If PAS is so easily influenced by Khir Toyo or anyone else, then I don't think very much of PAS' ability to think for themselves - (Tun Dr Mahathir Mohamad - sila lihat berita Malaysiakini "Mahathir: Censor porn, not political views")Utusan Malaysia hari ini melaporkan, hampir 200 ahli Umno berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.
Dia ada peaceful demo tak palah. Masa saya tak berapa peaceful (aman) ... Kita democratic country. Ada sikit-sikit demo, tak pa lah. (Dr Mahathir - sila dengar podcast Jeff Ooi)
Terima kasih banyak-banyak, walaupun dah 52 memerintah kerajaan yang diketuai Umno tak pernah mengharamkan arak di mana-mana pun. Para pemimpin Umno yang kaki botol selalu la kita dengar. Nak tanya sikit, Datuk Seri Najib Tun Razak tak pernah minum arak, kan?
Tak payahlah nak bangkitkan semua itu.
Saya dah tulis sebelum ini, di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS atau anggota-anggota Pakatan Rakyat, saya setuju sangat kalau orang-orang Umno menjadi pengawas. Kalau nampak tak betui, hentam.
Selepas ini, saya harap Umno membuat himpunan untuk memprotes begitu banyaknya premis-premis judi dan arak di Kedah. Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan-perwakilan yang mendesak supaya kerajaan negeri Kedah mengambil tindakan terhadap premis-premis judi dan arak itu. Tetapi, salah seorang perwakilan mendakwa "(Menteri Besar Kedah, Ustaz) Azizan (Abdul Razak) jawab sebijik macam orang Umno jawab".
Saya tak tahu sama ada dakwaan itu betul atau tidak. Saya tak sempat dengar jawapan Azizan (saya juga tak lupa dia banyak berjasa kepada saya). Tetapi, kalaulah benar dakwaan itu, saya tak heran. Maklumlah, "di Kedah, PAS, Umno macam adik, abang…”
Betul juga, takkan seluruh ruang kehidupan mahu dipenuhi dengan episod perkelahian yang tidak berkesudahan, sehingga tersekat kerja dakwah.
Saya harap Umno Kedah dapat mengambil tanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja dakwah dilaksanakan. Di Shah Alam, Umno Selangor dah buat.
Apa yang sangat saya harapkan ialah, orang-orang PAS dan juga Umno berjuang untuk Islam semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Bukan didorong oleh sebab lain. Tak kiralah, kerana nak jadi Menteri Besar ka atau apa sekalipun yang lain dari Allah.
Jangan juga mengamalkan 'asabiyyah. Puak orang buat jahat, kita marah dan menggelejat. Puak kita buat jahat, kita bantu dan bersubahat. Kadang-kadang membantu dengan menjadi syaitan bisu.
Oleh kerana saya ni jahat dan selalu buat jahat, saya ingatkan diri saya sendiri dengan riwayat berikut:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)Bukan apa saya tulis semua di atas. Saya bimbang mendengar cerita tentang orang yang bercita-cita tinggi yang kini menjadi lembu dicucuk hidung. Orang sana suruh, dia buat dengan taat.
"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Saya teringat apa yang diceritakan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dalam ceramah-ceramahnya, terutama dalam tahun lapan puluhan.
Diriwayatkan bahawa syaitan datang kepada Nabi 'Isa 'alaihissalam yang dikasihi dan menyuruh Nabi 'Isa bersyahadah. Nabi 'Isa diriwayatkan menjawab lebih kurang seperti berikut, "memang kalimah itu kalimah yang sangat mulia. Tetapi kerana kamu yang suruh (aku ucapkan), aku tak mahu mengucapkannya!"
Jangan sampai terlalu tinggi sangat cita-cita kita, orang suruh kita buat masjid dhirar pun, bersemangat gila kita mendirikannya.
Tak kira sama ada kita ahli atau penyokong PAS atau Umno, jika kita beramal dengan ikhlas, Allah Yang Maha Adil tak mungkin akan mengecewakan kita (gambar di bawah hanya hiasan posting ini semata-mata).
Berkaitan:
Government places discreet bets on gaming (Malaysian Insider 4/2/09)
Isu arak di Selangor: Pemuda Umno jangan jadi munafik (Abdul Rahman Abdul Talib)
Fraudulent defenders of our faith (Malaysia Today 10/8/09)













Cantik? Klik 






eh,eh.........bukankah itu gambar mat lidah kontot masa dia muda-muda dulu?
Salam
yang pempuan tu sape?
