Sedap!! Klik gambar di atas!

Menteri yang bangang, media yang bongok

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Sebelum membaca berita tersebut, saya baru bersembang dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Beliau menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kepada "kekasaran polis dan kebodohan media (pro-Umno dan Barisan Nasional)".

Tindakan mereka, pada pandangannya, menambahkan lagi jumlah rakyat yang benci kepada Umno dan BN. Kata beliau, kalau Pak Pandir masih hidup, dia akan tergelak sakan melihat kebodohan media-media Umno BN itu. Kalau berminat, boleh baca pandangannya dalam Harakah yang akan datang (dicetak Rabu dan mula diedarkan hari Khamis akan datang kalau tak silap).

Bila membaca berita Utusan Malaysia tersebut, saya berterima kasih kepada menteri yang bangang, polis yang ganas dan media Umno BN yang bongok.

Ya, saya diupah. So what? Di hari amalan saya dihitung nanti, saya akan merayu Allah s.w.t. menyelamatkan saya dari neraka antara lain kerana saya menentang undang-undang ciptaan manusia yang mencabar peraturan-Nya. Allah sendiri pun membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum dicampak ke neraka atau dipersilakan ke syurga.

Ketika hendak menuju ke tempat yang dituju, secara kebetulan saya bertemu dengan seorang pengemis. Saya sedekah sikit kepadanya sambil berdoa kepada Allah s.w.t. di dalam hati, "Mohon saya ni tak ditangkap hari ni, ya Allah".

Saya memang terpaksa mengharung gas pemedih mata dan air beracun, tetapi saya tak ditangkap walaupun berkali-kali berlegar-legar di antara begitu ramai anggota polis. Badan gemuk, lari pun tak guna.

Polis ingat aku ni geng depa? Ada ka polis yang pakai selipar? Kalau ada, boleh jadi la kot. Untung la aku kalau depa ingat aku ni salah seorang dari depa.

Pagi ini, saya memohon kepada Allah supaya menambahkan kebencian rakyat khususnya orang-orang Melayu Islam kepada Umno dengan bantuan menteri yang bangang, polis yang ganas dan media Umno BN yang bongok.

Cukuplah, dah azan Subuh dah.


Sinar Harian semalam
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku adalah ahli dan penyokong kuat umno....
    tapi lama kelamaan....dengan sendirinya aku dapati aku tiada lagi bersama umno....entah bila aku menyusup keluar dari grombolan itu...aku pun tak tau......
    mungkin kerana aku setiap ketika diperlihatkan umno istiqamah menindas rakyat...
    aku sungguh bersyukur....

  2. Hari Sabtu lepas patut dianugerahkan gelaran Bapa Perpecahan Melayu kepada Bang Nuar.

    Moga Impianmu Bang Nuar nak jadi PM terlaksana.

    Hidup Bapa Perpecahan Melayu.

    Tahniah! Tahniah!

    Hidup Bang Nuar! Hidup Aljuburi..ops!

  3. Nampaknya daripada tulisan awak, awak lagi bengang. Biasanya orang yang menyatakan begitu orang yang hampa & bengang. Yang mengambil bahagian tak seberapa berbanding 22 juta. Yang kena orang melayu. yang syok cina & india.

  4. Hang ingat hang la yg bagus dan betoi......
    Anyam bakul pas tu angkat sendiri.....
    hamPAS negara la hang ni.........
    hang ni jenis melayu yg pendek akai, akai hang nuar yg dok control!!

  5. Dio ingat rakyat bodoh sanggup ambik upah untuk kono lepuk dek polis atau pun dio orang berfikiran semua manusia samo macam orang amNO ado duit semuo buleh jadi.

