Pada awal tahun lapan puluhan, beberapa orang penulis berusaha bersungguh-sungguh untuk mengapi-apikan kebencian kepada Amerika Syarikat kerana keangkuhan dan sikap samsengnya yang berlagak sebagai polis dunia. Artikel-artikel dari Crescent International dan majalah-majalah dari Republik Islam Iran dijadikan bahan rujukan.
Usaha itu tidaklah semudah yang disangka. Ramai yang tidak faham kenapa Amerika patut dibenci. Dengan bersandarkan kemahiran propaganda Amerika serta media Barat lain, Arab Saudi yang menjadi pak yet Amerika berjaya menggambarkan demonstrasi bara'ah para jemaah haji Iran menentang Amerika dan mustakbirin sebagai perbuatan terkutuk.
Hari ini, kira-kira 30 tahun lebih selepas itu, usaha sekumpulan penulis tempatan mengapi-apikan kebencian kepada Amerika itu boleh dianggap semakin menampakkan hasil di negara ini.
Pada tahun lapan puluhan juga, iaitu pada tahun 1984, beberapa pemimpin PAS ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sekali lagi ketika itu, orang-orang PAS melawan ISA. Kemuncak penentangan terhadap akta yang mencabar kuasa Allah s.w.t. itu ialah gugurnya Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya di Memali.
Ibrahim tidak menentang ISA melalui tulisan, ceramah, seminar atau demonstrasi. Beliau menentang ISA dengan nyawanya. Mujurlah ketika itu PAS tidak berkerjasama dengan DAP. Jika tidak, tentulah Ibrahim dikutuk sebagai alat DAP, dipergunakan oleh orang Cina atau India dan pelbagai tuduhan lain yang serba desperate.
Hari ini, ISA berkembang menjadi satu kepercayaan atau i'tiqad bagi sesetengah orang. Mereka yakin bahawa ISAlah yang menjamin survival atau kelansungan kuasa mereka.
Dengan licik, mereka gunakan istilah bangsa Melayu dan agama Islam sebagai kosmetik kepada ISA demi mempertahankan kelansungan kuasa mereka. Mereka menampakkan dengan jelas bahawa kelansungan kesedapan kuasa mereka dapat dipertahankan oleh ISA. ISA menjadi sebahagian dari 'aqidah mereka, kalaupun tidak menjadi sembahan baru mereka.
Malah ada yang berkata, dia tidak kisah ISA memperkosa kebebasannya. Tetapi, ia mesti dipinda. Orang mula mempersendakan, mungkin nanti orang itu tidak kisah ahli keluarganya diperkosa. Beliau hanya mahu cara perkosaan dipinda.
Kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam dan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t., survival dan masa depan mereka di tangan Allah. Oleh kerana mereka yakin survival dan masa depan mereka di tangan Allah, mereka berusaha mempertahankannya melalui usaha, peraturan dan institusi yang tidak mencebik atau mencabar kuasa Allah.
Pada tahun lapan puluhan, walaupun ISA mula terbentuk menjadi tuhan baru atau sekurang-kurangnya menjadi sebahagian dari 'aqidah sesetengah orang, bukan mudah untuk mengajak orang-orang Melayu beragama Islam membenci dan menentang ISA (bara'ah min ISA - bara'ah bermakna disavowal atau ingkar). Ketika itu, sama seperti tidak jelasnya mereka terhadap kejahatan Amerika, begitulah juga tidak jelasnya mereka terhadap kejahatan ISA.
Hari ini, Sinar Harian muncul dengan tajuk besar "Demo bantah ISA: 95% orang Melayu?" Saya tidak berpuas hati dengan tajuk itu. Alangkah baiknya kalau saya dapat melihat tajuk "Demo bantah ISA: 100% orang Melayu".Saya berkata begitu kerana ia boleh menjadi angka tunjuk kepada kebencian orang-orang Melayu yang beragama Islam terhadap ISA dan penganut 'aqidah baru bernama ISA.
