Sedap!! Klik gambar di atas!

Biaq la depa nak kata Anwar khianat

Dalam berita Mingguan Malaysia hari ini yang bertajuk "'Tengoklah berapa ratus juta pula Anwar mahu saman'" dilaporkan bahawa Umno Johor akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit' terhadap peserta perhimpunan.

Harap-harap para penyokong Anwar tak menggelejat. Saya tak sokong Anwar. Dah tentu saya tak menggelejat.

Apa salahnya Umno Johor nak buat perhimpunan? Mereka dah lama kecewa. Sudah banyak tanah rezab Melayu di Johor yang tergadai dan terjual kepada Singapura. Itu belum lagi kita cakap tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Nak tahu banyak fasal WPI, pergi mengaji dalam blog sahabat saya A Voice. Dalam kotak search di bahagian atas sebelah kiri blog dia tu, taiplah perkataan yang berkaitan.

Jangan dok menggelejat la kalau Umno Johor nak berhimpun ka, nak berdemonstrasi ka.

Saya teringat kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi. Masa tu banyak tokoh PAS yang ditangkap. Antaranya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ustaz Fadzil kata, "Ceramah lawan ceramah la. Kaset lawan kaset la. Ni ceramah lawan (dengan) tangkap. Kaset lawan (dengan) tangkap".

Saya ternanti-nanti bila pula Pemuda PAS nak buat himpunan dan protes membantah pengkhianatan ke atas orang-orang Melayu Islam? Tanah rezab Melayu banyak tergadai. Di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995.

Dan lebih sebulan Datuk A Kadir Jasin tanya "Wajarkah korbankan DEB kerana undi minoriti?" Tun Dr Mahathir Mohamad kata, liberalisasi ekonomi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tak membantu sesiapa pun. Kita pun dah dok nampak dah, orang Cina tak dibantu, orang India tak dibantu, orang Melayu tak payah cakap la... (Lihat juga berita Bernama "Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberalisasi")

Dasar Ekonomi Baru (DEB)? DEB memang power. Bumiputera dapat saham sampai RM52 bilion. Siapa dapat? Anak siapa? Adik beradik siapa? Siapa pula yang perait sehingga tinggal RM2 bilion sahaja?

Laa... Pinjaman Pelajaran MARA pun baru-baru ini dibekukan. Budak-budak yang dah penat berkejar ke pejabat berkaitan dengan borang permohonan dan harapan, dalam termengah-mengah diberitahu "pinjaman dibekukan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak".

Ada siapa-siapa yang buat bancian berapa banyak anak-anak Melayu di institusi-institusi pengajian tinggi yang berlapar tak henti-henti? Dulu orang cerita kat saya, orang Vietnam tak kalah dalam perang melawan Amerika Syarikat yang jahat kerana mereka ada cukup beras. Persoalannya, berapa kuatkah anak-anak yang sering berlapar itu untuk berjuang di medan ilmu?

PTPTN? Hampa ingat budak-budak kita hidup mewah dengan pinjaman along berlesen tu? A Kadir yang pemurah faham apa yang saya maksudkan (bukan untuk anak akulah!) Terima kasih, Datuk!

Tak dan la pulak aku nak pi ambik bini aku pagi ni kalau aku tulis apa lagi pengkhianatan demi pengkhianatan. Saya harap Pemuda PAS dapat membuat kajian dan lepas tu buatlah perhimpunan ka, protes ka, ikut sukalah. Takat wacana tak jadi apa satu.

Saya harap Ketua Pemuda PAS sekarang pergilah berguru kepada Ustaz Abu Bakar Chik. Bagi saya secara peribadi, dia salah seorang Ketua Pemuda PAS yang terbaik. Saya juga yakin Pemuda PAS tidak terkhayal dibuai tujuh wasiat raja-raja Melayu.

Akhbar yang sama juga menyiarkan rencana bertajuk "DAP anti Islam?" Saya tak ada cadangan nak membantah artikel itu.

Hanya saya teringat kata-kata seorang kawan dari Umno. Dia kata, "Aku tak ada hal dengan PAS. Masalahnya, aku tak boleh terima PAS berkawan dengan DAP".

