Sedap!! Klik gambar di atas!

Masalahnya i'tiqad bangsa Umno

Masalahnya bukan demonstrasi. Bukan juga kerana kedai tutup, balang pecah, orang bertempiaran lari dan peniaga rugi. Itu tak jadi masalah. Lihat di sini atau baca berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Demonstrasi Umno-PAS?". Antara lain dilaporkan:
Pergerakan Pemuda Umno hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.
Memang. Masalahnya bukan demonstrasi. Masalahnya jangan menentang i'tiqad yang mengimani bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menghidupkan bangsa Umno serta menjamin masa depannya.

Saya dah menyertai demonstrasi bersama-sama orang-orang PKR dan DAP. Saya teringin nak menyertai demonstrasi bersama-sama kawan-kawan dari Umno pula. Apabila ada common issue, apa salahnya berdemonstrasi bersama. Peduli apalah satu dua orang PAS yang dipersoalkan adakah dia lawan arak kerana Allah atau kerana kawan-kawan Umno dia suruh.

Lagi pun, kalau pergi demomnstrasi tu, dapat juga bersalam-salaman dengan ikhlas dengan kawan-kawan dari Umno dan selepas itu saya sambung baliklah penentangan terhadap bangsa Umno.

Saya pun bukan lawan ahli-ahli Umno yang beragama Islam. Saya hanya lawan i'tiqad, penindasan, kezaliman, kekejaman, chauvinisme dan sifat racist bangsa Umno. Sifat-sifat itulah yang membentuk bangsa Umno. Kalau orang yang mengaku ahli PAS pun ada sifat-sifat seperti itu, dia juga sebenarnya bangsa Umno. Bangsa Umno yang menjadi ahli atau menyokong PAS.

Oleh kerana saya melawan chauvinisme, tentulah chauvinisme arak dan fanatik arak pun saya lawan juga. Saya dah lawan "Perjanjian Pangkor" sehingga dihina keimanan saya. Peduli apa.

Sehingga hari ini pun, saya sangat berhati-hati kepada Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Bodoh sangatlah kalau saya mempercayai mereka. After all, I am a Muslim extremist.

Kerja Muslim extremist lawan semua tak kira sama ada dia bangsa Umno yang racist dan beri'tiqadkan ISA, DAP chauvinist arak, si celaka yang suruh orang menandatangani undertaking letter dan si bodoh yang menandatanganinya, polis yang jahat (polis baik nak buat apa lawan), pegawai SPRM jahat (yang baik kita sokong dan tolong kerja depa lawan rasuah), PAS gila balak, Menteri Besar PAS yang berdolak-dalik bila diminta sekat judi dan arak - nak buat lagu mana, dah terpaksa.

Apa kerja lawan tak habis-habis? Saja cari penyakit.

Yang penting, jangan tiru perangai Mat Lobo (lobo dalam hal ini bermakna loyar bohong).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Ketua Pas Selangor ni okay ke tak? Dengar macam2 khabar dan cerita..

    EXCO hal ehwal agama. Takkan setakat ceramah, jadi moderator forum perdana atau merasmikan majlis sahaja. Jenguk2 sama sekolah KAFA Integrasi di bawah JAIS nie. Khabarnya ada murid KAFA Integrasi di daerah Sepang yg berkongsi bangunan dgn Sekolah Kebangsaan sekarang terpaksa belajar di kantin sekolah. Mungkin murid2 kurang selesa. Ada Sekolah Agama yg dah lama uzur, perlukan bantuan di Bukit Changgang. Bantulah..

    Exco Infrastruktur. Masih banyak masalah kemudahan terutama di kampung dan pinggir bandar. Masalah bekalan air di Kg Sg Tekali Hulu Langat, dari kerajaan BN sampai sekarang kerajaan PR belum berakhir lagi.
    Hampir setiap hari tiada bekalan air paip. Tunggu tengah malam atau lewat malam baru ada air. Hari2 tgk lori tangki SYABAS keluar-masuk hantar air.
    Sampai bila perlu begini..?!

    Fikir-fikirkan..bantulah Rakyat

  2. pak bakaq,orang umno dan pas kebanyakan berugama islam.apa salahnya dia nak berdemo bersama.kalau nak ajak dap demo kat masjid esok,belum pasti ronnie liu setuju.kepada orang umno dan pas turun berdemo esok dinasihatikan janganlah pegang lilin dah laa..pas pro pakatan ni memang tak senang tengok orang islam bersatu.mereka ni lebih suka bersatu ngan dap.apa tidaknya dap lebih islam dari umno.
    pak bakaq pun tak berani nak hentam ronnie liu..takdak pun posting tentang dap ni.diam jeee..mesti pak bakaq kata jual arak secara terbuka zaman umno.tetapi zaman pakatan ni tutup kilang arak tu.jangan duk ceramah aje dan berdemo aje.rakyat pun dah naik meluat.aku ni pangkah pas dulu,tetapi pru 13 nanti kene tengok calon,tak nak tengok parti dah.aku tengok pas dah jadi liberal..macam umno jugak.nasib baik presiden pas dari ulamak.kalau jatuh ketangan pas liberal ni..dah lama hancur.

