Sedap!! Klik gambar di atas!

Jangan bodoh awak menyusahkan orang

Update 9.18 malam

Jika Umno nak sangat merampas kembali kerajaan Selangor, ambillah secara demokratik. Ambik balik dalam pilihan raya. Janganlah sesudah digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apa yang dihajatkan tak tercapai, api perkauman pula hendak dinyalakan.

Janganlah apabila model rampasan kuasa di Perak tidak boleh digunakan di semua tempat, nak dinyalakan pula api perkauman.

Jangan main politik 2009 macam main politik 1969. Semua orang tahu siapa yang cetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi tau. Lihat bukunya, sebelum dan sesudah 13 Mei.

Posting asal

Sejak dari kecil lagi, saya sakit hati dengan perangai membina tempat sembahan di mana-mana sesuka hati. Memang, kita tidak boleh mencabul hak orang untuk membuat tempat sembahan mereka. Itu hak mereka. Tetapi, agak-agaklah sama. Jangan main sedap mana nak buat, buat. Lepas tu bila orang bantah, marah.

Jangan fikir sakit hati awak ja. Orang pun tau sakit hati jugak.

Yang membantah pulak, jangan sampai memalukan agama sendiri. Jangan sampai orang lain yang menganut agama yang sama dituduh tak bertamadun seperti awak juga.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan. (al-An'am: 108)

Berkaitan:
Temple demo: Residents march with cow's head (Malaysiakini 28/8/09)
Samy Vellu kecam arak kepala lembu (Malaysiakini 28/8/09)


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. inilah puak Umno sebenarnya yang tak memahami penjelasan dijelaskan YB Khalid. Mereka yang berdemo itu sendiri tak memahami Islam sepenuhnya...hanya Islam yang diwarisi semata-mata tapi dah tunjuk bodoh sehingga boleh mengakibatkan non-muslim benci kat Islam. Kepada 50 org yg berdemo tu, tahniah! anda adalah penyangak agama

  2. bodoh diorg ni bodoh tahap dewa. memalukan org Islam je. bukannye ramai mana pn demo tu 50 lebih je. org lain demo beribu2 xde wat bende2 bangang mcm ni. ni mesti org umno punye keje ni. kalau ramai2 nk tunjuk lagak la. sembang berapi2. tp bila diajak berentap tau menyorok belakang org..

  3. mungkin kita patut baca dulu penjelasan ini sebelum mengutuk dan menghetam agama lain... di bulan posa ni agak - agaklah sikit :)
    http://perisik-rakyat.com/2009/08/penjelasan-isu-kuil-di-seksyen-23-shah.html

  4. Tahniah kepada yang bawa kepala lembu kerana didalam PAS banyak lembu yang ditarik hidungnya.

  5. Bukan menyusahkan orang, cubalah bina kuil depan rumah hampa baru menyirap ke tidak. Dah tahu tempat itu100% penduduk islam. Apa ka haramjadah nak buat kuil dekat situ je. Balik tepat asal atau tempat yang ramai orang kuil.

  6. ada kawan aku beritahu itulah cara demo geng pekida-umno, kononnya pembela melayu dan islam. yang aku herannya geng ni menyokong kerajaan UBN robohkan surau di kg berembang dan robohkan masjid kg bujal, kemaman trg.

    kalau nak main wayang pun, biarlah logik dan cerdik sikit!!!

  7. Apa nak berlembut sangat ini . Adakah satu kuil untuk 10 orang india. Berapa banyak kuil nak bina ni.

  8. Tak ada siapa larang awak nak bantah.

    Tetapi jangan masa membantah perangai awak macam setan.

  9. Dei Anon 6:38!
    Kamu ni bodoh tak boleh diajar, bangang tahap bahalol!
    Kuil Hindu ni asalnya dah ada kat sana masa zaman Khir Toyo lagi.Lebih dasyat, pembinaannya dekat dengan surau dan taman permainan.Kenapa masa tu UMNO NGOOK tak bantah pembinaannya. Kalau bab roboh rumah Melayu kat Berembang Hilir atau roboh surau kat Kelana Jaya, hangpa puak umno ngok ni diam saja.Lain kali bacalah betul-betul kenapa dibina kat situ.Kan penjelasan dah diberi.....ini semua kerja puak umno ngok lahhh.Hampeh.....berdemo pun tahap ciput....memalukan Islam aje....Di mana letaknya keinsafan di bulan Ramadhan.......Kita hidup berbilang kaum, perlu ada toleransi...

