Sedap!! Klik gambar di atas!

Felda, Risda, Felcra bergabung: Ulang tayang Synergy Drive?

Mamat yang gambarnya di sebelah tu bimbang akan wujudnya "Synergy Drive kedua" bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Felda, Risda, Felcra bergabung mewujudkan satu konsortium.

"Gua memang dari dulu lagi tak bersetuju penggabungan antara Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope dibawah satu gabungan yang pada awalnyer dikenali sebagai Synergy Drive," kata beliau.

"Ini cara khianat nak bolot harta negara.. kalu ader 3 syarikat.. satu lingkup tak menjejaskan yang lain.. tapi biler digabungkan... terlingkup... abis semua sekali... ini idea bangang namanyer...," dakwa beliau.

Dia tau la. Dia professional. Aku mana tau.

Tetapi, seingat saya, ketika Synergy Drive nak ditubuhkan dulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman nampak keberatan nak bagi lampu hijau (lihat Utusan Malaysia 29/11/06 "Sokong gabung bukan beri lampu hijau – Hamad Kama Piah").

Datuk A Kadir Jasin pula berkata:
Justeru itu, sambil kita memberi keyakinan kepada kerajaan dan PNB untuk melaksanakan penstrukturan korporat yang penting ini, kita perlu menjadi mata dan telinga agar projek raksasa ini "tidak dilarikan" (hijacked) oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi (lihat postingnya pada 28/11/06 bertajuk "Penggabungan mega perlu diawasi". Posting-posting beliau yang menyentuh Sunergy Drive boleh dilihat di sini. Ahirudin Attan antara yang paling banyak menulis tentang Synergy Drive - lihat di sini).
Cadangan penggabungan itu dikemukakan oleh CIMB yang menubuhkan Synergy Drive Sdn Bhd bagi melaksanakan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu.

Sebelum digabungkan, PNB memiliki pegangan 50.3 peratus dalam Kumpulan Guthrie, 39.62 peratus dalam Sime Darby dan 13.28 peratus dalam Golden Hope.

Synergy Drive adalah sebuah alat tujuan khas yang ditubuhkan oleh penasihat kewangan CIMB yang akan mempermudah penggabungan itu yang membabitkan sembilan syarikat dalam satu janji niaga bernilai RM31 bilion.

Janji niaga itu adalah penggabungan terbesar dalam sejarah korporat Malaysia.

Entiti yang digabungkan itu akan memiliki 600,000 hektar dengan kapasiti pengeluaran sembilan juta tan metrik tan buah segar dan 2.5 juta tan metrik minyak sawit atau 5-6 peratus daripada pengeluaran global.

Berkaitan:
Who's behind Synergy Drive? (Stocktube 24/11/06)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. semua taik2 keparat ni berani buat tu dan ni sebab ada backup modak dari kerajaan...
    kalau lingkup pun kerajaan cover...
    ambik duit dari rakyat2 bodoh yg masih dok pangkah tiap kali hari ngundi...

  2. Bhai...

    Whoa.... gambaq gua keluaq nih... bahaya oooo... hehehe

  3. Dalam hal ni, ketelusan akan menjadi satu topik paling utama dan kita sebagai rakyat perlu juga mendapat maklumat.

    Benarlah penggabungan akan membawa masuk lebih banyak potensi, tetapi sekiranya tidak ada check and balance, potensi tu nanti akan dibolot oleh orang-orang tertentu saja.

    Buat masa ini, aku lebih cenderung setuju tetapi bersyarat. Syarat2 itu haruslah dinyatakan oleh pakar ekonomi terutama sekali dari pembangkang sebagai unsur check and balance.

    Selepas itu barulah kita analisis.

  4. Potensi akan di sondol oleh elit-elit UMNO sahaja...biasalah...apa nak di check and balance...itu semua pun UMNO boleh aturkan semuanya nanti akan nampak macam betul dan telus........

  5. Ini adalah monopoly British. Britih turunkan harga sawat macam dia buat pada getah dan koko dulu. Bila sesak nafas yang lain termasuk pekebun2 kecil akan bankrup tutup kebun ataupun jual pada British.
    UMNO dari dulu di tubohkan dan di Merdekahahahakan untok jadi proxy/talibarut British.

    Baca lagi "Merdekahahaha" di...

    http://warongpakyeh.blogspot.com

  6. Kalau gabung sonang la den nak kobeh duit rakyat banyak banyak, kalau bankrup apo den peduli janji den kayo rayo kato pakcik Bijan sambil tersonyum membeli tiket kapal terbang ko Monglia.

  7. DEPA NAK IKUT CARA MAHFUZ OMAR: BERCAKAP PASAL INTEGRITI TAPI ANAK SENDIRI KENA JEL.

  8. Sengaja saya siarkan komen Anon 7 di atas untuk menunjukkan betapa jijiknya perangai mereka.

    Kalau puak ini wujud sebelum al-Quran ditanzilkan, nescaya ada banyak ayat al-Quran yang mencela mereka.

  9. Macam ini sampai 7 keturuanan tak habis-habis

  10. Pak bakar,

    Hang kena baca tulisan Dr Asri pasal 'senjata makan tuan'. PAS ajar serang peribadi orang, jangan pula nak dicela apabila orang guna cara yang sama.

    Moral of the story kata Dr Asri, ialah serang lagi peribadi orang. Katakan ia perlu kerana kita mahukan pemimpin yang baik.

    Tapi apabila orang serang peribadi kita, cela mereka kerana cara mereka itu kononnya jijik.

    Tak habis-habis dengan kita aje betul, orang lain aje salah.

    Ingat orang semua ni bodoh ke Pak Bakar?

  11. Pendaftaran Rohaizat sebagai penguambela dan peguamcara telah dibatalkan oleh Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman. Khalid pula pernah menjadi menjadi Setiausaha BN Pulau Pinang dan pemangku Ketua Menteri ketika negeri itu diperintah BN.

    Prosiding pemecatannya dibuat Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam. Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pengadu, bukan rakannya.

    Rohaizat pula telah mengemukakan rayuan ke atas pemecatannya itu kepada mahkamah tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

    Sila betulkan kalau fakta di atas tak betul - bakaq

  12. Malaymind,

    Rohaizat tu calon pemimpin, rakyat kena tahu kerana jenayah dia berkaitan dengan amanah (pecah amanah) dan tidak sepatutnya dipilih menjadi calon sejak awal lagi.

    Nak proof?

    Pi baca sendiri kat web Malaysian Bar. Bukan kami orang PAS reka cerita pun. Benda betul memang dia salah, sejak tahun lepas lagi dah kena, bukan kemarin.

    Anyway, Mahfuz pun calon ka? Yang Umno dok fitnah sangat tu?

    Ala, kalau betul anak dia dalam jel dah tentu-tentu heboh kat TV3 lama dah.

    Jangan la nak tipu kami, kami bukan banggang macam hampa geng Umno.

  13. Tak boleh!!Aku kerja RISDA..,Bergabung akan menyusahkan kami bekerja..,Sistem pun berubah

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008