  3. Anon nombor 2 di atas yang kata "aku ni pangkah pas dulu"

    Aku dah banyak kali dengar dan baca orang kata, aku ni dulu sokong PAS, pangkah PAS la macam-macam.

    Untuk memastikan hang bukan jenis Mat Lobo yang aku tulis, sila tulis "WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, aku ni pangkah pas dulu". Sila nyatakan juga pilihan raya tahun berapa dan di kawasan Parlimen serta kawasan DUN mana.

    Kalau jenis Mat Lobo, dinasihatkan jangan tulis seperti di atas.

  4. Kepada Anon no 1 di atas sila pergi ke sini http://n17gombaksetia.wordpress.com/ dan bacalah apa yang patut ... kalau tak puas hati lagi pergilah buat aduan ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, melalut tak tentu pasal pun tak guna juga.

  5. pak bakaq,diantara blog politik saya suka baca.blog yang selalu kontrovesi dengan ideanya dan bahasanya agak kasar yang tidak sesuai dibaca golongan yg beriman.blog yang paling tepat ramalan politik ialah MSO.blog paling mengarut yang selalu siar khabar angin dan hanya tahu copy and paste ialah ABO daily atau dikenali perak blogger network satu2nya penyokong kuat melayu dap.perasan hebat.
    teruskan kritikan terhadap umno untuk membetulkan umno atau hapuskan umno.tapi jangan lupa dap juga perlu dilawan kerana terang2 melawan islam.janganlah diam bila dap bersuara tentang islam.teruskan kritakan pada pkr terlalu bergantung kaum cina dan india..pak bakaq jangan kecut perut.dap dan pkr(spesis UMNO) tak kuat sangat.tegakkan pas berlandaskan islam sebenarnya.

  6. salam pak bakaq,wallahi,wabillahi,watallahi.aku pangkah pas pada pru 10,11 dan 12.aku bukan ahli pas tapi penyokong kuat pas kerana dasar perjuangan islam dan cita2 menjalankan hudud di muka bumi Allah ini.aku bukan jenis orang pas yang yg selalu dok kutuk umno 24 jam.aku ramai kawan dengan orang umno tapi dalam soal islam mereka bersetuju.pemimpin umno je yg tak hendak islam.golongan umno bawahan adalah perjuangan parti umno sebenarnya.cuma golongan ni tidak yakin dengan pas.sepatutnya kita menarik golongan bawahan umno ini untuk mengundi pas.bukannya dok kutuk dia 24jam.gunakan otak dan ilmu yg ada untuk menarik golongan ini.kalau pemimpin pas sanggup nak berdakwah dengan dap,takkan golongan bawahan umno tidak mampu didakwah jugak.strategi pilihanraya umpama peperangan.kita tahu keupayaan kita terhad nak dibandingkan dengan umno.gunakan strategi kelembutan sepertimana nabi kita mendakwah kaum kafir.lama kelamaan mereka akan lembut hati menyokong perjuangan pas.aku minta maaf pada pak bakaq sekiranya komen aku ini menyakitkan hati pak bakaq.komen aku hanya ingin melihat pas memerintah malaysia akan datang.aku mahu pemimpin pas membetulkan perjuangan kelandasan yang betul.aku tengok selepas kemenangan pakatan pru12 ,adun dan MP Pas telah berubah dari segi tingkahlaku seorang mukmin sejati.setengah2 wakil rakyat pas agak memualkan terikut rentak parti lain.sedarlah...kita mewakili parti dakwah dan bukan parti politik semata2.aku suka baca blog penarik beca kerana bahasanya ringkas dan padat.aku juga suka komen kerana nak perbetulkan pas.aku nak buka blog..aku tak reti nak tulis macam hang.sekali saya minta maaf pada pak bakaq..dari anon no2(peminat setia PB)

  7. Nasib baik Ronnie Liu ni buat hal. Sekurang2nya dapat menyedarkan bangsa UMNO bahawa arak ni haram dan perlu dikawal penjualannya. Kedai serbaneka yang jual arak kat Shah Alam ni bukan setahun dua ni baru buka malah sebelum Pakatan Rakyat perintah Selangor lagi kedai serbaneka yang jual arak dah ada. Pada masa tu bangsa UMNO mempunyai Ahli Majlis Perbandaran paling ramai tapi tak dak apa tindakan yang dibuat. Atau pun teloq hilang kena jegil dengan MCA

  8. Aik marah... wakakakaaaa

  9. Anon nombor 2 dan nombor 6

    salam pak bakaq,wallahi,wabillahi,watallahi.aku pangkah pas pada pru 10,11 dan 12.

    Ayat tak bersambung. Bukan masalah aku tak percaya, tetapi biar jelas.

    aku bukan jenis orang pas yang yg selalu dok kutuk umno 24 jam.