Kita sorot apa yang berlaku sebelum ini. Pada tahun 1997 dan 1998, hampir 100 peratus mereka yang menyertai demonstrasi Reformasi adalah orang-orang Melayu (walaupun saya tidak menyertainya kerana bimbang tak dapat pahala).
Ramai orang bertanya, apa gunanya cetusan-cetusan itu? Malah, akhirnya terbukti demonstrasi-demonstrasi Reformasi itu, bak kata Orang Putih "dissipated by itself".
Saya sendiri pun mempersoalkan apa guna demonstrasi-demonstrasi itu? Cina, India tak sokong pun. Saya mencebik demonstrasi-demonstrasi itu. Mungkin dipengaruhi sentimen saya yang tak suka Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982. Saya juga berhujjah, "berapa cangok ja orang yang pi demonstrasi Reformasi tu? Tempat aku duduk tu, aku rasa dua tiga orang pun tak sampai yang pi demonstrasi tu".
Tetapi, pada pilihan raya umum 1999, walaupun penolakan terhadap Barisan Nasional tidaklah seteruk pilihan raya 2008, ternyata Umno cedera parah. Kira-kira 65 peratus orang-orang Melayu menolak Umno. Akibat dari itu, bangsa Umno menzalimi orang-orang Melayu yang beragama Islam dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang berniat jahat itu.
Ketika itu, mereka yang berdemonstrasi Reformasi di Kuala Lumpur balik berkempen kepada ibu, ayah dan keluarga mereka. Saya sendiri terkejut Allahyarham ibu saudara di Kati yang ketika itu berusia 85 tahun begitu benci kepada Umno yang sebelum itu diundi calon-calonnya sejak pilihan raya diadakan. Malah, ketika kenduri arwah ibu saya sendiri yang baru meninggal dunia dalam tempoh itu, saya terkedu melihat anak-anak saudara dan saudara mara saya terutama generasi muda menghentam Umno habis-habisan.
Sedangkan sebelum itu, aku sorang ja yang tercangok-cangok sokong PAS hinggakan saya tak rajin bersembang politik dengan keluarga saya demi menjaga hubungan sesama sendiri.
Mengambilkira pengajaran sejarah, demonstrasi anti-ISA yang cuba diberi warna perkauman oleh bangsa Umno akhirnya akan terbentuk menjadi sikap orang-orang Melayu beragama Islam ke arah menolak habis-habisan penjajahan bangsa yang rasuah, chauvinist dan racist itu. Insya Allah.
Sesudah berusaha, kepada Allah kita berdoa dan berserah (Gambar di atas ihsan Berita Harian 2/8/09).
Berkaitan:
Najib dituntut mohon maaf peralatkan polis untuk kepentingan Umno (Harakahdaily 2/8/09)
Himpunan Mansuhkan ISA, Capai Sasaran 100,000 1 Ogos 2009 - 2 (Jiwo Kelate)
Klip video sekitar Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos 2009 (Jiwo Kelate)
Himpunan Bantah ISA berjaya kumpul lebih 100,000 (Jiwo Kelate)
ISA: Tahan tanpa bicara …. tak zalim ke (Jiwo Kelate)
Berita-berita dalam Google
Ramai persoal motif sebenar perhimpunan haram
Sinar Harian (2/8/09): Motif sebenar perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dipersoalkan selepas penganjurannya mencetus huru hara dan dimanipulasi pihak berkepenti-ngan.
Timbul juga tanda tanya adakah perjuangan menentang ISA itu hanya agenda perjuangan kaum tertentu sahaja selepas perhimpunan semalammenyaksikan 95 peratus kaum Melayu mendominasi perarakan sedangkan kaum lain lebih berminat mengunjungi ’PC Fair’ yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).:
Beberapa penulis blog yang menghubungi :Sinar Harian: berkata, perhimpunan haram semalam nyata memberi gambaran buruk kepada negara.
"Saya pelik, adakah agenda perjuangan menetang ISA ini perjua- ngan orang Melayu, mana pergi pemimpin kaum lain yang kononnya menentang akta tersebut tetapi tidak kelihatan bersama-sama berarak," kata seorang penulis blog kepada Sinar Harian.