Saya lalu bertanya, "Masa Najib api-apikan orang Umno sampai terbunuh Othman Talib di Lubuk Merbau tahun 1985 dulu, masa tu PAS berkerjasama dengan DAP ka? Masa pemimpin Umno bunuh Ibrahim Libya di Memali pada tahun tu jugak, masa pemimpin Umno tangkap Mat Sabu dan beberapa yang lain di bawah ISA dalam tahun 1984 dan 1987, masa tu PAS kerjasama dengan DAP ka?"

Bagi saya, dari segi sikap terhadap Islam, sama ja Umno, DAP dan MCA. Tak ada beza apa pun. Baca sendiri kenyataan di bawah ni:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan

Berkaitan:
Umno JB laung "Anwar Pengkhianat Bangsa" (mStar Online 9/8/09)
Wacana ilmiah Pemuda PAS-Umno tak jadi kenyataan? (mStar Online 9/8/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Negeri Kedah/Kelantan tiada apapun istimewa pun? Kelantan berapa ribu biasiwa dia beri? Kedah? Mampu ke mereka ? Mereka ni nak cari duit senang aja... tebang balak.

    Antara yg dapat share RM 52 billion itu ada yg dah masuk PAS, dan PKR. Janganla buat buat tah tahu !

  2. Pengkhianat ialah gerombolan yg selama 52 tahun, kerjanya 24 jam adalah merogol, merampok dan merembat khazanah negara. Diagih2kan pada kroni. Contoh? Tengok2la di keliling kita...

    Pengkhianat ialah gerombolan yg tidak peduli jika tanah tumpah darah tergadai pada warga asing. Orang2 Johor, tolong tengok keliling anda....

    Tu baru namanya pengkhianat. Dan bila difikir2kan, itu salah satu Motto Pemimpin UMNO. Balaci2 dapatla serpih2...cukuplah....Syukur.... Rezeki...

    Jadi sebelum kita nak demo 1 juta, 2 juta, alih2 jadi Solo Demo mcm 1 Ogos hari tu, cermin2 diri dulu.... Muhasabah diri? Siapa yg asyik menoda dan me*&!^@%# negara selama 52 tahun ni? Siapa? Orang2 Johor wajib jawab. UMNO mungkin lahir di Johor tapi tak tertulis di langit UMNO kekal sehingga akhir hayat org2 Johor...

    2 sen saya... Ada betoi ka Pak Bakaq?

    $$ Bukan Wak 24 Juta $$

  3. Biarkan depa buat, nak kata apapun...biarkan,biarkan,biarkan , tapi kalau kita bersyukur dengan nikmat 5 pancaindera yang dianugerahiNya jelas dan nyata SIAPA yang menjadi PENGKHIANAT kepada AGAMA ISLAM dan bangsa Malaysia selama ini.
    UBN Johor perlu sedar DEB dan segala dasar yang dibuat selama ini bukan sesiapa yang merosakkannya, tapi bertanyalah kepada PEMBESAR-PEMBESAR kamu yang telah membina istana-istana, memiliki kenderaan-kenderaan mewah hasil dari daripada PENGKHIATAN meraka kepada seluruh umat di Malaysia.
    SEDARLAH SEMUA AHLI UBN... bukan PAS,PKR dan DAP yang menjadi petualang tapi UBN ..DULU,KINI DAN SELAMANYA.

  4. Jangan melatah tak tentu hala,dah banyak harta benda puak UBN kebas kini dah terdesak tak dapat nak samun mula nak tudah Anuar KHIANATLAH , orang tu khianatlah dan macam-macam lagi selama lebih kurang 50 tahun hangpa perintah negara ni hang pa perasan hangpa bersih ka.....guna akl dan hati bukan guna nafsu serakah tu...........

  5. pi dah selama ni hangpa yang PENGKHIANAT

  6. org melayu kena lebih sedar dan lebih cerdik berpolitik.belajarlah dari kaum lain....

  7. Pak Bakaq, cukup-cukuplah tak suka dengan Anwar tu pasal kes Anwar kencing Harakah Islamiyah Malaysia sewaktu tahun 80an dulu..........

    Dia dah repent.. kasi chance la sama dia....... rasa-rasanya Almarhum Ust Fadhil Noor pun dah maafkan Anwar sebelum dia meninggal dulu............

    Relax lah Pak Bakaq.....


    ~PAS ForEver

  8. ye la..betul la UMNO memang pengkhianat...apa ada pada melayu hari ni...semua papa kedana..tak brjaya..merempat...mengemis...KESIAN MEREKA kn...ANWAR..masa dia ada power dulu dah puas cuba tolong org melayu...'MEREKA'yg gagalkn...