    Agaknya Allah s.w.t. silap kerana sentiasa mengecam dan memerangi apa jua kemungkaran.

    Aku tak suruh kutuk orang Umno. Aku kutuk parti Umno, bangsa Umno


    aku ramai kawan dengan orang umno tapi dalam soal islam mereka bersetuju.pemimpin umno je yg tak hendak islam.

    Kalau dah nak Islam, kenapa jadi pengikut pemimpin "yg tak hendak Islam"?

    kalau pemimpin pas sanggup nak berdakwah dengan dap,takkan golongan bawahan umno tidak mampu didakwah jugak.

    Setuju

    aku tengok selepas kemenangan pakatan pru12 ,adun dan MP Pas telah berubah dari segi tingkahlaku seorang mukmin sejati.setengah2 wakil rakyat pas agak memualkan terikut rentak parti lain.

    Setuju sangat-sangat. Tapi ada lagi yang boleh pakai. Banyaklah berkawan dengan orang PAS supaya dapat maklumat yang tepat. Mana yang boleh pakai. Mana yang tak boleh pakai. Tak susah mana nak camkan yang tak boleh pakai tu

  10. Anon No. 5, blog MSO pun kengkadang tak boleh nak pakai juga, hanya dengan panggilan Telefon dan berita dari akhbar utusan melaysia yang belum disahkan betul atau salah pun boleh diulas berjela-jela, kena tapis jugak tu ...

  11. ambil iktibar pak bakaq..aku setuju dengan anon no 2 & 6...dari pengalaman pergaulan aku dengan orang UMNO dan PAS memang orang PAS ni kuat memaki dan mencerca orang..dan sebagaimana sahabat kita kata tadi-kena ada cara hikmah dan fatanah nak tarik golongan UMNO yang cuma berpegang pada ideologi depa(yang dok pegang nak kaut untung memang susahla)"Agaknya Allah s.w.t. silap kerana sentiasa mengecam dan memerangi apa jua kemungkaran."..nilah selalu hujah hangpa bila kita komen sikap hangpa yang tak berhikmah nak tarik orang kejalan Islam...pernah dak hang pikiaq-sekali hang kata kat orang bongok..bangang pada orang yang cuma berpegang pada ideologi yang kononnya benaq bagi dia akan ikut jalan Islam dengan cara makian dan cercaan...pengalaman yang aku lalui..yang paling nyatanya ikatan silaturrahim sesama Islam akan makin menjauh dan putus disebabkan kata-kata makian dan cercaan..tapi tak taulah..kot-kot hang ingat cara macam tu cara paling berkesan nak tarik orang ikut cara Islam..wallahualam..

  12. A'kum semua,

    Bagaimana peniaga, pemandu teksi, hotel bajet dan lain-lain perniagaan sewaktu dengan nya boleh rugi?? Faktanya :-

    50,000 ribu umat datang berkumpul di Kuala Lumpur, sudah tentu menjana pendapatan tak kira peniaga, pemandu teksi, hotel bajet dan lain-lain.

    i. Sudah tentu ianya menjana pendapatan peniaga warung makanan dan minuman dikawasan sekitar perhimpunan terutamnya masjid india, Masjid Negara dan sekitarnya.
    ii. Sudah tentu menjana pendapatan syarikat perkhidmatan awam baik komuter, bas dan teksi sebab kalau nak naik kenderaan sendiri tentu jem.
    iii. Yang datang berdemo bukan dari KL sahaja, tapi dari Utara, Selatan dan Pantai Timur sudah tentu mereka juga menginap di hotel-hotel bajet, tokey hotel juga untung.
    iv. Habis berdemo rombongan peserta demo dari Utara, Selatan dan Pantai Timur tentu singgah shopping di Jalan Masjid India untuk persiapan Raya sekali, Siapa yang untung peniaga juga.

    Malangnya, Demo yang dirancangkan sebagai PERHIMPUNAN AMAN, tak menjadi disebabkan PROVOKASI pihak POLIS dan FRU. Kalau tak diganggu orang berdemo takde yang kena tembak dengan water canon, POLIS dan FRU tak payah nak main kejar-kejar, peniaga pun boleh tersenyum kaut keuntungan luar biasa.

    TEORI MUDAH, TAPI um-NO TAKUT KEBANGKITAN RAKYAT.

  13. salam, pak bakaq.aku tahu blog hang memang popular dan ramai dibaca golongan umno dan pas.gunakanlah kemahiran hang untuk menarik golongan atas pagar dan umno gurkha.berdakwahlah secara lembut dan tidak menyakitkan hati orang lain.contohilah penulisan nik abduh.golongan umno gukha biasanya terpedaya dengan wakil rakyatnya.ramai pemimpin umno pandai berlakon.bila berada dikampung,mereka sanggup masuk kandang lembu,kebun dan masjid2.bila dibandar pulak macam pelesit.tulisan hang sebenarnya memang tajam macam mata pedang.gunakanlah... kejalan yand diredhai oleh Allah.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008