Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh pengkhianat Melayu dalam posting blog Selamatkan Umno yang bertajuk "Najib mula khianat pada Melayu".
Saya taklah berani nak tuduh Najib khianat atau tidak. Tapi, saya tanya kawan dalam Umno, pernahkah pinjaman pelajaran MARA dibekukan di bawah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini? Dia jawab, tak pernah.
Saya harap jawapan beliau benar. Saya kasihan melihat anak-anak Melayu yang belajar di IPT yang tak henti-henti kosong poket dan perut mereka kerana pinjaman tersebut dibekukan. Kepada anda yang membaca posting ini, sambil menjamu selera dengan hidangan yang enak-enak, tolonglah sedekahkan doa kepada beribu-ribu pelajar IPT yang tak henti-henti kosong poket dan perut mereka.
Mereka adalah anak-anak dan adik-adik kita!
Malam tadi, saya dengar kawan-kawan dari Umno membantai Najib berikutan apa yang berlaku di Petronas. Mereka bantai, tapi tak gamak nak bantai habis.
Sebenarnya, dalam bab kepimpinan, perangai orang-orang Umno lebih kurang sama ja dengan orang-orang PAS. Mereka tak nak bantai Najib berlebihan kerana takut Umno kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Yang dalam PAS pula menggunakan alasan nak "jaga parti".
Saya tak berapa reti takrif istilah "jaga parti" ni. Apa maksud jaga parti sedangkan parti masih lagi mengalami perpecahan terburuk sejak 1982? Saya boleh tulis tiap-tiap hari bahawa PAS sekarang dah elok balik dah. Tak ada lagi perpecahan. Tetapi, apa guna berbohong?
Cerita orang PAS buang Yang Dipertua Agung mereka, Allahyarham Tan Sri Asri Muda sudah lama jadi sejarah. Begitu juga dalam Umno, cerita orang Umno buang Presiden-Presiden mereka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi kian menjadi sejarah.
Sekarang semangat baru. Jangan hentam Najib, nanti Umno yang kalah. Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad nak hentam Najib, biarkan orang tua tu mengaruk sorang-sorang.
Masalahnya, kalau benar tuduhan bahawa Najib mengkhianati Melayu, tidakkah parti yang terus menjunjung beliau sebagai pemimpin juga mengkhianati Melayu? Tidakkah membiarkan orang yang dijeritpekikkan sebagai pengkhianat Melayu menjadi pemimpin hakikatnya merupakan perbuatan mengkhianati Melayu juga?

Cantik? Klik 

Zaman la ni orang pakat sibuk dok gali parit untuk menghadapi perang khandak, tapi ada lagi orang yang dok atas bukit uhud tu apa hal?
kalau kata melayu ni bangsat berfikiran feudal semua tak percaya..
Ayuh masuk Islam!
Takbir!
ghebakecik, bukan ka yang dok ataih bukit uhud tu semua dah pakat chelapak turun dok kumpui harta?????
bukan UMNO je atau Najib je khianat MElayu. Bolehkata semua orang politik melayu khianat MELAYU baik PAS, PKR dll. Rakyat dah bosan dengar cakap2 politik kita mahu action yang boleh mengurangkan beban raktyat yang boleh beri kesahjeteraan kpd rakyat. MAna pi duit Petronas yg diberi kpd kerajaan, sehingga nak bagi pinjaman kat student MElayu pun tak ada duit. Saya dah tak percaya kpd Ahli politik cuma bayak cakap saje.
alahai, tok bakaq kamal artartuk pun mula ulamak turki sokong,sokong bawa rebAH
Sokong! Pemimpin yg penuh dgn najis dtg dari lubang najis. Peduli apa kita dgn parti kalau pemimpin itu sendiri yg rosak kan parti. Tak perlu jd hipokrit utk menjaga keburukan samada parti atau pemimpin. Pemimpin yg baik perlu bersedia utk dikritik, di nasihat, di keji, di carut dan di cerca. Kalau tak mau kena tu semua jgn jadi pemimpin, baik jd pensyarah mcm aku..Apa aku kata semua students aku kata betul dan percaya, tak pernah sorang pun kritik aku!
Elok lah TGHA buka jendela pas banyak2 supaya senang penagih boleh keluar dan masuk ikut jendela.
Kadar pengangguran lepasan universiti etnik Melayu 5.3%. Membazir je hantar sekolah tinggi - tinggi.
Salam,
pada yusof tu,ko marahkan umno la..depa la yg pimpin negara dari dula sampai la..apa2 yg terlingkup,tergolek,terpelanting depa punya angkara.Ko jgn la marah PAS dan PKR..sebab mereka belum diberi peluang memerintah.Cuba ko bagi tgk...jgn main sedap kata tanpa bukti.Umno dah terbukti yg ko p pangkah dacing tu lagi sapa suruh,sekarang baru ko celik mata.Nak marah tunjukkan pada piliharaya 13 ni ko pangkah PR.
Saya prihatin lebeh kapada mereka2 yang bergaji kecil.Gaji RM300, nilainya cuma RM100 masa ini. Apa mereka nak makan untok masa sebulan???
UMNO dok kayakan kroni hingga berbilion2, tapi rakyat yang bergaji keckik...makan pun tak cukup...macam hidup segan mati tak mahu.
Zalimnya UMNO/BN terhadap rakyat yang bergaji kecik.
Sedah lah !!! Mari kita Revolusi!!!
Baca lagi "Revolution pt1&2" di...
http://warongpakyeh.blogspot.com
Berdasarkan maklumat yang saya terima dari salah seorang kawan yang bekerja dengan MARA peruntukkan untuk MARA dah habis pada bulan 3 lagi. Jadi camna nak bayar pinjaman tu....