  9. memang la jadi gitu, asyik perjuangkan bangsa sahaja, sikit-sikit melayu, sikit-sikit melayu. ingat semua melayu ni depa ingat islam ka;

  10. Man Dego!
    Dah lah bodoh, tolol.Dah lah tolol, bahalol.Dah lah......tak tahu apa nak cakap pada pencacai umno ngok ni..Yang memerintah hampir 52 tahun, habis di tipunya rakyat marhaen termasuk si bahalol Man Dego.Apa nak heran suku sakat Man Dego @ pencacai umnbo nie bukan boleh pakai....Tunggu sahajalah PU 13 nanti...

  11. dah 52 tahun UMNO mengkhianati bangsa, tak mau daaahhhh...........

  12. Anwar memang pengkhianat pun..tapi yang aku tak puas hati kat pak bakaq ni kenapa suka quote Mahathir bila nak tibai amno?

  13. macam gambar hindustan, hero memang dituduh penjahat....akhirnya orang tahu juga...

  14. Rakyat Johor memang tak pernah cerdik ....macam orang melayu kat singapura lah lagak jer lebih...kalu datang kat jb bukan mainlah berlagak kononnya hidup kat sing bagus sangat tapi bila balik sana hanya tikus pada lee Kuan yew sahaja...

    Bodoh Melayu Jb ni...

  15. diharap rakyat jelata tidak terpengaruh dengan propoganda yang dimain oleh umno dalam akhbar utusan dan berita harian. inilah caranya umno memperbodohkan orang melayu demi kepentingan perut mereka. janganlah tertipu ladi!

  16. Pengkianatan demi kebaikan tak pa. Jangan jadi pengkianat agama, bangsa dan jual harta negara kat orang lain. Duit rakyat di bolot sampai lincin. alih-alih kata kerajaan perlu berjimat. duit tak cukup. katanya kononnnnnnnnn.

  17. Memang dasar pengkhianat...apa yg depa takut sngat kat anwar? Sbenarnya depa tau anwar lah yg membuatkan depa gelabah,bila anwar naik mampus depa.

  18. betui tu..biaq p la depa nak berhimpun nak berdemo nak laungkan apa pun..demo2 ni kan aman...damai...tenteram...tak menyusahkan orang...tak menyebabkan peniaga rugi...polis pun jaga...depa pun tak anti demonstrasi kan?kan?kan?

  19. kalau aku jadi anwar.. aku tak saman.. aku cuma bagi statement camnih:
    "Saya nak saman UMNO juta2?, boleh menang ke?
    Kamu percaya pada mahkamah malaysia? Hakim Malaysia?

    Sedangkan rakyat kat Kampung buah pala pun diorang tak layan,
    apetah lagi musuh politik macam saya."

    jawapan dia kamu pun sudah tahu..

    kah kah kah

  20. 50% tanah Pulau Langkawi dapat pada Tan Sri Loh Boon Siew kerana anwar Ke?

  21. Assalammualaikum,

    Biaq p la UMNO dan ANwar main sendiware....Apa PAS nak sibuk-sibuk..kita tumpu kepada perjuangan kita..Anwar tu bukannya ahli PAS ahli PKR pun bukan...tapi yang nyata dia bekas ahli UMNO.....

    Biaq p UMNO dengan bekas UMNO bergaduh....Kita dok tengok sudah...Yang kita dok sibuk nak pertahankan Anwar tu kenapa?

    ANwar beracuan kan UMNO...cara dia cara UMNO pemikiran dia pun pemikiran UMNO dah sebab kena buang dia dok main terhegeh-hegeh dengan PAS,,,,kalau betul nak berjuangkan Islam..buat apa sibut tubuh PKR,,,masuk aja lar PAS...berjuang dalam PAS...ini tubuh PKR dah tu pulak tak pun jadi ahli PKR,,,,ada hati nak rujuk kat UMNO kot...

    Ingatlah anjing kalau dulu pernah makan tahi...sekurang-kurangnya kalau tak makan akan hidu juga.....kalau dulu dah biasa bergelumbang dengan cara UMNO sedikit sebanyak sifat UMNO tu ada juga dalam Anwar...

    Saya ni memang anti orang yang kuat bohong dan penipu....buat malu saya saja percaya cakap dia..kononnya 16sept nak ambik alih kerajaan...bila menang permatang pauh...investor dari middle east dah sedia nak labur berbillion-billion ringgit...kita pun p la cerita kat orang kawasan kita...Argh...rupa-rupanya kita kena Jual.......

