Sedap!! Klik gambar di atas!

Nahi mungkar - jangan kacau hak demokratik saya!

Menuntut supaya arak tidak dijual di kedai-kedai yang orang-orang Melayu Islam menjadi majoriti pelanggannya bukan sesuatu tuntutan yang melampau. Saya duduk dekat Taman Melewar. Dekat tempat saya duduk memang ada kedai serbaneka - tak silap nama dia Kwik. Ala-ala 7 Eleven la tu.

Kalau kedai itu jual arak, saya akan kempen habis-habisan supaya orang-orang Melayu Islam memulaukan kedai itu. Saya tak pasti sebab saya jarang sangat-sangat masuk kedai itu dan hanya masuk kedai di sebelahnya - suaminya orang seberang dan isterinya orang Kelantan.

Lepas ni nak kena pi tengok. Moral policing? Why not?

Memang ada orang-orang Cina dan India di perjiranan ini. Tapi majoriti penduduknya Melayu Islam. Sama seperti babi, orang-orang yang beragama Islam diharamkan minum arak. Jika orang lain marah kerana Islam mengharamkan arak, babi, rasuah, tahanan tanpa bicara, pegawai pejabat Menteri Besar buat syarikat sendiri untuk bolot balak dan jenis-jenis yang macam tu, itu hak demokratik mereka.

Saya tidak ada cadangan untuk menafikan hak demokratik mereka.

Saya juga ada hak demokratik saya. Sini kawasan majoriti Muslim. Islam mewajibkan saya menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Melarang penjualan arak untuk melindungi orang-orang Islam terutama remaja-remaja Islam dari menogok apa yang dipanggil "air kencing setan" oleh sesetengah orang Melayu itu adalah salah satu dari tindakan mencegah yang mungkar.

Mencegah yang mungkar diwajibkan oleh Islam. Itu ajaran agama saya. Adakah hak demokratik saya untuk mengamalkan ajaran agama saya dinafikan?

Ada beberapa restoran untuk pelanggan-pelanggan bukan Islam di Seri Gombak - berdekatan tempat saya duduk. Seri Gombak sebenarnya perjiranan majoriti Melayu. Tetapi, saya tak pernah ambil peduli jauh lagi merasa sakit hati terhadap restoran-restoran untuk pelanggan-pelanggan bukan Islam itu menjual arak atau babi.

Mungkin sebahagian besar peloanggan mereka memesan arak atau babi. Mereka berhak makan babi atau minum arak. Itu hak demokratik mereka dan saya hormati hak demokratik mereka.

Memang, saya hormati hak demokratik mereka. Dan, tolong jangan kencing dan berak di atas hak demokratik saya untuk melaksanakan ajaran agama saya.

Islam bukan menentang rasuah dan kediktatoran sahaja. Islam juga mengharamkan arak, judi, zina, mendedahkan aurat dan banyak lagi. Saya tak peduli kalau orang marah terhadap apa yang diperintahkan oleh Tuhan saya. Saya mempunyai hak demokratik untuk mematuhi perintah-Nya.

Antara yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia ialah setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya.

Oleh kerana perlembagaan memberikan kita hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita, sebagai penganut agama Islam kita berhak mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar yang merupakan antara amalan yang paling fundamental yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.

Itu hak demokratik saya. Jangan kacau.

Saya harap sungguh-sungguh pendirian saya ini dibuat kerana Allah. Harap sangat-sangat. Saya tak mahu pendirian saya ini dibuat kerana saya seorang Menteri Besar wannabe.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Laa... ingatkan habih macam tu ja, rupa²nya dan jugak lagi....

  2. bravo pak bakaq.teruskan usaha murni anda kearah islam sebenarnya.satu prisip yang saya kagum terhadap diri pak bakaq.

  3. Pak Bakaq,
    Senang saja, kita sebagai pengguna, kita ramai-ramai boikot kedai-kedai yang jual arak. Islam menggalakkan kita, supaya berurusan sesama Islam kecuali tempat itu tidak ada perniaga Islam.