  6. BEGINILAH JADAHNYA APABILA SESEORANG INDIVIDU ITU TIDAK LAGI MENGHORMATI SESEORANG INDIVIDU YG LAIN, YG MERASAKAN BAHAWA DIRI SENDIRI BAIK ORANG LAIN SEBALIKNYA, DIRI SENDIRI BETUL ORG LAIN TIDAK BETUL, TETAPI DIA LUPA BAHAWA ALLAH SWT ITU MAHA ADIL DAN BIJAKSANA YG MENJADIKAN SETIAP MAKHLUKNYA TERMASUK MANUSIA DGN KEUNIKANNYA YG TERSENDIRI, MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN YG NYATA, MUNGKIN SESUATU PERKARA ITU BETUL BAGI SESEORANG INDIVIDU TETAPI TIDAK BETUL BAGI INDIVIDU YG LAIN, TINGKAHLAKU MANUSIA/MASYARAKATLAH YG PALING SUKAR UNTUK DIRAMAL, HORMATILAH PENDAPAT ORANG LAIN ATAS PRINSIP BAHAWA KITA MENYEDARI DIRI BUKAN SEMPURNA, SAYA RASA MESTI ADA TITIK PERTEMUAN BAGI DUA KUMPULAN YG BERTELAGAH TERUTAMANYA YG BERKAITAN AKTA ISA, JANGAN BERTINDAK MELULU, MEMBABI BUTA, TIDAK MAHU BELAJAR DARI SEJARAH, TIDAK MAHU MEMBUAT PERBANDINGAN, MEMANG TIDAK DINAFIKAN BAHAWA CARA DEMO TIDAK SALAH DAN DIBOLEHKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA TETAPI ADAKAH CARA ITU MERUPAKAN SATU CARA/TINDAKAN YG BERKESAN DAN PASTI MEMBAWA KEBAIKAN KPD RAKYAT, BUATLAH PERBANDINGAN DGN MEMBANDINGKAN TIDAK PAYAH JAUH BANDINGKAN DGN NEGARA JIRAN KITA, ADAKAH DGN CARA DEMO NEGARA MENUJU KEARAH YG LEBIH BAIK, LEBIH AMAN DAN DAMAI.......bersambung di episod akan datang...

  7. budak kecik pun reti, gmi nak ambik duit kat mana eh? kalau umno tu yelah dapat bawak berguni-guni hasil songlap duit rakyat, duit tak payah audit kata mereka, teruskanlah kebanganganmu wahai umno dan para pencacai, makcik dan pakcik penyokong kuat umno pun ketawa menteri mereka melawak.

  8. Alhamdulillah...

    Bhai... moga Allah S.W.T memperkenankan doa lu tue.. gua pon harap doa dari gua pun diterima gak...

    InsyaAllah...

  9. Aku setuju dengan hang Pak Bakaq...La ni mana ada lagi Menteri UMNO dan BN yang waras dan panjang akal walau pun mereka tu ada PHD.Phd menteri tu boleh lah di diterjemahkan sebagai "Permanent Head Demaged" sebab dah takleh nak berfikir secara terbuka dan matang.Ramai sangat kenyataan Menteri2 BN terutamanya dari UMNO yang Bangang.Apa nak diharapkan dari media dibawah depa tu...kita pakat takyah beli sahaja sudahlah....salam dari DON

  10. saya pelik pak bakaq.. kebanyakkan menteri saya tengok banyak yang bangang dari yang cerdik.. macam mana orang bangang boleh jadi menteri.. pelik

  11. Sebagai seorang yang menentang kezaliman dan ISA tetapi tidak mampu untuk menghadirkan diri untuk menyertai demo pada itu hari kerana commitment, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menghadirkan diri dan bertarung dengan pihak polis pada hari itu demi untuk menegakkan kebenaran. Semoga Allah selamatkan kita semua dunia dan akhirat. Amin.

    Terima kasih

  12. Rasulullah SAW bersabda:-
    "Allah memurnikan agama ini untuk-NYA namun tidak ada yang mengelokkan agamamu melainkan watak pemurah dan akhlak yang mulia. Maka hiasilah agamamu dengan keduanya."

