Sedap!! Klik gambar di atas!

Nak glamour kena minum arak?

Sejak dari awal lagi, saya tak mahu mengulas hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno. Beliau dihukum enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel pada 11.40 malam 11 Julai 2008.

Saya jahil dan tak tahu agama. Sebab tu saya tak nak ulas. Silap ulas nanti panas.

Saya hanya nak cerita apa yang saya teringat. Saya teringat beberapa ustaz memberitahu saya, Islam menyusahkan untuk menghukum. Sebab itulah dituntut hingga empat saksi yang nampak sungguh benda tu masuk ke dalam benda satu lagi sebelum orang yang dituduh berzina dihukum.

Nampak macam syarat bodoh. Tetapi tujuannya ialah untuk menyusahkan hukuman dibuat. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Tu apa yang saya teringat.

Saya juga tertanya-tanya. Saya tertanya-tanya, adakah kita perlu minum arak untuk menjadi seorang celebrity segera yang penuh glamour? Kita bukan sahaja bagaikan diwhitewash oleh segala media malah they will paint such a rosy picture for our benefit.

Malah, ada pula minah yang membebel sampai rasa meluat aku naik ke langit.

Aku dah tak larat nak habaq dah. Jangan ingat sebab hampa baca dua tiga guni buku fasal Islam dan boleh membaca terjemahan al-Quran tanpa disiplin ilmu Islam, hampa dah pandai sangat fasal Islam.

Aku pun boleh baca dua tiga lori buku fasal undang-undang. Adakah itu melayakkan aku jadi lawyer, jadi majistret? Aku baca dua tiga gerabak buku fasal perubatan, adakah aku doktor?

Berkaitan:
Menyambut Merdeka (Tun Dr Mahathir Mohamad 24/8/09)
Menjalankan hukuman sebat terhadap Kartika (Dato' Shamsuddin Nawawi 23/8/09)
Mahkamah Syariah VS Pejabat Peguam Negara (Misai Merah 24/8/09)
Kartika spared caning for drinking beer (Malaysiakini 24/8/09)

Gambar copy and paste dari berita Malaysiakini 24/8/09 bertajuk
"Arak: Tidak jadi sebat model"
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. saya tak nak la bersangka buruk. tapi ulah kartika tu yang nak sangat kena rotan rasa macam perli mahkamah pulak. macam saya cakap tadi, bukan nak bersangka buruk. cuma terlintas di fikiran....

  2. Salam ramadhan bakaq.

    Telah menular kerosakan......
    tu pasai SIS patut dicincang lumat dan di haramkan lama dah.......




    Ramlee

  3. Sandiwara skrip (UMNO) lagi.. Semua orang termakan hehe. Pelakun tambahan/suruhan dipenjuru pentas sebelah sini pakar motivasi dr hassan.

  4. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
    Surah Al Maaidah, Ayat 90
    إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاء فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللّهِ وَعَنِ الصَّلاَةِ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
    Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
    Surah Al Maaidah, Ayat 91

    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.
    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 86
    Sumber: http://www.mymasjid.com.my/hadith/bab.asp?nBab=21&nKitab=2&str=arak

    Hadis Anas bin Malik r.a:
    Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.
    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3218
    Sumber: http://www.mymasjid.com.my/hadith/bab.asp?nBab=582&nKitab=29&str=arak

    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
    Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.
    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3727
    Sumber: http://www.mymasjid.com.my/hadith/bab.asp?nBab=695&nKitab=36&str=arak

    Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
    Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4824
    Sumber: http://www.mymasjid.com.my/hadith/bab.asp?nBab=909&nKitab=47&str=arak

  5. Salam Pak Bakaq,

    Saya rasa kita patut menghormati keputusan yang dibuat oleh Puan Kartika. Beliau merelakan hukuman didunia dikenakan atas diri beliau. Bagi saya, beliau bukan mencari glamour, hanya menyesali apa yang telah beliau lakukan. Beliau telah sahih didapati bersalah dan bertaubat kerananya. Beliau tidak merayu kerana lebih takutkan azab di akhirat. Marilah kita sama-sama berdoa agar ALLAH membuka pintu hidayahNYA dan melimpahkan rahmatNYA kepada Puan Kartika dan keluarganya. Amin.

  6. Prelude to Hudud in M'sia..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008