  10. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

    Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan

  11. kalau tengok pada tingginya songkok memang sah puak ni orang Jakun AMNO. Apa nak diharap kalau agama dah diMelayukan. Ada mata-mata tapi buat tak nampak.. Apa macam plan B gandingan hantu toyol dengan doktor, berjalan lancar?

  12. mamat mamat 50 orang yang ber demo ini memang sah benggap lagi bahalol. tidak di nafikan rezeki pemberian ALLAH di angkut sana sini dan di pijak pijak. kepala lembu itu kan boleh di masak untuk berbuka puasa, di buat sup daging untuk sedekah berbuka puasa pun boleh dapat banyak pahala. ini tidak, dosa bertambah, otak kekalutan dengan syaitan yang di rejam. rata rata mereka ini lemah ilmu agama juga ilmu duniawi dan common sense. 'benggap dan bahalol' adalah perkataan yang tepat. me malukan umat Islam dan orang orang Melayu aje. dah lah satu Malaysia pikir Melayu orang Malas, mereka mereka ini memburukan aje persepsi bangsa bukan Melayu-bukan Islam terhadap orang orang Melayu yang rata rata ber agama Islam. Mak Bapak mereka tak ajar mamat mamat 50 ini kot....

  13. Mubarik Ramdan from ez2.me

  14. kalau aku ada lalu masa dorang buat demo ni..rasanya mmg aku tampar 50 org ni..bodo betul...(org sabah)...

  15. bodoh puak2 amno ni..klu nak demo demo la xpayah la nak bawa kepala lembu coz lembu tu dianggap suci dlm agama dia org xpayah la nak caci2 agama lain klu agama lain caci islam kt marah mcm tu jgk dia org..puak2 yg buat demo tu bukan ye nak petahan sgt agama islam tp buat demo sebab politik je bodoh punya org xdak otak klu ada pun bodoh lg pada lembu saja nak bg gaduh antara agama..

  16. Salam,

    Saya sebagai seorang Muslim Melayu merasa sangat malu dengan perbuatan yg bodoh dan mengundang bahaya. Kalau nak protes pun, jgn laa dgn niat nak mencetuskan ketegangan kaum!!! Punya byk PR-organized peace demo, tak reti2 lagi ke? Allah dah sound, jgn kita maki hamun agama lain, org lain akan buat mende sama. Now, can you say your actions were to defend maruah Islam, when you clearly lawan perintah Allah???

    Malaysiakini reported that antara alasan bantahan yg diberikan adalah, bila ada kuil, takleh khusyuk, terganggu your aktiviti keagamaan, etc. Kalau itu laa alasannya, lemahnya Islam.

  17. KLUANGMAN ada sama pa dlm 50 pendekar tu...

  18. Inilah tahap pemikiran orang Melayu sekarang!!!,,,...tak termasuk yang tak maengaku Melayu..takut dituduh assobiyah..racist...konon!!..apa cerita!!..//bila sebangsa /seagama, buat bantahan...bukan nak simpati, ...tak tau hujung pangkal terus tibai!!!apa le nak jadi!!!..simpati le sikit!!!..tak kan tengok bangsa sendiri pun dah meluat!!!...sedarlah diri!!...cuba yang bantah tu ,Hindu atau Cina,...ohh!! sokong habiss...mana yang nak tau sangat kes sebenar ,pegi aje tempat tu!! tanya penduduk kt situ!!!..apa le mentaliti engkorang!!!..kalau ye pun nak dpt undi mereka janganlah sanggup mengadai maruah!!!...tak kemana pun!!Melayu tetap Melayu!!..baik Melayu UBN atau PAKATAN...TAK TAU LE NANTI KALAU ADA MELAYU YG MATI,RELA JEMPUT PAK ITAM DAN PAK UTEH TOLONG KEBUMIKAN... MAKLUMLAH 1 MALAYSIA!!....tak gitu pak sheikh???..

