Sedap!! Klik gambar di atas!

Marhaban Ramadhan Karim!

Marhaban Ramadhan Karim! Seronoknya nak puasa.

Ustaz-ustaz kata, jangan puasa tak makan, tak minum ja. Semua kena puasa. Walaupun kita tak boleh mengata-ngata orang pada bila-bila masa sekalipun, ustaz-ustaz kata, bulan puasa lebih-lebih lagi la.

Saya pun dok fikir sorang-sorang. Tulis mendedahkan penyelewengan mereka yang dipanggil pemimpin takkan tak boleh. Orang Putih kata, it is too high a price for a leader to make mistake. Depa yang buat hal, rakyat yang kena tanggung kesan dan bebannya.

Kalau kita tak lawan, silap-silap kita boleh jadi setan bisu.

Saya banyak buat salah. Saya banyak terbabas, tetapi saya dah berusaha sedaya upaya untuk tidak menibai sifat peribadi orang dalam menghentam apa yang saya nampak sebagai penyelewengan. Seingat saya, saya dah cuba. Kalau saya terbabas, saya mohon maaf kepada yang saya terlajak mengata kat depa.

Kita boleh hentam perangai yang mengakibat tekanan dan bebanan kepada rakyat. Sekali lagi, hentam perangai.

Tak payahlah tulis guna perkataan macam si gemuk (saya gemuk), atau tuduh orang buat botox. Tak payah juga ungkit keturunannya, kata Mamak la, Jawa la, apa la (saya orang Patani dari sebelah Pak saya dan Batubara dari sebelah Mak saya - orang kata Batubara tu Batak).

Orang juga tanya, kenapa saya asyik hentam perangai Umno ja dan jarang-jarang hentam perangai hodoh PAS. Kepada yang bertanya, kalau hampa orang Umno, tu kerja hampa la. Takkan semua aku nak tulis. Apa salahnya berbagi kerja?

Perangai hodoh Umno aku tibai. Perangai hodoh PAS, hampa la pulak tibai! Perangai, bukan sifat peribadi. Bukan juga menggelar dengan nama-nama tak elok.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dari saya yang banyak berdosa.

(Tak habis lagi... Peringatan di atas adalah untuk jadi guideline saya yang perangai hodoh ni).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. info-info kesihatan tentang puasa kat sini - Pelbagai Info Kesihatan Tentang Puasa

  2. Boleh tanya.....Apa hal lah kenyataan TGNA sejak akhir-akhir ini sering meng'konfius'kan? tak elok utk PAS....

  3. ramadan ka tidak, kita buat kebaikkan, menjauhi dan menegur kemungkaran, islam sempurna...

  4. Anon 2,

    Untuk mengelakkan konfius, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi la peluang bersemuka.

    Nik Aziz sedia bersemuka Majlis Fatwa Kebangsaan

    Khamis Ogos 20, 2009

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

    "Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

    "Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

    Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

    "Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

    "Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabinabi," katanya.

  5. Anon 2,
    Kenyataan TGNA tidak meng"konfius"kan, tetapi media aliran perdana MSM saja memutarbelitkan untuk meng"konfius"kan anda-anda semua yang sememangnya sudah selalu di"konfius"sakan oleh bangsa umNO. TGNA kadang-kadang bercakap dengan loghat dan intonasi Kelantanese, sesetengah pemberita MSM mengambil ucapan tersebut mengikut kefahaman loghat mereka dan menulisnya sebagaimana difahami bukan sebagaimana dimaksudkan oleh TGNA. lain kali kalau ayat dan intonasi TGNA tidak difahami, dapatkan klarifikasi dari beliau dahulu sebelum menulis. Macamana pun memang dasar MSM untuk meng'konfius'sakan rakyat malaysia terutama yang berbangsa umNo supaya membenci TGNA untuk kepentingan Ketuanan Melayu (dibaca Ketuanan bangsa umNO). Sekian. Selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua umat Islam tak kira lah yang berbangsa Melayu ke , bangsa umNO ke, Cina ke India ke, Arab ke Jepun dll. Wasallam. Jamil Kelantanesia.

  6. Bangsa unMo tu saya pinjam istilah antropologi yang baru ditemui oleh saudara Pengatih teksi (di Kelantanesia, beca dipanggil teksi dan penarik beca dipanggil tukang gatih atau penggatih teksi). Bangsa umNo ditemui melalui kesan fosil beberapa bulan yang lalu oleh Pengatih Teksi dan dipercayai bangsa umNO ini mula wujud circa tahun 1946 dan merangkumi lebih kurang 70% penduduk Malaya/Malaysia pada awal keterjumpaannya. Namun sejak dua dekad yang lalu bangsa umNo dikhuatiri sedang menuju kepupusan berdasarkan kepada kajian ahli antropologi terkini.

  7. Nik Aziz diminta akui kesilapannya, ajaran yang dibawanya meyeleweng dari ajaran ISLAM yang sebenarnya. ULAMA UNDI.

  8. PAS SANGKAL CALON GELAPKAN RM 600,000. PATUTLAH ENAM KALI BERTANDING KALAH. JANGUT PUN DAH TAADA LICIN SEKALI.

  9. Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda. "Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali berjaga malam.

  10. Anon 7, elok anda pergi jumpa dia sendiri, kalau dia salah cuba betulkan, jangan kutip ulasan daripada media tigasuku serta akhbar menyedut hasil dari keputusan no ekor, judi le tuh, duit yang haram itu tidak mustahil akan menyebabkan wartawan menulis tanpa endahkan dosa.

    Anon 8, anda pun satu, tanpa usul periksa dah kutip fitnah itu dari blog yang tidak berprofail, maknanya takde tuan le tu, blog penarik beca ni sekurang-kurangnya orang tau tuan dia nama bakaq, boleh saman jika berita yang dibawanya itu berunsur fitnah, tapi blog yang anda rujuk tentang 600,000 itu pulak? tuannya takde telur, penakut, lempar batu sembunyi tangan, nak saman sapa? guna otak le untuk berfikir ... jangan guna lutut ... lutut guna untuk boxing siam, berkesan.

  11. orang cakap plastik, dia kata palestin... apa raa..

  12. UMNO sengaja putar belitkan kenyataan, biasalah kerja UMNO dulu, kini dan selamanya menipu, 1 Malaysia nak ditipunya.... media massa UBN kerjanya menipu..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008