  4. bagus r yb hasan ali main peranan.jangan gadaikan prinsip ISLAM

  5. Ya abang beca. Bezakan hak democracy dan hak asasi. Muslim pun ada hak asasi nak minum ayer kencing setan. AlQuran 2:252 "Tiada paksaan di dalam agama(agama Islam dan bukan Islam). Allah tidak haramkan arak tetapi tidak mengalakan minum arak. Begitu juga hamba abdi. Allah tidak haramkan hamba abdi, tetapi Allah suroh kita bebaskan hamba abdi.
    Cuma "Muslim Agama Hadis"sahaja yang adakan paksaan di dalam Islam. Mereka contradict AlQuran 2:252.Adakah mereka sama taraf dengan Allah???
    Jangan lah kita melawan/contradict firman Allah,AlQuran 2:252"TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA".Mengatakan "ADA PAKSAAN DALAM AGAMA" adalah melawan/kontradik firman Allah.

    Merampas beer orang adalah merampas harta orang. Denda wanita tidak bertudung adalah memaksa wanita itu bertudung. Jika kita paksa mereka tidak iklas. Bila tidak iklas, mereka jadi hipokrit/munafik.
    "ADA PAKSAA Dalam AGAMA" itu melawan/kontradik firman Allah, AlQuran 2:252"TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA".
    Awas jagan melawan/kontradik Allah!!!
    Baca lagi rencana "The hard(ying) and the soft(yang) of Islamic Law" dan "Islam dan Falsafah TAO" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  6. Apa susah sngat,tiru mcm kelantan..tnya org klantan,jgn tnya org amno.

  7. Syabbass inspektor sahab

  8. DAP laknatuaalah perlu duduk diam....Mas kempen nak dapat undi sanggup mengaku sifat khalifah islam, sanggup petik ayat al-quran untuk dapat undi Orang islam....kemudian guna perkataan Amal Makruf Nahi Mungkir......Inilah sifat laknatuaalah DAP...Demi islam lebih baik keluar dari bersengkokol dengan laknatiuaalah DAP ni...

    Kurang Ajar....Elizabeth yang ada affair kemudian setengah bogel dipertahankan oleh MB selangor...tapi EXCO PAS yang menyatakan perkara hak dan menegakkan syiar islam diperkecilkan....MB tak ada telor ke??? Samseng PKR pertahankan dan tunduk takut...tapi bila PAS menyatakan perkara HAK....MB PKR terketar..ketar nak menyokong hukum islam.....

    Agama buddha bagi ka pengikut dia minum arak?Bagi kat pengikut dia main judi???Tapi sebab undang-undang islam semua termasuk PKR tak sokong.....PKR DAH GILA KA?

    Demi kesucian islam biar PAS keluar pakatan....biar berjuang atas perinsip daripada ada jawatan tetapi terpaksa akur kepada DAP laknatuaalah.

    Mana dia pemimpin pusat PAS.....Pertahankan lah YB Hassan Ali....jangan pulak nanti pemimpin pusat PAS akan tunduk kepada DAP kafir. Ingatlah ALlah telah berfirman yang bermaksud 'Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati selagi kamu tidak mengikut cara mereka""".......

    Lim Kit siang mana dia Amal makrof Nahi mungkar...mana dia kononya bersifat khalifah Islam.....Yah....ini lah kafir munfik yang berlakon untuk mendapat undi umat islam..

    Jangan pulak ada nanti pemimpin pusat PAS yang terhegeh-hegeh nak cium buntut DAP laknatuaalah....Benda Haram tetap Haram....Hampa nak minum arak p minum sampai mampuih kat tempat lain....Yang di minta pun hanya haramkan penjualan arak ditempat majoriti islam....kat tempat hampa jual lah.....

    PKR dan DAP harus sedar.....PAS bukan gila kuasa macam Lim KIt SIang atau ANwar....Perjuangan PAS berperinsip,PAS berjuanga ada matlamat..bukan setakat nak jadi PM tapi jadi balaci DAP....

    Tahniah PAS selangor teruskan perjuangan

  9. aku setuju dengan jojo...bravo pak bakaq

  10. Pak Yeh

    Betul, hak asasi pun boleh guna. Saya merujuk kepada hak-hak dalam negara demokrasi.

    Minta izin berbeza pendapat tentang tak ada paksaan dalam Islam. Memang betul, orang bukan Islam tidak dipaksa menerima dan menganut agama Islam.

    Tetapi, bagi yang menerima Islam, MESTI IKUT. Wajib mematuhi kehendak syahadah, wajib sembahyang lima waktu, wajib berpuasa, wajib berzakat, wajib mengerjakan haji jika mampu, wajib berjihad, wajib amar ma'ruf, wajib nahi mungkar, tabarra, tawalla dan lain-lain. Mesti kena buat. Tidak boleh tidak.

