"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin. Masalahnya, bukan senang nak mencari ahli politik Malaysia yang tak ada pekung di dada.
"Rohaizat (calon Barisan Nasional di Permatang Pasir) dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge hari ini memetik Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (komen-komen di sini).
Yang membezakannya hanyalah sama ada seseorang ahli politik itu mempunyai pekung kecil, pekung besar atau dia sedang membesarkan lagi pekung yang sememangnya besar gabak.
Kadang-kadang, kita tak boleh menuduh seseorang itu mempunyai pekung di dada. Tetapi baunya sangat kuat. Kita tak boleh tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam pembunuhan broker antarabangsa, Altantuya Shaariibuu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tetapi masalahnya, bau tersangat kuat.
Bukan setakat itu sahaja, jangan buat bising tentang bau yang tersangat kuat itu. Nanti polis tangkap. Yang terlepas dari tindakan hanyalah media-media asing yang menuduh Najib terlibat. Mengapa suami Datin Rosmah Mansor itu tak usik langsung mereka, ia terus menjadi tanda tanya.
Namun, bau yang sangat kuat terus menyesakkan hidung rakyat negara ini.
Kisah pekung di dada pasti akan riuh-rendah di Permatang Pasir. Calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil itu, Rohaizat Othman di sebut oleh Ragunath sebagai melakukan "kesalahan yang serius" kesalahannya "sama seperti salah laku jenayah".
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.
"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.
"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan.The choice of the candidate is really very good!
Sama ada calon BN itu mempunyai pekung di dada atau tidak, biarlah fakta undang-undang yang menentukannya. Yang pasti, kita sebagai rakyat tidak boleh memilih ahli politik yang mempunyai pekung di dada atau sekurang-kaurangnya mempunyai bau pekung yang tersangat kuat, tidak kira dari parti mana pun (jangan 'asabiyyah!)
Kalau kita memilih ahli politik yang mempunyai pekung di dada, atau sekurang-kaurangnya mempunyai bau pekung yang tersangat kuat, takut-takut nanti beliau akan membikin pusat penternakan pekung di dadanya!
Berkaitan:
Dr M: Leaders shouldn’t have skeletons in closet (Malaysian Insider 16/8/09, komen-komen di sini)
Jangan terlibat perkara tidak baik jika ingin jadi ahli politik (Bernama 16/8/09)
Permatang Pasir by-election: BN to keep Rohaizat (The Sun 16/8/09)
PAS urges BN’s ‘tainted’ candidate to withdraw (Malaysian Insider 18/8/09)
Pakatan attacks Rohaizat over disbarment (Malaysian Insider 18/8/09)
Rohaizat's offence a personal misconduct, Ragunath says
The Edge (17/8/09): The offence for which Permatang Pasir Barisan Nasional (BN) candidate Rohaizat Othman was struck off the Malaysia Bar Council's list involves the individual lawyer.Menarik hari ini:
Bar Council president Ragunath Kesavan told The Edge Malaysia that the proceedings under Section 103D of the Legal Profession Act 1976 involved misconduct of the individual lawyer.
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner.
"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year," he added.
Ragunath said the offence committed by Rohaizat involved stakeholders' money from Koperasi Pekebun Getah and there was no account for it.
"When the board looked into this matter and the order was made, there was no reimbursement to the stakeholders involving the sum of RM140,000.
"Even if you pay, the offence has been committed and it is a serious offence as this involves dealing with client's money.
"If you are an innocent party, you would not be found guilty by the disciplinary committee and the charge leveled under Section 103D is tantamount to criminal misconduct," he added.
Ragunath said the other partners only would be penalised if it involved negligence of the law firm concerned, but the offence committed under Section 103D was for personal misconduct.
On Sunday, Penang Umno chief Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told a press conference that it was Rohaizat's partner who was involved in the scandal which resulted in Rohaizat being struck off.
Meanwhile at the nomination centre, when asked whether Rohaizat's credibility would come into question following the revelation of him being disbarred, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said: "There is no controversy with regards to his candidacy as we have done our homework.
"As far as the law is concerned, he has been declared eligible to contest and we believe the voters will understand when we explain to them what actually happened.
"We have our ways of explaining to the voters, the opposition can do whatever character assassinations they want.
"We will expose all their lies and the rakyat can judge for themselves," he added.
The Royal Malaysian Police farce (Malaysian Insider 17/8/09)










Cantik? Klik 






Nak buat macamana . nak cari yang tidak ada pekong tak ada , ambik jelah yang agak ada sikit-sikit pekong. Berbau pun berbaulah.
