Sama seperti saya bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, kepada saya, dalam banyak-banyak kenyataan Timbalan Perdana Menteri, kenyataannya hari ini adalah antara yang saya berkenan:
Laporan Bernama sebelum ini:

Nik Aziz perlu selesaikan soal kenyataannya dengan Majlis FatwaBerikut pula ialah transkrip ucapan Mursyidul Am PAS yang saya setuju yang disiarkan oleh Utusan Malaysia:
mStar Online (21/8/09): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu menghormati keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Muhyiddin berkata, sekiranya Nik Aziz mendakwa, terdapat perkara yang tidak betul mengenai keputusan itu berikutan ia dibuat tanpa dirujuk kepada beliau terlebih dahulu, Nik Aziz dinasihatkan bertemu sendiri dengan pengerusi jawatankuasa, Datuk Abdul Shukor Husin bagi memberikan penjelasan.
"Apa pun, itu tidak boleh dipermainkan, ia harus dihormati.
"Kalau Nik Aziz kata, ada beberapa perkara yang tidak berapa betul, dia kena beritahu sendiri kepada pengerusi Majlis Fatwa.
"Tidak payah debat dalam media dan sebagainya kerana ini membabitkan maruah beliau," katanya kepada media selepas melancarkan logo Perdananan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) dan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp Malaysia dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) di sini, hari ini.
Semalam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan beliau terlebih dahulu.
Beliau menyifatkan jawatankuasa tersebut sebagai tidak profesional dan keputusan itu telah dipengaruhi oleh pihak lain.
Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan sebelum itu memutuskan kenyataan Nik Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, media pada hari ini telah pun mengeluarkan transkrip kenyataan Nik Aziz itu dan beliau sepatutnya tahu apa yang dilakukannya.
"Jadi saya tidak perlu nak nasihatkan Tok Guru...beliau patut tahu apa yang dilakukan," katanya.
Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik AzizSaya setuju. Kalau ada yang tidak setuju, itu hak demokratik anda. Kalau nak jawab dalam ruangan komen, jawab secara ilmiah. Komen maki Umno atau PAS atau pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu tidak akan disiarkan di bawah posting ini.
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.
"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
Laporan Bernama sebelum ini:
Nik Aziz kata ahli Umno tak akan masuk syurga
BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.
"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.
Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.











Cantik? Klik 






adakah plastik yg katakan tok guru tu bermaksud ciplak.
saya suka cara bakaq yang tidak secara membabi buta mengutuk kerajaan. kalau lagi banyak orang macam ni, lagi bagus..tak kira la dari umno ke ataupun pas. bila otak dalam keadaan yang sihat, benda2 yang elok didengar akan keluar dari mulut. takde la asyik nak memaki hamun sesama bangsa. benda yang bagus patut kita setuju, yang batil patut ditolak. tak kira dari parti mana.
saya harap bakaq akan teruskan penulisan sebegini
jadi dari mana islam palestin yg dilapor bernama boleh muncul? dan juga dari mana ayat penyokong amno tidak boleh masuk syurga boleh berkumandang? tiada ahli tiada penyokong disebut dlm kata2 tersebut.
yg saya nampak islam itu islam ini bla bla bla tak boleh bawa ke akhirat ke syurga.
Salam
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H
Islam ada macam2 kat Malaysia ni. Islam Hadhari, Islam Liberal, Islam Nasionalisme, Islam sekularisme. Malah Islam yang tak percaya Hadis pun ada.Hanya percaya kepada Al-Quran dan menafikan Hadis Nabi sebagai rujukkan.
Begitu juga dengan orang Islam yang tidak solat, puasa, zakat dan haji tapi banyak buat kebaikkan kepada orang, suka menderma, adakah kebaikkanya itu boleh bawa ke Syurga Allah? Adakah Islam yang menolak hudud, hina janggut Nabi boleh bawa ke Syurga?