    Kalau nak cari pemimpin kena jauhi mereka yang ada sifat munafik...bila berjanji berbohong, bila bercakap berdusta....Anwar tak layak jadi pemimpin PR....PAS patut dan lebih layak dan mulia untuk jadi pemimpin PR...masa undi dulu...yang dok pasang poster yang dok jaga markas dan dok merayu undi orang PAS yang bertungkus lumus...Oklah puak PKR banyak duit ada lar dok hulur untuk maintain markas...Terima Kasih..

    Tapi PR patut lantik Presiden PAS jadi pemimpin PR...Anwar dulu masa dalam UMNO dia bapa segala kroni masa jadi menteri Kewangan...Bahkan ada juga kroni dia yang terlepas pegang jawatan tinggi dalam PAS tapi alhandulilah kini dah ganti orang lain...

    Yang PAS dok sibuk pertahankan anwar kenapa? Adakah perjuangan anwar adalah untuk menjalankan pemerintahan islam di Malaysia?Adakah perlaksanan hudud ada dalam agenda ANwar? SIapa itu ANwar??? Dah tak ada pemimpin PAS yang hebat ke sehingga kita kena puja pemimpin bekas UMNO? Tak rasa hina ka....kita dok sanjung pemimpin bekas UMNO? hebat sangat ke perjuangan dia untuk menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia...Kita patut dok sanjung dan tonjolkan Pemimpin asli PAS...dari bawah naik hingga ke jawatan tinggi semua melalui perjuangan dalam PAS...ketika PAS susah dan senang...tetap bersama PAS...Pemimpin ini yang patut kita sokong dan teruja...bukannya pemimpin bekas UMNO yang tak pun berjuang demi menegakkan pemerintahan Islam...Yang dia tau..Sibuk nak jadi PM....

    Anwar tak layak jadi Pemimpin PR...biar Presiden Tuan Haji Hadi yang memimpin dan menentukan arah tuju PR....bukannya bekas pemimpin UMNO yang bagi arahan kepada kita.

  22. Aku rasa kalau la ni MB Selangor tu masih lagi anak Toyo, Datuk Bandar Shah Alam tu dah kena ligan dengan penyapu dah.

  23. salah satu nama neraka ialah jahanam. ada sebut dalam ql-Quran tu.
    tapi kalau orang melayu cakap " benda tu dah jahanam pun..." memberi erti sesatu
    barang yg dimaksudkan itu sudah punah atau rosak.
    jadi TGNA kata " pergi jahanam dgn umno"... saya ikut nak kata " pergi jahanam dengan umno" sebab banyak pemimpinnya yg telah merosakkan masyarakat melayu-islam di malaysia. mereka juga tidak mahu membela @ membaiki melayu-islam yg dah rosak...
    kalau ada pun, banyak yg berbentuk 'dhirar'. jadi pergi jahanam dgn umno...boleh juga beri erti sesiapa yg nak kan kerosakan zahir dan batin sokonglah umno! ko guano...

  24. Depa nak buat demo kat mana, ada makan tak, ada bagi duit tak. Kalau tak dak lebih baik tak yah pegi.

    Satu lagi Fru jangan lupalak untuk ambik bahagian, panggil bomba ajak join sekali baru meriah.

    Orang lain buat semua salah, bila part dia boleh pulak.

  25. aku memang cukup kesian dengan orang-orang johor.. langsung tak nak ngaji sejarah.. siapakah.. pengkianat bangsa.. yang melepaskan singapura pada lee kuan yu.. kalau zaman sultan husin.. aku tak heran.. masa tu... inggeris kuasa dunia.. ini masa umno perintah.. tak sampai dua tahun.. beri singapura pada.. kuan yu... salah sapa.. pas, pkr atau dap.. sapa yang kianat pada bangsa melayu hingga tergadai singapura.. pikirlah sendiri hai orang umno... berapa banyak muhiden yasin gadai tanah pada orang singapura.... tu lum kiralagi pasal air.. air dari johor tapiskat singapura.. lepastu.. jual balik kat johor.. itu salah anwar jugaker.. man dego... kalau nak sokong pun.. jangan nak membabi buta...