    Kalau tak paksa, tak ada la dosa dan pahala. Tak ada la neraka dan syurga. Bila ada hukuman kerana tak buat yang wajib, tu paksa la tu.

    Orang tak boleh paksa anak saya atau anak Pak Yeh masuk askar. Tapi, bila dah jadi askar, mereka dipaksa mematuhi undang-undang dan peraturan tentera.

    Bagi yang bukan Islam, kalau tak mau dipaksa, fikir banyak-banyak kali sebelum menganut Islam. Yang jelas, anda TIDAK BOLEH dipaksa menganui agama Islam.

  11. Jojo

    Apa bentuk persefahaman dengan Hasan Ali? Ada perundingan lagi ke?

  12. JOjo nie bukan puak ameno ka? Rasanya puak ameno. Kalau nak nasihat orang, elok lar hang nasihat parti hang dulu... Sori Jojo.. Bukan tak terima pandangan. Pandangan hang ada yang baguih.. Tapi banyak yang merapu dan penuh hasad dengki.. Teruskan usaha anda..

  13. Tak susah Tuan Lebai,

    Tepuk dada tanya iman, betul ke apa yang awak tulis tu.
    Memang tuhan bagi hak asasi semua manusia untuk masuk neraka!

    Hanya kerana AMNO berkata sesuatu yang mengikut hukum Allah, kamu nak tolak hukum Al Quran?

    Cina yang memetik ayat Al Quran dimana dia sendiri tak percaya atau beriman dengan Al Quran kamu boleh percaya apa yang dia kata?

    Kerana nak sokong Arak kamu nak perkecil Hassan Ali? Memang hakikat kalau Hassan Ali jadi MB, Selangor akan lebih bagus, so apa salah jika dia wannabee an MB.

    Kamu sokong PAS tak bermakna Islam atau akidah kamu gerenti betul!

  14. pak yeh celaru...
    memang x dak paksaan dlm ISLAM, tapi kalau bini hang boleh kongsi hang nak jawab macamana, tak boleh paksa bini pakai hang saja, so bolehlah kenduri ramai ramai..jgn marah pak yeh pasai aku ikut logik hang..tu la kalau ikut kassim amad

  15. pak yeh salah interpret ayat tu pak yeh.
    laa ikro hafiddin..(tiada paksaan dalam beragama)
    ayat tu turun untuk org kafir, bukan Islam, bahawasanya tidak ada paksaan untuk mereka memeluk Islam, akan tetapi, sesungguhnya hidup sebagai Islam tiada pilihan, apa yang disuruh WAJIB buat, apa yang dilarang, WAJIB tinggal.
    pak yeh bahaya pakyeh salah tafsir ayat quran.
    rujuk ulama tafsir itu yang terbaik.
    salah satu yang terbaik, tafsir fi zilalil quran.
    panjang lebar berkenaan tiada paksaan dalam beragama.
    maaf kalau tertunjuk pandai.

  16. Amboi bakaq, dengan puak tu hang berlapik cakap, berbudi bahasa, alasan hak dan demokrasi...berhati hati sungguh menyusun ayat.

    Tapi kalau puak sana walaupun sesama sebangsa dan seugama..hang tibai, hang pulun maki.

    Elok benor Khalid suruh jual arak di kawasan hang tinggai...

  17. Taliban betul lah kamu orang

  18. Ya abang beca. Chontoh: Membunoh orang yang muetad itu adalah paksaan dan criminal act.Ikut kias bunoh sahaja di balas dengan bunoh,rujuk AlQuran 2:178.Si Murtad tidak membunoh. Jadi kenapa perlu di bunoh???
    Rujuk AlQuran 23:96"Tangkiskan kejahatan dengan perbuatan yang lebeh baik." Rujuk AlQuran @:252"Tiada paksaan di dalam agama". Man ada Allah kata si murtad perlu di bunoh.??? Cuma Mafia sahaja bunoh murtad mereka!!!Adakah Islam itu organisasi Mafia???

    Maka dari bukti2 di atas,nyata Muslim Ahli Agama Hadis mengikut lahwal hadis.. rujuk AlQuran31:6"Ada orang guna lahwal hadis untok sesatkan orang lain dari jalan Allah,tanpa pegetahuan,dan mengtertawakannya(jalanAllah)"
    Jagan atasi ahsanal hadis(alQuran) dengan lahwal hadis Bukhari/Muslim !!!
    Jangan kontradict Allah!!!
    Jang menduakan wahyu Allah !!!
    PAS yang kontradik alQuran dan Allah tidak layar di undi sebagai pemimpin !!!