Begitu juga dengan orang Islam yang solat tak tinggal, sujud sampai dahi hitam, puasa sunat Isnin- Khamis. Umrahnya setiap tahun. Hajinya sampai 3-4 kali, tapi bila diseru kepada tertegaknya Hukum Islam dia menolaknya sebab tidak sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, masyarakat majmuk nati jadi huru-hara kalau buat hukum Islam. Apakah amalannya boleh bawa ke Syurga Allah? Wallah hu a'lam
Saudara Anonymous,
'Islam ada macam macam...". Nama pun manusia. Jadi tentulah ada perbezaan. Masalah yang melanda umat Islam negara ini ialah kita suka melihat dari sesuatu dari sudut parti.
Contoh bila ada orang dari parti kita cakap mengarut, kita pertahankan dia walaupun kita tahu dia salah. Apa yang Nik aziz cakap berkenaan ahli UMNO dan syurga adalah salah. Siapa Nik aziz nak tentukan calon Syurga dan neraka. Itu kerja Allah swt.
Yang salah tetap salah. Jadi kalau pun kita orang PAS, kita kena terima apa yang Nik aziz cakap adalah salah. Janganlah cuba menangkan kebatilan dengan mempersendakan istilah Islam Hadhari atau kesalahan UMNO. Yang jelas Nik aziz salah. Semoga Nik aziz( dan yang lain) jaga lidah sebelum berucap.
Ingin saya ingatkan saudara seislam akan bahaya memfitnah. Ia melanda dan menggugat kita umat Islam. Kita mengaku beriman pada Allah. Kita sibuk melaungkan mahu menegakkan Islam di Malasia.
Namun pada masa sama kita juga meruntuhkan Islam dengan sikap suka mendengar fitnah. Lebih malang lagi kita juga suka sebarkan fitnah. Dan yang paling menyedihkan kita suka menokok tambah cerita yang kita sendiri tak tahu. Nak sedapkan cerita. apa tah lagi kalau mengenai parti lawan .
Terdapat sebuah Muzuim Samudera di Melaka. ianya terletak di tepi sungai Melaka( berbentuk kapal). Baru-baru ini saya melawat Muzium tersebut. Ada penerangan mengenai sejarah Melayu, Raja-Raja dan kedatangan Portugis ke Melaka. Namun ada satu ayat yang tercatat yang menarik perhatian saya. Ianya berbunyi "Bila hilang kuasa politik maka hilanglah segala-galanya".
Pada umat Melayu Islam sekelian, teruskanlah budaya memfitnah dan menjadikan orang Fasik seperti Raja Petra sebagai sumber berita jika anda mahu Melayu kehilangan kuasa politik. Dan bila kuasa politik terlepas dari tangan barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat anda. Dan bila kuasa terlepas dari tangan, ianya mungkin untuk selama-lamanya.
Dari cara orang Melayu berpolitik, nampaknya akan berakhirlah kuasa politik kita tak lama lagi.
Apakah ulama yang bersekongkol dengan isme-isme yang bercanggah dengan Islam yang berdasarkan Quran-Hadis, Ijma ulama dan Qias semata2 sayangkan kedudukkan , pangkat dan darjat tidak akan disambar api neraka Allah? Apakah Mufti yang mendiamkan diri dan Majlis Fatwa yang keluarkan fatwa haram bertafakkur depan Tugu peringatan, tapi menteri2 yang beragama Islam sampai hari ini masih buat ajaran sesat itu tidak berani untuk tegur mereka, adakah Majlis Fatwa dianggap tidak bersubahat? Kenapa Majlis Fatwa tak Larang , tak tegah? Kalau hanya keluar fatwa berdasarkan suratkabar, tanpa ada kebenaran beritanya adakah boleh dijadikan hujah oleh mereka yang bergelar ulama dalam buat keputusan berkaitan TGNA? Hadis pun ada macam2, ada hadis sohih, hasan dan palsu. Hadis palsu boleh ambik buat hujah ka? Betullah tanggapan orang yang kata Tv3, RTM dan Utusan Malaysia telah berjaya jadi kitab orang Umno-' tiada yang benar melainkan benar belaka'
plastik..... palestin.....
Hmmm miss communication
inilah yang dikatakan mainan politk!
isu panas sambut puasa tahun ini...he2
Laporan daripada Bernama ada sebut Dato Nik Aziz kata "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".
Dari mana perkataan Palastin datang. Dato Nik Aziz ada sebut Islam UMNO Islam Palsu, Islam Plastik. Plastik dan Palastin Jauh benar bezanya.