  26. hei mr JOJO...kalau mahu Tok Guru Hadi jd pemimpin PR...SURUH dia minta maaf dulu dgn orang SARAWAK YG telah dihina dgn sewenang-wenangnya oleh TOK GURU TERSEBUT....kalau tidak dia belum LAYAK lagi jadi pemimpin PR sebab pendek AKAL...

  27. Lepas tu sapa pulak yang bagi PANTAI INI, JALA, MENARA, SENTUL DAN SINGGORA KEPADA SIAM. Penduduknya melebihi 88% orang melayu Islam. Kalau dulu bawah Malaysia taklah rakyatnya hidup merempat dan ditindas.

  28. SEMAKIN PAS INGIN MEMERINTAH SEMAKIN PAS DIPERINTAH - LEE AH SANG @ HASSAN ALI.

  29. Mana ada air Johor ditapis di singapura lagi, rakyat marhaen ketinggalan kereta lembu.

  30. A'kum Pak Bakaq,

    Tanah Rezab melayu yang asalnya ada 3 juta hektar sekarang dah tinggal 1.7 juta hektar, Setahu saya la tanah Rezab Melayu nie kalau KERAjaan nak bangunkan ke nak ambil alih ke kena gantikan balik dengan nilai tanah yang samakan? Jadi selama hampir 52 tahun um-NO memerintah MELAYU dah hilang 1.3 Juta hektar tanah Rezab MELAYU. Alasan yang mudah untuk pembangunan, Menyalak tak sudah kununya nak tolong melayu sampai habis tanah Rezab Melayu depa kerjakan.

    Dah terang lagi nyata um-NO yang menggadai Rezab Melayu kenapa DSAI pulak yang dituduh pengkhianat Melayu? um-NO TOTOK nie memang dah buta mata, buta akai dan buta hati senang cakap BODOHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

    -Zackry-

  31. Kena la buat citer Anwar pengkhianat, sebab PRU13 ada 3/4 tahun lagi. Kena kempen dari sekarang. Nanti kalau PRU13 DSAI menang, konfirm XPM, PM, TPM dan lain-lain Menteri akan melarikan diri ke Uganda. Sebab takut ditahan bawah akta ISA, sementara menunggu harta/wang rakyat yang dirompak dikembalikan. Waktu tu dibuatnya ada hukum HUDUD berderet plak pak Menteri beratur kat Dataran Merdeka kena kerat tangan sebab merompak duit rakyat.

    -Zackry-

  32. apsal pak bakaq nh mcm bagus jer... hang duk lah memimpin klo baguih sgt.. yg pastinya melayu adalah bangsa yg mudah dibeli dgn wang ringgit. pentingkan kemewahan dari membangunkan negara dan rakyat sendiri. akhirnya rakyat jadi sasaran. University kat malaysia nh pun mcm pundek.. lepasan2 U nh pun sengal. belajar jer tinggi tapi otak x der..

  33. muhyidin lah penghianat johor. sapa yg luluskan kilang titan di pasir gudang kalau bukan beliau.kilang yg kalau meletup boleh membunuh seluruh rakyat johor

  34. Muhyidin bukanlah pengkhianat negeri Johor, beliau banyak menarik pelabur ke negeri Johor. Kilang Titan Chemical pengeluar terbesar polyolefins di timur selatan Asia dan ada syarikat usaha sama PNB dan syarika asing.

  35. DIJOHOR SEMUA RIZAB TANAH MELAYU YANG DIGUNAKAN DIGANTI BALIK. KALAU NAK JUAL PUN KENA TANDA TANGAN DEPAN ADO.

  36. BUat Zackry,

    Awak boleh berminpi lar Anwar nak buat hukum hudud...Hudud dan pemerintahan Islam tak pernah pun ada dalam agenda politik dia...Tak percaya tanya kat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,,,,,Kenapa DAP sokong Anwar...sebab ANwar tak pernah pun sokong hukum hudud...

    Hai,,,kata nak hapuskan ISA...tapi bila PR menang nak pulak tangkap orang guna ISA....Apa ni? Orang perintah kita suruh hapus ISA......Belum pun PR perintah dah ada hati nak tangkap orang under ISA....

    Sebab itu ANwar tak boleh jadi pemimpin PR....Hanya Presiden PAS yang layak jadi pemimpin PAS,,,,tak kan PR nak lantik kaki bohong jadi PM kot....bahkan dalam Islam orang Munafik tak layak jadi PM...