JOM! JALAN-JALAN CARI NERAKA... hehehe tu masa muda-muda kot... depa dah tobat nasuha dah kot... hehehe... biasa la masa muda... takdak pedoman... lepaih tu mak bapak hantaq pi mengaji pulak kat obersi... orang melayu ni senang dijajah!!!
Takpalah Hishamuddin dah bertaubat. Zaid Ibrahim dah masuk Pakatan Rakyat. Bersih UMno dengan pemimnum-peminum. Giliran UMNo pulak berkabir: Allahu akbar! Allahu akbar!
Hangpa dah take beer sekarang pasal Khalid Samad pertahankan Ronnie Liu. Khalid Berahim penakut ikut saja kehendak Ronnie Liu.
PAS ni berani dengan UMNO sajalah. Dengan DAP, takut kecut. Dengan sipenjubur, taat setia.
Kepimpinan ulamak bermakna dipimpin syaitan!
Kawan ana sekarang penyokong tegar PAS. dulu masa ana baru kenal dia, dia ada cerita tentang zaman jahiliah dia termasuk minum dan main nombor. sekarang ni jadi penyokong tegar Pas. Mungkin dia pun sama macam gambar diatas kalau ada gambar dia sekarang. Tapi malaslah ana nak ambik sebab dia jadi orang kuat PAS. Tak kan orang kuat PAS pun kaki minum
Unspinner , saya setuju .Pas berani dengan UMNO je . Ulamak mereka adalah ular dalam semak.
Saja nak tanya sikit. Betul ka kat Perak, NS, Melaka, Johor dan Pahang tak dak kedai serbaneka yang jual arak ni? Atau bangsa UMNO kat situ buta belaka?
Nak jawab sikit kat ghebakecik. Ada. Itu sebab you all melayuPKR/PAS pun boleh jual dan beli arak. Tak gitu. Bodoh! Jenapa i kata bodoh, you pikir la sendiri.
kuasa beb,janji kerusi...jatuhkan umno..pahala syeikh..arak,judi semua tu kita ansur2 la..bls bla...Masa jd pembangkang dulu...napa tak haramkan arak?mana ada ansur2 dalam benda yg haram bla bla bla...pastu..ala ni warisan umno..ala umno lagi teruk,aiseh..
hidup pencinta syiah..heheheh
aku rasa hampir semua orang yang kat malaysia hidup zaman hippies dulu pernah cuba arak.. dulu tak macam la ni..
pak bakaq suka betul buka aib orang.. macam ni ka pejuang fasal 5 perlembagaan pas.. aduhhh
Salam Pak Bakaq,
Saya amat bersetuju...supaya UMNO jadi badan pengawas pemerintahan PAS....tapi kenalah ikhlas.....mengkritik dan menentang dengan tujuan yang baik...."Constructive feedback"...Dengan tujuan hendak membaiki bukan untuk meruntuh...begitu juga PAS menjadi pengawas dinegeri-negeri yang diperintah oleh BN....dengan niat dan cara yang sama...untuk membaiki dan bukan untuk meruntuhkan...Dan yang penting tak kira UMNO atau PAS lakukankan kerana Allah.
Pemerintah PAS tak akan nampak cacat dimuka sendiri begitu juga UMNO...jadi perlukan orang lain jadi cermin....dan kita ambil perkara itu sebagai nasihat yang baik...dan perlu dilakukan dengan secara berhemah...
Kalau kita rasa di Perak,NS,Melaka,Johor dan Pahang masih dijual arak secara terbuka..maka PAS juga harus bersuara untuk menyedarkan saudara UMNO kita tentang perkara tersebut....jika lepas berbicara juga mereka tak dengar maka buat demontrasi secara aman...ajak DAP & PKR bersama untuk menentang penjualan Arak di Perak,NS,Melaka,Johor,Pahang dan tidak lupa di Penang...Saling tegur menegur....saling nasihat menasihati....Kita patut sokong mereka kerana menentang penjualan Arak secara terbuka dan menghentam Ronnieu Laknatuallah....benda betul jika sokonglah...tak betul kita hentam depa....
Jadi tak kan kerana di negeri BN lain ada jual arak maka kita tak menghargai sokongan UMNO untuk menentang jualan arak secara terbuka diselangor....sekurang-kurangnya UMNO selangor insaf awal sikit dari UMNO negeri lain....samalar seperti Kedah...pelan-pelan....Ustaz Azizan pasti ada perancangan tersendiri.....
Yang penting setiap usaha dilakukan kerana ALlah dan bukan kerana kepentingan POlitik..