  19. memalukan....mana polis takkan buat buat x nampak perhimpunan haram tu...permit mana?????

  20. cuba hang yg mamat sorang tu ckp "biar bertumpah darah tu" ceh..pekida nye org ramai berani la..lg satu mamat tu bukan org situ..org melaka tu..negeri x kan melayu hilang didunia..pordah la lu..cittt..

  21. gua rasa yg cakap berdegar2 sambil pijak pala lembu tu org kapir kot.akhlak cam kapir.tp die fasih melayu.mgkin melayu kapir kot.

    gua xpasti kat mana kedudukan otak dia tatkala dia memijak pala lembu tu.Mana akhlak Islamiah dia?x hormat pada haiwan.Gua rasa kalo lembu tu mesti nk bls dendam sepak pala brader tu pastu tepek taik kat muka dia.

  22. malu nye tgk org islam camni,rezki di pijak2..bodoh,konon dok shah alam ingt org2 yg terpelajar tp hampas,yg bwk kepala lembu tu nk sakitkn ati kaum india ke??..dh memng jd resam umno xhabis2 ngn perkauman,ms bee end printh dulu x lak memekak camni..kt mane korong dulu ms toyo roboh kn rumah2 org melayu..kt mane??muka pun xnmpk,ati korng ni memang busuk..

  23. aku cukup heran,kenapa lah perangai org UMNO cam ni punya buruk, kalau ye pun sakit hati dgn kerajaan selangor sekarang pun jgn lah cam tu.....senang kata mmg bahlol, tentu bkn perkara utama kuil dibina disitu, tetapi kerana hati dah sakit sebab selangor dibawah kerajaan PR maka haasad dengki pun timbul nAK tunjuk hero yg dia adalah jaguh membela dan konon nya berani walaupun tumpah darah, ingat la sikit nanti org hindu mark kat keluarga kau tau, yg susah bini dan anak2 kau jugak! kau mmg la jaguh sebab tentu ada petualang dibelakang kau yg beri jaminan tak kan kena tangkap kan.....jgn lah salh pengiraan ye, takut2 bila tumpah darah melayu PR dgn umno yg busuk2 hatti je!

  24. jangan jangan 50 orang ini tak sembahyang Jumaat kot, kalaupun sembahyang tak khusyuk sebab pikir pasal 1) kepala lembu dalam van takut busuk, 2) duit upah bila dah habis ber-arak, 3) nak belanja duit upah buat holiday raya dengan anak bini, 4) nak bergaya bila akan di ambil gambar oleh pemberita2, dan 5) pikir apa nak buat jika pelan tak jadi bila orang tak layan. semua benda nih kena bercelaru dalam kepala, mungkin tak sembahyang Jumaat terus kot. apa nak jadi dengan mereka mereka ini, semesti nya anak bini dan emak bapak malu dapatkan ahli keluarga sedemikian. kalau ada upah pun, tak lebih 1,000 nak buat kerja bodoh seperti ini, bayar duit proton pun tak cukup!

  25. Hancur...

    Sebab yang protes tu orang UMNO korang tak sokong
    Kalau yang protes tu PAS korang sokong 100 peratus.

    Terbukti komen bukan berdasarkan Islam tapi kepartian.
    Koranglah yang nabi cakap macam buih dilautan
    Sebenarnya takut untuk membela Islam
    Kata parti Islam - sama macam Palestin aja korang ni - cakap aja lebih

  26. salam pak bakaq...cara inikah ingin kita berdakwah?cara inikah cara umno nak tarik undi?aku kecewa dengan hangpa berdemo seramai 50 orang umpama mentaliti budak2 nakal setaraf budak skinhead!!!bos korang Khairy ka?ka khir Toyo?berapa upah dapat?dapat duit raya ka?ka dapat bermalam di rumah agam mewah khir toyol?aku kecewa bukan je agama hindu kata lembu tu suci..tapi kita sebagai islam binatang pun makluk mulia juga..apatah lagi di bulan puasa...binatang pun bertasbih juga...yang aku lagi sedih aku tengok kepala lembu tu macam seiras lembu kesayangan ayah aku yang ne curi...entah2 korang yang bantai lembu tu...

    wahai pemuda UMNO kalau nak buat kerja bodoh tahap budak2 Skinhead aku syorkan ko orang buka kopiah dan songkok dulu...jangan cemarkan maruah islam...

    aku benar2 kecewa..DULU UMNO kini Pas Selamanya!!!!!