    Baca lagi "The hard(ying) and the soft(yang) of Islamic Law" dan "Islam dan Falsafah TAO" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  19. Pak Yeh munafik......kalau jumpa ular dgn pak yeh baik bunuh pak yeh dulu......lebih merbahaya hasutannya.........

  20. Pak Yeh said 'Allah tidak haramkan arak tetapi tidak mengalakan minum arak' -

    “ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]

    Bahasa arab 'fajtanibuuuh' bermaksud hendaklah kamu menjauhinya berbentuk suruhan (fi'lun amr), maka hukumnya haram. Perlu diingat tiada khilaf ulama dalam menentukan bahawa arak itu haram. Wallahua'lam.

  21. Assalammualaikum,

    Saya amat tertarik apabila seorang yang menggunakan gelaran Anonymous "JOjo nie bukan puak ameno ka? Rasanya puak ameno. Kalau nak nasihat orang, elok lar hang nasihat parti hang dulu... Sori Jojo.. Bukan tak terima pandangan. Pandangan hang ada yang baguih.. Tapi banyak yang merapu dan penuh hasad dengki.. Teruskan usaha anda.."

    Maha suci ALlah....Inilah terjadi apabila sesorang itu melihat siapa yang bercakap dan bukan apa yang dicakapkan.....Jika seseorang itu bercakap, maka akan dilihat dulu dia dari PUAK MANA....Jika dari puak yang kita sokong maka kita setuju apa dia cakap...tapi jika dia kita "rasa" dari pihak lain maka kita persoalakan apa yang diperkatakan.....

    Ingatlah...Yang HAK tetap HAK dan yang BATHIL tetap BATHIL...walaupun kekasih kita katakan perkara salah maka kita perlu katakan ita salah dan jika MUSUH kita kata perkara yang benar maka kita katakan ia Benar...

    Ini lah yang menjadikan umat islam semakin bercelaru.....pertentangan politik dibawa masuk didalam kehidupan beragama....seseorang yang tidak bersefahaman dengan pendirian politik akan dimusuhi juga dalam hal keagamaan.

    Biarkan lah soal akidah dan keimanan ditentukan oleh Allas S.w.t...tapi hal yang nyata kita perlu bersatu....Adakah salah jika kita bersatu dengan puak UMNO menentang DAP laknatuaalah dalam hal memperkecilkan kesucian ISlam.....Bahkan jika MCA atau MIC memperkecilkan kesucian Islam..... UMNO dan PAS (PKR jgn haraplah)perlu bersatu menentang mereka...Bab politik biar kita berperang,bergembur dan bertentangan pendapat...tetapi bila kesusian islam diperlekehkan...rapatkan shaf,bersatu menentang puak-puak ini.....lepas tu kembalilah berperang dalam politik....Tak siapa suruh UMNO dan PAS bergabung...tetapi apabila hal kesucian islam diperlekehkan dan dihina....Tak kira UMNO & PAS perlu bersatu menentang musuh-musuh islam ini.

    Adakah kerana ada kalanya saya tidak menyokong sesetengah cara approach oleh PAS maka segala pandangan saya dipandang serong....Ingatlah "jangan lihat siapa yang berkata-kata tetapi kaji apa yang dikatakan"

    PAS perlukan undi dan sokongan bukan saja dari ahli PAS tetapi lebih dari itu...bahkan jika cara yang hemah dan bijaksana serta tauladan yang baik ditunjukkan saya yakin ahli UMNO juga akan mengundi PAS....Tetapi jika kita terus mengancam, menperlekehkan mereka yang bukan sama fahaman dengan PAS maka bagaimana kita hendak menarik minat mereka...

    PAS tidak perlu mangadaikan prinsip perjungan menegakkan syiar islam....PAS tidak terburu-buru atau gila nak jadi PM....PAS tidak gilakan DAP....tapi jika DAP mahu sokongan PAS maka DAP perlu menghormati prinsip perjuangan PAS....Tak kan lah PAS saja yang nak kena bertolak ansur....Bab dunia ok boleh bertolak ansur..Bab akidah...sorry....DAP you can go to HELL....

