Saya copy and paste petikan berita dan petikan kenyataan akhbar di bawah tanpa ulasan. Petikan berita:
Isu sebat : Jawapan kepada Tun Dr Mahathir (Zaharuddin Abd Rahman 26/8/09)
Sebat cara Syariah tidak perlu pakar! (Dato' Shamsuddin Nawawi 26/8/09)
Selain itu, Hasan berkata pegawai masjid boleh menangkap orang Islam yang meminum arak, tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama (Pegawai masjid diberi kuasa tangkap orang Islam minum arak di tempat awam: Hassan Ali - mStar Online 24/8/09)Petikan kenyataan akhbar:
Berkaitan:Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! (Hukuman rotan syariah tidak melukakan - Malaysiakini 26/8/09)
Isu sebat : Jawapan kepada Tun Dr Mahathir (Zaharuddin Abd Rahman 26/8/09)
Sebat cara Syariah tidak perlu pakar! (Dato' Shamsuddin Nawawi 26/8/09)











Cantik? Klik 






Ni yang aku susah hati nih! Depa ni nak buat kerja atau nak tunjuk buat kerja?
Jwpn Ustaz Zaharuddin kpd Tun M sgt jelas dan mantap. Syabas!!!
ummi
Aku ingat Hassan Ali boleh masuk Acara mencari Juara Politikus Kelakar lah.Macam2 idea dia dan memang kelakar.Lebih kelakar dia akan jadi paranoid pulak lah. walaupun kelakar..dan akhirnya paranoid aku nak marah kpd tindakan sebagini apabila dia memberi ruang kepada musuh2 Islam hentam Islam dengan pukulan tanggung. Yang tercalar Islam yang murni dan Hassan Ali dan pemimpin yang seumpamanyalah puncanya.Aku memang akur bahawa arak tu haram tapi mekanisma untuk membendung peminum arak itu mesti lah betul. Jika ia tidak TELITI dan emosional ini alah jadinya.Aku baca komen Zaid Ibrahim..dan aku rasa ada betulnya..isu ini akan memberi tamparan hebat dan akan adanya "multifying questions" yang akan memenatkan PAs untuk jawab. Salam hormat dari LEMAN NS. Selamat mengerjakan puasa.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku
Jadi pada orang Muslim yang pertikai undang-undang Islam yang dicipta oleh Muslim(bukan Hudud/Qazaf)sah-sahlah diorang ni ada niat nak buat/jalankan benda haram...tu sebab takut dilaksana hukuman cara Islam
sepatut nya org islam tak payah lah nak komen pasal halal haram tentang arak nesebab kandah tahu arak tu haram di sisi agama...kata dah pandai dah tentang ilmu agama kalau tak faham gak mana ulamak umno terang kan lah perkara halal haram ne jangan la diam je bagi penerangan secukupnya sama ade arak ne boleh di minum oelh org islam atau tak pada yg tak tahu tu... bukan nya susah pun kalau tak tau biar sy je yg bagi
Presiden PAS meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam perlaksanaan hukuman sebat ka atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.- 26/08/2009
Dr. Hasan Ali, nak jadi jaguh apo sebenarnya. Nak tanya pa Hasan ni, adakah arak saja haram di bumi Selangor dan juga bumi Malaysia. Itu saja kah kesalahan haram yang dilaung-laungkan beberapa bulan lama nya. Bukan kah kilang pembuat arak di Selangor lebih besar kesalahan nya kerana asyik dok cakap pasal jual/beli arak. Bagaimana dengan badut-badut UMNO yang menjadi ahli mlembaga pengarah syarikat CARLSBERG di negara ni. Kenapa tidak pa Hasan pi jumpaq dengan badut-badut itu danmenangkap mereka atas kesalahan mebuat dan mengedarkan arak kepada khalayak umum. Itu kan lebih hebat kesalahan daripada menanggu pekedai-pekedai yang semamangnya kerja depa untuk jual benda itu.
Tangkap orang-orang Islam dari Bank-bank yang memberi pinjaman kepada orang Islam. Bukan kah haram itu. Agaknya kereta yang pa Hasan guna tu bayar tunai kah beli hutang. Tanya jakot kot ada terhutang dengan bank. salah tu. Kan haram main riba.Saya nak tanya lah kat pa Hasan ni, sejak jadi wakil rakyat apa sumbangan dia dari segi membantu masyarakat setempat. Adakah di ambil tahu berapa ramai orang ta keja atau kena buang keja dan apa tindakan dia membantu mengatasi masalah ekonomi ya ng kurang baik ni. Nasihat saya pada pa Hasan tolong membantu rakayat muslimin yang miskin di merata cerok kampong,jangan asyik sibok dan syok sendiri dengan isu beer di Shah Alam. Haram tetap haram. Tangkap VIP-VIP yang minum arak di hotel hotel mewah dan kejor pengarah-pengarah kilang beer/arak, bank-bank perdagangan baru ada umph.
Fikir mudah, sebatkan aje.