    Rasulullah SAW bersabda:-
    "Sesungguhnya manusia telah dibentuk oleh Allah sedemikian baik, maka perbaikilah akhlakmu."

  13. Apa???...bodoh !!! bangang!!!...sama aje...2x5&5x2....semua dah jadi bbboooodddooohhhh!!!!!...yang cerdik tetap C**N* &I*D*A...hampa sibuk demo,diam2 depa dok sorok gula..pi lah demo kt kedai...bodoh punya olang!!!!..last2 semua gomen punya hal...

  14. Siapa yang bangang, penulis ke menteri?.....cukup cukup la tu....tenung dalam-dalam bijakkah penulis.

  15. Pak Bakaq,
    Sebenarnya Utusan Malaysia yang memacahkan orang Melayu. Pada masa mereka sebuk membodeh pak-pak menteri UMNO, mereka lupa mereka membuat orang Melayu benci dan berpuak-puak.Syarikat-syarikat iklan dah boikot mengiklan dalam Utusan Malaysia selama tiga bulan kerana laporan yang tidak beretika mengenai allahyarham Yasmin Ahmad. Mai kita ramai jangan beli dan baca Utusan Malaysia, biar edarannya merosot baru mereka tahu. Tak rugi satu sen pun jika tak baca surat akhbar yang tak beretaka itu. Baca media alternatif lebih baik.

  16. Polis pun bodo..media pun bodo..tapi yang dok demo tu lagi laa bodoh..menyusahkan orang tak habis2..lain kali kalau nak demo sangat pi demo kat negeri hampa..

  17. Salam Pak Bajaq. Media Umno dah habis modal. Depa terkejut dengan kehadiran penyokong Anti ISA. Sebelum ni depa guna Polis nak takutkan orang ramai supaya tak datang. Nanti bolehpalh paper bongok Umno tu tulis, gerakan Mansuh ISA tak dapat sambutan.

    Tapi sayang sekali, rancangan mereka tak berjaya. Mereka lupa Allah juga merancang dan sudah tentulah rancangan Allah tak terhingga, tak terkira lebih baik dan tepat.

    Inilah susahnya orang Umno yang tak nak dengar tazkirah. Kluang man, betul kan, kan kan? Kluang man kau tak terkejut ke tengok lautan manusia menyertai mansuhkan ISA tu? Kan kan kan, Kluangman.

    Anon pun nak kata apa? Berapa bilion PR nak upah orang datang. Mana duit dia orang dapat? Orang Umno kasi kot. Kalau tak masakan istana Bali bernilai RM24 juta, kan, kan kan

    Senang je, biarlah depa nak berarak ke, kenapa nak sekat? Bukankah Yumno, boleh belajar, ambil iktibar, ooooo, orang ramai marah kat aku rupanya. Kenapa? Banyaklah sebabnya, pertama zalim, salah guna kuasa, rasuah, penjenayah kolar putih, kolar hitam, biru, merah, coklat, jalur akhirnya jadi kolar beruang.

    Kluangman, Anon, kan kita ada perumpamaan, bangkai gajah mana boleh ditutup? kan, kan, kan , kan. Macam-macam alasan diberikan tapi, orang kini bukan bodoh macam hampa, kluangman dan anon. Kita boleh fikiq. Gaji MB berapa sangat. Jika ambil loan kerajaan pun berapa banyak yang boleh diluluskan. Sendiri, sendiri fikirlah.

    Dulu, saya antara pengunjung setia Masalam Sentral tapi kini tak lai. Takut nak lalu kat kawasan ...........Taku kena ....h

  18. kenape sampai macam ni pak bakaq?

    "Pagi ini, saya memohon kepada Allah supaya MENAMBAHKAN KEBENCIAN rakyat khususnya orang-orang Melayu Islam kepada Umno dengan bantuan menteri yang bangang, polis yang ganas dan media Umno BN yang bongok."

    benci membenci ni bukan sifat yang baik kan.
    doa agar rakyat menambah dosa?
    is that the way of Islam?