Kita tidak boleh percaya sepenuhnya seratus peratus berita daripada media massa.
Sekiranya mahkamah hendak membuat keputusan, perlu dipanggil tuan punya diri dahulu sebelum menjatuhkan hukum. Logiknya sama dengan Majlis Fatwa, "TIDAK BOLEH" mengambil berita daripada media untuk membuat kesimpulan. Ini dipanggil "Hearsay" dalam mahkamah dan tidak boleh digunakan.
PLASTIK pada ore kelate membawa pengertian yang simple tetapi mendalam.. boleh diertikan sebagai sesuatu yang tidak menepati atau dengan lain perkataan tidak 'original', mirik kepada kepalsuan dan penipuan, sesuatu untuk sementara, tidak bertahan lama, lembik, mudah cair, berubah-rubah, sub-standard dan sebagainya.
Cuba bayangkan kereta plastik mainan budak-budak dengan kereta sebenar..
ISLAM yang diajar oleh nabi, para sahabat dan para ulama sudah tentu bukan jenis plastik!
Nampaknya sudah jelas bahawa media memutarbelitkan fakta yang sebenar. Bila dah keluar transkrip ucapan TGNA itu tiada pun seperti apa yang di gembar-gemburkan oleh media.. Kadangkala mereka hanya tahu menghangatkan suasana dan mengeruhkan keadaan.. Siarkanlah kebenaran, jangan berat sebelah dalam laporan...
shamsul
sebelum sarankan nik aziz jaga lidah sebelum berucap baik kamu yang jaga telinga dan hati sebelum nak mengata ulama.
nak kata salah..kasi la hujah.. orang bercakap dengan ilmu..kita cakap dgn nafsu.
ada 72 golongan tapi 1 golongan jer yang masuk syurga .. lai lain masuk neraka
kalau dapat minta Bernama ambik jurubahasa bahasa kelantan dan bahasa malaysia untuk menterjemahkan ke bahasa malaysia yang betul..bernama sekarang sudah terkena gejala PPSMI
A'kum semua,
Pada pandangan saya betul dah apa TGNA kata tu takde cacat sedikit pun, puak Gerombolan mesti la menggelejat dan menggeliat kepanasan sebab terkena kat batang hidung. Islam yang dibawa Gerombolan um-NO tak boleh bawa ke Syurga, sebab puak Gerombolan nie jugalah yang Menolak Hukum Hudud, Sampaikan tahap Kelantan hendak melaksanakan Hukum Hudud pun digertak orang um-NO. Kalau dah tahap menolak Hukum Hudud nak kata ISLAM macamana lagi tu? Huku Hudud tu Hukum Allah. Kalau Nak diceritakan banyak sangat kenapa puak Gerombolan tidak ISLAMIK dan tak menjalankan Syariat Islam, Islam yang ada dan dijalankan sekarang cuma kosmetik je.
Kalau betul TPM tu Ikhlas dengan kenyataan tu, panggil terus TGNA mengadap Majlis Fatwa biar mereka berhujah, dan akan terselak dan terserlahlah kebenaran. Cuma puak Gerombolan takut terserlah keburukan mereka.
-Zackry-
Itulah modal yang paling besar bagi parti PAS yang sukar dipatahkan oleh UMNO terutamanya apabila menjelang pilihanraya...
Bila dengar rakaman dari TV3, sy rasa lega. sebab ceritanya berbeza drp yg dihebohkan. Benarlah jgn terlalu percaya suratkhabar. Kenyataan pemimpin pas kena baca kat harakah. Begitu juga sebaliknya. Utusan perlu minta maaf sebab byk perbezaan keyataan Nik Aziz. Majlis fatwa jangan lekas melenting.. Mufti pula perak kena muhasabah diri. Jadilah mufti yg tidak memihak kepada mana2 parti politik.
Salam En Shamsul,
Selamat berpuasa, macam tak kena je komen awak ni? dah kaji & dengar betul2 ke apa TGNA cakap, kalau tak apa beza tuan dengan utusan melayu & majlis ulamak yg buat kepusan base on paper. hehehe kelaka jgn la buat fitnah kala takde fakta dosa kering jer, apa yg TG cakap ayatnyer panjang tapi amik sekerat je memang la lari maksudnyer..kong kali kong la lu..