Pergi jahanam DAP laknatuallah....jangan mempersendakan hukum islam.
Janganlah kita merendah-rendah dan membuka aib orang lain...Ingalah jika kita menutup aib orang lain...inshallah di akhirat Allah akan menutup aib diri kita...Tiada manusia yang senpurna...dan tidak pernah Allah menutup pintu Taubat....Adakah kerana jika ada kesilapan silam dan individu terbabit telah bertaubat dan berhenti membuat kesalahan maka kita perlu terus mengungkit dan menyebarkan salah silap manusia tersebut..
Jika salah manusia yang kita cari..maka salahlah yang akan kita jumpa....Yang penting individu itu telah berubah....Kita hebat menghentam dan memperkatakan salah orang lain....tapi kita dah yakin ke...bahawa kita akan mati dalam iman....kita dah yakin ke bahawa dimasa hadapan kita tak akan tergoda dan terpesong dengan tipu daya syaitan?
Tiada manusia yang telepas dari salah dan silap....yang penting sedar akan kesilapan diri, bertaubat dan berhenti dari malakukan kesalahan yang sama.\
salam mencelah
masalahnya sekarang, di Selangor siapa yg berkuasa ? Kalau PAS yg berkuasa, kenapa tidak diterapkan nilai2 Islam ? Kalau dulu sedap sangat dok hentam UMNO. Hah, sekarang apalagi, laksanakanlah, steering dah di tangan.
Tak usahlah berdolak dalih. Kenapa mesti tunduk kepada DAP, nampak sangat siapa tunggang siapa, siapa memperbodohkan siapa.
(hanya pendapat : aku tahu korang PAS pure punya, takkan terima, walau apapun, kita seagama)
POSTING YANG PALING BANGANG DAN MENYERUPAI LIDAH IBLIS..MEMANG MUKA PENARIK BECA LA LU.. BANGGANGGGGG!!!!!!
memang di perak, negeri sembilan, pahang, melaka, perlis ada arak. Isunya dulu pas serang umno sebab masa pemerintahan umno ada kedai arak. Sekarang hangpa dah ada kuasa. Hangpa dah jadi pemerintah. Laksanakan lah apa yang hangpa kata umno tak laksanakan. tak kan dah dapat kerusi empuk hangpa lupa apa hyang hangpa janji kat penyokong hangpa.
Sama ada hangpa buta atau penyokong hangpa yang buta?
DALAM ISU ARAK, JUDI, PELACURAN ni, harapnya semua pimpinan PR boleh duduk semeja, berbincang. PAS dah ada model macammana diorg mentadbir di kelantan. PKR yg menguasai selangor kene ambil perhatian, Anwar Ibrahim kene tegas jugak dalam isu-isu berkaitan arak, judi, pelacuran dan kelab-kelab malam ni.
Kita xbleh nak halang org bukan Islam nak berjudi, minum arak... tetapi kene ar ada garis panduan agar org Islam pun tidak terlibat sama dalam perkara maksiat tu. Lantak pi la kalo non-muslim nak minum arak. Tetapi penguatkuasaan harus dititik-beratkan agar arak tu xdijual terbuka dan org Islam senang membelinya.
Bukan sahaja negeri Pakatan Rakyat je yang seharusnya haramkan arak. PM Nujib 1Malaysia pun jgn la dok buat buduh je. Ko nujib lagi la besar kuasa kat tangan ko. Apa tindakan ko? ko kata negara ni negara Islam, so...?
Allah tidak haramkan arak secara total.Rujuk AlQuran 2:219"They question you about strong drinks and games of chance. Say,in both is great sin and some utility for men,but the sin in them is much greater than the usefulness."
Dari ayat di atas nyata Allah tidak haram secara total, sebab 1)adanya utility/usefullness/kebaikan di dalam arak.Secara praktik semua Muslim tidak dapat elak minum arak yang ada di dalam ubat.
2)tafsiran "strong drink"/minuman keras itu nisbi ataupun relative. Adakah ayer beer yang 3% alkohol, anggur yang 5% alcohol, ataupun whiskey yang hampir 100% alcohol itu di tafsir sebagai minuman keras/strong drink???
ALLah tidak haramkan alkohol!!! Ulamak Agama Hadis Bukhari/Muslim sahaja yang haramkan minuman keras!!!
Maaf ,saya berAgama alQuran dan bukan berAgama hadis Bukhari/Muslim !!!
Pendapat berbeza perlu di hormati jika ia berbuktikan AlQuran/Allah !!!