  19. pak bakaq,hang tolong hentam hasan ali,pandai2 nak suruh ronnie liu digugurkan.nanti orang susah nak cari arak.aku pasti pas pro pakatan marah kat hasan ali nanti.blah lah..pas keluarlah pakatan,jadilah sebuah parti islam sebenarnya.kita tak nak islam liberal.

  20. aku nak dengar apa pemimpin pas akan keluar 'fatwa'nanti tentang ronnie liu,mungkin membolehkan arak dijual secara terbuka nanti kat selangor.pas jangan jadi alat....

  21. Pengendali media arus perdana ni otak depa tak geliga nak pikiaq masalah rakyat atau masalah mangsa ISA yang zalim ni. Kepala hotak depa geliga kalau mengampu perasuah, penyalahguna kuasa dan pelaku diskriminasi. Sebabnya mudah saja depa pun dapat habuan sama.Kerana habuan inilah ramai juga tok imam, tok guru, tok mufti,tok profesor dan segala tok yang ada terkena penyakit gila/sawan babi.

  22. SINGKAT OTAK DAN BERMENTALITI KHADAM. LAIN KALI BUAT DEMO HARAM DIKAWASAN BUKIT BINTANG. DISANA ADA KAWASAN YANG LEMBU BOLEH LARI BILA KENA AIR CILI.

  23. belajar pandai pandai jadi perdana menteri UMNO penipu mcm mana nak songlap duit rakyat, goverment tengah takde duit sebab dah rolling serta salah guna duit itu pasai PM pak najis perkenalkan AS..nasional pasal ada matlamat lain untuk survival sampai PRU13...............percayalah....sambil nyelam minum air.......melabur labur jugak, tak caya fikir KWSP brapa billion, fikir socso brapa million, petronas tak terkira billion nya serta fikir tabung haji fuhhh.......kaya kaya kaya ..........kaya ngan duit haram,bila la sekor nie nak mampus........................

  24. Bakaq..Bakaq... Meluat sungguh no hang kat Umno..
    Aku dulu meluat jugak.., tapi kebelakangan ini, aku meluat lagi kat PAS..
    Aku rasa ramai lagi orang PAS yg meluat kat Kedah ni.., tapi biasaklaa..depa ramai macam hang jugak..

    Aku rasa PAS lanie tengah diuji. Diuji sesungguhnya sampai menyerlahkan kecelaruannya dalam menentukan matlamat perjuangan. Tu yang sedang terjadi kat Kedah.

    Teringat jugak pepatah,'Better the devil you know than the devil you don't.'

  25. aku pun tak tahu bila kencing warna biru, bila kentut bau umno wakakakakakakak........

  26. hahaha.... jangan cakap banyak-banyak...
    nanti Anwar saman...
    dah lebih setengah billion dia saman orang...
    tapi duit tak dapat lagi... hehehehehe

  27. Tulisan Bakaq hari ni ttg isu ISA dan demo menetang akta yang zalim.

    Yang geng banggang umNO dok merepek tentang hal lain ni apa hal?

    Setiap isu kena settle satu persatu la, ini tak. Bila bukak isu ISA, hampa semua bukak isu lain dan bubuh semua dalam satu bakul.

    Kalau korang sokong ISA, cakap ja lah. Apahal nak berdalih dalih. Senang aku nak minta doa supaya korang merasa penangan kezaliman ISA, baru korang tau azabnya.

    Mat_Penang

  28. apa nak difatwakan ronnie liu?? dia bukan islam pun..?? bodo sungguh hang ni anon 20 woi....

    ~Salim ArAu

  29. SYABAS UNTUK PEJUANG ANTI isa... KITALAH PEJUANG SEBENAR.. BUKAN MACAM PUAK2 umNO.. TAK TAU APA.... TOLONG TERANG SIKIT isa DITUBUHKAN UNTUK APA... NEGARA DEMOKRASI DAN MERDEKA, NEGARA BERPELEMBAGAAN, KITA ADA PDRM, KITA ADA MAHKAMAH JADI UNTUK APA LAGI DENGAN isa... HAMPA ORANG2 umNO SAMA MACAM USA (TANGKAP ORANG TAK PAYAH DAKWA)...JAWAB umNO jangan tak jawab...