  27. Aku taktau la motif sebenar...

    tapi, kan NIK AZIZ ada cakap aritu DAP boleh kutuk islam sebab derang tak faham islam...

    Ni pun kira kes sama la ni, geng2 ni MUNGKIN tak faham agama lain, so kira boleh la kalau geng ni nak kutuk agama lain...
    derang tak faham...nak buat macam mana...

  28. Kasihan kepada mereka yang berkumpul dengan membawa kepala lembu bagi memnuhi ajenda orang-orang politik yang telah lemas dalam Pilianraya Mac 08. Sebenar nya mereka ini tidak tahu apa mereka lakukan dan hadir hanya atas kepentingan mereka yang dah lemeh dan cuba nak paut pada apa juga bagi menyelamatkan diri. Agaknya berapa upah yang dibayar kepada dua tiga kerat jurucakap yang melaung-laungkan slogan anti MB dan kerajaan Selangor atas nama Islam. Kenapa kah mereka ini memperjudikan Islam. Islam tidak suruh musuh ngan Agama lain. Sama-sama hidup, lu ngn fahaman lu gua ngan pahaman gua. Soal tarbiah dan cara mana nak pujuk orang bukan Islam memeluk agama Islam dan jadi seorang MUSLIMIN yang baik bukan Islam ya, MUSLIMIN yang hebat. Dua tu ada beza. Orang-orang yang pekik melolong belum tentu Muslimin yang betui.
    Kepada puak PELAGA, jangan main politik kotor, SEDAR LAH, INSAF LAH. Kalau nak bukti pergi ke hospital-hospital dan berjumpa dengan mereka yang SAKIT, SAKIT TENAT, SAKIT TIADA BOLEH DI RAWATI DAN MERANA AKIBAT TERKENA PENYAKIT BARAH DAN LAIN LAGI MALAPETAKA. TANYA MEREKA SATU PERSOALAN. KALAU ALLAH IZINKAN KAMU JADI BAIK DARI PENYAKIT DAN SYARATKAN KAMU MESTI PATUH KEPADA AL QURAN ? MEREKA MESTI MELOMPAT MENJAWAB BOLEH. JADI PADA GEDEBEH2 YANG MELOLONG DAN MENJUAL NAMA iSLAM UNTUK KEPENTINGAN PUAK-PUAK POLITIK YANG SUDAH LEMEH SAYA SARANKAN KAMU PERGI MENGAJI QURAN DENGAN TERPERINCI DAN INSAF LAH SEBELUM TUHAN CABUT NYAWA KAMU DAN TAMAT RIWAYAT POLITIK PERKAUMAN KAMU.

  29. “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. Al-An’am: 108)

  30. Salam,

    Nak kata bodoh memang bodoh pun org2 tu... nak berarak pun tak payah la bawak kepala lembu, memang bodo macam lembu semua tu...

    Selamat berpuasa & maaf zahir batin
    Awangkenit

  31. nanti kat akhirat lembu tu pijak balik kepala mamat yang pijak kepala dia kat dunia ni.. tunggu la..

  32. KITA JANGAN BERLEMBUT PADA BANGSA ASING SAPERTI YANG TELAH TERJADI DISINGAPURA. INI TANAH MELAYU. TAK KAN DEKAT NEGERI SELANGOR NAK ADA 1000 KUIL. IN DAH MELAMPAU BATASAN KESABARAN.

  33. Salam Pak Bakar! Sebab tu saya ,minta dilaporkan di Johor sebuah Tokong Buddha (Taoisme).Di Bt 8 jln dari kluang ke ayer hitam. di buat bertingkat dan tak sampai 5 meter (lima meter) jaraknya nya dari rumah kawasan Melayu di kg Kurnia jalan masuk Felda Ayer Hitam. Yang luluskan tu siapa?