Politik Islam bukannya hukuman dan "moral policeman" tetapi adalah EKONOMI TANPA RIBA !!! Mana Islamnomics PAS ???
Baca rencana "Kafirnomics Vs Islamnomics" di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
pok yeh ni biar betul...
kalu mu ore islam, mano bulih nak tolok2 hadis...
bowok2 ngucap pok yeh wehhh.....
Yang menaibkan kita semua bukan lah beer, tetapi korupsi UMNO/BN. Jangan aibkan rakyat jika mereka minum beer .Itu hak asasi mereka. Tida paksaan di dalam agama ..AlQuran 2:252"La ikra fi deen". Jangan kontradik Allah wahai PAS!!!
Jangan perbesarkan benda yang kecil/making a mountain out of a mole!!! Dadah dan korupsi lebeh besar. PAS pegi rampas dadah dan kuasa kerajaan korupsi lagi baik!!!
Mari kita Revolusi!!! Rampas kuasa kerajaan yang korupsi lagi baik dari rampas beer rakyat!!!
Rampas beer rakyat itu merompak rakyat !!!
Fikirkan PRU 13!!! Jangan menyusahkan rakyat!!! Nanti rakyat tidak undi PAS kerana di lihat sebagai extremist!!! Bukan sahaja bukan Muslim yang tak suka extremist, yang Muslim pun tak suka extremist.
Arak-arak, dari orang yang buat, orang yang minum, orang yang tolong tuang, tukang hantar, tukang jual, orang yang memerintah, orang yang sokong dia jadi memerintah (orang yang undi dia laaa tu)semua ada syer. jangan risau semua dapat syer. ingat! undi kita boleh bawak kat dalam kubur. tak kira la hangpa pilih sapa... kalau depa tak dapat tegah, hangpa pun dapat syer jugak. ikut macam aku dua-dua aku tak pangkah. pangkah yang dulu, terang-terang depa boh. pangkah yang baru, tak tau pulak depa macam mana. kita tunggu dulu depa tu macam mana, kalau Ok baru sokong.
Bakaq..Bakaq.. Hang ni cukup cekap pusing isu. Hang kalih pi mai, hang babit ke Umno. Masalah munafik dalam pimpinan PAS pun, hang kalih pi kat Umno jugak.
Apa yg aku duk tengok, bab pasai arak ni, approach pimpinan PAS pun dah jadi lebih kurang la macam Umno. Jawapan tu..cara bagi jawapan. Mcm yg hang kata cara Ustaz Azizan duk jawap la.. Kalau hang tak pernah dengaq cara dia jawab, hang try follow ni, http://www.youtube.com/watch?v=YvD1bZMTZ6M&feature=related
Ustaz Azizan ni cerdik.. Cerdik bodo cara dia la..Bila dia duk ceramah depan orang PAS, dia latu perleceh Umno macam-macam..Puak hadirin pun pakat seronok la.. Biasakle..dalam ceramah, kalau tak kutuk, pakat tak berserila.. Tapi bila mai kat reality dalam pentadbiran, 'kucing-kucing' tu la yang dia duk bela. Yang kucing gebu baik tak pa la...Memang ada orang Umno yg lebih professional dari orang PAS dalam bab rheja.. Ni.masalahnya,kucing kurap kaki pancut kencing merata pun dia percaya habih.. Semestinya sekoq dua kucing ni, ada kaitan dgn sekoq dua YB PAS. Puak ni lah puak h*r*m jadah.. Pi mai, pi mai, MB pun pakat turut jadi h*r*m jadah jugaklah.
Bab arak ni pun satu. Habaq mai puak PAS pun sebenaqnya bukan ber'teloq' pun.. Teloq puak cina dah pegang.., macam Umno dulu-dulu la.. Tu yg 2x5 tu... Dah tu, mula lah duk cari sirah, hadis nak menghalalkan cara...
Yg duk bengongnya, puak PAS kampong.. Puak ni bila habaq saja nak demonstrasi, pakat menerhu la mai.. La ni jom kita buat pakat ramai-ramai demonstrasi kat depan kilang arak kat Selangor..Ada mau??? Kita pakat bawak 'toto' tidoq ramai-ramai ataih jalan.. Aku gerenti tak dak sapa pun orang Umno nak bantah. Kut 'teloq' kita la yg tarak...cina pegang simpan.....
Tq Bakaq.