Awang kenit
Mufti sekarang ni pun guna kaedah ISA gak ke?
Jatuh hukum tanpa bicara? Bahaya ni sebab ISA cuma melibatkan individu tertentu je. Tapi fatwa mufti melibatkan semua orang Islam di Malaysia.
Ya ALLAH, tunjukkanlah yang benar itu sebagai benar dan hancurkanlah kezaliman.
Saudara Anonymous,
Saya tidak mengata Nik aziz. Saya hanya menegur sesama manusia. Sedangkan Nabi Muhammad Saw juga ditegur dalam Kuran. Apakah salah memperingatkan sesama manusia.
Nik aziz adalah manusia. Dia juga melakukan kesilapan. Siapa dia untuk menghukum ahli UMNO . Pernahkah dia terfikir untuk menasihatkan orang PAS seperti Mohd Sabu yang hanya dikenali sebagai suka memaki hamun saudara sesama Islam.
Saya hormat ulama. Tapi ulama yang macam mana? Apakah Nik aziz tak boleh ditegur?
Muhyddin dulu sepatutnya mohon maaf pada Nik Aziz kerana beliau adalah antara org yg galak menghentam Nik Aziz tanpa usul periksa...tak perlu ego...kerana permohonan maaf Muhyddin kemungkinan akan menaikkan 0.05% kredibilitinya sbg TPM
Pendapat saya, Nik Aziz tak perlu jumpa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan(JMMFK)....tapi sebaliknya JMMFK patut nilai semula fatwa yg dikeluarkan oleh mereka setelah membaca kenyataan sebenar Nik Aziz....
Kemudian mohon juga JMMFK keluarkan fatwa hukum membuat kenyataan tanpa usul periksa...
saya rasa kebanyakan daripada kita tak faham. Terutama tentang hukum hakam. Contohnya satu campur satu (1 + 1) = 2. Sapa yang bagi jawapan dua tu? Nik Aziz ke? Tentu tidak. Tapi Jawapan iotu datang daripada Allah, begini maksud saya, kalau kita berjudi = haram = dosa = masuk neraka. Sekali lagi Nik Aziz ke yang tentukan hukum tu? Lu pikir lae sendiri...
Kita kalau bercucuk tanam, contohnya tanam pokok rambutan hasilnya tentule dapat buah rambutan, takkan dapat buah durian pulak, eh..eh Nik Aziz ke yang tentukan hukumnya.. lu jawab le sendiri...
Tiba-tiba umno tanam sekular dapat hasil Islam hakiki...lawak - lawah ha ha hha
JAMAJA
betula la shamsul, sebelum kau suruh TGNA jaga mulut lebih baik kau jaga hati, telinga & hati jgn sampai mati & buta sehingga tak dapat membezakan hak & batil...kalau melayu Islam hilang kuasa aku tak salahkan melayu seluruhnya tapi pemimpin Melayu yang ada yang mana bila ada kuasa lupa segalanya & merasa diri itu amat berkuasa hingga segala kemungkaran yang dilakukan pun cuba dihalalkan...tapi kalau kita benar berpegang pada Al Quran & Sunnah...kita tak perlu rasa takut kehilangan kuasa kerana kita percaya yang Maha Berkuasa itu adalah Allah SWT....
Pak Bakaq,
Betul kata Shamshul, dia cuma menegur sesama manusia. Kan contoh tauladan yang baik. Tapi masalahnya, berita dari Bernama itu tidak menepati apa yang telah diucapkan oleh TGNA. Jadi siapa yang membawa berita fitnah itu? Majlis Fatwa memberi fatwa berdasarkan ucapan TGNA atau sebaliknya? Siapa membawa fitnah? Siapa percaya fitnah? Satu lagi kalau kita banyak dosa, merompak, menyamun, buat jahat, menganiaya orang, takkan nak kata ALLAH yang tentukan, ALLAH dah beri panduan kepada kita macamana nak masuk syurga melalui Al-Quran dan Sunnah. Kalau kita ada kuasa / wang dan kita gunakan kuasa / wang itu untuk kebaikan, tentu arah ke syurga. Kalau guna untuk sebaliknya atau lebih banyak untuk sebaliknya, jawapannya boleh fikir sendiri la.