    Lihatlah Exco PAS di Selangor kerja jujur ikhlas kerana Allah tetapi...Exco DAP...MALU!!!MALU!!! Kes gambar Bogel,ada affair,buat fatwa untuk agama islam bahawa beer bukan arak????Halang tugas membenteras maksiat....RASUAH....!! Ini semua kerja DAP laknatuaalah..kerana mereka berkerja bukan kerana Lillahhitaala.....Dan mereka ini dipertahankan oleh MB.


    Saya akan tetap menghentam MIC.MCA.GERAKAN bahkan mana mana parti pun yang mememperlekhkan dan menghina ISlam secara nyata.....Bukan kerana saya UMNO atau PAS tetapi kerana saya adalah pendokong agama suci Allah s.w.t.

    Syabas YB HASSAN ALI....berjuang kerana Allah biar tak ada jawatan tetapi ada tempat disyurga Allah....Mana dia pemimpin PAS PUSAT....tak kan nak jaga hati Lim KIt SIang dan LIm Guan Eng....bagaimana dengan hati umat islam....Kami berharap Presiden PAS akan bersuara bagi pihak umat islam di Malaysia bukan hanya bagi PAS tetapi luahkan perasaan hati UMat islam di Malaysia.

  22. aku dok tunggu TGNA tentang arak di selangor..kenapa masih diam lagi...apakah pendirian pas pusat tentang hal ini.jangan biarkan hasan ali berjuang keseorangan.saya sangat setuju pas keluar pakatan.ini kerana banyak sekatan dari parti tersebut dan terlalu menghormati dap sehingga islam dipinggirkan.aku ingat pangkah pas dapat pahala,rupanya tidak.kedah dan selangor masih lagi menghalalkan penjualan arak dan judi.aku masih ingat kempen pas pada pilihanraya.sokong pas dapat pahala kerana pas akan megharamkan semua yg haram.tapi sekarang hampeh....semuanya politik untuk meraih undi aje.

  23. pak bakaq,kalau tak salah khalid samad MP shah alam pernah berkata di dlm blonya,punca pas terengganu kalah kerna terlalu cepat mengharamkan arak dan judi,jadi teruskan jual arak di selangor semoga pas terus menang di selangor akan datang.

  24. pak bakaq,mana pergi 10 budak hitam MP pas..takkan tak buat sidang media lagi.ramai yang percaya mereka ni adalah penyokong kuat dap dan pkr.dalam hal arak ni,sepatutnya mereka tampil pertahankan hasan ali.kalau dulu presiden mereka mengeluarkan idea UG,bukan main lagi tampil kedepan pertahan kerajaan pakatan.tapi bila islam dihina sebegitu rupa seperti di selangor dan penang,mereka masih diam kerana takut undi kaum cina lari.kenalilah pemimpin pas yg tak qualiti.adakah mereka penjuang islam sebenarnya?hanya anda semua penentu pada PRU13 nanti...

  25. salam pak bakaq,pihak dap dan mca inginkan anak luarnikah mendiang teoh dan pasangannya di'bin'kan teoh.adakah pas setuju?aku takut pemimpin pas akan menghalalkan perkara itu berlaku.setakat ini.. pas pusat membisu hal ini.jangan takut menegakkan islam dan bimbang akan kehilangan undi kaum lain..semua agama mengharamkan sex bebas.janganlah ingin menjaga nama baik mendiang,kita juga terikut sama.aku harap pas dan kerajaan menentang idea bodoh dap dan mca ini.kalau nak harap pkr..entahlahh..aku harap pak bakaq keluarkan posting tentang anak luarnikah ini,semoga rakyat malaysia jadi celik isu ini..

  26. Anoy 25...

    Buat apa hang tanya pemimpin pas? Kan kerajaan yang hang banggakan ada mufti2 dan ulama yang hebat... Hang tanya lar depa.. Kan kuasa kat tangan depa, Lagipun kita bayaq gaji untuk depa. Takkan soalan senang yang hang bagi tu depa tak boleh jawab..

  27. Terima kasih untuk teguran dari Jojo..

    Maaf lar kalau hang terasa. Sebagai orang islam aku tetap dengan agama aku. Insya'allah aku sedia terima teguran yang ikhlas bukan teguran yang penuh emosi. Tiada yang sempurna. Aku harap hang dapat baca balik segala komen hang. Hang nilai betoi2 adakah menggunakan akal, fikiran dan hati atau perasaan dan hati. Jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu yang kita tidak pasti. Lebih baik kita meneliti, menyiasat, mengkaji dan lain2 lagi sebelum kita nak memaki hamun tentang sesuatu perkara. Kalau kita membuat sesuatu tanpa usul periksa ianya hanya akan membawa keburukan pada sekeliling bahkan akan memalukan dan menjatuhkan diri kita sendiri. Cara hang menghentam seolah2 hang nie pembaca setia utusan meloya dan berita hairan (maaf lar kalau tak betoi).