  30. saya setuju anon 20.bila nizar pegang lilin,ada kata tidak salah.bila adun baca dap baca ayat quran masa ceramah,dibolehkan.konon2 nya nak jaga undi kaum bukan islam.tapi sedarlah..mereka tu bukan percaya ayat quran cuma nak tarik undi saje.kalau dia percaya ayat quran dah tentu masuk islam.ronnie liu pulak nak jadi hero arak pulak.tengoklah apa wakil pas liberal keluar fatwa tentang isu ini.pasti akan keluar dihalalkan jual secara terbuka.kepada wakil rakyat pas liberal atau pro pakatan tak payahlah sokong dap.janganlah penting undi kaum lain islam diketepikan.PAS KELUARLAH PAKATAN.

  31. pas kedah telah haram arak dan judi?kalau tak haram lebih kurang umno je.tak ade beza.

  32. Menteri2 UBN tak bangang, cuma buat kerja2 BANGANG !
    Bila bercakap, tonjolkan diri seorang yang BANGANG !
    Itulah dok sokong, ampu dan bodek melampau sangat..,
    sampai jadi orang BANGANG! Umno memang BANGANG !
    Yang dok sokong membabi-buta LAGI BANGANG !!
    BANGANG betoi lar..!

    bengang.

  33. orang pas aje yang nak haram isa..aku tengok kaum lain ader pun gi demo.

  34. btol 2 pak bakaq... orang umno terus sokong ISA ni.. al maklumla samikna wa ata'na... huhu.... kalau btol umno ramai penyokong, cuba la kumpul sama ramai ngan GMI wat... jangan mimpila.... sebab kenyataanya yang join UMNO nakkan projek je... huhuhu.... Orang UNMO akan tetap sokong ISA sampai bapak diorang yang kene tangkap dan dihumban di penjara kemunting... baru terasa kot yang ISA tu kejam... selagi tak kene kat batang hidung sendiri, takkan rasa ISA itu akta yang bangsat.....

    KEPADA DIE HARD FAN UMNO.... JANGAN SAMPAI AHLI KELUARGA ANDA YANG DIHUMBAN KE KEMUNTING.. BARU GILA NAK DEMO DIJALANAN... FIKIR-FIKIRKANLA.....

  35. aku tertanya2 pada diri sendiri,sanggupkah kaum lain turun berdemo sekiranya orang islam diISAkan.aku pun perasan demo tempoh hari tak ramai kaum lain turun demo boleh bilang dengan jari.tapi bila kena kaumnya sendiri diISA kan begitu ramai berdemo dengan pasang lilin.kaumnya mati diSPRM diminta bicara inkues.sungguh hebat tekanan kaumnya.bila melayu mati...mati katsk.tolonglah buka minda orang melayu/islam.kita jangan jadi barua kaum lain yg lebih pentingkan periuk nasi dan bangsa mereka.aku malas nak komen2 banyak.nanti orang pro pakatan marah kat aku nanti..

  36. apabila saluran diplomasi tidak dilayan, maka rakyak BERHAK tunjuk perasaan melalui demonstrasi

  37. bagus2... olang melayu gaduh.. maiyak bangang ini semua olang.. nanti gua punya bangsa jadi perdana menteri, jagalah semua olang melayu.. tunggu hah.. ha..ha.. calon perdana menteri no 1 lim kit siang, no2 ronnie liu, no3 anak kit siang lah..

  38. memang betoi...nanti depa marah kt hang..maklumlah PAKATAN RAKYAT!!!..ORANG LAIN SEMUA BODOH DUNGU..DEPA AJE PANDAI/BIJAK!!!...ITU PASAI SELANGOR , LA NI BAGUSS....DEPA PAKAT SUNGGUH....NANTI KELUAR FATWA, MINUM ARAK TAK MABUK TAKPA!!!..MAKLUMLAH NAK JAGA HATI KAWAN!!!..NANTI LEBUH UNDI@!@@!! TAK KE NAYA!!!