Masalahnya kalaulah keputusan kerajaan tu cuma ada kesan buruk pada rumah mereka yang menyokong saja, tak mengapalah.
Susahnya menjadi kerajaan ialah membuat keputusan yang terbaik, untuk majoriti orang. Oleh itu, dengan menangguhkan dan membiarkan semua orang bercakap dan komen mengenainya adalah satu langkah bijak supaya hal ini dapat diputuskan.
Maka para ustaz pun kemukakan dalil akli dan nakli, profesor politik pun ulas malah parti politik pun cuba cadangkan berdasarkan kerangka masing-masing. Bak kata Pak Bakar, biarlah dorang semua buat kerja lepas tu nanti baru kerajaan putuskan.
Namun secara peribadi, aku cenderung untuk Kartika dimaafkan kerana hukuman itu ta'zir bukannya hudud, yang mana dikurniakan Allah untuk diputuskan oleh pemerintah berdasarkan hujah. Malah, aku nampak lebih banyak manafaatnya dimaafkan kerana Kartika sudah insaf dan bukannya bermegah megah nak minum lagi.
Tambahan pula, yang sokong dan yang bangkang di Malaysia ni bukannya masih cukup ilmu untuk tangkis tohmahan dan putar belit media barat nanti. Kita tak tahu apa yang bakal ditipu media barat hanya kerana isu sebat guna sepatu atau guna pelepah kurma ini (Ambil contoh Rasulullah). Tambah2 plak sedara Anwar kat sana mmg dah berkira2 dah cara nak tembak Najib ni biar ekonomi kita semua merudum, biar semua orang ingat kita ni ekstremis Islam. Saudi tak apalah dia kaya dengan minyak.
Contoh yang sokong tak dak ilmu ialah yang kata sapa berani pertikai hukum sebat ni, maka dia dah murtad. Sedara, ini hukum Ta'zir bukannya hudud. Pegi belajar dulu.
Yang bangkang tak dak ilmu pulak kata, hukum ini zalim dan bla bla bla. Yang ni pun patut pegi belajar dulu. Kalau hangpa nak gi minum, tak usah cari jalan nak justify.
Apa-apahal pun yang penting ialah unsur didikan yang diperturunkan. Ini bukannya hukum muktamad (Qat'i) yang ada dalam AQ sampaikan tak ada langsung unsur timbang tara.
Taula hangpa semua anti Najib. Takkanla semua Najib ulas tu sebab nak selamatkan kroni dia pulak kot?
Mampuih la kalau jenis benci tak bertempat ni.
Beberapa sahabat bertanya kepada saya sama ada Hukuman Sebat Ke Atas Kartika sebagai Hukuman Hudud (plural bagi HAD) ataupun bukan?
Saya berpendapat, hukuman sebat yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman HAD. Jika ia dikira sebagai hukuman ta'zir, maka ia boleh dipertikaikan. Maksudnya, sama ada hukuman sebat boleh dijadikan hukuman ta'zir ataupun tidak.
Saya harap sahabat-sahabat berkenaan melayari posting-posting saya mengenai Hudud dan Qisas, khasnya Mengenali Hudud Dan Qisas (Siri 7).
Wallahu a'lam!!!
Dr. Abdul Wahab Arbain
Apahal nak kritik Hassan Ali pula. Salah ke dia memperjuangkan pengharaman jualan arak kepada orang Islam? Malu lah kamu Islam tapi malu nak perjuangkan pengharaman arak sekurang2nya ke atas umat Islam sendiri.
info tentang minum arak kat sini - Penyalahgunaan Arak
Hello Kembara Putih
Bukan marah pa Hasan membenteras arak. Bagus. Tapi tuju lah ke tempat yang sebenar-benar nya menjadi akar umbi masalah arak. Tangkap pengarah-pengarah Melayu/Islam yang duduk dlm Lembaga Pengarah menjadi penasihat dsbnya kepada syarikat ARAK it menjalankan perniagaan dengan lebih hebat. Ha. Tangkap merekla dulu. Tutup kilang arak. Beri pekerjaan kepada Melayu/Islam yang kerja di situ tapi tidak minum arak ( Muslim betui bukan Islam ). Jangan jadi jaguh kampung, peri antarabangsan. Ambil tindakan yang akan dapat 'kepujian' daripada dunia luar.Kalau tidak tukar ke kembara kelabu atau hitam.
Andai kata yg bagi perumpamaan nyamuk aedes ni ialah bukan geng PAS mampuih la dia dikapirkan. 'KEBANYAKAN' yg bagi pendapat sebelum ni (sebelum Hadi keluarkan perumpamaan ni) hanya bersandarkan sentimen semata-mata.
'KEBANYAKAN' yg bagi pendapat aku dok perati lebih mengamal sentimen 'tengok sapa yg cakap, bukannya apa yg dicakap'. Tabiat org Msia ni bila dah benci satu2 org tu segala apa benda yg dia cakap semuanya dianggap tak betol.
Bak kata omputeh:
-Examine what is said, not him who speaks.
-Be sure to choose based on WHAT is right, NOT WHO is right.
Hadi pun flip fop juga macam Tun Dol.