  28. Anonymous no19 kata :
    Pak Yeh munafik......kalau jumpa ular dgn pak yeh baik bunuh pak yeh dulu......lebih merbahaya hasutannya.........

    Ya ke ??? Tolong buktikan dengan AlQuran, senang saya bertaubat!!!
    Jangn hentam kerono jadi bodoh, masuk neraka.!!!

  29. Al Balingikata :
    Pak Yeh said 'Allah tidak haramkan arak tetapi tidak mengalakan minum arak' -

    “ "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]

    Bahasa arab 'fajtanibuuuh' bermaksud hendaklah kamu menjauhinya berbentuk suruhan (fi'lun amr), maka hukumnya haram. Perlu diingat tiada khilaf ulama dalam menentukan bahawa arak itu haram. Wallahua'lam.

    Pak Yeh Kata :
    Allah tidak haramkan arak secara total.Rujuk AlQuran 2:219"They question you about strong drinks and games of chance. Say,in both is great sin and some utility for men,but the sin in them is much greater than the usefulness."
    Dari ayat di atas nyata Allah tidak haram secara total, sebab 1)adanya utility/usefullness/kebaikan di dalam arak.Secara praktik semua Muslim tidak dapat elak minum arak yang ada di dalam ubat.
    2)tafsiran "strong drink"/minuman keras itu nisbi ataupun relative. Adakah ayer beer yang 3% alkohol, anggur yang 5% alcohol, ataupun whiskey yang hampir 100% alcohol itu di tafsir sebagai minuman keras/strong drink???
    ALLah tidak haramkan alkohol!!! Ulamak Agama Hadis Bukhari/Muslim sahaja yang haramkan minuman keras!!!
    Maaf ,saya berAgama alQuran dan bukan berAgama hadis Bukhari/Muslim !!!
    Pendapat berbeza perlu di hormati jika ia berbuktikan AlQuran/Allah !!!

  30. Salam, pak yeh & sahabat,
    Saya setuju dgn pendapat pensel tajam, pak yeh jgn tafsir ayat alquran sebarangan ttp mesti rujuk ulamak tafsir supaya tidak berlaku kekeliruan. Wsalam.

  31. PAk Yeh, anda tak mahu terima hadist. Insya Allah saya boleh berhujah dgn anda. Kita guna Al-Quran sahaja. Setuju? Anda katakan pegangan anda adalah berpandukan AlQ. So what say you on the said verse (Al-Maidah) as mentioned by AliBalingi? Ayat yg mengatakan arak haram itu pun ayat Quran jugak. Kenapa tak terima ayat tu? Boleh pilih mana ayat yg kita suka ke? Mana yg sesuai dgn kita, kita ambil & mana yg tak sesuai, kita tolak w/pun kedua-duanya ayat Quran. Mcm tu ka?
    - MUS.

  32. Pak Yeh adik beradik dengan ASTORA JABAT kah? PATUTlah.....

  33. Satu soalan aku nak tanya kat Datuk Hassan Ali kenapa sekarang? Kenapa hari ini dan bukan semalam? Adakah ayat mengharamkan arak baru turun hari ini, manakala semalam ia masih halal.

    Pernahkah kita mendengar sejarah pengharaman arak, bukankah arak diharamakan secara berperingkat - peringkat, mula - mula siapa nak sembahyang tak boleh minum arak, kemudian barulah arak diharamakan secara total. Sudahkan DHA membuat kempen mengenai tangungjawab peniaga agar tidak menjual arak, pernahkah beliau berbincang dengan mereka.

    Ya orang Islam memang diharamkan minum arak, camna pulak kalau dia bagi alasan arak dijual sebab ada permintaan dari orang bukan Islam, kenapa tak dakwah mereka dengan cara baik dulu, kan ke DHA ni pakar motivasi, bagilah motivasi kat peniaga - peniaga tu agar tidak lagi menjual arak. Satu lagi kenapa tak cadangkan kepada kerajaan negeri untuk buat kempen mengenai bahaya arak, bukan ke dalam islam kita diajar agar berdakwah dengan bijaksana dan bijak sini, jangan sampai nanti orang kata islam zalim dan jumud kerana kita gagal menyampaikan mesej islam kepada mereka. Kalau tak de permintaan siapa nak jual.