Bukan apa, aku teringat, beberapa pesanan dari Imam Muhammad Baqir ;
"Ketahuilah bahawa anda belum menjadi pengikut setia kami walaupun semua orang berkata dirimu adalah lelaki jahat tetapi anda tidak sedih di atas ucapan mereka atau anda lelaki baik namun anda tidak gembira dengan ucapan itu. Akan tetapi padankanlah dirimu dengan Al-Quran. Jika anda berjalan di jalannya, zuhud akan apa yang dilarangnya, menginginkan apa-apa yg dijanjikan dan merasa takut akan ancamannya, maka tetaplah teguh dgn prinsipmu dan berbahagialah kerana apa pun yg mereka katakan tidak akan membahayakan dirimu."
Bro
quotae"Tak kira sama ada kita ahli atau penyokong PAS atau Umno, jika kita beramal dengan ikhlas, Allah Yang Maha Adil tak mungkin akan mengecewakan kita
(gambar di bawah hanya hiasan posting ini semata-mata)"
Memang class. Punyalah panjang tazkirah, last last.....lubang tandas. ITU NAMANYA MEMBUKA AIB ORANG. opps... boleh, sebab orang dah banyak tau? Ohh... oakay lah tu. ISLAM ALAF BARU
TAKEBEER 100X
Semuanya kerana kerusi, kerusi yang dimenangi dahlah tak banyak, menang pun kerana orang cina yang tolong bagi undi, itulah nasib PAS dinegeri-negeri yang PR kuasai sekarang kecuali Kelantan, nak harapkan orang melayu termasuk pencacai-pencacai bangsa umno yang menjenguk dalam blog ini tolong undi pas supaya pas kuat? jauh sekali, tetapi mereka inilah juga seperti guruh dan halilintar dilangit mencabar pas supaya buat itu dan buat ini demi mendaulatkan Islam tetapi undi yang satu itu pun susah nak bagi, kalaulah saudara-saudara orang melayu semua ikhlas ingin PAS melaksanakan itu semua silalah bagi undi-undi saudara-saudara pada PRU13 ini kepada PAS, kalau tidak tak payahlah dok mencacai tak tentu hala.
http://semutmalaysia.blogspot.com/2009/08/mirzan-mahathir-melabur-kompeni-arak.html
itu yg aku tak paham dgn hardcore2 PAS yg kononnya kuat bercakap pasal agama. pak bakaq tak usahlah jaja gambar lama ke sana ke mari, membukak aib orang. kaum PAS & PKR tak da ke buat dosa ke masa zaman remaja? zaman muda2 dulu? kita jaga aib org, Allah jaga aib kita. apa kata pak bakaq klu ada yg bukak aib Zaid Ibrahim nanti?
Bakaq, lani semua gula orang cina dah sorok.
Hang tunggula..sehari dua lagi.., habih 'teloq' orang PAS depa sorok jugak...
Muda-muda memang banyak buat silap. Terminum, terpeluk, macam-macam. Tapi kalau dah tua pun masih dipanggil kaki betina, main bomoh, rasuah dan sebagainya, itu kira dah teruk sangat tu.
nama saja penyokong tegar PAS parti Islam, tp prangai hang bakaq, hamPAS, dok buka aib orang... kutuk sana kutuk sini, pi mai sana kutuk, pi mai sini kutuk..tapi teloq hampa orang PAS la mana duduk? gamaknya betoi kot ronnie n the gang dah sorok?
Salam ,Bro Bakaq.... topik hang sepanas ni...memang
response agak panas jua yang we all jangkakan ...
Banyakkan sabar dan istiqomah.... namun amrun makruf ,nahi mungkar
tetap cair di hati....
Cadangan : Hang anjurkan rombongan kat depa seme ,gi tengok kat kelantan
mcamana isu arak ,judi dll dikuatkuasakan.
Menceceh
Itulah sebenarnya yang berade didalam minda pemimpin Melayu PAS dan UMNO. Mereka YAKIN bahawa mereka menang dan jadi pemimpin sebab sokongan cina dan india. Sebab itu pemimpin melayu PAS dan UMNO, sujud dan tawadduk kepada DAP.
Nampak gaya Menceceh pun begitu. Aku orang UMNO yang bagi undi kat PAS dan PKR di Semenyih. Sebab meluat tengok perangai Ketua Bahagian dan ADUN Semenyih. Kalau ada masa kaji statistic PRU 12. Cina dan India mana yang boleh menangkan PR di antara 5 negeri tu?
jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..
marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..
negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.
tak dak FRU pun, berlakon kot.... lakonanan semata-mata, dah 52 tahun berlakon menipu rakyat....
najib la lagi bodoh.
dia PM, dia bleh haramkan arak masuk malaysia!.
afsal dia taknak buat?
dia takut MCA dan GERAKAN?
kah kah kah