Menurutnya, timbul persoalan siapakah yang sebenarnya berjuang dan siapa pula diperalat golongan tertentu demi agenda peribadi atau politik pihak berkepentingan.
Sementara itu, laman sosial Facebook Sinar Harian menyaksikan ramai kalangan pembaca melahirkan rasa kesal mengenai perhimpunan haram itu dan menyifatkan pesertanya sebagai mangsa eksploitasi.
Mohd Najib Alwi menulis "Berapa ramai mangsa ISA di Malaysia? Ramai pula mangsa jenayah di Malaysia. Adakah ISA akan mengancam kehidupan kita. Atau jenayah ragut dan rompak rogol yang mengancam kehidupan kita. Kadang kadang kita terlalu sibuk kepada sesuatu yang lebih kecil daripada isu besar."
Zaharin Mohd Yasin pula menulis: "Rakyat Malaysia berjumlah 27 juta, 15 juta dikira dewasa. Jika 10,000 yang menari di tengah jalan untuk mansuhkan ISA, berapa peratus rakyat Malaysia dari 27 juta yang terlibat?"


Ihsan Malaysiakini














Cantik? Klik 






lambatnya PRU13
"Hari ini, ISA berkembang menjadi satu kepercayaan atau i'tiqad bagi sesetengah orang. Mereka yakin bahawa ISAlah yang menjamin survival atau kelansungan kuasa mereka."
Kenytaan Pak Bakaq bukan merujuk pada segelintir makhluk bangsat yg terus angkuh dengan kepercayaan kunun2nya bangsa dia lah yg paling mulia? Malaikat di pintu syurga akan bertanyakan tentang bangsa seseorang ataupun iman seseorang Pak Bakaq? Apa yg bangsat2 ni susah sangat nak faham?
Bukan Wak 24 Juta
Kalau betul semua orang Melayu tolak ISA, tunjukkan melalui demokrasi pilihanraya. PRU13 nanti buktikan. Sekarang ni sepatutnya orang Melayu yg 'cerdik dan berdemonstrasi' di jalanan tu sepatutnya memperguna masa untuk menjelaskan kepada orang Melayu betapa buruknya ISA, dan tunjukkan kemarahan itu melalui PRU, tumbangkan UMNO! Ini tidak, mereka seronok nak berdemonstrasi, memang budaya Melayu nak berseronok cara bersorak dan melaung beramai-ramai dijalanan. Itu budaya mereka. Tengok budaya Mat Rempit, juga orang Melayu. Memang budaya 'menang sorak kampung tergadai'.
walaupun 1 peratus rakyat yang turun, itu tetap rakyat! takkan 1 peratus tu takde hak nak bersuara? napa time kaum xxxxx berarak menuju xxxx xxxxx dari pusat bandar polis boleh escort? dah rakyat nak berarak gi istana, escort je la.. ingat la sikit.. yang berdemo ni la yang bayar gaji korang....
duhai anon yang cerdik serta pandai, hang suruh tunjuk dalam pilihanraya tapi hangpa tak suruh jentera kerajaan serta media berlaku adil, mana aci? serupa juga dengan perarakan anti-isa ini kenapa pasukan keselamatan menjadi pasukan belantan? ketuk sana ketuk sini, sembur sana sembur sini, tembak sana tembak sini, kalau tidak kerana perangai mereka macam itu aku ingat seluruh KL penuh dengan manusia, bagi aku orang-orang dari bangsa lain tak keluar lagi bagus, jika tidak adalah alasan hangpa nak buat huru-hara macam 13 mei dahulu, perang cina dengan melayu !
Pak Bakar,
Saya secara kebetulan bila pergi ke Indonesia, kerap melihat demonstrasi jalanan diJakarta.
Saya lihat polis disana berusaha membantu supaya demonstrasi berjalan baik dan tidak berlaku perkara tidak diingini.