  39. apa bezanya melayu islam dengan melayu kapiaq dan cina kapiaq dengan cina muslim? mana lebih penting, agama atau bangsa? kita nak pertahankan agama atau bangsa?zaman Nabi Muhammad, dia perjuangkan islam atau bangsa arab?dari dok bising pasal perpecahan melayu, hangpa jawab soalan tu dulu.

  40. SALAM TO ALL

    Anom 35 ..aku pun pernah berfikir macam tuu juga sewaktu aku jahil , Bila aku dah belajar dan mengkaji serta mendalami AGAMA dalam erti kata yg sebenar baru aku rasa itu salah pada sisi agama ...DALAM ISLAM menentang kezaliman adalah sangat 2 di tuntut oleh agama kita (malah aku rasa dalam agama lain pun sama)..Semua orang belajar agama tahu tentang banyak ayat AL-QUR"AN dan hadith nabi Nabi kita s.a.w menyeru kita memerangi kezaliman ...balik mengaji kitab dengan ustaz yg betuul...

    AKTA ISA ini adalah zalim dan tidak adil .siapa -siapa pun boleh di tangkap dan di tahan di KEM kemunting TANPA BICARA ...ALLAH PUN TIDAK MENCAMPAK MANUSIA TERUS KEDALAM NERAKA TANPA BICARA DI MAHKAMAH DI AKHIRAT ....Pencipta kita buat lagu tu tak kan kita makhluk ciptaan NYA tak buat !!!

    Persoalan nya kenapa Kuam cina /India tak turun berdemo walaupun AKTA INI ZALIM dan bila Puak dia mati ramai yg berdemo (contoh nya kes kugan / teoh)!!! aku rasa ramai yg JAWAP DAh isu ini ,, di antara sebab nya yg aku rasA:

    1. Ramai Kaum lain takut dengan ugutan dan larangan dari POLIS / KDN ..tak semua berani ,ramai yg takut mati ,takut di pukul oleh POLIS (pemimpim PAS pun ada yg tak datang, NASA ada ke ?)
    2. Orang ISLAM memang mempunyai hati yg luhur ,budi pekerti yg baik .mereka ini (walaupun tak semua) akan membantah apa saja akta yg zalim di kenakan keatas manusia ..KEADILAN untuk semua bukan untuk kaum tertentu saja ..INGAT INI ADALAH SATU TUNTUTAN AGAMA,ustaz 2 kita selalu mengajar kita benda ini ...cuba lihat kita belajar agama dari kecil sampai ke mati ....kaum lain bab ini pendita 2 mereka tak ajar kut atau kurang pendedahan ..jadi nya tidak pelik mereka tak turun berdemo sebab ISA ni ramai melayu yg kena,kaum lain ada tapi kurang !! Orang umno pun sokong ISA ini ,itu yg dah belajar agama sejak dari kecil tuu ,apa lagi yg tak der agama ...
    Jadi kita kena lah berdakwah kepada mereka !!mudah2an mereka dapat HIDAYAH dari TUHAN .

    3.Isu perkauman mereka masih kuat !! mereka jahil dengan agama !!

  41. Serangan keatas balai Polis Di Guar Chempedak ( tidak jauh dari Sungai Petani, Kedah ) untuk merampas senjata api. Bagaimana pun percubaan ini dapat dipatahkan pihak berkuasa. KMM.

  42. Australian police arrested four people after foiling a Somali-linked suicide plot to storm a military base in what would have been the country's worst extremist attack.

  43. Pemandu lori mendakwa anak nya 15 tahun dipergunakan untuk menyertai demonstrasi akta ISA pada Sabtu lepas dengan dibayar RM35 dan baju merah 'untuk menjaga keselamatan' PAS.