  34. Tiada siapa yang susah, yang susah penduduk seksyen 22 yang sebelum ini aman dan sejahtera di ganggu oleh orang luar yang disokong oleh khalid gereja dan kuil, 2X5 macam mamak burung tiong.

  35. Bhai...

    Diorang nie Melayu.... tapi bukan Islam .... fullstop.

  36. Jangan risau.... Malayu atau bukan Melayu, Muslim atau bukan muslim pun tau ini drama UMNO.


    Tu kan orang UMNO yang selalu buat perkara macam ini, dan bila orang buat komen sama diorang tu, tunduk pulak jari kat kaum lain ... kononnya mempertahankan Melayu...

    UMNO kata Anwar tu pengkhianat, tapi UMNO sendiri sama jugak... Depan bukan Melayu cakap 1Malaysia, belakang tu organize demonstrasi kepala lembu...
    Depan Melayu promise nak mempertahankan Melayu, tapi projek, tender, CEO semua orang sendiri sapu habis...

  37. elok gak diaorang buat mcmni..boleh la kite nampak ape bezanya demo orang yang disponsor kerajaan ngan orang yang betul2 ikhlas nak berjuang...
    1) polis tengok je
    2) xde fru
    3) najib xmarah
    4) mule2 nak berhujjah dia kasitau dia bukan orang umno

  38. ini mesti kerja jahat K.Toyol...manalah si Toyol, senyap aje.
    Mungkin Toyol tengah plan bab-bab kedua, ketiga....sampailah PR Selangor tumbang !!



    Muss.

  39. Jangan silap faham, mereka tu bukan menghina ugama hindu. Mereka marah dan protes terhadap sikap pemimpin mereka orang melayu yang sekarang ini ikut telunjuk DAP dan PKR yang diibaratkan seperti peribahasa melayu yang berbunyi 'saperti lembu dicucuk hidung'. Saya rasa tujuan mereka bawa kepala lembu tu ialah nak tunjuk hidung lembu tu kepada pemimpin2 melayu selangor yang sedang mabuk kuasa. Tengok betul2 gambar kepala lembu tu, bagaimana ia diletak. Jelas nampak hidung mendogak keatas.

  40. kalau nak bina kuil baru pun.. buat larrr... kalau nak bantah yang sampai bawak lembu tuh apersal??

    Di United Kingdom tak susah pun orang Islam nak bina masjid. Tak ada pun orang bukan Islam nak usung babi buat demonstrasi..

    Selain berdemonstrasi begini, adalah lebih baik mereka ini berkempan kepada seluruh masyarakat memenuhkan dan mengimarahkan masjid dan surau yang ada. Tak guna kalau surau dan masjid yang banyak, tapi hanya penuh ketika solat jumaat dan solat raya.

    Bila hati dan akal di tutup... fikiran tidak berkembang.. akhirnya melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri..

    Bila lah mentaliti dunia ke-3 nih nak di campak jauh-jauh? Inilar yang dikatakan mantan PM.. prasarana kelas pertama.. mentaliti kelas ketiga..

    Bersama kita di dalam satu Malaysia, Menyelami Islam Hadhari, Menuju Wawasan 2020.

  41. bukan bodoh, tapi pandai buat jahat, tak mahu gunakan kepandaian untuk kejalan allah...

  42. Kami kat Kemaman tak kisah pun ada kuil Hindu besar di sini tetapi tiada sebuah pun rumah orang Hindu berhampiran. Kami masih boleh beribadat dengan tenang, tak percaya? sila lihat kuil Hindu di Batu Satu Jln Air Putih, Chukai, Kemaman.

  43. Pakai otak nick ajih: bila DAP hina Islam, dia kata takpa sebab depa bukan tau pasai islam, umno lebih teruk hina islam,

    Kita pakai sekali lagi otak nick ajih: bila depa heret kepala lembu, depa bukan tau apa pasai ugama hindu, MIC lebih teruk hina hindu.

    jangan pakai otak pak bakaq: merapu dan batu api.

  44. mufti perak minta komen.