Tapi diMalaysia? Siapa yang mulakan kekecohan? Jawapannya semua orang tahu.
ISA & Guatanamo.....dari nama berbeza tetapi dari fungsi ia adalah sama iaitu menahan individu tanpa bicara....salah??? tidak bersalah???....tiada status..ia ditahan suka-suka atas dasar politik ......
Barrack Hussien Obama & Najib Tun Razak...2 nama berbeza tetapi dari jawatan hampir sama....tetapi ada perbezaan sikap antara keduanya mengenai tahanan tanpa bicara..
Barak Obama meletakkan PENUTUPAN GUATANAMO serta merta dalam manifesto Amerika
Najib Razak meletakkan perpaduan rakyat yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat...
menjelang 2010 Pusat tahanan guatanamo akan ditutup..itu dakwaan Obama..
menejelang 2010 ISA....?????? kekal...dipinda ..tetapi tidak ditutup atau di mansuh...
Dari segi keselamatan Amerika syarikat lebih berbahaya,kerana terdapat ramai manusia yang ingin menjatuhkan kuasa besar negara itu...
Malaysia???? apalah sangat keselamatan apa ??? ancaman apa??? rakyat hanya inginkan keadilan tidak dilayan....ISA dikekal bukan untuk keselamatan negara....tetapi keselamatan kuasa politik pimpinan UMNO yang takutkan kebangkitan rakyat yang diterajui 3 parti politik ..PAS,PKR,DAP....diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim..satu nama yang mengoncangkan UMNO & barisan Nasional....+
sinar nak cuba cetuskan Isu PERKAUMAN... lagu popular carta amnu bila lemas... bila nak mampus...
tv3 pun galak duk promot ISA nih...
soalan dari seorang bangang... kenapa takut ISA kalau tak salah... hahahah... bodoh!! ISA ni tahan tanpa bicara... salah ke tidak... depa tangkap!! bodoh!! belajar sejarah kat sekolah saja, memang la bengap weh...
operasi lalang... habis pemimpin pembangkang kena tangkap... sedangkan yang mencetus isu perkauman dan perbalahan adalah dari AMNU dan parti cina dalam BN... tapi.. pemimpin melayu dalam pas dan pemimpin cina dalam DAP yang kena tangkap...
kalau nak bicarakan dulu, itu lain cerita... ni main tangkap... terus kena tahan... siap sukati dia pulak tu nak lepas bila ke tidak...
apa pun... kepada penyokong kezaliman... sukati kamu lah... yang aku tau, Allah sudah janji mereka yang menyokong kezaliman akan masuk neraka, dan Allah tidak akan memberikan pertolongan, sedangkan Allah satu-satunya yang dapat menolong hambanya di hari akhirat kelak...
ikut lah pemimpin kamu yang zalim tu... semuga dia dapat menolong kamu nanti...
Bangsa lain tepuk tangan...syabas melayu...kerana nanti bangsa lain inilah yang akan menikmati lebih kejayaan agenda mereka bila ISA dah dihapuskan....syabas!!
nak tau, dr. hassan ali & ustz nasha ada turun demo tak semalam? rumah doranng dah dekat....
demo memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat malaysia utk mennjukkan betapa kita membenci ISA. rakyat yg selama ini 'tidur' pun boleh celik dan menyokong pemansuhan ISA.
walau apa pun, sedikit usaha kita, pasti akan datangkan kesan. inilah yg kita mampu lakukan. mana tahu tak sempat bernyawa ketika pru13.
Politik terancang
1hb Ogos 2009 adalah bukti kerajaan unIslamik UMNO/BN.
Tujuk Perasaan/Demonstrasi adalah halal di serata dunia. Cuma UMNO/BN sahaja yang haramkan tujuk perasaan/demonstrasi. Ini menujukkan bahawa UMNO/BN berlaku zalim dan unIslamic/kufur.