  44. Salam sejahtera pembaca budiman

    Anonymous (44) Pemandu lori mendakwa anaknya 15 tahun dipergunakan untuk menyertai demontrasi akta ISA dengan dibayar RM35/.. dan baju merah untuk menjaga keselamatan PAS.

    Mengapakah tidak berani mengguna nama atau nama samaran bila membuat dakwaan tersebut. Adakah ada udang disebalik batu bila membuat dakwaan tersebut dengan menggunakan Anonymous. Pada faham saya dibayar RM35/.. dan baji merah untuk menjaga keselamatan Pas maksudnya sibudak ini tidak menyertai perhimpunan tersebut cuma untuk menjaga barang barang atau kebajikan para peserta perhimpunan tersebut.

    Tidak masuk akal bila mengatakan para peserta yang menjayakan perhimpunan dibayar saguhati oleh individu tertentu. Agak berapa jumlah para peserta dapat duit saguhati tersebut. Dimanakah pihak penganjur untuk mendapat duit untuk membayat para peserta untuk menyertai Himpunan tersebut. Sedangkan pihak penganjur memohon simpati orang ramai untuk membiayai segala urusan pentadbiran GMI.

    Jika pihak Umno/BN yang menganjurkan perhimpunan memang ada wang saguhati, makanan minuman dan kemeja T kepada para peserta. Umno/BN ada istana Bali yang bernilai RM24juta boleh dicagarkan untuk mebiayai sebarang perhimpunan.

  45. Salam...

    Sudahlah Pak Bakaq.Janganlah membuang masa lagi dengan PAS.Guna akal sikit.Mana lebih teruk?Antara UMNO yang buat hukum berdasarkan ciptaan manusia tapi tak pernah dakwa itu adalah dari Islam dengan PAS yang buat hukum dan undang-undang kemudian dakwa itu dari Islam?Sedangkan PAS pun jauh dari Islam yang sebenarnya apabila meninggalkan AHLUL BAIT...Fikirkanlah!!!

  46. kepada pemandu lori, samada betul anak saudara diperlatkan atau dengan sukarela menghadiri demo tersebut tidak menjadikan persoalan. yang penting dia balik selamat dan masih hidup. bagaimana kalau tak balik macam ahli dap tu.sekurang2nya campok dengan pakatan dia masi hidup.

  47. kepada pemandu lori. saudara patut bersyukur kerana dia balik dan masih hidup tetapi kalau macam ahli dap tu?

  48. Anak saya cedera dibahagian mata dan mulut dan dirawat di hospital Sungai Buluh. Saya tak bagi kebenaran depa nak pergi demo. Bas pulok kemalangan dibukit beruntug.

  49. PEMUDA PAS PULAU PINANG MENGAKUI SEORANG ANGGOTA UNIT AMALNYA(PENGAWAL KESELMATAN) MOHD AZREEN ABDUL AZIZ DIKERAHKAN UNTUK MENYERTAI DEMONSTRASI ANTI ISA MINGGU LALU.

  50. kepada anon 41.kalau kaum lain takut demo itu hari,kenapa hari lain dia boleh berdemo..takda cakap takut kat polis pun.orang melayu takpayah jadi barua kaum lain.nak jaga undi konon.pii rahh..

  51. ANOM 51 ....

    memang aku DAH cakap isu perkauman mereka kuat ...kurang pendedahan agama mereka itu.agama mereka kurang menekan kan prinsip perjuangan ..itu aku tak leh nak komen
    kebanyakan mereka TUHAN mereka adalah " WANG" walaupun tak semua..dia orang tak nak turun mampus pii lah ....aku tak lah nak kata apa

    ...AKU sokong hang ,Orang melayu memang tak payah jadi barua orang lain ..tapi orang umno jadi barua MCA & MIC dll ...cuba saudara lihat Timbalan Naib Cancelor di mana-mana university awam di Malaysia mesti ada bangsa lain ...mana kouta 30 % bumI yg di mansuhkan baru-baru ini itu kerja orang melayu PAS ke ? jual tanah ke cina kat johor tu , orang melayu PAS ke ? Nak jaga UNDI konon !!

