Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau pemimpin PR kurang ajaq

Malaysiakini hari ini melaporkan, blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.

"Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.

"Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu".

Tak tau apa orang lain fikir. Tetapi kepada saya, kepantasan Umno bertindak terhadap kesalahan, kesilapan dan perbuatan kurang ajaq para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) adalah sangat positif. Tidak kira sama ada mereka berdemonstrasi, menghentam dalam akhbar, alam siber atau ceramah, semua itu sangat positif.

Tak payahlah aku nak tulis fasal "Perjanjian Pangkor" atau berkendak politik dalam gelap umpamanya. Boleh tumpukan tulisan mengenai Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja.

Lagi pun, bukan senang nak tulis fasal PAS. Siap kena kafir lagi aku ni. Kalau tulis bantai polis jahat pun, baru takat masuk lokap ja. Tak la sampai dikafirkan.

Saya juga sangat berharap dengan kepantasan Umno melenting dan marah terhadap kesilapan dan kesalahan para pemimpin PR itu dapat menghalang mereka dari melakukan kesilapan dan kesalahan termasuk pengabaian hukum agama, rasuah, penyelewengan, gila balak, gila gelaran dari istana dan sebagainya.

Tumpang dah sebut, nak tanya sikit, pegawai pejabat Menteri Besar mana buat kompeni nak pulun balak? Penasihat ekonomi mana yang hebat sangat tu yang suruh melabur di Papua New Guinea?

Sambung lagi, kalau sampai macam tu Umno pantang nampak para pemimpin PR buat salah dan mereka pun terjerit pekik, para pemimpin PR tetap jugak buat salah dan kurang ajaq, memang kurang ajaq terlampau sungguh la.

Kurang ajaq of the highest kind!!

Saya juga masih ternanti-nanti bilakah Pemuda Umno Kedah nak berdemonstrasi terhadap sikap kerajaan Kedah yang membiarkan premis-premis judi dan arak yang berlambak-lambak di negeri itu.

Takkan Pemuda Umno Kedah tak tau orang dok bersembang sana-sini membikin spekulasi tentang salah satu pendorong sebenar penentangan arak di Selangor:
If PAS is so easily influenced by Khir Toyo or anyone else, then I don't think very much of PAS' ability to think for themselves - (Tun Dr Mahathir Mohamad - sila lihat berita Malaysiakini "Mahathir: Censor porn, not political views")
Berkaitan:
Dr Asri: Replika Najib juga tidak patut didirikan (mStar Online 11/8/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. ITU BUKAN REPLIKA TAPI GAMBAR SAHAJA.

  2. yup..gamba..same ngn gamba/replika dsai dulu..tp bezanye gamba najib nih xlame,dah kena roboh..gamba dsai?beruban baru nak robohkan..

  3. Pemuda Umno ada berani ka berdemo kat Kedah isu arak dan judi nih ?!!
    Mana kekuatan Umno Kedah? Mana Shafie Apdal? Jom la berdemo, desak MBAS pulak !!

    Hidup Melayu!
    Hidup Umno!

  4. Hah tu lah dia totok umno...ITU BUKAN REPLIKA TAPI GAMBAR SAHAJA......anon 3:28:00
    Hampa tau dak replika tu dok depan dewa murugan lagi..kalau gambaq anwar fuhhh mesti depa kata PR punya pemimpin dah gila bergambaq sama dewa hindu lagi..
    Umno totok ni sebok dok hari-hari hentam anwar, penderhaka lah khianatlah entah apa=apa lagi.Hari ni 38 orang dah meninggai pasai H1N1.Apa kerejaan UBN buat?????Baru 3 bulan korban kat Malaysia berlipat ganda.Kat negara luaq depa dapat kontrollll kita kat sini...hemmm hampeh..La nie kerabat Raja Pahang pun dah kena...