Sila baca "Revolusi pt5: Tujuk Perasaan - Amal Maaruf Nahi Mungkar" di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
Bodoh kau orang...nobody suka ISA....tapi bkn ini caranya. Negara dah jahanam kerana UMNO...skrg kau orang pylak nak cepatkan lingkup. Kata kau orang ni ahli PAS, beragama Islam...syumul....selamat...sejahtera!!!!!!
Pak bakaq,
Kalau macam ni, PRK Pematang Pasir, sah UMNO/BN kecundang lagi.
PRU ke-13, lagi nipislah majoriti BN. Perlis dan Terengganu akan tumbang kepada PAS/PR.
Beberapa kerusi Parlime yang dimenangi ole MCA, MIC dan Gerakan akan dirampas oleh PR.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan disapu bersih oleh PR. DUN Negeri Sembilan juga akan memperlihatkan peningkatan jumlah wakil PR dan besar kemungkinan sebuah lagi kerajaan PR.
Pilihanraya Umum Negeri Sarawak yang dijadualkan suku pertama 2010, akan memperlihatkan lebih banyak kerusi pembankang mengisi DUN Sarawak.
Rakyat semakin marah dengan UMNO/BN.
95% Melayu membantah ISA satu pertanda baik kepada kejatuhan UMNO.
biarkan MELAYU yang lemoh semangat, hidup terawang2, lembu kenyang saja ada dalam umno.....biarkan UMNO TERUS JAHANAM
Anon #3, betuuuullll....
Buat nyusahkan orang je.. Yg bestnya, yang berdemonstrasi tu..tak kemana pun, hidup serupa tu la jugaakk... Yg seronoknya, yg dah berjawatan tu..bedal serupa tu la jugaakk.. Tak ke bodoo....
Anon 3. Syabas!! Memang contoh tepat seorang Melayu, pencinta Pertubuhan KeBANGSATan Melayu dan penganut ISA. Syabas. Ketotokan mu terserlah.
Keutuhan ISA menjamin "survival" bangsa yg kau sanjung. Bukan ugama yg wajib dijunjung. Ugama yg menganjur keadilan sejagat. Kasih sayang sesama insan. Bukannya pukul sebat dan sembur.
Kau buat aku kepingin muntah ke atas kau dan bangsat2 yg lain.
Bukan Wak 24 Juta
Bila PRU-13 nanti ...orang Melayu/Islam mesti jatuhkan UMNO..!!
Dan PAS pula seMESTI..WAJIB bukan Harus dah..!! Mesti Meletakan Calon2 di kerusi kawasan Parlimen yang berMajoriti Umat-Islam/Melayu.
Kalu calon Kaw.Parlimen itu UMNO...PAS seWajib nya meletakan calon nya...!!
Bukti kan kepada Umat Islam/Melayu...PAS memperjuangkan dauliah Islamiah. PAS menjunjung tinggi dan Mempertabatkan seAgung2nya...Demi ALLAH dan RASULnya..berpaksikan AL_QURAN NurQarim serta Sunnah Nabi MUHAMMAD SAW...!! Allah-yg Maha Besar..!!
Orang Melayu..Islam sudah lama kenal hati budi Melayu-UMNO..!! Dari Merdeka lagi dah..baik dari segi Elok dan yg tak berapa Elok. PAS perlu bergerak ke Peringkat "Nasional" .Di mana itu lah Kuasa yg. sebenar nya.
Buktikan pada Melayu/Islam di M'sia ini dan pada pengkeritik2 PAS. Bahawa PAS dan Ahli2 PAS....BUKAN alat Tunggangan DAP..maupun PKR....!! Masa nya dah Tiba...bak oghang putih kata.." You Could It..On Your Own"..!!
PAS Bukan Alat Tunggangan SESIAPA pun...baik LKS, LGE, Karpal Singh and son's. Dan juga Bukan diPerAlatkan olih-PKR-DSAI.
Parti PAS lebih dari yg di sebut diAtas..!!
Allah Huakhbar X3....!! Allah yg Satu lagi Maha Mengetahui..!!
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan,Nabi Muhammad SAW...!!