    Jangan setakat kata ISA zalim aje, kita kena terangkan kenapa ISA tu zalim barulah orang boleh berfikir.

    Mat - back to basic.

  34. aiyooo pak yeh..abis tu org Islam leh minum arak beer yg 3% alcohol ke?
    ishhh..bahaya tafsiran tu..
    Maaf ,saya berAgama alQuran dan bukan berAgama hadis Bukhari/Muslim !!!
    statement tu pun bahaya..
    kan ke kita semua berpegang pada Allah dan RAsulNya..

  35. Ya Anonymous 31.
    Kita tak boleh berhukum denga satu ayat sahaja. Kita mesti guna semua ayat2 berkenaan minuman keras.Coba definasikan minuman keras itu...5% alkonhol,15% alkoholataupun 100% alkohol. Allah tidak haramkan nya secara total. Awak dan Ulamak semua pun minum alkohol dalam ubat. Kenapa kau haramkan kalau kau maseh minumnya dalam ubat ???
    Allah tidak bodoh macam Ulamak, sebab itu Allah tidak haramkan alkohol secara total.

    Baca lagi kenyataan saya :
    Pak Yeh Kata :
    Allah tidak haramkan arak secara total.Rujuk AlQuran 2:219"They question you about strong drinks and games of chance. Say,in both is great sin and some utility for men,but the sin in them is much greater than the usefulness."
    Dari ayat di atas nyata Allah tidak haram secara total, sebab 1)adanya utility/usefullness/kebaikan di dalam arak.Secara praktik semua Muslim tidak dapat elak minum arak yang ada di dalam ubat.
    2)tafsiran "strong drink"/minuman keras itu nisbi ataupun relative. Adakah ayer beer yang 3% alkohol, anggur yang 5% alcohol, ataupun whiskey yang hampir 100% alcohol itu di tafsir sebagai minuman keras/strong drink???
    ALLah tidak haramkan alkohol!!! Ulamak Agama Hadis Bukhari/Muslim sahaja yang haramkan minuman keras!!!
    Maaf ,saya berAgama alQuran dan bukan berAgama hadis Bukhari/Muslim !!!
    Pendapat berbeza perlu di hormati jika ia berbuktikan AlQuran/Allah !!!

  36. pak yeh pegi balik warong. Jangan sesat lagi menyesatkan

  37. Pak Yeh, You DID NOT answer my question. I believe it's a VERY STRAIGHT FORWARD QUESTION : "WHY YOU WERE ONLY REFERRING TO ONE AYAT SINCE THERE ARE TWO AYATS CONCERNING 'KHAMR'?"

    Both are aaayatul-Quran. Hang dok putaq-putaq kat satu ayat saja. Jumpa satu ayat yg kena dgn jiwa kita, terus seronok buat tafsrian sendiri. Ayat satu lagi hang buat senyap.

    - MUS.

  38. beng layan pok yeh tu.. buang masa jer

  39. Kaki arak,kaki perempuan,kaki sundal,kaki jalang, kaki pelacur,kaki judi,kaki dadah,kaki tumbuk dan segala jenis kaki2 ada lah lebih baik daripada kepala umarak dan kepala ulama yang nampak macam "pijak semut pun tak mati", tetapi kepala segala munafiq dan kepala segala fasiq.

    Kau orang le (melayu umno & melayu pro-umno) yang punca segala bala di Malaysia ni....bukan nya cina, india ataupun orang putih, tapi hampa sendiri....Apa!! anak2 melayu 'skodeng' kat Felda..yang bersepah-sepah kat 'You Tube' tu...orang cina, india ataupun orang putih juga ke yang buat?

    FED-UP AKU..tak habis2 "DEFENSIVE"..SEPERTI "MALING MENJERIT..MALING, MALING, MALING"

  40. To Brader Pak Yeh,

    Proses pengharaman arak melalui 3 peringkat.

    Peringkat pertama ( Penjelasan baik dan buruk arak )

    Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqarah ayat 219 :

    “219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, “

    Pada ketika ini arak masih lagi boleh diminum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada umat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, walaubagaimanapun, keburukkannya lebih banyak daripada kebaikan. Para sahabat pada marhalah (peringkat) ini telah mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.

    Peringkat kedua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

    Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa’ ayat 43:

    43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Pengampun.