saya rasa shamsul ni ada sikit bengap. tak faham langsung maksub seseorang itu bila mengeluarkan sesuatu kenyataan. sama ada ada maksud lain atau sebaliknya.
hahah...bodo... memang bodo la...
kalau dah bawak Islam yang menyeleweng... tu bukan lagi Islam dah la... macam Mat Laksamana, macam Ayah Pin, macam geng Arqam, geng Rasul Melayu tu... Islam hapa kalau duk sokong ustazah mekap tebal yang duk kutuk hukum potong tangan, duk sokong orang-orang yang tolak hukum Allah.... orang-orang zalim...
majlis fatwa malaysia.... geng badut raja lawak je....
berapa banyak fatwa mereka yang dah digelak-gelak geng amnu.... masa tok p'pitih perak kata sure heboh haram... depa tukaq jadik jom heboh... halal balik.... kemudian... bila pr memerintah perak... jom heboh diharamkan... sekali bila mai balik amnu... terus halal balik... tok p'pitih perak... tengok saja laaaa....
Takut sangat shamsul akan kehilangan kuasa politik orang Melayu....! Biarlah ditegaskan di sini, bahawa kuasa politik itu akan hilang lenyap jika membelakangkan al Quran dan sunnah..
Saudara Anonymous,
Janganlah kita semua taksub pada manusia. Saya membaca apa yang Nik Aziz cakap mengenai UMNO. Mudah saja. Tiada sesiapa antara kita yang boleh menentukan syurga dan neraka. Ianya hak Allah swt.
Apa yang Nik aziz sampaikan adalah salah. Yang salah tetap salah. Tidak pernahkan kita dengar "Berkata benar walaupun pahit".
Mengenai Melayu hilang kuasa, ramai ahli PAS cakap saya cuba takutkan mereka. Saya jawab apalah gunanya beri ingatan bila segalanya berakhir. Apalah gunanya bercakap bila Yang Dipertuan agung terpaksa lantik PM dari Melayu yang terpaksa beri jawatan TPM pada DAP.
Apalah guna jadi PM bila semua orang tahu kita terpaksa ikut telunjuk DAP. Macam kes Nizar saja. Kenapa tak pernah orang kata demikian pada UMNO . Sebab prerkara tersebut tak berlaku pada UMNO. Hanya pada PAS, DAP boleh tunjuk lagak dengan sikap anti Islam dan Melayunya.
Adakah PAS tidak" memberlakangkan AlQuran dan Sunnah". Adakah Nabi Muhammads saw mengajar PAS memaki hamun sesama Islam seperti yang Mohd sabu sentiasa lakukan? Atau seperti Mohamad Sabu berpantun pantun dalam Muktamar PAS menuduh Najib membunuh altantuya. Siapa sumber beritanya kalau tak Raja petra. Lupakah Perinmgatan allah mengenai perkhabaran orang fasik.
Jujurkah PAS pada Islam bila pada 1998 Mohd sabu mencabar Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim dalam satu ceramah " Anwar Akljuburi. Inikah orang yang akan memerrrrtabatkan Islam".
Jujurkah PAS dalam hal ini. Untuk pengetahuan saudara, inilah sebab utama sokongan Melayu pada PAS merosot.
pasal bab syurga neraka ni aku rasa dah berapa kali dia duk cakap benda yg sama..aku nk ulas pun xtau nk ulas apa..hakikatnya aku malu dgn kenyataan mcm tu..malu sebagai seorang ISLAM..ini ke yg dinamakan kepimpinan melalui tauladan?? ini ke kepimpinan ulama?? sampai tahap buat dalil sendiri pasal syurga neraka??
syurga neraka ni jgn buat main..bukan hak kita sebagai hamba menilai kedudukan seseorang hamba selepas mati..semua itu hak mutlak ALLAH S.W.T..
dan aku juga percaya ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri yg x setuju dgn pandangan dan kata2 nik aziz ni cuma x disuarakan sahaja kerna takut dilihat sebagai satu kepincangan pendapat didalam parti..!!
