Sedap!! Klik gambar di atas!

Majlis Peguam atau Umno bohong?

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata:
..di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya (mStar Online 16/8/09 "Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN")
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata:
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons, as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner," Bar Council president explained.

"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year" (Malaysian Insider 18/8/09 "Umno represented by disbarred lawyer ")
Dalam posting blog ini yang bertajuk "Ada pekung di dada calon BN Permatang Pasir?" Tharieq Dhiyauddin berpesan:
Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu...
Pesanan beliau sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.

Lagi pun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

Saya cadangkan kepada Rohaizat agar mencabar keputusan Mahkamah Tinggi 12 Ogos lalu yang menolak rayuannya berikutan tindakan Majlis Peguam memecatnya.

Tak patut Rohaizat dihukum sedangkan, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

Saya juga mencadangkan Rohaizat mengambil tindakan undang-undang ke atas Majlis Peguam yang menuduh beliau terlibat dalam salah laku dan memecatnya kerana, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

Berkaitan:
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat? (Malaysiakini 18/8/09)
Bar says BN candidate disbarred for failing to return client’s money (Malaysian Insider 18/8/09)
Bar Council: Rohaizat disbarred for personal misconduct
The Star Online (18/8/09): Rohaizat Othman, Barisan Nasional’s for the Permatang Pasir by-election, was taken off the advocates and solictors roll on March 7 last year after he was found guilty of personal misconduct, Bar Council secretary George Varughese said.

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into a complaint lodged against Rohaizat by the purchaser of a piece of real property, Varughese said in a press statement on Tuesday.

Rohaizat, who is also the Permatang Pauh Umno division secretary, had allegedly failed to refund almost RM161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat appealed against the decsion of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dsimissed on Aug 12.

“He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor,” Varughese said.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his or her law partners, he added.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. camtu la perangai puak2 umno/bn ini...lansung tarak sifat amanah,jujur boleh dipercayai...memang patut tok guru cakap siapa sokong umno tak masuk syurga...nak masuk syurga camna kalau masih sokong pemimpin tang tak layak untuk pimpin org islam...berkata benar walaupun pahit...sokong tok guru...takbir.

  2. salam pak bakaq, kalau boleh, masukkan blog hamba dlm senarai bloglist tuan hamba..insyallah,hamba pn nk berbakti pd agama, bangsa dan rakyat Malaysia...:)

  3. Tunggulah keputusan pengundi Permatang Pasir, kalau pengundi Permatang Pauh boleh menerima al Jub yang akan menghadap kes di mahkamah maka sudah tentu isu Rohaizat tak lah besar sangat !!

    Apapun rohaizat sudah tentu bukan macam Anwar yang sering menyalak dan menggunakan mahkamah untuk 'escapism'.

  4. sesuai dengan ayat saudara .. semak ini

    http://4.bp.blogspot.com/_jLPyrrG8cRw/SonBXKlwWlI/AAAAAAAAAmc/28rdtK38s8I/s1600/STATUS%2BROHAIZAT%2B6.jpg

    dan

    http://1.bp.blogspot.com/_jLPyrrG8cRw/SonA-qmHkmI/AAAAAAAAAmU/-6Fxk2vwiAY/s1600/STATUS%2BROHAIZAT%2B7.jpg

    terbukti majlis peguam berbohong

    tq

  5. yang dia tibai tu duit koperasi pekebun getah...pekebun getah no orang2 miskin. yang dia tu loyer, kaya, ada hati nak tibai dui org miskin..macam ni ke nak lantik jadi wakil rakyar...umno dah tak ada calon lain ke?


    matdaud chamah-ulusepat

  6. "Even if you pay, the offence has been committed and it is a serious offence as this involves dealing with client's money.

    "If you are an innocent party, you would not be found guilty by the disciplinary committee and the charge leveled under Section 103D is tantamount to criminal misconduct," he added.

    And therefore:

    Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year.

    The Edge (17/8/09)

  7. apo nak dikato wahai kluangman woiiii...?? umno tu dah terang-terang najis... pendukung dan penchachai umno bergelumang dengan najis termasuk kau wahai kluangman woiiii... kha kha kha.....


    ~ * ~

  8. laaa, aku tak heran puak UMNO ni dok rembat duit. Bukan depa kira duit sapa. Aku nak tanya puak2 pencacai UMNO sini, hampa jawab dalam hati sendiri. Ada ka pemimpin UMNO semua peringkat yg tak hambat projek? Aku amat tahu pasai semua yg dok buat kerja tu kawan/kenalan aku. Semua ada jawatan dalam bahagian/cawangan. Bersembang dengan depa hanya berkisar projek. Sanggup berhabis duit untuk mai KL jumpa menteri untuk dapat projek direct nego. Lepas tu bagi kt tokey untuk buat, depa dapat la beberapa persen. Lepas tu bergaya pakai bmw, harrier, brabus, alphard, lexus. Ini la dunia `perjuangan bangsa' UMNO sekarang.