Dari Lrt.Tin..TPG
Salam,
Saya tidak menafikan bahawa demonstrasi yang berlaku semalam adalah sebahagian dari suara rakyat (yang tidak bersetuju dengan ISA atau umumnya tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedang memerintah). Tetapi, perlu dipersetujui juga bahawa ianya hanya suara sebahagian dari rakyat, bukan semua rakyat. Dalam masa yang sama, sebahagian dari rakyat tidak bersetuju dan mengutuk demonstrasi yang berlaku semalam serta melihat ianya suatu gimik politik yang agak terdesak ketika mana kerajaan telah pun mengumumkan bahawa ISA sedang dikaji semula untuk tujuan penambahbaikan. Walaupun sdra mungkin tidak bersetuju, memang hakikat yg agak menyedihkan bila penyokong politik Melayu lebih dilihat diperkuda oleh ahli politik serta penyokong politik bukan Melayu. Saya tidak bertujuan utk rasis di sini, tetapi sdra, saya serta org lain pun lihat sendiri semalam siapa yang memenuhi demo tersebut. Sdra, kita harus byk bermuhasabah dan renungkan (dalam keadaan hati tenang), apa sebenarnya yang berlaku?
Semoga diberkati Allah.
.......kearah mana islam dipergerakkan......
seperti kata TGHA PAS rela diperalat untuk kepentingan bahasa....(adakah kenyataan ini salah!!!)
begitu juga kita perlu faham maksud islam boleh dipergerakkan untuk menegakkan keadilan...adakah kita berdosa dengan menggunakan nama islam menegakkan keadilan...itu adalah sebahagian yang dituntut dalam islam....
jangan dipersoal berapa ramai org melayu islam yang turun berdemonstrasi...itu adalah tanggungjawab yang termampu selagi kita terdaya.perlu ingat orang melayu adalah tahanan yang paling ramai dizalimi....
ISLAM adalah satu2 nya jalan menuju kearah hidup yang lebih adil...
.................ANTI-ISA..........................
yang berdemo ni pn makan rasuah
naik bas ramai2...
dapat duit makan lagi..
hipokrit la lu..
yang berdemo bagi duit duit barape sgt...
org tua pn xleh nak bg duit bulanan ni kan nk bayar gaji polis la
lu pikir sendiri la
org pas pn makan rasuah..
jgn nk tuduh org lain je
ala kalu org bijak xkan la nk buat bende bodo kan..
kalu org buat bende bodo xkan org bijak nk follow kan..
kalu smpai ribu2 mahasiswa n org bekerjaye trun pdg..
xdpt dwet lak tu..
siap ade risiko kena tngkap sume..
kenape org join?? mesti ade sebab y penting..
org y ckp xpatot tu mmg la..
mak bapak die xkena tangkap masokkan dlm isa..
die xalami sndri cmne kena sumbat dlm tu.. boley la die bising..
kite tgk kite fikir la sndri ngn akal y ade.. kalu fkr ngn otak baek jd lembu.. lembu pon ade otak..
bodo je memalukan diri sndri dlm td.. peniage tu bley la konsider die cari rezki mmg la saket hati tu ak no komen =p
syabas org Melayu.. semua turun org melayu/islam PAS & PKR. yg DAP & PKR bukan islam berapa kerat ja datang.. nampak sangatla sapa yg kerah sapa.. PAS layak jadi tentera General semua depa..
Sedih melihat bangsaku.. inipun nak banggaka.. inikah cara Islam?
pernah tengok dan ade skali mase demostrasi di Dublin,Ireland..siap ade polis..bomba..ambulans dan rescue 911..tp dorg bkn menghalang demo tu mcm yg terjadi di Malaysia..tp membantu melancarkan demo..teringin nak join demo di Malaysia sbb bile bace pasal demo di Malaysia..jauh beza dgn ape yg berlaku kat sini..ape makne demokrasi di Malaysia kalau rakyat tak boleh nak besuara..
Muka-muka tu la jugak yang duk bubuh api.. Mahfuz, Mat Sabu, Mahfuz, Mat Sabu..