nk kata akhbar utusan buat fitnah?? aku pun baca harakah jugak..lagi hebat dia punya fitnah..lagi ntah ape2..
nak kata BN serang peribadi dan batang tubuh?? aku pun dgr jgk ceramah PAS&PKR..sama jgk..serang peribadi dan batang tubuh jugak..nk kata UMNO berpakat dgn si kafir?? DAP tu apa?? hahaha…
nk kata x boleh kutuk ulama?? tan sri harussani tu siapa?? ulama jgk kan..boleh plk kutuk harussani tu??
pendek kata sume yg baik2 dan betul tu dia..yg salah dan busuk tu org lain..ntah..apa2 je lah..
agaknya lepas ni ramai la kaum cina dan india masuk PAS..ye lah..masuk PAS boleh masuk syurga ye X??
jgn la mcm ni kawan..nk berpolitik tu buat la cara elok sikit..jgn disebabkan nak meraih undi sanggup buat dalil dan fatwa sendiri pasal syurga neraka ni..buat la isu lain..isu pembangunan ke..rasuah ke..mkn gaji buta ke..pasal pengundi hantu ke..banyak lg yg boleh diketengahkan..hak mutlak ALLAH S.W.T pasal dosa pahala..syurga neraka ni jgn usik..jgn sentuh..buat malu kat agama lain tau tak..komfom dorang gelak guling2 bila isu ni disentuh..sape yg rugi?? pernah ke kita dgr DAP dan MCA main isu agama dorang?? x pernah kan?? jgn biarkan agama ISLAM ni nampak murah sampai boleh jadi isu masa pilihanraya..xkira la PAS ke UMNO ke PKR ke..isu agama jgn provoke sgt..udah2 la tu pemimpin2 ku yg dari mcm2 parti ni..jgn disebabkan pendirian dan keutamaan parti sampai sanggup bertelagah sesama sendiri..lepas ni jgn salahkan mat rempit,mat isap dadah, mat rogol, mat ragut, yg terdiri daripada golongan ISLAM dan MELAYU itu sendiri!! lepas ni jgn salahkan sesiapa kalau penduduk termiskin,terhina,dan teraniaya itu terdiri dari org ISLAM dan MELAYU itu sendiri..dan lepas ni jgn salahkan sesiapa kalau negara yg kita cintai terjual dan terlelong x laku dan di rajai oleh bangsa dan agama asing..xkan dah jadi mcm ni baru nk bangkit?? masa tu dah terlambat dah dan percaya lah masa tu org2 yg tengah berpolitik masa skrng ni pun dah x ada..dah meninggal..yg jadi mangsa anak cucu cicit kita nanti..bagus..teruskan lah usaha berpolitik mcm ni..xlama lg pun kita nak ‘jalan’..biarlah anak cucu cicit yg tanggung sume yg bakal terjadi..
renung renungkan lah..sempena bulan berkat ni kita dapat membezakan apa itu politik kepentingan kuasa,agama dan hak ALLAH S.W.T..lgpun seru dah dekat..penyakit dan bencana mcm2 dah keluar..nk tggu dajal ngan imam mahdi plk lepas ni..
sesungguhnya terdapat satu golongan diakhir zaman nanti yg akan memperguna dan bertopengkan agama mereka untuk kepentingan peribadi..aku x tuju kat sape2..aku tuju dekat semua termasuklah diri aku sendiri..wallahuallam..
salam ramadhan dari aku kelopak hijau..
salam..
saudara shamsul,,masalahnya,TGNA kata cam len,yg dalam brita laporkan benda len,smapai plastik pon tukaq jadi palestin,paham2 la no...dan lagi masalah,hg berpegang pada media yg laporkan benda salah dan hg judge TGNA berdasarkan laporan yg salah tu...tak salah hg nak tegoq,tapi tu la,sblum nk tegoq kaji dulu kebenaran brita tu,jgn 100% percaya gn brita yg kita semua sedia maklum berat sebelah....lagi elok hg tgk blik video TGNA kata pa,,teliti btui2 video tu,then aku rasa hg takdaknya nak cakap dah kata TGNA silap sebab hg dah tau hg silap,silap besaq sebab percaya sgt media...