    Insaallah, Tanpa DAP pun PAS boleh memerintah Malaysia...biar kita perintah beberapa negeri sahaja...tetapi berlandaskan islam dan cara kita sendiri....tak payah nak ikut cakap DAP kafir harbi atau PKR kecut....

    PAS untuk semua....Pemerintahan PAS model pemerintahan islam...

    ANwar bakal jadi banduan dan Tok Guru Haji Hadi jadi PM....

  37. Mat-mat MCKK memang la ada yang 'taik juboq'.. renung-renung kan lah....

  38. aku tak kisah bagi rasuah. sebab dah biasa. kalau p imegresen nak renew pasport pekerja aku yang dah mati aku rasuah je. kalau pekerja aku kena tangkap oleh polis atau imegresen aku rasuah je. tapi kena ada kabel lah. budak pekerja bangla dan indon aku pun dah ada yang ada pr sini. semua aku kowtim. aku tak kisah sangat janjji boleh. memang dah jadi amalan. kalu nak dapat pr bayar je rm 15 ribu. aku masih lagi dapat komisen 2 ribu. kalau ada warga asing yang nak renew pasport aku kebas duit renew dengan passport sekali. pastu boleh bikin duit lagi. kalau ada ada warga asing yang bertaraf PATI nak balik aku jual balik passport yang aku kebas tadi. cuma tukar gambar dengan PATI yang nak balik tadi. kawan imegresen aku capture balik dalam sistem dan suruh bayar kompound sebab lambat renew. senang keje. aku mintak PATI tadi bagi duit rm 5 ribu. komisen aku dapat 2 ribu. kan senang. aku tak payanh niaga kat jalan tunku abdul rahman. nanti boleh rugi juta-juta. orang melayu ni bodoh sangat. ada benda senang tak mau buat. asyik nak menyalahkan kerajaan je. kerajaan dah bagi peluang untuk kita amalakan rasuah tapi kena oandailah cover.

  39. ..UMNO dok salak DSAI ibarat ANJING SALAK BUKIT!
    Setuju sangatlah dengan 'dariana'
    ..PERGI JAHANAM DENGAN UMNO...

    picolotikusmondoq

  40. M. C. GAY GAY

  41. A'kum,

    Kepada Anon 36,

    ISA dikekalkan itu pada tanggapan saya sahaja, mungkin di mansuhkan kalau PR memerintah lagi baik. Kalau tak mansuh pun tak apa boleh digunakan untuk sumbat pemimpin yang dah banyak melantak duit rakyat.

    Anon 36, mana kamu tau DSAI penipu? berapa banyak yang telah DSAI tipu rakyat Malaysia? takkan sebab Sept. 16 punya hal, DSAI dicop penipu? Sept 16 itu percubaan, kalau dapat bonus kalau tak berserah pada yang Maha Esa. Kalau dah banyak DSAI tipu rakyat Malaysia cuba bagi tau satu persatu selain kes Sept 16?

    Anon 36, kamu meragui kerjasama Pakatan Rakyat? adakah kamu lebih cerdik dari Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nasha atau Dewan Ulamak Pas yang telah bersepakat berkerjasama dengan PR? mungkin kamu cuma sebahagian dari TOTOK um-NO yang beriya-iya dengan kerjasama um-NO dan PAS.Dasar TOTOK um-NO NO NO.

    Anon 36, kamu pernah tanya YB Guan Eng dan Bapak dia Kit Siang ke yang diaorang tolak HUDUD? Mana kamu tahu DSAI pun tolak HUDUD? Bagi peluang PR perintah Malaysia ini dulu kemudian baru kita buat penilaian. Setahu aku um-NO yang bermatian tolak HUDUD.

    -Zackry-

  42. pengkhianat ada dalam umno, patutnya bubar umno masuk pakatan, baru pejuang..

  43. M.C.GAY.GAY... Ha..ha..GOOD ONE!!

    Have you seen Sukma's confession??? Try this: http://www.youtube.com/watch?v=_yFqqpdIylc&feature=related

  44. TAK KAN ANWAR BERAHI NAK BUAT HUKUM HUDUD, NAHAS DIA.

  45. KESIAN BETUL AKU KAN BANG NUAR TU.....KAKI PEMBELIT.

  46. HANG DAH PI KE ISKANDAR WPI TEMPAT JIN BERTENDANG TU. JANGAN CAKAP SINGAPURA, PAK ARAB DUBAI DAMAC PUN DAH CABUT LARI.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008