Woi!!! Depa tu pun dah senang lenang dah woi. Elaun sana sini. Depa cucuh, hangpa jugak yang terbakar.. Kelam kabut duk buat demo nak pi tuntut keadilan. Keadilan kepala bapak. Hangpa pun kalau pegang kuasa serupa la. Dapat pegang negeri pun, berlingkar duk bahagi projek sesama sendiri. Yang buat demo puak pakai Kancil, Viva dgn Kelisa. Semua jenis otak kecik. Puak duk cucuh, mengebat dgn Harrier, Rexton.
BODOOO....
ini di nama kan DEMOKRASI. nak demontrasi.demo lah.tak nak pun tidak mengapa.tiada paksaan tiada halangan.Ikut Suka Aku
Lu olang melayu manyak magus ma... Lepas ISA apus kita olang senang berniaga. Lu kasila cina jadi PM. Kita olang kasi lu bikin ceramah tiap malam, bikin masjid cukupla. Hal-hal lain lu olang jagan kacau.
Kepada Red Rooster dan yang sekapal dengannya.
Jangan lihat isu ni dari sudut rasist. Demo hari tu banyak orang Melayu pasal org Melayu ada kemudahan dan lebih sesuai berbanding dgn bangsa lain. Tak tengok ker dua tiga hari sebelum tu bagaimana media gila arus perdana mempermainkan isu perkauman berhubung demo yang akan diadakan. Geng Berahim Ali yang bangang pun macam bagi ancaman akan ada nanti Mei 13 kalau orang bukan melayu campur dalam demo tu.
Maka hasilnya, bilangan orang melayu yang turun mengatasi kaum lain. Oh ya satu lagi, kalau orang bukan melayu ramai turun nanti dikata pulak org bukan melayu memperleceh atau menentang POLIS. Pasal POLIS hampir 100% melayu. Ingat lagi tulisan BANGGANG di U Melayu tempohari pasal MACC?
Rumusannya, orang melayu yang tak bersama2 berdemo hari tu terlepas peluang untuk menyatakan pendirian. Dan UMNO dengan juak2nya akan terus berselindung di balik nama melayu untuk terus berkuasa. Sepatutnya org melayu ramai2 turun berdemo dan ludah2 melayu UMNO dan juak2nya.
Kalau nak mempertahankan ahli -ahli Jemaah Islamiah yang masih ditahan tak payahlah. Kepada peniaga yang mengalami kerugian bolehlah menuntut dari GMI yang dipengerusi oleh Syed Ibrahim yang menganjurkan DEMO HARAM.
SALAM TO ALL
Saudara ku anaklangkawi : cara you komen tuu menunjukkan betapa CETEK nya ilmu saudara !! itu bahasa halus sikit ,,kalu BAHASA kasar sikit kita kata kurang pandai..kalu bahasa orang pasar borong ---- malas aku nak sebut !! maaf
RAMAI NYA ORANG MELAYU turun buat demo menentang ISA menunjukkan betapa baik nya HATI/luhurnya pekerti/ orang melayu ISLAM yg mahu segala AKTA jahat seperti ISA ini mesti di mansuh kan dari tanahair kita...Saudara pun tahu AKTA ISA ini yg menjadi mangsa nya tak kira orang melayu/cina /india/kadazan/dusun dll ... Melayu yg ada dalam PAS & PKR ini (walaupun tak semua)peka dengan keadilan untuk semua kaum .. tak timbul sapa kerah siapa ! Harap saudara faham ! berhujjah lah dengan fakta dan secara ilmiah sikit baru lah seronok orang nak baca .
AKU pun sedih melihat keadaan melayu UMNO walaupun dah 50 tahun memerintah tapi masih menggunakan AKTA zalim seperti ISA ini !!Ada kah ISA ini cara ISLAM dan tidak bertentangan dengan ISLAM ?? Adakah akta ini menjadi kebanggaan saudara ?