Lepas ni Permatang Pasir menentukan samada nak yang berbau ke atau tidak!!!!
Habaq thank you kat UMNO ajer la... senang banyak kerja kita... ha ha ha....
tak ada rotan akar pun jadilah....!!
KENE CEK DADA KAT HOSPITAL SEBELUM NAK JADI WAKIL RAKYAT.
untuk penjelasan isu rohaizat
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/08/prk-n11-fitnah-terhadap-calon-bn.html
silala jika sudi
edexjb.
untuk penjelasan isu rohaizat
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/08/prk-n11-fitnah-terhadap-calon-bn.html
silala jika sudi
edexjb.
dulu,
BPR = Bumi Putera Rockers
Bumiputera sahaja yg Rockers
sekarang
SPRM = Saya Pun Rockers Maaa....
Cina pun nak Rockers jugak...hehehe....
KETUA Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan bahawa pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap kes rasuah membabitkan ahli politik.Menjalankan siasatan terhadap ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Ahmad Said Hamdan CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN kalau betul bila lagi nak siasat dan tangkap TIONG dgn presiden MCA? sampai bila mahu tipu dan pusing sama itu rakyat...AHMAD SAID HAMDAN buat-buat BODOH KAH ATAU MEMANG BODOH...NANTI ORANG KATA BODOH JANGAN MARAHHHHHHHHHHH....
MEMANG PARTI BN SEMUA PEMIMPINNYA DAH ADA BISOL. TOKAK, PEKUNG, KURAP , PANAU, KUDIS BUTA DAN SEGALA MACAM PENYAKIT....JADI MACAMANA NAK PILIH DAN CARI DARI KALANGAN YANG TIADA BERPENYAKIT....MALAHAN PENGIKUT SETIA PARTI BN PUN ADALAH KALANGAN ORANG YANG MEMPUNYAI SEGALA MACAM PENYAKIT...KALAU ORG YANG SIHAT ...MEREKA JAUH SEKALI UNTUK MENDEKATI PARTI YG BERPENYAKIT INI...DAN BAKAL DIKAFANKAN PADA PRU 13 NANTI.
Bhai....
Elok la calon UMNO/BN tue ader pekong... senang skit kerja... hahaha
Insyaallah Majoriti akan lebih besar lepas pekung berbau tengit.
-Zackry-
Satu langkah bijak yang dibuat oleh Umno. Pilih calon yg ada pekung.
Bukan pekung lagi tapi dah jadi CABUK. kalau semuanya cabuk, ape keh halnya. Seiapa yang tak gemo CABUK tu, jauhkan diri.Betoi tu ......... usah di dekat.
MAJLIS PEGUAM KAN DIKUASAI OLEH KAUM MINORITI INDIA. PEGUAM MELAYU RAMAI TAPI SEMUA DAH DITUNDUKAN OLEH JIN ALFRAID.
SEBELUM MEMBUKA PEKUNG ORANG LAIN SIASAT DAHULU PEMBAWA PEKUNG ITU SAMAADA IA BETUL ATAU CUMA NAK CARI PUBLISITI MURAHAN.
salam,
Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu...
sila lawat http://marahku.blogspot.com/2009/08/hot-news-permatang-pasirs-rohaizat-is.html
PAS ialah parti yang memperjuangkan kebenaran..
dok mengata pekong orang ntah2 pekong hampa tu lg teruk.
sudah2la.. memfitnah tu dosa. kutip la dosa banyak2. orang yang dikata buat dosa skali hampa bkali2. pk-pk la
Tantamount to criminal misconduct, how come no police case but just struck of the rolls.
INDIA POWER - TAKEBEER, TAKEBEER, TAKEBEER DAN JANGAN RAGU-RAGU.
apadehal bagi pecacai umngok ,
ade pekung ker idakk peduli apa janji masyukkk beb
lantak pilahh rakyat kena tipu peduli apaaa
janji masyukk beb
mentaliti pecacai umngok kalo korang boloh jagn fikir orglain boloh mcm korangggg
Kalau tipu rakyat masuk syurga tu lagi berat beb. Boleh terjun masuk longkang dan terkangkang.
untuk jadi pimpinan BN mesti pandai menipu, menyelewang dan macam-macam lagl, kalau alim macam TGNA sapa nak pilih....
SYURGA 'ULAMA UNDI' - TGNA ADALAH.......................
agak2 la cik sharizat jalil kita tu sapa la yg tlg check kat dada dia klu2 ada pekung ka takdak??? Tun dah check dah kot.....tu yg boleh jadi menteri tu..