  9. bn dh slap plh org..ataupun mmg sume org dlam bn mcm 2 ..hehe

  10. Oh God !!! Alledged kaki rompak anak guamannya pun boleh di pilih oleh UMNO/BN !!!Betapa hapraknya UMNO ni.
    UMNO IBARAT BERAK DI AYER TENANG. CUMA YANG PALING KOTOR DAN BUSOK SAHAJA YANG TIMBUL JADI PEMIMPIN !!!
    Allah telah tunjuk tanda2 bahawa UMNO ADALAH ORGANISASI TAIK !!!

  11. 5x2, 2x5, pi mai pi mai tang tu juga.... toksah la hampa nak belakon baik...selagi nama kita manusia kesilapan sentiasa menanti..nafsu sentiasa ada..sapa tak teringin harrier?brabus?pompuan lawa? hahahaha....baik mana2 penyokong kuat parti..itulah yang dicari....tepuk dada tanya selera..baik ingat mati daripada parti!

    ~tukaq tayar~

  12. betui tu pak yeh...UMNO adalah ibarat tahi yg paling busuk sebusuknya.....

  13. Salam,

    Berkemungkinan kini tiada lagi calon-calon yang benar-benar bersih di kalangan pemimpin UMNO..Wallahu a'lam

  14. KALAU MAHKAMAH ALLAH NANTI, PUAK-PUAK PAS DAN PAKATAN YANG AKAN MENDAPAT HUKUMAN PALING BINASA OLEH YANG MAHA BERKUASA KERANA LIDAH MEREKA SANGGUP MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM SENDIRI DAN MENGANGKAT TARAF PEMIMPIN BUKAN ISLAM YANG TERANG-TERANGAN MENENTANG ISLAM SBG SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT!!!!MENGAPA PUAK-PUAK PAS SEMAKIN BODOH SPT NIK AZIZ?

    TAKEBEER!!! MEMBANGUN BERSAMANYA,,MEMANG HIDUP DAP BERSAMA PAS

  15. juak dan pecacai puak-puak yang suka tibai duit ni pun kaki tibai juga, mana depa peduli semua pasai bersih ke! kotor ke! Macam menyelam dalam sungai sambil berak, benda tu timbul dia tenggelam, benda tu tenggelam dia timbul, rasa dahaga minum ayak tu jugak...janji kenyang!!!! Aku minum yang dah tapis!!!

  16. Majlis Peguam sangat pembohong.Mula hari tu kata Rohaizat lesapkan RM140,000; tetapi kenyataan terkini katanya RM161,000!

  17. nasib baik duit deposit nak bertanding dia tak sebat

  18. A'kum semua,

    Kriteria utama nak jadi pemimpin um-NO kena pandai loyar buruk dan pandai songlap duit rakyat Marhain. Kalau tak masakan Adun dan MP um-NO baru sepenggal dah kaya Raya. Wak Jawa tu baru 2 penggal jadi MB selangor dah bikin Istana, tu yang kalat Malaysia yang kat luar Negara tak tau la macamana.

    Mgtbertam memang betul, bab projek sungguh um-NO terror cukup bijaksana, pi lobi projek makan komisyen, projek bagi kat Cina. Tapi menyalak nak tolong Melayu.

    -Zackry-

  19. UMNO bohong dulu kini dan selamanya, 1 Malaysia dah tahu...

  20. MAJLIS PEGUAM BERSENKONGKOL DENGAN PEGUAM 'MURTAD' MALUKAN CALUN BN. BILA KES POLITIK MAJLIS PEGUAM BUAT KEPUTUSAN SEGERA. BILA BUAT TUNTUTAN, MAJLIS PEGUAM AMAT BIROKRATIK DAN LAMBAT DALAM TINDAKAN. TUNTUTAK 40K DISONGLAP, SELEPAS 2 TAHUN BARU BUAT KEPUTUSAN DAN BAYAR GANTI RUGI RM5K.

  21. PADA TARIKH 28/03/08 KOPERASI TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA LEMBAGA TATATERTIB MAJLIS PEGUAM DAN TELAH MENARIK BALIK KESEMUAN ADUANTERHADAP ROHAIZAT.

  22. al hussen al buaya al kiuh koyaa (pecacai umngokk)
    tak kira la berapa ratus ribu sekalipon
    kalo dah tak amanah , kaki copett , kaki menyelewang
    sama jer tak kira calon ker ahli umngok
    duaa talak gunaaa
    nak menipu duitt rakyatt jer
    sama cam al hussen al buaya

  23. anony 21, tarik balik aduan bukan kerana si rohaizat tak bersalah, kerana si rohaizat telah menyelesaikan segala tuntutan, selesaikan tuntutan atas segala kesalahan bukannya bererti tidak bersalah, ada paham?