saudara shamsul,,masalahnya,TGNA kata cam len,yg dalam brita laporkan benda len,smapai plastik pon tukaq jadi palestin,paham2 la no...dan lagi masalah,hg berpegang pada media yg laporkan benda salah dan hg judge TGNA berdasarkan laporan yg salah tu...tak salah hg nak tegoq,tapi tu la,sblum nk tegoq kaji dulu kebenaran brita tu,jgn 100% percaya gn brita yg kita semua sedia maklum berat sebelah....lagi elok hg tgk blik video TGNA kata pa,,teliti btui2 video tu,then aku rasa hg takdaknya nak cakap dah kata TGNA silap sebab hg dah tau hg silap,silap besaq sebab percaya sgt media...
Orang UMNO bila tak bijak tak mau belajar, pergilah belajar agama....jangan jadi bodoh sombong, orang kata lain, dia faham lain.
sebenarnya UMNO dah rancang putar belit kenyataan TGNA, supaya Majlis Fatwa boleh keluar fatwa, baling batu sembunyi tangan....
aku mohon padaMu ya Allah
ampunkan dosa2 ku yang ku lakukan dalam sedar atau pun tidak...
ampunkan dosa2 kelancangan lidahku berkata-kata...
pimpinlah aku ya Allah menuju redhaMu...
tunjukkan kebenaran jalanMu yang 1...
amin...
Saudara Ahmad Zuhairie,
Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Ini bukan kerana Nik Aziz dari PAS . Dia salah kerana cakap mengarut seperti boleh bekerjasama dengan syaitan atau tak apa DAP boleh hina Islam.
Untuk menghalalkan apa Shahnon ahmad tulis , Nik aziz cakap Allah pun mencarut. Ini sudah salah. Ramai ahli PAS merah muka bila saya tanya adakah mereka setuju dengan apa yang NIk aziz cakap.
Kalau Nik aziz cakap betul, kenapa ada pemimpin PAS tak setuju. Maknanya apa Nik aziz cakap adalah salah. Majlis Fatywa bukan cari kesalahan dia. Hanya mahu ingatkan dia apa yang dia cakap adalah salah.
Tak usahlah buang masa mengambil alih kerja mutlak Allah swt. Siapa kita manusia untuk menilai.
Untuk pengetahuan Anonymous, saya juga kritik UMNO.
Ya memang kita semua kena selidik dulu apa yang didengar. Saya nak tanya sedikit, pernahkah Nik aziz selidik siapa Raja Petra yang jadi "Hadis sahih" untuk orang seperti Mohd Sabu. Mohd Sabu memaki hamun Najib dalam siri ceramah dan mengaitkan dia dengan Altantuya. Siap berpantun pantun dalam Muktamar PAS. Saya rasa pelik dengan parti yang mendakwa mahu tegakkan Islam tetapi suka menyebarkan fitnah.
Nik aziz adalah manusia. Janganlah taksub. Sedangkan Nabi pun ditegur dalam AlKuran. Inikan kita manusia yang tak maksum. Janganlah bila dikritik terus salahkan UMNO. Tidakkah saudara sedar yang ramai ahli PAS pun tak setuju dengan apa Nik aziz cakap.
Janganlah terlalu menghina UMNO dan begitu menyembah DAP. Mungkin saudara terlupa itulah perangai Raja-Raja Arab ketika memerintah Sepanyol 1000 tahun dulu. RaJa Arab berbaik dengan Raja Kristian untuk jatuhkan Raja Arab yang lain.
Tak perlu pergi jauh. Saudara Anwar Ibrahim pun perangai macam tu juga. Dan jika saudara ingat DAP akan terima Islam, saudara seperti Nik aziz memang bermimpi. Yang saya nampak PAS jadi kuda tunggangan DAP. Ini semua orang nampak termasuk saudara sendiri.
Dan ianya memakan diri PAS.
Perbuatan ini sama seperi seorang yang berkata-kata dalam keadaan MENGIGAU. Kata-katanya tidak memberi sebarang Faedah dan pendengar juga menyedari yang kata-kata itu tidak ditujukan kepadanya.
Anwar ibrahim yang ada kat malaysia pun reporter diorang tak kenal.
apetah lagi la Palestin! yang duk jauh kat sebelah sana!