    [#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.
    Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat , kerana dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qauli yg lain. Walaubagaimanapun pada ketika ini arak masih lagi boleh diminum .

    Peringkat ketiga ( pengharaman secara mutlak)

    Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al-Maidah ayat 90-91:

    90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
    91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

    Setelah turun ayat di atas, maka hukum arak diharamkan secara mutlak .

    Jumhur ulamak bersepakat dengan turunnya Surah al-Maidah ini, ianya menghazafkan (hapuskan) hukum ayat-ayat sebelumnya (termasuk yang dikemukakan oleh PakYeh).

    Bacaan tidak dihapus, tapi cuma hukum saja dihapuskan.Ini disepakati oleh ulamak Fiqah yang membuat hukum turut bersandarkan hadis dan asbab nuzul hadis serta situasi ketika itu.

    Tapi Pak Yeh tak beriman dengan hadis dan ulamak. Thats make things more complicated. Pak Yeh mengaku dia beriman dengan al-Quran. Pak Yeh sembahyang ka? Mesti. Bagaimana dia sembahyang? Al-Quran ada memeberi penerangan ke cara bersembahyang? So nak sembahyang macamana?

  41. SELANGOR DARUL KHAMAR - LEE AH SAN @ HASSAN ALI

  42. Masalah arak ni patut dah lama selesai. Semasa pemerintahan UMNO 60 tahun patut sudah selesai. Seharusnya sekarang bukan lagi masa untuk bercerita tentang arak.

  43. Masalah Kaki arak,kaki perempuan,kaki sundal,kaki jalang, kaki pelacur,kaki judi,kaki dadah,dan segala macam kaki lagi tu patut dah selesai setelah 60 tahun memerintah dan mempunyai kuasa penuh bukan sekarang bila kuasa semakin menyusut. Ulama dalam UMNO perlu memainkan peranan dengan ikhlas dan jujur bukan tengok pulus ssja gelap mata, yang tak ok pun jadi ok.Kenapa jadi macam tu ? Kepada semua yang berkuasa eloklah mula mengubah peranan masing-masing ke arah yang lebih baik agar terselamat umat islam di bumi Malaysia tercinta ini.

  44. Al Balingi said :
    Tapi Pak Yeh tak beriman dengan hadis dan ulamak. Thats make things more complicated. Pak Yeh mengaku dia beriman dengan al-Quran. Pak Yeh sembahyang ka? Mesti. Bagaimana dia sembahyang? Al-Quran ada memeberi penerangan ke cara bersembahyang? So nak sembahyang macamana?

    Apa daa ! Solat tu adalah praktik dan praktik tu prosedurnya ikut orang lah. ..bukan baca buku lah. Praktik solat macam praktik joget tak perlu buku lah !!!Lagipuan Allah kata AlQuran itu lenkap. Jadi tak perlu Hadis untok lengkapkan Quran.

    Kesemua ayat2 bab minuman keras itu perlu di pakai. Tiada mansuh satu ayat dengan ayat lain.Jangan di mansuhkan ayat yang kata ada kebaikan/manfaat dalam minuman keras(AlBakarah 219)
    Definasi khamar...5%,!55 atau 100% alkohol tidak di sebut maka boleh ikut definasi sendiri.La ikra fi deen.Allah memudahkan Islam.

  45. Anonymous 37(MUS) said :
    Pak Yeh, You DID NOT answer my question. I believe it's a VERY STRAIGHT FORWARD QUESTION : "WHY YOU WERE ONLY REFERRING TO ONE AYAT SINCE THERE ARE TWO AYATS CONCERNING 'KHAMR'?"
    Both are aaayatul-Quran. Hang dok putaq-putaq kat satu ayat saja. Jumpa satu ayat yg kena dgn jiwa kita, terus seronok buat tafsrian sendiri. Ayat satu lagi hang buat senyap.

    Ada 3 ayat bab khamar.Saya guna ketiga2 ayat itu. Tiada ayat yang mansuhkan ayat yang lain. Jadi maseh ada manfaat dari khamar. Definasi khamar tidak di specifikkan. Maka boleh interpretasi sesuka hati...5% alkohol boleh, 100% alkohol tak boleh. La ikra fi deen. Allah mudahan Islam.Cuma agama hadis sahaja yang kata "ada paksaan dalam agama" Mereka(agama hadis Bukhari,Muslim), fikir mereka boleh kontradik Allah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008