    saudara kena ingat yg KITA PERJUANGKAN adalah prinsip agama . Kalau ada orang melayu PAS yg jual prinsip ini ,MEMANG aku pun marah /aku akan tentang ..kita kena lihat dalam Context yg luas adakah itu kerja individu melayu PAS atau pun PARTI PAS yg membuat keputusan ..Melayu tak semesti nya ISLAM ..SESIAPA YG MEMPERJUANGKAN MELAYU TAK AKAN MASUK SYURGA ...tetapi sesiapa yg memperjuangkan ISLAM insyaallah akan masuk syurga ...kan ada hatith nabi yg bermaksud"BUKAN DARI KALANGAN AKU ORANG YG MEMPERJUANGKAN (ASSOBIYYAH)SUKU BANGSA TERMASUK LAH MEMPERJUANG MELAYU KE CINA KE ,ARAB KE DLLL ..fAHAM KE DOK ANOM 51 ...
    ISLAM FOR ALL ...ISLAM IS THE ONLY SOLUTION ..ORANG ISLAM TAHU INI TAPI TAK MENGAMAL KANNYA.... BILA KERAJAAN MELAYU NAK MENJALAN KAN HUDUD DI KELANTAN ?? SIAPA YG TENTANG ???

    PILIHANRAYA ADALAH SATU-SATU CARA YG ADA DI MALAYSIA INI UNTUK MEMERTABATKAN SYIAR DAN SYARIAT ISLAM .. MAKA MENGUNDI ITU WAJIB .MEMILIH PEMERINTAH YG ADIL TUUU WAJIB !!!!
    MARI LAH KITA MUHASABAH DIRI DAN MEMOHON DOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN PETUNJUK DAN JALAN YG BENAR KHUSUS NYA UNTUK SAYA DAN SAUDARA 51 DAN UMUMNYA UTNUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA ..

    "BERSAMA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM PASTI ANDA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT "

  52. ISLAM BOLEH DIJUAL BELI, MACAM MANA NAK DIMARTABATKAN. NAK HARAP PILIHANRAYA JE. AMAL DIRI SENDIRI TAK JAGA. HUDUD, HUDUD. HUDUD, LAST TAKE BEER.

  53. ambil upah untuk sokong ISA, tapi belot pergi sokong mansuh ISA, itulah muda- mudi zaman kini makin bijak....agaknya..

  54. liwat
    eli geli
    PEGANG LILIN
    TUNDUK HORMAT
    TAKEBEER sambil bawa beca

  55. ANOM 53

    ANOM 52 KATA ..di malaysia ini satu-satu nya yg halal dari segi demokrasi yg ada di malaysia ini adalah malalui pilihan raya , mengaji biar habis ..Siapa yg tak jaga amal UMNO ke PAS ..siapa yg nak take beer U ke ? .. Siapa nak ikut Ronnie liu ???..kita nak ikut sunnah nabi s.a.w ... Pembesar umno memang ramai yg minum arak walaupun tak semua ...Yg mabuk dan raba gadis pelayan kat Hotel berhampiran dengan KL Central tuu sapa ?? UMNO ROMPIN ke PAS ROMPIN !!! Yg rogol anak gadis melayu melaka tu PAS MElaka ke UMNO melaka ...

    Berhujjah lah dengan fakta

  56. TAKBIR, TAKEBEER, TAKEBEER, TAKBEER, TAKBEER, TAKEBEER, TAHNIAH KHALID GEREJA.

  57. ITU YANG NAMPAK, YANG TAK NAMPAK NANTI DICERITAKAN TAKUT MENGAIBKAN ULAR POLITIK.

  58. SEMAKIN PAS INGIN MEMERINTAH SEMAKIN PAS DIPERINTAH.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008