  24. Jgn la marah2. Beliau bukan pengkhianat kepada rakyat Malaysia, cuma khianat pada ahli koperasi pekebun getah je. Biar la. Seperkara lagi jgn pisahkan UMNO dari duit. Kesihanilah UMNO yang dah tua tu sebagaimana mengasihani mak ayah anda. Pesanan ikhlas dari;
    MAD BALING

  25. ROHAIZAT MANGSA KEADAAN YANG DIFITNAH PAS. BELIAU TIDAK TERLIBAT TRANSAKSI RAKAN KONGSI DAN KOPERASI.

  26. Anon 25,

    Ye ke fitnah tu dari Pas. Bukan ke Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa Rohaizat tiada kena mengena dgn kes tu. Yg terlibat partner dia. Diulangi partner dia yang terlibat. Kenapa majlis peguam tak tarik lesen peguam partner dia? Yang ditarik lesen ialah Rohaizat.

    Apa kata Mufti Perak pasal calon Umno ni.

    Pelik juga ye. Berita betul dikatakan fitnah.

    Adie

  27. juak juak umngook ni klu dah kena batang hidung dia semuanya fitnah la...serangan peribadi laa...mcm2 laa....yg hampa dok serang anwar ibrahim bagai nak gila tu nak kata lagu mana???? Memang patut sgt la hampa ni tak boleh masuk syurga...masuk PWTC bolehla.. itupun nak kena tabur duit dulu baru boleh masuk....

  28. politik melayu ni "hina" sungguh....aku lama dok di overseas, tak penah aku tengok keadaan yg saling dok hina menghina sesama bangsa dlm dok kempen....yg politician negara luar buat kempen adalah pikat rakyat dengan program utk pembangunan strategik utk majukan negara dan semua...tunjuk kesilapan lawan dengan cara pro, berpidatu berhujah dengan cara intelek, penuh fakta, data dan statistik. betul la....melayu tetap melayu....kalau dengan bangsa sendiri bukan main lagi tunjuk samseng. tapi bila keja bawah kapiaq... "anu" dok kat dlm tekak sendiri...tak bunyi suara..sampai bila...? melayu BODOH...!! bangsa tak sedar diri....bangsa melayu ni kalau pegi luar negeri belum tentu org kenal, takde rekod utk tunjuk org melayu cemerlang dan hebat di dunia ni. tak dak pun sorang melayu dapat anugerah nobel...tapi apa yg melayu mahir, bergaduh sesama sendiri, dok menuduh org....seolah diri sendiri tu baik sgt, dari dula sampai sekarang tak habis gaduh, bosan aku......aku cuma bangga jadi muslim....tapi aku malu jadi melayu..

  29. TETAPI KENAPA TAADA REPOT POLIS DAN PERTUDUHAN JENAYAH. RAGU - RAGU TINDAKAN MAJLIS PEGUAM INDIA NI.

  30. Salam Pak Ngah,

    Tajuk posting ini menarik perhatian saya. The Disciplinary Board who governs the conduct of lawyers in this country is the most feared board for legal practitioners. Ahli Komiti yang dilantik untuk mendengar perbicaraan salah laku peguam juga bukan calang-calang peguam. Paling kurang, pengalaman bertikam lidah dalam mahkamah selalunya berdekad lama.

    Secara peribadi, saya tak rasa Majlis Peguam terkhilaf, apatah lagi apabila Mahkamah Tinggi sendiri telah menolak rayuan Perayu. Allahua'lam...

  31. Seronak saya dapat maklumat macam ini. Moga kita semua insaf bahawa "JANGAN JADI HAMBA DUIT".

    jo_propas

  32. As Usual .... UMNO is like kerusi reput, nak disimpan tak boleh duduk, nak dibuang orang sampah tak kutip,,
    UMNO tersilap, tak buat homework, padan muka.

  33. Tengoklah peguam peguam bukan melayu yang pecah amanah yang telah di ambil tindakan oleh majlis peguam, masih boleh bekerja sebagai konsultan disyarikat peguam lain.

  34. penyamun kawannya penyamun, orang beriman kawannya orang beriman.....

  35. To anonymous 33,

    Did any of them offer themselves as a candidate in election? Did any of them make a press statement contrary to the facts disclosed by the BC? You know what ...nobody will question the BN candidate if he works as a consultant with any legal firms after the BC findings, but as potential people's representative, people have every right to question his moral/ethical standing.

  36. DAH MENCURI DUIT PELANGGAN TETAPI BEBAS BERKELIARAN.

  37. Tapi kenapa Yusri yang tanda tangan perjanjian jual beli ni. Betulkah Salleh Man tak bayar hutang TEKUN lebih RM 20k. Last bayar bulan Julai 2008.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008