AYUH MUFTI_MUFTI KERAJAAN DI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA ,KELUAR KAN FATWA SAMADA HARAM KE HALAL KE ATAUPUN HARUSSANASINI ?? JANGAN SENYAP/DIAM, GUE TAHU SEMUANYA ADA TELUQ ...ATAU PUN TOK MUFTI KENA TUNGGU ARAHAN DARI ORANG ATASAN BARU NAK BUAT FATWA ....
YA ALLAH BANTU KAMI DALAM MENGHADAPI MUSUH-MUSUH KAMI SAMAADA YG KAMI NAMPAK ATAU YG TAK KAMI NAMPAK ....
YA ALLAH bantu lah kami untuk menyatakan kebenaran kerana kadang-kadang kami takut untuk bersuara untuk menyatakan yg HAK kerana takut hilang pekerjaan,hilang pangkat dan tak der fulus ..KUAT KAN IMAN KAMI YA ALLAH!!
"Anak orang islam"
Anonymous no. 29,
cuba anda pergi demo...tengok..siapa yg menyebabkan kedai2 ditutup...bukan para demonstran tetapi POlis. mereka melepaskan gas & air kimia...cuba kalau mereka biarkan sahaj perarakan berlaku dengan aman. tak perlu para peniaga tutup kedai kerana mereka yg berarak tidak menceroboh pun kedai mereka...mereka hanya berarak dijalanan bukan dalam kedai...
Dlm paper cina ada gambar SPRM sdg pukul Teoh Beng Hock...diambil dr YNC.com. Aku cari dlm YNC.com tk jumpa,sape2 bleh cari n download dlm blog ni..bleh Pak Bakaq?
SINAR HARIAN ni cari makan dengan cara mengutuk demo jalanan. Sama Zalim dengan tuan dia UMNO/ BN. Jom pakat boikot Sinar. Kita tengok siapa sebenarnya beri depa rezeki. UMNO/ BN ke? Tuhan ke?
KALAU DEMO HARAM BUAT APA NAK SALAHKAN POLIS. NAMPAK SANGAT ORANG MELAYU DILEMBUKAN.
KALAU LEMBU PUN KENA GAS, MEREKA JUGA AKAN MENYONDOL DAN BERTEMPIARAN LARI DAN MELANGGAR APA SAJA UNTUK MEYELAMATKAN DIRI. LAIN KALI MOHOM PERMIT POLIS DAN BUAT DIKAWASAN BUKIT BINTANG. TETAPI TOLONG JANGAN DEMO UNTUK PERTAHANKAN MILITAN JEMAAH ISLAMIAH.
jgn dhairankan,
kerana km berdemo bkn utk jwtn.
biar berganti nyawa sekalipun,
ISLAM km perjuangkan.
apa sahaja ISLAM anjurkan km akan pertahankan
keamanan, kesejahteraan, keadilan, kebenaran.
jika berdemo menuntut keadilan ini kalian mengatakan ianya haram, dan kalian membantah,
bukankan ianya sama seperti kalian menolak keadilan yang ISLAM anjurkan?
siapa kalian untuk meneruskan penangkapan tanpa bicara dan menzalimi hamba-hambaNYA?
sedangkan ALLAH yg Maha Kuasa juga melaksanakan perbicaraan dengan seadilnya biarpun DIA tahu setiap gerak geri dan laku hamba-NYA?
inikan pula manusia yang tanpa bukti menghukum orang lain,
apakah kamu mencabar ALLAH?
UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN BAGI MENJAGA KESELAMATAN DAN KERHARMONIAN NEGARA SAPERTI AKTA KESELMATAN DALAM NEGERI (ISA) TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK - JAKIM.
melayu mudah lupa..kahkahkah...
aku cadangkan lepas ni kalau ada perhimpunan atau demo lagi yg didalangi gerombolan ini PR join sekali kalau boleh tu tunjukkan identiti PR spt pakai lilit kepala yg ada lambang PAS, PKR, DAP dan sebagainya, tengok mesti polis akan serbu dan akan ada adegan sembur menyembur water canon. Time tu baru penyokong gerombolan pun dapat rasa habuan sekali bagaimana kekejaman polis perampok ni.