kot.....ANwar siacuan UMNO.....mula-mula cakap bohong kemudian mencuri...

    Moga pimpinan ulama memimpin Malaysia dan bukannya orang bercirikan munafik.

  10. Dulu Bende Nate "BN" ada mempunyai kaedah tersendiri untuk mencegah dari apa yang berlaku sekarang, namanya PER MAU PAKAT-PAKATAN diantara ali, baba dan mandur. Mereka pakat-pakat cari untung isi tembolok mereka sendiri. Mereka pakat-pakat diantara mereka bagai mana nak dapatkan untung lebih. Seterusnya mereka akan pakat-pakat dengan kuli-kuli supaya kuli-kuli kerja lebih.
    Sebaliknya sekarang kaedah ini sudah ketinggalan zaman. Kuli-kuli sudah pandai baca plot mereka. Kuli-kuli mahu kongsi untung, kerana yang mati-mati kerja adalah kuli-kuli. Kuli-kuli pun mahu juga duduk dirumah seperti ruman En.TOYOL. Fahammmmm?

  11. DENGAN hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.

    Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.

    Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.

    Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.

    Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.

    UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.

    Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.

    Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.

    Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.

    Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.

    Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

    Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.

    Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
    Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.

    Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

    Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.

    PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.

  12. TODAY WE HAVE THE NUMBERS - PARTI KELENTONG RAKYAT - DEWA MAHA LIWAT - 16HB SEPTEMBER 2008.

  13. Tahniah di ucapkan bersempena ULANGTAHUN PENIPUAN ANWAR IBRAHIM, Raja Katak 16hb September 2008.

  14. Penarik beca,

    Jangan hanya pada UMNO-BN saja kita lihat ada api dalam sekam. Parti lain juga mempunyai masaalah yang sama cuma tidak begitu ketara. Mengapa MIC marah sangat pada mamak Mahathir...?

    Mereka bukan marah sangat mamak Mahathir campur tangan dalam hal ehwal MIC tapi yang menjadi api dalam sekam kerana Samy Vellu tidak dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Mohd. Najib seperti pemimpin parti GERAKAN.

    Pertelingkahan dalam parti seperti MCA/MIC/PPP adalah rentetan kehidupan orang berpolitik. Tapi bagi rakyat yang mahukan perubahan dalam politik di Malaysia sememangnya mereka mengharapkan Barisan Nasional digantikan dengan parti gabongan lain seperti Pakatan Rakyat.

    Mengapa Barisan Nasional perlu ditumbangkan dari kerajaannya....? Persoalan ini kita serahkan pada rakyat Malaysia untuk menjawabnya.

  15. saya BN: BN BOLEH MAMPOS!!!

  16. 16 september sebagai peringatan pada kapal umngok yg memang dah tenggelam 70%..bila bila masa akan karam..pergi jahanam umno

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008