  5. Rasa-rasa ok kut.Dia kan Perdana Menteri Malaysia.....OKLAH TU..

  6. "yup..gamba..same ngn gamba/replika dsai dulu..tp bezanye gamba najib nih xlame,dah kena roboh..gamba dsai?beruban baru nak robohkan.."

    itu tandanya, UBN nie kurang daya tahan. kena hentak, kutuk sikit dah kecut/se'rot !
    umNO eggs maa..!

    nak debat pun takut !
    nak wacana pun, senyap ja ! umNO EGGS

  7. Suruh Pemuda Umno buat demo di Kelantan lak atas isu arak, hehehe.

  8. Nak komen sikitlah pasal perangai puak-puak ni , dulu kini dan selamanya akan begitulah ciri-ciri gerombolan umnongok ni, usah nasihatlah, semakin dinasihat semakin menjadi penyakit selsema babinya....SORRY

  9. Nak komenlah sikit pasal puak-puak umnongok ni, selagi kita beri nasihat,pendapat dan hujah selagi itulah pernagi mereka semakin menjadi-jadi seperti wabak selesema babi sekarang ni.Nak tau kenapa KERANA dulu,kini dan selamanya itulah perangai gerombolan ini

  10. apasal gambar replika tu kaki terjungkit dan tangannya macam dok garu bontot... gatai naaa... hohoho...

  11. kah kah kah...

    itu tuhan baru sembahan penganut agama umno

    kah kah kah...

  12. the high priest of batu cave

  13. kalau hang pa semua nk tau , itu la stail puak2 Amno ni buat satu2 tindakan , jika ada satu2 isu timbul , depa tgk dulu reaksi pemimpin mereka , kalau pemimpin senyap ( tk ada apa2 komen psl isu tersebut ), semua senyap ! tp kalau pemimpin mereka bersuara ,riuh rendah dr kepala sampai ekor...contoh terkini isu tuduhan keatas Anwar sbg pengkhianat melayu...kononnya laa...( padahal masa Muhyidin jd MB Johor dulu...brp banyak rizab tanah melayu jual kt Cina Singapore daa...cuti hari Jumaat tukar hari ahad daa....dll...sehingga DYMM Sultan Johor pun murka !...sampai terpaksa Mahathir ( PM masa tu ) tarik dia ke pusat jd pk menteri... !

  14. mana duit amanah saham johor aku? babi betul puak2 ni

  15. saya baru beli kereta jenis proton saga yang baru. selepas 3 ari saya pakai, pintu sebelah driver tak boleh tutup. saya pg antar ke proton repair. 3 minggu baru siap. selepas baik pulih saya pakai lebih kurang 3 hari juga kereta tak boleh start pulak. saya hantar balik ke proton untuk repair. selepas lebih kurang 3 ari kereta siap dan boleh bawa balik. tapi memang malang pada diri saya selepas digunakan tak kurang dari 3 jam iaitu dari proton menuju ke opis saya (jalan jamm masa tu) kereta saya rosak lagi. takde orang nak bantu saya. saya merayu kepada semua tolong lah bantu saya.

    kisah benar
    proton WS_ 86_0

  16. Bakaq, hang kena buat satu forum lain la pasai masalah kereta Proton..kesian aku kat mamat KL ni sorang..

  17. JANGAN LUPA: sumbatkan dalam kepala otak ahli keluarga kita, orang-orang di sekeliling kita :mesjid/surau/pasaraya/ofis/sekolah/di jalanan/pendekata di mana saja: KECELAKAAN DAN KESIALAN BN terutamanya UMNO. Kalau tidak manhu terus HNAYUT DAN DIHANYUTKAN.

  18. INI GAMBAR SELALU INDIA BIKIN PUNYA.

  19. Salam pada semua.
    Mengapakah kita sebagai seorang yg beragama Islam SAMADA Unmo atau PKR suka mengeluarkan kata-kata yang kesat.Buangkanlah hasad dengki dan dendam di hati.Baru melayu boleh maju dan bersaing dengan yang lain.Allah Maha Tahu dan atas kehendakNyajugalah ,Najib menjadi Perdana Menteri.Jadi kita perlu memperbaiki diri kita dan anak bangsa kita agar tidak jauh ketinggalan dari bangsa lain......

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008