  45. yang tak pakai otak hanya kau je kluangman....hehehe

  46. ni puak2 amno blako....
    tengok gitu pn tahu doh...
    paling bengon hot letak kaki atas palo lmbu!!!
    supo la dia tu dok make lembu!!

  47. kelate nuh bukan stakat anak kuil
    bapak segala kuil pun ada
    xdok ore Klate sore pon dok blarok atas jale!
    negeri serambi mekoh tapi hidup aman molek weh>>>
    xdok sekor pn cina mapuh nyo katok ko ore malayu klate...

  48. AKU RASA YANG DOK USUNG KEPALA LEMBU TU, ELOKLAH SGT DISUMBAT DLM ISA.PRROVOKASI KAUM, MASA TERESA KOK YANG KATANYA KACAU AZAN, LEH PLAK SUMBAT DLM ISA..FIKIR2KAN, JANGANLAH DIGELAPKAN HATI TUU,,,,...NAMPAK SANGAT UMNGONG PUNYA KEJA, SORANG PUN TAK DIAMBIL KETERANGAN ATAU DITANGKAP...YANG JADI KETUA SI BODOH MCM LEMBU Ahmad Mahyuddin Manaf MEMANG BENGONG SANGAT2, BOLEH DIA CAKAP DIA PUN TAK TAU MENAHU BAB KEPALA LEMBU NI....MEMANG BAKA SAPI PUNYA ORANG...PASTU SAPA ENTAH PUNYA KETERANGAN CKP BAWAK LEMBU TU BERMAKSUD UNTUK NAK KATA KERAJAAN PR TU BODOH MCM LEMBU...ISH..ISH...BANGANGNYA KORANG NIIIII....TAKKAN DOK DLM KEDAI ARAK , ORG NAK CAKAP MINUM SUSU...ISH...ISH...BOOOOODOOOOONYAAA......MALU AKU KEPADA KAUM LAIN....MALUUUU....SEDIHHHH...POLITIK SEMPIT BODO MCM NI MASIH WUJUD...YA ALLAH, SELAMATKAN NEGARA MALAYSIAKU DARIPADA MAKHLUK2 BODOH INI....MAKSUD HADIS, 'BILAMANA WUJUDNYA STU KAUM YANG ZALIM TU ATAS MUKA BUMI, ALLAH TIDAK AKAN MEWUJUDKAN KAUM YANG LEBIH KUAT UNTUK MENGHAPUSKANNYA, MALAHAN KAUM YANG ZALIM ITU, AKAN BERSAMA2 BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, MEROSAKKAN DARI DALAM....' MAAACAAAMMM SGT2 DENGAN UMNNGONG.....

  49. tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka(pekida atau pengkid) ini ..elok gak mamat-mamat bangang tu buat gitu..sudah pasti pada PRU13 nanti kaum-kaum india tidak kira mereka dari PKR,MIC ATAU PPP AKAN MENGUNDI PR,ketika itulah umno akan meyesal seperti mana mamat toyo meyesal(bagi penyapu akhirnya dia kena sapu keluar)umno ni nak tunjuk pandai tapi bodoh ...lagi bodoh dari lembu tu.Apalah salahnya lembu tu sampai begitu jadinya...bila hari raya korban ,lembu dikorbankan makan pula dagingnya,janganlah sampai begitu kejam sekali.... mamat yg pakai songkok putih tu kata dimana islam kamu....?adakah islam dia(UMNO) mengajar cara begini(bawa kepala lembu bila tak puas hati dengan agama lain..? )rasanya tidak kan.Sepatutnya dia yg kelihatan warak MENGHALANG DARI SESIAPA MEMBAWA KEPALA ITU ,KALAU NAK BAWAPUN BAWALAH DAGINGNYA BUKAN KEPALANYA.KEMUDIAN DI SEDEKAHKAN PADA FAKIR MISKIN ,DAPAT LAH PAHALA LEBIH BULAN PUASA(TAPI NIAT NAK KENA BETUL LAH KALAU TIDAK HAMPAS JADINYA).INI TIDAK DIA PUN PIJAK SAMA...HAMPAS macam zaman jahiliah aje aku tengok.

  50. orang mca tolong letak kepala babi kat depan rumah kluangman. mari kita tengok sama-sama, dia marah tak?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008